• Tidak ada hasil yang ditemukan

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) – Conventional Series

(Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) – Siri Konvensional)

Public Mutual PRS Equity Fund

(Public Mutual Dana PRS Ekuiti)

(PRS-EQF)

PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah atau jawatankuasa yang dibenarkan dan/atau sesiapa yang diluluskan oleh Lembaga Public Mutual Berhad dan mereka secara kolektif dan secara individu menerima tanggungjawab penuh untuk ketepatan maklumat tersebut. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, bahawa tidak ada kenyataan palsu atau mengelirukan, atau peninggalan fakta lain yang akan membuatkan sebarang pernyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan.

PENYATAAN PENAFIAN

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah meluluskan Public Mutual PRS – Conventional Series (Public Mutual PRS – Siri Konvensional) dan memberi kebenaran ke atas PRS-EQF dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kelulusan dan kebenaran, serta penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan Public Mutual PRS – Conventional Series (Public Mutual PRS – Siri Konvensional) atau PRS-EQF, atau bertanggungjawab ke atas ketepatan mana-mana pernyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan oleh pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab bagi Public Mutual PRS – Conventional Series (Public Mutual PRS – Siri Konvensional) dan PRS-EQF, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak membuat representasi mengenai ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan dengan jelas menolak apa-apa liabiliti yang timbul daripada, atau bersandarkan kepada, keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungannya.

Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

Helaian Penting Produk ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko Public Mutual PRS – Conventional Series (Public Mutual PRS – Siri Konvensional) dan PRS-EQF. Pelabur dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami dokumen pendedahan sebelum membuat keputusan untuk melabur.

MAKLUMAT RINGKAS

Apakah Public Mutual PRS – Conventional Series (Public Mutual PRS – Siri Konvensional) dan PRS-EQF?

Public Mutual PRS – Conventional Series (Public Mutual PRS – Siri Konvensional) adalah skim persaraan swasta yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan simpanan jangka panjang* untuk persaraan.

* Dana di bawah PRS bukan dana jaminan modal atau lindungan modal. Skim ini terdiri daripada dana-dana berikut:

Dana Teras Public Mutual PRS Growth Fund (Public Mutual Dana PRS Tumbuh) (PRS-GRF)

Public Mutual PRS Moderate Fund (Public Mutual Dana PRS Sederhana) (PRS-MDF)

Public Mutual PRS Conservative Fund (Public Mutual Dana PRS Konservatif) (PRS-CVF)

Dana Bukan-Teras Public Mutual PRS Equity Fund (Public Mutual Dana PRS Ekuiti) (PRS-EQF)

Public Mutual PRS Strategic Equity Fund (Public Mutual Dana PRS Ekuiti Strategik) (PRS-SEQF)

Pemegang amanah Skim ini adalah AmanahRaya Trustees Berhad.

(2)

CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Apakah yang saya melabur?

PRS-EQF

Kategori Dana Ekuiti

Objektif Pelaburan Dana bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang. Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang melebihi daripada 5 tahun.

Strategi Pelaburan PRS-EQF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur 75% hingga 98% daripada Nilai Aset Bersihnya (NAB) dalam ekuiti dan skim pelaburan kolektif yang terdiri daripada portfolio pelbagai saham mewah, saham indeks dan saham pertumbuhan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk meningkatkan pempelbagaian, dana boleh melabur sehingga 30% daripada NABnya di pasaran asing.

Alokasi Aset Ekuiti 75% hingga 98% daripada NAB dana Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair. Jika prospek bagi pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan ekuiti boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing Sehingga 30% daripada NAB dana Lokasi Aset • Malaysia

• Sehingga 30% daripada NAB boleh dilaburkan di pasaran asing seperti berikut: • China • Indonesia • Korea Selatan • Thailand • Jepun • Filipina • Taiwan • Eropah • Hong Kong • Amerika Syarikat • Singapura

• Mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa berperaturan merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu International Organization of Securities Commissions.

Penanda Aras 90% IKKL FTSE Bursa Malaysia dan 10% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3-Bulan.

Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli • Bertoleransi terhadap risiko

• Mengutamakan pertumbuhan modal jangka panjang

Bagaimana Skim berfungsi?

