• Tidak ada hasil yang ditemukan

SULIT 1103/1. Bahagian A. (30 markah) ( Masa dicadangkan : 45 minit)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SULIT 1103/1. Bahagian A. (30 markah) ( Masa dicadangkan : 45 minit)"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT 1103/1

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Bahagian A (30 markah)

( Masa dicadangkan : 45 minit) Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan riadah dalam kehidupan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN AKTIVITI RIADAH

Memupuk Kasih Sayang

Mencerdaskan Minda

(2)

SULIT 1103/1

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

BAHAGIAN B ( 100 Markah )

(Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit )

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Banyak pilihan kerjaya yang terdapat di Malaysia pada masa ini. Jelaskan kerjaya yang menjadi pilihan anda dan sebab-sebabnya.

2. Ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan pelbagai kesan negatif daripada laman sosial yang diperoleh melalui Internet.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.

3. Kos sara hidup yang tinggi dapat diatasi dengan adanya sikap berjimat cermat. Ulaskan pernyataan tersebut.

4. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Pengaruh Filem-filem Barat Terhadap Masyarakat di Sesebuah Negara.

Tulis rencana itu selengkapnya.

5. Kerajinan dalam melakukan sesuatu merupakan maksud bagi peribahasa bagai lebah menghimpun madu.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut untuk dimasukkan dalam majalah sekolah anda.

(3)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan pelaburan dalam saham amanah kepada masyarakat dan langkah menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Melabur dalam unit amanah merupakan salah satu kaedah pelaburan mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin menikmati kesenangan dalam jangka panjang. Kelebihan melabur dalam unit amanah antaranya ialah modal permulaan yang tidak terlalu besar dan risiko pelaburan yang rendah. Antara unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai ialah unit amanah harga tetapseperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB3, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Didik (ASD) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Semua dana yang diwujudkan ini merupakan satu dana pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur.

Pelaburan dalam saham amanah merupakan satu-satunya institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kecairan paling pantas berbanding pengurusan dana lain. Sebagai contoh, para pelabur yang memerlukan wang boleh menjual semula unit saham mereka kepada pengurus dana pada hari perniagaan dan akan dibayar pada hari yang sama. Selain itu, masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai dalam semua unit amanah berkenaan demi membina tabungan yang kukuh tanpa sebarang masalah malahan mereka boleh melabur pada bila-bila masa mengikut kemampuan.

Pelaburan melalui amanah saham merupakan satu langkah bijak untuk masa hadapan kerana pelaburan saham ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Oleh yang demikian, para pelabur tidak perlu risau terhadap masalah berkaitan salah laku pengurusan, kehilangan dana, keadaan ekonomi serta berbagai-bagai lagi faktor lain yang boleh menggugat pelaburan. Kini, pelaburan melalui saham amanah telah berkembang dengan pesat. Nilai pegangan ekuiti saham amanah terus meningkat dan terus berkembang. Secara tidak langsung, saham amanah mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Pelaburan dalam unit amanah disifatkan paling mudahsehingga ada dalam kalangan masyarakat sering membuat kesilapan dalam pelaburan .Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk melabur sehingga akhirnya mereka tidak membuat pelaburan. Seterusnya, mereka tidak mempunyai matlamat pelaburan yang khusus dan hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja. Mungkin juga ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pilihan Bijak dalam Pelaburan Unit Amanah’ Oleh Muhammad Ridzuan Amin dan Lina Ahmad Siri Bijak Urus Wang

(4)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) - Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menikmati kesenangan.

[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh orang ramai dalam membuat pelaburan.

Apakah kesilapan-kesilapan tersebut?

[3 markah]

(iii) Statistik menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak berminat membuat pelaburan.

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Malaysia kurang berminat membuat pelaburan?

(5)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri.Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilaimurni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasin asional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

SYUHADA : Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara” oleh Affix Zulkarnaen Adam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Senaraikan objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, nyatakan punca remaja hari ini kurang berminat untuk menyertai

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

[3 markah] (iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu

latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama.

(6)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya, "Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu."

Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, "Mati engkau, Cau Pandan."

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, "Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat."

Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuruh berlengkap.

[2 markah] (ii) Nyatakan tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan

menyerang Melaka.

[3 markah]

(iii) Jelaskan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.

