• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Penga

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Penga"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN INOVASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN: CABARAN

GURU DALAM E- PEMBELAJARAN

Noraini Mohamed Noh1, Hani Merylina Ahmad Mustafa2, Mahizer Hamzah1, Mohd

Arif Ismail2 & Norazilawati Abdullah1

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia1, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fakulti Pendidikan2, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Abstrak

Kesediaan penerimaan adalah penting dan perlu ada pada guru di awal proses pengenalan sesuatu inovasi di sekolah di mana kesediaan ini boleh menjadi kayu pengukur sama ada inovasi teknologi tersebut akan diguna atau hanya diterima. Keputusan guru untuk mengguna inovasi teknologi yang dilaksanakan di sekolah ke dalam amalan instruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan program. Kertas kerja ini membincangkan tentang hubungan ramalan faktor demografi, kesediaan penerimaan dan atribut inovasi dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik ke atas 300 orang guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak di Malaysia. Data dianalisis secara deskriptif dan analisis inferensi. Hasil analisis regresi linear berganda membuktikan bahawa aspek pengetahuan guna ICT, latihan produk, persepsi berguna, persepsi mudah guna, efikasi kendiri komputer dan keinovatifan khusus teknologi maklumat adalah antara faktor yang menyumbang kepada penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran guru. Justeru dengan andaian tahap kesediaan ini dapat dioptimumkan, maka guru boleh bersikap lebih positif terhadap penerimaan dan penggunaan inovasi teknologi ke dalam instruksi dengan lebih kreatif.

Pengenalan

Kemajuan penggunaan media elektronik dalam pengajaran da pembelajaran (PdP) boleh menjadikan persekitaran pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan perubahan era teknologi maklumat (Syed Ismail & Ahmad Subkhi 2010). Pengajaran guru menjadi lebih menarik dan berkesan (Safuan & Fong 2003; Jamaludin & Hashimah 2009), pelajar lebih mudah memahami konsep yang diajar ( Rozhan 2009), meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran (Lever Duffy et al. 2003) dan meningkatkan pencapaian pelajar (Soon 2003). Sedar akan keupayaan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah yang mana setiap satunya mempunyai kelainan ciri dan kekuatan khusunya dalam memenuhi keperluan pdp seterusnya meningkatkan kualiti PdP di sekolah. Antaranya Pusat Akses Sekolah,

(2)

dipertimbangkan sama ada teknologi tersebut dapat diterima awal atau gru itu lebih memilih untuk mengambil keputusan akan menggunakannya sehingga menerima arahan pihak pentadbir untuk berbuat demikian. Maka sesuatu inovasi teknologi yang dilaksanakan itu hanya dianggap berjaya apabila guru telah menerima dan mengaplikasikannya dalam PdP.

Latar belakang

Bagi menggalakkan penggunaan setiap satu teknologi baru yang dilaksanakan di sekolah, KPM telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel, latihan, serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan

suatu inovasi teknologi itu di sekolah. Sungguhpun penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran sudah lama diperkenalkan, namun setiap kali suatu bahan atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan, ia menjadi satu kerisauan dan tidak selesa kepada sesetengah guru. Sikap guru yang sebegini akan memberi kesan kepada kejayaan tahap pengintegrasiannya dalam PdP. Misalnya, kajian terdahulu mendapati tahap pengintegrasian ICT dalam PdP masih berada pada tahap rendah, banyak inovasi teknologi yang diperkenalkan tidak digunakan secara kereatif dan efektif (Nor Izzah 2010, Hani Meryliena 2012), sebaliknya guru lebih selesa dengan amalan pengajaran secara tradisional (Noraini 2012). Hal ini jelas apabila didapati sebanyak 81% guru mengaku tidak memanfaatkan kelebihan ICT dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran bahkan dalam kalangan guru-guru yang telah mendapat Kursus Sekolah

Bestari juga kurang daripada 50% yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (Imran, 2000). Persoalan yang timbul mengapa guru kurang ghairah untuk menerima dan mengguna teknologi ICT dalam pengajaran mereka di sekolah?

