• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BANDAR BAND

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BANDAR BAND"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR MELAYU

oleh

Ezrin Arbi dan Roslan Talib

Pengenalan

Pada amnya bandar berasal daripada kampung, oleh itu sebarang perbincangan mengenai bandar awal Melayu sewajarnya didahului dengan tinjauan ringkas mengenai kampung-kampung Melayu sebagai bentuk pertempatan paling awal. Dalam kertas ringkas ini tumpuan akan diberi kepada perkembangan bandar di Semenanjung, namun ia akan dilihat dalam kontek kepulauan Melayu atau Nusantara.

KAMPUNG-KAMPUNG PALING AWAL

Menurut para sejarawan pada masa menjelang permulaan sejarah, di sepanjang dataran pantai dan tepi-tepi sungai Semenanjung tersebar tempat-tempat berbentuk kampung yang didiami oleh pelaut dan petani. Pada masa sungai merupakan satu-satunya cara perhubungan dan pengangkutan ke kawasan pendalaman; manakala muaranya menjadi tempat yang sesuai untuk bermukim. Malah bandar-bandar besar sedia ada seperti Melaka, Kota Bharu, Kuala Trengganu. Kota Kinabalu dan Kuching pada awalnya adalah pertempatan tepi sungai (Chen:1988). Dataran-dataran yang cukup luas dan mudah diairi seperti di bahagian utara,mereka menanam padi di sawah-sawah. Walau bagaimanapun di sebahagian besar kawasan Semenanjung, pertanian masih diamalkan secara berpindah-randah; padi ditanam di ladang-Iadang yang merupakan tompok-tompok hutan yang sudah ditebas.

Pada dasarnya tiap-tiap kampung merupakan unit lengkap yang berdiri sendiri. Namun demikian dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yangmenduduki tempat strategik seperti di muara sungai, telah tumbuh menjadi pelabuhan-pelabuhan niaga( lambat laun menjadi ibu kota negeri-negeri keil. Boleh dikatakan bahawa orang Melayu telah mulai mengembangkan sistem pemerintahan yang menggambungkan masyarakat di peringkat antara kampung.

Sebelum mengikuti ubah ansur kampung-kampung itu menjadi pusat-pusat bandar, baiklah kita tinjau pendapat Mumford (1966) tentang kampung dan bandaraya. Beliau menganggap bahawa struktur embrio bandaraya telah wujud dalam kampung-kampung dan bahawa bandaraya secara teknik berasal daripada kampung. Setelah menganalisa perkembangan bandaraya-bandaraya di dunia barat, beliau menarik kesimpulan bahawa agen paling penting yang merubah ekonomi kampung yang berselerak menjadi suatu ekonomi bandar yang cukup teratur ialah 'raja' atau tepatnya institusi kerajaan. Hal ini ternyata berlaku juga di Semenanjung, seperti yang akan kita lihat di bawah nanti.

Elok juga disentuh di sini, pengaruh kosmologi terhadap alambina di kepulauan Melayu sebelum kedatangan Islam. Menurut Waterson (1991), walaupun tiap-tiap suku bangsa mempunyai konsep kosmologi aslinya masing-masing, terdapat satu unsur bersama yang menonjol, iaitu konsep osmos berlapis tiga: alam atas yang dianggap suci tempat bersemayam para dewa; alam tengah tempat manusia hidup; manakala alambawah adalah untuk haiwan dan makhluk rendahan lainnya. Menurut beliau pembinaan struktur rumah-rumah tradisional yang juga terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kolong, badan rumah dan bumbung merujuk kepada pencerminan kosmos berlapis tiga tersebut.

Pengaruh kosmos Hindu yang terlihat pada pola 4/5, misalnya kampong asli yang berbentuk empat segi mempunyai empat pagar dan empat pintu serta satu pusat kampung; manakala rumah pula mempunyai empat tiang bucu dan satu tiang pusat seperti pada setengah rumah asli di Nusantara. Semuanya ini selari dengan kepereayaan bahawa bumi ini sendiri disokong oleh 5 buah tiang; tiang utama terletak di tengah-tengah dan empat tiang pada penjuru-penjuru bumi.

Di samping itu rumah-rumah serta pertempatan tradisional biasanya tertakluk kepada berbagai-bagai peraturan orientasi. Yang sangat lazim diikuti ialah ciri rupa geografi, seperti pertentangan antara gunung dan laut di Bali, atau pertentangan antara hulu dan muara sungai di kalangan masyarakat Ngaju,

(2)

susunatur pertempatan dan bandar-bandar asli seperti yang terdapat di Jawa, Bali, Lombok, Toraja dan Nias.