(7)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 2 (d) – Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kudup Perang Sementara dia bergelar panglima

laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir

kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing

pedang pusaka

dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu

menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina

di istana wangsa

bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi

peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat

sedang warga memanggilnya keramat. perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu;

bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya

mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba,

kita masih bertengkar tentang siapa

pahlawan sebenarnya.

Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’ oleh Tuah Sujana dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

(8)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan maksud rangkap pertama sajak.

[2 markah]

(ii) Rangkap keenam sajak tersebut menyedarkan kita bahawa sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk menentukan pemimpin yang benar-benar berwibawa.

Kemukakan tiga cara untuk mengatasi kemelut ini.

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) jerih-perih (ii) karut-marut (iii) degap-degup (iv) colorong-celoreng (v) kembang-kuncup (vi) licin-licau [6 markah] (b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Murid tersebut tidak dapat menjelaskan yuran lawatan ke Kuala Lumpur kerana tidak berkemampuan.

(ii) Sebanyak 40 orang pelajar telah menerima surat pelantikan sebagai pegawas Sekolah Kebangsaan Batu Merah.

(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkahwinan abang, kami sekeluarga pun menerima para tetamu dengan tangan terbuka.

(9)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Antara intipati ucapan pengurus syarikat tersebut ialah pemasalahan disiplin yang berlaku kerana para pekerja tidak menghayati peraturan-peraturan syarikat.

(ii) Para pelajar diminta untuk menguasai sub-tajuk dalam mata pelajaran Sains agar tercapai keputusan cemerlang.

(iii) Tiba-tiba syiling dewan orang ramai yang terbakar itu jatuh sebelum tetamu dewan itu selamatkan diri.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Barang- barang dari Syarikat Azim begitu laris sekali jualannya kerana syarikat ini amat mementingkan kuantiti produknya.

(ii) Banyak pepohon rhu di tepi pantai yang sudah tua itu ditebang untuk menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

(iii) Sejak awal tahun lagi, Pak Manan telah bersiap siaga untuk menguruskan bendangnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah: (i) Membuka pekung di dada

(ii) Bagai pinang dibelah dua

(iii) Bagai mencurah air ke daun keladi

(10)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Tema merupakan persoalan pokok yang menunjangi penceritaan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tema novel tersebut beserta dua bukti yang menyokong tema tersebut.

[7 markah]

(b) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara menyelesaikannya.

[8 markah]

(11)

PANDUAN PEMERIKSAAN SOALAN BAHAGIAN A

1. Format penulisan ulasan : T - menepati tugasan

I - idea relevan, huraian jelas B - gramatis dari segi kata dan ayat

2. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya 200 patah perkataan ke atas. 3. Calon boleh menulis lebih daripada 250 patah perkataan.

4. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan – rujuk kriteria dalam peraturan pemarkahan.

5. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam soalan.

6. Jika huraian idea jelas, menarik dan matang dengan tiga idea – calon layak mendapat peringkat cemerlang.

7. Sekiranya calon menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan ditambah dengan idea sendiri – calon layak mendapat peringkat cemerlang. 8. Calon yang hanya menghuraikan dua idea sahaja – semak seperti biasa dan rujuk kriteria dalam peraturan pemarkahan.

9. Calon yang tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan tetapi mengemukakan idea sendiri – diterima dan markah maksimum peringkat Memuaskan.

10. Pada akhir karangan pelajar, pemeriksa perlu menulis peringkat dan markah calon.

Contoh,

(12)

Bahagian A (30 markah)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 26 – 30 (28 – 30) (26 – 27)

- menepati tema bahan rangsangan - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - penggunaan tanda baca betul dan tepat - penggunaan kosa kata luas dan tepat

- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

- idea relevan, huraian jelas dan matang Kepujian 20 – 25

(23 – 25) (20 – 22)

- menepati tema bahan rangsangan - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - penggunaan tanda baca betul dan tepat - penggunaan kosa kata luas

- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi - idea relevan, huraian jelas

Memuaskan 15 – 19 (17 – 19) (15 – 16)

- masih menepati tema bahan rangsangan - bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat - penggunaan tanda baca masih betul dan tepat - penggunaan kosa kata umum

- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih bervariasi

- idea masih relevan, huraian masih jelas Kurang

Memuaskan

10 -14 (12 – 14) (10 – 11)

