• Tidak ada hasil yang ditemukan

SULIT 1103/1. Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SULIT 1103/1. Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT 1103/1

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Bahagian A [30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti riadah.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan riadah dalam kehidupan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN BERIADAH

Memupuk Perpaduan Mengurangkan Stres

(2)

SULIT 1103/1

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

BAHAGIAN B (100 Markah)

(Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit )

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Kerjaya yang memberikan pulangan yang lumayan, berdekatan dengan tempat tinggal dan keselesaan dalam bekerja menjadi pilihan remaja untuk memilih kerjaya. Bincangkan pernyataan tersebut.

2. Facebook, Instagram dan WeChat merupakan antara media sosial yang kini menjadi keperluan dalam kehidupan remaja.

Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.

3. Bersederhana dalam berbelanja melahirkan pengguna yang berhemat. Ulaskan pernyataan tersebut.

4. Industri perfileman sesebuah negara dirancakkan dengan kemasukan filem-filem dari Barat.

Huraikan pengaruh filem-filem Barat terhadap masyarakat di sesebuah negara.

5.

Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.

Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Seseorang yang sangat rajin boleh diumpamakan seperti peribahasa bagai lebah menghimpun madu.

(3)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan manfaat-manfaatnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) telah membawa faedah yang amat besar kepada orang ramai dalam memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan industri saham amanah dan kepentingannya kepada negara. Selepas kegawatan ekonomi yang menyaksikan saham-saham amanah oleh beberapa buah negara mengalami kemalapan ketara, keyakinan pelabur terutamanya kaum bumiputera turut luntur sehingga hari ini. Semangat ini perlu dibangkit kembali oleh pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada orang ramai. Dengan adanya keyakinan , masyarakat akan terus melabur walaupun menghadapi masalah kewangan. Masyarakat perlu tahu akan konsep risiko dan pulangan daripada pelaburan yang dibuat. Oleh itu, mereka perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah.

Para pelabur amanah saham negeri dan yang ditaja oleh beberapa pertubuhan telah membuat aduan mengenai nasib mereka ‘yang tidak terbela’ setelah membuat pelaburan dalam amanah saham berkenaan. Hal ini termasuklah penerangan yang tidak lengkap sewaktu, bimbingan yang tidak menyeluruh dan pendedahan cara menangani sesuatu risiko. Para pengurus dana terutamanya agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. Lebih penting lagi, program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan agar mereka tidak keseorangan dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen semata-mata.

Semasa berkempen pelbagai kata manis diucapkan tetapi selepas melabur dan saham itu pula jatuh tiada apa-apa berita yang diterima. Sebenarnya kaum bumiputera masih lagi lemah dalam urusan pelaburan. Sejak produk-produk pelaburan dilancarkan, penyertaan kaum bumiputera terlalu sedikit bilangannya. Oleh itu, pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan supaya masyarakat lebih bijak merancang kewangan dan pelaburan mereka. Sesungguhnya industri saham amanah memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara, berpotensi untuk lebih maju dan perlu diperluas lagi.

Kita mahu MSAM 2016 yang bertemakan ‘merakyatkan pelaburan’ diperluas ke peringkat negeri dan daerah supaya kesedaran itu lebih meluas. Bagi memantapkan pemahaman generasi muda tentang saham amanah, murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. Walaupun usia amanah saham di negara ini sudah dikatakan matang, pengetahuan masyarakat masih belum masak sepenuhnya. Dalam keghairahan pengurus dana menjalankan kempen menarik pelabur, kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tingkatkan kesedaran pelaburan generasi muda’ Oleh Zunaidah Zainon,Utusan 30 September 2016.

(4)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) - Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemalapan ketara.

[2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa rungutan oleh orang ramai dalam

membuat pelaburan.

Apakah rungutan-rungutan tersebut?

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah pelaburan saham amanah masih

kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan?

Berikan tiga sebab.

(5)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KHIR GHAZALI : Awal awak balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai

rumah. Ini mesti ada hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah. AIMAN : Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah. Daddy tu

yang pelik hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah. KHIR GHAZALI: Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy

bercadang nak berehat di rumah. Tak payah nak soroklah, daddy tahu ada sesuatu yang Aiman fikirkan.Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.

AIMAN : Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy dapat selesaikan masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya. KHIR GHAZALI : Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin.

Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan yang dimahukan. Apa masalahnya?

