• Tidak ada hasil yang ditemukan

SET 5 Soalan 1 Rumusan (30 markah)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SET 5 Soalan 1 Rumusan (30 markah)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

SET 5

Soalan 1 – Rumusan (30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk menangani budaya samseng di sekolah dan sebab-sebab budaya ini patut ditangani. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam era nano ini, sistem pendidikan negara kita tidak ketinggalan dalam usaha mengorak langkah menuju ke taraf negara maju. Namun, masalah disiplin dalam kalangan pelajar masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila wujudnya budaya samseng di sekolah. Budaya samseng boleh didefinisikan sebagai sekumpulan pelajar yang terlibat dengan kegiatan jenayah di sekolah seperti melakukan peras ugut, membuli, mencederakan pelajar atau guru, dan meminta wang perlindungan. Malah terdapat pelajar yang terlibat dengan kancah dadah dan pengedaran pil khayal. Berdasarkan fenomena ini, pelbagai pihak yang menuding jari kepada pihak kerajaan menggesa agar tindakan semerta diambil bagi memulihkan keadaan dan pada masa yang sama cemuhan dilemparkan kepada pihak-pihak tertentu kerana gagal membendung masalah ini daripada berterusan.

Kajian menunjukkan bahawa budaya samseng muncul dan mempengaruhi pelajar disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah pengaruh media massa, terlibat dalam aktiviti tidak sihat dalam kalangan rakan sebaya dan kurang penerapan nilai-nilai murni sebagai pedoman hidup. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah menghantar pekeliling kepada semua pengetua sekolah agar membanteras budaya samseng secara bersungguh-sungguh berikutan timbulnya masalah yang sangat membimbangkan ini. Hal ini menunjukkan keprihatinan Kementerian Pelajaran sebagai institusi yang memikul tanggungjawab sosial.

Perlu diingatkan bahawa pelajar yang rata-ratanya remaja belasan tahun sangat sensitif dan mudah terpengaruh dengan sesuatu input baharu yang diterima. Jika mereka melakukan sesuatu perkara yang silap dan dimarahi sehingga memalukan mereka, sudah pastilah mereka berasa terpinggir dan mula memberontak. Pada masa yang sama, mereka juga turut meneroka perkara baharu atas sifat ingin tahu. Oleh itu, Pihak sekolah haruslah menjadi tempat yang paling sesuai untuk para pelajar mendapat maklumat dan menyelesaikan masalah mereka. Dalam hal ini, guru kaunseling harus bertindak proaktif untuk mengenal pasti masalah yang dialami oleh pelajar. Selain itu juga, guru kaunseling perlu membina hubungan baik dengan pelajar agar dapat membantu mereka. Seterusnya, guru-guru mesti selalu mengingatkan para pelajar tentang keburukan budaya samseng yang akan memusnahkan masa hadapan mereka.

Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah bukan sahaja menitikberatkan cara menjalani kehidupan positif, malahan membantu golongan muda membina jati diri yang utuh dan personaliti seimbang yang dapat membendung gejala samseng pelajar. Selain itu, hubungan erat antara pihak sekolah dengan polis juga membantu dalam mengurangkan penularan budaya samseng di sekolah-sekolah. Sehubungan dengan itu, Polis Diraja Malaysia dengan Kerjasama Kementerian pelajaran telah menganjurkan program “Sekolah Angkat Polis”. Program ini menempatkan seorang polis angkat yang bertanggungjawab atas segala kegiatan samseng di sekolah bawah jagaannya. Khidmat mesra polis angkat ini diharapkan dapat membendung budaya samseng.

(2)

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu sering menganjurkan kempen atau forum bagi menyampaikan informasi tentang keburukan budaya samseng. Dengan usaha yang dijalankan dan kerjasama daripada semua pihak, diharapkan gejala ini dapat dibendung dan usaha untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia seperti yang disarankan dalam Wawasan 2020 akan dapat dicapai.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada , ‘Gejala Samseng: ke mana arah tuju remaja?’ Berita harian, 24 Mei, 2010.)

Soalan 2: Pemahaman [35 markah]

Soalan 2 (a) - Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata cemuhan dilemparkan.

[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang menyebabkan pelajar terpengaruh dengan budaya samseng.

Nyatakan faktor-faktor tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan diterima oleh negara sekiranya rakyat tidak berdisiplin?

(3)

Soalan 2 (b)- Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SALMAH : Mengapa memilih Malaysia?

MU II : Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan sebagai sebuah Negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.

CHANDRAN : Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah Negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap

keadaan dalam negara ini adalah terkawal dan membanggakan.

MU I : Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model.

CHONG :Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa

kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional. SALMAH :Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama, sementara agama-agama Lain dibenar untuk dipraktikkan.

(Dipetik daripada drama “Forum Remaja2020” oleh Sharif Shaary dalam antologi HargaRemaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Mengapakah Makhluk Uthopia memilih untuk datang ke Malaysia?

[ 2 markah ] ii) Sebagai ramaja Malaysia, bagaimanakah anda dapat membantu negara mewujudkan perpaduan kaum?

[3 markah ]

iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan drama.

(4)

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka riuhlah di atas mahligai itu orang tertawa. Setelah itu maka kata Tuan Puteri Cendera Kesuma, “Hai kakanda, pada bicara adinda akan gajah itu biarlah kita minta kepada raksasa itu supaya segera kita beroleh gajah itu!”

