BMM 3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1
PENGENALAN
Menjelang abad ke-21,proses pengajaran dan pembelajaran perlulah menyeronokkan dengan pelbagai pendekatan termasuklah penggunaan bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Hashim Awang (1984),kesusasteraan merupakan suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Melalui bahasa jugalah seseorang dapat menikmati keindahan yang ada dalam sesuatu karya kesusasteraan. Menurut Harun Mat Piah (2006), perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit “castra” iaitu kitab suci. Kesusasteraan pula membawa maksud segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui kemahiran berbahasa iaitu melalui tulisan dan pembacaan dan melalui lisan serta pendengaran.
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera juga bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Menurut Syed Ali Ashraf (1989) menyatakan sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.
▸ Baca selengkapnya: usaha memartabatkan karya sastera
(2)Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada. Suatu hasil karya sastera memperlihatkan kepakaran dan keahlian seorang penulis untuk meluahkan dan mengungkapkan makna. Adunan teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.Menurut (Arba’ie et al, 2008),penghasilan sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang penulis perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama. Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.
Tambahan pula, Menurut (Arba’ie et al, 2008) lagi, sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan kekosongan.Hal ini demikian kerana melalui sastera maka terhasil kreativiti atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber yang terdapat di persekitaran. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.Menurut Arba’ie et al (2008) juga, sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan.
Sastera Melayu tradisional merupakan karya yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Sastera tradisional disampaikan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa penulisnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif
2.0 KONSEP SASTERA MELAYU
Menurut Hashim Haji Awang (1984), sastera melayu terbahagi kepada dua iaitu moden dan tradisional.Sastera Melayu Moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh penulisnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara.
kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi.
Cara penulis menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Menurut Hashim Haji Awang (1984), dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya.Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun.
Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Sastera rakyat juga dikenali sebagai penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiringi dengan alat muzik tertentu. Ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri raja yang cantik jelita tiada bandingannya. Cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu, kebanyakan penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan.
memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak.
Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah dengan tujuan memberi pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya.
Prosa Melayu Moden terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama. Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13) hubungan masyarakat dan persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi. Sastera yang terhasil didorong oleh sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat persoalan, isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke dalam coretan rasa, daya kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran yang terungkap merupakan luahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan,keprihatinan serta pengalaman peribadi pengarang melihat dunia dan masyarakat dari kaca matanya.
Suara protes penyair yang diungkapkan dalam sajak bertindak balas sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dianggap tidak bertimbang rasa kepada golongan bawahan. Begitu juga dengan sajak-sajak yang dihasilkan dalam tahun pemerintahan Jepun. Rata-rata sajak yang dicipta meniupkan semangat perjuangan dan menyeru kepada masyarakat umumnya agar menggunakan peluang keemasan yang ada untuk memperjuangkan hak mereka. Semangat perjuangan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu semakin teguh. Kesediaan mempertaruhkan diri dan sama-sama menegakkan pertiwi serta cita-cita politik Jepun memberi satu kesedaran dalam masyarakat Melayu.Justeru,kesusasteraan Melayu harus diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi supaya generasi akan datang dapat menghargai dan mengetahui keunikan nilai sebuah sastera melayu itu.
3.0 KESESUAIAN BAHAN SASTERA DI SEKOLAH
Proses pengajaran dan pembelajaran yang statik dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid.Fenomena yang biasanya berlaku di sekolah ialah pengajaran yang tidak relevan dengan abad ke-21 iaitu hanya bergantung kepada bahan seperti buku teks sahaja di sekolah. Menurut (Arba’ie et al, 2008), seharusnya sejajar dengan misi visi falsafah pendidikan negara, pengajaran dalam bilik darjah boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid termasuklah menggunakan bahan sastera.
dan betul. Antara objektif lain ialah melahirkan murid menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu serta mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara.
Seterusnya, Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah sering mengalami perubahan kerana semakankurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Tambahan pula, matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial. Menurut Rahman Shaari. (1988), Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakanbahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, danseterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka.Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan penghayatan terhadap bahan sastera.
