• Tidak ada hasil yang ditemukan

Inspirasi TAMAN TROPIKA. Mampu Milik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Inspirasi TAMAN TROPIKA. Mampu Milik"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1

DIBAWAKAN OLEH POWLING & ART VISION

Mampu Milik

(2)

2

LOKASI : Taman Setia Jaya, Sg Petani, Kedah NAMA PEMILIK : Goh Saik Chew

JENIS KEDIAMAN : Teres KELUASAN TAMAN : 22 x 80 kaki KONSEP TAMAN : Rustik tropika

TEMPOH HUNI : 10 tahun ANGGARAN KOS : RM 60 000

Profil Taman 1

2O tahun pengalaman

Sudah cukup meyakinkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan

yang ditawarkan

Kini Powling Landscape yang diterajui oleh Poh Eng Hua, menjadi pilihan utama bagi pelanggan di utara tanah air seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis bagi soal membina taman serta menyelenggara kolam. Powling turut mendapat perhatian pemilik taman kediaman dari negeri seperti Perak dan Selangor. Pengalaman lama serta kredibiliti yang ada menjadikan Powling menjadi pilihan. Pakar dalam sistem penapisan kolam berkonsepkan

eco-system yang digunakan pada

semua projeknya, jelas terbukti ia diyakini ramai. Sistem ini dapat memastikan persekitaran hijau dan mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga setahun. Powling mampu mengenali dan mengatasi segala masalah berkaitan landskap seperti kolam, penyelenggaraan, pemilihan tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian dan sebagainya.

Walau apapun bajet anda, Powling Landscape mampu merealisasikan impian selaras dengan kos yang

diperuntukkan. Kecil atau besar sesuatu kolam, anda tidak perlu risau kerana Powling Landscape adalah antara peneraju eco-system ini.

APA YANG ANDA PERLU

TAHU TENTANG POWLING

(3)

3

E

lemen air yang diterapkan di laman tidak pernah mengecewakan. Sama ada memberikan nilai tambah daripada aspek pesona yang berterusan pada laman mahupun menyejukkan mata yang memandang. Melihatkan kolam ikan yang terhampar di laman milik Goh Saik Chew ini, Powling Landscape ternyata memaparkan kepakarannya dalam membina struktur kolam yang bersambung dengan bahagian interior kediaman.

Ini membolehkan pemilik bermain dengan ikan koi yang jinak melalui kolam yang berada di bahagian laman ataupun menerusi bahagian ruang tamu yang

Ruang Santai

Kolam ikan dibina sebagai perantara visual indah di antara ruang eksterior dan interior

FLOATING

dibina secara floating. Lantai berkaca membolehkan penghuni melihat gerak-geri ikan berona jingga, hitam dan putih ini sepanjang masa sehingga leka seketika dibuainya.

Kehadiran kolam ikan ini turut membantu perkarangan laman tampil lebih hidup dan segar kerana ia memiliki banyak elemen kehidupan dan kelihatan semula jadi. Antaranya percikan air daripada water feature, ikan koi yang berenang bebas dan tanaman yang berada di sekeliling kolam seperti Costus spp. dan money plant.

Menambah daya tarikan laman milik Goh ini ialah elemen rustik yang dipaparkan pada bahagian dinding water feature. Dinding simen ditampilkan raw dan bersahaja membentuk beberapa kepingan batu lalu menyemarakkan nuansa rustik dan unik.

OLEH POWLING LANDSKAP

(4)

4

L

aman yang satu ini begitu menyerlah dan tampil unik dengan kehadiran gazebo yang dibina bersambung dengan bahagian interior kediaman. Bagaikan sebuah spa, gazebo dibina dengan kayu cengal termasuk di keseluruhan sisi membentuk dinding yang bertujuan memberi privasi buat pemilik sekeluarga.

Di sini wujudnya kolam ikan koi yang dibina berkedalaman 3 kaki yang pada asalnya dijadikan sebagai kolam mandi. Namun, lokasi kolam yang berada dalam gazebo mempengaruhi suhu kolam yang lebih sesuai dijadikan sebagai kolam ikan koi yang luas.

Bahagian dinding dalam gazebo dibina dengan decorative wall dari kemasan

CIPTA PRIVASI

Gazebo Indah

Kehadiran gazebo di laman

dijadikan sebagai zon interaksi dan santai yang privasi dan tertutup untuk seisi keluarga.

simen yang memaparkan keaslian dan kehalusan ukiran tangan. Elemen air pada laman ini juga diserlahkan dengan kehadiran water curtain yang memercikkan bunyi air yang tenang. Dengan biasan yang begitu menenangkan ini, pemilik sering menjadikan gazebo ini sebagai lokasi interaksi dan santai sesama ahli keluarga dan rakan yang bertandang.

