• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJDID PRINSIP DAN PENDEKATANNYA DALAM P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJDID PRINSIP DAN PENDEKATANNYA DALAM P"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENGENALAN

• Perkataan tajdid merupakan perkataan Arab (ديدجت) yang berasal dari perkataan arab (jaddada) yang bererti membuat sesuatu menjadi baru.

• Menurut KH. Ahmad Sidiq dalam buku Aliran Moden Dalam Islam, tajdid lebih

banyak mengandungi erti

memulihkan bukan menggantikan

sesuatu yang lain dengan yang baharu.

• Satu istilah lain yang biasa digunakan bagi maksud yang sama ialah islah

(3)

• Apabila dirujuk kepada sejarah gerakan tajdid, dapat disimpulkan bahawa tajdid itu mengandungi tiga unsur, iaitu;

Liberation: Dalam proses berfikir, lebih bersifat pembebasan daripada taksub mazhab, bid ah dan khurafat.

Reformation: Kembali kepada al-Quran dan al-Hadis.

Modernization: Menyesuaikan dengan suasana baharu yang ditimbulkan oleh kemajuan ilmu pengetahuan moden dan teknologi canggih.

 Pengajian Syariah: Tajdid (tajdid fiqhi) boleh diertikan sebagai

(4)

Cont..

• Rasulullah SAW sendiri pernah menegaskan bahawa proses tajdid ini akan berlaku seratus tahun sekali dengan kelahiran mujaddid berkenaan.

م لك سْأر ىلع ةَمأا هذهل ثعْبي ََا َنإ

هَيد ئهل د دجي ْنم ةََ ةَئ

ئ

Sesungguhnya Allah SWT membangkitkan bagi umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang mentajdidkan bagi (umat)nya, agamanya.

• Bagi al-Maududi, mujaddid yang paling awal sekali dalam sejarah Islam ialah;

– Khalifah Umar Ibn Abb al-`Aziz (61-101H).

– Beliau diikuti oleh imam-imam mazhab yang empat, iaitu Abu Hanifah (80-150H), Malik (95-175H) al-Syafi`i (150-204H) dan Ahmad Ibn Hanbal (164-241H).

(5)

LATAR BELAKANG TAJDID

• Meskipun gejala taqlid telah lahir agak lama, iaitu di pertengahan abad keempat Hijrah, dan kemudiannya benar-benar mencengkam di abad ke tujuh, namun dalam jangka masa itu masih lahir juga para ulama yang menyedari keburukan bertaqlid dan menganggapnya sebagai sesuatu yang berbahaya terhadap umat Islam seluruhnya.

• Berasaskan kepada kesedaran ini

mereka menganjurkan

perke balia kepada ijtihad dan kembali kepada Quran dan

(6)

Gerakan Muwahhidin

• Mengikut Hasan Subhi Ahmad: Percubaan pertama untuk kembali kepada ijtihad lahir di Morocco di pertengahan abad ke enam Hijrah melalui sebuah gerakan yang dikenali sebagai Gerakan al-Muwahhidin .

• Pada waktu itu daerah tersebut mengamalkan fiqh mazhab Maliki.

• Pendukung gerakan ini mendapati bahawa para fuqaha telah menumpukan penuh perhatian kepada kitab-kitab furu’ (fiqh al-Furu’), iaitu kitab-kitab yang menghuraikan tentang fatwa-fatwa para ulama terdahulu dan tidak lagi merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mencari ketentuan hukum di dalamnya.

(7)

Cont..

Antara tindakan penggerak Gerakan Muwahhidin:

 Mengumpul kitab-kitab seperti itu dari mana sahaja, baik daripada para fuqaha sendiri mahupun daripada orang awam. Mereka kemudian membakar kitab-kitab itu setelah membuang ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW daripadanya.

 Mereka memerintahkan supaya dikumpulkan semula hadis-hadis Rasulullah SAW daripada sumber-sumber yang diyakini untuk dijadikan asas pegangan bersama al-Quran dalam memberi fatwa.

(8)

• Gerakan ini tidak mencapai kejayaan yang diharapkan, malah ia sendiri telah terkubur dengan berakhirnya pemerintahan yang mendukung perjuangannya.

• Antara sebab kegagalan gerakan ini; a) Menggunakan kekerasan.

• Tekanan atau paksaan walaupun boleh segera menghasilkan tujuan, tetapi tidak akan bertahan lama. Bila sahaja ada peluang orang akan mengingkarinya, malah mengetepikan langsung sebagai sesuatu yang tidak patut dihormati.

b) Mereka menolak penggunaan fikiran dalam melakukan ijtihad.

 Dengan lain perkataan, mereka hanya menerima Quran dan al-Sunnah sebagai sumber hukum dan berpendirian keras terhadap penggunaan fikiran.

