Pembangunan Bandar Kecil di Sabah: Isu dan Cabaran
Small Town Development in Sabah: Issues and Challenges
Syivero Patrick & Ubong Imang
Fakuliti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu, Sabah e-mel: [email protected]
Abstrak
Perkembangan bandar-bandar kecil di Malaysia terutamanya di Sabah telah mula berlaku walaupun tidak serancak di Semenanjung Malaysia. Sabah merupakan negeri kedua terbesar yang mempunyai banyak bandar kecil. Malahan kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Oleh itu terdapat pelbagai masalah dan cabaran yang dialami dalam pembangunannya. Namun begitu kepentingan bandar kecil ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ini kerana, kepentingannya dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang adalah amat penting. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun peranan dan fungsinya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil telah mula berkembang, di mana tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dengan perkembangan peranan dan fungsi dan perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Metodologi kajian ini menggunkan rujukan buku dan jurnal bagi data sekunder dan temu bual dan pemerhatian di lapangan bagi data primer. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk memahami pembangunan bandar kecil di Sabah dengan melihat isu dan cabarannya.
Kata kunci
Pembangunan, Bandar Kecil, Isu dan Cabaran
Abstract
The development of small towns in Malaysia especially in Sabah have come into force even if not much compared to the peninsula of Malaysia. Sabah is the second largest country which also has many small town. In fact, most small town in Sabah is located in rural areas. Therefore there are many problems and challenges encountered in development. However the importance of this small town can not be simply set aside. it is because the interest in ensuring balanced regional development is very important. The small town is now not only offers the basic functions, but its role and functions have started to change and grow. This is because the development of the industrial and services sectors in the region have started to develop small cities, where they do not depend entirely on agriculture. This condition could lead to various issues and problems concerning the development of the role and function and changes in land use small town in Sabah. Methodology This study uses reference books and journals for the secondary data and interviews and observations in the field of primary data. Therefore, this paper attempts to understand the development of small towns in Sabah to look at the issues and challenges.
Keywords
PENGENALAN
Perkembangan bandar-bandar kecil di Malaysia telah banyak berlaku akibat daripada rebakan proses pembandaran yang berlaku di kawasan bandar-bandar besar. Akibat daripada pengaruh proses globalisasi dan tepu bina yang berlaku di kawasan bandar besar maka perebakkan pembangunan di kawasan sekitarnya membolehkan perkembangan kepada bandar-bandar kecil tersebut (Yazid Saleh, 2012). Oleh hal yang demikian, keadaan ini telah membawa kepada perkembangan peranan dan fungsi bandar-bandar kecil. Oleh itu, perkembangan peranan dan fungsi bandar kecil ini boleh menyokong fungsi bandar besar akibat daripada pertambahan penduduk bandar, di mana peranan dan fungsi tersebut merujuk kepada kawasan petempatan, perindustrian, pemasaran, perkhidmatan, dan sebagainya. Ini kerana, peranan dan fungsi bandar dilihat amat berkaitan dengan kegiatan ekonomi bandar (Katiman, 1988).
Oleh itu, kepentingan bandar kecil dalam pembangunan wilayah yang seimbang tidak boleh dikepikan, terutamanya diantara kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini kerana bandar kecil dilihat sebagai penghubung yang paling hampir kepada masyarakat di kawasan luar Bandar dalam menyebarkan dan menyalurkan pelbagai perkhidmatan dan inovasi yang lebih baik (Pedersen P.O, 1990). Manakala menurut Baker J. (1990) dalam kajiannya yang bertajuk pertumbuhan dan fungsi pusat bandar kecil Ethiopia Afrika, yang menyatakan bahawa peranan dan fungsi yang dimainkan oleh bandar kecil adalah merupakan sebagai pusat interaksi ekonomi dan sosial antara penduduk luar bandar dan bandar. Namun begitu sejauh manakah kebenaran ini berlaku terutamanya di Malaysia dan khususnya di negari Sabah. Adakah bandar-bandar kecil ini memainkan peranan dan fungsinya dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang, terutamanya bandar kecil yang terletak di kawasan luar bandar.
Oleh itu dalam melihat pekara ini, pemahaman terhadap pembangunan di negeri Sabah perlu difahami secara mendalam terutamanya pembangunan bandar-bandar kecilnya. Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar-bandar kecilnya yang terletak di kawasan luar bandar. Oleh itu, bagaimanakah perkembangan pembangunan bandar kecil di Sabah. Kajian ini bertujuan untuk melihat dan memahami pembangunan bandar kecil di Sabah. Namun permasalahan yang ingin dirungkaikan dalam kajian ini adalah ingin mengenalpasti apakah isu dan cabaran dalam pembangunan bandar kecil di Sabah. Hal ini kerana dalam kepesatan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar kecil akan mengwujudkan beberapa isu dan cabaran yang menyebabkan masalah dalam pembangunan bandar kecil khususnya di negeri Sabah.
SOROTAN KAJIAN
a) Definisi Bandar Kecil
Seperti yang kita sedia maklum pendefinisian bandar kecil dalam konteks Malaysia adalah berdasarkan saiz penduduk dalam membuat perbandingan kelas Bandar tersebut seperti mana yang di cadangankan oleh Pertubuhanan Bangsa-Bangsa Bersatu (Aziz, 1990: 151-152). Berdasarkan Jabatan Perangkaan 2000 kawasan yang dinyatakan sebagai bandar kecil adalah kawasan yang diwartakan serta kawasan tepubina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk seramai 10,000 atau lebih. Kawasan tepubina yang dimaksudkan adalah kawasan yang terletak bersebelahan kawasan yang diwartakan dan mempunyai:
i. Sekurang-kurangnya 60% penduduk bekerja (berumur 10 tahun dan lebih) yang terlibat dalam aktiviti bukan pertanian;
Menakala menurut Dasar Perancangan Negara (DPN) kawasan yang dinyatakan sebagai bandar kecil adalah kawasan yang diwartakan dan tepubina yang bersempadan dengannya serta gabungannya yang terletak di dalam had sempandan Bandar dan mengandungi perkara seperti berikut:
i. Mempunyai bilangan penduduk minima 10,000 orang;
ii. Sekurang-kurangan 60% penduduk bekerja (berumur 15 tahun dan ke atas) yang terlibat dalam aktiviti bukan pertanian;
iii. Densiti kasar minima penduduk adalah 50-60 orang per hektar; iv. Kemudahan-kemudahan perbandaran disediakan;
v. Pusat pentadbiran daerah (sekiranya kurang 10,000 orang penduduk).