Anda boleh memilih untuk mencarum di bawah pilihan tersedia atau pilihan tidak-tersedia seperti yang dijelaskan di bawah:

• Caruman anda di bawah pilihan tersedia akan diperuntukkan secara automatik kepada dana teras yang sepadan dengan kumpulan umur seperti yang dinyatakan di bawah:

Dana Teras Kumpulan Umur* PRS-GRF Umur di bawah 40

PRS-MDF Umur di antara 40 hingga kurang daripada 50 PRS-CVF Umur 50 dan ke atas

(3)

• Anda secara aktif boleh memilih satu atau lebih dana tanpa mengira umur anda.

• Jika majikan membuat caruman bagi pihak pekerja sama ada tertakluk pada jadual perletakan hak atau sebaliknya:

- Pemilihan dana di bawah Skim (termasuk hak untuk menukar kepada dana lain) hendaklah dibuat oleh pekerja.

- Sekiranya pekerja tidak membuat pemilihan dana, pilihan tersedia diguna pakai. Unit terletak hak dikekalkan dalam dua sub akaun berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut:

i. Sub-akaun A - terdiri daripada 70% daripada semua caruman yang dibuat, ditunjukkan dalam unit; dan ii. Sub-akaun B - terdiri daripada 30% daripada semua caruman yang dibuat, ditunjukkan dalam unit. Membuka Akaun

• Caruman permulaan minimum – Caruman secara sekaligus : RM1,000*

– Arahan Debit Terus (DDI) : RM100

• Jika anda adalah pelanggan Public Mutual Online (PMO), anda boleh mendaftar pembukaan akaun PRS melalui PMO dan membuat caruman anda secara dalam talian.

• Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi salah seorang daripadanya, hantar borang permohonan PMO di cawangan Public Mutual Berhad/Pusat Khidmat Pelanggan, cawangan Public Bank Berhad atau melalui Perunding PRS anda.

• Jika tidak, sila lengkapkan pendaftaran PRS untuk borang pembukaan akaun dan borang permohonan dana serta serahkan bersama-sama dengan jumlah caruman yang dibuat dalam bentuk cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad.

• Untuk sesiapa yang menjadi ahli Public Mutual Berhad buat pertama kali, anda juga perlu melengkapkan borang pelabur baharu.

Membuat caruman tambahan secara berkala ke akaun anda

• Caruman tambahan minimum – Caruman secara sekaligus : RM100*

– DDI : RM100

• Caruman tambahan boleh dilaksanakan melalui PMO, kebenaran debit terus dengan bank atau dengan mendepositkan cek anda ke dalam akaun kutipan di Public Bank Berhad.

* Jumlah yang lebih rendah boleh diterima jika caruman kepada dana dibuat melalui majikan. Jumlah minimum sebanyak RM100 akan diterima untuk pemindahan daripada penyedia PRS lain. Penyedia PRS boleh mengurangkan jumlah minimum caruman permulaan dan tambahan dari semasa ke semasa.

Cek untuk caruman anda hendaklah ditulis seperti berikut: Cek mestilah dibayar kepada:

“Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baharu” “Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan” atau

“Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baharu”

Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baharu/nombor pasport dan nombor telefon anda di belakang cek.

Pilihan tidak-tersedia Caruman Permulaan Caruman Tambahan

Bagaimana Cara Anda Menulis Cek Bagaimana Skim berfungsi? (samb’)

(4)

Pengeluaran unit

• Unit minimum untuk pengeluaran: 1,000 unit. Pengeluaran semasa persaraan:

• Pengeluaran daripada dana boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya.

• Anda boleh membuat permohonan pengeluaran anda pada bila-bila Hari Urus Niaga dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pengeluaran ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad.

• Hasil pengeluaran anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan anda diterima. Pengeluaran pra-persaraan:

• Pengeluaran pra-persaraan boleh dilaksanakan atas sebab-sebab berikut: i. Kematian ahli (pengeluaran boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya); ii. Ahli meninggalkan Malaysia selamanya (pengeluaran mesti dibuat sepenuhnya); iii. Hilang upaya menyeluruh secara kekal (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); iv. Penyakit yang serius (pengeluaran mesti dibuat secara penuh);

v. Ketidakupayaan mental (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); atau

vi. Pengeluaran manfaat terakru daripada sub akaun B (pengeluaran boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya).

• Pengeluaran daripada sub-akaun B boleh dipohon (daripada satu atau berbilang dana di bawah Skim) sekali setiap tahun kalendar, dengan syarat tiada pengeluaran dibuat daripada Skim iaitu anda telah menjadi ahli Skim kurang dari setahun.