Dengan menghadkan skop kepada kosmologi sebelum kedatangan Islam, ternyata ide-ide kosmos mempengaruhi struktur rumah-rumah serta pertempatan-pertempatan asli. Faktor in menyumbang kepada pertumbuhan dan susunatur kota-kota serta Bandar-bandar lama yang wujud hingga sekarang, yakni tertumpu kepada lokasi geografi berhmapiran atau bersebelahan sumber air, laut atau sungai utama dengan orientasi yang mengambil kira kedudukan bukit, gunung dan sebagainya.

N

EGARA-NEGARA KOTA KEINDIAAN

Permulaan zaman Kristian menandakan peringkat baru dalam sejarah perkampungan penduduk serta proses awal perbandaran di Semenanjung. Teknik-teknik baru dalam pembinaan kapal yang ditemukan oleh orang-orang Parsi serta pengetahuan tentang sistem monsun dan manfaatnya untuk pelayaran yang didapati oleh orang-orang Arab, memberi dorongan baru bagi perdagangan laut antara barat dan timur. Sebagai akibatnya Tanah Semenanjung bahkan seluruh Asia Tenggara kerana letak geografinya yang stategik terdedah kepada pengaruh dua pusat peradaban yang telah maju pada

masa itu ialah India dan China.

Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran barangan dengan India telah bermula sejak abad ke enam sebelum Masihi, sejak awal zaman Kristian barulah perdagangan dua hala itu menjadi lebih teratur dan bermakna. Oleh kerana hubungan antara India dan Siberia yang merupakan sumber emas bagi orang-orang India pada waktu itu terputus, mereka terpaksa memandang ke timur. Orang-orang India segera menyedari bahawa Semenanjung dan pulau-pulau di sekitarnya bukan saja sesuai sebagai stesen perdagangan dalam perjalanan ke negeri China, tetapi juga kaya dengan sumber-sumber timah dan hasil-hasil hutannya sendiri.

Dengan meningkatnya hubungan perdagangan dapatlah dipastikan bahawa secara beransur-ansur kemahiran serta ada istiadat orang-orang India mulai mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan. Satu lagi yang sangat penting dalam hubungan antara India dan Asia Tenggara bahawa pendeta-pendeta agama Buddha, bebas dari hambatan-hambatan perkauman kasta dan prasangka bersedia mengharungi lautan untuk menyiarkan kepercayaan mereka ke sebelah timur. Amalan ini kemudian ditiru

orang-orang India beragama Hindu. Gabungan daripada beberapa factor yang disebutkan tadi telah berhasil memperkenalkan ke Asia Tenggara suatu peradaban yang relatifnya lebih maju sehingga memberi kesan yang cukup mendalam. Bahkan sesudah memeluk Islam pun beberapa pengaruh Hindu masih ketara sekali, baik dalam istiadat diraja mahupun dalam kehidupan harian rakyat jelata.

Pada pihak yang lain pula, hubungan dengan negeri China, mempengaruhi rantau ini dalam bentuk yang berbeza. Tidak seperti pengaruh India yang pada dasarnya bersifat kesenian dan keagamaan, pengaruh dari China lebih bercorak ekonomi dan politik. Secara tidak langsung penyerapan pengaruh-pengaruh India dan China ke dalam kebudayaan tempatan telah memperkaya dan memperkukuhkannya sehingga secara beransur-ansur muncullah suatu perkembangan kebudayaan dan politik di Asia Tenggara yang selama empat belas abad telah menjadi punca kepada timbul tenggelamnya berbagai-bagai kerajaan keindiaan . Kerajaan-kerajaan itu mengikuti konsep-konsep diraja orang India dan mengamalkan agama Hindu atau Buddha atau campuran kedua-duanya; akan tetapi untuk mendapatkan perlindungan politik mereka menghantar duta dan ufti ke negeri China.

Sepanjang masa itu, Tanah Semenanjung tidak merupakan pusat, tetapi sering menjadi sebahagian daripada kerajaan-kerajaan atau pun empayar-empayar yang kuat seperti Fu-nan, Srivijaya dan

Majapahit. Ibu kota empayar-empayar tersebut terletak di luar Semenanjung, berturut-turut di Cambodia, Sumatera dan Jawa. Walau bagaimanapun penemuan arkeologi serta rekod-rekod China cukup jelas membuktikan bahawa pada ketika itu itu telah terdapat pertempatan-pertempatan berpusat di dalam wilayah yang kini ialah dalam kawasan Malaysia moden.