Penguasaan guru terhadap bahan sastera, sama ada isi kandungan, jenis atau kategori cerita dan keupayaan pelajar penting bagi tujuan keberkesanan pengajaran.Selain itu,kesesuaian bahan-bahan bacaan termasuk karya sastera adalah sebagai alat hiburan dan pendidikan masyarakat yang penting, khususnya kepada kanak-kanak. Hal ini demikian kerana buku sasteralebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana mereka memangmempunyai kecenderungan semula jadi terhadap sesuatu yang berunsur kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan bahan bacaan lain yang biasa dan mendatar.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap kemahiran berbahasa kanak-kanak seperti kemahiran bahasa(mendengar dan bertutur,membaca dan menulis) serta aspek seni bahasa.Oleh hal yang demikian,bahan sastera sangat sesuai diaplikasikan di sekolah rendah sebagai medium proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
4.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHAN SASTERA
Pada zaman dahulu, karya sastera amat diminati oleh semua bangsa di Tanah Melayu. Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.Karya sastera juga merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang.Namun kini, saban hari karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.
cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk minat terhadap karya sastera dalam kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.Semua pihak haruslah sedar bahawa kesusasteraan melayu ini penting terutamanya dalam sistem pendidikan untuk dimasukkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Tidak dapat dinafikan bahawa bahan sastera itu sememangnya penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka seperti kemahiran lisan,membaca,menulis dan aspek seni bahasa.
Seterusnya, bahan sastera seperti KOMSAS diajar sebagai salah sebuah komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dimana pelajar akan ditugaskan untuk membaca karya sastera dan mahaminya. Pelajar diminta memberi maksud rangkai kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dna bahasa yang baik. Setiap pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
KOMSAS juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. melalui KOMSAS, pelajar dapat belajar sahsiah positif seperti menghormati orang lain, toleransi dan sebagainya. Selain itu, KOMSAS juga berperanan penting dalam membentuk jati diri pelajar. Kebanyakkan karya sastera yang dimuatkan dalam komponen KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu memiliki tema atau nilai pengajaran yang bersifat patriotik. Terapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam KOMSAS iaitu; baik hati, berdikari, hemah tinggi, saling menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasioanl dan semangat bermasyarakat.
Kepentingan penggunaan bahan sastera seperti KOMSAS juga dapat menyuntik kreativiti pelajar dalam pemikiran dan kemahiran bahasa. Pendedahan kepada kesusasteraan Melayu dapat memupuk perasaan cinta akan bahasa kebangsaan Malaysia. Karya yang dimuatkan dalam KOMSAS dipetik dari sumber berkualiti seperti Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pelajar bukan sahaja didedahkan kepada karya sastera moden, tetapi juga karya klasik yang memiliki nilai bahasa yang tinggi.
4.1 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera 4.1.1 Kemahiran Lisan.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4, penggunaan bahan sastera dalam kemahiran mendengar dan bertutur iaitu kemahiran lisan boleh dilaksanakan dalam DSKP berikut:
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Melalui Standard Kandungan dan Standard pembelajaran yang dipilih, aktiviti menggunakan bahan sastera dapat digunakan bagi berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.Guru boleh menyediakan satu sajak atau pantun dan murid boleh memberi idea dan maklumat yang tersirat di dalam petikan sajak atau pantun tersebut. Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran kemahiran lisan juga mampu menarik minat murid untuk mempelajari isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti petikan sajak atau teks berkaitan sastera juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah.
untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan adalah menerusi penggunaan bahan sastera. Justeru, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran kemahiran lisan adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.Oleh itu,bahan sastera sesuai dilaksanakan dalam kemahiran lisan.
Seterusnya,kepentingan penggunaan bahan sastera dalam kemahiran lisan adalah sastera juga dapat memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Antaranya adalah untuk memudahkan kita mengenali dan mengingati penyampai yang memberi maklumat ataupun ucapan kepada kita. Contohnya, kita pernah menghadiri sebuah seminar dan melalui seminar tersebut kita dapat mengenali penceramah yang menyampaikan maklumat dengan lebih dekat lagi.
