• Tidak ada hasil yang ditemukan

03 Isu Isu Teknologi Maklumat dan Komuni

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "03 Isu Isu Teknologi Maklumat dan Komuni"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

269

ISU-ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT MENURUT HADITH

Oleh: Mokmin bin Basri

Sekolah Sains Informasi dan Teknologi Maklumat, KISDAR

(Mokmin Basri. 2006. Isu-isu teknologi maklumat dan komunikasi menurut hadis. Dlm. Haziyah Hussin, Mohd Khafidz Soroni, Farhah Zaidar Mohd Ramli & Rosni Wazir (pnyt.). Kelangsungan pengajian hadis cabaran dan masa depan, hlm. 269-280. Bangi: Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). ISBN: 983-42534-0-0.)

Abstrak

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dilihat sebagai satu cabang ilmu yang dipelopori oleh orang-orang barat justru ilmu ini seolah-olah terpisah dari roh ketauhidan, tiada kait mengait dengan Tuhan. Namun tanpa dapat disangkal lagi, Islam yang bersifat syumul sudah pasti tidak terlepas dari membicarakan seterusnya memimpin ilmu ini. Sebagai sumber rujukan utama umat Islam, di dalam al-Quran sahaja terdapat kira-kira 41 ayat yang membicarakan tentang berita (yang mengandungi maklumat). Diantara ayat al-Quran yang menyebut tentang berita dan sangat berkaitan dengan teknologi penghantaran maklumat, adalah surah al-A’raaf ayat 57;

(2)

270

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

ICT Dari Perspektif Barat

Bagi memudahkan perbandingan dilakukan, disini diberikan pengertian ICT dari kacamata Barat. Secara umumnya ICT menurut barat bolehlah diambil dari pandangan Haag, Cummings & McCubbrey (2002), menurut mereka teknologi maklumat adalah apa juga peralatan yang berasaskan komputer yang digunakan bersama-sama maklumat dan menyokong maklumat dan keperluan memproses maklumat yang diperlukan oleh sesuatu organisasi (any computer-based tool that people use to work with information and support the information and information-processing needs of an organization). Selain sebagai alat menyokong aktiviti maklumat, ICT juga dilihat sebagai alat bagi membantu dalam aktiviti perniagaan. Menurut mereka teknologi maklumat dapat menyokong dalam perniagaan melalui empat cara;

i. Tugasan memproses-maklumat ii. Tugasan membuat keputusan

iii. Perkongsian maklumat melalui pengkomputeran berpusat iv. Inovasi

(3)

271

Dari maklumat di atas, ICT yang digembar-gemburkan sebagai hebat itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah suatu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui cara yang dipercayai paling berkesan dan pantas. Jikalau diperhalusi, ICT yang diterajui oleh barat tidak membincangan tentang beberapa perkara yang penting seperti matlamat ICT, isikandungan (contents) ICT, amanah dan adab-adap berkaitan ICT secara serius. Melihat pula as-Sunnah dan al-Hadith iaitu sumber rujukan kedua umat, persoalan tentang teknologi, maklumat dan komunikasi sebenarnya telah disentuh oleh Rasulullah walaupun secara tidak langsung. Tanpa niat untuk mengulas dengan mendalam, penulis cuba untuk mencari hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang berkaitan dengan teknologi, maklumat dan komunikasi dan isu-isu yang berkaitan yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pemain dan peneraju ICT, insya Allah.

Matlamat Kurikulum Teknologi Maklumat

Ilmu ICT, seperti ilmu-ilmu yang lain matlamatnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai tahap keimanan dan mengesakan Allah. Professor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (1977) dalam membicarakan tentang ilmu mengatakan bahawa “ilmu itu termasuk iman dan tujuan ilmu itu adalah untuk mengasuh, memupuk, menjelmakan kebaikan yang bermaksud keadilan dalam diri insan sebagi insan itu sendiri. Iaitu, insan yang hakiki dirinya yang sebenarnya, tiada lain melainkan insan ruhani diri akalinya jua. Insan seperti dalam surah al-Araf ayat 172, yang mengakui bahawa Allah adalah Tuhan bagi semua insan".