Namun begitu dalam konteks kajian yang dijalankan di Sabah definisi bandar kecil menurut Abdul Samad hadi (1990) perlu diubasuaikan untuk membolehkan kita mengambil kira keadaan di Sabah. Oleh itu, pendefinisian bandar kecil dalam konteks negeri Sabah adalah merupakan kawasan pusat pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah-daearah di kawasan luar bandar yang mempunyai bilangan penduduk diantara 1000 sehingga 9999 orang. Bandar kecil ini berperanan untuk menyediakan pelbagai kemudahan asas samaada awam dan swasta kepada masyarakat di luar bandar.
b) Perkembangan bandar di Sabah
Sehubungan dengan itu, perkembangan bandar kecil di Malaysia dan khususnya di negeri Sabah kini kian terasa akibat daripada pelbagai dasar yang telah di jalankan oleh kerajaan dalam memastikan pembangunan negeri Sabah. Tambahan lagi dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan jurang pembangunan di kawasan bandar dan juga luar bandar telah membawa kepada penyebaran pembangunan di kawasan bandar-bandar kecil. Berbanding sebelum ini semasa era 60-an sehingga 80-an pembangunan bandar-bandar kecil di Sabah amat perlahan (Abdul Samad Hadi, 1990). Hal ini kerana, bandar kecil ini adalah merupakan penghubungan dan perantaraan yang paling hampir diantara bandar dengan kawasan luar bandar. Seperti mana negeri Sabah yang merupakan negeri kedua yang terbesar di Malaysia serta mempunyai bilangan bandar-bandar kecil tidak kurang banyaknya seperti di negeri-negeri lain di Malaysia, dimana bandar-bandar kecil ini merupakan pusat pentadbiran daerah-daerah di kawasan luar bandar negeri Sabah.
Oleh itu, melalui dasar perancangan dan pembangunan negeri Sabah ini telah membawa kepada perkembangan bandar-bandar kecil tersebut. Antara dasar perancangan dan pembangunan yang telah dilancarkan adalah seperti Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang membawa kepada pembangunan negeri Sabah dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan persekitaran. Oleh itu, daripada pelancaran Koridor Pembangunan Sabah ini dapat mengurangkan jurang antara wilayah khususnya di antara kawasan bandar dan luar bandar (SDC, 2006).
Namun begitu proses pembandaran di negeri Sabah ini bukan sahaja melibatkan perubahan guna tanah di kawasan pusat bandar namun membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di kawasan bandar-bandar kecil di negeri Sabah. Seperti mana yang dinyatakan oleh Pacione 2005 menyatakan pembandaran merujuk kepada penumpuan aktiviti-aktiviti dan manusia dalam satu ruang yang melibatkan perubahan guna tanah bukan bandar kepada guna tanah bandar yang berlaku di kawasan sekitarnya dan kawasan luar bandar tersebut. Oleh itu pada masa ini, isu perebakan proses pembandaran yang berlaku di negeri Sabah bukan hanya tertumpu pada masalah dalaman kawasan bandar tetapi turut memberi penekanan terhadap kawasan luar bandar seperti bandar-bandar kecil di Sabah.
kemasyarakatan. Ini dapat dilihat dari segi aspek fizikal misalnya, proses pembandaran telah menyebabkan berlakunya konflik guna tanah, ancaman aktiviti pertanian dan spekulasi pasaran tanah (Johnson, 1974); pembangunan luar jangkaan di kawasan pinggir bandar (Bast, 1998); percanggahan paparan antara kampung-kampung dan pembangunan yang dirancang (Burgess, 1998) dan sebagainya. Jelaslah hal ini merupakan satu cabaran kepada pihak berwajib kerana pembandaran bukan sahaja melibatkan perubahan dari segi fizikal malahan juga dari segi sosioekonomi atau lebih jelas lagi berdasarkan ciri-ciri unik sesuatu kawasan seperti mana yang berlaku di kawasan bandar-bandar kecil di Sabah khususnya.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di bandar-bandar kecil negeri Sabah. Iaitu negeri yang berada di bahagian timur Malaysia. Seperti dalam Rajah 1 yang menunjukkan kedudukan bandar-bandar kecil di negeri Sabah adalah yang bertanda merah pada peta di bawah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti isu dan cabaran dalam pembangunan bandar kecil di negeri Sabah. Hal ini kerana, perkembangan bandar-bandar kecil di negeri Sabah telah mula terasa. Namun begitu, akibat daripada perkembangan yang pesat ini telah menyebabkan wujudnya pelbagai isu dan cabaran dalam pembangunan bandar kecil tersebut di negeri Sabah. Oleh itu, penelitian perlu dilakukan dalam mengenalpasti isu dan cabaran agar dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pembangunan bandar kecil di Sabah berjalan dengan lancar.
Rajah 1 Kedudukan Bandar-Bandar Kecil di Negeri Sabah adalah Yang Bertanda Merah Pada Peta Sabah.
Bagi memenuhi tujuan laporan artikel ini, pelbagai data digunakan. Sumber data utama kajian ini ialah melalui rujukan pelbagai data sekunder yang terdiri daripada sumber bahan bertulis serta bercetak. Selain itu juga, data yang penting adalah daripada laporan Kemeterian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah, pelbagai laporan, keratan akhbar, artikel dan jurnal yang berkaitan dengan dasar pembangunan negeri Sabah yang telah dilaksanakan, seperti laporan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan pelbagai lagi.
