KARANGAN A (Item 1)
TEMA: PENDIDIKAN
BAHAGIAN A [30 Markah]
[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 Minit]
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
e-mel 1 Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Subjek Media Sosial dalam Dunia Pendidikan
e-mel 2 Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected] Subjek: Belajar Bahasa Asing
Kepada sahabatku, Azlina yang kini berada di Kota Kinabalu Sabah. Apa khabar?
Saya berdoa agar awak sihat dan gembira bersama dengan keluarga yang tersayang.
Azlina,
Saya diminta oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk menulis karangan yang berkaitan dengan pengaruh media sosial dalam dunia pendidikan. Dalam hal ini, tentunya saya perlu menjelaskan kebaikan dan keburukannya sekali. Namun begitu, pengetahuan saya amat kurang tentang topik ini. Harap sahabat mempunyai kelapangan masa supaya dapat membantu saya sehingga tugasan ini siap.
Saya berharap agar sahabat dapat membalas e-mel ini dengan segera. Sahabatmu,
Azlina
Salam hormat Abd Bakar,
Apa khabar? Saya berharap agar kamu sihat sejahtera. Baru-baru ini,saya terbaca di Facebook bahawa kakak kamu bekerja di sebuah syarikat dari Jepun telah dihantar ke sana.
Selepas ini, tentunya kakak kamu akan lebih komited untuk bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Jepun.
Saya juga berminat untuk belajar bahasa asing. Namun begitu, saya tidak tahu hendak belajar bahasa apa? Bolehkah kamu berkongsi dengan saya beberapa contoh bahasa asing yang wajar kita pelajari selain bahasa Inggeris. Apakah kebaikan belajar bahasa- bahasa tersebut?
Semoga balasan e-mel daripada awak dapat meluaskan ruang lingkup pemikiran saya. Sahabatmu,
Ahmad
KARANGAN A (Item 2) TEMA: SUKAN DAN REKREASI
BAHAGIAN A [30 Markah]
[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 Minit]
Maklumat dibawah berkaitan dengan kegiatan Sukan dan Rekreasi. Huraikan pendapat anda tentang kegiatan Sukan dan Rekreasi . Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kain cindai bawa berjalan,
Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan, Minda cerdas jasmani cergas.
Harum sungguh bunga kemboja, Disusun dara dari Mandilin;
Sukan membentuk semangat waja, Sentiasa ceria cergas berdisiplin.
Berkhasiat sungguh air halia, Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tentu bertenaga.
Pantun Mari bersukan Sumber: Internet
Aktiviti rekreasi mempunyai pertalian dengan kualiti kehidupan seseorang termasuk meningkatkan fungsi fizikal, kesihatan yang baik, pengurusan stress, keseronokan dan pelbagai makna kepada individu.
Melalui aktiviti fizikal ini, seseorang individu dapat mengelak daripada pelbagai gangguan dan serangan penyakit, dapat melepaskan tekanan yang dihadapi dan mencapai tahap keseronokan yang tinggi dalam melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, ia juga adalah pendidikan luar yang merangkumi pendekatan alternatif di dalam pendidikan sains mengajar dan belajar di dalam institusi pendidikan juga .
Sumber : Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 1 (2018), 1-9
KARANGAN A (Item 3) TEMA: PELANCONGAN
BAHAGIAN A [30 Markah]
[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 Minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan sektor pelancongan di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang sektor pelancongan di Malaysia.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Manis si dara menjemur baju Segak teruna berkain pelikat Infrastruktur ditingkat negara maju Pelancong berkunjung pasti terpikat Raga nan berat dibawa si dara Diambil teruna untuk dijunjung Pelancong berkunjung dilayan mesra Budaya timur terus dijunjung
Internet
MOTAC Anjur Minggu Budaya Malaysia 2021
25 Oktober 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Minggu Budaya Malaysia (MBM) 2021 secara hybrid, bermula pada hari ini sehingga 30 Oktober 2021. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan pelancarannya berkata Minggu Budaya Malaysia ini dijadikan signature programme Kementerian sebagai wadah manifestasi kepelbagaian seni budaya dan warisan di Malaysia dengan cara menyediakan ruang bagi mengekspresi keragaman budaya.
Sumber: BH Online
KARANGAN A (Item 4) TEMA: KESELAMATAN
BAHAGIAN A [30 Markah]
[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 Minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Huraikan pendapat anda tentang keselamatan jalan raya. Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Dr. Siti Zaharah Ishak “Pihak kerajaan akan mempergiat usaha seperti ini bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya dan PErtubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mencapai sasaran dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kemarian akibat nahas jalan raya di peringkat kebangsaan dan global”.
Sumber : Institu Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malysia (MIROS) MInggu Keselamatan Kemderaan 2019 – Usahan Meningkatkan Kesedaran KEselamatan Jalan Raya Dipergiat.
Terbang-terbang si burung nuri, Hinggap sebentar di pohon jati, Tanpa berfikir memotong kiri,
Bahaya datang sesalnya nant.
Kak Limah bertudung ungu,
Berpayung ke kedai Pak Abu, Tak sabar bahaya menunggu,
Kerana malang tidak berbau.
Pantun Keselamatan Jalan Raya Ilham : Cikgu Linda Nor
KARANGAN A (Item 5)
TEMA: BUDAYA, KESENIAN DAN ESTETIKA
BAHAGIAN A [30 Markah]
[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 Minit]
Maklumat di bawah berkaitan pakaian tradisional di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang pakaian tradisional di Malaysia.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Pelam cendana celahan seraya Setara berseli berselang tautan Rencam busana simbolik budaya Sama dikongsi bertaut ikatan Berbalam cahaya seri purnama Tarikan berseli mengindah tanaman Cheongsam, kebaya, sari bersama Pakaian tradisi zaman berzaman.
Serlah suara iringan bangsi Setara bunyian merdu terasa Megah busana sama dikongsi Tanda ikatan satu Malaysia
Pantun Pakaian Tradisional Kaum Di Malaysia Sumber : Internet
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan harus memainkan peranan dalam
mengekalkan budaya pemakaian
tradisional ini. Antaranya mempopularkan kembali pemakaian tradisional dengan mengadakan pertunjukkan pemakaian tradisional setiap kaum. Selain itu,
mengadakan pameran pakaian tradisional juga dapat menarik minat rakyat Malaysia supaya mencintai pakaian tradisional bangsa mereka sendiri.
Sumber : Internet
Sumber : Internet
Sumber: diubah suai daripada hmetro.com.my 30 November, 2020 @ 8:20pm
KARANGAN A (Item 6) TEMA: KESELAMATAN
BAHAGIAN A [30 Markah]
[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 Minit]
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan penipuan siber. Huraikan pendapat anda tentang penipuan siber. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Sumber: Internet
Muhaamad Hafis Nawawi [email protected]
Kuala Lumpur: Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata,
“jenayah siber yang dilaporkan adalah dengan membuat iklan atau tawaran kerja sambilan melalui aplikasi sosial yang menjanjikan kewangan tambahan kepada mangsa”.
"Mangsa dikehendaki memasukkan wang ke dalam akaun syarikat mahupun persendirian untuk turut serta dalam skim berkenaan”.
"Penipuan lain pula membabitkan panggilan palsu daripada pejabat pos (Macau Scam).
Sindiket membuat panggilan dan menyatakan akaun bank mangsa terbabit dalam suatu kesalahan jenayah”.
"Mereka meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun peribadi buat sementara sehingga siasatan selesai dijalankan oleh polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber: diubah suai daripada
hmetro.com.my 30 November, 2020 @ 8:20pm