BAB 1 – KONSEP IMARAH
1. Pandangan Semesta / Alam Islam
Islam sebagai agama Tauhid mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam membangunkan persekitaran dan alam. Nilai-nilai kerohanian amat ditekan dalam
perancangan dan pembangunan persekitaran. Integrasi nilai kerohanian dalam perancangan dan pembangunan ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan dicontohi oleh generasi sahabat yang datang terkemudian. Nilai kerohanian tersebut pula adalah hasil jalinan tiga hubungan yang menjadi asas sesuatu masyarakat yang telah tunjukkan
oleh Rasululah s.a.w., iaitu:
 Hubungan Manusia Dengan Pencipta.
Dalam konteks hubungan Manusia dengan Pencipta, setiap insan dalam keghairahan
membangunkan persekitarannya hendaklah sentiasa mengingati Pencipta. Perhubungan ini hendaklah dijadikan sebagai fokus segala aktiviti kehidupan dan kemasyarakatan serta memupuk dan memperkukuhkan sifat ketakwaan manusia kepada Pencipta. Sejarah telah membuktikan bahawa kehancuran serta kemusnahan tamadun terdahulu adalah kerana manusia menjadi lalai dan lupa kepada Pencipta.
 Hubungan Manusia Dengan Manusia.
Hubungan manusia dengan manusia membawa pengertian bahawa fokus setiap usaha pembangunan adalah pembangunan insan dan pembangunan masyarakat. Citarasa
manusia sememangnya sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan perancangan yang berkesan memberi perhatian kepada keperluan memenuhi pelbagai citarasa setiap anggota masyarakat. Oleh yang demikian, perancangan dan pembangunan ruang fizikal harus mampu mewujudkan persekitaran kehidupan bermasyarakat yang serba lengkap,
memupuk semangat kejiranan dan kekeluargaan serta menggalakkan interaksi dikalangan pelbagai lapisan masyarakat. Umpamanya, pewujudan kelompok-kelompok komuniti dan unit-unit kejiranan yang serba lengkap serta saling berinteraksi. Usaha seumpama ini akan memastikan persekitaran kehidupan dapat berfungsi dengan sempurna menerusi pergerakan harian penduduk yang berkesan serta penuk makna.
 Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar.
Hubungan Manusia dengan Alamsekitar adalah merupakan satu manifestasi dimana manusia sebagai pentadbir dimuka bumi di pertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi. Manusia mempunyai peranan sebagai pembina, pengindah dan penyelamat alam
sekitar dan bukan melakukan kerosakan serta kemusnahan. Sejarah juga telah membuktikan telah banyak berlaku kerosakan dan bala bencana akibat tindakan manusia sendiri. Kerosakan dan kemorosotan mutu alam sekitar yang berterusan bukan sahaja membahayakan manusia , malahan akan memusnahkan keseluruhan sistem hubungan semulaji alam semesta.
Bertolak dari hubungan-hubungan di atas Islam melihat kegiatan manusia membangunkan persekitarannya hendaklah bersifat holistik dan menyeluruh. Oleh itu al-Quran menggunakan Istilah Imarah apabila merujuk kepada kegiatan ini.
Contohnya ialah firman Allah melalui beberapa ayat al-Quran yang bermaksud:
2. Konsep Imarah
Imarah merujuk kepada segala bentuk kegiatan dimana manusia sebagai khalifah
dimuka bumi berusaha membangunkan persekitarannya supaya sesuai untuk didiami dan shariah Allah dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Contohnya: Mengimarahkan masjid – Maksudnya melaksanakan segala bentuk aktiviti yang berkaitan bertepatan dengan kehendak syari’ah.
Apabila ia dikaitkan dengan alam – Segala bentuk aktiviti yang dilaksanakan di muka bumi ini yang bertepatan dengan kehendak syarai’ah.
Manusia adalah fokus kepada pengimarahan alam ini. Segala yang dilakukan di atas dunia ini mestilah memberi manfaat kepada manusia dan isi alam ini samada yang
bersifat biosis atau abiosis.
Apabila diaplikasikan kepada alambina – bermakna segala bentuk binaan mestilah mengambilkira manfaat kepada manusia dan hidupan lain, persekitaran, rekabentuk atau bentuk dan fungsi secara zahir mahupun batin (dalaman).
lihat tulisan Ahmad Tarmizi Talib – Allah Manusia dan Alam: pp. 11-16.