(3)

pertama ialah kawasan yang berpenduduk yang besar seperti Jawa, Negeri Siam sebelah tengah dan Delta Mekong; bahagian kedua dengan kawasan dengan bilangan penduduk yang kecil, biasanya terbatas dengan perkampungan tepi laut yang bergantung kepada hasil penangkapan ikan atau perdagangan antara dunia luar dan penduduk asli di hutan belantara pendalaman (Van Leur: 1955).

Dalam kumpulan bahagian pertama, adanya dataran tanah yang luas yang boleh diairi telah

memungkinkan penemuan sistem pengairan yang sofisikated. Hal ini telah membawa kemakmuran dan boleh menyokong bilangan penduduk yang besar. Pada tempat-tempat tersebut permintaan akan barangan import serta industri pembuatan tempatan mungkin telah bermula pada awal zaman Kristian. Jadi, keadaan ini sangat sesuai untuk timbulnya suatu organisasi politik, yang kemudiannya berkembang menjadi pusat-pusat peradaban baru dengan ciri-ciri keperibadian Asia Tenggara yang khas walaupun jelas memperlihatkan pengaruh-pengaruh India. Tugu-tugu senibina yang megah seperti Angkor, Borobudur, Prambanan dan Mendut adalah beberapa contoh daripada peninggalan peradaban yang dimaksudkan.

Mengenai kumpulan bahagian kedua pula yang di dalamnya termasuklah Semenanjung Tanah Melayu, Lamb (1965) memberi gambaran ekonomi sebagai berikut :-

‘Di sini kita tidak lagi anda menemukan bilangan penduduk yang banyak, dan oleh yang demikian, tidak ada pasaran yang luas untuk pembuat-pembuat barangan. Masyarakat bandar kecil bilangannya dan sedikit jumlahnya serta berselerak letaknya. Bandar- bandar itu merupakan pusat perdagangan dan bukan pusat pemerintahan daerah-daerah jajahan yang luas'.

Selanjutnya perkembangan yang terjadi di Tanah Semenanjung sebagai akibat perdagangan laut yang pesat antara barat dan timur telah dibahagikan kepada dalam dua kelompok: Pertama, entrepot-entrepot utama. Di situlah tempat kapal-kapal dari India, Timur-Tengah dan China bertumpu dan bertukar-tukar barangan timur dan barat. Contoh tempat-tempat sedemikian ialah Takuapa yang terletak tidak jauh sebelah Utara sempadan masa kini Semenanjung Malaysia dan Pangkalan Bujang negeri Kedah di mana banyak terdapat tanda-tanda pengaruh Hindu dan Buddha dalam bentuk candi-candi, patung-patung dan benda-benda yang membuktikan adanya orang-orang China dan orang-orang dari TimurTengah pun terlibat dalam perdagangan itu. Kedah yang dianggap sebagai pertempatan yang paling penting di Semenanjung selepas abad yang ketiga, perlu mendapat perhatian khas. la terletak di muara sungai Merbok, mempunyai tempat berlabuh yang dalam dan cukup tersembunyi dari muara sungai sehingga mudah dipertahankan jika diserang lanun. Tanah yang beralun-alun di sekitar kawasan itu membuatnya sesuai bukan saja untuk tempat mendirikan bangunan-bangunan, tetapi juga untuk penanaman bahan-bahan makanan bagi penduduknya.

Dari segi laluan, pertempatan itu dihubungkan pula oleh jalan rentas Semenanjung dengan tempat-tempat yang serupa di Pantai Timur. Menurut Ryan (1963), tidak syak lagi bahawa kawasan itu adalah bekas bandar niaga yang makmur di mana perdagangan barat-timur berlangsung. la mempunyai candi-candi dan struktur pemerintahannya sendiri. Suatu perkara yang menyebabkan Kedah begitu khas jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Pantai Barat ialah ia terletak berhampiran sebuah gunung yang tinggi iaitu Gunung Jerai - yang boleh dilihat sejauh tiga puluh batu dari laut. Puncak gunung tersebut bukan saja merupakan suatu tanda tempat tetapi juga menimbulkan makna kepercayaan tertentu bagi pelaut-pelaut India yang ternyata sangat menyukai pelabuhan berkenaan.

Jenis kedua ialah entrepot pembantu atau entrepot satelit. Pelabuhan-pelabuhan ini merupakan tempat berniaga di mana hasil-hasil tempatan dikumpul dan dieksport dan barang-barang import disebarkan. Contohnya ialah Kuala Selinsing di Perak, yang menurut bukti-bukti arkeologi memperlihatkan adanya pengaruh India, tetapi dalam kadar yang sangat lemah berbanding dengan apa yang didapati di entrepo-entrepot utama.