Selain itu, apabila kita mendengar sesuatu perkara yang disampaikan dengan tekun, penyampai akan rasa lebih dihargai. dengan mereka walaupun kita tidak menunjukkan kemarahan di hadapan mereka.Murid juga dapat menjadi pendengar yang baik untuk menerima dan memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tepat serta pertuturan yang teratur dan sopan. Sebagai contoh, para pelajar mestilah menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru semasa berada di dalam kelas.Oleh hal yang demikian,bahan sastera juga mampu meningkatkan kemahiran mendengar murid-murid seterusnya murid-murid akan daoat bertutur dengan baik.Oleh hal yang demikian,bahan sastera mempunyai kepentingan dalam meningkatkan kemahiran lisan kerana melalui sastera juga, mereka dapat mendengar segala maklumat dan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru untuk dapat memahami dengan lebih jelas dan terperinci.
4.2.1 Kemahiran Membaca
Pada zaman kini, terdapat lebih ramai ibu bapa, terutama yang tinggal di bandar, yang bekerja dan terpaksa membiarkan anak-anak mereka melakukan kegiatan mereka sendiri semasa mereka bekerja. Masa dan bentuk hubungan kekeluargaan, khususnya di antara ibu bapa yang bekerja dengan anak-anak mereka, telah berubah.Membaca sering kali dianggap sebagai suatu pilihan dan keperluan yang baik untukmengisi masa lapang kanak-kanak tersebut. Membaca mempunyai pengaruh dan kesan terhadap proses pembentukan pemikiran, emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang pembaca, terutama pembaca kanak-kanak. Oleh hal yang demikian,pihak sekolah perlu memainkan peranan yang penting terutama guru dalam meningkatkan kemahiran membaca murid melalui penggunaan bahan sastera dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4, penggunaan bahan sastera dalam kemahiran membaca yang boleh dilaksanakan dalam DSKP berikut:
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.
.
Manakala Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terusberkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
pembangunan, pencapaian serta pembinaan konsep wira dan kecemerlangan dalam diri kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa cerita rakyat mendapat tempat utama dibandingkan dengan cerita dari teks Melayu klasik atau hikayat. Begitu juga dengan cerita binatang yang banyak dihasilkan untuk memenuhi kegemaran kanakkanak yang memang gemar membaca kisah-kisah tentang haiwan yang diberi sifat seperti manusia. Penghasilan dan penguasaan cerita-cerita dongeng ini, terutama cerita-cerita rakyat (tempatan atau luar negeri) memperlihatkan bahawa hubungan antara sastera lama dengan kanak-kanak sekarang tidak terpisah dengan lahirnya sastera tulisan. Malahan hubungan antara kedua-duanya melalui pembacaan karya sastera kanak-kanak kelihatan begitu teguh.
Bahan-bahan bacaan termasuk karya sastera adalah alat hiburan dan pendidikanmasyarakat yang penting, khususnya kepada kanak-kanak. Hal ini kerana buku sastera lebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana mereka memang mempunyai kecenderungan semula jadi terhadap sesuatu yang berunsur kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan bahan bacaan lain yang biasa dan mendatar. Oleh itu, peranan dan pengaruh sastera kanak-kanak dalam masyarakat tidak boleh diperkecilkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Masyarakat kini sering kali mengatakan bahawa membaca adalah perkara yang membosankan dan hanya ulat buku yang membaca sehinggakan mereka yang membaca digelar, ‘budak skema’, ‘budak genius’, dan sebagainya. Jangan salah sangka bahawa buku hanya tulisan semata-mata tanpa membawa apa-apa keindahan dan pengertian dalam kehidupan. Banyak faedah yang boleh diperoleh apabila kita membaca karya sastera.
Bahasaku’ melahirkan rasa bangga dalam diri pembaca yang bertutur dalam bahasa Melayu. Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu yang mantap bukan menunjukkan bahawa mereka skema atau ulat buku tetapi mereka menyayangi dan mencintai bahasa Melayu tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang dilakukan oleh anak muda kini. Oleh itu, jelaslah bahawa membaca karya sastera boleh memupuk rasa kasih dan cinta akan bahasa Melayu kerana sesungguhnya ‘takkan Melayu hilang di dunia’.
Seterusnya, pembacaan karya sastera akan dapat memperluas perbendaharaan kata terutamanya pelajar sekolah.Pelbagai perkataan-perkataan baru akan dapat diteroka oleh para pelajar daripada karya-karya sastera dan dapat digunakan apabila menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Panitia Bahasa dan Sastera sempena Minggu Bahasa yang akan dianjurkan oleh setiap sekolah di seluruh Negara. Pembacaan prosa tradisional juga novel akan menambahkan perbendaharaan kata kita selain puisi. Oleh itu, benarlah bahawa membaca karya sastera memberi faedah yang baik.