Sejarah Awal pembangunan habitat Islam
a. Zaman Rasulullah s.a.w
Hijrah Rasulullah ke Madinah menandakan permulaan bagi pembangunan habitat yang berasaskan ajaran Islam. Hijrah berlaku pada tahun 622 masihi. Semasa memasuki kota Yathrib, Rasulullah telah mendirikan Masjid Quba, yang juga merupakan Masjid pertama didirikan dalam sejarah Islam.
Setelah Rasulullah memasuki Kota Yathrib, baginda mendirikan Masjid yang juga
merangkap kediaman baginda dan menjadikannya sebagai tempat segala kegiatan baginda semasa memerintah di Madinah.
Masjid Nabawi merupakan Masjid kedua dibina oleh Rasulullah selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ianya dibina diatas sebidang tanah yang dibeli oleh Rasulullah
daripada 2 anak yatim dengan harga sepuluh dinar. Pembinaan Masjid itu memakan masa beberapa hari sahaja dan binaannya amat ringkas. Sebahagian binaan adalah daripada batu-batu yg tersusun manakala bahagian yang lain adalah daripada pelepah tamar yang disalut dengan tanah liat. Keluasan binaan adalah 1050 meter persegi iaitu
35 meter panjang dan 30 meter lebar. Bumbung Masjid tersebut kesemuanya daripada pelepah tamar. Kiblatnya diperbuat daripada batu-bata (mud-brick) dan ada yang mengatakan daripada batu (stone). Pada masa tersebut Kiblat menghadap kearah Baitul Maqdis iaitu kira-kira selama 16 atau 17 bulan. Selepas itu Rasulullah menerima wahyu supaya kiblat ditukar kearah Kaabah di Mekah. Ianya berbetuk empat segi (rectangular)
dan disekitar Masjid dibina sembilan bilik yang dijadikan kediaman isteri-isteri Rasulullah dan bersambung dengan Masjid. Ianya mempunyai tiga pintu masuk utama iaitu: Bab Jibrail, Bab al-Rahmah dan Bab al-Nisa’. Masjid ini melalui beberapa perubahan apabila ia diperbesarkan oleh pemerintah-pemerintah selepasnya.
Rasulullah juga mengarahkan setiap penempatan mempunyai Masjid yang tersendiri, tetapi Masjid tersebut tidak dibenarkan.
Untuk memastikan persekitaran yang sihat beberapa tindakan lain telah dilakukan oleh
Rasulullah, antaranya:
1. Memastikan bahawa penduduk Madinah mempunyai satu tempat pembuangan sampah berpusat dengan menjadikan satu lubang besar sebagai tempat pembuangan sampah.
2. Menentukan hak pemilik premis untuk mengalirkan air kumbahan ke saluran yang ditetapkan.
3. Melantik Saidina Ali dan Huzaifah al-Yaman sebagi pihak yang arif dalam menyelesaikan permasalahan apabila timbul kes-kes mengenai pertikaian berkaitan
alambina.
4. Menggalakkan penduduk Madinah menanam pokok dan melarang mereka menebang pokok-pokok yang sedia ada sesuka hati.
5. Menggalakkan penjimatan pengunaan sumber semulajadi seperti air
b. Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Pembangunan fizikal pada zaman awal pemerintahan Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar tidak banyak direkodkan. Antara kegiatan yang dilakukan Beliau ialah memperbesarkan Masjid Nabawi.
c. Zaman Umaiyyah
Bani Umayyah menaiki tahta pemerintahan pada tahun .Pusat pemerintahan mereka ialah di Damshik, Syria. Syria, Jordan dan Lubnan adalah dahulunya
sebahagian dari wilayah di bawah pengaruh Kerajaan Byzantine (Rome Timur). Senibina dan bentuk-bentuk seni yang lain adalah dibawah pengaruh kesenian Byzantine. Jadi secara tidak lansung pembentukan habitat fizikal disini di pengaruhi oleh budaya tersebut.
d. Zaman Abbasiyyah
Kerajaan Abbasiyyah menaiki tahta setelah mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Bani Umayyah pada tahun... Mereka menukar pusat pemerintahan kerajaan Islam dari Damshik ke Baghdad. Baghdad terletak berhampiran dengan