• Permohonan pengeluaran pra-persaraan yang pertama dari sub-akaun B boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda kepada mana-mana dana di bawah Skim ini.

• Anda boleh membuat permohonan pengeluaran anda pada bila-bila Hari Urus Niaga dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pengeluaran ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad.

• Hasil pengeluaran anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan anda diterima. • Jika pengeluaran pra-persaraan adalah disebabkan kematian ahli, borang permohonan akan diserahkan kepada

Private Pension Administrator (PPA).

• Setelah menerima kebenaran daripada PPA, permohonan itu akan diproses dan dibayar kepada penama, pemegang amanah, pelaksana atau pentadbir ahli yang telah meninggal dunia, dalam masa 10 hari. • Penalti cukai sebanyak 8% akan ditolak daripada hasil pengeluaran pra-persaraan. Penalti cukai tidak dikenakan

untuk pengeluaran pra-persaraan akibat kematian, ahli meninggalkan Malaysia selamanya, hilang upaya menyeluruh secara kekal, penyakit yang serius atau ketidakupayaan mental.

• Ahli yang memegang unit terletak hak secara bersyarat tidak dibenarkan memohon pengeluaran unit tersebut. Tukar ganti di antara dana dalam Skim ini dan dana di bawah Public Mutual PRS-Shariah-based Series (Public

ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK CARUMAN

BNM/21/12-2016

ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING PRS ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD.

ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING PRS ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD.

PERUNDING PRS DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA CARUMAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN.

Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding PRS atau kakitangan kami.

(5)

Tukar ganti di antara dana dalam Skim ini dan dana di bawah Public Mutual PRS-Shariah-based Series (Public Mutual PRS-Siri berlandaskan Syariah) (samb’)

• Tiada caj tukar ganti dikenakan jika anda menukar ganti daripada satu dana PRS ke dana PRS lain yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad. Sila bertanya mengenai tukar ganti sebelum anda menebus.

• Penyedia PRS mempunyai kuasa untuk mengubah terma dan syarat tukar ganti dari semasa ke semasa. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami untuk terma dan syarat terkini mengenai tukar ganti.

Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain

• Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain boleh dipohon (daripada satu atau berbilang dana di bawah Skim ini) sekali setiap tahun kalendar tertakluk pada:

i. anda telah menjadi ahli di bawah Skim (sama ada melalui caruman ahli atau caruman majikan) sekurang-kurangnya untuk satu tahun; dan

ii. pemindahan manfaat terakru adalah (a) daripada satu atau lebih dana kepada satu atau lebih dana penyedia PRS lain pada kesetaraan satu sama satu; atau (b) daripada berbilang dana kepada satu dana. (Pemindahan manfaat terakru dari satu dana kepada berbilang dana penyedia PRS lain tidak dibenarkan) • Permohonan pemindahan pertama daripada mana-mana dana di bawah Skim ini boleh dibuat hanya satu

tahun selepas caruman pertama anda dalam mana-mana dana di bawah Skim ini.

• Anda boleh membuat permohonan pemindahan dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pemindahan kepada Penyedia PRS penerima yang kemudiannya akan menyerahkan borang permohonan tersebut kepada PPA.

• Setelah menerima borang pemindahan yang lengkap daripada PPA, Penyedia PRS akan memproses dan menghantar hasil pemindahan bersih kepada penyedia PRS penerima dalam tempoh 5 Hari Urus Niaga. • Ahli yang memegang unit terletak hak bersyarat tidak dibenarkan untuk memohon pemindahan unit tersebut

kepada penyedia PRS yang lain.

Baki minimum akaun (hanya untuk pasca persaraan sahaja)

• Baki minimum 1,000 unit mesti dikekalkan sepanjang masa untuk terus melabur dengan dana.

• Jika penebusan separa (melalui pengeluaran atau tukar ganti) unit mengakibatkan baki di dalam akaun dana anda kurang daripada 1,000 unit, Penyedia PRS boleh menebus keseluruhan akaun.

Hak Bertenang

• Hanya untuk pencarum kali pertama PRS.

• Permohonan anda hendaklah dikemukakan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad dalam tempoh 6 Hari Urus Niaga dari tarikh Public Mutual Berhad menerima borang permohonan dan pembayaran.

• Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan oleh Public Mutual Berhad dan kebenaran oleh PPA.

• Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan yang dikenakan (dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)) pada hari unit dibeli.