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jones (2004) mendapati bahawa terdapat tujuh halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian, kurang capaian terhadap sumber, kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian, kurang latihan yang efektif, menghadapi masalah teknikal semasa perisian digunakan, kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran dan usia guru. Selain itu kajian Program Latihan Guru dan Impaknya terhadap Pembelajaran Pelajar oleh Mohammad Sani (2001) mendapati beberapa kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah aspek pengupayaan, beban tugas, peruntukan kewangan, faktor masa, tuntutan sukatan pelajaran, sokongan pihak pengurusan sekolah, kerjasama rakan sejawat, desakan peperiksaan, kemudahan dan peralatan sekolah, aspek pelbagai arahan daripada pihak sekolah, dan aspek sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah. Selain itu kesukaran guru untuk mengubah gaya PdP (Becker & Watt 1996; Arbaat 2008), tidak berani mengambil risiko, takut untuk mencuba inovasi (Kupersmith 1992; Pitkin 1997; Van Fleet & Walker 2003) juga akan menjadi halangan diri untuk menerima teknologi baru secara terbuka (Hunt et al. 2004; Weston 2005).

Dalam konteks kajian ini pengkaji memilih EduwebTV sebagai satu Inovasi teknologi.

Educational Web Television atau EduwebTV, adalah salah satu Inovasi teknologi yang

(3)

bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk bahan set induksi, bahan pengukuhan, atau bahan pengayaan pembelajaran. Sudah pastinya ciri EduwebTV ini dapat memenuhi keperluan guru masa kini khususnya untuk melaksanakan PdP dalam persekitaran e-pembelajaran. Selain daripada suatu bentuk transformasi penyebaran maklumat yang sangat menarik, bahan yang disediakan tersebut boleh diperoleh secara flaksibel pada bila bila masa serta perkuliahan boleh dilaksanakan secara online. Persoalannya , adakah penerimaanya dalam kalangan guru sama seperti gelombang penerimaan telefon pintar? Kajian awal ke atas penerimaan inovasi EduwebTV, oleh Siti Salbiah et al. (2010), Johari dan Nor Hafiza Azne (2010), Akma Nurashikin et al. (2011) dan Shamsuddin (2011) mendapati, tahap kesediaan guru menggunakan EduwebTV adalah rendah, walaupun didapati guru mempunyai sikap yang positif terhadap penerimaan EduwebTV.

Persoalanya apakah faktor yang mendorong guru yang membuat keputuasan memilih untuk menggunakan EduwebTV dalam pengajaran mereka. Menurut Rogers (1995) ciri keperibadian adalah antara nilai yang boleh memberikan kesan kepada seorang individu itu terhadap sesuatu keputusan yang dipilih samaada untuk mengguna atau menolak teknologi. Schillewaert et al. (2000) juga bersetuju dengan hal ini, menurut beliau, ciri keperibadian pengguna yang berpengaruh besar terhadap kesediaan penerimaan dan

penggunaan komputer adalah keinovatifan (innovativeness) dan efikasi kendiri komputer

(computer self-efficacy). Justeru selain daripada kepentingan pengetahuan dan

kemahiran ICT guru, adakah aspek keyakinan terhadap kemampuan diri untuk mengguna inovasi EduwebTV dan juga kepercayaan terhadap atribut inovasi EduwebTV merupakan faktor penting yang boleh menyumbang kepada keputusan guru untuk menggunakan EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?

Tujuan kajian

Kajian ini cuba mengenalpasti apakah aspek yang menyumbang kepada keputusan guru menggunakan inovasi teknologi iaitu EduwebTV dalam pengajaran. Justeru dalam kajian ini, pengkaji akan melihat dari aspek demografi guru seperti pengalaman menggunakan Internet, pengetahuan mengintegrasi ICT, pengalaman mengajar dan kekerapan latihan produk dapat menyumbang kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran guru. Selain itu, aspek kesediaan dalaman guru seperti keinovatifan individu, keinovatifan khusus teknologi maklumat, dan efikasi kendiri komputer juga ingin dikaji, samada menyumbang atau tidak kepada keputusan guru menggunakan EduwebTV dalam pengajaran. Kajian ini juga ingin melihat daripada aspek atribut inovasi. Iaitu sejauh mana persepsi berguna dan persepsi mudah guna boleh mempengaruhi penggunaan inovasi tersebut dalam pengajaran guru.

Definisi operasional

Demografi dalam kajian ini merujuk kepada aspek pengalaman menggunakan

Internet, pengetahuan guna ICT, pengalaman mengajar, umur dan kekerapan latihan penggunaan teknologi.