Oleh hal yang demikian,penggunaan bahan sastera sangat sesuai dan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pembaca akan dapat menimba pengalaman meskipun tidak mengalaminya sendiri. Hal ini dapat dilihat daripada novel-novel yang bertemakan persahabatan dan percintaan yang banyak di pasaran buku negara kini.Oleh itu, benarlah membaca karya sastera akan memberi pengalaman kepada pembaca. Justeru,masyaarakah perlu sedar bahawapembacaan karya sastera bukanlah satu perkara yang membosankan sebaliknya membaca karya sastera adalah satu perkara yang mencabar dan memberi banyak kepentingannya dalam meningkatan kemahiran membaca murid-murid di sekolah.
4.3 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera 4.3.1 Kemahiran Menulis.
Perubahan dan kemajuan telah menukar corak hidup manusia dan menjadikan kesusasteraan kanak-kanak begitu penting dalam kehidupan masyarakat moden terutamanya dalam sistem pendidikannya.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4, penggunaan bahan sastera dalam kemahiran menulis boleh dilaksanakan dalam DSKP berikut:
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan betul.
Dalam pengajaran kemahiran menulis, terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek pengajaran yang perlu diketahui. Pertama, guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna.
Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran kemahiran menulis daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran karangan dan penulisan kreatif yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, dalam sesuatu bilik darjah iaitu kelas, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan ada yang murid yang lambat untuk belajar. Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi pelajaran rangka karangan dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid dengan bantuan bahan sastera.
menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan termasuklah penulisan kreatif bahan sastera.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran menulis sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.Secara rasionalnya,bahan sastera sangat sesuai digunakan dalam kemahiran menulis kerana mempunyai kepentingan untuk murid menguasai penulisan dengan baik.
4.4 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera 4.4.1 Aspek Seni Bahasa
Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Antara contoh didik hibur ialah sesi pembelajaran yang menyeronokkan dengan unsur jenaka, estetik, permainan, muzik dan lakonan (Zailah 2012). Oleh itu, cara ini dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru yang berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru, menjadikan keadaan pembelajaran yang positif dan murid sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi seterusnya.
Di samping itu, sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran seperti aktiviti nyanyian dan lakonan serta main peranan yang berpusatkan kepada murid sepenuhnya (Deen Jack 2012). Hal ini akan membentuk iklim pembelajaran yang aktif. Sehubungan itu, Abdul Ghani dan Abd.Rahman (2007, 2009) mencadangkan beberapa aspek kemanusiaan yang mempunyai peranan dalam membentuk tingkah laku mulia murid-murid perlu diberi perhatian.Sebagai contoh, guru perlu dilihat sebagai model tingkah laku yang berkesan kepada murid-murid. Guru perlu melengkapi diri mereka dari aspek kekemasan diri dan juga pemantapan peribadi bagi menjadi idola dan panduan kepada murid kerana pada dasarnya, guru mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam perspektif hidup murid.
di sekolah-sekolah.Lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu agar pembelajaran dan pengajaran lebih menarik minat murid.
Antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik mendeklamasikan sajak. Hal ini demikian kerana, banyak sajak dam puisi sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi pelbagai nilai murni. Di samping mendeklamasikan sajak dan puisi, murid-murid diminta merujuk teks sajak tersebut. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas mendeklamasikannya.
Guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji kemahiran aspek seni bahasa yang hendak dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Sehubungan itu,bahan sastera sangat relevan dan sesuai serta penting bagi meningkatkan kemahiran berbahasa aspek seni bahasa murid-murid.
5.0 RUMUSAN
Menjelang abad ke-21, sistem pendidikan telah dinaik taraf dengan wujudnya Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi menggantikan sistem KBSR. Pelbagai strategi boleh dilaksanakan oleh guru untuk menerapkan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru boleh mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran konvensional, mengadakan aktiviti interaktif, atau menggunakan alat bantu mengajar ABM untuk menarik minat pelajar menghayati sastera dan mata pelajaran Bahasa Melayu secara amnya.
penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka dapat dinilai dan diperbaiki untuk menyampaikan maksud karya dengan lebih baik. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktivit yang dijalankan. Selain genre drama, teknik ini juga boleh digunakan dalam genre cerpen dan prosa klasik. Selain itu, guru juga boleh melakukan aktiviti teater bercerita. Teater bercerita melibatkan seorang pencerita dan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita dan pelakon akan beraksi mengikut watak yang diceritakan oleh pencerita. Teknik ini sesuai digunakan untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan sastera sangat sesuai dan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa murid-murid.