(4)

sejarah berkaitan letak yang sebenar ‘tempat-tempat nama' (name places) tersebut. Beberapa pertempatan yang dianggap terletak di Semenanjung termasuklah Lung-ya-su-chia (Langkasuka) yang dipandang negeri yang paling awal, Ch'in -tu, Tan -Tan , Fo-Lo-an, Ping-ping, Teng- ya-nung

(Terengganu), Chi-lan-Tan (Kelantan), Lo-Yueah , Cheh-Ch'a (Kedah) dan Phing-Lang-Hsu (Pulau Pinang) (Coedes dalam Wheatly: 1961).

Huraian-huraian yang didapati berkenaan dengan tempat-tempat tersebut di atas dalam cacatan-catatan China itu serta jumpaan-jumpaan yang diperolehi dari penggalian ke atas peiabuhan-pelabuhan

perdagangan itu membuktikan bahawa pertempatan-pertempatan itu telah mencapai taraf pusat bandar. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada bilangan penduduknya, kenyataan yang mereka itu tidak lagi terlibat dalam kegiatan-kegiatan pertanian, serta peranan tempat-tempat itu sebagai pusat kegiatan kebudayaan dan keagamaan. Berdasarkan kawasan pengaruh pemerintahannya, kebanyakan sarjana sejarah menamakan tempat-tempat tersebut 'negara kota ' (city states) dan bukan 'kerajaan'. Di lain pihak, Hamzah Sendut menyebutnya sebagai ‘pulau budaya' di tengah-tengah daerah yang masih didiami oleh petani-petani primitive (dalam Wang-Gungwu : 1965).

PELABUHAN NIAGA NEGERI-NEGERI MELAYU Melaka

Menurut ijmak pendapat para sejarawan, Parameswara tiba di Melaka - 'yang pada masa itu masih merupakan kampung nelayan Melayu yang primitif' (Winstedt : 1958) -kira-kira tahun 1400. Berdasarkan suatu pertimbangan yang sangat tajam, beliau memutuskan untuk bermukimi di situ, membina semula tempat itu dan sekaligus meletakkan asas bagi sebuah bandar yang kemudian menjadi ibukota empayar Melayu yang sangat termasyhur.

Sebab-sebab yang mungkin telah mempengaruhi Parameswara untuk memeilih tempat itu adalah sebagai berikut. Seperti juga Muar, iaitu perkampungan yang dibanggunkan oleh beliau sebelumnya, Melaka juga mempunyai beberapa kelebihan kerana letaknya di muara sebuah sungai serta kedudukan yang elok dari segi kemungkinan perdagangan di Selat Melaka. Malah ianya mempunyai potensi yang baik bagi suatu permukiman yang terpusat, pertahanan dan pertanian. Ini kerana Melaka mempunyai sumber air yang cukup, berhampiran dengan bukit-bukit yang strategik dan dikelilingi oleh dataran yang Iuas.

Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan dan perlindungan dari Negeri China, beliau bukan saja berjaya mengukuhkan kemerdekaannya tanpa sebarang ancaman dari Siam, tetapi juga menarik perhatian pedagang-pedagang China yang selanjutnya menambah minat saudagar-saudagar dari barat dan timur untuk berniaga di situ. Parameswara memeluk agama Islam ketika berkahwin dengan puteri Raja Pasai, sebuah kerajaan Islam di sebelah utara Sumatra. Semenjak saat itu, Melaka menjadi pelabuhan niaga yang menjadi tempat tumpuan saudagai-saudagar Arab dan India Islam dan lama kelamaan menjadi pusat penyebaran Islam ke seluruh nusantara. Beransur-ansur ia menjadi sebuah emporium perdagangan paling terkenal, yang kemakmurannya diperkatakan dari Lisbon di barat hingga ke Peking di timur. Berkenaan dengan perkembangan bandar Melaka, Winstedt (1958) pernah menulis :

'Dalam masa kurang dari satu abad Melaka telah berkembang menjadi pelabuhan yang ramai dan ibukota sebuah empayar. Orang-orang Melayu mentadbirkan pelabuhan antara bangsa mereka sejalan dengan cara-cara yang diamalkan di India ( pada masa itu). Mereka menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengira bayaran pelabuhan serta cukai-cukai yang dikenakan atas barangan seperti timah dan gajah dan barangan import seperti bahan-bahan pakaian dan budak belian. Mereka mempunyai standard ukuran berat dan panjnag sendiri dan melaksanakan aturan-aturan bagi mengetahui muatan kapal dan cara mengumpulkan cukai oleh pengawai-pegawai pelabuhan

untuk diserahkan kepada kapitan perdagangan .. , Sudah pasti pentadbiran orang-orang ,Melayu adalah cekap dan adil sehingga bangsa-bangsa asing begitu tertarik untuk berniaga ke pelabuhan itu..’