Wilayah Sabah yang dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Temu bual bersama beberapa pengawai-pengawai Perancangan Bandar Pihak Berkuasa Tempatan di bandar-bandar kecil beberapa daerah juga telah dilakukan dalam mengetahui isu dan cabaran dalam pembangunan bandar kecil. Selain itu temu bual bersama masyarakat dan perniaga tempatan juga di jalankan bagi mendapat pandangan dan pendapat berkenaan isu dan cabaran yang wujud dalam pembangunan bandar kecil di Sabah. Manakala pemerhatian telah dijalankan di kawasan bandar-bandar kecil yang giat membangun seperti bandar-bandar kecil Kota Marudu juga telah dijalankan bagi melihat sendiri akan isu dan cabaran yang wujud dalam pembangunan bandar kecil tersebut, oleh itu kesemua data ini dianalisis menggunakan teknik yang telah dipilih iaitu teknik kuantitatif dan juga kualitatif.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Pembangunan dan perkembangan bandar kecil telah memberikan pelbagai impak kepada pembangunan di kawasan luar bandar, yang mana telah membawa kepada pengurangan jurang kemajuan diantara kawasan bandar dengan luar bandar. Namun begitu, kepesatan pembangunan di kawasan bandar kecil ini telah memberi pelbagai kesan terhadap bandar kecil tersebut sama ada kesan positif mahupun negetif. Oleh itu persoalan dalam kajian ini memberikan fokus kepada isu dan cabaran dihadapi oleh pihak kerajaan tempatan khususnya dalam melaksanankan proses pembangunan bandar kecil di Sabah. Kajian ini mengenalpasti isu yang wujud dalam pembangunan bandar kecil yang dilihat dari pelbagai aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Selain itu juga, hasil kajian ini menjelaskan cabaran dalam pembangunan bandar kecil bagi menangani isu yang wujud tersebut.
Oleh itu antara soalan-soalan temu bual yang telah dijalankan dengan Pengawai Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah dan pengawai Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut. Apakah permasalah atau isu yang wujud dalam pelaksanaan pelan pembangunan di kawasan bandar-bandar kecil di Sabah khususnya di kawasan luar bandar-bandar, apakah cabaran yang utama dalam memajukan kawasan bandar-bandar kecil di Sabah, apakah dan bagaimanakah langkah atau penyelesaian dalam menangani isu yang wujud dalam pembangunan bandar kecil di Sabah. Manakala temubual yang dijalankan dengan penduduk dan perniaga setempat untuk meminta pendapat dan pandangan mereka terhadap proses pembangunan bandar kecil di Sabah. Oleh itu hasil daripada temu bual dan permerhatian di lapangan mendapati bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran dalam pembangunan bandar kecil di Sabah iaitu seperti berikut:
a) Isu Pembangunan Bandar Kecil di Sabah.
Sabah masih lagi kurang memberansangkan berbanding dengan bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia.
i.) Aspek Fizikal
Dalam aspek fizikal isu yang wujud dalam pembangunan bandar kecil di Sabah adalah berkenaan dengan masalah perancangan bandar yang kurang terancang, dimana isu ini merupakan isu yang selalu akan wujud dalam perancangan bandar. Begitu juga dengan perancangan bandar-bandar kecil. Seperti mana yang berlaku pada negara-negara maju dan membangun, dimana sering menghadapi masalah perancangan bandar kecil yang kurang terancang. Keadaan ini juga berlaku di negara Malaysia khususnya di negeri Sabah yang merupakan fokus kepada kajian ini. Hasil daripada temu bual dengan Pegawai Jabatan Perancangan bandar dan Wilayah Negeri Sabah Encik Bernadette C Edmund pada 20. Ogos. 2015 menyatakan bahawa isu perancangan bandar kecil yang kurang terancang ini sering berlaku di kawasan-kawasan bandar kecil di Sabah yang menyebabkan permasalahan dalam pembangunan terhadap bandar-bandar kecil tersebut.
Isu perancangan bandar kecil yang kurang terancang adalah berkaitan dengan guna tanah bandar kecil tersebut. Guna tanah bandar kecil berkenaan dengan susun atur bangunan kedai di kawasan bandar tersebut serta berkenaan dengan sistem perparitan dan juga utiliti yang lain. Hasil daripada temu bual yang dijalankan bersama pengawai Jabatan Perncangan Bandar dan Wilayah Sabah dan pemerhatian yang telah dilakukan di beberapa kawasan bandar kecil yang terpilih di negeri Sabah itu seperti bandar kecil Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Ranau, dan Kudat mendapati terdapat masalah isu perancangan yang kurang terancang. Keadaan ini berlaku akibat daripada perancangan bandar pada masa dahulu yang kurang mementingkan perancangan terhadap perkembangan bandar kecil pada masa hadapan. Keadaan ini menyebabkan perancangan pada masa kini menjadi sukar dan kurang terancang dalam memajukan dan membangunkan kawasan bandar kecil.
Sebagai contoh adalah bandar kecil Kota Belud dan Tuaran. Hasil daripada permerhatian dan temu bual mendapati bahawa kedua-dua kawasan bandar kecil telah mengalami kesesakan hakibat daripada tepu bina bangunan kedai sehinggakan bandar kecil tersebut sukar untuk berkembangan akibat daripada keluasan kawasan bandar kecil tersebut yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan kesukaran dalam perancangan pembandaran kawasan bandar tersebut. Sehinggakan bangunan pejabat-pejabat kerajaan telah di bina di kawasan luar bandar kecil seperti mana yang berlaku di bandar kecil Kota Belud. Pejabat-pejabat kerajaan persekutuan di bina di kawasan luar bandar kecil iaitu di kampong Tampasuk. Keadaan ini menyukarkan kepada masyarakat yang tidak mempunyai kendaraan dalam menjalankan urusan mereka. Selain daripada itu, isu terpinggiran perkembangan bandar kecil juga berlaku di Sabah akibat daripada pembinaan jalan perhubungan yang baru. Seperti mana yang berlaku di bandar kecil Kota Belud dan Tuaran, dimana akibat daripada pembinaan jalan raya baru yang tidak lagi perlu melalui kawasan bandar kecil tersebut menyebabkan kawasan tersebut kurang menjadi tumpuan masyarakat. Hal ini berlaku akibat daripada perancangan bandar yang kurang terancang pada masa dahulu yang kurang memikirkan perkembangan bandar kecil pada masa kini, sehinggakan bandar kecil tersebut mengalami kesesakan yang menyebabkan kerajaan membuat laluan jalan raya baru yang mana tidak lagi melalui kawasan bandar kecil tersebut bagi mengurangkan masalah kesesakan bandar kecil Kota Belud dan Tuaran.
