• Tidak ada hasil yang ditemukan

Strategi pujuk rayu dalam perkahwinan : tanggapan dan pengalaman lelaki Melayu dalam konteks komunikasi interpersonal / Hariyati Ariffin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Strategi pujuk rayu dalam perkahwinan : tanggapan dan pengalaman lelaki Melayu dalam konteks komunikasi interpersonal / Hariyati Ariffin"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

©Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Hakcipta terpelihara

Tidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secara elektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan ini sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu. Diterbitkan di Malaysia oleh:

Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre, 40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia. Tel: 03-5522 5448 / 5515 Fax: 03-5522 5489

e-mail: impakuitm@salam.uitm.edu.my

Mengandungi Indeks ISBN 978-967-11172

e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peribadi mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dan UiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang diterbitkan hendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.

Sidang Editorial

Pengerusi:

Prof. Madya. Dr. Mohd Sazili Mohd Shahibi

Ketua Editor:

Dr. Samsudin Wahab

Senarai Editor:

Prof Madya Dr. Rozi Malim Prof Madya Dr. Ghazali Daimin

Prof Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff Tuan Haji Juwahir Ali

Hasan Abdullah

Fairul Nazmie bin Osman Norhayati Hussin

Grafik:

Mohd Husni Mohd Som Mohd Hafiz Ab Satar Hussien Harnis

(3)

JADUAL KANDUNGAN

Tajuk

Muka

Surat

Dasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan Global

Dr Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali dan Hasan Abdullah FELO, Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu IMPAK

3-10

Peranan Komunikasi Visual dalam Perpaduan Melayu

Prof. Madya Dr Ghazali Daimin, IMPAK 11-15

Bangsa Melayu dan Orang Jawi Menurut Kitab Turath Arab

Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil,CITU, UiTM Perak 16-22

Pengaruh Status Ekonomi Keluarga Terhadap Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Melayu: Kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak Bangsa

Zarul Azhar Nasir, Unit MDAB UiTM Perak

23-29

Perbandingan Manoriti Melayu Ayutthaya & Pattani Dalam Domain Keluarga, Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial & Politik

Prof Madya Dr Muhammad Rozi Malim, IMPAK

30-42

Komunikasi Efektif Melalui Media Perantaraan Di Kalangan Masyarakat Melayu Melaka

Raha Radzi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka

43-57

Estetika Melayu dalam Seni Moden Malaysia

Nurkhazilah Idris, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Kuala Terengganu 58-67

Kajian Budaya Dan Fundamental Terhadap Seni Lukisan Kontemporari Malaysia : Masyarakat Jawi Peranakan

Siti Nur Izaura Bt Mohd Razis, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Shah Alam

68-77

Atlet Bumiputera: Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Dalam Sukan

Dr. Vincent A. Parnabas, Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam 78-77

Pembentukan Kerangka Sosio-Budaya Anthropologi Terhadap Budaya Masyarakat Minangkabau Di Malaysia

Nurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak

84-90

Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu

Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Terengganu 91-97

Manifestasi Pandangan Dunia Melayu Dalam Rupa Dan Jiwa Seni Catan Wanita Melayu

Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Melaka

98-106

Strategi Pujuk Rayu Dalam Perkahwinan: Tanggapan dan Pengalaman Lelaki Melayu Dalam Konteks Komunikasi Interpersonal

Hariyati Ariffin, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam

(4)

STRATEGI PUJUK RAYU DALAM PERKAHWINAN :

TANGGAPAN DAN PENGALAMAN LELAKI MELAYU

DALAM KONTEKS KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Hariyati Ariffin