• Sebaik sahaja anda melaksanakan hak bertenang, tiada lagi hak bertenang untuk caruman berikutnya untuk PRS tersebut atau PRS lain.

• Kakitangan Penyedia PRS, orang yang didaftarkan untuk berurusniaga dalam PRS dan caruman yang dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja tidak berhak untuk hak bertenang.

Nota:

Hari Urus Niaga merujuk kepada setiap hari bekerja iaitu Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dibuka untuk urus niaga. Unit perletakan hak bermaksud unit yang memberi kelayakan kepada ahli ke atas unit tersebut.

Unit perletakan hak bersyarat bermaksud unit yang memberi kelayakan kepada ahli terhadap unit tersebut yang tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan dalam jadual perletakan hak yang perlu dipenuhi.

Jadual perletakan hak merujuk kepada jadual yang menentukan kelayakan manfaat terakru pekerja berdasarkan syarat perkhidmatan. Umur persaraan merujuk kepada umur 55 tahun atau mana-mana umur lain sebagaimana yang ditentukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Apakah manfaat mencarum dalam Skim ini?

Pempelbagaian – Caruman anda akan dikumpulkan untuk pembelian pelbagai portfolio saham dan/atau sekuriti pendapatan tetap yang akan menghasilkan pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan secara terus dalam pasaran saham dan/atau sekuriti pendapatan tetap.

Pengurusan Profesional – Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dengan kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk mengurus aset dana.

Kemudahan urus niaga – Dana tidak memerlukan pentadbiran atau kertas kerja yang rumit atau penyimpanan rekod oleh anda untuk menguruskan pelaburan anda.

(6)

Apakah manfaat mencarum dalam Skim ini? (samb’)

Nikmati pelepasan cukai peribadi – Anda dibenarkan menuntut pelepasan cukai ke atas jumlah caruman dalam dana tertakluk pada maksimum RM3,000 setahun (atau apa-apa jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa).

Pendapatan dana dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia – Oleh kerana pendapatan dana dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia, pendapatan* yang diagihkan daripada dana kepada anda adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia.

* Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana.

Potongan cukai untuk majikan ke atas caruman yang dibuat – Majikan yang membuat caruman kepada dana bagi pihak pekerja mereka dibenarkan membuat potongan cukai terhadap pendapatan perniagaan mereka untuk caruman yang dibuat. Potongan cukai yang dibenarkan, bersama-sama dengan caruman yang dibuat dalam skim lain yang diluluskan [seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)], terhad kepada 19% daripada gaji pekerja.

RISIKO UTAMA Apakah risiko utama yang berkaitan dengan dana ini?

Risiko am

➢ Modal dan pulangan tidak dijamin

Dana ini terdedah kepada pelbagai risiko mengikut jenis pelaburan yang terlibat. Oleh itu, dana tersebut tidak memberi jaminan ke atas modal yang dicarum dan tidak menjamin pulangan kadar tetap.

Risiko inflasi

Risiko inflasi merujuk kepada kerugian dalam kuasa membeli pulangan pelaburan anda disebabkan oleh peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara am. Jika pulangan daripada pelaburan anda tidak seiring dengan kadar inflasi, kadar pulangan sebenar daripada pelaburan ini akan terkesan.

Risiko undang-undang dan peraturan

Perubahan dalam undang-undang dan peraturan di negara-negara di mana dana dilaburkan boleh mempengaruhi pelaburan dana. Selain itu, terdapat juga risiko perubahan undang-undang/peraturan/garis panduan yang berkaitan dengan PRS yang boleh menjejaskan akaun anda atau akses kepada wang dalam akaun. ➢ Risiko yang berkaitan dengan pilihan tersedia

Di bawah pilihan tersedia, caruman anda akan ditukar ganti secara automatik (tanpa mengira aliran pergerakan NAB) ke dalam dana teras yang berkaitan apabila mencapai usia yang ditetapkan. Pada titik tukar ganti, harga unit mungkin lebih rendah daripada harga yang anda bayar ketika anda mencarum ke dalam dana, dan disebabkan itu, anda akan mengalami kerugian.

Risiko Khusus Dana Risiko pasaran

Risiko pasaran merujuk kepada kemungkinan pelaburan akan kehilangan nilai akibat penurunan umum dalam pasaran kewangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi, politik dan/atau lain-lain faktor yang akan menyebabkan penurunan dalam NAB dana.