Ranau yang teletak di kawasan tanah tinggi telah menyukarkan lagi perkembangannya. Hal ini kerana pihak berkuasa tempatan perlu mengenalpasti kawasan-kawasan yang selamat saja boleh di majukan untuk pembangunan bandar kecil bagi mengelak masalah bencana iaitu tanah runtuh. Oleh hal yang demikian, pengawalan dalam perkembangan bandar kecil Ranau ini akibat masalah faktor bentuk muka buminya menyebabkan bandar kecil Ranau sukar untuk dikembangkan seperti bandar kecil Kota Marudu. Selain itu juga bentuk muka bumi dan lokasi peletakan sesebuah bandar kecil di kawasan berdekatan dengan sungai mengalami masalah banjir. Sebagai contoh bandar kecil Beaufort yang sering dilanda banjir setiap tahun apabila musim tengkujuh (Berita Harian, 22.Jan.2015). Terutamanya di bahagian kawasan Pekan Lama Beaufort yang sering dilanda banjir yang teruk kerana kawasan tersebut rendah dan hampir dengan tebing Sungai Padas (Berita Sinar Online, 14.Feb.2014).
Sehubungan dengan itu juga, reka bentuk kawasan bandar kecil yang kurang terancang telah membawa kepada kesesakan di kawasan bandar kecil tersebut. Keadaan ini sering berlaku apabila tiba musi perayaan dan cuti sekolah, dimana kawasan bandar kecil akan menjdi tumpuan masyarakat untuk menjalankan urusan harian mereka sepert membeli bela. Sebagai contoh yang berlaku di bandar kecil Kota Marudu sering mengalami kesesakan lalu lintas dan kawasan tempat letak kenderaan pada waktu hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan. Hasil temu bual dengan Penolong Pegawai Persekitaran Majlis Daerah Kota Marudu Puan Sudara Pada 13. Ogos. 2015 menyatakan bahawa keadaan ini berlaku akibat daripada perancangan pembangunan yang sebelum ini kurang menitik beratkan aspek sistem pengangkutan dan perhubungan dan tempat meletak kenderaan serta kedudukan bangunan kedai di kawasan bandar kecil tersebut. Seterusnya hasil daripada temu bual pengunnjung di bandar kecil Kota Marudu Encik Antonius Jimmy Pada 15. Ogos. 2015 menyatakan bahawa keadaan sistem pengangkutan iaitu jalan raya di kawasan bandar kecil Kota Marudu yang sempit dan hanya dua hala menyebabkan kesesakan lalu lintas. Tambahan lagi dengan pertambahan kenderaan yang banyak menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar kecil Kota Marudu semakin teruk. Seterusnya susun atur bangunan kedai yang sangat hampir dengan jalan raya telah memyebabkan masalah untuk memperlebarkan jalan raya di kawasan bandar kecil Kota Marudu. Selain itu masalah sistem pemperitan yang kurang terancang dan tidak diselengaran dengan baik di kawasan bandar kecil telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di bandar kecil. Seperti yang pernah berlaku di bandar kecil Keningau pada 9.Jun.2015 tahun ini yang telah menjejaskan aktiviti penduduk dan kerosakan harta benda di kawasan sekitar yang terjejas (New Sabah Times, 11.Jun.2015). Oleh itu menurut Dasar Pembangunan Negara menyatakan bahawa proses pembandaran yang pesat di kawasan bandar akan membawa kepada pelbagai masalah jika tidak dirancangan dengan sebaiknya (DPN, 2006).
ii.) Aspek Ekonomi
Seterusnya isu pembangunan bandar kecil di Sabah dalam aspek ekonomi adalah berkenaan dengan isu pembangunan ekonomi bandar kecil. Penyediaan peluang pekerjaan menjadi satu masalah di kawasan bandar kecil khususnya bandar kecil yang terletak di kawasan luar bandar. Sebahagian bandar kecil di Sabah mengalami pembangunan yang tidak begitu memberansangkan disebabkan sumber ekonomi bandar kecil di Sabah kebanyakannya masih bergantung pada sektor pertanian. Sektor pertanian menyumbangkan 30 peratus daripada Jumlah Pengeluaran Dalaman Negeri dan menyediakan 33 peratus peluang pekerjaan dan 35 peratus jumlah pendapatan ekspot negeri. Tanaman utama pertanian adalah kelapa sawit, koko dan getah. Sabah merupakan pengeluar utama bagi minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia. Kelapa Sawit adalah penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan ekspot negeri. Berbanding sumbangan sektor perkilangan yang merangkumi industri besar, kecil dan sederhana adalah masih kurang dalam pembangunan ekonomi Sabah, sedangkan sektor ini amat penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat.
Seperti mana dalam laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah sektor pertanian adalah penyumbang kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan, menyumbang sebanyak 28% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah atau RM4.1 bilion12 pada tahun 2005. Sejak tahun 2001-2005, pertumbuhan KDNK pertanian kekal pada kadar 6%, iaitu lebih tinggi sedikit daripada kadar pertumbuhan pertanian di Malaysia keseluruhannya, iaitu pada kadar 5% setahun dalam tempoh yang sama. Seperti dalam Rajah 2 di bawah menujukkan stastistik sumbangan sektor pertanian di Sabah. Ini jelas menperlihatkan bahawa betapa pentingnya sektor pertanian di Sabah khususnya di kawasan bandar-bandar kecil yang masih bergantung kepada sektor ini. Manakala Rajah 3 menunjukan taburan tanaman perindustrian dan jumlah hektar mengikut Daerah di Sabah.
Rajah 3 Taburan Tanaman Perindustrian dan Jumlah Hektar Mengikut Daerah di Sabah.
Antara bandar kecil yang sangat bergantung kepada sektor pertanian adalah Kota Belud yang merupakan kawasan penanaman padi yang terbesar di Sabah. Begitu juga dengan bandar kecil Kota Marudu yang masih bergantung kepada sektor pertanian dalam pembangunan ekonominya khususnya dalam penanaman Kelapa Sawit dan Getah. Walau bagaimanapun akibat daripada perkembangan keluasan penanaman ladang Kelapa Sawit di Kota Marudu ini telah membawa kepada pembinaan kilang pemprosesan minyak sawit mentah di Kota Marudu yang membantu dalam kepesatan pembangunan bandar kecil tersebut. Begitu juga dengan bandar kecil Lahad Datu yang amat bergantung kepada sektor pertanian khususnya dalam penanaman Kelapa Sawit dan Koko, di mana kawasan tersebut mempunyai kawasan penanaman ladang Kelapa Sawit yang terbesar di negeri Sabah iaitu Felda Sahabat.