(9)

• Antara mereka yang telah berusaha menghidupkan semula ijtihad ialah Ibn Taimiyah (661-728H.). Bagaimanapun, usaha beliau ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada para ulama lain pada waktu itu. Ini kerana usaha-usaha itu dilakukan dalam keadaan di mana taqlid telah benar-benar mempengaruhi jalan hidup masyarakat dan telah diterima baik oleh hampir semua orang.

• Malah beliau telah menerima tindak balas yang keras daripada mereka sehingga kepada peringkat dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan.

Akhirnya beliau telah menjadi mangsa kepada percaturan tersebut dan meninggal dunia dalam penjara.

• Kegigihan Ibn Taimiyah ini telah menarik perhatian pelajar beliau Ibn Qaiyim al-Jauziyah (M. 751H.). Beliau lalu mengikuti jejak gurunya itu dan menerima nasib yang sama dengannya.

(10)

Cont

..

• Walaupun perjuangan kedua-dua tokoh reformasi atau tajdid ini tidak berjaya, tetapi mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam sejarah taqlid dan ijtihad.

• Kedua-dua mereka telah berjaya menunjukkan kepada para ulama bahawa ijtihad itu bukan merupakan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Apa yang berlaku sebelum ini hanyalah kerana disebabkan oleh kerendahan moral dan

keterbatasan nilai intelektual sahaja.

• Mereka berdua telah berjaya menghasilkan banyak tulisan. Dalam tulisan-tulisan tersebut mereka memasukkan fatwa-fatwa mereka yang bersifat semasa bagi menyelesaikan masalah-masalah yang baru timbul atau berbangkit.

•Dalam memberi fatwa-fatwa, mereka ini pandai mengimbangkan antara nas-nas Syariah secara khusus dan sebagai atau rahsia yang terdapat di sebaliknya.

(11)

Muhammad Abd al-Wahab (M. 1206H.)Pandangan-pandangan yang

diberikan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qaiyim ini kemudiannya telah menarik pandangan Muhammad Abd al-Wahab (M. 1206H.) seorang ulama dari Daerah Najd di Hijaz. Beliau kemudian menyebarkan pandangan tersebut dengan seluas-luasnya dari Hijaz dengan mengajak para ulama meninggalkan taqlid dan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Perjuangan beliau ini kemudiannya telah mendapat sambutan yang meluas di Hijaz dan di setengah-setengah negara Islam yang lain dengan nama Dakwah Wahabi (al-Da’wa al-Wahabiyah). Dengan sambutan itu nama beliau juga turut menjulang.

(12)

Jamaluddin al-Afghani (M. 1897)

• Seorang lain tokoh tajdid kemudiannya lahir. Beliau ialah Jamaluddin al-Afghani (M. 1897) yang berasal daripada Iran.

• Bagi memenuhi agenda tajdidnya, beliau telah merantau ke seluruh dunia Islam menyeru umatnya supaya membebaskan diri daripada belenggu kebekuan dan jumud yang disebabkan oleh amalan bertaqlid.

• Beliau menyeru seluruh umat Islam menilai semula kehidupan mereka dan mencari sebab-sebab sebenar mereka menjadi mundur, sedangkan agama yang mereka anuti, iaitu Islam adalah agama yang sukakan kemajuan.

(13)

• Antara aspek yang mendapat perhatian Muhammad Abduh dalam melaksanakan program tajdidnya ialah kelemahan sistem pengajian pada waktu itu.

• Bagi beliau, kelemahan sistem pengajian itulah yang menjadi penghalang kepada kemajuan ummah serta membantut pelaksanaan Syariat Islam.

• Malah beliau mempertikaikan kaedah mengajar dan buku-buku teks yang digunakan dengan menganggapnya sebagai gagal melahirkan hasil yang baik.

• Selain itu beliau juga, melalui dialog-dialog yang diadakan, telah mengkritik para sarjana barat kerana silap faham mereka yang begitu jelas sekali terhadap Islam .

Cont..

•Gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh al-Afghani dan `Abduh ini dan para pejuang lain lagi kemudiannya telah menjadikan kesedaran ke arah berijtihad dan membuang amalan bertaqlid itu sebagai suatu kesedaran umum.

(14)

• Kesedaran ke arah "tajdid" atau "islah" ini kemudiannya semakin berkembang dari masa ke semasa sehingga telah menjadi satu kecendcerungan umum. Di bawah semangat kesedaran baru ini ramai tokoh-tokoh telah lahir sama ada memperkatakan tentang keperluan berijtihad atau melakukan sendiri ijtihad berkenaan.