Dalam hubungan ini, elok ditinjau pula kota Melaka mengikuti pemerihalan 'Sejarah Melayu'

(5)

perahu dan sampan yang di satu pihak menghubungkan Bandar dengan pendalaman serta di lain pihak dengan kapal-kapal dan perdagngan yabg besar yang berlabuh di tepi laut tiada berapa jauh dari muara sungai.

Penduduknya yang bersifat kosmopoIitan terl etak di sebelah utara sungai yang didirikan suatu kompleks gudang-gudang yang dikelilingi penjuru dengan pagai kawat berduri dengan dikawal ketat di waktu malam. Banyak saudagar-saudagar dari segenap tempat mempunyai tanah-tanah yang luas serta dalam rumah-rumah yang cantik dikelilingi oleh taman bunga. Kawasan sebelah selatan sungai pula dikhaskan bagi Sultan serta pembesar-pembesar Melayu, masjid utama dan pemakaman raj a-raja. Bangunan-bangunan itu menduduki kawasan yang sekarang ini dikenalii sebagai St. Paul's Hill.

Pada abad keenambelas, bandar Melaka dianggarkan mempunyai penduduk Antara 40,000 dan 50,000 orang (Courtenay: 1972). Ulasan peribadi Duarte Barbosa (1875-84) menggambarkannya sebagai sebuah 'pelabuhan laut yang sangat kaya, tempat tumpuan saudagar-saudagar borongan dan kapal-kapal dagangan yang paling ramai di seluruh dunia.

Justru kemasyhuran serta kekayaan itulah yang telah menerbitkan selera orang-orang Portugis untuk merampas bandar tersebut. Pada tahun 1511, mereka berjaya melaksanakan niat itu dan dengan demikian berakhirlah zaman kegemilangan Melaka. Dalam pertempuran yang berlaku, sebahagian besar bandar Melaka telah hancur dan pihak perampas dengan segera mendirikan satu benteng yang kukuh dengan menggunakan buruh orang Melayu yang dipaksa memecahkan batu-batu bekas makam raja-raja dan masjid. Benteng itu dibina satu tempat yang strategik di sebelah selatan dekat muara Sungai sehingga mudah dibekali dari laut. Kemudian ianya digabungkan menjadi bahagian daripada bandar kubu di mana orang-orang Portugis mendirikan rumah gabenor, Dewan Bandaran, dua bangunan hospital, sekolah dan beberapa buah gereja. Bandar kubu ini dibina mengikut contoh kubu-kubu zaman pertengahan akhir Eropah, dan dikhaskan bagi orang-orang Portugis sahaja, termasuklah askar-askar, pentadbir-pentadbir dan saudagar-saudagar mereka. Di tepi sebelah utara sungai, bandar yang dibina pada pemerintahan raja-raja Melayu masih sediakala, (Kennedy; 1970).

Perlu diketahui semasa pemerintahn Portugis, semua lalulintas; kapal dagang yang sedang berlayar di Selat Melaka dipaksa singga di pelabuhan itu untuk memaksa membayar cukai-cukai tertentu. Hal demikian mebuatkan perasaan benci di kalangan saudagar-saudagar dan kemasyhuran Melaka mula cepat menurun, bahkan penduduknya tidaj pernah mencapai separuh daripada bilangan penduduk di zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu sbelumnya.

Pada tahun 1641 orang Belanda dengan bantuan Melayu Johor menyerang dan Berjaya merampas Melaka setelah menghadapi pertempuran hebat yang mengakibatkan bandar itu binasa menjadi tumpukan puing. Menurut Moorhead (1962) serangan ke ke kota Melaka kali ini lebih dahsyat daripada serangan orang-orang Portugis 130 tahun sebelumnya, sehingga jumlah penduduknya pun telah berkurang dari 20,000 menjadi 2,150 orang sahaja.

Di bawah penjajahan Belanda peranan pelabuhan Melaka semakin berkurangan, kerana orang Belanda mengguna annya lebih sebagai benteng untuk mengawasi kepentingan mereka di Selat Melak a dan ianya tiada sebagai pusat perdagangan. Pusat perdagangan orang Belanda ialah Batavia (sekarang Jakarta), ibukota Empayar Hindia-Timur mereka. Walau bagaimanapun,di bawah pentadbiran Belanda telah mewariskan sejumlah bangunan-bangunan yang terserl ah yang menghiasi bandar Melaka hinggakan ke masa kini, termasuklah Dewan Bandaran Belanda, gereja-gereja, berbagai-bagai bangunan am serta kediaman.