Seperti mana ucapan Y.B Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, iaitu yang berlangsung di Majlis Perasmian Plasma dan Seminar 5 Bandar Stesen Penyelidikan Mpob Lahad Datu 6 Januari 2006 (Jumaat), 9.30 Pagi. Bertempat di Stesen Penyelidikan Mpob Lahad Datu, Km 10, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, menyatakan bahawa sektor pertanian khususnya sektor komoditi kepala sawit berperanan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah. Sebanyak RM7 bilion pendapat eksport pada tahun 2005. Hal ini menyebabkan masalah dalam penyediaan peluang pekerjaan yang secukupnya di kawasan bandar kecil tersebut. Sedangkan permintaan peluang pekerjaan oleh masyarakat di kawasan luar bandar semakin meningkat akibat daripada pertumbuhan penduduk di kawasan luar bandar yang semangkin meningkat setiap tahun.
Rajah 4 Taburan Letakan Kilang Kelapa Sawit di Sabah.
Seperti mana menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan 60 peratus penduduk dunia bersamaan lima bilion orang akan bermastautin di kawasan bandar menjelang tahun 2030. Dengan lebih tiga perempat populasi tinggal di kawasan bandar besar dan bandar kecil di Malaysia menjelang tahun 2020, permintaan untuk pekerjaan di pusat-pusat bandar dan bandar kecil akan meningkat dengan signifikan (DPN, 2006). Ini akan memberi tekanan untuk mewujudkan bilangan pekerjaan yang mencukupi di kawasan bandar kecil di Sabah bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan pada masa yang sama mengurangkan kadar pengangguran di kawasan bandar-bandar kecil di Sabah.
Rajah 5 Peratus Mingran Daripada Penduduk Mengikut Negeri Destinasi dan Taraf migrasi, Malaysia, 2009-2010 dan 2011.
iii.) Aspek Sosial
Manakala isu pembangunan bandar kecil di Sabah dalam aspek sosial adalah berkaitan dengan isu penurunan kualiti hidup di dalam bandar merupakan antara isu utama kesan daripada pembangunan bandar kecil yang tidak diuruskan dengan baik. Penurunan kualiti hidup ini merujuk kepada persekitaran kehidupan penduduk bandar kecil yang mengalami ketidak selesaan akibat daripada perubahan pembangunan bandar kecil yang kurang mampan. Sedangkan untuk menjadi sebuah bandar kecil yang maju dan mampan ciri yang perlu adalah kualiti infrastrukur sokongan dan kualiti hidup yang tinggi yang dihasilkan melalui penyediaan perumahan, pendidikan, rekreasi dan kemudahan kesihatan yang mencukupi (Haryati Shafi, 2010). Dari aspek penyediaan perumahan, isu utamanya adalah kekurangan penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Walaupun secara amnya kemudahan perumahan telah disediakan melebihi dari keperluan sebenar, bekalan perumahan untuk golongan miskin bandar dan bandar kecil sentiasa tidak mencukupi kerana harga rumah adalah diluar kemampuan mereka.
Kekurangan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah telah menyebabkan wujudnya petempatan-petempatan setinggan di kawasan-kawasan bandar besar dan bandar kecil di Sabah. Kewujudan kawasan-kawasan setinggan yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang sempurna telah menimbulkan banyak masalah kepada persekitaran kawasan bandar dan kesan sampingan seperti gejala sosial termasuklah masalah pendidikan anak-anak, jenayah, dadah, salah laku dan lain-lain.
Dari segi penyediaan kemudahan awam, didapati penyediaan kawasan-kawasan rekreasi adalah tidak mencukupi bagi keseluruhan bandar di Malaysia terutamanya di bandar-bandar kecil di Sabah. Selain itu penyediaan kemudahan awam di kawasan bandar menghadapi masalah penyelenggaraan dan juga didapati tidak mesra pengguna terutamanya dari segi lokasi dan rekabentuk di mana kebanyakannya masih tidak mengambilkira keperluan pengguna golongan istimewa, kanak-kanak dan warga tua. Perbuatan merosakkan harta awam (vandalisme) juga wujud dan menjadikan kemudahan awam yang disediakan tidak dapat digunakan sebaiknya.
sampah telah menimbulkan pelbagai masalah seperti banjir kilat dan masalah kesihatan awam. Bagaimanapun, kualiti perkhidmatan bandar seperti penyelenggaraan sistem perparitan, pungutan sampah, pembersihan kawasan dan penyelenggaraan tempat-tempat awam adalah berbeza bergantung kepada keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir bandar berkenaan. Bandar-bandar yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang besar dan mempunyai kewangan yang kukuh akan mendapat perkhidmatan yang lebih berkualiti dibandingkan dengan bandar-bandar yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih kecil seperti bandar-bandar kecil di Sabah.
Komponen keselamatan menjadi semakin penting kerana kebelakangan ini jenayah yang melibatkan kes ragut, pecah rumah dan kecurian semakin kerap berlaku. Aspek keselamatan adalah berkait dengan kesejahteraan sosial dan kedua-duanya merupakan prasyarat kepada pembangunan mampan dan stabil. Oleh itu masalah ini perlu ditangani untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan bandar kecil. Malah, kadar pengangguran yang tinggi di kawasan bandar kecil mengakibatkan pelbagai isu sosial yang bersabit dengan kemiskinan, jenayah dan kacau ganggu.
Keadaan ini juga berlaku di kawasan bandar-bandar kecil di Sabah iaitu aspek keselamatan bandar semakin merosot akibat daripada banyak berlaku pelbagai masalah jenayah. Tambahan lagi dengan masalah kebanjiran pendatang tampah izin di negeri Sabah menyebabkan pelbagai masalah jenayah yang dilakukan oleh mereka akibat daripada tekanan hidup di bandar. Seterusnya dalam aspek sosial pula isu kebanjiran pendatang asing juga menyebabkan masalah dalam pembangunan bandar kecil di Sabah. Kebanjiran kemasukan pendatang asing ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada bandar kecil. Khususnya masalah berkenaan dengan keselamatan bandar, persaingan pekerjaan, masalah petempatan dan sebagainya.
iv.) Aspek Alam Sekitar
Rajah 6 Keratan Akhbar Berkenaan Dengan Berita Pemasangan Alat Jangka Suhu di Kundasang Sabah Bagi Membantu Pemantaun Peningkatan
Suhu di Kundansang Sabah.
