• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan aplikasi MApEC dalam pembelajaran terminologi asas Bahasa Inggeris / Rafidah Kamarudin .. [et al.]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penggunaan aplikasi MApEC dalam pembelajaran terminologi asas Bahasa Inggeris / Rafidah Kamarudin .. [et al.]"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

mrna

,

INOVASI

MALAYSIA

INSTITUT KUALITI dan PENGEMBANGAN ILMU (InQKA)

00

-™"

••••»••••••••••••••••••••»•••••••••••»( »••>•<••»...•«.•...•.».•.••••«.•.». •••»• ,::::::::::::: .»»*».«...«.,»... EDISIOI, ISU02 • * • • • • «• • • « * . ! • « • • • « . • . • . « • • « • • • • • I I::::::::::: |::::::::::::::: :::::::: • • • • • 4 ISSN 2 6 0 0 - 7 6 0 6 MEI 2018 ... ... •«»•*••.». •«•••»•«*« lH:i;:rSi px::::::^::::::::::::* V » * • » • « * • •> • < • * * » • * » • * » * • » • «

(2)

JURNAL INOVASI MALAYSIA (JURIM) Ketua Editor

Prof. Dr. Hjh Roziah Janor Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Ketua Editor Eksekutif Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi

Universiti Teknologi MARA, Malaysia Timbalan Ketua Editor Eksekutif

Dr. NikAzlinNikAriffin Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Pengurusan Jurnal

Pn. Nor NazifahAbd. Jamil, UniversitiTeknologi MARA, Malaysia Pn. Hairina Ahmad Bakri, UniversitiTeknologi MARA, Malaysia Pn. Fairuzah Zaharos Mansor, AMN, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Lembaga Editor

Prof. Madya Dato' Dr. Hilmi Ab. Rahman, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Dr. Thuraiya Mohd, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

En. Dams Kasim, Universiti Teknologi MARA, Malaysia En. Mohd Ehsan Amin, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

En. Shamsol Shafie, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Tn. Hj Anuar Hashim, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Ust. Husaini Ab Razak, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

En Abdul Manap Desa, TELEKOM, Malaysia Dr. Zulhasni Abdul Rahim, Universiti Teknologi Malaysia

En. Razif Dasiman, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Pewasit

Tn. Hj Poazi Rosdi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Dr. Nurul Nadwan Aziz, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Dr. Teh Hong Siok Universiti Teknologi MARA, Malaysia Dr. Ahmad Sufian Abdullah, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

En. Nik Hazlan Nik Hashim, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Pn. Sairah Saien, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Pn. Norafiza Mohd Hardi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Pn. Zaidatulhusna Mohd Isnani, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Pn. Suzanna Yusof, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Pn. Fatin Nadzirah Zakaria, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

En. Rasdi Deraman, Universiti Teknologi MARA, Malaysia En. Al Bakri Mohammad, Universiti Teknologi MARA, Malaysia PM Dr. Zailani Abdullah, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia En. Budiman Ikhwandee Fadzilah, Universiti Malaysia Pedis, Malaysia

Pn. Siti Lydiawati Sahmat, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia Dr. Noor Aflza Badaluddin, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

Fotografik

En. Mohd Suhaimi Juhan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Laman Sesawang

Pn. Siti Nor Juhirniza Mior Mohd Tahir, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

@Penerbit UiTM, UiTM 2018 ISSN 2600-7606

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi da isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UiTM, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: penerbit®salam.uitm.edu.my

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) adalah jurnal dari Unit Inovasi dan Kreativiti, Insdtut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Blok A, Tingkat 5, Bangunan Akademik 2, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. E-mail: KIK_UiTM@salam.uitm.edu.my

Pandangan pendapat dan cadangan teknikal yang dinyatakan oleh penyumbang dan pengarang adalah dari penulis sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pandangan para editor, penerbit dan universiti.