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam

ABSTRAK

Kajian awal strategi pujuk rayu dalam perkahwinan dari sudut Komunikasi Interpersonal ini bertujuan mengenalpasti pendekatan dan tanggapan lelaki Melayu berkaitan konsep pujuk rayu dan ekspresi kasih sayang dalam rumahtangga. Kasih sayang dan keintiman adalah resepi mengeratkan hubungan pasangan yang berkahwin, lebih-lebih lagi apabila perkahwinan menjangkau satu tempuh yang lama. Dalam menzahirkan rasa kasih sayang dan keintiman pasangan yang berkahwin peranan komunikasi interpersonal amat penting sebagai medium mengeratkan untuk membaja perasaan kasih dan cinta dalam rumahtangga. Tanggapan umum mengenai sikap lelaki Melayu dalam mempraktikkan kasih sayang terhadap pasangan atau isteri amat jauh berbeza daripada lelaki Barat yang dikatakan lebih penyayang dan mudah meluahkan kasih sayang. Secara umum Lelaki Melayu disifatkan kurang meluahkan kasih saying dan ego dengan kedudukan mereka sebagai ketua keluarga. Sistem nilai masyarakat kita yang berpegang pada agama dan budaya amat berbeza dengan masyarakat Barat yang sangat terbuka dalam ekspresi kasih saying. Disebabkan itu, ramai beranggapan lelaki Melayu sukar meluahkan rasa kasih saying dan tidak begitu mengambil berat terhadap perasaan isteri.

Seringkali kajian mengenai sikap lelaki Barat turut dirujuk sebagai suatu luahan rasa semua lelaki dan dianggap mewakili semua lelaki di dunia. Bagaimanapun lelaki Melayu sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dalam mengamalkan strategi pujuk rayu dengan pasangan mereka bagi mengekalkan keharmonian sebuah rumahtangga. Pengaruh budaya dan agama mencorakkan cara lelaki Melayu mengamalkan strategi pujuk rayu dan berkasih sayang dengan isteri mereka. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dimana temuramah secara mendalam atau indepth interview dijalankan keatas 8 orang informan lelaki yang sudah berkahwin. Mereka berusia antara 35 hingga 60 tahun, dan telah berkahwin selama lebih 10 tahun dan tinggal disekitar lembah klang. Antara yang akan dikaji ialah cara dan pendekatan Interpersonal yang digunakan oleh informan dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka melalui strategi pujuk rayu dan luahan kasih sayang terhadap isteri mereka.

Kata kunci: Strategi pemujukan, keintiman, kasih sayang, Komunikasi Interpersonal, Lelaki Melayu, perkahwinan dan Komunikasi

PENDAHULUAN

Kemahiran berkomunikasi amat penting dalam kehidupan. Ini kerana dengan berkomunikasi kita dapat menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dalam sesuatu perhubungan. Dalam perkahwinan pula, komunikasi antara suami dan isteri amat penting kerana, melalui komunikasi kita mendapatkan zuriat, menyatakan perasaan dan kehendak, membina kemesraan dan kasih sayang, berhibur, mengenali pasangan dengan lebih dekat dan juga untuk membimbing dan mendidik. Selain itu,cara bercakap dan berkomunikasi mempamerkan peribadi seseorang. Melalui komunikasi juga dapat ia dapat meningkatkan kasih sayang dan mengelak salah faham. Dalam kaitan yang sama komunikasi dalam perkahwinan amat penting sebagai jambatan menyampaikan maklumat, berkongsi ilmu dan meluahkan perasaan. Pujuk rayu dan kata-kata manis serta tutur kata yang lembut dan baik dapat

(5)

mengekalkan keharmonian rumahtangga. Kasih sayang dalam rumahtangga antara suami dan isteri dapat dizahirkan melalui perkataan dan perbuatan yang menyenangkan keduanya.

Masyarakat Melayu, mempunyai sistem nilai yang mengutamakan kaum lelaki dan menghormati lelaki sebagai suami dan ketua rumahtangga. Dalam perkahwinan, lelaki dipandang sebagai ketua rumahtangga dan orang yang membimbing serta menyara hidup keluarga. Disebabkan itu lelaki Melayu mempunyai kedudukan yang agak tinggi berbanding kaum wanita Melayu. Mereka dihormati oleh isteri dan menjadi contoh dan Idola kepada anak-anak. Disebabkan itu, lelaki Melayu dikatakan mempunyai sifat yang tegas dan adakalanya ego serta sukar berlebih kurang dengan isteri. Mereka dikatakan bersifat sedemikian bagi menunjukkan keperkasaan, gagah dan dominasi serta dihormati sebagai ketua keluarga. Lelaki yang mempunyai jiwa dan emosi yang lemah dan mudah mengalah akan dilabel sebagai lelaki yang kurang bersifat kejantanan.