- masih/kurang menepati tema bahan rangsangan - bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat - kesalahan tatabahasa/ejaan ketara

- penggunaan kosa kata terhad

- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang bervariasi

- idea masih/kurang relevan, huraian masih/kurang jelas Pencapaian Minimum 01 – 09 (06 – 09) (01 – 05)

- murid tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis

- murid tidak menunjukkan penguasaan kemahiran

menulis

- murid tidak memahami tema bahan rangsangan - idea tidak menepati tema bahan rangsangan

Catatan : - Tiada pemotongan markah bagi setiap kesalahan ejaan

- Calon digalakkan menggunakan ungkapan menarik (peribahasa, kata-kata hikmat, petikan hadis, slogan, petikan ucapan, pantun, maksud al-Quran dan sebagainya)

(13)

Bahagian B

Perincian Pemarkahan Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan

2. Jika karangan : a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang

5. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca : ( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan / = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) // = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

Bahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 markah)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

CEMERLANG 80 – 100 (90 – 100) (80 – 89)

- penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat

- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis - ejaan dan tanda baca betul

- laras bahasa sesuai dengan tugasan - penggunaan kosa kata luas dan tepat

- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai

- pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

- penggunaan unsur bahasa bervariasi

- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

(14)

KEPUJIAN 66 – 79 (73 – 79) (66 – 72)

- penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat

- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

- ejaan dan tanda baca betul

- laras bahasa sesuai dengan tugasan - penggunaan kosa kata luas dan tepat

- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai

- pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

- penggunaan unsur bahasa bervariasi

- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

BAIK 51 – 65

(58 -65) (51 – 57)

- penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai - penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

- penggunaan kosa kata umum

- laras bahasa sesuai mengikut tugasan

- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai

- wacana masih lengkap

- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi - gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang

berkesan MEMUASKAN 36 – 50

(43 – 50) (36 – 42)

- penggunaan pelbagai jenis kata terhad - ayat kurang gramatis

- ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan

yang minimum

- laras bahasa kurang sesuai

- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai

- wacana masih/kurang lengkap

- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi - gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang

(15)

KURANG MEMUASKAN

21 – 35 (28 – 35) (21 – 27)

- penggunaan kata kurang tepat

- ayat tidak gramatis tetapi masih difahami - terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian

tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

- pengolahan tidak menarik

- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang

- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah

- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah

PENCAPAIAN MINIMUM

01 – 20 (11 – 20) (01 – 10)

- keseluruhan karangan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis

- kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara - idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

- pengolahan tidak menarik

- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai

- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik - keseluruhan karangan sukar/tidak difahami

(16)

Soalan 1

Banyak pilihan kerjaya yang terdapat di Malaysia pada masa ini. Jelaskan kerjaya yang menjadi pilihan anda dan sebab-sebabnya.

Kehendak Soalan

1. Calon mesti menjelaskan satu contoh kerjaya yang menjadi pilihan dan sebab-sebab kerjaya itu dipilih.

2. Jika calon menulis lebih daripada satu kerjaya dan sebab-sebabnya. Markah di peringkat baik.

3. Calon hanya menulis kerjaya berdasarkan pemerhatiannya sahaja / kerjaya yang dipilih dihuraikan secara umum sahaja. Markah calon peringkat memuaskan.

Soalan 2

Ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan pelbagai kesan negatif daripada laman sosial yang diperoleh melalui Internet.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.

FORMAT : Tiada Kehendak Soalan

1. Calon mesti menghuraikan peranan ibu bapa mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak untuk mengelakkan kesan negatif. Markah calon peringkat Cemerlang.

2. Calon menghuraikan peranan ahli keluarga yang lain selain ibu bapa, Markah calon peringkat kurang memuaskan.

3. Calon menyatakan peranan ibu bapa tetapi tidak dikaitkan dengan kesan negatif. Markah calon peringkat baik.

4. Calon tidak menyatakan kesan negatif daripada Internet. Markah calon peringkat memuaskan.

5. Calon menulis kesan negatif daripada laman sosial tetapi tidak dikaitkan dengan peranan ibu bapa. Markah calon peringkat kurang memuaskan.

(17)

Soalan 3

Kos sara hidup yang tinggi dapat diatasi dengan adanya sikap berjimat cermat. Ulaskan pernyataan tersebut.