Maka Indera Nata pun kabullah akan perkataan tuan puteri itu sekalian dan sangatlah ia hairan melihat rupanya tuan puteri ketujuh itu terlalu elok parasnya gilang-gemilang

cahayanya kilau-kilauan tetapi terlebih juga rupanya Tuan Puteri Cendera Kesuma itu lagipun sangat ia pandai berkata-kata.

Hatta maka tiada berapa lamanya ia bersama-sama dengan tuan puteri itu maka kata Tuan Puteri Cendera Kesuma, “Wah kakanda Indera Nata, adapun raksasa itu hampirlah ia datang seketika lagi!”

Maka ia pun menengar bunyi seperti ribut. Maka kata Indera Nata, “Hai adinda, bunyi apatah gemuruh itu?”

Maka kata tuan puteri, “Hai kakanda, itulah alamat raksasa akan datang!” (Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Berikan maksud kabullah akan perkataan. [2 markah] ii) Apakah keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma?

[3 markah]

iii) Sekiranya anda Indera Nata, bagaimanakah cara untuk melepaskan diri mereka daripada tawanan raksasa itu?

(5)

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih

dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu

adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian

keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari

Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.

i) Pada pendapat anda bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi remaja yang memiliki jati diri yang kukuh?

[3 markah]

ii) Berikan satu contoh unsur gaya bahasa metafora dan satu contoh unsur gaya bahasa simile dalam sajak Harga Remaja

[3 markah]

iii) Mengapakah masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi?

(6)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a)Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

menambahkan imbuhan, atau menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pijak – pijak-pijak (ii) hati – hati-hati (iii) pari – pari-pari

[6 markah] (b)Tulis petikan ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan

isi dalam petikan ini.

Mukhlis memberitahu Anas bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Anas memuji dan menyokong rancangan Mukhlis itu. Seterusnya, Anas menyatakan bahawa Mukhlis akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Mukhlis melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mukhlis juga menyatakan keyakinannya bahawa dia pasti berjaya sekiranya rajin berusaha. Anas memuji sikap Mukhlis yang gigih berusaha demi masa depan dirinya. Mukhlis mengucapkan terima kasih kepada Anas.

[6 markah] (c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Pada zaman moden ini, rumah jenis kondominium menjadi pemilihan tempat tinggal orang-orang berada kerana keselamatan mereka anak beranak lebih terjamin. Namun, ada segelintir masyarakat yang tidak mahu mendiamkannya dengan alasan tiada kawasan untuk beristirehat dengan tenang. Walaubagaimanapun, terpulang kepada setiap individu untuk memilih jenis rumah yang hendak dihunikan kerana yang penting ialah keselesaan mereka sekeluarga.

(7)

(d) Dalam ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Emak menyuruh kakak merebus air dan membeli pelbagai kuih-muih di

warung untuk minum petang.

(ii) Yang di-Pertuan Agong duduk di atas takhta demi untuk menyempurnakan upacara penganugerahan pingat kebesaran.

(iii) Pihak polis sudah mengenal pasti personaliti semua suspek yang masih bebas itu dengan mengedarkan gambar lakaran wajah suspek pada semua balai polis.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan peribahasa yang diberi dalam ayat dengan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa tersebut.

(i) Sifat lemah lembut Syazwani sama seperti ibunya. Hal ini bertepatan dengan pepatah bagaimana acuan begitu kuihnya.

(ii) Kembalinya Mohd Badri Radzi ke pangkuan Persatuan Bola Sepak Kelantan amat dialu-alukan demi pembangunan sukan bola sepak Kelantan. Hal ini samalah seperti pepatah sirih pulang ke gagang.

(iii) Semasa berlakunya krisis air di Selangor, para peniaga menangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga tong air dan baldi.

(8)

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer hamzah L. Kadir

(vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

a) Dalam sesebuah karya, watak utama sering kali kelihatan hebat kerana sokongan daripada watak sampingan.

Berdasarkan satu buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan perwatakan watak sampingan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan watak utama.

[7 markah]

b) Banyak faktor yang menjadikan sesebuah novel itu menarik untuk dibaca.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan perkara-perkara yang menarik hati anda dalam setiap novel tersebut.

Referensi

Dokumen terkait

Field atau kolom data yang butuh disimpan dalam suatu entitas dan digunakan sebagi kunci akses record yang diinginkan, biasanya berupa id, kuncu primer dapat

Secara umum dapat disimpulkan bahwa dari Lima Sasaran Strategis yang ditetapkan dalam Penetapan/Perjanjian Kinerja Tahun 2017 menunjukkan lima sasaran

C Kalam allah yang di turunkan kepada nabi muhammad melalui malaikat jibril dan yang membacaan bernilai ibadah. D Hadist yang rosul menerima kandungannya kemudian di jelaskan

Segala puji dan syukur kehadirat Allah SWT atas berkat dan rahmat-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir ini yang berjudul “Pengaruh Kualitas Produk, Persepsi

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan menggunakan uji statistik Spearman rho di dapatkan nilai nilai p Value adalah 0,103 dimana p Value > α sehingga H1

Namun, jika dilihat dari angka yang menunjukkan total WP terdaftar lebih besar dari WP efektif, karena data jumlah NPWP WP terdaftar menujukkan bahwa belum tentu keseluruhan WP

Kegiatan ini sangat dibutuhkan sebab peserta didik yang dibimbing melaksanakan kegiatan belajar mandiri dengan menggunakan modul-modul dalam bidang studi tertentu,

Oleh karena itu hasil observasi terhadap belajar mandiri guru dapat ditarik kesimpulan bahwa kesiapan untuk mengembangkan model pembelajaran e- learning menggunakan