Risiko sekuriti tertentu

Harga sesuatu sekuriti tertentu mungkin berubah sebagai tindak balas kepada keadaan yang memberi kesan kepada syarikat individu. Oleh itu, penggerakan harga yang negatif sesuatu sekuriti tertentu di mana dana melabur boleh menjejaskan NAB dan harga unit dana.

Risiko kecairan

(7)

YURAN DAN CAJ

Apakah yuran dan caj yang akan dikenakan oleh Public Mutual Berhad?

Caj % / RM

Caj jualan Sehingga 3.0% daripada NAB seunit.

Penyedia PRS boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan kriteria yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

Caj penebusan Tiada

Yuran pertukaran:

i. antara dana dalam Skim ini ii. antara dana di bawah PRS lain

yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad

Tiada

Yuran pemindahan (kepada penyedia

PRS lain) RM25 untuk setiap permohonan pemindahan.

Apakah yuran yang akan dikenakan oleh PPA?

Caj RM

Yuran pembukaan akaun PPA RM10 (bayaran sekali sahaja)

Yuran tahunan PPA RM8 setahun

Yuran ini tidak perlu dibayar untuk tahun akaun itu dibuka dan tidak perlu dibayar untuk tahun yang tiada caruman dibuat.

Yuran PPA untuk pengeluaran

pra-persaraan RM25 setiap transaksi (tidak dikenakan buat masa ini). Yuran pemindahan PPA (kepada

penyedia PRS lain) RM25 setiap transaksi (tidak dikenakan buat masa ini).

Anda dinasihatkan untuk merujuk laman web PPA, www.ppa.my untuk maklumat terkini mengenai yuran dan caj PPA.

Apakah yuran berterusan yang dikenakan ke atas dana?

Yuran % / RM

Yuran pengurusan 1.60% setahun daripada NAB.

Yuran pemegang amanah 0.04% setahun daripada NAB, tertakluk pada yuran maksimum RM600,000 setahun.

Yuran pentadbiran PPA 0.04% setahun daripada NAB.

Anda juga boleh membanding yuran dan caj PRS lain dengan melayari laman web PPA, www.ppa.my Nota: Semua yuran dan caj di atas adalah tertakluk pada GST yang perlu dibayar oleh anda.

Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan anda dinasihatkan untuk mempertimbangkannya sebelum mencarum dalam Skim ini.

(8)

PRESTASI PRS-EQF

Pulangan Tahunan Purata untuk tempoh berikut berakhir 31 Mac 2017

1-Tahun Sejak Permulaan*

PRS-EQF (%) 9.65 6.55

Indeks penanda aras (%)** 1.55 5.05

Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac

2016* 2017

PRS-EQF (%) 0.28 9.65

Indeks penanda aras (%)** 6.04 1.55

Ulasan Prestasi Dana 1-Tahun

PRS-EQF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +9.65% untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding pulangan penanda aras sebanyak +1.55% pada tempoh yang sama.

Nota:

* Angka yang ditunjukkan adalah untuk tempoh sejak permulaan dana (23 September 2015). ** Penanda aras dana adalah indeks komposit 90% FTSE Bursa Malaysia IKKL dan 10% KLIBOR 3-Bulan. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper.

Pulangan tahunan purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan adalah hari terakhir tempoh tawaran awal.

Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR)

2016 2017

PTR (kali) 0.68 0.73

PTR dana meningkat daripada 0.68 kali bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada 0.73 kali bagi tahun kewangan berakhir 2017 disebabkan oleh tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana.

Agihan

2016 2017

Agihan kasar seunit (sen) - 0.25

Agihan bersih seunit (sen) - 0.25

Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana.

PRESTASI DANA PADA MASA LALU TIDAK MENJADI PETUNJUK UNTUK PRESTASI MASA HADAPAN.

MAKLUMAT TAMBAHAN Penilaian

NAB dana dikira dan harga unit diterbitkan pada setiap hari urus niaga di www.publicmutual.com.my

(9)

Apakah cukai yang dikenakan? (samb’)

Ahli perseorangan yang tinggal di Malaysia dan telah membuat caruman dalam dana dibenarkan menuntut pelepasan cukai ke atas jumlah caruman yang dibuat dalam dana PRS, tertakluk pada jumlah maksimum RM3,000 setahun. Ahli yang membuat pengeluaran sebelum umur persaraan (“pengeluaran pra-persaraan”) daripada dana akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%. Penalti cukai yang dikenakan akan ditolak daripada jumlah yang dikeluarkan sebelum pembayaran dibuat kepada anda. Pengeluaran yang dibuat selepas mencapai umur persaraan, kematian, ahli yang meninggalkan Malaysia selamanya, hilang upaya keseluruhan kekal, penyakit yang serius atau ketidakupayaan mental, tidak akan dikenakan cukai.