Seterusnya akibat daripada pembangunan bandar di Sabah juga telah menyebabkan beberapa batang sungai di Sabah mengalami pencemaran. Berdasarkan berita daripada Utusan Malaysia 20 September 2011 menyatakan bahawa beberapa batang sungai di negeri Sabah ini dikenalpasti mengalami pencemeran yang berpunca daripada aktiviti ekonomi di sekitar sungai tersebut. Antara sungai yang tercemar adalah Sungai Kinabatangan, Segaliud dan Segama. Pencemaran ini berpunca daripada kesan sisa buangan Kelapa Sawit daripada kilang dan penggunaan racun perosak serta baja kimia di kawasan ladang Kelapa Sawit di kawasan tersebut seperti dalam Rajah 7 menunjukkan keratan akhbar berkenaan dengan pencemaran sungai yang berlaku di Sungai Kinbatangan, Segaliud dan Segama akibat sisa Kelapa Sawit .
Rajah 7 Keratan Akhbar Berkenaan Dengan Pencemaran Sungai Yang Berlaku di Sungai Kinbatangan, Segaliud dan Segama Akibat Sisa Kelapa Sawit.
Selain itu juga, status kualiti udara pada tahap tidak sihat dicatatkan di kawasan bandar disebabkan oleh kepekatan habuk halus di bawah saiz 10 mikron (PM10) yang tinggi iaitu pada bacaan 52 ug/m 3 berbanding 50ug/m 3 yang dibenarkan di dalam Garis Panduan Kualiti Udara Persekitaran Malaysia. Selain itu, aktiviti manusia yang bertambah dengan kepadatan yang tinggi juga telah menjana paras bunyi hingar di kawasan bandar. Laporan Tahunan Kualiti Alam Sekeliling tahun 2002 menunjukkan paras bunyi di kawasan perumahan (di dalam bandar) kebanyakannya melebihi paras yang disyorkan oleh ‘World Health Organisation’ (melebihi 65dBA). Lebih kurang 90% daripada punca pencemaran bunyi ini adalah daripada kenderaan.
pelupusan di dalam kawasan bandar kecil. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, masalah ini akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kualiti hidup penduduk bandar kecil. Seperti mana yang berlaku di bandar kecil Kota Marudu yang mengalami masalah pengurusan sisa pepejal. Menurut hasil temu bual Penolong Pengawai Persekitaran Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Puan. Sudara Rudin menyatakan masalah pengurusan sisa pepejal di bandar kecil Kota Marudu berlaku akibat daripada pertambahan penduduk dan kuranya kesedaran masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal domestik. Tambahan lagi kekurang jentera iaitu lori pengangkut sampah menyebabkan sampah-sampah sering dikutip lambat dan menyebabkan maslah pencemaran bau di kawasan bandar kecil Kota Marudu. Selain itu terdapat kemudahan yang tidak dapat disediakan dengan sempurna disebabkan ianya perlu dirancang secara menyeluruh pada tahap wilayah dan tidak dapat diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan secara individu. Contohnya penyediaan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal dan bahan toksik. Infrastruktur dan utiliti yang tidak diselenggarakan dengan baik dan masalah penyelarasan agensi-gensi yang terlibat dalam penyediaan kemudahan-kemudahan ini telah menambahkan kerumitan masalah tersebut (DPN, 2006).
Seterusnya peningkatan penduduk yang tinggi ini juga memerlukan pertambahan kawasan pembangunan baru yang membawa kepada ‘urban sprawl’. Keadaan ini, menyebabkan pembangunan telah menjangkau ke kawasan sensitif alam sekitar, kawasan pertanian utama dan kawasan lain yang tidak sesuai untuk dibangunkan. Selain itu, ketidakpatuhan kepada rancangan pemajuan yang telah disediakan telah menyumbangkan kepada kewujudan masalah ini. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai masalah perbandaran seperti pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas, kewujudan kawasan-kawasan ‘brownfield’, kehilangan daya tarikan dalam kawasan bandar, kemerosotan kualiti infrastruktur, kekurangan kawasan hijau dan kemudahan awam yang lain; hingga menyebabkan penurunan kualiti hidup bandar kecil di Sabah. Kewujudan kilang-kilang haram di kawasan bandar telah menimbulkan banyak masalah pencemaran alam sekitar. Ini kerana kilang-kilang haram tidak dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang sepatutnya (DPN, 2006).
Selain itu, pembangunan di kawasan bandar kecil juga akan membawa kepada berlakunya pelbagai bencana alam jika tidak dirancang dengan lebih efisien. Banjir kilat adalah merupakan masalah yang sering berlaku di kawasan bandar yang bukan sahaja berlaku di bandar kecil malahan di kawasan bandar besar. Sehubungan dengan itu, isu banjir kilat ini juga sering berlaku di kawasan bandar-bandar kecil di negeri Sabah apabila berlaku musim tengkujuh yang berpanjangan. Keadaan ini lebih teruk lagi apabila sistem perparitan bandar tidak diselengara dengan baik yang menyebabkan bandar kilat lebih mudah berlaku di kawasan bandar kecil. Seperti mana yang berlaku di di bandar kecil Keningau pada 9.Jun.2015 tahun ini yang telah menjejaskan aktiviti penduduk dan kerosakan harta benda di kawasan sekitar yang terjejas (New Sabah Times, 11.Jun.2015). Masalah banjir kilat juga sering terjadi disebabkan sistem perparitan yang tidak dapat menampung kuantiti air larian yang semakin tinggi akibat peningkatan aktiviti perbandaran (DPN, 2006).
b) Cabaran Pembangunan Bandar Kecil di Sabah.
sebabkan oleh kekangan bentuk muka bumi negeri Sabah yang bergunung-ganang khususnya di bahagian pedalaman negeri Sabah.