Pada tahun 1 795, Melaka diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris dan berfungsi sebagai

(6)

untuk memindahkan semua penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka bandar Melaka mengalami penghancuran yang diatur, bahkan bekas-bekas perbentengan Portugis yang kukuh itu pun mulai diruntuhkan .

Kalaulah tidak kekangan hebat dari seorang pegawai atasan kerajaan British yang bekerja di Pulau Pinang pada masa itu, bandaraya Melaka yang be sejarah itu mungkin sama sekali akan hancur. Orang yang dimaksudkan di sini ialah Thomas Stamford Raffles, seorang yang cintakan warisan kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu yang sangat terkenal dalam sejarah (Allen:1968).

Tatkala permusuhan berakhir di Eropah, Melaka diberikan semula kepada Belanda pada Tahun 1818, yang menguasainya selama enam tahun, Kemudian, sebagai bahagian daripada perjanjian Inggeris - Belanda tahun 1824, Belanda menyerahkannya kembali Melaka kepada Inggeris, Dua tahun kemudian kawasan itu digabungkan dengan Singapura dan Pulau Pinang dalam suatu bentuk yang dikenali sebagai 'Negeri- Negeri Selat'. Ketika itu bandar Melaka mempunyai 31,000 orang penduduk, dua pertiga di antaranya terdiri dari orang-orang Melayu (Turnbull : 1972), Walaupun bilangan itu lambat laun

bertambah mencapai 125,000 orang pada tahun 1911 (Courtenay :1972), kegiatan perniagaan di Melaka tidak pernah menyamai kejayaannya di masa silam dan ia tetap terbelakang jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan Singapura.

Salah satu perkara yang menarik tentang penduduk Melaka ialah unsur orang-orang Cinanya. Ramai di antara mereka adalah keturunan keluarga yang telah tinggal di situ semenjak bandar itu mula-mula didirikan. Melalui perkahwinan campur dengan orang Melayu, muncullah suatu masyarakat khas yang dikenali sebagai 'Cina-Baba', Mereka memakai pakaian dan bertutur bahasa Melayu, akan tetapi tetap mengamalkan unsurunsur warisan Cina. Di samping itu bandar Melaka juga mempunyai suatu

masyarakat kecil beragama Katolik berasal daripada keturunan orang-orang Portugis.

Kini, Melaka tidak lagidemikian, bandar ini bukanmerupakan bandar pelabuhan yang utama di Malaysia, Namun ia mempunyai kedudukan yang unik dan istimewa di antara bandar-bandar di Malaysia demi kekayaan sejarahnya. Dari segi senibinanya pula , Melaka merupakan percampuran antara runtuhan benteng Portugis yang menggerunkan, bangunan-bangunan Belanda yang megah, rumah-rumah kedai dan kuil-kuil orang Cina yang beraneka warna serta rumah-rumah dan masjid-masjid orang Melayu yang berbentuk tradisional.

Bandar-Bandar Kuala

Jatuhnya bandar Melaka pada tahun 1511, memulakan peringkat baru perkembangan bandar- bandar Semenanjung. Walaupun Melaka dan kawasan sekitarnya berada dalam cengkaman penjajah, mereka tidak berupaya atau berdaya untuk menjalankan kekuasaannya ke atas negeri-negeri asal Melayu yang biasa mendapat perlindungan serta mengakui ketuanan Melaka. Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang Portugis ditambah pula dengan dasar perdagangan mereka yang bersifat monopoli telah menimbulkan kengganan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk bersahabat dengan mereka. Tidaklah menghairankan jika saudagar-saudagar Melayu selalu berusaha untuk menghindarkan penggunaan Melaka sebagai pelabuhan perantara. Walaupun ada di antara negeri-negeri Melayu itu yang jatuh ke bawah pengaruh Siam dari masa ke semasa, mereka mulai menggiatkan perdagangan langsung dengan saudagarsaudagar asing seperti saudagar-saudagar Arab dan India Islam yang sudah tentu sama-sama benci kepada orang Portugis. Kemudiannya orang Melayu mulai pula berhubungan dengan saudagar-saudagar Belanda dan British dari Eropah.