AIMAN : Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.

KHIR GHAZALI : Baguslah, apa pula masalahnya?

AIMAN : Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan pengecualian untuk saya.Saya tak sukalah program macam itu!

KHIR GHAZALI : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(6)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

(i) Apakah alasan yang diberikan oleh Khir Ghazali kepada Aiman tentang kepulangan awalnya ke rumah pada hari itu?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah Aiman tidak berminat untuk mengikuti program

PLKN?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terkandung dalam petikan di atas dan satu nilai

kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.

[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu, Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah Tuan keramat.”

Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:

Cau Pandan anak Bubunnya,

Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga,

Bunga berladung si air mata.

Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(7)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

(i) Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

[2 markah] (ii) Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang cau Pandan anak Bubunnya

daripada menyerang Melaka?

[3 markah]

(iii) Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?

(8)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

Soalan 2(d) – Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kudup Perang Sementara dia bergelar panglima

laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir

kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing

pedang pusaka

dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu

menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina

di istana wangsa

bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi

peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat

sedang warga memanggilnya keramat. perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu;

bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya

mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba,

kita masih bertengkar tentang siapa

pahlawan sebenarnya.

Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’ oleh Tuah Sujana dalam antologi Sejadah Rindu,

Kementerian Pendidikan Malaysia

(9)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

(i) Berikan maksud rangkai kata di daerah angkara. [2 markah] (ii) Pertikaian dalam mencari pahlawan yang sebenar antara Tuah dengan Jebat tiada

kesudahannya.

Berikan alasan anda jika Jebat dianggap sebagai pahlawan yang sebenar.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda berentak di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) olang-aling (ii) awan-gemawan (iii) batu-batan (iv) beli-belah (v) calar-balar (vi) hingar-bingar [6 markah] (b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud

asalnya.

(i) Satu gol dijaringkan oleh Faiz Subri untuk membantu Kedah menewaskan Pahang 2-0 kelmarin.

(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau.

(iii) Siasatan terhadap suspek kes buli telah selesai dijalankan oleh polis.

(10)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kegunaan emel akhir-akhir ini banyak memberikan kemudahan untuk

dikomunikasi dengan cepat.

(ii) Puan Habsoh sedang menyiapkan deraf ucapan pengetua yang akan merasmi majlis anugerah tersebut.

(iii) Bapa menunggang motosikalnya dengan memakai jeket yang bertempah khas di Korea.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Lain-lain faktor yang menyebabkan dia gagal dalam pertandingan itu adalah perangainya yang suka berlatih pada saat-saat akhir.

(ii) “Tolong jangan pijak rumput,” marah guru itu kepada para pelajarnya.

(iii) Sejak akhir-akhir ini, kejadian pecah rumah kerap berlaku di kawasan keliling Bertam Indah.

[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang sama maksud di bawah.

(i) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. (ii) Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

(iii) Seperti api dalam sekam.

(11)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang SULIT

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat dalam novel tersebut dan cara watak utama menyelesaikannya.

[8 markah]

(12)

PANDUAN PEMERIKSAAN SOALAN BAHAGIAN A

1. Format penulisan ulasan : T - menepati tugasan

I - idea relevan, huraian jelas B - gramatis dari segi kata dan ayat

2. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya 200 patah perkataan ke atas. 3. Calon boleh menulis lebih daripada 250 patah perkataan.

4. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan – rujuk kriteria dalam peraturan pemarkahan.

5. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam soalan.

6. Jika huraian idea jelas, menarik dan matang dengan tiga idea – calon layak mendapat peringkat cemerlang.

7. Sekiranya calon menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan ditambah dengan idea sendiri – calon layak mendapat peringkat cemerlang. 8. Calon yang hanya menghuraikan dua idea sahaja – semak seperti biasa dan rujuk kriteria dalam peraturan pemarkahan.

9. Calon yang tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan tetapi mengemukakan idea sendiri – diterima dan markah maksimum peringkat Memuaskan.