Senario perkahwinan dan rumahtangga zaman sekarang walaupun sudah banyak berubah, tetapi majoritinya masih mengekalkan ciri tradisi yang mengangkat darjat suami sebagai orang nombor satu dalam keluarga. Sifat lelaki Melayu juga banyak berbeza sebelum dan selepas berkahwin. Jika sebelum berkahwin mereka nampak lebih penyayang dan lebih banyak meluahkan perasaan terhadap pasangan, bagaimanapun apabila sudah berkahwin dalam tempuh yang agak lama umpamanya 10 tahun dan keatas, sifat meluahkan kasih sayang semakin pudar. Mereka malu untuk jalan bersama isteri dan memegang tangan isteri. Mereka lupa tarikh ulangtahun perkahwinan dan tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka. Sikap tidak ambil kisah atau take for granted bahawa perkara itu tidak perlu di baja lagi apabila sudah lama berkahwin, menyebabkan ada isteri yang merasakan diri mereka dipinggirkan. Wanita mempunyai jiwa halus dan perasaan kasih yang sangat mendalam dan mudah sensitif. Emosi wanita mudah terusik lebih-lebih lagi apabila sudah lama berkahwin dan suami sentiasa menolak untuk bermesra seperti berjalan berduaan, memeluk dan mencium isteri. Alasan biasa yang diberi kaum lelaki ialah malu dengan anak-anak, apa pula orang lain kata dan sudah berusia.

Sikap sedemikian adakalanya memberikan tamparan hebat pada isteri yang secara emosinya amat memerlukan belaian suami dan pujuk rayu sebagai makanan jiwa. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengupas tentang sifat lelaki melayu dalam meluah kasih sayang terhadap isteri dalam konteks hubungan interpersonal suami isteri dan keintiman. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan fakta terkini mengenai tanggapan umum yang mengatakan lelaki Melayu tidak menghargai isteri, ego dan sentiasa megelak untuk meluahkan kasih sayang kepada isteri. Semoga hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak yang tertentu khususnya dalam hubungan suami isteri dan kebahagiaan perkahwinan

Pernyataan Masalah:

Secara rambang ramai wanita beranggapan lelaki Melayu kurang meluahkan rasa kasih sayang kerana sifat lelaki Melayu yang lebih suka memendam rasa dan malu untuk berterus terang. Bagaimanapun ada juga wanita yang beranggapan lelaki Melayu tidak budiman jika dibandingkan dengan lelaki Barat yang dikatakan lebih penyayang, gentlemen, atau budiman dan mengambil berat. Adakalanya cara lelaki barat meluahkan rasa kasih sayang membuatkan wanita rasa lebih dihargai. Bagaimana pun Lelaki Melayu dikatakan lebih bersifat pasif dan kurang memahami kehendak wanita mungkin disebabkan oleh faktor budaya yang lebih merujuk mereka sebagai pemimpin keluarga dan mempunyai sifat tegas.

Dalam satu artikel yang di siarkan di Utusan Online menjelaskan bahawa sifat baik dan bersopan terhadap wanita sudah lama menjadi ukuran tingkah laku seorang lelaki budiman atau gentlemen, tetapi kebanyakan wanita yang muda atau yang berusia dalam masyarakat kita berpendapat ramai lelaki khususnya Melayu tidak mempunyai sifat budiman, penyanyang dan bertanggungjawab. (Utusan Online 11 Okt 2011)

(6)

Malah dalam satu blog yang ditulis oleh Anamarza menyatakan bahawa antara sifat lelaki Melayu yang dapat disimpulkan ialah, mereka tak suka membantu isteri, ego tinggi, tak prihatin ,sukar meluahkan perasaan cinta, kurang sikap bertolak ansur, pengotor dan tak kemas. (http://www.anamarzablog.com/2010/06/fakta-atau-autaperihal-lelaki-melayu.html