(3)

Jurnal Inovasi Malaysia

(JURIM)

Edisi 1 No. 2 Mei 2018 ISSN 2600-7606

1. Penggunaan Alat Bantuan Belajar bagi Meningkatkan 1 Kemampuan Berfikir Pelajar

(Use of Learning Aids on Advancing Students9 Thinking Ability)

Faiz Zulkifli, Rozaimah Zainal Abidin, Zurina Mans or, Mohd Hafiz Mohamad Hamzah dan Faridah Zulkipli

2. Kiosk dalam Talian bagi Meningkatkan Bilangan Projek 23

Keusahawanan Pelajar (ENT300) Berasaskan Sains dan Teknologi

(Online Kiosk for Improving the Number of Students9

Entrepreneurship Projects (ENT300) Based on Science and Technology)

Noor Azrin Zainuddin, Shamsatuan Nahar, Norzarina Johari, Far ah Suraya Md Nasrudin, Noraisyah Abdul Aziz,

Nur Diana Zamani, Nurulzulaiha Suhadak dan Nor Fauziah Abu Bakar

3. Pembangunan Senarai Semak untuk Mendapatkan 37 Data-data Sensitif (HSD) dalam Penyelidikan

(Development of Checklist for Assessing Highly Sensitive Data (HSD) in Research)

Zurina Md. Nen, Nur Zafifa Kamarunzaman, Mazlan Che Soh dan Sarina Othman

(4)

Penambahbaikan Permohonan Lawatan Akademik 53 Secara Manual kepada Pembangunan Sistem e-Lawatan

Akademik Versi 1

{Upgrading of the Manual Academic Trip Applications to e-Academic Trip Version 1)

Thuraiya Mohd, Nor Azalina Yusnita AbdRahman, Nur Hanim Mas, Azran Mansor, Siti Fairuz Che Pin, Asma Senawi dan NurAfni Deraman

Meningkatkan Keputusan Ujian Bahasa Mandarin 69 melalui Inovasi Aplikasi "e-Kosa Kata"

{Enhancing Mandarin Test Results through the Innovation of "e-Kosa Kata" App)

Teh Hong Siok, Goh Chin Shuangdan Noor Aizah Abas

Penggunaan Aplikasi Verve App bagi Pengurusan Fasiliti 83 Sukan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

{The Use of Verve App for the Disabled in Managing Navigation Sport Facilities)

Mazlina Mahdzar, Muhammad Anwar Haziq Mohd Yunus,

Nurfarah Idayu Abdul Halim dan Shamirra Zhulliana Zainal Abidin

Sistem 'Indus-Train': Medium Pemantauan 93 dan Penilaian Pelajar Semasa Latihan Industri

{'Indus-Train' System: A Medium of Monitoring and Evaluation of Students during Industrial Training)

Amminudin Ab Latif Rohaya Alias, Mohd Fairuz Bachok, Nur Ain Mat Yusof, Far ah Wahida Mohd Latib,

AhmadRasidi Osman, Duratul Ain Tholibon, Ainamardia Nazarudin, WanZukri Wan Abdullah, Mohd Razmi Zainudin dan Mohd Risham Jaafar

Penggunaan Aplikasi MApEC dalam Pembelajaran 111 Terminologi Asas Bahasa Inggeris

{The Use ofMApEC in Learning English Language Terminologies)

Rafidah Kamarudin, Muhamad Izzat Rahim,

Norfazlika Abd Karim, Sharif ah Sheha SyedAziz Baftim, Zainon Ismail dan Mazliyana Zainal Arifin

(5)

9. Kalkulator Garis Panduan Kemudahan Awam 125 untuk Pembangunan Perumahan Mapan

{Public Facilities Guidelines Calculator for Sustainable Housing Development)

Norainah Abdul Rahman Nor Liza Saad,

Kamariah Abdullah, Nur Shaffiqa Muhammad Soffian, Aizazi Lutfi Ahmad dan Nor Ashikin Ab Manan

(6)

Penggunaan Aplikasi MApEC dalam

Pembelajaran Terminologi Asas Bahasa Inggeris

(The Use of MApEC in Learning English

Language Terminologies)

