• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apakah itu ruang terbuka sosialisasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Apakah itu ruang terbuka sosialisasi"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Apakah itu sosialisasi ?

Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa

sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti.

Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung, cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Proses sosialisasi bertujian untuk

(2)

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Antaranya adalah seperti berikut

:- SOSIALISASI PRIMER

SOSIALISASI SEKUNDER

SOSIALISASI SEMUALA

Sosialisasi Primer iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya.

Sosialisasi Sekunder iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanakremaja dan dewasa. Pada peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa dan masyarakat.

Sosialisasi Semula ialah proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat.

Agen-agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi untuk menangani masalah social adalah seperti berikut.

(3)

apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati.

Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.

Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua.

Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya

membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hal lahiriah daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert).

Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi baru sahaja pulang dari pejabat. Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk pintu biliknya kerana panggilan itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu pemanggil bahawa dia tiada di rumah.

Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah.

(4)

perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

SEKOLAH

Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan- peraturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang penting kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanak- kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah.

RAKAN SEBAYA

Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain kanak-kanak, satu geng, ’. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Dalam

(5)

kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli

kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini. Walau

bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masing-masing. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.

AGAMA

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam.

MEDIA MASSA

(6)

melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

Kesimpulan Manusia dilahirkan dalam kondisi tak berdaya. Ia akan tergantung pada orang tua dan orang-orang yang berada di lingkungannya sampai waktu tertentu. Seiring dengan perkembangan waktu, seorang anak perlahan-lahan akan melepaskan diri dari ketergantungannya pada orang tua atau orang lain di sekitarnya untuk belajar mandiri. Sebagai proses awal

(7)

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat dengan anak mereka.Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh teladan mereka pula.Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang baik bolah mempengaruhi sikap anak mereka pula nanti.Kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang menjadi peranan mendidik itu penting dilaksanakan dengan baik.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:

Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik. Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk Berjaya. Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.

Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan 2. KEPENTINGAN DAN PERANAN IBUBAPA DALAM MEMBENTUK MORAL

DAN PERIBADI REMAJA.

(8)

beriadah bersama-sama.Mereka janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.

(9)

Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.

Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan.Perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri, seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara tersendiri.

Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa yang asyik mengejar kemewahan tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika mereka

3. IMPLIKASI KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TERHADAP PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU DAN MASYARAKAT

P E R S E L I S I H A N F A H A M A N T A R A I B U B A P A ( P E N C E R A I A N )

K E S I B U K A N I B U B A P A Y A N G A S Y I K M E N G E J A R K E M E W A H A N

K E K U R A N G A N D I D I K A N D A N P E N G H A Y A T A N A G A M A

(10)

menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan insan yang perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan. Anak –anak ini juga akan menggunakan segala kemewahan yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.

Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan dan penghayatan agama. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan yang tidak berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda. Anak – anak yang kurang penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara negatif seperti merempit dan sebagainya. Anak anak ini perlu dididik menghayati agama sejak kecil lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika sudah menginjak ke usia remaja, mereka sukar menerima nasihat dan melakukan perubahan. Mereka lebih rela membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada itu, mereka mungkin akan terjebak dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Oleh itu,kekurangan didikan agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi yang sempit. Hal ini demikian kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi

(11)

sering berasa iri hati apabila melihat rakan-rakan yang mampu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Namun demikian, seorang anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya dengan meminta lebih daripada apa yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan atau untuk menyediakan kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu sedar bahawa keadaan sosioekonomi yang sempit boleh menyebabkan anak anak remaja bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

Kesimpulanya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan koreksi diri. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu bahawa kegagalan mereka dalam menguruskan institusi keluarga akan terkesan dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara dan mereka perlu didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna.

4. PERANAN DAN INDAKAN PIHAK WAJIB MENCARI PENYELESAIAN KE

(12)

T

Pada masa sekarang ini, pengaruh keluarga mulai melemah kerana terjadi perubahan sosial, politik, dan budaya. Keadaan ini memiliki yang besar terhadap terbebasnya anak dari kekuasaan orang tua dan kini keluarga telah kehilangan fungsinya dalam pendidikan.

