• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahagian A. (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahagian A. (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

WP LABUAN 2012

Bahagian A (30 markah)

Masa dicadangkan: 45 minit

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah memajukan industri kraftangan. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.

Panjang huraian hendaklah antara 200 – 250 patah perkataan.

USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN

Meningkatkan Kemahiran Bantuan dan Galakan

(2)

WP LABUAN 2012

Bahagian B (100 markah)

Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2. Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan. Hal ini disebabkan oleh kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini.

3. Industri pelancongan membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.

4. Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Tajuk pidato anda ialah ‘Peranan Pemimpin-pemimpin Kuasa-kuasa Besar Dunia dalam Menjamin Keamanan Sejagat’.

Tulis teks pidato anda selengkapnya.

5. Anda telah membaca sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dan ingin membuat ulasan tentang pengajaran dalam novel tersebut.

Tulis ulasan anda selengkapnya.

(3)

WP LABUAN 2012

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kerajaan membantu wanita dan masalah jika wanita dipinggirkan dalam masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Peranan wanita hari ini dalam membangunkan negara sama pentingnya dengan lelaki. Sebab itulah kerajaan tidak pernah sesekali mendiskriminasi wanita di negara ini kerana mereka juga mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan negara. Oleh itu, untuk memastikan peranan wanita tidak dipinggirkan, kerajaan telah mewujudkan kementerian khusus untuk wanita, iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hakikatnya, negara tidak mungkin menjadi maju dan aman seperti yang dikecapi hari ini tanpa kerjasama dan usaha gigih yang dimainkan oleh wanita. Pada waktu yang sama, kerajaan serius memberi perhatian kepada wanita yang tinggal di luar bandar bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan. Bantuan yang kerajaan berikan mampu meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar secara keseluruhannya.

Belakangan ini, ramai wanita yang berjaya, malah sesetengahnya mengatasi lelaki. Di Institusi Pengajian Tinggi juga kita dapati peratusan pelajar wanita jauh melebihi pelajar lelaki. Nisbahnya kini sudah mencapai hampir 70:30. Hal ini membuktikan kerajaan sentiasa menggalakkan wanita memperoleh pendidikan setinggi mungkin bergantung kepada kemampuan mereka. Begitu juga dalam kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan, pihak kerajaan mengiktiraf kebolehan wanita. Ramai wanita yang telah menjawat jawatan penting termasuk sebagai ketua jabatan tertentu. Kita percaya jika wanita terus diberi peluang dan bersaing secara terbuka mereka akan menjadi lebih maju. Malah, kerajaan mahu melahirkan lebih ramai wanita berkemahiran sekali gus meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kita tidak dapat menafikan bahawa wanita dapat membantu kerajaan mengharungi persaingan ekonomi global jika mereka diberi kemahiran yang bersesuaian. Seiring dengan misi negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, kerajaan telah menekankan pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik perlu diperkasakan. Penyertaan wanita dalam tenaga kerja di negara ini berjaya ditingkatkan daripada 44.7 peratus pada tahun 1995 kepada 46.4 peratus pada tahun 2009 dan sasaran sehingga 55 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selain itu, kerajaan berusaha meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja, menambah bilangan pada peringkat pembuat dasar serta menyediakan program sokongan kepada wanita teraniaya dan ibu tunggal yang perlu dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan.

Sasaran untuk meletakkan kira-kira 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar dalam kerajaan hampir tercapai berikutan komitmen kerajaan untuk terus mengiktiraf kebolehan mereka. Bagi wanita yang tinggal di luar bandar terutama di kampung, kerajaan telah mengadakan satu program latihan khusus yang dilaksanakan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Bantuan kepada wanita yang tinggal di luar bandar diberikan agar mereka tidak lagi dibelenggu kemiskinan. Malah cara ini dapat memperluas minda dan keyakinan untuk hidup berdikari. Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai skim meningkatkan potensi dan kemahiran wanita luar bandar supaya mereka mampu menyertai sektor pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga. Kita yakin, usaha kerajaan untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012 di luar bandar dapat direalisasikan.

(4)

WP LABUAN 2012

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana pengarang “Wanita Luar Bandar Perlu Latihan Khusus Meningkatkan Pendapatan”, Berita Harian, 10 Disember 2010)

Soalan 2: Pemahaman [35 markah]

Soalan 2 (a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata mengharungi persaingan? [2 markah]

(ii) Kerajaan membantu wanita yang tinggal di luar bandar. Nyatakan tiga tujuan bantuan tersebut diberikan.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah wanita lebih ramai melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi berbanding lelaki?

(5)

WP LABUAN 2012

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero,” bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan.

“Malam semakin merapat ke pagi,” bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. “Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?”

Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya.

“Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya untuk menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! Aku … aku sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi hero, namun aku merasakan kamu seperti mengejek dan menyorakku. Alangkah sadisnya kenyataan ini.”

(Dipetik daripada cerpen Idola, antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Berikan maksud „menampilkan kejantanan‟? [2 markah]

(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya?

[3 markah] (c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam

keseluruhan cerpen.