Rafidah Kamarudin1, Muhamad Izzat Rahim1, Norfazlika Abd Karim1,

Sharifah Sheha Syed Aziz Baftim1, Zainon Ismail1, Mazliyana Zainal Arifin1

^kademi Pengajian Bahasa,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, Pekan Parit Tinggi,

72000 Kuala Pilah,Negeri Sembilan

E-mel: fid@ns.uitm.edu.my

Received Date: 5 Mac 2018 Accepted Date: 15 Mei 2018

ABSTRAK

Masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar merupakan isu yang sering dibincangkan di Malaysia. Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di negara ini, pelajar di pelbagai peringkat sama ada di sekolah mahupun dipusatpengajian tinggi, masih mengalami kesukaran dalam menguasai bahasa kedua ini. Mengambil kira masalah tersebut serta kecenderungan pelajar hari ini terhadap penggunaan peranti mudah alih dalam aktivitipembelajaran, MApEC yang merupakan aplikasi telefon mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran telah dibangunkan. Objektif utama MApEC dibangunkan adalah bagi membantu pelajar khasnyayang mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris di pusat pengajian tinggi dalam memahami terminologi asas Bahasa Inggeris menggunakan pendekatanyang lebih menarik berbanding kaedah konvensional. MApEC boleh diakses secara luar talian dan mempunyai lapan ciri utama iaitu course info, about us, contacts, download, reading, writing, dictionary dan podcast. Walaupun pembangunan MApEC masih diperingkat awal, hasil soal selidik menunjukkan secara umumnya responden memberikan maklum balas yangpositif serta berpuas hati dengan penggunaan aplikasi tersebut kerana ia mudah diakses, dikendalikan serta mesra pengguna. Responden berpendapat MApEC dapat membantu mereka memahami terminologi asas dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

(7)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

Kata kunci: MApEC, Aplikasi mudah alih, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Terminologi asas

ABSTRACT

One of the issues frequently discussed in Malaysia is the low level of English language proficiency among language learners. Although English is the country s second language, students at all levels including those in schools and higher institutions are found to have difficulties in mastering the language. Considering this problem, as well as the rapid growth and strong interest among students in the use of mobile devices in language learning, a mobile application called MApEC was developed. The objective of developing MApEC is to help students at higher institutions to learn and understand common terminologies used in the learning of the English language in a more interactive approach rather than the conventional one. MApEC can be accessed offline and has 8 main features - course info, about us, contacts, download, reading, writing, dictionary and podcast. Even though MApEC is still at the initial stage of development, findings from the survey showed positive feedback from the respondents. They are satisfied with MApEC as the application can be easily accessed and is user-friendly. The respondents also believe that MApEC can help them in understanding common terminologies used in the learning of the English language. Keywords: MApEC,Mobile application, English language learning, Common terminologies

PENGENALAN

Penggunaaan peranti mudah alih dalam pembelajaran bahasa {Mobile

Assisted Language Learning - MALL) merupakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang mengguna pakai peralatan seperti telefon pintar dan tablet (Rodriguez-Arancon, Arus & Calle, 2013). Selaras dengan perkembangan pesat teknologi semasa, penggunaan MALL semakin signifikan dan relevan dalam proses P&P termasuk di institusi pengajian tinggi.

(8)

Penggunaan Aplikasi MApEC

Walaupun penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran Bahasa Inggeris semakin meningkat, penggunaan aplikasi ini khususnya dalam aktiviti pra-pembelajaran masih kurang. Oleh itu, MApEC (Mobile

Application for English Course) telah dibangunkan. Objektif MApEC

ialah untuk memudahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap terminologi asas dalam pembelajaran bahasa berbanding dengan pendekatan konvensional.

