1 SET 4
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Klinik 1Malaysia dan cabaran dalam pelaksanaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Rancangan penubuhan Klinik 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2010 pada 23 Oktober yang lalu telah menjadi kenyataan. Objektif utama penubuhan Klinik 1Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar. Pendekatan ini bersesuaian dengan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk menampung kos operasi bagi 50 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara.
Penubuhan klinik ini mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar. Selain itu, klinik ini juga dapat mempertingkatkan akses penduduk bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan rawatan perubatan ringan. Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh seorang penolong pegawai perubatan dan seorang jururawat terlatih. Antara skop perkhidmatan yang disediakan adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik, dan melakukan prosedur rawatan ringan. Klinik ini beroperasi setiap hari bekerja bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan melibatkan penggiliran syif bekerja. Semua Klinik 1Malaysia dibuka di kawasan berpenduduk melebihi 10 ribu orang dan boleh dihubungi dengan cepat dan mudah.
Perkhidmatan perubatan merupakan keperluan asas bagi semua masyarakat di dunia. Malangnya, golongan yang berpendapatan rendah di bandar sering menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital swasta. Tambahan pula, hospital dan klinik kesihatan kerajaan disediakan di kawasan yang terlalu jauh bagi penduduk di kawasan penempatan tertentu. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan klinik kesihatan di kawasan bandar. Hal yang demikian ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti. Kewujudan kemudahan ini membuktikan bahawa kerajaan begitu komited dan mengambil berat masalah kesihatan rakyat. Jabatan Kesihatan sentiasa memantau klinik ini bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. Klinik 1Malaysia juga menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan yang berpendapatan rendah tanpa mengira kaum. Selain itu, Klinik 1Malaysia dapat mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.
Kenaikan harga barangan pengguna yang ketara menyebabkan penduduk berpendapatan sederhana jatuh ke status golongan berpendapatan rendah. Keadaan ini menjadi penghalang mereka mendapatkan perkhidmatan perubatan yang lebih berkualiti di klinik dan hospital swasta kerana melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu, klinik 1Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap klinik-klinik swasta yang mengenakan harga sesuka hati. Sewajarnya, kewujudan klinik ini dipandang positif kerana mengambil kira kebajikan rakyat tanpa sebarang prejudis. Klinik ini juga tidak mementingkan keuntungan kerana mengenakan bayaran serendah RM 1. Diharapkan projek murni ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Kemudahan ini perlu ditambah dan diperluas dari semasa ke semasa demi keselesaan dan manfaat kepada rakyat Malaysia.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Klinik 1 Malaysia Memenuhi Aspirasi Rakyat’ oleh Noor Mohamad Shakil Hameed,
2
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata tanpa sebarang prejudis.
[2 markah]
ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah di bandar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan?
[3 markah]
iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Klinik 1 Malaysia.
3 Soalan 2(b) - Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
TUK WALI : Kamu datang lagi ke sini, Piee! Berani sungguh kamu ni ya? Itu apa! Engkau nak jual biola dan keris itu? Kau tahu keris lambing perguruan ini! Berani engkau mencurinya! Budak biadab!
PIEE :Tuk layan saya macam sampah depan orang lain! Tuk tak ada hati perut! Saya pun ada maruah, tuk!
TUK WALI :Mencuri keris pusaka ni, kau kata bermaruah? Cis, hina betul kelakuan engkau ini, Piee! Hina! Engkau letak balik keris tu di dinding sana letak balik! PIEE :Tuk dah tua, tuk! Dah tak daya! Keris ni tuk nak buat apa? Tuk nak pakai buat berjalan di bandar? Tuk tau tak, keris ni boleh laku beratus ringgit!
TUK WALI :Engkau letak balik keris itu, Piee
Piee menghunus keris lalu menikam TUK WALI bertubi-tubi. Pertikaman terjadi dengan hebat sekali. PIEE menjatuhkan biola yang dipegangnya. TUK WALI mengutip biola yang dibuang itu. Tiba-tiba PIEE menerkam dan menikam TUK WALI. TUK WALI cuba mengelak tikaman itu, gagal. Tikaman itu mengenai perut TUK WALI. TUK WALI menyerang dengan cepat. Keris itu berjaya dilucutkan dari tangan PIEE. Keris terpacak ke tanah. PIEE bangkit lalu menyambar biola. Dia terus melarikan diri.
(Dipetik daripada drama”Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassa dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Apakah tujuan Piee masuk ke rumah Tuk Wali?
[ 2 markah] ii) Pada pendapat anda, wajarkah Piee bertindak membunuh Tuk Wali?
[ 3 markah ] iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan drama.
4 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada Suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”
(Dipetik daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, DBP) i) Berikan maksud menumpang bersuka .
[2 markah] ii) Mengapakah ramai orang yang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang?
[3 markah] iii) Sekiranya anda Merah Silu, apakah yang anda lakukan untuk menarik lebih ramai orang
luar datang ke negeri tersebut?
5 Soalan 2(d) - Sajak
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DIRGAHAYU BAHASAKU Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya, agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. Ahmad Sarju
Manuskrip Luka Bangsa,2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
i) Nyatakan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh bahasa dan bangsa Melayu dalam rangkap yang keempat.
[3 markah] ii) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi
mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi?
[3 markah] iii) Senaraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’.
6
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa [30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) hormat (ii) berhormat-hormatan (iii) terhormat (iv) kehormat (v) kehormatan (vi) penghormatan [6 markah] (b) Tulis petikan ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.
Wan : Nik, ikut saya ke kafe siber pada petang ini. Nik : Awak hendak ke kafe siber untuk apa?
Wan : Saya hendak mencari maklumat tentang tokoh bahasa Melayu. Nik : Awak hendak mencari maklumat itu mengapa?
Wan : Cikgu Faizah meminta saya menulis esei tentang tokoh bahasa Melayu. Nik : Bukankah awak boleh dapatkan maklumat itu di perpustakaan sekolah? Wan : Ya, tetapi saya hendak membaca maklumat daripada sumber lain.
[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pihak polis telah menemui mayat yang tidak dikenali itu dalam keadaan mengerikan di pengkalan sungai.
(ii) Kapten pasukan ‘The Red Warriors’ menerima pingat daripada Sultan Muhammad Ke-V setelah berjaya mempertahan kejuaraan Liga Super. (iii) Pekerja yang efisyen akan sentiasa disayang oleh majikan.
7
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Kewujudan laman-laman sosial pada masa kini memberi impak yang berbeza kepada pelanggan. Kebanyakan pengunjung-pengunjung ke laman ini merupakan remaja di bawah usia. Hal ini menyebabkan setengah pihak mendesak kerajaan menyekat kewujudan laman ini dari berleluasa.
[6 markah] (e) Berikan maksud peribahasa yang berikut.
(i) Bagai lalang ditiup angin (ii) Malu berdayung perahu hanyut
(iii) Genggam bara api, biar sampai jadi arang
8
Soalan 4: Novel [15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer hamzah L. Kadir
(vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
a) Watak utama biasanya dikaitkan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapinya.
Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari, jelaskan bagaimana watak utama menghadapi cabaran tersebut.
[7 markah]
b) terdapat pelbagai sikap masyarakat dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sikap masyarakat yang dikritik oleh pengarang.