• Tidak ada hasil yang ditemukan

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KETEGUHAN

NEGARA

DAN

CABARAN

DI HADAPAN

KITA

(2)
(3)

PENDAHULUAN

Titah Ucapan yang dilafazkan oleh Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen pada 20 Mac, 1978. telah menyentuh hampir segala aspek hidup sambil menitikberat- kan betapa perlunya memupuk dan memperteguh perpaduan negara.

Perkara-perkara utama dalam Titah Ucapan tersebut ialah langkah-langkah keselamatan yang berkesan, kemajuan perin- dustrian dan pertanian yang kian berkembang dan viable, perlua- san perkhidmatan pelajaran, kesihatan dan lain-lain perkhidmatan sosial, dan tenaga buruh yang terlatih dan berdisiplin.

Baginda juga mengingatkan rakyat akan tanggungjawab mempertahankan Kedaulatan Undang-undang dan meletakkan kepentingan negara di atas segala kepentingan yang lain.

Rakyat Malaysia sentiasa menghormati dan mendukung Kedaulatan Undang-undang. Dan kita telah berjaya membina sebuah negara yang progresif kerana kita mematuhinya dengan sepenuhnya.

Segala harapan kita berkehendakkan masadepan yang lebih baik, rancangan pembangunan kita yang bercita-cita tinggi, dan Dasar Ekonomi Baru tidak akan mendatangkan hasil apa jua, dan masyarakat adil serta makmur tidak akan dapat dibentuk, sekiranya Kedaulatan Undang-undang tidak dihormati dan d;l- patuhi.

(4)

PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di-Pertuan Agong telah bertitah menegaskan bahawa perpaduan rakyat, pengorban- an oleh semua pihak dan kepimpinan yang bijaksana lagi jujur amatlah perlu bagi bangsa dan negara Malaysia yang kuat dan teguh.

Yang penting sekali ialah “perpaduan di kalangan rakyat di semua peringkat dan’dalam semua bidang. Cogan kata negara kita ialah ‘Bersekutu Bertambah Mutu’. Hanya rakyat yang ber- satupadu dan berusaha untuk mencapai matlamat yang sama sa- haja dapat melahirkan bangsa dan negara yang teguh”.

Duli Yang Maha Mulia melafazkan titah ucapan sempena upacara pembukaan rasmi mesyuarat pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat di Kuala Lumpur pada 20 Mac, 1978. Tema titah ucapan kepada kedua-dua Dewan ialah Keteguhan Negara dan Cabaran-cabaran yang kita hadapi.

Dengan semangat perpaduan dan kerjasama yang jujur, dengan menjunjung tinggi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukunegara, Baginda yakin segala cabaran dan masalah yang kita hadapi akan dapat kita atasi dengan jayanya.

KEPIMPINAN

Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bertitah bahawa keteguhan negara bergantung kepada:

0 Kepimpinan yang bijaksana dan jujur yang diperlukan di semua peringkat dan di dalam semua bidang - oleh

(5)

J DYMM Timbalan Yang Di-Pertuan Agong membalas tabik hormat di upacara istiadat pembukaanParlimen. Di belakang ialah Tengku Ampuan

(6)

0

0

0

kerana rakyat sentiasa mengharapkan kepimpinan yang

bijaksana dan jujur di semua peringkat sama ada di bidang politik, awam atau swasta, “kita tidak harus membenarkan sebarang penyelewengan” berlaku di kalangan pemimpin.

Kesanggupan untuk mempertahankan Kedaulatan Undang-undang oleh semua pihak dari semua peringkat - Baginda bersyukur kerana ini difahami oleh semua pihak dan Baginda berharap pegangan kepada prinsip ini tidak akan menjadi lemah walau apapun berlaku. Keteguhan tiap-tiap individu pada segi keugamaan, nilai rohaniah dan akhlak yang baik, kerana dengan ter- bentuknya individu yang teguh dan berdisiplin perbuatan menyalahguna dadah, jenayah serta kegiatan-kegiatan subversif dan pro-komunis tidak akan berlaku.