KAJIAN LITERATUR

MALL dalam P&P Bahasa Inggeris

Kemajuan pesat teknologi telah menyaksikan semakin relevannya penggunaan aplikasi mudah alih dalam P&P termasuk di institusi pengajian tinggi. Menurut laporan NMC Horizon (2016), terdapat peningkatan dalam bilangan institusi pengajian tinggi yang beralih daripada kaedah konvensional kepada yang berteraskan teknologi.

Di Malaysia, walaupun penggunaan peranti mudah alih masih baru, inisiatif untuk beralih dari kaedah pembelajaran konvensional kepada yang berteraskan teknologi telah bermula sejak 1997 (Ehsan, Kemboja & Rosniah, 2013). Semenjak itu, banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kesesuaian penggunaan peranti mudah alih dalam P&P Bahasa Inggeris di Malaysia. Menurut Mohamad dan Muniandy (2014) penggunaan peranti mudah alih dalam P&P Bahasa Inggeris di Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk diterima pakai. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dalam penggunaannya di negara ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan penggunaan peranti mudah alih dalam P&P Bahasa Inggeris. Salah satunya adalah ciri mudah alihnya. Menurut Thomas, Reinders dan Warschauer Thomas et al (2012), pelajar tidak lagi perlu membawa buku teks dan alat tulis ke bilik darjah. Sebaliknya, mereka hanya perlu membawa peranti mudah alih, dan proses pembelajaran boleh berlaku hampir di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

(9)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

Prensky (2005) menyatakan faktor lain kepada peningkatan penggunaan peranti mudah alih dalam P&P bahasa Inggeris adalah kerana kepelbagaian fungsi yang ada pada peranti mudah alih. Seperti komputer, pengguna boleh memanfaatkan peranti mudah alih untuk pelbagai tujuah seperti berkomunikasi antara satu sama lain, mencari dan berkongsi maklumat serta memulakan projek baru. Apabila pengguna mengakses bahan melalui peranti mudah alih, mereka akan dapat mengaplikasi cara pembelajaran yang lebih fleksibel yang melangkaui penggunaan biasa sesebuah komputer (Sandberg, 2011; Marris & de Geus, 2011). Sehubungan itu, kepelbagaian fungsi peranti mudah alih ini menjadikan alat pembelajaran konvensional seperti buku teks dan alat tulis semakin kurang relevan dalam P&P.

Kajian terhadap MALL

Selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, lebih ramai pengguna cenderung untuk menggunakan peranti mudah alih dalam urusan seharian. Situasi ini telah menarik perhatian terutamanya para penyelidik dalam bidang pendidikan (Azizan & Gunasegaran, 2013). Salah satu ciri MALL yang telah mendapat perhatian penyelidik ialah persepsi pengguna terhadap MALL itu sendiri. Kajian seperti ini penting kerana pelajar mempunyai pengalaman pembelajaran yang berbeza-beza disebabkan oleh latar belakang yang berlainan (Ganapathy, Shuib & Azizan, 2014).

Berdasarkan kajian Ali dan Hassan (2014) berkenaan persepsi pengguna terhadap MALL dalan pemahaman listening comprehension, mereka mendapati MALL merupakan kaedah yang efektif dalam membantu pelajar meningkatkan kemahiran tersebut. Responden kajian menjelaskan penggunaan peranti mudah alih adalah satu cara yang menarik untuk mempelajari bahasa baharu. Selain daripada itu, Hsu (2012) juga telah membuat kajian bagi mendapatkan persepsi 45 orang pelajar bahasa daripada pelbagai latar belakang dan negara yang berbeza. Kajian tersebut telah membuktikan bahawa pelajar daripada latar belakang yang pelbagai mempunyai persepsi berbeza mengenai MALL. Majoriti responden bersetuju bahawa MALL ialah satu kaedah yang efektif dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

(10)