Majikan yang membuat caruman kepada dana di bawah PRS bagi pihak pekerja, pemastautin atau bukan pemastautin di Malaysia, dibenarkan menuntut potongan cukai terhadap pendapatan perniagaan mereka untuk caruman yang dibuat. Potongan cukai yang dibenarkan adalah, bersama-sama dengan caruman yang dibuat kepada skim lain yang diluluskan (seperti KWSP), terhad kepada 19% gaji pekerja.

MAKLUMAT HUBUNGAN Siapa yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut tentang dana?

Untuk maklumat mengenai dana, anda boleh berunding/menghubungi:

• Perunding PRS atau wakil korporat Public Bank Berhad yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM);

• Talian Khidmat Pelanggan Public Mutual Berhad di 03-6207 5000; atau • E-mel kami di customer@publicmutual.com.my

Siapa yang perlu saya hubungi untuk membuat aduan?

1. Untuk penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-6207 5000.

2. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda ke Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC):

(a) melalui telefon kepada : 03-2282 2280 (b) melalui faks kepada : 03-2282 3855 (c) melalui e-mel kepada : info@sidrec.com.my

(d) melalui surat kepada : Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A

Menara UOA Bangsar

No. 5, Jalan Bangsar Utama 1

59000 Kuala Lumpur

3. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Pejabat Pengguna & Pelabur SC:

(a) melalui telefon kepada Aduan Hotline : 03-6204 8999 (b) melalui faks kepada : 03-6204 8991

(c) melalui e-mel kepada : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang terdapat di www.sc.com.my (e) melalui surat kepada : Pejabat Pengguna & Pelabur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara

50490 Kuala Lumpur 4. Biro Pengaduan FIMM:

(a) melalui telefon kepada : 03-2092 3800 (b) melalui faks kepada : 03-2093 2700

(c) melalui e-mel kepada : complaints@fimm.com.my (d) melalui borang aduan online yang terdapat di www.fimm.com.my

(e) melalui surat kepada : Legal, Secretarial & Regulatory Affairs

Federation of Investment Managers Malaysia

19-06-01, 6th Floor Wisma Tune

No.19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur

PHS ini akan dikemaskini pada 30 Jun 2018. Anda boleh merujuk laman web kami di www.publicmutual.com.my untuk PHS yang dikemaskini.

Referensi

Dokumen terkait

Selain bom atom dan bom hidrogen yang digunakan Amerika serikat dan Uni Soviet dalam Perang Dingin, masih banyak lagi perkembangan iptek di bidang persenjataan yang

Pada hari ini Sabtu tanggal lima Bulan September tahun dua ribu lima belas bertempat di Balai Desa Bokor Kecamatan Rangsang Barat Kabupaten Kepulauan Meranti, telah dilaksanakan

Dengan belajar bahasanya, Anda juga mempelajari etika dan budaya orang Jepang, sebuah skill yang juga sangat vital untuk melakukan deal-deal krusial dalam bisnis. Perekonomian

Dari data hasil penelitian yang telah dilakukan, konsentrasi bahan pegikat berpengaruh terhadap uji mutu fisik tablet yaitu keseragaman bobot dan waktu hancur tablet

Setelah serangkaian bahan ajar yang terdiri dari modul pembelajaran, video pembelajaran dan materi pengayaan berupa link e-book atau jurnal ilmiah disajikan, mahasiswa

Dengan kata lain bahwa bahan pembelajaran atau isi materi pembelajaran BTAQ di SMAN 17 merupakan sesuatu yang di berikan kepada siswa dalam rangka mencapai tujuan yang

Ukuran dan Indeks Bentuk Otolit Tabel 1 menunjukkan bahwa, untuk ukuran, hanya panjang otolit (OL) dan keliling otolit (OP) yang tidak berbeda secara nyata rata-rata

Peraturan Daerah Daerah Istimewa Yogyakarta Nomor 5 Tahun 1985 tentang Sumber Pendapatan dan Kekayaan Desa, Pengurusan dan Pengawasannya (Lembaran Daerah Provinsi Daerah