Persepsi stereotype lelaki melayu juga turut digambarkan dalam prosa melayu, antaranya seperti seorang yang bertanggungjawab, ketua keluarga, kuat nafsu dan berkuasa. Kesemua pandangan mengenai sikap lelaki yang digambarkan itu, masih kekal ke hari ini ( Journal E Bangi, 2006) Berdasarkan itu jelas menunjukkan bahawa lelaki Melayu sememangnya mempunyai ciri seperti ego yang tinggi, berkuasa dan mementingkan diri menyebabkan jika mereka meluahkan perasaan sewenang-wenangnya menyebabkan mereka hilang sifat kejantanan atau sifat perkasa yang menjadi ciri lelaki sejati Melayu.

Walaupun tidak semua lelaki melayu mempunyai sikap seumpama itu kajian ini akan cuba merungkai permasalahan berkenaan dan membuktikan bahawa lelaki melayu mempunyai keistimewaan mereka sendiri dalam seni pujuk memujuk yang sering terlepas pandang oleh wanita Memang tidak dapat dinafikan naluri wanita yang sentiasa dahagakan kasih sayang dapat di penuhi dengan belaian dan pujukrayu serta kebijaksanaan ekspresi kasih sayang daripada suami mereka. Secara tidak langsung perlakuan dan kemesraan itu adalah pengikat keharmonian rumahtangga dan kesejahteraan hidup berkeluarga.

Dalam kaitan yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis Riwayat al-Tirmizi. Berdasarkan itu kajian ini ingin merungkai dan mencari punca dan faktor keintiman lelaki Melayu

Objektif Kajian:

a) Untuk mengenalpasti pendekatan pujuk rayu ( ekspressi kasih sayang) dalam kalangan lelaki Melayu dalam Perkahwinan

b) Untuk menentukan sejauhmana lelaki Melayu mengamalkan Komunikasi Interpersonal dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam perkahwinan.

Persoalan Kajian.

a) Apakah pendekatan yang diamalkan oleh lelaki Melayu dalam strategi pujuk rayu dan luahan kasih sayang dalam perkahwinan.

b) Bagaimana lelaki Melayu mengamalkan komunikasi Interpersonal dengan pasangan masing2 bagi mengeratkan hubungan kasih sayang dalam perkahwinan.

SKOP DAN RASIONAL KAJIAN

Institusi perkahwinan adalah satu platform melahirkan modal insan yang berkualiti. Kesejahteraan rumahtangga dan kebahagiaan perkahwinan bergantung pada kebijaksanaan suami dan isteri melayari bahtera perkahwinan mereka. Anak-anak yang lahir dari keluarga bahagia akan menjadi masyarakat yang bukan saja penyayang tetapi juga dapat mengendalikan kehidupan yang harmoni dan sejahtera berdasarkan konsep kepimpinan melalui teladan. Jika rumahtangga ayah dan ibu mereka bahagia, mereka pasti mengiginkan keadaan yang sama dalam rumahtangga mereka.

Kajian ini akan dilakukan keatas informan yang sudah berkahwin lebih daripada 10 tahun dan tinggal disekitar lembah Klang. Informan berusia dalam lingkungan 35 hingga 60 tahun. Antara perkara yang mendorong pengkaji membuat kajian ini ialah melihat kepada statistik perceraian yang semakin meningkat serta kajian Jabatan Agama Islam yang menjelaskan perkahwinan yang melebihi 10 tahun

(7)

sering goyah disebabkan rasa jemu dan kurang perhatian daripada pasangan yang berkahwin. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai panduan kepada pasangan lama dan baru mengenai kepentingan luahan kasih sayang dan pujuk rayu dalam perkahwinan sebagai pengerat dan kebahagiaan rumahtangga. Persepsi `sudah lama kahwin segalanya dah tahu dan tak seronok’ perlu di buang dan mereka perlu memeterai kembali rasa kasih sayang dan menjadikan kehidupan rumahtangga lebih ceria hingga ke akhir hayat. Cinta boleh memanjangkan hayat seseorang , justru memelihara rasa kasih sayang antara suami isteri dapat menjadikan hidup mereka lebih berkualiti.