Selama berabad-abad , seiring dengan perkembangan perdagangan, pelabuhan serta ibukota negeri-negeri Melayu itu bertambah besar dan menarik lebih ramai lagi penduduk. Berkat meningkatnya cara-cara hidup bandar yang diperkenalkan oleh masyarakat saudagar asing, tempat-tempat tumpuan penduduk itu beransur-beransur memperolehi sifat-sifat kebandaran . Maka, pada pertengahan abad kesembilan-belas kedudukan Kota Bharu, Kuala Trengganu, Kuala Dungun, Pekan, Johor Bahru, Bandar Maharani, Klang, Kuala Selangor, dan Kota Star sebagai bandar, sudah menjadi kukuh

(7)

Seperti telah disentuh diatas, faktor geografi memainkan peranan penting dalam pembentukan pola pertempatan di Tanah Semenanjung, dan bahawa kerajaan-kerajaan kecil selalu bermula dengan perkampungan-perkampungan di dataran tepi sungai yang lebar. Jadi, tidaklah menghairankan jika hampir semua bandar-bandar yang disebutkan tadi terletak dekat muara sungai, kerana bandar-bandar itu dibina ketika air, maksudnya sungai dan laut, masih merupakan cara pengangkutan yang sangat penting pada ma situ. Juga ada Bandar-bandar yang disebutkan di atas, seperti Kota Bharu, Kuala Trengganu, Kota Setar dan Johor Bahru merupakan bandar di raja, iaitu Bandar sebagai pusat pemerintahan di masa yang sama menjadi tempat pemerintahan.Bandar tersebut juga di mana sultan dan pemunggut cukai dikenakan ke atas barang-barang dagangan yang masuk dan keluar, serta Raja mengawasi pergerakan penduduk dari bandar dan ke pendalaman . Oleh kerana itu, hujah mengatakn sungai di sebut 'kuala' dalam bahasa Melayu merujuk bandar-bandar itu sebagai 'bandar kuala'.

Kadangkala, pelabuhan niaga juga ibukota sesebuah negeri juga letaknya, iaitu ibu kota yang agak lebih jauh ke hulu sungai. Pemisahan itu biasanya dibuat atas pertimbangan pertahanan. Bagi mendapatkan secara am gambaran taraf perkembangan bandar kuala pada pertengahan abad kesembilanbelas, eloklah kita ikuti huraian Kennedy (1970). Menurut beliau walaupun mempunyai konsentrasi penduduk yang besar, ibu-ibu negeri itu pada umumnya masih mempunyai rupa kampung. Akan tetapi pusat-pusat bandarnya telah mengandungi beberapa bangunan besar dan tersergam, seperti masjid, istana raja, rumah pembesar-pembesar lainnya dan sebuah pusat perniagaan tempat para saudagar berjual-beli atau bertukar-tukar barangan. Istana raja merupakan sebuah komplek bangunan yang terdiri daripada

bangunan tempat sultan bersemayam dan pejabat-pejabat pemerintahan . Bandar di raja lazimnya juga mengandungi rumah-rumah para tukang kraftangan binaan untuk melayani keperluan istana. Dari Munshi

Abdullah (1928) pula beliau mendapati pemerihalan khas tentang Kuala Terengganu yang berbunyi sebagai berikut

:-'Ibu negeri Trengganu dalam tahun 1836 merupakan campur aduk rumah-rumah kediaman serta rumah -rumah kedai yang dibina di sebelah menyebelah jalan-jalan sempit dan berliku-liku. Istana Sultan terbuat daripada batu. Orang-orang Cina mendiami dalam bandar yang cukup besar dan berada di bawah perintah seorang tuan Cina, dan orang yang terkaya adalah seorang Cina Islam. Ikan dan sayur-sayuran banyak terdapat, dan barang-barang eksport Seperti kopi, pinang, kain sutra, serta kain songket

berbenang emas dan perak. Dadah, benang serta kain-kain Eropah diimport. Di pelabuhan dapat dilihat perahu-perahu nelayan yang indah dan beraneka warna’.

Bandar-bandar kuala yang disebutkan di atas pada asasnya adalah bandar orang-orang Melayu kerana perkembangan sejarahnya. Walaupun demikian, jauh sebelum abad kesembilanbelas sudahaada di dalamnya kelompok tuan-tuan kedai serta peniaga-peniaga Cina yang diaim dalam bahagian khas bandar yang biasa disebut sebagai 'Kampung Cina'. Kedatangan orang-orang Cina secara besar- besaran pada pertengahan kedua abad kesembilanbelas telah menukar karektar bandar-bandar tersebut.

Kepentingan British serta pembangunan pesat ekonomi sebagai hasil daripada eksploitasi timah dan pekebun-getah secara besar-besaran telah menyebabkan tumbuhnya sebahagian besar badar-bandar yang ada sekarang di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Perbincangan mengenai bandar-bandar tersebut adalah di luar skop kertas ini.

Penutup

Dalam kertas kerja ini kita telah melihat bahawa secara tradisi orang Melayu diam di pertempatan-pertempatan kecil yang disebut kampung. Perkembangan perdagangan laut antara barat dan timur serta penyerapan segi-segi kebudayaan India dan China merupakan faktor utama yang menyebabkan

tumbuhnya negara-negara kota keindiaan, ibu kota negara-negara kecil dan seterusnya menjadi agen penting yang mempengaruhi proses paling awal daripada perbandaran di Semenanjung Tanah Melayu.

