• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bhg 4 dan 5 11

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bhg 4 dan 5 11"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

d. Bahagian keempat:

Apakah kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu

Kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif Philip (1991). Thacker (1996) pula menjelaskan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Dalam konteks permainan wau, masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kemahiran yang digarap daripada pelbagai kaum dan keturunan. Gaya hidup yang yang majmuk ini, telah

melahirkan pelbagai jenis wau tradisional yang dipertandingkan. Pertandingan wau ini telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.

Keseragaman dan disiplin cara hidup nenek moyang kita merupakan faktor penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu. Dengan penerapan nilai-nilai ini melalui permainan wau samada di peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa, keadaan ini membolehkan kita bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Permainan wau juga memerlukan kepakaran yang tinggi dan di warisi dari generasi ke generasi. Ini merupakan salah satu kemahiran sosial yang diaplikasikan melaui aktiviti ini untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu.

(2)

e. Bahagian kelima:

Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Rakyat Malaysia menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa dengan kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tahun 1957. Keharmonian rakyat Malaysia juga terhasil daripada dasa pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil dan amalan demokrasi dan kontrak sosial antara kepelbagaian kaum. Ia juga dikukuhkan dengan pengamalan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain.

Keperluan hubungan etnik di Malaysia adalah seperti yang digambarkan dalam rajah berikut:

Cabaran-cabaran yang ketara dalam perhubungan etnik di Malaysia adalah perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Apabila perbezaan ini menjadi factor dalam perpaduan ia kana dapat menimbulkan jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. Perbezaan bahasa dan unsur-unsur kebudayaan lain merupakan faktor penyumbang dan isu dalam permasalahan hubungan etnik.

Perbezaan kelas sosio ekonomi yang merangkumi pekerjaan dan tempat tinggal tidak

(3)

enggan bekerjasama dengan golongan yang berpendapatan tinggi dan sebaliknya. Ini disebakan oleh sifat prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk

membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing muga merupakan punca cabaran-cabaran dalam hubungan etnik. Perpaduan tidak mungkin dapat dicapai apabila anggota sesuatu maysrakatmemilih untuk hidup dalam dunia mereka sendiri.

Jadual berikut menggambarkan cabaran hubungan etnik.

Di antara cabaran yang paling ketara ialan setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Parti-parti politik ini menyuara,mejaga serta memperjuangkan

kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. Kesukaran menerima pemimpin dari

kaum lain juga mengakibatkan semgat perkauman yang menebal.

Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan

menyebabkan jurang atara kelas sosio yang makin ketara. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.

(4)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari penelitian ini adalah para mualaf di Masjid al Falah Surabaya telah memahami dengan baik pengetahuan dan pemahaman tentang Islam, yakni Rukun Islam, serta telah

Tambahan pula pemimpin-pemimpin Dong Jiao Zong pada masa tersebut tidak menyedari hakikat bahawa meskipun perjuangan mereka disokong oleh parti-parti politik berasaskan

Pada lahan pertanaman lada di Lampung, terlihat bahwa pada tanaman dengan persentase tanaman sakit tinggi memiliki populasi nematoda yang lebih rendah, tetapi

Dalam hal ini, para pendidik dituntut kemampuan dan profesionalnya sesuai dengan tingkat dan jenjangnya masing-masing (Sumaatmadja, 2002: 124). SDN Jawilan Kab.

Pengangguran terdidik salah satu masalah di Sulawesi Selatan, yang menjadi masalah serius adalah bagaimana pengangguran yang ada ini bukan cuma pengangguran yang

Metode Analisis sumber dan penggunaan modal kerja yang penulis lakukan dalam perusahaan tersebut adalah metode horizontal, penulis menggunakan metode tersebut karena menurut penulis

Di sini CIMSA sebagai organisasi mahasiswa kedokteran, merasa perlu ikut berpartisipasi dalam mencapai tujuan tersebut dengan mengadakan seminar mengenai penyakit