TUGASAN 2
1.0 ANALISIS BAHAN SASTERA
Bahan sastera yang dianalisis adalah Sajak “Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus” yang ditulis oleh (Sazalee Yacob) daripada antalogi “Sejadah Rindu”. Sajak ini bertemakan nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Berikut merupakan bait-bait rangkap Sajak yang dianalis : Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kau mesrai dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal
Kulepaskan kau menjadi burung putih Dengan sayap yang berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib dan waras akal
Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api
di padang kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah.
sajak ini,cara iaitu kaedah pemahaman teks ialah melalui kaedah mengalami menghayati dengan teknik deklamasi.
2.0 APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
Tahun : 4 Aspirasi Hari :Selasa Bil. Murid : 40 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tarikh : 4 April 2017
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
4.4.1 Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak tersebut.
Cara pelaksanaan :
1. Set Induksi :Guru menunjukkan tayangan gambar graduan yang berjaya memegang segenggam ijazah di Universiti sambal bersoal jawab dengan murid. 2. Pada langkah pertama, murid diminta membaca sajak secara mekanis mengikut
guru cara mendeklamasikan sajak dengan betul.
3. Murid diminta untuk mendeklamasikan sajak dengan iringan muzik seperti instrumental yang sedih untuk menyentuh emosi murid.
atau mengalami bahan sastera dengan cara guru ; mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada;
5. Aktiviti pengajaran selepas itu bertumpu kepada soal jawab secara kritis berkaitan komponen penting dalam sajak dan refleksi semula apa nilai dan pengajaran dalam sajak.
6. Beberapa wakil murid akan mendeklamasikan semula sajak tersebut pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran disertai lafaz ikrar akur janji.
3.0 HURAIAN LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
Pada set induksi, guru menunjukkan tayangan gambar graduan yang berjaya memegang segenggam ijazah di Universiti sambal bersoal jawab dengan murid.Hal ini demikian kerana guru ingin menerapkan sikap ingin berjaya suatu hari nanti kepada murid-murid ini.Selepas tayangan gambar tersebut,guru bersoal jawab mengenai bagaimana cara untuk berjaya dan mengaitkannya dengan pengalaman kehidupan murid-murid untuk berjaya suatu hari nanti. Guru juga mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk iaitu berkaitan kasih sayang dan pesanan ibu bapa untuk mereka ke sekolah.Guru juga bersoal jawab berkaitan apa itu deklamasi Sajak.
Pada langkah pertama, murid diminta membaca sajak secara mekanis mengikut guru cara mendeklamasikan sajak dengan betul.Hal ini demikian kerana,guru akan menunjukkan cara yang betul untuk mendeklamasi sajak dan murid membaca secara mekanis supaya jelas dan teratur.Pada langkah kedua pula, murid-murid diminta untuk mendeklamasikan sajak dengan iringan muzik seperti instrumental yang sedih untuk menyentuh emosi murid.Hal ini demikian kerana,apabila instrumental itu sedih,mereka akan lebih fokus dan mencuba untuk mendeklamasikan sajak dengan betul.
kepada soal jawab secara kritis berkaitan komponen penting dalam sajak dan refleksi semula apa nilai dan pengajaran dalam sajak.Sesi bersoal jawab ini mampu merungkai permasalahan murid-murid yang ingin mengaitkan dengan pengalaman diri sendiri.Seterusnya, beberapa wakil murid akan mendeklamasikan semula sajak tersebut pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran turut disertai lafaz ikrar akur janji.Hal ini dilaksanakan supaya murid dapat menyedari tingkah laku mereka dan berjanji akan berubah menjadi lebih baik lag
4.0 RASIONAL KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
Pendekatan mengalami dan menghayati merupakan pendekatan yang memerlukan pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca. Pendekatan ini membolehkan pelajar untuk mcmahami isi cerita yang dikaji secara terperinci sebelum memahami aspek-aspek struktur sesebuah karya. Pelajar hanya menilai aspek-aspek struktur yang tertentu.