Keinovatifan individu merujuk kepada seawal mana kesediaan guru untuk

menerima apa sahaja inovasi secara umum dalam kehidupan mereka, secara sukarela dan ada keghairahan untuk mencubanya lebih awal daripada pengguna lain.

Keinovatifan khusus teknologi maklumat adalah merujuk kepada kesediaan

(4)

secara sukarela dan ada keghairahan untuk mencubanya lebih awal daripada pengguna lain.

Pengetahuan guna ICT adalah merujuk kepada pengetahuan guru untuk

mengaplikasi ICT dan mengintergrasikan ICT dalam PdP

Efikasi kendiri komputer adalah merujuk kepada keyakinan guru terhadap

kemampuan dirinya untuk menggunakan EduwebTV sebagai bahan bantu dalam PdP.

Persepsi berguna adalah merujuk kepada kepercayaan guru terhadap

EduwebTV itu berguna dalam membantu memudahkan tugas pengajaran guru.

Persepsi mudah guna adalah merujuk kepada kepercayaan guru bahawa

EduwebTV itu mudah diguna dan bebas daripada masalah besar jika menggunakanya

Persoalan kajian

1. Sejauhmanakah sumbangan kesediaan penerimaan guru dari aspek keinovatifan individu, keinovatifan khusus teknologi maklumat dan efikasi kendiri komputer terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran?

2. Sejauhmanakah sumbangan demografi aspek demografi pengalaman

menggunakan Internet, pengetahuan guna ICT, pengalaman mengajar, umur dan kekerapan latihan produk terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran?

3. Sejauhmanakah sumbangan atribut inovasi iaitu persepsi berguna dan persepsi mudah guna terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran?

Metadologi Kajian

Kajian ini, merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan dipilih kerana kaedah ini sesuai untuk mengumpul maklumat secara langsung daripada responden iaitu guru berkaitan dengan perasaan motivasi, sikap dan kepercayaan mereka terhadap penerimaan teknologi baru. Melalui borang soal selidik, responden dikehendaki menilai perasaan, kekuatan serta kekurangan diri mereka secara

introspektif melalui laporan kendiri (self-report). Rekabentuk ini dapat membantu

pengkaji mendapatkan data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung yang melibatkan ramai ahli iaitu guru di Malaysia dapat dikumpulkan. Sebanyak 300 orang guru yang mengajar pelbagai matapelajaran telah secara rawak daripada sekolah menengah di Malayisa.

Dalam kajian ini instrumen penggunaan di adaptasi daripada instrumen yang digunakan oleh Hu et al. (2003). Manakala instrumen kesediaan penerimaan yang terdiri daripada Skala Keinovatifan Khusus Teknologi Maklumat, skala keinovatifan individu dan instrumen efikasi kendiri komputer di adaptasi daripada beberapa instrumen yang digunakan oleh Venkatesh et al. (2003) dan Gong et al.(2004). Bagi mengukur pengetahuan guna ICT, Instrumen Pengetahuan Guna ICT (IPGICT) digunakan di mana

Instrumen ini diadaptasi daripada instrumen Teaching with Technologi Instrument (TTI)

(5)

rendah, 2 = rendah, 3 = Sederhana, 4 = Tinggi, 5 = Sangat Tinggi. Jadual 1, menunjukkan intergertasi skor min yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 1: Interpretasi skor min

Skor min Interpretasi skor min

< 2.33 Rendah

2.33-3.66 Sederhana

>3.66 Tinggi

Bagi mengukur aspek penggunaan EduwebTV skala pemeringkatan kekerapan digunakan. Skor kekerapan ini diintepretasi berdasarkan jadual 2.

Jadual 2 : Interpretasi skor dan kekerapan penggunaan sebenar EduwebTV

Skor kekerapan Intepertasi

Tidak Pernah Tidak pernah menggunakan EduwebTV

Jarang-jarang Kurang dari 2 kali sebulan menggunakan EduwebTV

Kadangkala 3 hingga 4 kali sebulan menggunakan EduwebTV

Kerap 2 kali seminggu menggunakan EduwebTV

Amat Kerap Hampir setiap kali pengajaran menggunakan EduwebTV

Dapatan dan Analisis

a. Tahap penggunaan inovasi teknologi - EduwebTV.