Penggunaan Aplikasi MApEC Di Malaysia, kajian oleh Ehsan, Kembqja dan Rosniah (2013) terhadap penerimaan MALL mendapati ia diterima secara positif oleh 25 orang graduan yang terlibat. Menurut responden, MALL membolehkan mereka mengakses bahan pembelajaran yang diperlukan, membuat pelbagai aktiviti berkaitan bahasa, dan memudahkan komunikasi bersama tenaga pengajar dan rakan-rakan. Penemuan yang sama telah direkod oleh Subramaniam dan Harun (2013) di mana pelajar telah menerima secara positif penggunaan peranti mudah alih dalam sesi pembelajaran. Kajian lain yang dijalankan oleh Ganapathy, Shuib dan Azizan (2014) terhadap aplikasi peranti mudah alih yang dinamakan sebagai MyGrate, mengukuhkan lagi penerimaan positif pelajar terhadap MALL yang mana kebolehan interaktif aplikasi tersebut menarik minat pelajar untuk menggunakannya.

Kajian persepsi yang telah dijalankan sebelum ini mengukuhkan teori constructivism oleh Piaget dan Vygotsky bahawa ilmu dicipta melalui pengalaman. Prinsip utama teori constructivism boleh dianggap sebagai teori 'pasca moden' yang menggambarkan trend falsafah dan intelek bermula akhir abad ke-20 (Almala, 2006). Pelajar akhir abad ke-20 dan abad ke-21 lebih cenderung dengan penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran berbanding kaedah konvensional. Ini adalah kerana pengalaman menggunakan aplikasi peranti mudah alih meningkatkan minat pelajar seterusnya membantu mereka untuk menguasai bahasa dengan lebih baik.

Kesimpulannya, penggunaan MALL dalam kalangan pengguna semakin meningkat naik dari semasa ke semasa. Ia menjadi satu kaedah yang semakin signifikan dan relevan dalam pembelajaran bahasa masa kini.

METODOLOGI

Persetujuan untuk membangunkan aplikasi peranti mudah alih adalah hasil kajian literatur. Menurut Prensky (2005); Ehsan et al (2013), serta Mohamad dan Muniandy (2014), terdapat perubahan dalam P&P yang berasaskan kaedah konvensional kepada kaedah teknologi mudah alih. Ini rhenunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan aplikasi peranti mudah alih. Mengambil kira keperluan ini, MapEC telah dibangunkan. Rajah 1 menunjukkan carta alir ringkas pembangunan aplikasi MApEC.

(11)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

Pemilihan ciri-ciri utama aplikasi

Pengumpulan data dan maklumat bagi tujuan pembangunan aplikasi

Pembinaan MApEC melalui aplikasi AppMakr

Ujilari aplikasi MApEC bersama kumpulan sasaran

Rajah 1 : Carta Alir Ringkas Pembangunan Aplikasi MapEC

Pembinaan aplikasi MApEC bermula dengan perbincangan bersama tenaga pengajar bahasa Inggeris. Perbincangan tertumpu kepada pemilihan elemen yang akan dimasukkan ke dalam aplikasi. Hasil perbincangan tersebut, empat elemen iaitu listening, speaking, reading dan writing telah dipilih untuk dibangunkan.

Langkah seterusnya ialah pengumpulan data dan maklumat bagi kesemua empat elemen yang telah dipilih. Setiap elemen dilengkapi dengan huraian seperti terminologi, definisi terminologi, contoh penggunaan terminologi serta pautan Internet bagi rujukan tambahan (rujuk Rajah 2). Data dan maklumat untuk tujuan huraian adalah berpandukan silibus bahasa Inggeris, buku teks rasmi serta laman sesawang ilmiah yang dikenal pasti.

