KEPENTINGAN
SOSIO-EKONOMI KAWASAN BAKAU DELTA
KELANTAN KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN
Huda Farhana MM, Lim HF, Mohd Parid M & Tariq Mubarak H Pegawai penyelidik
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Kepong,
52109 Selangor Tel: 603-62797545 Faks: 603-62750925 Email: [email protected]
1. PENGENALAN
Delta Kelantan terletak di Jajahan Tumpat ini merupakan sebahagian daripada dataran pesisiran pantai yang meliputi keluasan 250 hektar. Kawasan ini terdiri dari 10 pulau utama iaitu Pulau Cik Minah, Pulau Tengkorak, Pulau Bedal, Pulau Layang-Layang, Pulau Kambing, Pulau Terendak, Pulau Timun, Pulau Tongkang, Tanjung Duff dan Pulau Rulah (Gambarajah 1.1). Kawasan Delta Kelantan ini merupakan suatu kawasan yang unik di mana ia terbentuk daripada pemendapan lanar yang membentuk dataran lanar dan seterusnya membentuk pulau-pulau yang dinyatakan di atas pada awal tahun-tahun 1960an. Pada awalnya, kawasan ini adalah tanah lapang dan tidak dapat apa-apa koloni bakau. Tanaman pokok bakau telah mula diperkenalkan pada tahun 2000.
Sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, spesis flora utama yang wujud di kawasan delta ini adalah seperti jeruju (Acrostichum speciosum), piai raya (Acrostichum aureum), piai lasa
(Acrostichum speciosum), api-api putih (Avicennia alba), nipah (Nypa fruticans), bakau minyak
(Rizhophora apiculata), tumu (Brugueira sp), berembang (Soneratia caseolaris) dan Derris trifolata. Spesis yang dominan di kawasan ini termasuklah ketapang (Terminia catappa), leban
(Vitex pubescens) dan baru-baru laut (Hibiscus tiliaceus). Pelbagai jenis hidupan akuatik seperti ikan siakap, ikan merah, ikan kerapu, ikan senangin, ikan bawal putih dan pelbagai spesis ikan lain lagi terdapat di Delta Kelantan. Pelbagai spesis udang dan ketam juga boleh didapati di kawasan delta ini. Kekayaan flora dan fauna di Delta Kelantan menjadikannya satu kawasan bakau yang penting dari segi sumbangan kepelbagaian biologi, nilai sosio-ekonomi dan perlindungan alam sekitar (khasnya pulau-pulau dan kawasan pesisiran berhampiran).
Pada masa kini, keseluruhan kawasan Delta Kelantan adalah berstatus tanah kerajaan. Sebagai tanah kerajaan, adalah mudah bagi kerajaan negeri menukar statusnya untuk tujuan lain seperti pembangunan pelancongan. Oleh yang demikian, selain dari menanam pokok bakau di kawasan terpilih di kalangan pulau-pulau di Delta Kelantan, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah berusaha untuk mewartakan kawasan Delta Kelantan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Ini dapat membantu mengekalkan status kawasan berkenaan dan perancangan pemuliharaan biodiversiti kawasan berkenaan dapat dilaksanakan secara mapan. Langkah ini penting untuk melindungi kawasan penanaman bakau dan mengekalkan fungsi-fungsi alam sekitar dan sumbangan sosio-ekonomi kepada masyarakat tempatan.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah penting bagi menilai kepentingan serta sumbangan kawasan penanaman bakau ini kepada keseimbangan biodiversiti dan sosio-ekonomi penduduk setempat di sekitar Delta Kelantan. Penilaian dilakukan kepada kebergantungan penduduk tempatan terhadap sumber-sumber bakau Delta Kelantan untuk tujuan sara diri, peluang pekerjaan dan sumber-sumber pendapatan. Input kajian adalah dapat menyokong usaha-usaha mengekalkan kawasan tersebut sebagai hutan paya laut yang dapat membantu mengimbangkan ekologi sekaligus meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat.