• Antara tokoh-tokoh para fuqaha yang memainkan peranan dalam memajukan kembali pengajian Syariah selepas al-Syeikh Muhammad Abduh ialah;

 al-Syekh Ahmad Ibrahim (M. 1945)

 al-Syekh Muhammad Mustafa al-Maraghi (M.1945)

 al-Syaikh Mahmood Syaltut dan al-Syaikh Ali al-Khafif (M. 1978).

 al-Syaikh Muhammad al-Khudhari

 al-Syekh Abd Wahab Khallaf,

 al-Syekh Muhammad Abu Zahrah

 Paling terkini ialah al-Syekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

• Nama-nama di atas hanya disebut secara rambang sahaja. Ia tertakluk kepada perubahan mengikut hasil kajian bibliografi para fuqaha semasa, sama ada yang sedia atau akan ditulis.

(15)

Antara perubahan yang berlaku dalam pengajian Syariah sejajar

dengan semangat "tajdid" seperti mana yang dihuraikan

sebelum ini ialah;

Perubahan Kaedah Mengajar

Hilangnya Perasaan

Ta sub

Mazhab

Penulisan-penulisan Dalam Bentuk Baru

Penulisan Undang-Undang

(16)

KEPERLUAN KEPADA IJTIHAD SEMASA

• Selain isu penting yang ditimbulkan oleh para fuqaha yang mempunyai kesedaran tentang pembaharuan atau tajdid ini ialah keperluan kepada ijtihad semasa.

• Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya

al-Ijtihad al-Muasir Baina

al-lndbibat Wa al-Inftrat menegaskan

(17)

• Menurut beliau lagi kita memang sangat berbangga dengan keilmuan para ulama terdahulu, tetapi permasalahan semasa memerlukan penilaian sama ada yang tidak terdapat dalam hasil-hasil penulisan terdahulu.

• Para fuqaha terdahulu juga menurut beliau

tidak menolak kemungkinan perubahan

hukum kerana perubahan keadaan. Kalau penegasan seperti itu boleh dibuat oleh mereka itu, sedangkan pada zaman mereka perubahan tidaklah sepesat pada zaman ini, tentu sekali mereka berpendapat bahawa

keperluan kepada perubahan hukum pada zaman ini kerana percubaan keadaan

(18)

SELECTED SUKUK STRUCTURES

• Bagi memenuhi keperluan ini al-Qardhawi mencadangkan dua bidang utama yang sangat perlu diberi perhatian.

• Bidang-bidang tersebut ialah;

– Pertamanya bidang ekonomi dan kewangan

– Keduanya ialah bidang sains dan perubatan.

• Bagaimanapun, kata beliau lagi, keperluan kepada ijtihad baru ini

bukan sahaja dalam

(19)

• Bagi sesetengah orang, masalah ijtihad semasa ini kelihatan begitu sukar sekali untuk dilakukan, terutama kerana ada berbagai-bagai syarat yang perlu dipenuhi sebelum melakukannya, seperti mana yang dihuraikan oleh para ulama usul-fiqh. Sikap negatif ini dikritik oleh banyak para ulama reformis (tajdid) dan menganggapnya sebagai tidak sepatutnya demikian.

• Al-Allamah al-Syed Rasyid Ridha dalam tafsirnya menegaskan bahawa ijtihad yang dimaksudkan itu tidak lebih susah daripada memperoleh ijazah pertama di bidang-bidang ilmu

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut penulis membuat kerangka penelitian disertai beberapa hipotesa mengenai wallpaper “Ragnarok” Online Games versi Indonesia yaitu

6 Dari teori ini, peneliti kemudian mencoba mendeskripsikan akulturasi budaya Islam dengan lokal yang ada pada pelaksanaan tradisi Menepas di dalam perkawinan

Penulis menyadari bahwa dalam proses penulisan skripsi ini banyak mengalami kendala, namun berkat bantuan, bimbingan, kerjasama dari berbagai pihak dan berkah dari

Skripsi berjudul “Desain Primer Spesifik untuk Mengamplifikasi Sekuensi Gen cfl (coronafacate ligase) Pada Patogen Hawar Bakteri yang Menginfeksi Kedelai” telah diuji

Ketika dilakukan terhadap semikonduktor, doping dapat diartikan sebagai penambahan pengotor intensional pada material semikonduktor dengan tujuan untuk memodifikasi

 Membiasakan peserta didik untuk melakukan pemanasan untuk perenggangan otot tubuh sebelum melakukan praktik.  Siswa memperhatikan karya seni tari tunggal daerah

Penelitian ini bertujuan untuk menggambarkan apakah ada perbedaan antara laki-laki dan perempuan dalam menentukan untuk melanjutkan berpacaran ke jenjang pernikahan,

Adanya pengaruh positif tersebut dapat dikatakan bahwa apabila semakin lama dwelling time maka pendapatan pelabuhan akan meningkat, khususnya pada sisi biaya