(12)

Penggunaan Aplikasi MApEC

R e a d i n g

TOPIC SENTENCE

it is a complete sentence t h a t states the

important point of a paragraph w h i c h u s u a l l y

c o n t a i n s c o n t r o l l i n g i d e a s . T h e c o n t r o l l i n g idea is e s s e n t i a l a s it m a k e s a s p e c i f i c c o m m e n t a b o u t t h e t o p i c . Example: t-i A c c o r d i n g t o D a v i d S p i e g e l , M D , d i r e c t o r o f S t a n f o r d M e d i c i n e ' s C e n t e r o n S t r e s s a n d H e a l t h , a n x i e t y is t h e s e n s e o f d i s c o m f o r t , r e s t l e s s n e s s , o r u n c e r t a i n t y t h a t is i n t e r n a l l y g e n e r a t e d . H e a l s o s t a t e s t h a t a n x i e t y is b e i n g a w o r r i e r w i t h o u t h a v i n g t h e s t r e s s o r s o u t s i d e . ( A d a p t e d f r o m b J A p ^ r a w w Td.gQni/h,eaiitiZweH,ricaa/

Rajah 2: Contoh Huraian Bagi Elemen Reading

Selepas data dan maklumat dikumpulkan, aplikasi MApEC mula dibangunkan menggunakan aplikasi AppMakr. Aplikasi ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti kos, kebolehcapaian serta reka bentuk

graphiC'User-interface (GUI). GUI aplikasi ini dipilih agar ia kelihatan

ringkas dan mudah digunakan. Rajah 3 menunjukkan GC//bagi MApEC.

IX/lAp

e © o

Heading Writing Dictionary Podcast

Rajah 3: GUI MApEC

(13)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

Selepas MApEC dibangunkan, seramai 30 orang responden telah terlibat dalam proses ujilari. Persepsi mereka terhadap MApEC telah dikumpulkan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta penambahbaikan terhadap aplikasi ini bagi manfaat pengguna.

KEBERHASILAN PROJEK

Kelebihan yang ada pada penggunaan MApEC ini adalah ia boleh diakses melalui telefon mudah alih tanpa memerlukan capaian Internet. Ini membolehkan maklumat berkaitan diperoleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dalam kata lain, MApEC sangat mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan (rujuk Rajah 4). Lapan ciri utama MApEC iaitu

course info, about us, contacts, download, reading, writing, dictionary

dan podcast dapat membantu pelajar dalam memahami terminologi asas bahasa Inggeris yang diguna pakai dalam pembelajaran bahasa Inggeris (rujuk Rajah 5).

Nota: 1: Sangat tidak setuju; 2: Tidak setuju; 3: Tidak pasti, 4: Setuju, 5: sangat setuju

(14)

Penggunaan Aplikasi MApEC

Nota: 1: Sangat tidak setuju; 2: Tidak setuju; 3: Tidak pasti, 4: Setuju, 5: Sangat setuju

Rajah 5: Ciri Utama MApEC Dapat Membantu Pelajar dalam Memahami Terminologi Asas Bahasa Inggeris

Selain daripada membantu pelajar dalam memahami terminologi asas bahasa Inggeris (rujuk Rajah 5), MApEC juga boleh digunakan sebagai sumber rujukan ketika pelajar mengadakan perbincangan secara berkumpulan (rujuk Rajah 6) dan berguna untuk dijadikan sebagai praaktiviti sebelum sesi pembelajaran secara formal berlangsung (rujuk Rajah 7). Kelebihan ini menjadikan pelajar lebih bersedia serta dapat melibatkan diri secara aktif sebelum dan semasa sesi pembelajaran secara formal dijalankan.

1 2 3 4 5 Nota: 1: Sangat tidak setuju; 2: Tidak setuju; 3: Tidak pasti, 4: Setuju, 5: Sangat setuju

Rajah 6: MApEC Boleh Digunakan sebagai Sumber Rujukan ketika Mengadakan Perbincangan Secara Berkumpulan

(15)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

1 2 3 4 Nota: 1: Sangat tidak setuju; 2: Tidak setuju; 3: Tidak pasti, 4: Setuju, 5: Sangat setuju

Rajah 7: MApEC Berguna Untuk Dijadikan sebagai Pra-Aktiviti sebelum Sesi Pembelajaran Secara Formal Berlangsung

Persepsi terhadap penggunaan MApEC memainkan peranan yang penting untuk menentukan kesan penggunaannya dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris. Mengambil kira MApEC masih pada peringkat awal pembangunannya, terdapat sebilangan kecil responden yang kurang pasti terhadap penggunaan aplikasi ini. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan penerimaan awal yang positif daripada responden terhadap penggunaan MApEC sebagai sumber rujukan dalam memahami terminologi asas bahasa Inggeris (rujuk Rajah 8 dan Rajah 9). Persepsi yang positif ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi dalam P&P. Sikap yang positif dapat menjadikan pelajar lebih fokus, bermotivasi serta menunjukkan minat dalam mendalami topik yang dipelajari.