10. Pada akhir karangan pelajar, pemeriksa perlu menulis peringkat dan markah calon.

Contoh,

(13)

Bahagian A (30 markah)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 26 – 30 (28 – 30) (26 – 27)

- menepati tema bahan rangsangan - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - penggunaan tanda baca betul dan tepat - penggunaan kosa kata luas dan tepat

- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

- idea relevan, huraian jelas dan matang Kepujian 20 – 25

(23 – 25) (20 – 22)

- menepati tema bahan rangsangan - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - penggunaan tanda baca betul dan tepat - penggunaan kosa kata luas

- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi - idea relevan, huraian jelas

Memuaskan 15 – 19 (17 – 19) (15 – 16)

- masih menepati tema bahan rangsangan - bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat - penggunaan tanda baca masih betul dan tepat - penggunaan kosa kata umum

- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih bervariasi

- idea masih relevan, huraian masih jelas Kurang

Memuaskan

10 -14 (12 – 14) (10 – 11)

- masih/kurang menepati tema bahan rangsangan - bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat - kesalahan tatabahasa/ejaan ketara

- penggunaan kosa kata terhad

- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang bervariasi

- idea masih/kurang relevan, huraian masih/kurang jelas Pencapaian Minimum 01 – 09 (06 – 09) (01 – 05)

- murid tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis

- murid tidak menunjukkan penguasaan kemahiran

menulis

- murid tidak memahami tema bahan rangsangan - idea tidak menepati tema bahan rangsangan

Catatan : - Tiada pemotongan markah bagi setiap kesalahan ejaan

- Calon digalakkan menggunakan ungkapan menarik (peribahasa, kata-kata hikmat, petikan hadis, slogan, petikan ucapan, pantun, maksud al-Quran dan sebagainya)

(14)

Bahagian B

Perincian Pemarkahan Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan

2. Jika karangan : a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang

5. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca : ( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan / = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) // = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

Bahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 markah)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

CEMERLANG 80 – 100 (90 – 100) (80 – 89)

- penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat

- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis - ejaan dan tanda baca betul

- laras bahasa sesuai dengan tugasan - penggunaan kosa kata luas dan tepat

- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai

- pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

- penggunaan unsur bahasa bervariasi

- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

(15)

KEPUJIAN 66 – 79 (73 – 79) (66 – 72)

- penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat

- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

- ejaan dan tanda baca betul

- laras bahasa sesuai dengan tugasan - penggunaan kosa kata luas dan tepat

- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai

- pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

- penggunaan unsur bahasa bervariasi

- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

BAIK 51 – 65

(58 -65) (51 – 57)

- penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai - penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

- penggunaan kosa kata umum

- laras bahasa sesuai mengikut tugasan

- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai

- wacana masih lengkap

- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi - gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang

berkesan MEMUASKAN 36 – 50

(43 – 50) (36 – 42)

- penggunaan pelbagai jenis kata terhad - ayat kurang gramatis

- ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan

yang minimum

- laras bahasa kurang sesuai

- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai

- wacana masih/kurang lengkap

- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi - gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang

(16)

KURANG MEMUASKAN

21 – 35 (28 – 35) (21 – 27)

- penggunaan kata kurang tepat

- ayat tidak gramatis tetapi masih difahami - terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian

tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

- pengolahan tidak menarik

- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang

- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah

- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah

PENCAPAIAN MINIMUM

01 – 20 (11 – 20) (01 – 10)

- keseluruhan karangan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis

- kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara - idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

- pengolahan tidak menarik

- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai

- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik - keseluruhan karangan sukar/tidak difahami

(17)

Soalan 1

1. Kerjaya yang memberikan pulangan yang lumayan, berdekatan dengan tempat tinggal dan keselesaan dalam bekerja menjadi pilihan remaja untuk memilih kerjaya.

Bincangkan pernyataan tersebut. Kehendak Soalan:

1. Calon menjelaskan faktor-faktor yang menjadi pilihan remaja untuk memilih kerjaya.

2. Calon perlu mengambil faktor-faktor yang diberikan dalam pernyataan soalan - Kerjaya yang memberikan pulangan yang lumayan

- berdekatan dengan tempat tinggal - keselesaan dalam bekerja

* Terima jawapan calon. Markah calon peringkat Cemerlang.

3. Calon menambah isi lain yang relevan – terima

4. Jika calon tidak mengambil idea/isi yang diberikan tetapi isi-isi yang dipilih relevan- peringkat baik sahaja.

5. Sekiranya calon tidak mengambil idea/isi yang diberikan dan isi kurang relevan,- peringkat kurang memuaskan.

Cadangan isi

- Minat terhadap pekerjaan - Pengaruh daripada ibu bapa - Tahap kelulusan

- Kemahiran yang dimiliki - Latar belakang keluarga

- Kedudukan sosioekonomi keluarga - Nilai agama

(18)

Soalan 2

Facebook, Instagram dan We Chat merupakan antara Media Sosial yang kini menjadi keperluan dalam kehidupan remaja.