Terjemahannya;

(4)

272

Rasulullah s.a.w. sendiri diutuskan untuk menyampaikan pesanan Allah tentang apa juga yang ada dilangit dan dibumi adalah manifestasi kepada kebesaran dan kekuatan Allah seperti firman-Nya yang bermaksud;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Yunus: 101)

Jelas dalam ayat di atas, Allah taala menciptakan kejadian yang menakjubkan itu dengan tujuan untuk membuktikan ke-Esaan Allah dan kekuasaan-Nya.

Melihat pula bidang tugas Rasulullah s.a.w., Baginda diamanahkan bagi menyampaikan perintah-perintah dari Allah dan juga memberi nasihat seperti yang terdapat dalam banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang tanggungjawab ini. Antara ayat al-Quran yang menyebut tanggungjawab ini adalah firman Allah yang bermaksud;

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh)

(5)

273

Justru, ilmu ICT juga sepatutnya bertunjangkan dan membawa kepada pengesaan kepada Allah. Kerana penguasaan ilmu ICT tanpa membawa kepada petunjuk akan menyebabkan manusia tergolong dalam golongan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti; “Barangsiapa bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunjuk, niscaya dia tidak bertambah dekat melainkan bertambah jauh dari Allah”. (hadith diriwayatkan oleh Abu Manshur Ad Dailami dan Ibnu Hibban, mauquf pada al-Hasan)

Malah Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan bahawa barangsiapa yang menuntut ilmu bukan kerana Allah tidak akan masuk ke dalam syurga melalui sabdanya yang bererti: “Barangsiapa menuntut ilmu diantara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperolehi harta benda duniawai, maka orang itu tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.” (Hadith diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah dengan Isnad yang baik)

Seolah-olah seperti jauh panggang dari api, bukanlah mudah bagi pelajar dan juga pendidik menjadikan ilmu ICT sebagai tools bagi mengakui kebesaran dan keesaan Allah, namun ianya bukanlah suatu yang mustahil boleh dicapai. Salah satu caranya adalah dengan memurnikan kurikulum ICT, iaitu dimulakan dengan kesedaran dan kesungguhan mengintegrasikan ilmu ICT dari barat dengan ilmu Islam. Justru tidak mustahil ICT menjadi landasan kepada pengagungan dan membesarkan Allah.

Keperluan Menguasai Kemahiran/Teknologi

(6)

274

jelas dapat dibuktikan wujudnya keperluan umat untuk menguasai ilmu ICT. Diantara hadith Rasulullah s.a.w. yang terkaitan adalah:

Abu Hurairah r.a., berkata: “Tidak seorang pun diantara para sahabat Nabi yang lebih banyak dari saya mengumpulkan hadith, kecuali Abdullah bin Amr bin Ash: dia pandai menulis tetapi saya tidak.” (Shahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang ertinya: “Barangsiapa dikehendaki oleh Allah akan memperolehi kebaikan, nescaya dianugerahiNya pemahaman dalam agama dan diilhamiNya petunjuk.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Mu’amiyah.)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Orang berilmu (ulama) itu adalah pewaris dari Nabi-Nabi.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lain dari Abid Darda’)

Perkaitan rapat diantara survival umat dengan penguasaan ilmu juga pernah disentuh oleh Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya yang ertinya: “Sesungguhnya mati satu bangsa, adalah lebih mudah daripada mati seorang yang berilmu. (Diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Ibnu Abdul-Birri dari Abi Darda’)

Rasulullah s.a.w. menambah tentang keperluan peningkatan ilmu seperti sabdanya yang ertinya: “Manusia itu ibarat barang logam seperti logam emas dan perak. Orang yang baik pada jahiliah menjadi baik pula pada masa Islam apabila mereka itu berpaham

(berilmu)” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

(7)