55

D Very helpful Q Somewhat helpful • Least healpfui Course info Contacts Download Reading notes Dictionary Podcast

(16)

Penggunaan Aplikasi MApEC 0(0%) K O | 14(48 3%) P f F ? | 10(34.5%) *JUj*|J| 1 2 3 4 5 Nota: 1: Sangat tidak setuju; 2: Tidak setuju; 3: Tidak pasti, 4: Setuju, 5: Sangat setuju

Rajah 9: Secara Keseluruhan, Saya Berpuas Hati Terhadap Penggunaan MApEC

Antara impak tidak langsung penggunaan MApEC adalah penjimatan terhadap kos kertas serta kos percetakan bagi nota rujukan tambahan. Langkah ini merupakan satu bentuk sokongan terhadap teknologi hijau dalam mengurangkan kos P&P. Selain itu, penggunaan MApEC ini juga dapat menjimatkan masa pengendalian P&P memandangkan ia dapat dijadikan sebagai praaktiviti sebelum sesi pembelajaran secara formal berlangsung. Ini dapat membantu mempercepatkan proses pembelajaran serta meningkatkan penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran.

RUMUSAN

Pembangunan MApEC bertujuan untuk membantu pelajar memahami terminologi asas bahasa Inggeris yang diguna pakai dalam pembelajaran bahasa Inggeris melalui pendekatan yang berteraskan teknologi. Memandangkan kaedah yang digunakan ini lebih sesuai dengan era yang berasaskan teknologi yang serba canggih, pendekatan sedemikian telah menunjukkan persepsi yang positif dari pengguna aplikasi tersebut. Kaji selidik kepuasan pengguna MApEC telah menunjukkan penemuan yang positif selaras dengan hasil kajian MALL yang telah dijalankan oleh Ali dan Hassan (2014), Ehsan et al (2013) serta Hsu (2012). Penerimaan dan persepsi yang positif daripada responden dalam penggunaan MApEC sebagai aplikasi prapembelajaran bahasa Inggeris menggambarkan hala tuju yang positif dalam peningkatan dan penambahbaikan MApEC pada masa akan datang.

(17)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

Memandangkan pembangunan MApEC masih pada peringkat awal, batasan kajian ini adalah dari aspek ketiadaan maklumat bagi ciri-ciri tambahan yang lain seperti writing, dictionary danpodcast. Justeru, antara inisiatif yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang adalah dengari penambahbaikan kepada pengisian maklumat sedia ada serta ciri-ciri lain dalam MApEC. Di samping itu, kajian yang lebih mendalam boleh dilaksanakan terhadap persepsi dan keberkesanan aplikasi ini dalam P&P bahasa Inggeris.

Secara ringkas, penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran bahasa (MALL) yang sedang berkembang di Malaysia (Mohamad & Muniandy, 2014) telah membuka laluan yang luas untuk peningkatan penggunaan MApEC secara lebih menyeluruh dan berkesan khasnya dalam pembelajaran bahasa Inggeris.

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan kepada semua yang menyumbang kepada pembangunan MApEC termasuk pihak HE A serta pelajar yang terlibat dalam ujilari aplikasi ini.

PRASYARAT

1. Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX) 2017, Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Pingat Gangsa.

2. Poster pitching My_CASELT 2017, IDCC Shah Alam. Pingat Perak.

RUJUKAN

Ali, S.A& Hassan, N. (2014). Learners'Attitudes toward the Effectiveness of Mobile Assisted Language Learning (MALL) in L2 Listening Comprehension. International Conference on Current Trends in ELT.