Jadual 3 menunjukkan frekuensi, peratusan dan tahap penggunaan inovasi teknologi EduwebTV dalam kalangan guru.

Jadual 3: Frekuensi dan peratusan skor min penggunaan EduwebTV

Nilai min Peratus Tahap Intepertasi

< 2.34 55.8% Rendah Jarang-jarang menggunakan EduwebTV untuk

PdP ( < dari 2 kali sebulan)

2.34-3.66 36.9% Sederhana Kadangkala menggunakan EduwebTV untuk

PdP (antara 3 hingga 4 kali sebulan)

>3.66 7.3% Tinggi Kerap mengguna EduwebTV untuk PdP (>4

kali sebulan)

Hanya sebanyak 7.3% guru kerap atau 2 kali seminggu menggunakan EduwebTV dalam PdP. Manakala seramai 36.9% guru menggunakan EduwebTV 3 hingga 4 kali sebulan dalam PdP. Lebih memeranjatkan dapatan menunjukkan majoriti 55.8% guru jarang menggunakan EduwebTV atau kurang 2 kali dalam sebulan untuk menggunakan EduwebTV untuk PdP. Oleh yang demikian purata kekerapan guru menggunakan inovasi EduwebTV dalam PdP mereka adalah 2 kali atau kurang dalam sebulan. Jadual 4 di bawah menunjukkan skor min bagi setiap item dalam skala penggunaan

Jadual 4: Skor min dan sisihan piawai aspek penggunaan

(6)

 sebagai bahan pengajaran untuk

peringkat pengembangan pengajaran. 2.34 0.88 Rendah

 mempelbagaikan kaedah penggunaan

EduwebTV dalam PdP. 2.32 0.88 Rendah

 memilih bahan-bahan yang sesuai dalam

EduwebTVuntuk dimuat turun lebih awal sebelum PdP dijalankan.

2.30 0.89 Rendah

 sebagai bahan pengayaan dalam

pengajaran 2.30 0.89 Rendah

 sebagai bahan pengukuhan 2.29 0.90 Rendah

 sebagai bahan set induksi untuk menarik

perhatian pelajar di awal pengajaran. 2.29 0.93 Rendah

 sebagai bahan penilaian 2.18 0.90 Rendah

 sebagai bahan tugasan pembelajaran

pelajar di rumah. 2.13 0.93 Rendah

 Melibatkan pelajar untuk ”hands-on

EduwebTV semasa aktiviti PdP dalam bilik darjah.

2.12 0.93 Rendah

 Menggunakan secara dalam talian (online)

dalam PdP. 2.11 0.90 Rendah

Keseluruhan 2.22 0.79 Rendah

Hasil analisis menunjukkan bahawa penggunaan bahan daripada EduwebTV untuk tujuan set induksi, bahan pengayaan, bahan pengukuhan dan bahan penilaian adalah

pada tahap yang rendah. Selain itu penggunaan EduwebTV secara dalam talian (online)

untuk PdP juga pada tahap rendah. Secara perbandingan didapati guru lebih kerap menggunakan EduwebTV sebagai bahan pengembangan dalam PdP berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan penilaian untuk tugasan pelajar. Secara keseluruhan tahap penerimaan inovasi dari aspek penggunaan adalah rendah (min=2.22, sp=.79). Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Siti Salbiah et al. (2010) yang mendapati tahap pengintegrasian bahan video daripada EduwebTV dalam pengajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap yang rendah walaupun mereka mempunyai sikap yang positif terhadap EduwebTV. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kesesuaian kandungan bahan dengan matapelajaran yang di ajar. Ini bererti kesesuaian kandungan bahan video yang ada dalam EduwebTV juga boleh memberi pengaruh kepada penerimaan inovasi tersebut. Dapatan ini selari dengan kajian Naresh et al. (2008) dan Hu et al. (2003) yang mendapati faktor kesesuaian sistem dengan keperluan tugas, perlu diutamakan bagi memberi kesan kepada penggunaan sebenar komputer dalam kalangan guru.

b. Sumbangan aspek demografi terhadap penggunaan EduwebTV dalam pengajaran

(7)