Murid-murid juga boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman yang lebih mendalam. Kajian intrinsik,kerohanian, jiwa. nilai, hati nurani, kemanusiaan dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan seni halus akan menusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar akan menggunakan pengalaman masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera.
Rasional kaedah mengalami menghayati kerana setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. Bahan sastera juga merupakan rakaman pengalaman manusia.
5.0 RASIONAL TEKNIK DEKLAMASI
Deklamasi bukan ucapan semata. Deklamasi juga harus disertai gerak-gerak muka, kalau perlu dengan gerak seluruh anggota badan atau seluruh tubuh, tetapi yang paling penting sekali ialah gerak-gerak muka. Rasionalnya, dengan ucapan-ucapan yang baik dan teratur, diserta dengan gerak geri muka nescaya akan bertambah menarik, apa lagi kalau ditonton. Dari gerak geri muka itu penonton dapat merasakan dan menyaksikan mengertikan puisi yang dideklamasikan itu.
Seorang pendeklamasi sajak akan dinilai mempunyai pengertian terhadap sesuatu puisi, manakala ia sanggup mengucapkan kata demi kata pada tiap baris puisi disertai kesan yang terlihat pada air mukanya. Jika tidak berhasil, dikatakannya si pembaca puisi itu belum mempunyai apresiasi atau apresiasinya terhadap puisi itu agak kurang. Dalam istilah umumnya apresiasi diterjemah lebih jauh lagi sebagai penghayatan.
satu teknik yang sesuai dilaksanakan untuk memebaca sajak dengan kaedah mengalami menghayati.Pengajaran sastera melalui teknik deklamasi bermaksud mengajar elemen-eleman yang membangun karya sastera menerusi puisi. Isi karya sastera iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai juga mudah diketahui apabila kita memahami dan mengalami menghayati.
6.0 RUMUSAN
Berdasarkan analisis yang telah disenaraikan berdasarkan sajak di atas, kesimpulannya ialah kaedah mengalami dan menghayati berdasarkan pengalaman sendiri.Pengajaran sastera melalui kaedah ini dapat membantu mengajar elemen-eleman yang membangun karya sastera.
REFLEKSI
Setelah menjalankan tugasan projek BMM 3163 dapat saya rumuskan bahawa komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat memupuk dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu juga dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi murid, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).Tidak dinafikan bahawa komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu murid dalam pembelajaran bahasa.
kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
Memang terbukti melalui karya kesusasteraan Melayu, nilai-nilai murni dapat dipancarkan dan membentuk konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal ini bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Selain daripada itu, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambah bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru.
Dalam era globalisasi ini, pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan, amat memerlukan kesempurnaan jiwa dan rohani yang antara lain boleh dicapai melalui sastera (Misran Rokimin 1999: 224). Dengan penerapan pendidikan sastera secara meluas, murid dan pembaca akan terdedah kepada budaya dan cara hidup masyarakat etnik lain. Ini sangat membantu usaha saling memahami dan merapatkan kefahaman antara budaya dan perpaduan mereka Hasil kajian ini diperkukuhkan pendapat Gajendra K. Verma & Christopher Bagley (1979, 1984) bahawa pengajaran tentang hubungan etnik di institusi pendidikan kepada golongan remaja akan memupuk sifat toleran sesama sendiri berbanding mereka yang tidak terdedah tentang ilmu tersebut.
Keperluan akhir dalam mencorakkan kejayaan adalah keupayaan guru untuk menguasai pendekatan dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Pelajar hari ini tidak menerima apa sahaja yang guru berikan malah mereka lebih berminat untuk mempelajari sesuatu yang menarik, menyeronokkan, dan melibatkan mereka secara aktif. Guru perlu bersedia untuk menajamkan kemahiran dan pengetahuan yang seiringan dengan keperluan dan tuntutan pendidikan masa kini. Guru-guru perlu menyertai seminar, bengkel, kolokium, dan sebagainya yang boleh mempertajamkan ilmu mereka tentang bahasa dan sastera. Guru perlu bersikap positif terhadap kemunculan bahan sastera dalam pengajaran serta menerimanya dengan cukup profesional tentang pembaharuan dan inovasi yang perkenalkan.