Kos dan teknologi yang tinggi diperlukan dalam menangani masalah kekangan bentuk muka bumi bagi memastikan pembinaan jalan perhubungan yang baik di kawasan bandar-bandar kecil di Sabah khususnya di kawasan pendalaman Sabah. Namun begitu pihak kerajaan negeri masih lagi mengalami masalah dalam penyedian bajet yang cukup dalam pembangunan sistem penggangkutan di seluruh negeri Sabah di sebab keluasan dan jarak antara negeri yang amat luas dan juah. Tambah lagi dalam menyiapkan jalan raya dalam menghubungkan antara bandar kecil dengan bandar kecil yang lain mengambil masa yang lama akibat daripada kekangan dari segi fizikal iaitu bentuk muka bumi negeri Sabah yang bergunung-ganang. Sebagai contoh jalan raya yang menghubungkan diantara bandar kecil Kota Marudu dengan bandar kecil Ranau memakan masa lebih daripada 2 tahun dan masih lagi dalam proses pembinaannya sehingga sekarang. Sedangakan pembinaan menaik tarafkan jalan raya tersebut telah di mulakan pada tahun 2012 lagi dan masih lagi sedang di bina sehingga sekarang akibat daripada masalah kekangan bentuk muka bumi. Oleh itu keadaan ini menyebabkan pembangunan bandar-bandar kecil di kawasan pendalaman masih lembap dan kurang membangun. Walau bagaimanapun terdapat juga bandar-bandar kecil yang pada masa kini yang telah mengalami pembangunan yang menampakan perubahan yang jelas di kawasan bandar kecil tersebut. Sebagai contoh bandar kecil Kota Marudu yang telah menerima pelbagai projek pembangunan antara yang terbesar adalah pembinaan projek 1Avenue Town yang dijangka siap pada tahun 2016 (Utasan Sabah, 2014) dan pembinaan projek Pr1m yang telah di bentangkan dalam bajet Rancangan Malaysia Ke-11. Seterusnya pembangunan bandar kecil di Sabah juga merangkumi cabaran dari segi aspek pembangunan ekonomi bandar kecil dalam menjadikan kawasan bandar kecil di Sabah sebagai pusat pelaburan dan perniagaan. Kawasan bandar kecil ini perlu berupaya menarik pelaburan dan perniagaan tempatan dan asing untuk memiliki ekonomi yang berdaya maju dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi. Dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan bandar kecil di Sabah, tumpuan yang perlu diberi adalah pewujudan kekayaan yang diagihkan secara saksama dalam kalangan penduduk untuk mengurangkan masalah kemiskinan dalam bandar kecil di Sabah.
Walaupun kadar kemiskinan bandar menunjukkan penurunan dan berada pada paras 2.0% pada tahun 2002, tetapi beberapa kajian telah membuktikan wujudnya masalah kekurangan perumahan dan kemudahan asas serta penurunan kualiti hidup di kalangan penduduk bandar. Dari segi profil miskin bandar berdasarkan Laporan RMK-9, pada tahun 2004 didapati insiden miskin bandar menunjukkan peratusan yang tertinggi di kalangan Bumiputera iaitu 4.1% dibandingkan dengan kumpulan etnik Cina 0.4 % dan India 2.4%. Keadaan ini menyebabkan negeri Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia akibat kurangnya pembangunan di kawasan bandar-bandar kecil yang dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyrakat di kawasan luar bandar yang memboleh pendapatan perkapita penduduk meningkat.
Oleh kerana golongan bumiputera kurang kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian, kebanyakannya telah melibatkan diri dalam sektor tidak formal sebagai sumber pekerjaan. Oleh sebab pekerjaan di sektor tidak formal adalah tidak terjamin dan berpendapatan lebih rendah mereka mudah terjerat ke dalam lingkungan kemiskinan. Oleh itu, perancangan jangka panjang perlu dibuat untuk mengadakan program-program yang dapat meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan bagi golongan miskin bandar besar dan bandar kecil di Sabah yang kebanyakannya adalah golongan Bumiputera.
pengurusan bandar kecil menyebabkan banyak tindakan sukar untuk diselaraskan dan menjejaskan keberkesanan tindakan-tindakan tersebut.
Pengurusan dan pentadbiran bandar kecil yang baik juga perlu mengambilkira keupayaan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dari segi gunatenaga, kemahiran dan kemampuan kewangan untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk sesuatu bandar kecil di Sabah. Terdapat jurang perbezaan yang besar antara harapan yang diletakkan oleh masyarakat terhadap sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan dengan kemampuannya untuk memenuhi harapan tersebut. Kepelbagaian peranan yang diharap dapat dimainkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjadikan bandar kecil di Sabah yang sejahtera dengan kualiti hidup yang tinggi memberi tekanan kepada mereka untuk mempunyai organisasi yang kukuh. Tekanan lebih dirasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang bersaiz sederhana dan kecil yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, gunatenaga, kemahiran dan peralatan untuk menyediakan perkhidmatan yang diharapkan.
Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu berdepan dengan kepelbagaian citarasa dan kepentingan kumpulan masyarakat yang mesti dipenuhi, serta pelbagai isu sosial dan pengaruh negatif yang dihadapi. Kerjasama, penglibatan dan sokongan masyarakat amat diperlukan untuk menanganinya. Bagaimanapun, penglibatan masyarakat yang rendah terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan juga menyebabkan hasrat Pihak Berkuasa Tempatan untuk melibatkan masyarakat dalam perancangan dan pembangunan kawasan bandar kecil juga tidak dapat dipenuhi.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya hasil kajian ini merujuk kepada pembangunan yang berlaku keatas bandar-bandar kecil di negeri Sabah. Kajian ini memberikan fokus kepada isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan dan kementerian kerajaan tempatan dan perumahan negeri Sabah di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. Seperti mana yang telah di jelaskan sebelum ini, mendapati bahawa sememangnya terdapat pelbagai isu dan cabaran yang wujud dalam pembangunan bandar-bandar kecil di negeri Sabah. Isu dan cabaran ini adalah sukar untuk dielakan dalam setiap pembangunan yang berlaku tidak kira sama ada di Negara maju mahupun di Negara membangun seperti Malaysia. Oleh itu hasil daripada pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan dalam penyelidikan ini mendapati bahawa isu yang sering wujud dalam pembangunan bandar-bandar kecil di Sabah adalah merangkumi dalam empat aspek yang utama iaitu aspek fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Manakala cabaran yang di hadapi dalam pembangunan bandar-bandar kecil di Sabah adalah berkenaan dengan aspek pembangunan fizikal kawasan bandar-bandar kecil yang merujuk kepada kedudukan bandar kecil yang beraada di kawasan luar bandar, tambahan dengan sistem pengangkutan khususnya jalan raya di Sabah masih lagi kurang baik akibat daripada kekangan bentuk muka bumi, jarak yang juah daripada pusat bandar. Begitu juga dengan penyeadian pelbagai perkhidmatan di kawasan bandar kecil masih lagi kurang. Seterusnya cabaran kedua adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi bandar kecil iaitu bagi menjadikan bandar kecil sebagai tumpuan kepada pelabur daripada dalam dan luar Negara untuk memantapkan lagi pembangunan bandar kecil di Sabah. Cabaran yang ketiga adalah berkenaan dengan tadbir urus bandar-bandar kecil di Sabah. Bagaimana untuk memastikan pentadbiran bandar kecil ini dapat di urus dengan lebih berkesan dan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, swasta, dan masyarakat.