3. KAEDAH KAJIAN
kesan kadar kemiskinan dan pesepsi terhadap cadangan projek eko-pelancongan. Kajian survei telah bermula pada Februari 2011 sehingga September 2011 yang melibatkan dua jenis perkampungan. Perkampungan tersebut adalah perkampungan pantai dan perkampungan pulau. Dari jumlah 1,803 isirumah di perkampungan pantai, 365 isirumah (20%) telah ditemuramah. Manakala 169 isirumah (39% dari jumlah isirumah) dari perkampungan pulau telah disurvei. Pada keseluruhannya, sebanyak 534 isirumah atau 24% semua isirumah di kedua-dua jenis perkampungan ini disurvei (Jadual 1.1). Ketua isirumah akan dipilih untuk ditemuramah semasa survei dijalankan. Walau bagaimanapun, sekiranya ketua isirumah tiada semasa survei dijalankan, isterinya akan ditemuramah bagi pihak ketua isirumah. Secara amnya, daripada 534 isirumah dari 12 buah kampung yang ditemuramah, responden adalah terdiri dari 459 (86%) ketua isirumah dan 75 (14%) adalah isteri kepada ketua isirumah.
Jadual 1.1: Bilangan responden dalam survei sosio-ekonomi di sekitar Delta Kelantan, 2011
Negeri Bilangan
1. Kg. Baru Nelayan 500 104 21
2. Kg. Tanjung Kuala 500 96 20
3. Kg. Besut 500 57 11
4. Kg. Pak Jah 120 8 7
5. Kg. Kelong 183 99 54
Jumlah kecil 1803 364 20
Perkampungan Pulau
1. Kg. Pulau Cendol 30 12 40
2. Kg. Pulau Suri 166 37 23
3. Kg. Pulau Besar 68 33 49
4. Kg. Pulau Che Soh 10 5 50
5. Kg. Pulau Seratus 53 30 57
6. Kg. Pulau Beluru 36 7 20
7. Kg. Pulau Tongkang 76 46 61
Jumlah kecil 439 170 39
Jumlah Besar 2,242 534 24
4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Penggunaan kawasan bakau di Delta Kelantan
kepada masyarakat tempatan, khasnya dari segi mendatangkan hasil paya laut seperti ikan, ketam dan udang yang melibatkan 26% dari 534 isirumah dalam kajian ini.
4.2 Kesan terhadap pekerjaan isirumah
Di Semenanjung Malaysia, pengurusan hutan bakau secara berkekalan di Hutan Simpan Matang telah mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan bagi penduduk tempatan (Lim,1999; Chan &Salleh 1986). Oleh itu, pekerjaan ketua isirumah adalah satu petunjuk tentang sejauh mana kesan kawasan penanaman bakau ke atas masyarakt tempatan. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari peratusan ahli-ahli isirumah yang menjadi nelayan di antara perkampungan pulau dan Perkampungan Pantai. Di kalangan 588 ahli isirumah yang bekerja di perkampungan pulau, seramai 70 isirumah(12%) adalah nelayan. Manakala, di Perkampungan Pantai pula, dari 270 ahli isirumah yang bekerja, didapati 66 (24%) adalah nelayan.
4.3 Kesan terhadap pendapatan isirumah
Secara umumnya, penanaman bakau di kawasan Delta Kelantan telah menambahkan peluang pendapatan bagi masyarakat tempatan. Dari jumlah 534 responden, bilangan isirumah yang terima pendapatan dari kawasan bakau telah meningkat dari 36 (7%) pada tahun 2000 kepada 52 buah isisrumah (10%) pada tahun 2011. Pertambahan yang paling ketara ialah di kalangan isirumah di Perkampungan Pantai, iaitu dari 16 isirumah ke 26 isirumah (iaitu 4% ke 7% jumlah isirumah) antara 2000 dan 2011. Sementara itu, pertamahan di kalangan isirumah di perkampungan pulau pula, bilangan pertambahan ialah dari 21 ke 26 (iaitu 12% ke 15% jumlah 170 isirumah) dalam tempoh yang sama.
Carta Bar 1.1: Bilangan isirumah terima pendapatan dari kawasan bakau, 2000 dan 2011
Kajian ini menunjukkan pertambahan pendapatan isirumah yang menghasilkan sumber laut di kawasan bakau di Kelantan. Pada tahun 2000, purata pendapatan isirumah yang menerima pendapatan dari kawasan bakau ialah RM288 dan angka ini telah bertambah ke RM351 pada tahun 2011. Pertambahan pendapatan dari kawasan bakau bagi tempoh 2000 dan tahun 2011 bagi perkampungan pantai dan perkampungan pulau adalah meningkat seperti Jadual 1.3.