(18)

Penggunaan Aplikasi MApEC

Almala, A.H. (2006). Applying the Principles of Constructivism to a Quality E-Learning Environment Distance Learning. Greenwich, 3(1), 33-40. Azizan, S.N. & Gunasegaran, T. (2013). Using Mobile Technology in Teaching Grammar in Higher Education Institutions: The i-MoL Tool.

Bulletin of Higher Education Research. No. 22, Dec 2013.

Ehsan, S., Kemboja, I. & Rosniah, M. (2013). The Acceptance of Mobile Assisted Language Learning (MALL) among Post Graduate ESL Students in UKM. SoLLs. INTEC.13: International Conference on Knowledge-Innovation-Excellence: Synergy in Language Research and Practice. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 118,457-462. Ganapathy, M., Shuib, M. & Azizan, S.N. (2014). Malaysian ESL Students' Perceptions on the Usability of a Mobile Application for Grammar Test: A Case Study of ESL Undergraduates in Universiti Sains Malaysia. 3L: The Southeast Asian Journal of English Language Studies, 22(1), 127-140.

Hsu, L. (2012). English as a foreign language learners'perception of mobile assisted language learning: A cross-national study. Computer Assisted

Language Learning, 26, 1-17.

Ismail, I., Azizan, S.N. & Gunasegaran, T. (2016). Mobile Learning in Malaysian Universities: Are Students Ready? InternationalJournal of

Interactive Mobile Technologies, 70(3).

Mohamad, M. & Muniandy, B. (2014). Mobile-assisted language learning in Malaysia: where are we now? Glit E-Journal Language Practice &

Information Technology.

NMC Horizon Project. (2016). NMC Horizon Report: 2016 Higher

Education Edition. Dipetik dari www.nmc.org/publication/nmc-horizon-report-2016-higher-education-edition/.

Prensky, M. (2005). What can You Learn from a Cell Phone? Almost Anything! The Innovative Gateway 1 (June/July). Retrieved rom: htpp// www. ino vateonline. info/index .php.

(19)

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

Rodriguez-Arancon,R, Arus, J. & Calle,C. (2013). The Use of Current Mobile Learning Applications in EFL. Procedia - Social and Behavioral

Sciences, 103, 1189-1196.

Sandberg, J., Maris, M. & de Geus, K. (2011). Mobile English learning: An evidence-based study with fifth graders. Computers and Education

57(1), 1334-1347. Dipetik dari https://www.sciencedirect.com/science/

article/pii/S0360131511000327.

Subramaniam, G.K.J. & Harun, R.N.S., (2013). Adoption of mobile technology in higher education: students' perceptions of english language learning using smart phones. International Journal of Asian

Social Science, 3(9): 2084-2089.

Thomas, M., Reinders, H., & Warschauer, M. (2012), Contemporary

Computer-Assisted Language Learning (pp. 201-216). London:

Referensi

Dokumen terkait

Hasil ini jelas menunjukkan bahwa kehadiran oksigen juga berpengaruh pada penurunan anisotropi kristal sebagaimana telah dilaporkan sebelumnya [8], dan ini berdampak

外部 か らの投資 を通 じた調達

- bahwa kemudian setelah mendengar berita bahwa ternyata nama Penggugat tidak tercantum dalam pengumuman di Koran terbitan Medan sebagaimana yang dijanjikan oleh

Berdasarkan analisa porositas pada campuran beton menggunakan pond ash sebagai pengganti sebagian pasir (agregat halus) dari masing-masing komposisi dan dengan menggunakan

Arti tanda negatif pada konstanta adalah apabila tidak ada variabel country of origin, kualitas produk dan kelompok acuan maka tidak akan terjadi niat beli

M.Ds., Ketua Program Studi Desain Komunikasi Visual Fakultas Seni dan Desain Universitas Negeri Makassar sekaligus selaku Pembimbing I yang selama ini telah