• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajaran Bahasa Arab kompeten dalam kualitas (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengajaran Bahasa Arab kompeten dalam kualitas (1)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

GGGC6693

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN BAHASA ARAB

TUGASAN PENULISAN KUMPULAN :

Terjemahan Kitab “

Turuqu Tadris al-Lughatul Arabiyyah wa I’dad Durusiha

fi Malizia

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR HAJI MAIMUN AQSHA LUBIS

DISEDIAKAN OLEH: MUJAHID AZMI (P82667)

ZULHILMI SUBOH (P82663)

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa Arab merupakan bahasa ketiga terpenting di dalam bahasa komunikasi dunia. Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang diciptakan oleh Allah SWT terhadap makhluk yang dinamakan manusia. Namun begitu, umat Islam di Malaysia masih berada di tahap yang lemah daripada tahap yang sepatutnya sejak bahasa Arab bertapak di Malaysia. Bahasa Arab telah sampai ke Malaysia sejak kurun ke 13 Masihi bersama dengan kedatangan Islam (al-attas, 1984)

Manusia mempelajari sesuatu bahasa untuk berkomunikasi dengan yang lain. Manakala, orang islam pelajari bahasa arab untuk memahami isi alquran dengan itu mereka memahami komunikasi hamba dengan penciptanya, Allah. Menjadi fardhu kifayah ke atas orang islam mempelajari bahasa arab untuk memdalami agama mereka sendiri. Kemuncak keupayaan berbahasa itu terletak kepada kebolehan membentuk ayat-ayat yang unggul dan sempurna mengikut sistem nahu (Chomsky, 1965)

Walau bagaimanapun, setiap bahasa yang hendak dikuasai perlulah ada bantuan ataupun keperluan-keperluan asas yang boleh membantu untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam penguasaan sesuatu bahasa. Penguasaan asas-asas bahasa yang mantap amat diperlukan dalam menguasai sesuatu bahasa dengan menguasai empat kemahiran bahasa yang penting.

2.0 10 ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB YANG PERLU DIPELIHARA

Dr Kamal Badri telah menyusun sepuluh asas yang perlu diambilberat oleh penuntut bahasa arab sebagai bahasa kedua sebagai ciri-ciri kaedah pembelajaran bahasa. Sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, amatlah perlu bagi seorang penuntut itu menguasai asas-asas yang disusun oleh beliau.

(3)

dikenali dengan kaedah Dengar-Tutur (Al-Sam’iyat Al-Shafawiyah). Ia adalah elemen yang terpenting berdasarkan kepentingannya berbanding dengan kaedah yang lain. Murid diajar untuk mendengar dan bertutur sebelum kemahiran membaca dan menulis. Kaedah ini menggunakan dialog untuk dilafazkan secara ajukan (Abdullah Hassan, 1976) & (Mahmud Ismail Sini, 1983). Menurut Kamaruddin haji Husin 1978, bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru atau diajuk. Tidak wajar menyuruh seseorang yang tidak pandai membaca untuk menulis.

2. Guru menyuruh murid menghafal beberapa potongan teks perbualan yang mengandungi ayat-ayat mudah daripada bahasa yang dipelajari. Dimulakan dengan ayat-ayat asas dan mudah (selapis). Ayat-ayat tersebut hendaklah dipastikan betul dan tersusun dengan betul. Pada peringkat permulaan, dimulakan dengan ayat selapis iaitu yang mengandungi subjek dan prediket/ mubtada’ khabar, fi’l-fail maf’ulun bihi. Seterusnya melangkah ke peringkat tinggi dengan menggunakan ayat berlapis yang lebih kompleks.

3. Guru menerapkan perkembangan bahasa kepada murid dengan cara menjadikan ia satu kebiasaan supaya memperolehi identiti bahasa. Perkembangan adalah corak khas bagi bahasa. Tetapi “Ladu” berkata : sesungguhnya perkembangan bahasa tidak mencukupi bagi murid dengan hanya mengetahui kosakata bahasa asing sahaja dan bukanlah dengan ayat-ayat tersebut memadai bagi kesemulajadian bahasa apabila ia didahulukan tanpa ada latihan.