Menariknya, gazebo dihadirkan dengan daun pintu dan tingkap dari material kayu cengal yang membuatkan ia mirip kepada binaan rumah Melayu tradisional. Elemen tersebut dimantapkan lagi dengan adanya kaca berwarna dan pelita minyak tanah yang sinonim dengan kediaman Melayu kampung pada zaman lalu. Amat menggamit memori.

(5)

LOKASI : Taman Anggerik, Alor Setar, Kedah NAMA PEMILIK : Goh Tick Keem & Khoo Hong In

JENIS KEDIAMAN : Teres KELUASAN TAMAN: 13 x 60 kaki KONSEP TAMAN : Tropika & Tradisional

TEMPOH HUNI : 10 tahun ANGGARAN KOS: RM 20 000

Profil Taman 2

OLEH POWLING LANDSKAP

MENARIKNYA,

GAZEBO

DIHADIRKAN

DENGAN DAUN

PINTU DAN

TINGKAP DARI

MATERIAL KAYU

CENGAL YANG

MEMBUATKAN

IA MIRIP

KEPADA BINAAN

RUMAH MELAYU

TRADISIONAL.

(6)

6

(7)

LOKASI : Sg Petani, Kedah NAMA PEMILIK : Poh Eng Hua

JENIS KEDIAMAN : Semi D KONSEP TAMAN : Tropika TEMPOH HUNI : 10 tahun ANGGARAN KOS: RM 100 000

Profil Taman 3

7

K

ediaman milik Poh Eng Hua yang merupakan pemilik dan pereka Powling Landscape ini bukan sahaja subur dengan tanaman tropika, malah sentiasa mengalu-alukan kehadiran para klien dan bakal kliennya. Berfungsi sebagai ‘showhouse’ atau rumah contoh, laman di sini menjadi tatapan dan pembuka idea buat para klien Powling Landscape. Di sini, bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat Powling boleh melihat secara dekat dan mendalam rekaan landskap dan konsep yang ingin diaplikasikan.

Powling Landscape menjadikan laman miliknya sebagai landskap contoh buat

para klien mendapatkan ilham.

OLEH POWLING LANDSKAP

(8)

LAMAN INI

DISEMAI

DENGAN

ELEMEN RUSTIK

MELALUI

KEHADIRAN

BANGKU KAYU,

DINDING SIMEN

DAN STEPPING

STONE.

Secara tidak langsung pengguna yang hadir didedahkan dengan air tangan Powling sebagai pereka melalui elemen hardscape dan softscape yang ditampilkan. Kehadiran kolam ikan koi yang unik, hanya berkedalaman 6 inci memberi kelainan kepada laman ini. Kolam yang cetek ini turut membenarkan pertumbuhan tanaman air iaitu Caladium

spp. yang begitu subur dan menghijau.

Tidak hanya itu, kehadiran foliage segar mewujudkan ambiance persis resort tropika yang memukau. Laman ini turut disemai dengan elemen rustik melalui kehadiran bangku kayu, dinding simen dan

(9)

9

A

rt Vision iaitu kontraktor landskap yang kepakarannya adalah dalam binaan kolam berkonsepkan eco-system sememangnya sudah dikenali dalam industri ini. Bukan sedikit pemilik kediaman yang mendapatkan khidmat pemasangan kolam daripada mereka. Ini adalah kerana Art Vision tampil dengan ecological

filtration system, yang dibawa masuk

ke Malaysia oleh pemiliknya iaitu Sammy Liew. Individu yang mula-mula memperkenalkan sistem tapisan ekologi pada 2004.

Teknologi yang bermula di Jepun kemudian dibawa masuk ke China dan seterusnya Malaysia ini, mampu menjanjikan satu teknologi hijau yang tidak lagi mengundang pelbagai masalah buat pemilik kediaman. Kebanyakan pemilik kediaman mahukan sebuah kolam bagi mengundang suasana alam semula jadi ke dalam halaman rumah tetapi kerap kali dikejutkan dengan pelbagai masalah kolam seperti:

TANPA

PENYELENGGARAAN

Sistem tapisan kolam ekologi membantu pemilik memiliki sebuah kolam jernih, berkualiti dan tanpa bau

Jaminan 1 Tahun

Air hijau, berlumut dan berbau

Kolam perlu diselenggarakan setiap bulan

Kos tambahan setiap kali kolam di selenggara

Menghabiskan masa yang banyak untuk proses pembersihan

Saiz kolam lebih besar lebih merumitkan pemilik

Menyajikan visual kurang menyenangkan buat pemilik

Bertitik tolak daripada permasalahan berikut, ramai yang menolak untuk membina sebuah kolam kerana memikirkan kesan di kemudian hari. Tapi tahukah anda

sebenarnya sistem penapisan yang baik bukan sahaja membuatkan kolam anda tampil indah tetapi menjimatkan wang anda setiap bulan.