Jadual 3: Analisis regresi linear berganda (stepwise) bagi meramal sumbangan

Jadual 3 menunjukkan jumlah sumbangan kedua-dua aspek tersebut iaitu pengetahuan guna ICT dan kekerapan latihan produk, didapati menyumbang sebanyak 7.9% (R²=0.79) kepada variasi dalam penggunaan sebenar teknologi. Pengetahuan guna ICT memberi sumbangan paling besar sebanyak 7.9 % dan diikuti oleh pendedahan penggunaan teknologi yang menyumbang sebanyak 4.0% dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran. Ini adalah disebabkan guru yang kerap menerima latihan produk mempunyai kefahaman yang lebih jelas berkaitan fungsi kebergunaan EduwebTV. Ini memberi ruang kepada individu itu untuk lebih kreatif dalam mengintegrasikan EduwebTV dalam pengajaran mereka. Maka analisis kajian ini dapat dirumuskan bahawa guru yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan telah mendapat pendedahan teknologi baru akan lebih bersedia menggunkan teknologi dalam pengajaran mereka di sekolah. Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Torkzadeh dan Dyke (2002), Beas dan Salanova’s (2006) dan Paraskeva et al.(2008), mereka mendapati, latihan penggunaan teknologi secara khusus dapat meningkatkan tahap efikasi kendiri komputer

c. Sumbangan aspek kesediaan penerimaan guru

Kesediaan individu untuk menerima inovasi teknologi boleh menyumbang kepada penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Berdasarkan jadual 4 di bawah hasil analisis kajian menunjukkan keinovatifan khusus teknologi maklumat dan efikasi kendiri komputer menyumbang sebanyak 12.7% (R²=0.127) kepada variasi dalam penggunaan sebenar EduwebTV.

Jadual 4: Analisis regresi linear berganda (stepwise) bagi meramal sumbangan

kesediaan penerimaan ke atas penggunaan teknologi

(8)

berguna dalam aspek penerimaan sesuatu produk khusus kerana kecenderungan pengguna serta pengalaman secara spesifik dalam produk tersebut.

Aspek efikasi kendiri komputer juga didapati menyumbang kepada penggunaan sebenar EduwebTV. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa aspek efikasi kendiri komputer adalah penting kepada guru kerana ia boleh meramal kepada penggunaan sebenar EduwebTV. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Ramayah dan Aafaqi (2004), beliau mendapati bahawa efikasi kendiri komputer mempunyai kesan langsung yang signifikan dalam penggunaan sebenar e-perpustakaan. Begitu juga dengan kajian Milbrath dan Kinze (2000) dan Wu et al. (2008), Noraini et al (2010) dan Mohd Arif et al (2011) mendapati, guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri komputer yang tinggi lebih suka mengintergrasikan ICT dalam PdP berbanding guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri komputer yang rendah.

d. Sumbangan aspek atribut inovasi teknologi

Ciri-ciri teknologi yang diperkenalkan juga memberi kesan kepada penggunaan sebenar teknologi dalam pengajaran. Tahap kesukaran atau tahap kebergunaan boleh mempengaruhi keputusan yang akan dipilih guru, samaada ghairah untuk menggunakannya atau mengambil lebih masa lagi untuk membuat keputusan menerima. Jadual 5 menunjukkan persepsi berguna dan keinginan mengguna didapati menyumbang sebanyak 14.5% (R²=0.145) kepada variasi dalam penggunaan sebenar teknologi.

Jadual 5: Analisis regresi linear berganda (stepwise) bagi meramal sumbangan

kesediaan penerimaan ke atas penggunaan teknologi

Peramal B Ralat

piawai

Beta

(β) t Sig. Sum.%

Persepsi berguna 0.363 0.069 0.258 5.298 .00 .145 14.5

Persepsi berguna 0.285 0.067 0.208 4.263 .00 .172 2.7

(9)

Perbincangan dan Rumusan

Secara keseluruhan kajian ini mendapati tahap penggunaan inovasi teknologi ( EduwebTV) dalam pengajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap yang rendah dengan kekerapan kurang daripada 2 kali sebulan. Hal ini disebabkan

1. Guru kurang mahir mengintegrasikan bahan daripada potal EduwebTV dalam pengajaran walaupun kebanyakan guru ini pernah menyertai kursus ICT dalam pendidikan di sekolah.

2. Guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan sedia ada dalam EduwebTV.

3. Guru kurang yakin terhadap aspek kebergunaan EduwebTV bagi membantu tugas pengajaran guru. tahap keyakinan ini boleh memberi kesan kepada amalan menggunakan inovasi EduwebTV dalam PdP.