4. Mengajar fonologi (cara sebutan). Guru bertutur dalam konteks ayat ataupun perbualan kemudian meminta murid mengulangi apa yang mereka dengar. Model yang digunakan haruslah model yang baik untuk dijadkan sebagai rujukan. Pembelajaran system sebutan ini bagi murid adalah dilakukan dengan cara amali, bukan dengan teori. Aktiviti yang dilakukan adalah guru menyebut dan murid mengajuk sebutan itu. Objektif yang mahu dicapai adalah menyebut serupa dengan sebutan pemilik bahasa kedua tersebut.

(4)

bagi bahasa yang dipelajari. Atau dengan kata yang lain, unsur yang tidak mungkin dipindah dari bahasa ibunda ke dalam bahasa kedua. Supaya murid lebih jelas dan memahami unsur bahasa kedua yang mereka pelajari.

6. Pembelajaran sumber bahasa. Sumber bermakna kosakata-kosakata baru dalam bahasa. Guru perlua memperkayakan pembendaharaan kata. Seorang guru tidak semestinya menyibukkan murid dengan kosataka-kosakata yang baru dengan terlalu banyak. bahkan lebih baik digunakannya mengikut batas kemampuan murid bagi mencapai objektif. Terutamanya bagi pelajar di tahap awal pembelajaran, ataupun pelajar yang baru menguasai sistem pembelajaran melalui “sistem sebutan”. Asas ini perlu dilakukan secara berperingkat dan tidak perlu diberikan dengan banyak kerana ia perlu bergantung pada batas pemikiran murid yang sesuai.

7. Mengajar menulis dan mengarang berpandukan pada pembelajaran lepas. Pada peringkat awalnya, guru terlebih dahulu memperbaiki dan mengkaji kaedah bacaan dan penulisan dengan cara yang berkesan dengan berpandukan kepada teknik penulisan yang selaras dengan teknik bertutur secara sempurna. Perlu menulis perkara yang telah dibincangkan pada peringkat pembacaan dan bertutur. Ia memudahkan murid untuk menulis dan pastikan ia bermula dengan penulisan yang mudah dan betul supaya menjadi rujukan murid di masa akan datang.

(5)

9. Perbanyakkan latihan. Guru seharusnya memenuhi waktu murid sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran bahasa asing dengan latihan-latihan. Murid memerlukan latihan yang banyak agar kemahiran-kemahiran bahasa dapat diasah dengan baik. Ini bertepatan dengan tuntutan psikologi pendidikan.

10. Membetulkan kesalahan murid secara spontan atau langsung. Asas ini bertujuan agar murid tidak mengulangi kesalahan yang sama dan mereka mampu mengingat apa yang perlu mereka elakkan agar tidak berulang lagi. Membolehkan murid tahu kesilapannya dengan segera. Maka murid tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada perkataan atau ayat tersebut

Menurut Dr Muhammad Abdul Qadir di dalam bukunya “Teknik Mempelajari Bahasa Arab Bagi Permulaan”. Yang dimaksudkan dengan teknik : cara yang digunakan oleh seorang guru di dalam kelas yang berpandukan buku dalam penyampaian maklumat kedalam minda para pelajar”

Ini menunjukkan dari segi kaedah dan cara pembelajaran dalam pembelajaran bahasa memerlukan kepada buku-buku yang sesuai iaitu membawa guru-guru dan murid-murid untuk mencapai objektif pembelajaran

Ilmuwan bahasa berpendapat : Kaedah yang Berjaya adalah yang mencapai objektif yang dituju pada waktu yang diperuntukkan seiring dengan usaha murid dan guru yang berkesan. Kaedah ini juga mengambil kira pada fokus murid, bakat, respon pada nilai-nilai positif, disiplin diri dan kerja berkumpulan dalam pembelajaran.

3.0 ASAS-ASAS PENTING DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

(6)

pembelajaran bahasa Arab terhadap penutur selain daripada orang Arab.