Huraikan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.

Tugasan Soalan

1. Calon perlu menghuraikan/menjelaskan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Calon perlu menyatakan contoh media sosial seperti Facebook, Instagram dan We Chat dalam karangan.

2. Calon menghuraikan/menjelaskan peranan ibu bapa secara umum sahaja dan tidak mengaitkan kawalan penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Markah calon peringkat memuaskan.

3. Calon memasukkan peranan ibu bapa dan ahli keluarga lain. Karangan calon dianggap masih menepati tugasan. Markah calon peringkat memuaskan.

4. Calon memasukkan peranan ahli keluarga yang lain seperti abang, kakak, datuk atau nenek tanpa menulis peranan ibu bapa. Karangan calon

dianggap kurang menepati tugasan. Markah calon peringkat kurang memuaskan.

Cadangan isi

1. Memasang perisian yang dapat menyekat lawan sesawang berunsur negatif 2. Mengehadkan waktu penggunaan Internet

3. Memperkenalkan kepada anak-anak dengan medium-medium pembelajaran menerusi internet.

4. Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan dengan keselamatan Internet

5. Ibu bapa perlu menetapkan beberapa peraturan asas dan memantau penggunaan Internet dan gajet anak mereka bagi memastikan peraturan dihormati.

(19)

Soalan 3

Bersederhana dalam berbelanja melahirkan pengguna yang berhemat Ulaskan pernyataan tersebut

Tugasan Soalan

1. Calon hendaklah memberikan pendapat tentang bersederhana dalam berbelanja melahirkan pengguna yang berhemat.

2. Calon perlu menghuraikan cara/langkah/kaedah/strategi bersederhana dalam berbelanja dan mengaitkan kelebihan/kebaikan kepada pengguna. 3. Calon menghuraikan cara/langkah/kaedah/strategi bersederhana

dalam berbelanja tetapi TIDAK mengaitkan kelebihan/kebaikan kepada pengguna. Markah calon peringkat baik.

4. Calon memasukkan isi yang kurang relevan berkaitan bersederhana dalam berbelanja seperti amalan menabung, membawa bekal makanan, menanan sayur-sayuran. Markah calon peringkat kurang memuaskan.

Cadangan isi

- Kebijaksanaan dalam merancang perbelanjaan - Berbelanja mengikut kemampuan

- Berbelanja mengikut keperluan

- Menyediakan senarai barangan sebelum berbelanja

- Membuat perbandingan harga dan kualiti barangan sebelum berbelanja - Berbelanja ketika harga promosi

Soalan 4

Industri perfileman sesebuah negara dirancakkan dengan kemasukan filem-filem dari Barat.

Huraikan pengaruh filem-filem Barat terhadap masyarakat di sesebuah negara.

Kehendak Tugasan

1. Calon perlu menulis kesan positif dan kesan negatif filem-filem Barat terhadap masyarakat sesebuah negara. - Terima

(20)

3. Calon menulis pengaruh kesan negatif sahaja filem-filem Barat . – Terima 4. Calon menulis pengaruh kesan positif dan kesan negatif filem-filem

tempatan . Markah calon peringkat kurang memuaskan. Soalan 5

Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.

Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

FORMAT : Cerpen Kehendak Tugasan

1. Calon dikehendaki menulis sebuah cerita yang menepati maksud peribahasa yang diberi. Markah calon peringkat Cemerlang.

2. Cadangan isi untuk menulis cerita mestilah menepati keperluan seperti mempunyai permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian.

3. Cerita yang ditulis mestilah mengandungi nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan teladan.

4. Calon menulis usaha-usaha yang menunjukkan kerajinan tetapi bukan dalam bentuk cerita. Markah calon peringkat Memuaskan.

5. Sekiranya calon menulis cerita secara naratif. Markah calon peringkat Memuaskan

Seseorang yang sangat rajin boleh diumpamakan seperti peribahasa bagai lebah menghimpun madu.