Kehendak Tugasan

1. Calon mesti mengulas bagaimana sikap berjimat cermat dapat mengatasi kos sara hidup yang tinggi. Markah calon peringkat Cemerlang.

2. Calon hanya menulis langkah berjimat cermat tanpa dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup. Markah calon peringkat Baik.

3. Calon menghuraikan kesan kenaikan kos sara hidup tetapi tidak dikaitkan dengan sikap berjimat cermat. Markah calon peringkat Memuaskan.

Soalan 4

Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Pengaruh Filem-filem Barat Terhadap Masyarakat di Sesebuah Negara.

Tulis rencana itu selengkapnya. FORMAT : Rencana

Tolak 1 markah jika calon tidak menulis tajuk

Tolak 1 markah jika calon tidak menulis nama penulis rencana Kehendak Soalan

1. Calon perlu menulis rencana yang berkaitan pengaruh filem Barat terhadap masyarakat di sesebuah negara. Markah calon peringkat Cemerlang.

2. Calon tidak menulis berdasarkan format rencana walaupun karangan tersebut sangat cemerlang, calon tidak layak mendapat markah cemerlang.

3. Calon menulis rencana berkaitan pengaruh filem bukan dari Barat. Markah calon peringkat Baik.

4. Pengaruh filem Barat sama ada positif atau negatif boleh diterima.

5. Calon menulis kesan positif baik atau kesan negatif filem tempatan. Markah calon peringkat Kurang Memuaskan.

6. Calon menulis kesan positif atau kesan negatif filem tempatan dan menyetuh pengaruh filem Barat. Markah calon peringkat Memuaskan.

(18)

Soalan 5

Kerajinan dalam melakukan sesuatu perkara merupakan maksud bagi peribahasa bagai lebah menghimpun madu.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut untuk dimasukkan dalam majalah sekolah anda.

FORMAT : Cerpen Kehendak Tugasan

1. Calon dikehendaki menulis sebuah cerita yang menepati maksud peribahasa yang diberi. Markah calon peringkat Cemerlang.

2. Cadangan isi untuk menulis cerita mestilah menepati keperluan seperti mempunyai permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian.

3. Cerita yang ditulis mestilah mengandungi nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan teladan.

4. Calon menulis usaha-usaha yang menunjukkan kerajinan tetapi bukan dalam bentuk cerita. Markah calon peringkat Memuaskan.

(19)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan - nama khas

- perkataan berganda / berulang - penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’ - tarikh

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / Kesimpulan

2

(20)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah Petikan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan

dalam amanah saham kepada masyarakat di Malaysia/ di negara ini. 2 Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan

dalam amanah saham kepada masyarakat dan langkah

menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. 2 Petikan/Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat

pelaburan dalam amanah saham kepada masyarakat. 1 Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat

terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

Kepentingan pelaburan kepada masyarakat:

1. Modal permulaan yang tidak terlalu besar. 2

2. Risiko pelaburan yang rendah. 2

3. Untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. 2 4. Satu-satunya institusi kewangan yang menawarkan kemudahan

kecairan paling pantas. 2

5. Masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai. 2 6. Mereka boleh melabur pada bila-bila masa mengikut

kemampuan. 2

7. Langkah bijak untuk masa hadapan sekolah harus didedahkan

dengan pengetahuan pelaburan. 2 8. Mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. 2

(21)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

Langkah-langkah menggalakkan masyarakat membuat pelaburan: Markah

1. Pihak kerajaan menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia. 2 2. Pihak ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah

melabur kepada anak-anak. 2

3. Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program berkaitan

faedah melabur dalam Saham Amanah Malaysia. 2 4. Pihak sekolah mengadakan siri jelajah sekolah-sekolah bersama

Bank Negara Malaysia. 2

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Penutup

1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan masyarakat melabur dalam saham amanah agar menjamin

masa hadapan. 2

2. Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat melabur dalam saham amanah supaya dapat

melahirkan generasi yang berjimat-cermat. 2

3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan

masyarakat melabur dalam saham amanah. 1

4. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar

(22)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian Baik 18 – 20 15 – 17 9 – 10 7 – 9

 Kesinambungan isi baik.

 Struktur ayat / tatabahasa baik

 Kosa kata luas

 Tanda bacaan / ejaan betul

Sederhana 12 – 14 8 – 11 6 – 7 4 – 6  Kesinambungan isi masih baik  Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan.