Jadual 1.3: Purata pendapatan tunai bulanan isirumah dari kawasan bakau, 2000 dan 2011
Perkampunga n
TAHUN %
Pertambahan
2000 2011
1.Pantai 455 577 21
2.Pulau 120 662 82
4.4 Kadar kemiskinan
Pendapatan yang dijana daripada kawasan penanaman bakau juga dinilai dari segi bilangan isirumah yang telah menerima pendapatan dari kawasan bakau dan kadar kemiskinan. Kajian ini juga menggunakan garis kemiskinan per kapita sebanyak RM137 (pengiraan berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-8 dan mengambil kira pertumbuhan indeks harga pengguna, IHP) pada tahun 2009 bagi meninjau keadaan kemiskinan di kalangan responden isirumah. Bagi tahun 2011, garis kemiskinan per kapita adalah RM158 bagi penduduk negeri Kelantan (pengiraan adalah berdasarkan IHP pada tahun 2011).
4.4.1 Kemiskinan keseluruhan
Pada keseluruhannya, kadar kemiskinan di kalangan masyarakat berhampiran dengan Delta Kelantan adalah 25% pada tahun 2011.Tiada perbezaan yang ketara situasi kemiskinan bagi Perkampungan Pantai (24%) atau 88 buah isirumah dan perkampungan pulau (26%) hanya 44 buah isirumah seperti disertakan di dalam Carta 1.2 dan Jadual 1.4 kadar kemiskinan di dua belas buah kampung pada 2011.
88 44
Carta 1.2 : Bilangan isi rumah miskin di Delta Kelantan, 2011
Perkampungan Pantai (n=364) Perkampungan Pulau (n=170)
Kampung n
Garis kemiskinan per kapita =RM 158 per kapita bagi 2011
Kg. Baru Nelayan 104 23 22 81 78
Kg Tanjung Kuala 96 22 23 74 77
Kg Besut 57 14 25 43 75
Kg Pak Jah 8 2 25 6 75
Kg. Kelong 99 27 27 72 72
Jumlah Kecil 364 88 24 276 76
Perkampungan Pulau
Kg. Pulau Tongkang 46 19 42 27 58
Jumlah Kecil 170 44 26 126 74
Jumlah 534 132 25 402 75
Nota: Garis kemiskinan per kapita untuk negeri Kelantan = RM 158 per kapita bagi tahun 2011
4.4.2 Kemiskinan Sekiranya Tiada Pendapatan Dari Kawasan Bakau
Sekiranya masyarakat tempatan tidak menerima pendapatan tunai dari kawasan bakau Delta Kelantan, maka kadar kemiskinan telah meningkat sedikit dari 25% ke 27% (Jadual 1.5). Kesan ketiadaan pendapatan tunai dari kawasan bakau adalah lebih jelas di kalangan perkampungan pulau di mana kadar kemiskinan meningkat dari 26% ke 30%. Manakala, di kalangan Perkampungan Pantai, ianya meningkat dari 24% ke 26%.
22.523
Kajian ini telah meninjau kepentingan sosio-ekonomi kawasan bakau Delta Kelantan kepada masyarakat tempatan. Kajian ke atas 12 kampung tempatan telah menunjukkan bahawa kepentingan sosio-ekonomi kawasan bakau ke atas isirumah baik dari segi pekerjaan (8% dari tenaga kerja), sumber pendapatan (3% dari pendapatan isirumah) dan kemiskinan (kadar kemiskinan meningkat cuma 2% jika tiada pendapatan tunai dari kawasan bakau) adalah tidak ketara. Sungguhpun demikian, persepsi responden isirumah telah menunjukkan bahawa mereka menganggap kawasan bakau sebagai hábitat yang perlu dikekalkan secara semulajadi (45%) kerana ia adalah satu habitat penting sebagai benteng pukulan ombak dan hábitat pemuliharaan . Implikasi dari hasil kajian ini ialah pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan perlu mengekalkan kawasan bakau Delta Kelantan bagi tujuan perlindungan flora dan fauna yang seterusnya akan melindungi penduduk di tepi pantai dan perkampungan pulau.
6.0 SISIPAN KARYA
Chan, H.T. & Salleh, M.N. (1986). The traditional use of the mangrove ecosystem in Malaysia. Mangrove Ecosystem Occasional Papers No. 1