mengwujudkan Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Dalam Koridor Pembangunan Sabah ini, kerajaan telah membahagikan beberapa zon dalam pembangunan negeri Sabah. Bagi bahagian Koridor Pantai Barat Sabah teradapat dua zon yang di wujudkan dalam memastikan pembangunan di kawasan tersebut iaitu Zon Agro-Makanan IKS dan Zon Perindustrian Sabah. Seterusnya bagi bahagian Tengah Sabah zon yang di wujudkan adalah Zon Agropolitan Pedalaman, Zon Pelancongan dan Agro Tanah Tinggi, dan Zon konservasi Biodiversiti Sabah. Manakala bagi Zon Pantai Timur Sabah zon yang di wujudkan adalah Zon Agor Perhutanan Utara, Zon Inovasi Agrobio, Zon Agro-Makanan Bersepadu dan Zon Industri Marin dan Pelancongan (Mustapa Abd. Talip et. al. 2008). .
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Sabah , penyelia, pihak kementerian dan jabatan yang terlibat, responden yang terdiri daripada peniaga dan pengunjung di bandar kecil Kota Marudu, Sabah kerana memberi kerjasama bagi mendapatkan data kertas kerja ini. Segala kerjasama yang telah diberikan saya ucapan terima kasih.
RUJUKAN
Abdul Samad Hadi. (1990). ‘Pembandaran Dan Transformasi Bandar Negeri Sabah’ Bangi, UKM-YS.: 4-20.
Baker J. (1990). The Growth and Function of Small Urban Centers in Ethiopia: A Case Study from Northem Ethiopia.: Norwegian University Press.
Bast, J. L. (1998). Managing Growth, destroying freedom, critiques of "smart growth," "new urbanism" and other forms of centralized land-use planning. USA.
Burgess, P. (1998). Revisiting sprawl: Lesson from the past. Cleveland State University: The Urban Center Publication
Dasar Pembangunan Negara. 2006. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
Haryati Shafii. (2010). Tempat Tinggal dan Kualiti Hidup Masyarakat Di Bandar. Batu Pahat: Penerbit UTHM.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2000). Banci Penduduk Malaysia Pada Tahun 2000.
Johnson, J. H. (1974). Suburban growth: A geographical processes at the edge of the Western City. London: John Wiley and Sons.
Katiman Rostam. (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Koridir Pembangunan Sabah.(2006) ‘Bab 3 Kemampanan adalah Asas pembangunan’. 75-97.
Koridor Pembangunan Sabah. (2006). ‘Bab 6 Memperbaiki Agihan Pendapatann Dan Taraf Hidup Rakyat’. 163-182.
Mustapa Abd. Talip et. al. (2008). Pola Persempadanan DUN Sabah Mengikut Pembahagian Pembangunan Koridor Sabah (SDC): Satu Penelitian Awal. Kertas Kerja Seminar Politik Malaysia, 28-30 Ogos 2008, UITM Sabah.
Pacione, M. (2005). Urban geography: A global perspective. Routledge. Taylor & Francis Group. Pedersen P.O. (1990). The Role of Small Rural Towns in Development. The Scandinavian
Proceedings Institute No. 23of African Studies
Penyiasata Migrasi. (2011). Ringkasan Penemuan Corak dan Trend Migrasi di Malaya.
Yazid S et. al. (2012). Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari tanjong malim, Malaysia. Pusat pengajian social pembangunan dan persekitaran, fakulti sains social dan kemanusiaan, uneversiti kebangsaan Malaysia. Malaysia journal of society and space 8 issue 2 (98-11).
Keratan Akhbar
Berita Harian Online. 22 Januari 2015 Banjir di Beafort Menjejaskan Aktiviti Penduduk. http://www.bharian.com.my. Diakses pada 20 Ogos 2015.
Berita harian. 3 Disember 2014. Pemasangan Alat Jangka Suhu di Kundasang Sabah Bagi Membantu Pemantaun Peningkatan Suhu di Kundansang Sabah. http://www.mosti.gov.my. Diakses pada 20 Ogos 2015.
Berita Sinar Online. 14 Februari 2014. Kedudukan Pekan Lama Beafort Yang Rendah dan Hampir Dengan Tebing Sungai Padas Menyebabkan Sering Di dilanda Banjir. http://www.sinarharian.com.my. Diakses pada 20 Ogos 2015.
Berita Utusan Malaysia. 20 September 2011. Pencemaran Sungai Yang Berlaku di Sungai Kinbatangan, Segaliud dan Segama Akibat Sisa Kelapa Sawit. http://www.nre.gov.my. Diakses pada 20 Ogos 2015.
New Sabah Times. 11 Jun 2015.Banjir Kilat di Keningau Menjejaskan Aktiviti Penduduk Dan Kerosakan Harta Benda di Kawasan Sekitar Yang Terjejas http://www.newsabahtimes.com.my. Diakses pada 20 Ogos 2015.
Utusan Sabah. 2014. Pembinaan Projek 1Avenue Town Di Kota Marudu. www.utusan.com.my. Diakses pada 20 Ogos 2015.
Internet
Sumber Ekonomi Sabah. http://infosti.blogspot.com/2011/05/sumber-ekonomi-sabah.html. Diakses pada 25 Ogos 2015.
Temu Bual