275

ICT adalah medium bagi menyampaikan maklumat dan dalam Islam ia tidak berhenti setakat itu. Islam menegaskan bahawa maklumat yang hendak disampaikan hendaklah benar dan hak . Bukan sekadar berita yang akan disampaikan benar dan hak, malah Islam menghalusi lagi dengan penegasan bahawa suatu berita haruslah disampaikan secara hikmah agar tidak menjadi fitnah. Dalam Hadith di bawah jelas menunjukkan bagaimana berhati-hatinya sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Muaz menyampaikan hadith Rasulullah kerana kekuatiran Rasulullah umat Islam akan bersikap bertawakal sahaja tanpa amal. Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: “Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berpergian dengan kenderaan dan Muaz menyertai baginda dibelakangnya. Rasulullah bersabda: “Hai, Muaz bin Jabal!.” Muaz menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!.” Sampai tiga kali. Seterusnya Nabi bersabda:, “Siapa yang mengakui tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu sesungguhnya Rasul Allah, dengan pengakuan yang benar -benar terbit dari hati-sanubarinya, maka Allah akan melindunginya (mengharamkannya) dari api neraka.”

Kata Muaz, “Ya Rasulullah, adakah tidak lebih baik berita itu saya sampaikan kepada orang ramai, supaya mereka gembira?”

Jawab Nabi, “Kalau mereka mendengar berita itu, mereka akan bersikap tawakal sahaja, tanpa amal.”

Kemudian, waktu Muaz hampir ajalnya, disampaikannya juga berita itu, kerana dia takut berdosa (kerana menyembunyikan hadith).

(8)

276

(Dirawikan hadith ini pada sebahagian dari Abi-Bakar bin Asy-Syukhari dari Umar dan pada Abi Dawud dari Aisyah)

Kewajiban Menyampaikan

Menyampaikan ilmu, berita, peringatan, dan ancaman adalah sebahagian sifat wajib Rasulullah s.a.w. Mengambil sifat Rasulullah itu, kewajiban menyampaikan bukan sahaja kepada para ulama’ dan umara’ malah kepada semua umat Islam. ICT yang sifatnya mempermudah dan mempercepatkan penyampaian maklumat perlu digunakan sepenuhnya oleh umat Islam bagi menyampaikan kebenaran dan menyebarkan Agama Allah. Diantara hadith Rasulullah yang menyentuh tentang penyampaian maklumat adalah:

Diceritakan oleh Abu Hurairah, “Orang mengatakan, Abu Hurairah paling banyak meriwayatkan hadith.”

“Kalau tidaklah kerana dua ayat dalam Quran, niscaya saya tidak meriwayatkan hadith”. Kemudian dia membaca ayat: “sesungguhnya mereka yang menyembunyikan keterangan dan pimpinan yang Kami turunkan sesudah kami jelaskan kepada manusia dalam kitab, mereka itu dikutuk oleh Allah dan oleh orang-orang yang turut mengutuk. Kecuali mereka yang taubat, mengadakan pembaikan, dan menjelaskan kembali

keterangan-keterangan Allah, maka taubat mereka itu akan Ku terima, Aku Maha

Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah 2:159-160) (Shahih Bukhari)

Ibnu Abbas berkata: “Ketika Nabi bertambah tenat sakitnya, baginda bersabda, “Bawalah kemari kertas supaya kamu dapat menuliskan sesuatu agar kamu tidak lupa nanti.”

(9)

277

Para sahabat (yang hadir ketika itu) berselisih pendapat, dan menyebabkan terjadinya perang mulut. Berkata Rasulullah, “Saya harap kamu semua pergi, tidak pantas (elok) kamu bertengkar dekat dengan kau.”