Ujudnya tenaga buruh yang terlatih, pengurusan yang sempurna dan jujur, dan rakyat yang dilengkapkan den- gan kemahiran saintifik dan teknik di semua peringkat di dalam sektor awam dan swasta.

DASAR NEGARA

Duli Yang Maha Mulia bertitah untuk mencapai perpaduan yang kukuh dan kekal, dasar dan usaha ke arah pengurangan ju- rang perbezaan antara miskin dengan kaya dan pencapaian pcrimbangan yang lebih adil di kalangan rakyat perlulah difaham dan disokong oleh rakyat keseluruhannya. Sebahagian dari mat- lamat ini telahpun tercapai dan Baginda menyeru rakyat supaya tidak salah faham atau sengaja. menyalahtafsirkan dasar-dasar ncgara.

(7)

DYMM Timbalan Yang Di.Pertuan Agong dan Tengku Ampuan Pahang, diiringi oleh oegawal-pegaWai pembawaalat kebesaran, berangkat masuk ke Bangunan Parlimen.

(8)

Perdana Menteri Datuk Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang Di.pwtua Dewan Rakyat Tan Sri Syed Nasir Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri

(9)
(10)

“Janganlah hendaknya ada golongan yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keadilan sosial kerana ini akan membantutkan usaha-usaha ke arah petpaduan dan keteguhan. Beta yakin dengan sikap yang lebih positif, perpaduan negara dapat diperkukuhkan” .

“Beta menyeru rakyat sekalian supaya memahami benar- benar akan dasar dan matlamat negara dan menyambut seruan Kerajaan dengan penuh tanggungjawab”.

Dub Yang Maha Mulia bersyukur ke hadrat Allah Subha- nahu-wataala kerana keadaan keselamatan negara semakin baik dan sentiasa terkawal, hasil daripada gerakan dan daya usaha Pasukan Keselamatan dan kerjasama yang erat serta sokongan rakyat.

Berhubung dengan kawalan keselamatan, Duli Yang Maha Mulia bertitah: “Beta amat berterima kasih kerana kerjasama erat yang telah diberi dan ditunjukkan oleh Indonesia, Singapura dan Thailand”.

Baginda yakin dengan semangat yang tinggi, dedikasi dan taat setia Pasukan Keselamatan, negara akan terus berada dalam suasana aman. “Untuk menjamin keamanan, kita perlu berwas- pada sepanjang masa”.

Timbalan Yang Di-Pertuan Agong juga telah menggariskan dasar Kerajaan mengenai:

0 Pelajaran: Kerajaan akan terus memberikan perhatian berat kepada pelajaran. Di samping peruntukan yang terbesar sekali, berbagai cara akan digunakan untuk memberi peluang yang lebih banyak bagi mendapat

(11)

pelajaran, serta mempelbagaikan jenis-jenis matapela- jaran yang dianggap sesuai dengan aliran pembangunan. a Kesihatan: Kerajaan akan terus memberi keutamaan

untuk meluaskan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian kepada penduduk-penduduk luar bandar, di samping kemudahan-kemudahan bagi kawasan- kawasan bandar.

l Perumahan: Usaha-usaha untuk mengatasi masalah perumahan dan memenuhi keperluan golongan berpen- dapatan rendah akan dipergiatkan lagi pada tahun ini. @ Perdagangan dan Periudustrian: Kerajaan akan terus menggalakkan penanaman modal dari dalam dan luar negeri.

TENAGA BURUH TERLATIH

Dalam usaha memajukan perdagangan dan perusahaan dalam negeri, Kerajaan sedang bergiat untuk mengujudkan tenaga buruh yang terlatih dan berdisiplin. Hubungan antara majikan dengan pekerja akan diperbaiki lagi melalui dasar-dasar hubungan perusahaan yang lebih sesuai untuk kepentingan negara.

Janqanlah hendaknya mana-mana pihak mengurangkan peluang-peluang pekerjaan dengan mengambil tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab.

PERUSAHAAN UTAMA

Usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk meninggikan ke- 11

(12)

upayaan dan daya pengeluaran menerusi penyelidikan dan pembangunan. Dengan ini kemungkinan merosotnya harga dan persaingan oleh sumber-sumber tiruan dipercayai akan dapat di- atasi.