INDIVIDU

Mendekatkan diri kepada Tuhan.Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.

Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin. Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling. Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

(13)

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjauhi kancah sosial yang negatif. Dalam usaha mengejar kekayaan dan kejayaan materialistik, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan asuhan moral yang secukupnya kepada anak-anak sedari kecil. Didikan agama dan asuhan moral merupakan benteng yang dapat menghalang pengaruh negatif terhadap anak-anak. Bak kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan."

SEKOLAH

Sekolah juga memainkan peranan penting untuk menyelesaikan permasalahan moral. Hal ini memandangkan anak-anak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah, yang juga merupakan rumah kedua bagi mereka. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti negatif yang antimoral.

MASYARAKAT

Mengadakan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong.Apabila aktiviti berfaedah seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak berasa bersalah untuk melakukan perkara yang negative.

Orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh anak.Orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anak-anaknya berjalan betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.

Kesimpulanya Pendidikan moral adalah suatu kesepakatan tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dengan tujuan untuk mengarahkan generasi muda atas nilai-nilai dan kebajikan yang akan membentuknya menjadi manusia yang baik .

(14)

Salam Satu Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarEncik.Jazmi Md Isa yang memberi tugasan ini kepada saya. Tugasan ini sangat menguntungkan saya dari segi ilmu pengetahuan. Tugasan ini juga memberi saya penjelasan yang teliti tentang isu-isu moral dan cabaran penghayatan nilai-nilai murni..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih khususnya kepada pensyarah yang memberi tugasan ini kerana telah banyak memberi panduan dan bimbingan serta nasihat sepanjang tugasan ini.

“Sekian, terima kasih”

(15)

 https://www.google.com/webhp?

source=search_app#q=peranan+keluarga+dalam+pendidikan+moral

 http://sudutpsikologi.blogspot.com/2010/09/tajukisu-keruntuhan-akhlak-dan-moral-di.html

 stazhassanbasri.blogspot.com/2008/12/faktor-faktor-keruntuhan-moral-di.html

 http://drabdshatar.blogspot.com/2013/09/peranan-agen-moral-dalam-proses.html

(16)
(17)

INSITITUT PERGURUAN KAMPUS

SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI. KEDAH DARUL AMAN

(18)

---NAMA

: SHEELA A/P GANESAN

NO K/P

: 781116-02-5758

KUMPULAN

: PPG / MATEMATIK 6 O

KOD & KURSUS

: MTE 3111 – MENGAJAR GEOMETRI

,PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN

DATA

NAMA PENSYARAH : PN.NOR ASILAH OSMAN

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil wawancara yang saya lakukan, dapat disimpulkan bahwa terjadi miss komu- nikasi antara masyarakat yakni panitia pemekaran dengan Pemerintah Kab.Bone Selatan,

Make up karnaval itu menggunakan body painting, jadi semuanya dari wajah sampai tubuh itu memakai body painting (tato tapi, menggunakan.. Memakai make up yang

Pengujian menunjukkan bahwa rancangan model pembelajaran menggunakan model peraga sebagai media untuk mengidentifikasi alat-alat praktik laboratorium kimia berbasis AR dengan

Hakim tingkat pertama dengan sengaja mengesampingkan dan tidak pernah mempertimbangkan fakta hukum bahwa 53 surat sub bond telah dilunasi termohon pailit (pemohon

Alasan lain yang juga dapat menjelaskan tidak berpengaruhnya capital employed terhadap kinerja maqashid shariahh adalah karena pengukuran rasio capital employed dan

Begitu juga dengan Penelitian [18] pada pemerintahan kota Banda Aceh menjelaskan bahwa pemahaman akuntansi, pemanfaatan sistem informasi akuntansi keuangan daerah

Skripsi yang disusun oleh Alhadi mahasiswa Fakultas Syariah jurusan Ahwal Syakhsiyyah pada tahun 2011 dengan judul “ Kekerasan Terhadap Istri Ditanjau Dari Hukum Islam (Studi

Dari kapasitas kalor dan temperatur air yang dituangkan , dan temperatur  setelah pen%ampuran, maka nilai akhir kalorimeter dapat ditentukan dengan hukum !la%k  (untuk kemudian