 Kosa kata masih memuaskan

 Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1 – 7 1 – 4  Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(23)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum: 10 markah] Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2 (a) : 9 markah

Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat Gramatis

2 - Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup

- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis

1 - Jawapan tidak tepat/salah 0 2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat Gramatis

3 - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis

- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2 - Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 - Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat

Gramatis

0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat Gramatis

4 - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3 - Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

(24)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 - Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Soalan 2 (a)– Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata menikmati kesenangan

- Mengecapi/merasai/ kebahagiaan/kegembiraan 2

- Mengecapi kesenangan 1

- Menikmati kebahagiaan 0

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Kesilapan yang sering dilakukan : ( isi cukup – 2 )

- terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk melabur

- mereka tidak mempunyai matlamat pelaburan yang khusus

- hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja - ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Punca-punca : ( isi cukup – 3 )

- Pulangan diperoleh dalam jangka masa panjang/terlalu lama amanah - Kebanyakan individu beranggapan tidak perlu melabur kerana KWSP

sudah ada untuk kegunaan pada masa hadapan - Ramai beranggapan bahawa melabur hanya sesuai untuk orang kaya

sahaja kerana memerlukan modal yang terlalu tinggi

- Orang ramai masih belum memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan pelaburan atau cara membuat pelaburan

- Kempen/Promosi berkaitan kepentingan pelaburan tidak diadakan secara meluas/berterusan.

(25)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

SET 3:

(i) Objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

 menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.

 memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional.

 membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(maksimum: 2 markah)

(ii) Punca remaja kurang berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN);

 berasa jangka waktu di pusat kem PLKN terlalu lama

 mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM

 kurang galakan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga.

 boleh melakukan aktiviti riadah dan santai bersama rakan dan keluarga

 terbiasa dengan kemudahan arus teknologi yang sedia ada

 tidak suka terikat dengan sebarang undang-undang / peraturan semasa berada di kem.

 inginkan kebebasan.

(maksimum: 3 markah)

(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan drama dan satu latar asyarakat daripada keseluruhan drama.

Dalam petikan:

 masyarakat yang berfikiran positif

Pelajar yang mendapat tawaran mengikuti PLKN sangat teruja kerana terpilih. Cikgu Dahari juga sentiasa memberi semangat dan kata-kata positif terhadap anak muridnya.

 Masyarakat pengajar.

Cikgu Dahari merupakan seorang guru di sekolah Subdarani, Ah Tiau dan Syuhada.

(26)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Keseluruhan drama

 Masyarakat yang penyayang;

Nek Sinah menyayangi Aiman walaupun bekerja sebagai pembantu rumah tetapi sentiasa melayan Aiman sepeti

cucunya sendiri.

 Masyarakat yang sibuk beberja;

Khir Ghazali, ayah Aiman sibuk bekerja dan sering pulang ke rumah pada waktu malam setiap hari.Ibu Aiman, Masnah juga jarang berada di rumah dan kakaknya sering sibuk dengan tugasan di universiti.

 Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan. Aiman berkelakuan kasar dan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang sentiasa melayannya dengan

baik.

(27)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

SKEMA JAWAPAN

SOALAN 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

I. Berikan maksud rangkai kata ‘menyuruh berlengkap’.

- Memerintahkan persiapan berperang 2m

- Memerintahkan/ mengarahkan berperang 1m

- Menyuruh bersiap sedia untuk berperang 1m - Membuat/ melakukan persediaan/ persiapan untuk berperang 1m - Mengarahkan/memerintahkan untuk bersiap-siap 0m

[maksimum: 2 markah]

II. Tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka.

- Sidi Arab berdiri di hadapan raja - Dihalakan panah ke benua Siam

- Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati

[maksimum: 3 markah] [isi cukup: 2 isi]

III. Ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.

- Mengadakan rundingan dengan Negara terlibat sebelum peperangan berlaku/ menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui permuafakatan

- Mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara di sekitar/ Negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin

- Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada Negara yang memulakan persengketaan/ peperangan

- Mengadakan usahaun sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan Negara masing-masing

- Menghormati kedaulatan Negara-negara lain - Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa - Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia - Mendapatkan bantuan daripada PBB

[maksimum: 3 markah] [isi cukup: 2 isi]

(28)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 2 d- Puisi Tradisional/Puisi Moden

i. Panglima yang mengetuai pasukan berperang akan terus melakukan kezaliman. Namun, kita patut bersyukur kerana kita msih dapat menegakkan keadilan walaupun terkongkong kebebasan.