BAGAIMANA ECOLOGICAL FILTERATION SYSTEM BERFUNGSI?

Kolam ikan yang mengaplikasikan sistem tapisan ekologi ini secara semula jadi membentuk satu kesinambungan di antara sistem kitaran, sistem tapisan dan teknik ekologikal di mana kejernihan air sentiasa terjamin sekurang-kurangnya satu tahun tanpa penyelenggaraan kolam yang kerap.

Kolam ikan yang mempunyai sistem tapisan ekologi ini menghasilkan sejumlah ‘animacules’ dan lain-lain bio elemen yang boleh memproses sisa buangan ikan, makanan dan juga sedimen lain. Sistem penapisan dan kitaran membolehkan air mengalir untuk mengekalkan suhu air dan membekalkan nutrien pada paras yang sama ke seluruh kolam. Hidupan air dalam kolam yang menggunakan sistem sihat ini akan memperoleh kebaikan. Ia hidup dan membesar dengan selesa dan berkualiti. Uniknya tentang sistem ini ialah, semua jenis ikan tropika sesuai hidup di dalamnya. Manakala kolam dijamin jernih dengan satu pemulihan serta satu tahun tidak perlu membersihkan dan menukar air.

OLEH ART VISION

(10)

PENENANG JIWA

Kolam Indah

Mini air terjun pelengkap suasana taman menjadi tempat

istirahat paling mengujakan

LOKASI : Petaling Jaya, Selangor NAMA PEMILIK : Emilia & Jamal JENIS KEDIAMAN : Semi D

KELUASAN TAMAN: 3000 kaki persegi KONSEP TAMAN : Inggeris Kontemporari

Profil Taman 4

(11)

11

M

enjadikan kolam sebagai penyeri sudut taman, pemilik telah mendapatkan khidmat binaan kolam daripada Art Vision Landscape Sdn Bhd. Bagi pemilik sebuah kediaman akan tampil kaku dan kurang hidup andai tidak dilengkapkan dengan elemen air. Justeru binaan kolam dengan sistem penapisan ekologi ini adalah jawapan tepat kerana pemilik tidak mahu mengambil risiko kolam ditimpa masalah kemudian hari.

Bagi menyerlahkan gaya tidak formal, binaan kolam daripada ferosimen yang dibentuk seakan-akan bongkah batu disusun menjadi mini air terjun buat kediaman pemilik. Saiz kolam berukuran 15 kaki x 15 kaki ini mempunyai air jernih dan tidak berbau membolehkan pemilik selesa apabila menghabiskan masa di taman.

Manakala sebuah pelantar dibina sebagai laluan merentangi kolam bagi memberi peluang kepada mereka untuk berjalan-jalan di kolam sambil melihat dasarnya yang jernih. Sebuah pelaburan yang berbaloi buat pemilik seisi keluarga.

OLEH ART VISION

(12)

LOKASI : Bukit Jelutong Shah Alam NAMA PEMILIK : Nor Aznim JENIS KEDIAMAN : Teres

KELUASAN TAMAN: 10 kaki x 15 kaki KONSEP TAMAN : Tropika

Profil Taman 5

12

BINAAN

KOLAM

SERLAH

Taman Couryard suntik elemen natural ke dalam kediaman

Courtyard

(13)

13

M

emiliki sebuah laman di dalam kediaman adalah konsep yang jarang dimiliki oleh kebanyakan jenis kediaman di negara ini. Justeru apabila pemaju tampil dengan menyediakan ruang yang boleh dibina sebuah courtyard bagaikan satu bonus buat pemilik. Tidak mahu ruang tersebut tampil kaku dan diabaikan, pemilik lantas mendapatkan khidmat Art Vision Landscape Sdn Bhd bagi membina sebuah kolam yang bukan

sahaja menjadi wadah menyuntik damai buat mereka sekeluarga, tetapi turut menyumbang pemandangan menarik di dalam kediaman.

Memandangkan courtyard ini terletak di dalam kediaman, maka kolam yang dibina mestilah mempunyai sistem yang baik, kerana pemilik tidak mahu kolam tersebut menghadapi pelbagai masalah dan mengundang bau kurang enak buat mereka sekeluarga. Justeru perkenalan dengan Art Vision adalah

keputusan tepat apabila sistem ekologi kolam yang dimiliki mereka mampu menyediakan sebuah water feature yang berkualiti buat kediaman ini.