(21)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan - nama khas

- perkataan berganda / berulang - penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’ - tarikh

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / Kesimpulan

2

(22)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan

meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah

kepada masyarakat di Malaysia /di negara ini. 2

Rumusan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah

kepada masyarakat dan manfaat-manfaatnya. 2

Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah

kepada masyarakat. 1

Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat terhadap

pelaburan saham amanah kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

Langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat:

1. Pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru

kepada orang ramai. 2

2. Perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah. 2

3. Agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. 2

4. Program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan. 2 5. Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan

komisen semata-mata. 2 6. Pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha

Meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan. 2 7. Murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. 2 8. Kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan. 2 Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

Manfaat pelaburan saham amanah kepada masyarakat: 1. Melatih rakyat melabur sambil menyimpan

(memupuk sikap berjimat cermat). 2 2. Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur

secara kecil-kecilan. 2

3. Memacu ekonomi negara agar berkembang lebih pesat. 2 4. Pelaburan yang berisiko rendah dari kerajaan. 2

(23)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Penutup

1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat melabur dalam saham amanah agar menjamin

masa hadapan 2

2. Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat melabur dalam saham amanah supaya dapat melahirkan

generasi yang berjimat-cermat. 2

3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan

masyarakat melabur dalam saham amanah. 1

4. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar

(24)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian Baik 18 – 20 15 – 17 9 – 10 7 – 9

 Kesinambungan isi baik.

 Struktur ayat / tatabahasa baik

 Kosa kata luas

 Tanda bacaan / ejaan betul

Sederhana 12 – 14 8 – 11 6 – 7 4 – 6  Kesinambungan isi masih baik  Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan.

 Kosa kata masih memuaskan

 Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1 – 7 1 – 4  Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(25)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum: 10 markah] Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2 (a) : 9 markah

Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat Gramatis

2 - Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup

- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis

1

- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat Gramatis

3 - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis

- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2 - Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 - Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat

Gramatis

0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat Gramatis

4 - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3 - Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

(26)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 - Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Soalan 2 (a)– Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata kemalapan ketara

- keadaan yang tidak aktif/ tidak berkembang nyata/jelas kelihatan 2

- keadaan yang kabur dapat dilihat 1

- keadaan yang malap 0

[Maksimum : 2 markah] (ii) Rungutan-rungutan : ( isi cukup – 2 )

- penerangan yang tidak lengkap - bimbingan yang tidak menyeluruh

- pendedahan cara menangani sesuatu risiko

[Maksimum : 3 markah] (iii) Sebab-sebab : ( isi cukup – 3 )

- kurang mendapat maklumat berkaitan pelaburan saham amanah - kurang pengetahuan tentang amalan pengurusan kewangan terbaik - persepsi negatif segelintir masyarakat tentang pelaburan

- media lebih banyak menyiarkan kegagalan pelaburan jika dibandingkan kejayaan hasil pelaburan

- tidak memiliki kewangan yang kukuh - kos hidup yang meningkat

(27)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

SET 2: (i)

 beliau baru selesai daripada kerja luar

 hari itu beliau bercadang ingin berehat di rumah.

(ii)

 mendapat maklumat yang kurang tepat berkenaan kelebihan program PLKN

 tidak memperoleh pendedahan / maklumat yang jelas tentang kelebihan menyertai program PLKN

 memikirkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam program PLKN membebankan dan memenatkan

 merasakan program PLKN membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa masalah

 tidak mempunyai semangat patriotisme/ cinta akan negara dalam jiwa Aiman.

(iii) Satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama :

 nilai ketegasan - Contohnya, Khir Ghazali menolak permintaan anaknya, Aiman untuk meminta bantuannya mendapat pepengecualian daripada terlibat dalam program PLKN dengan tegas.

Satu nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:

 nilai baik hati- Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran untuk menyertai program PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran itu.

 nilai berfikiran positif. Contohnya; Encik Posmen menyatakan Aiman akan mendapat banyak kemahiran dan pengalaman daripada program PLKN

 nilai bertanggungjawab- Contohnya, Nek Sinah bertanggungjawab menjaga makan dan minum Aiman dan menasihati Aiman tentang situasi keluarganya.

 berfikiran rasional - Contohnya; Khir Ghazali bertindak rasional dan berpendapat dengan menyertai PLKN, cuti sekolah Aiman dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bertindak rasional dengan menolak permintaan anaknya untuk mendapatkan pengecualian untuk menyertai PLKN. **Terima nilai-nilai lain yang relevan dengan drama