4. Guru kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi baru ini. Mereka akan lebih yakin apabila diberi pendedahan pproduk berulang kali atau secara intensif. Hal ini menjadi halangan kepada guru untuk mengaplikasikan penggunaan EduwebTV ini dalam PdP.

5. Kandungan bahan yang disediakan dalam EduwebTV kurang memberi kepuasan kepada guru sebagai pengguna. Lalu mereka beranggapan bahawa bahan vedio yang ada dalam EduwebTV ini kurang sesuai untuk mengisi keperluan dalam pengajaran guru.

Sungguhpun terdapat pelbagai faktor yang menjadi halangan kepada 55.8% guru yang mana mereka hanya menggunakan EduwebTV kurang dari 2 kali sebulan untuk dalam pengajaran, tetapi EduwebTV dilihat sangat berguna kepada 7.3% guru. Mereka ini menggunakan EduwebTV dalam pengajaran melebihi 4 kali sebulan. Berdasarkan elemen yang dikaji, aspek keinovatifan khusus teknologi maklumat, efikasi kendiri komputer, pengetahuan guna ICT, kekerapan latihan produk, persepsi berguna dan persepsi mudah guna adalah antara faktor yang menjadi penyumbang kepada penggunaan EduwebTV dalam pengajaran guru. Penggunaan inovasi teknologi yang spesifik seperti inovasi EduwebTV ini memerlukan satu kecenderungan minat untuk mengetahui, mempelajari serta berani mencuba inovasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu terhadap keupayaan sistem tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa

I. Guru yang mempunyai tahap keinovatifan khusus teknologi maklumat yang tinggi

akan lebih terbuka berani membuat keputusan mengguna inovasi baru lebih awal daripada pengguna lain tanpa mengambil kira risiko yang mungkin dihadapi. Selain itu guru ini juga ada keghairahan untuk menggunakan EduwebTV dalam pengajaran secara sukarela.

II. Tahap efikasi kendiri komputer yang tinggi dapat meyakinkan guru untuk

menggunakan inovasi teknologi dan sebaliknya guru yang mempunyai efikasi

kendiri komputer yang rendah, akan membina rintangan dalam dirinya untuk mempelajari inovasi EduwebTV. Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri komputer yang tinggi, maka keyakinan yang terbina dalam diri guru tersebut dapat meningkatkan persepsi guru, bahawa EduwebTV itu mudah diguna dan

berguna untuk mempercepatkan tugas penyediaan bahan PdP,

mempermudahkan tugas pengajaran serta mempunyai bahan-bahan sumber yang ada boleh disesuaikan dengan PdP

III. Guru yang kerap mendapat pendedahan menggunakan EduwebTV akan

(10)

EduwebTV. Pengetahuan yang lebih spesifik ini telah meningkatkan tahap keyakinan kepada guru itu menjadi lebih kreatif dalam mengintegrasikan EduwebTV dalam pengajaran mereka.

IV. Persepsi berguna dan persepsi mudah guna adalah faktor yang menumbang

kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kedua-dua faktor ini boleh dianggap sebagai satu tindakan yang beralasan untuk guru membuat keputusan menggunakan inovasi EduwebTV, sama ada lebih awal atau lewat

V. Guru yang mempunyai tahap pengetahuan guna ICT tinggi, akan menjadikan

pengetahuan ini sebagai asas pengetahuan teknologi, yang mana dapat mendorong guru kepada tiga langkah. Pertama, membentuk pengetahuan kesedaran, yang mana pengetahuan ini akan memotivasi guru untuk belajar dengan lebih banyak tentang EduwebTV. Kedua, guru ini juga mempunyai pengetahuan tentang bagaimana cara menggunakan inovasi EduwebTV dengan keuntungan yang maksima dalam PdP. Ketiga, guru ini ada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan fungsi yang menjadi asas bagaimana dan mengapa inovasi EduwebTV itu diperkenalkan.