3.1 Kaedah asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab

 Saling melengkapi antara kemahiran bahasa

 Penyampaian kosa kata dengan berperingkat

 Latihan pembelajaran ke atas seni bahasa Arab

 Tidak menggunakan bahasa pengantara

3.1.1 Asas Pertama : Saling Melengkapi Antara Kemahiran Bahasa

Semestinya ada hubungkait antara 4 kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Menurut Erida Pulungan (1983), kemahiran ini bermula dengan keinginan melahirkan perasaan secara bebas. Peningkatan para pelajar dalam perkembangan kemahiran menulis memerlukan bimbingan daripada guru. Kemahiran menulis tumbuh daripada pengalaman yang lalu dalam mendengar, bertutur, dan membaca.

3.1.2 Asas Kedua : Penyampaian Kosa Kata Dengan Berperingkat

Adalah tidak boleh kita menyampaikan kosa kata dengan sekaligus ataupun dengan satu peringkat sahaja, malahan kita perlu menyampaikannya dengan cara berperingkat melalui kumpulan-kumpulan yang saling berkait rapat atau melalui tujuan penggunaan kosa kata tersebut. Kita boleh mendapatkan kosa kata baru bukan semata-mata dengan menghafaz atau mengingat sahaja, bahkan guru boleh mencuba dengan kaedah persekitaran sehinggalah penambahan kosa kata yang baru dapat dihasilkan dengan perkongsian dalam sesi pengajaran.

(7)

Arab kepada penutur bukan Arab.

3.1.3 Asas Ketiga : Latihan Pengajaran Ke Atas Seni Bahasa Arab

Maka guru tidak hanya cenderung kepada perincian pentakrifan sahaja. Boleh kita lihat, bahawa antara keperluan asas yang boleh kita gunakan juga terhadap pelajar adalah proses latihan. Latihan dapat menguji tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut.

Menurut Mahmud Ismail Sini et.al (1983), kaedah ini berusaha meransang para pelajar dengan pelbagai latihan dan membiasakan bertutur dengan bahasa kedua iaitu bahasa yang sedang dipelajari.

3.1.4 Asas Keempat : Tidak Menggunakan Bahasa Pengantara

Guru-guru bahasa perlu memelihara secara khusus dan teliti melalui bentuk yang jelas.vDi samping itu, guru bahasa boleh menggunakan media massa seperti benda yang boleh didengar dan dilihat. Bahkan penggunaan makmal bahasa, video, radio dan sebagainya amat digalakkan dengan cara yang tepat dalam penggunaan media massa.

Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2005), pemanfaatan teknologi dalam pengajaran mampu untuk mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama dalam ingatan pelajar.

4.0 CONTOH PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Sebelum kita membicarakan tentang cara pengajaran bahasa Arab di Malaysia, sebaiknya kita mengenal sebahagian daripada contoh pembelajaran bahasa Arab bagi orang yang bertutur selain daripada bahasa Arab.

Contoh pertama

(8)

Guru mengeluarkan daftar kehadiran, lalu bertanya pelajar : ada pelajar yang tidak hadir?, jawab pelajar : ya, ada beberapa pelajar yang tidak hadir iaitu Ahmad, ‘Adil dan Husin. Guru bertanya lagi : kenapa mereka tidak hadir?, jawab pelajar : Ahmad pergi ke stesen untuk menjemput ayahnya, ‘Adil telah pergi ke hospital untuk menziarahi kawannya yang sakit, manakala Husin pula telah pergi ke lapangan kapal terbang untuk pemergian pakciknya.Maka guru mencatat nama pelajar yang tidak hadir, kemudian berkata : Ahmad, tolong padam papan hitam. Hari ini, kita belajar pelajaran baru.

4.1 Pengajaran Petikan Boleh Ditentukan Melalui “Bacaan” 1) Dengar dan buku ditutup

- Guru meminta pelajar untuk mendengar petikan sambil berkata : tutup buku kamu semua dan dengar baik-baik !...

- Guru memainkan pita video atau membaca petikan sebanyak dua kali.

2) Dengar dan buku dibuka

- Guru meminta pelajar mendengar petikan sambil berkata : buka buku kamu semua dan dengar baik-baik. Lalu pelajar turut mengikuti perkembangan isi petikan tersebut sambil mendalami petikan dipertengahan bacaan mereka.