Kombinasi air jernih dan tidak berbau, binaan struktur kolam dan kehadiran tumbuh-tumbuhan memberi suasana kondusif buat ikan hiasan milik mereka dan dalam masa yang sama menyuntik suasana sejuk dan damai buat kediaman. Sebuah hasil berkualiti daripada Art Vision yang memenuhi kehendak pengguna.

OLEH ART VISION

KOMBINASI AIR

JERNIH DAN TIDAK

BERBAU, BINAAN

STRUKTUR KOLAM DAN

KEHADIRAN

TUMBUH-TUMBUHAN MEMBERI

SUASANA KONDUSIF

BUAT KEDIAMAN

(14)

ALGA TIADA

Kolam Terjaga

Sesebuah kolam

yang berjaya adalah

apabila ia mempunyai

sistem penapisan

yang baik yang

mampu menjana

kitaran kolam itu

sendiri

(15)

LOKASI : USJ, Subang Jaya Selangor NAMA PEMILIK : Mr. Cheong JENIS KEDIAMAN : Semi D

KELUASAN TAMAN: 3,825 kaki persegi KONSEP TAMAN : Tropika

Profil Taman 6

15

J

ika kediaman mempunyai ruang di bahagian sisi, adalah lebih baik mengabdikan tanah tersebut sebagai binaan kolam. Kehadiran air ini bukan sahaja melengkapkan sebuah rupa natural taman tetapi dalam masa yang sama menyuntik bunyi damai buat kediaman. Salah satu projek yang dilaksanakan oleh Art Vision Landscape Sdn Bhd yang terletak di USJ ini, menggunakan sistem penapisan ekologi dari syarikat tersebut yang ternyata memberi nilai tambah buat kediaman pemilik.

Paling menarik apabila kolam ini tidak perlukan sistem penyelenggaraan selama satu tahun serta tidak mengeluarkan bau busuk dan air kolamnya juga jernih. Paling menarik apabila lapisan dasar kolam dilapisi dengan ecological

filter sand yang berupaya menjana ekosistem semula jadi dalam mengimbangi

kehadiran ammonia, nitrate dan bahan buangan ikan yang lain. Oleh sebab itu, air kolam ini sentiasa diperbaharui kandungan bendasing di dalamnya dan secara tidak langsung menghalang pertumbuhan alga.

Sesebuah kolam yang berjaya adalah apabila ia mempunyai sistem penapisan yang baik yang mampu menjana kitaran kolam itu sendiri. Pelbagai masalah kegagalan kolam dan pembaziran wang dapat dielakkan andai pemilik prihatin dan mengambil berat akan sistem filtration sebelum membina kolam.

OLEH ART VISION

(16)

POWLING LANDSCAPE

251, LORONG KEMPAS 1,

TAMAN KEMPAS, SUNGAI

PETANI, KEDAH

PEJABAT: 04 4319709

POH ENG HUA: 012 4757203 /

012 4129932

EMAIL: POWLINGLANDSCAPE@

GMAIL.COM

ART VISION

LANDSCAPE SDN BHD

LOT 69, JALAN SG. BULOH,

SELANGOR GREEN LANE, 47000

SG.BULOH, SELANGOR

SAMMY LIEW: 0123131382

EMAIL: ARTVISIONLANDSCAPE@

YAHOO.COM

Hubungi

Referensi

Dokumen terkait

Perlu adanya peningkatan dalam mendukung proses pengawasan, evaluasi dan penilaian sistem pengendalian internal terhadap kinerja dengan cara hasil dari

Pada halaman ini pengguna dapat melihat deposit dalam lima minggu terakhir, penjualan voucher pulsa dalam lima minggu terakhir, Tampilan halaman dashboard deposit dan

program pembelajaran; (d) meng- arahkan kembali sumber daya yang tersedia untuk menclukung tujuan yang dikembangkan dalam proses belajar mengajar di seko- lah, dan (e)

Adapun saran yang diusulkan adalah pemanfaatan informasi berkualitas yang diperoleh para manajer hendaknya terus dilakukan sebagai dasar pengambilan keputusan dengan

2 Apabila IKE listrik gedung lebih dari 120% IKE listrik standar acuan, maka setiap penurunan 10% dalam kurun waktu 6 bulan terakhir mendapatkan 1 poin dengan

Salah satu contohnya ialah pasangan kata membesarkan (‘membuat sesuatu yang sebelumnya tidak besar menjadi besar’) dan memperbesar (‘membuat sesuatu yang sudah besar menjadi

Dapat disimpulkan bahwa Italia tidak mengimpor secara langsung Buah Jambu Biji, Mangga dan Manggis dari negara produsen, dalam hal ini negara-negara tropis seperti

Basil Pertanian, laboratorium Bangszl Percontohzn Pengolahan Basil Fertanian dan laboratorium k a a t lenelitian dan Pengem- bangan Teknologi Pangan, Institut Pertanian