Justeru daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa gabungan penilaian diri iaitu keinovatifan khusus teknologi maklumat, efikasi kendiri komputer, pengetahuan guna komputer dan kekerapan latihan produk dengan penilaian produk iaitu persepsi berguna dan persepsi mudah guna ini akan meyakinkan guru itu membuat keputusan, untuk menerima atau menolak. Jika hasil daripada gabungan kedua-dua penilaian yang telah dibuat (diri & produk) adalah negatif maka tidak berlaku perubahan tingkah laku guru. Sebaliknya jika hasil daripada gabungan kedua-dua penilaian yang dibuat (diri & produk) adalah positif maka ia akan mempengaruhi sikap dan niat untuk mengguna inovasi EduwebTV. Namun begitu tempoh pengekalan guru menggunakan EduwebTV juga bergantung kepada jumlah sumbangan faktor luaran seperti sokongan pentadbir, kesesuaian bahan dengan keperluan guru dan kesediaan teknologi.

RUJUKAN

Akmal Nurashikin, Siti Hadijah Alwi & Shamsudin Hassan. 2011. Kajian kepakaran pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dalam melaksanakan EduwebTV bagi

pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Bahagian Pembestarian Sekolah 1: 1-17.

Arbaat Hassan. 2008. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembestarian sekolah. Dlm. Mohd Arif Ismail & Rosnaini Mahmud (pnyt.).

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam

Pembestarian Sekolah, hlm. 39-65. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Becker, W.E. & Watts. M. 1996. Chalk and talk: a national survey om teaching

undergraduate economics. American conomic Review 86(2): 448-453.

Gong, M., Xu, Y & Yu, Y.H. 2004. An Enhanced technology acceptance model for

web-based learning. Journal of Information Systems Education 15(4): 365-347.

Hu, P. J., Clark, T. H. K. & Ma, W. W. 2003. Examining technology acceptance by school

teachers: a longitudinal study. Information & Management 41(2): 227-241.

Hunt, L., Eagle, L. & Kitchen, P.J. 2004. Balancing marketing education and information

technology: matching needs or needing a better match. Journal of Marketing

(11)

Jamalludin Harun, & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jamaludin Haji Badusah & Hashimah Haji Hashim. 2009. Teknologi maklumat dalam

pendidikan. Dlm. Mohd Arif, Isjoni, Rosnaini & Isham Shah (pnyt.). Integrasi

Teknologi Mobile dalam Pembelajaran, hlm. 71-80. Pekan Baru: Cendikia Insani.

Johari Hassan & Nor Hafiza Azne Abd Aziz. 2010. Tahap penggunaan TV Pendidikan dan tahap kesediaan penggunaan eduebtv dalam kalangan guru sekolah rendah. http://eprints.utm.my/10585/1/Tahap_Penggunaan_TV_Pendidikan_Dan_Tahap_ Kesediaan_Penggunaan_EDUWEBTV_Dalam_Kalangan_Guru_Sekolah_Renda h_Di_Johor_Bahru.pdf. [3 Februari 2011].

Jones, K. O. & Kelley, K. A. 2003. Teaching marketing via the Internet: Lessons learned

and challenges to be met. Marketing Education Review 13(1): 81-89.

Kupersmith, J. 1992. Techno stress and the reference librarian. Reference Services

Review 20: 7-14.

Lai, H. M & Chen, C.P. 2011. Factor influencing secondary school teachers’ adoption

blog. Computer and Education 56: 948-960.

Lever-Duffy, J., McDonald, J. B. & Mizell, A. P. 2003. Teaching and Learning with

Technology. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Milbrath, Y. L., & Kinzie, M.B. 2000. Computer technology training for prospective

teachers: computer attitudes and perceived self-efficacy. Journal of Technology

and Teacher Education 8(4): 373-396.

Mohd Arif Ismail, Rosnaini Mahmud, Noraini Mohamed Noh, Jamil Ahmad & Mohd Jasmy Abdul Rahman. 2011. Computer self efficacy: Teacher readiness in

accepting Malaysian EduwebTV. World Applied Sciences Journal (Learning

Innovation and Intervention for Diverse Learners) 14: 60-66

Naresh Kumar, Raduan Che Rose & Jeffrey Lawrence D’Silva. 2008. Teachers’

readiness to use technology in the classroom: an empirical study. European

Journal of Scientific Research 21(4): 603-616.

Noraini Mohamed Noh, Mohd. Arif Ismail & Jamil Ahmad. 2010. Efikasi kendiri komputer

dan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru Perpustakaan Media

di sekolah-sekolah Malaysia. Prosiding , the 15th International Conference on

Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Brunei, 24 -27 May. 2010.