Ibnu Abbas lalu keluar dan berkata, “Alangkah malangnya, terhalang mencatat sesuatu dari Rasulullah.” (Shahih Bukhari)

Selain dari hadith-hadith di atas terdapat banyak hadith-hadith Rasululah yang mengesa agar ilmu (maklumat) yang dipunyai disebarkan dan disampaikan kepada orang lain seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu pengetahuan yang ada padanya, maka diberikan oleh Allah kekangan pada mulutnya dengan kekangan api neraka” (kata-kata hadith ini adalah sebahagian jalan hadith Abi Hurairah yang dirawikan oleh Ibnu Juz-i)

Rasulullah Bersabda yang bererti: “Tiadalah seorang muslim memberi feadah kepada saudaranya, yang lebih utama dari perbicaraan yang baik, yang sampai kepadanya, lalu disampaikannya kepada saudaranya itu”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abdil-Barr dari Muhammad bin al-Munkadir, hadith mursal)

Rasulullah Bersabda yang bermaksud: Sepatah kata kebajikan yang didengar oleh orang mu’min, lalu diajarinya dan diamalkannya, adalah lebih baik baginya dari ibadah setahun” (Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dari Zaid bin Aslam, hadith Mursal)

Rasulullah Bersabda yang bermaksud: “… Hendaklah orang yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga pelajaran ini sampai kepada orang yang lebih dalam memahamkannya.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari dari Abu Bakrah r.a.)

(10)

278

yang hak, dan 2. Orang yang diberi Alah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya”. (hadith riwayat Al-Bukhari dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Adab Mendapatkan Berita (Maklumat)

Dalam mencari suatu berita, berbeza dengan cara barat, Islam telah mengariskan beberapa syarat dan adab-adab seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Janganlah kamu melakukan at-tahassus (menengok-nengok), janganlah kamu melakukan at-tajassus (mengintip-intip mencari-cari berita), janganlah kamu putus-memutuskan silaturrahim, janganlah kamu belakang-membelakangi dan adalah kamu hamba Allah yang bersaudara” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Selain itu Rasulullah s.a.w. juga memberi amaran kepada pencari-pencari berita agar berita yang dicari adalah bukan berita palsu. Amaran ini jelas melalui sabda baginda yang bermaksud: “Awaslah dari sangkaan, kerana sangkaan itu lebih dusta daripada pembicaraan” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Beramanah Dengan Berita

(11)

279

Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Apabila berbicara seorang suatu perbicaraan, kemudian ia menoleh ke kiri atau ke kanan, maka itu adalah ama nah” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidi dari Jabir dan katanya: Baik).

Selain itu Rasulullah s.a.w. juga telah Bersabda yang bermaksud: “Segala Majlis itu adalah dengan amanah, selain dari tiga majlis, Majlis yang ditumpahkan padanya darah yang haram (dilakukan pembunuhan yang diharamkan), majlis yang dihalalkan padanya faraj yang haram (dilakukan padanya penzinaan) dan majlis yang dihala lkan padanya harta dengan tidak halal” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Jabir).

Kesimpulan

(12)

280

Referensi

Dokumen terkait

Hasil ujinya adalah sebagai berikut: (1) sig 0,171, kemampuan merangkai alat praktikum antara kelas kontrol dan eksperimen tidak berbeda signifikan; (2) sig

 Finalist PKM (Program Kreatiffitas Mahasiswa) from USU with tittle “Internet Sehat untuk Tenaga Pendidik Yayasan Pendidikan Islam Amal Shaleh,. Organizers by

Kompetensi Dasar Materi Pembelajaran Kegiatan Pembelajaran * Indikator Pencapaian Kompetensi Penilaian Alokasi Waktu Sumber Belajar Teknik Bentuk Instrumen Contoh

KERTAK BARU DESA PENGAUMAN RT.003 MARTAPURA TIMUR KAB.. MELATI RT.01 DESA KARANG

Menyusun daftar pertanyaan atas hal-hal yang belum dapat dipahami dari kegiatan mengmati dan membaca yang akan diajukan kepada guru berkaitan dengan materi Arti Penting Norma

Hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan bukti empiris mengenai pengaruh kinerja corporate governance dan corporate social responsibility terhadap kinerja

Uji-t statistik dilakukan bertujuan untuk menunjukkan seberapa besar pengaruh variabel independen secara individual menjelaskan variasi variabel dependen. Regresi