(8)

di seluruh dunia, pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara dan sekali gus memperkukuh lagi penggunaan bahasa Melayu di Nusantara. Zaman kegemilangan Melaka selama lebih kurang satu abad telah hancur kerana Kedatangan penjajah, namun ia sudah tentu menyumbang dalam memberi acuan kepada pertumbuhan bandar dan negeri-negeri Melayu kemudiannya.

Senarai Rujukan

Abdullah bin Abdulkadir (1928), 'Pelayaran Abdullah', Malaya Publishing House, Singapore.

Allen, Richard (1968), 'Malaysia Prospect and Retrospect’, Oxford University London .

Barbosa, Duarte (1975 - 84); The Books of Duarte Barbosa', Vol. 2 (Trans by M.L. Dames) Hakluyt Society, London.

Begbie, PJ. (1967), 'The Malay Peninsula', Kuala Lumpur.

Brown, C.C. (1952), 'Sejarah Melayu (Malay Annals)'. Journal of the Royal Asiatic Society, Malaya Branch, vol. 25, Bahagian 2 & 3.

Chen Voon Fee (ed.) (1998), ‘The Encyclopedia of Malaysia: Architecture', Vol. 5), Didier Mille , Kuala Lumpur.

Courtenay(1 972), 'A Geography of Trade and Development in Malaya', Bell, London.

Gallion, Arthur B dan Eisner, Simon (1969), The Urban Pattern" Reinhold, New York.

Hamzah-Sendut (1962), 'Pattern of Urbanization in Malaya', Journal of Tropical Geography, Vol. 16.

Hamzah-Sendut (1965), 'Urbanization', dalam Wang Gungwu (ed), Malaysia A Survey, Praeger, N.Y. Washington, London.

Kennedy, J. (1970), ‘History of Malaya', Macmillan, London.

Lamb, Alastair (1965), 'Early History', dalam Wang-Gungwu (ed). Malaysia: A survey, Praeger, New York.

Van Leur J.C. (1955), ‘Indonesian Trade and Society', the Hague.

Purcell, V. (1952). ‘The Chinese In South East Asia'. Oxford Universssity Press , London .

Moorhead, F .J. (1957), 'A History of Malaya and Her Neighbours', Longman, Green , London , Vol.1.

Moorhead, F.J., ‘History of Malaya', Vol. 11, Longmans, Kuala Lumpur.

Mumford, Lewis (1966), ‘The City in History', Sector & Warbury, London.

Ryan, N.J. (1963), ‘The making of Modern Malaya', Oxfor d University Press, Kuala Lumpur.

(9)

Waterson, R (1990), ‘The Living House: An Anthropology of Architecture in South East Asia’, Oxford University Press, Singapore.

Wheatly, Paul (1961),’ Th e Golden Khersonese ', University Malaya, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Pad Pada a saa saat t pen penger gerjaa jaan n lan lantai haru tai harus di s di len lengkap gkapi dengan kabe i dengan kabel l duc ductin ting g dan pemasangan

Berdasarkan karakteristik permasalahan dan tujuan yang ingin dicapai, penelitian ini akan dilaksanakan dengan rancangan penelitian dan pengembangan pendidikan

(2) Perusahaan atau industri yang mempergunakan bahan kimia berbahaya dengan kuantitas sama atau lebih kecil dari Nilai Ambang Kuantitas (NAK) sebagaimana

Derajat subsitusi CMC tertinggi yang dihasilkan pada penelitian ini diperoleh dari perlakuan asam trikloroasetat 20 % dan waktu reaksi 3 jam. Sehingga viskositas CMC

Pada penelitian ini akan dilakukan sintesis dan karakterisasi Na-CMC dari selulosa tanaman eceng gondok yang diperoleh dari dua daerah yang berbeda, yaitu daerah Jatinangor

6) Sekitar pukul 10.00 waktu Papua masih di tanggal 4 Desember 2012, kepada keluarga (tanta korban Nelestin AP) seorang kerabat keluarga korban menyampaikan

Dari hasil uji Titrasi (GC) terhadap minyak turunan biji kemiri yang digunakan sebagai bahan baku untuk menghasilkan biodiesel telah didapat bahwa kandungan asam lemak bebas

Di samping itu, petani juga meminta pada dewi sri senang dibawa pulang dengan mem- beri beberapa makanan ke tengah sawah. Selanjutnya makanan dibagikan kepada anak- anak secara