(6)

WP LABUAN 2012

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kemudian Opu Daeng yang berlima bersaudara itu pun naik ke darat, memohonkan periksa, “Bagaimana hal kita semua ini atau hendak berhenti di Kuala Kandang Kerbau itukah, atau hendak belayar, kerana hajat saya semuanya hendak belayar ke Riau? Ada juga suratnya raja-raja Riau yang bernama Sultan Raja Sulaiman hendak berjumpa saya semuanya, ada besar benar kehendaknya “

Kemudian lalu dijawab oleh Sultan Muhammad Zainuddin, “Yang niat hati saya, seboleh-bolehnya Opu Daeng yang berlima bersaudara hendak saya ambil buat menantu. Pilihlah anak saya yang perempuan yang bertiga hendak saya kahwinkan dengan Daeng-daeng yang bertiga, mana suka yang hendak beristeri.”

Kemudian maka dijawab oleh Opu Daeng yang berlima bersaudara, “Baiklah. Nantilah saya muafakat di perahu adik-beradik.“ Dan lalu bermohon balik ke perahu.

Lalu berpakatlah berlima bersaudara serta mesyuarat.lalu berkhabar Daeng Perani yang tua, “Aku sudah berbini di Siantan anaknya Nakhoda Alang dan aku sudah beranak pula dua orang dan yang tua Daeng Kemboja laki-laki dan seorang Daeng Khatijah perempuan.” Maka kata Daeng Perani, “Baiklah adinda Opu Daeng Menambun berbinikan anak Sultan itu yang bernama Puteri Kesumba. Jikalau adinda sudah kahwin sehari dua hari, jikalau tiada apa-apa pekerjaan, kita sama-sama juga belayar ke Riau.”

( Dipetik daripada Prosa Tradisional , Opu Daeng Menambun , Antologi Dirgahayu Bahasaku , Dewan Bahasa dan Pustaka )

(i) Apakah maksud rangkai kata ada besar benar kehendaknya? [2 markah]

(ii) Nyatakan dua sebab Daeng Perani tidak mahu berkahwin dengan puteri Sultan Muhammad Zainuddin.

[3 markah]

(ii) Cadangkan tiga cara bagaimana hubungan persaudaraan dalam keluarga dapat dipererat.

(7)

WP LABUAN 2012

Soalan 2(d) – Petikan Puisi

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.

Ahmad Sarju, Antologi Dirgahayu Bahasaku.

(i) Nyatakan peranan bahasa berdasarkan rangkap kedua? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan oleh seseorang individu yang mahu menguasai bahasa Melayu?

[3 markah]

(8)

WP LABUAN 2012

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) daya saing (ii) cetak rompak (iii) berbelah bahagi (iv) bercampur aduk (v) mengambil alih (vi) membaik pulih

[6 markah] (b) Tukar ayat-ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat-ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Gambar tersebut menyimpan pelbagai memori indah. (ii) Encik Hatta sedang tidur di serambi rumah.

(iii) Soalan itu pernah kami ajukan sebulan yang lalu.

(iv) Pameran buku diadakan di dewan Sekolah Tinggi Muar semalam. (v) Blok asrama itu untuk murid-murid perempuan sahaja.

(vi) Sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat akan menerima hadiah utama.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ibu menghadiahkan ayah kupiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka. (ii) Pokok kakabu yang tumbuh berhampiran dengan rumah saya ditebang oleh

ayah kerana ditakutkan akan menimpa rumah.

(iii) Mesin pencetak dijital ini sangat berkualiti kerana tidak pernah rosak selama tiga tahun saya gunakannya.

(9)

WP LABUAN 2012

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para pelabur masih yakin untuk memperoleh modal di Malaysia kerana kedudukan ekonominya masih teguh walaupun berhadapan di tengah-tengah krisis kewangan global akhir-akhir ini.

(ii) Pihak majlis berkuasa tempatan sudah memulakan kerja-kerja pemasangan CCTV di tempat-tempat dimana berisiko tinggi berlaku kegiatan jenayah.

(iii) Negara kita memerlukan kegiatan penternakan berkala besar kerana permintaan terhadap daging semakin meningkat dari semasa ke masa.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Apabila tidak tahu melakukan sesuatu, kita tidak wajar berasa malu untuk meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada orang yang arif tentang perkara itu. --- (ii) Mereka sangat berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu hal rahsia agar

perkara itu tidak diketahui oleh orang lain .

--- (iii) Sesuatu yang susah itu sekiranya selalu dilakukan akhirnya menjadi mudah

sahaja.

---

(10)

WP LABUAN 2012

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) PAPA…(Akhirnya Kautewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) MelunasRindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) KembaraAmira karya Amer Hamzah l. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

[7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang

memaparkan nilai bertanggungjawab dalam setiap novel. [8 markah]

Gambar

Gambar  di  bawah  menunjukkan  sebahagian  daripada  langkah  memajukan  industri  kraftangan

Referensi

Dokumen terkait

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi. ii)

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan1. Anda tidak perlu menyalin ayat

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri seorang pengetua sekolah yang cemerlang dan kesan-kesan jika pengetua tidak

Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)  Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan.. dihuraikan

Murid-murid yang aktif dalam aktiviti sukan juga mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah cepat dan merangsang organ

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. "Semua askar