(28)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

SKEMA JAWAPAN

SOALAN 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

I. Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

- Tuan Sidi Arab benar-benar warak/ mulia/ hebat/ soleh/ suci 2m

- patutlah tuan Sidi Arab keramat 1m

- sungguhlah tuan hebat 1m

[maksimum: 2 markah]

II. Tindakan Tuan Sidi Arab ialah :

- Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah - Tuan Sidi Arab menghalakan panah ke benua Siam

- Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati

[maksimum: 3 markah] [isi cukup: 2 isi]

III. kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara: - mampu merancang strategi pertahanan

- mengemas kini sistem persenjataan - menaik taraf sistem radar keselamatan - menggerakkan operasi ketenteraan

- melatih anggota menggunakan kaedah teknologi moden

[maksimum: 3 markah] [isi cukup: 2 isi]

(29)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Skema 2

Soalan 2(d) – Puisi moden Sajak Kudup Perang i) Bermaksud tempat kejadian.

[2 markah] ii) - Jebat memperjuangkan hak dan keadilan

- Jebat mendapat sokongan rakyat jelata - Jebat berkorban demi sahabat

[3 markah] iii) Dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut ialah

1. Persoalan menegakkan keadilan.

Huraian: Menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.

2. Persoalan kesetiaan terhadap negara.

Huraian : Setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya. [1+1] 3. Persoalan pengorbanan diri untuk orang lain.

Huraian : Kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan. [1+1]

(30)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Peraturan Pemarkahan Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3

Markah penuh dibahagikan kepada: Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada keseluruhan soalan

3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) olang-aling

Maksud: bergerak atau berayun ke kiri ke kanan (ii) awan-gemawan

Maksud: pelbagai rupa awan (iii) batu-batan

(31)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

(iv) beli-belah

Maksud: membeli beberapa jenis barang keperluan sehari-hari (v) calar-balar

Maksud: banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar (vi) hingar-bingar

Maksud: sangat bising, riuh-rendah

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (b) Menukar Ayat – Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

(i) Faiz Subri menjaringkan satu gol untuk membantu Kedah menewaskan Pahang 2-0 kelmarin.

(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, beliau telah menerima pelbagai anugerah.

(iii) Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap suspek kes buli baru-baru ini.

[Maksimum : 6 markah] Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) Ejaan: e-mel Imbuhan: berkomunikasi (ii) Ejaan: draf Imbuhan: merasmikan (iii) Ejaan: jaket Imbuhan: ditempah

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa (i) Tatabahasa: faktor-faktor lain Istilah/kata: ialah (ii) Tatabahasa: jangan Istilah/kata: larang (iii) Tatabahasa: akhir-akhir ini Istilah/kata: sekitar

(32)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Jawapan 3 (e) Peribahasa (i) - Lain orang, lain hatinya

- Lain mangkuk, lain cawan

- Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

(ii) - Burung terbang, dipipiskan lada

(iii) - Gunting dalam lipatan - Musuh dalam selimut

(33)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 4

Markah penuh 15 markah Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.

iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap v. Markah isi maksimum 4 markah

vi. Markah bahasa maksimum 3 markah vii. Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah

viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 7 markah ] Soalan 4(b)

i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.

iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas. v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.

vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ). vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.

viii. Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 2 markah Sederhana : 1 markah

ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

(34)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 4(a) – Tema

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya.

 Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

 Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

 Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

 Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

 Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

 Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

(35)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

 Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat bapanya.

 Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

 Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

 Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

Soalan 4(b) – Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi Novel Jendela Menghadap Jalan

 Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

 Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

 Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

 Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

(36)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Novel Songket Berbenang Emas

Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

 Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah

 Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan

berulang-alik dari rumah ke sekolah.

 Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya . Cara

penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

Gambar

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti riadah.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.. Anda tidak perlu menyalin ayat

Saya diminta oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk menulis karangan yang berkaitan dengan pengaruh media sosial dalam dunia pendidikan.. Dalam hal ini, tentunya

(b) Sentiasa menziarahi anak-anak – ramai ibu bapa yang bekerja lebih senang anak-anak menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh- memanglah pencapaian akademik

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.. Anda tidak perlu menyalin ayat

kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat

Jurang status sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kerajaan membantu wanita dan masalah jika wanita dipinggirkan dalam masyarakat.. Panjangnya