Noraini Mohamed Noh, Hani Meryleina Ahmad Mustafa & Che Nidzam Che Ahmad.

2013. Predictive Relationship Between Technology Acceptance Readiness And The Intention To Use Malaysian EduwebTV Among Library and Media Teachers.

Procedia Social and Behavioral Science. 1877-0428

Paraskeva, F. Bouta, H. & Papagianni, A. 2008. Individual characteristics and computer self-efficacy in secondary education teachers to integrate technology in

educational practice. Computers & Education 50: 1084–1091.

Ramayah, T. & Aafaqi, B. 2004. Role of self-efficacy in e-library usage among students

of a public university in Malaysia. Malaysian Journal of Library & Information

Science 91: 39-57.

Rozhan M. Idrus. 2009. Learner continuum technology enhanced learning model via

technology. Proceedings of the 5th WSEAS/IASME International Conference on

Educational Technologies (EDUTE' 09), hlm. 198-201

Saade, R. & Bahli, B. 2005. The impact of cognitive absorption on perceived usefulness and perceived ease of use in on-line: an extension of the technology acceptance

(12)

Safuan Haji Rabaai & Fong Soon Fook. 2003. Kesan persembahan visual dalam

pembelajaran prosa tradisional. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2):

17-24.

Schillewaert, N., Ahearne, M. J., Frambach, R. T. & Moenaert, R. K. 2000. The

acceptance of information technology in the sales force. Journal of Marketing

34(4): 323–336.

Siti Salbiah Ahmad, Rosnaini Mahmud, Fadzilah Abdul Rahman & Nurzatulshima. 2010. Kesediaan guru terhadap pengintegrasian EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Mohd. Arif Ismail, Rohzan M. Idrus, Rosnaini Mahmud,

Mohd. Shahandri Gani Hamzah (pynt.). Pendidikan Elektronik: Ke arah

Persekitaran Pembelajaran Imersif, hlm. 61-69. Petaling Jaya. Pearson Malaysia.

Soon Fook Fong. 2003. Effect graphic presentation on student of different cognitive style

in the learning of Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2): 51-58.

Torkzadeh, G. & Dyke, V. T. 2002. Effects of training on Internet self-efficacy and

computer user attitudes. Computers in Human Behavior 18(5): 479–494.

Venkatesh, V., Morris, M., Davis, G. & Davis, F. 2003. User acceptance of information

technology: Toward a unified view. Management Information Systems Quarterly

27(3) 425-478.

Weston, T. J. 2005. Why faculty did-or did not - integrate instructional software in their

undergraduate classrooms. Innovative Higher Education 30(2): 99-115.

Wu, W., Chang, H.P. & Guo, C.J. 2008. An empirical assessment of science teachers'

intentions toward technology integration. The Journal of Computers in

Mathematics and Science Teaching 27(4): 499-520.

Referensi

Dokumen terkait

kinerja sistem antrean yang terjadi pada loket pembayaran Satuan Kredit Semester SKS di Kampus III Universitas Sanata Dharma Yogyakarta berdasarkan analisis data yang

a) Disiplin, perilaku yang senantiasa berpijak pada peraturan dan norma yang berlaku di organisasi. Disiplin meliputi ketaatan terhadap peraturan perundang-undangan,

Jadi bakat harus ada terlebih dahulu sebelum potensi (Rosenbloom, 2012). Hal lain yang terkait dengan bakat dan potensi yaitu passion, gabungan dari bakat, pengetahuan,

Dari data di atas, terdapat hal yang menarik yaitu pada saat belanja pegawai langsung, belanja pegawai tidak langsung, belanja barang dan jasa serta belanja lainnya terjadi

Artinya untuk pemodelan sampel daun jati belanda berbeda umur, kombinasi tujuh lampu masih lebih baik jika dibandingkan dengan kombinasi tiga lampu jika dilihat dari

Berdasarkan uji kekerasan, uji susut bobot, uji warna dan organoleptik, rebung betung segar yang dikemas dengan kemasan LDPE dengan ketebalan 5 ).lm mampu

Jenis mata pencaharian yang diusahakan oleh penduduk Kecamatan Bayongbong bervariasi, dari data yang tercatat terdapat 12 jenis mata pencaharian yang dimiliki oleh

Palabras clave: estética de la naturaleza, paisaje, Land Art, Allen Carlson, Richard