Penubuhan satu pasaran barangan kelapa sawit dan bijih timah dan penubuhan sebuah pusat penyelidikan kelapa sawit sedang diuruskan di negara ini. Kerajaan, bersama-sama dengan negara-negara anggota ASEAN dan negara-negara maju yang lain, sedang berusaha membentuk Perjanjian Antarabangsa mengenai Penstabilan Harga Getah Asli yang akan memberi sumbangan bagi mencapai imbangan perdagangan antara negara maju dengan negara membangun.

PERUSAHAAN AWAM

Kerajaan akan mcnumpukan perhatian dan usaha untuk meningkatkan taraf pengurusan bagi menentukan kejayaan- nya.

PERTANIAN

Kerajaan akan terus mempelbagai dan memodenkan usaha- usaha pertanian yang saintifik dengan lebih teratur lagi untuk meninggikan taraf hidup serta kemewahan segolongan besar rakyat yang menjadi unsur keteguhan negara.

KEMUDAHAN AWAM

Kerajaan akan memperhebat lagi program bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan-kawasan luar bandar.

Untuk memesatkan pembinaan jalan raya dan kemudahan- kemudahan awam yang lain, satu strategi baharu akan dilak-

(13)

DYMM Timbalan Yang Di-Pertuan Agong melafazkan Utah ucapan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

(14)

sanakan supaya pihak swasta dapat memainkan peranan yang lebih luas dan berkesan.

Kerajaan akan menentukan peranan yang lebih besar untuk belia di bidang ekonomi. Duli Yang Maha Mulia menyeru para belia supaya menyediakan diri dan menanamkan semangat kerjasama dalam usaha-usaha ekonomi agar golongan belia dapat mengambil tempat yang sewajarnya dalam pembangunan ekonomi negara.

HUBUNGAN ANTARABANGSA

Kerajaan akan terus mendukung dan mengamalkan dasar aman, bebas dan berkecuali. Di samping itu Kerajaan akan mem- pergiatkan lagi usaha-usaha mengujudkan persefahaman dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan juga mengutamakan penjalinan perhubungan dengan negara-negara sahabat serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Duli Yang Maha Mulia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, atas perkhidmatannya. Pemimpinan dan perkhidmatan Datuk Hussein serta sokongan semua Ahli Jumaah Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat telah membolehkan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

Suntingan: Adznan Yaacob (Bahagian Penerbitan)

Referensi

Dokumen terkait

Untuk melakukan analisis dimensi gording menggunakan metode distribusi momen, perhitungan yang dilakukan adalah sebagai berikut:  perhitungan momen primer. (18) dimana

Puji dan syukur penulis ucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas segala berkat, kasih dan rahmat-Nya, terutama dalam perkuliahan, sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi

Temuan dalam penelitian ini juga sejalan dengan beberapa penelitian lainnya dari Tan (2011) yang menyimpulkan adanya pengaruh utama yang kuat dari variabel bebas dan

Mengenai faktor siswa dapat dilihat pada saat pelaksanaan layanan bimbingan belajar yaitu siswa tidak mesti datang keruang BK dengan sendiri untuk minta diberikan layanan

tidak termasuk pada jalan nasional dan jalan provinsi yang menghubungkan ibukota kabupaten dengan ibukota kecamatan, antar ibukota kecamatan, ibukota kabupaten dengan pusat

Setelah menjelaskan nama-nama tulang penyusun sistem rangka, bagilah siswa menjadi beberapa kelompok (jumlah kelompok menyesuaikan dengan jumlah siswa). Kemudian

Simpangan baku(S) adalah nilai yang menunjukan tingkat variasi kelompok data atau ukuran standar penyimpangan dari nilai rata-ratanya... X = nilai rata-rata data n = jumlah data

Menimbang, bahwa setelah mempelajari dengan seksama berkas perkara yang terdiri dari Berita Acara Persidangan, berikut turunan resmi Putusan Pengadilan Negeri Balige Nomor