- Guru memainkan pita video atau membaca petikan sebanyak dua kali.

3) Bertanya dan buku ditutup

- Guru telah meminta pelajar seorang demi seorang untuk menentukan ungkapan berikut samada benar atau salah. Dikatakan “betul” jika jawapan mereka betul, dan “salah” jika jawapan salah.

- Contohnya : 1) Ahmad telah pergi ke stesen (betul)

2) Husin telah pergi ke hospital (salah)

(9)

4) Pengulangan beramai-ramai dan buku dibuka

- Guru meminta pelajar mengulang petikan selepas dia membaca secara jumlah.

5) Bacaan beramai-ramai

- Guru meminta pelajar membaca petikan daripada buku atau dipapan hitam secara beramai-ramai.

6) Bacaan perseorangan

- Guru memilih dikalangan pelajar untuk membaca sebahagian daripada petika secara individu.

5.0 KAEDAH BERSEPADU DALAM SESI PEMBELAJARAN

Bagi seorang guru, mungkin boleh menggunakan langkah-langkah pengajaran mengikut kaedah bersepadu dalam sesi pembelajaran. Menurut Maimun Aqsha Lubis (1987), langkah-langkah pengajaran mengikut kaedah bersepadu ini antaranya ialah :

1) Guru menulis satu tajuk di papan tulis jika tidak ada buku yang ditetapkan.

2) Guru membaca karangan/naskhah tersebut dan para pelajar mendengar dengan

baik.

3) Para pelajar membaca karangan/naskhah tersebut dengan sebutan yang betul.

4) Guru menerangkan isi karangan/naskhah.

5) Guru dan pelajar menyimpulkan bersama apa yang terkandung dalam karangan

(pendekatan induktif).

(10)

sejauh mana kefahaman murid.

5.1 Contoh yang Kedua: Bagi Peringkat Permulaan dan Pertengahan

Terdapat kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk peringkat permulaan dan peringkat pertengahan. Mengikut pandangan Syaukani (1986). Pengajaran membahagikan pembelajaran beberapa bahagian, antaranya mutala’ah (kefahaman bacaan),ta’bir (mengarang), muhadathah (perbualan) dan qawaid (tatabahasa).

Bahagian-bahagian ini diajar secara berasingan pada masa dan situasi yang berbeza. Kebaikannya, membimbing pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran dan pengetahuan bahasa arab secara terperinci terutama pelajar di peringkat pertengahan. Kelemahannya, pelajar lemah menggunakan bahasa dalam pelbagai kemahiran secara bersepadu dan seimbang.

Pengajaran bahasa arab yang sesuai peringkat permulaan-kaedah al-wihdah (kaedah persepadu)-Maimun Aqsa Lubis (1987). Menurut Syaukani (1986) karangan/rencana tajuk tertentu meliputi seluruh kemahiran dan pengetahuan bahasa (Mutalaah, ta’bir, nahu, muhadathah) menjadi satu pelajaran unit.

Islam Dan Amal

(11)

pakaian dan makanan, kemudian rasulullah s.a.w yang mulia berkata: bukankah ini lebih baik bagi kamu daripada kamu meminta-minta kepada orang lain, adakah aku telah memberi kamu? atau aku telah menolong kamu?

Daripada petikan ini bolehlah di sentuh dan di tetapkan cara yang sesuai pada pengajaran pelajaran bahasa arab bagi peringkat pertengahan, mengikut langkah-langkah berikut:

Ustaz menyediakan pelajar setengah soalan yang berkaitan dengan petikan berikut, seperti:

1- Apa yang diminta lelaki arab yang fakir itu daripada nabi s.a.w?

2-Tidak kah nabi memberinya apa yang diminta?

3-Apakah yang diperintahkan nabi kepada lelaki arab itu setelah memberinya dua dirham?

Setelah menjawab soalan ini guru meminta pelajar berbincang apa yang berkaitan dengan cerita nabi dan selainnya daripada kisah-kisah

Langkah yang ketiga:

Pada langkah ini guru mengajar kaedah-kaedah dan mengeluarkan fa’il-fa’il dadipada petikan berikut.