[Maksimum : 2 Markah]

ii. - mengadakan debat umum

- Mengadakan undian di seluruh negara

- Memfokuskan terhadap usaha-usaha membangunkan negara

[Maksimum : 3 Markah]

iii. Pengajaran

- Kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan untuk memimpin agar tidak berlaku zalim terhadap rakyat.

- Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dan bertanggungjawab agar disenangi oleh rakyat.

- Kita janganlah bersikap zalim sehingga menimbulkan permusuhan. - Kita janganlah bertindak secara terburu-buru tanpa pertimbangan yang

waras.

[Maksimum : 4 Markah] [Isi cukup 2 isi]

(29)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Peraturan Pemarkahan Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3

Markah penuh dibahagikan kepada: Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada keseluruhan soalan

3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) jerih-perih

Maksud: susah payah dalam melakukan sesuatu usaha, berusaha bersungguh-sungguh

(ii) karut-marut

(30)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

(iii) degap-degup

Maksud: bunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan jantung dan lain-lain) bunyi degap berulang kali

(iv) celorong-celoreng

Maksud: coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yang kehijau- hijauan

(v) kembang-kuncup

Maksud: seketika mengembang seketika menguncup

(vi) licin-licau

Maksud: permukaan tidak kesat, tidak kasap, kulit- halus, sekata, tidak menggerutu

[Maksimum : 6 markah] Jawapan 3 (b) Menukar Ayat – Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

(i) Yuran lawatan ke Kuala Lumpur tidak dapat dijelaskan oleh murid tersebut kerana tidak berkemampuan.

(ii) Surat pelantikan sebagai pegawas Sekolah Kebangsaan Batu Merah telah diterima oleh sebanyak 40 orang pelajar.

(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkhawinan abang, para tetamu pun diterima oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka.

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) Ejaan: inti pati Imbuhan: permasalahan (ii) Ejaan: subtajuk Imbuhan: mencapai (iii) Ejaan: siling Imbuhan: menyelamatkan

(31)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) Tatabahasa: begitu laris / laris sekali Istilah/kata: kualiti

(ii) Tatabahasa: pepohon / banyak pohon Istilah/kata: mengelakkan (iii) Tatabahasa: mengusahakan Istilah/kata: dari

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa (i) - gunting dalam lipatan - musuh dalam selimut

(ii) - bagai cincin dengan permata - seperti cincin terlekat dijari - tanduk bersendi gading

(iii) - masuk telinga kiri keluar telinga kanan - mencurah garam ke laut

(32)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 4

Markah penuh 15 markah Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.

iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap v. Markah isi maksimum 4 markah

vi. Markah bahasa maksimum 3 markah vii. Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah

viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 7 markah ] Soalan 4(b)

i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.

iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas. v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.

vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ). vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.

viii. Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 2 markah Sederhana : 1 markah

ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

(33)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 4(a) – Tema

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya.

 Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

 Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

 Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

 Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

 Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

 Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

(34)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

 Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat bapanya.

 Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

 Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

 Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

Soalan 4(b) – Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi Novel Jendela Menghadap Jalan

 Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

 Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

 Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

 Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

(35)

SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Novel Songket Berbenang Emas

Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

 Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah

 Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan

berulang-alik dari rumah ke sekolah.

 Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya . Cara

penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

Referensi

Dokumen terkait

Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalinan akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama

Saya diminta oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk menulis karangan yang berkaitan dengan pengaruh media sosial dalam dunia pendidikan.. Dalam hal ini, tentunya

rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi. Penggunaan

Rajah 12 (a) menunjukkan kod atur cara untuk mendapatkan maklumat yang ditunjukkan dalam Rajah 12 (b) dengan membuat query kepada sebuah jadual dalam pangkalan

(b) Sentiasa menziarahi anak-anak – ramai ibu bapa yang bekerja lebih senang anak-anak menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh- memanglah pencapaian akademik

[Lihat halaman sebelah SULIT 5 (a) Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.. (i) Nyatakan maksud

Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)  Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan.. dihuraikan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kerajaan membantu wanita dan masalah jika wanita dipinggirkan dalam masyarakat.. Panjangnya