Perbuatan yang lepas Masuk, berkata, berdiri Perbuatan sekarang Kami makan, kami minum, kami

(12)

Perbuatan perintah Peganglah, belilah, dan bayarlah

-Selepas itu guru meminta pelajar memasukkan setiap fa’il daripada fa’il-fa’il ini dalam jumlah yang lengkap, sekali dalam bentuk jumlah ismiah sekali dalam bentuk jumlah fi’liah.

-Guru membentuk soalan sebagaimana berikut:

Susun perkataan-perkataan berikut dalam bentuk jumlah yang lengkap.

1. kepada- rasulullah – seorang lelaki arab – telah masuk – yang miskin – s.a.w .

2. Rumah kamu – pada – adakah – sesuatu.

3. Ini – bagi kamu – lebih baik – bukan kah – bahawa daripada – kamu meminta – orang lain – menolong kamu – aku membantu kamu – atau.

-Kemudian guru berpindah kepada pengajaran yang berikut, seperti bawakan soalan-soalan bagi jawapan di bawah:

-di rumahku ada mangkuk kayu yang besar kami makan padanya dan kami letakkan kain alas dan kami duduk diatasnya.

Ya, aku tidak ada yang lain melainkan ini.

-Datangnya selepas lima belas hari.

6.0 KESIMPULAN

(13)

juga mengambil kira pada fokus murid, bakat, respon pada nilai-nilai positif, disiplin diri dan kerja berkumpulan dalam pembelajaran.

Bahasa Arab merupakan bahasa kedua yang mempunyai nilai tersendiri terhadap siapa yang mempelajarinya. Oleh itu, untuk mencapai tahap penguasaan tersebut seharusnya kita mempelajarinya dengan kaedah-kaedah atau keperluan-keperluan asas yang tertentu.

Asas-asas yang penting perlulah dipelihara oleh guru terhadap murid dan diperkemaskan sebelum melangkah ke tahap mempelajari kemahiran-kemahiran bahasa yang lebih tinggi. Asas umpama tiang sebuah binaan, jika tidak kukuh runtuhlah bangunan tersebut. Asas-asas ini mampu membantu murid dalam menguasai empat kemahiran bahasa dengan baik.

7.0 RUJUKAN

Ab Halim Mohamad. 2009. Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1 (1) 2009, 1-14. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

A Chaeadar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung : PT Remaja Rasdakatrya.

Ku Fatahiyah Ku Azizan, Awatif Abd rahman, hairun Najuwah Jamali. 2014. Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab di IPT Malaysia. GSE E-Journal of Education, E-ISSSN : 2289-6880. Vol 1 No 2 2014. Pusat Pengajian Terasm Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi.

Maimun Aqsha Lubis. 2003. Satu perbandingan kesan tiga kaedah pengajaran bahasa Arab terhadap pencapaian kemahiran bahasa di Pusat matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Bandar Seri Begawan. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Brunei Darus Salam.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Dari penelitian tersebut, selain didapat empat konstruk yang memberikan nilai signifikan terhadap validitas pengujian, juga didapat suatu model penelitian yang

Dengan kata lain, kebudayaan adalah segala hal yang menyangkut kehidupan manusia, termasuk aturan atau hukum yang berlaku dalam masyarakat, hasil-hasil yang dibuat

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Pemberian rumput yang dikeringkan tanpa pencampuran dengan hijauan pakan legume memungkinkan semakin turunnya kandungan nutrient hijauan pakan yang diberikan, sehingga

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan maka dapat disimpulkan bahwa; jamur endofit yang ditemukan pada sampel tanaman padi yang diambil di Desa Karang Tunggal dan

Sejak dahulu masyarakat Indonesia telah menggunakan produk kerajinan sebagai alat untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari-hari, dari mulai kebutuhan hidup sehari-hari, rumah

Alur di bagian hulu ini biasanya mempunyai kecepatan yang lebih besar dari bagian hilir, sehingga saat musim hujan, material hasil erosi yang diangkut tidak saja partikel sedimen

Jika manusia mempunyai kebebasan untuk bertindak maka ia juga harus mempertanggung jawabkan tindakannya itu, contohnya adalah membuang sampah di sungai, ia mempunyai kebebasan