Sorotan Literatur

Kajian ilmiah mengenai sifat lelaki Melayu dan kaitannya dengan komunikasi amat kurang dikaji oleh para sarjana tempatan mahupun luar negara. Bagaimanapun kajian dan buku popular mengenai sikap dan perlakuan lelaki dalam rumahtangga dan cara berkomunikasi ada terdapat dalam beberapa siri buku yang diterbitkan penerbit tempatan. Dalam ceramah yang diberikan pakar motivasi tempatan isu kelakian melayu dan peranan mereka turut disebut dan dikaji melalui pemerhatian dan pengalaman penceramah mahupun melalui luahan dan sesi soal jawab. Dalam kaitan yang sama, Kajian rintis yang dijalankan oleh Haslee Sharil Lim Abdullah (2007) terhadap keperluan suami isteri di Malaysia mendapati bahawa salah satu daripada keperluan isteri Melayu adalah memerlukan perbualan dalam hubungan dengan suami. Sedangkan bagi keperluan suami pula mendapati lelaki Melayu tidak mementingkan perbualan dalam hubungan kerana data dalam dapatan kajian berkenan tidak menyenaraikan perbualan sebagai lima keperluan utama suami. Sehubungan itu, suami Melayu perlu lebih peka dan memahami keperluan isteri yang ingin berbual dan berkomunikasi dengan suami. Tambahan pula komunikasi adalah saluran penting dalam pemupukan dan peningkatan sesuatu perhubungan ( Haslee, 2007 : 248)

Kajian daripada Jeanoot Abdul Karim dan Khairul Anuar Rezo ( 2012) , pula mengatakan Konsep asas yang lain berkenaan orang melayu adalah emosi tentang malu. Orang melayu beranggapan perasaan malu adalah elemen asas kebaikan dalam masyarakat. Mereka juga bersetuju dengan pandangan (Swift, 1995) menyamakan malu dengan hipersenditif tentang apa yang difikirkan oleh orang lain. Kesinambungan daripada itu, mendapati konsep budaya paling asas dalam interaksi masyarakat melayu adalah emosi social. Iaitu orang Melayu amat bimbang dengan apa yang akan difikirkan oleh orang lain. Malah perkara yang sama turut diungkapkan oleh residen Inggeris ditanah Melayu Frank Swetenhem dengan mengatakan bahawasanya orang Melayu mempunyai sifat umum seperti baik, beradab sopan dan menyenangkan . Mereka juga dikatakan tidak pernah berundur dia suka merendah diri dengan orang yang tidak dikenali dan berprasangka walaupun tidak ditunjukkan ( Frank Swettenham dalam bukunya The Real Malay)

Keinginan untuk menghindari malu telah dikenal pasti oleh sesetengah ahli antropologi sebagai kuasa utama kearah perpaduan perkampungan atau masyarakat Melayu . Dalam Islam masyarakat melayu juga sebati dengan ajaran agama Islam yang mengatakan Malu adalah separuh daripada iman yang merujuk kepada tingkah laku bersopan dan membatas perbuatan yang agak menonjol dalam masyarakat.

Rasional Fungsi Mengapa Manusia Berkomunikasi.

Brock and Bernard 1992 menggariskan cir-ciri optimum situasi berkomunikasi dalam keluarga. Mereka menyatakan cara berkomunikasi yang baik dalam keluarga ialah mestilah ada rasa ingin mendengar dan berkongsi. Mesej yang nak disampaikan juga harus jelas dan sesuai. Apabila terdapat percanggahan pendapat keluarga itu akan menerima persetujuan untuk berbincang. Beliau juga menegaskan bahawa hubungan yang rapat dan intim dengan pasangan yang dicintai adalah tersangat penting dalam kebahagiaan rumahtangga. Justru sebarang usaha meningkatkan hubungan yang rapat dan intim adalah sangat besar faedahnya kepada kebahagiaan sebuah keluarga.

(8)

Perkahwinan Dalam Masyarakat Melayu

Perkahwinan membawa makna sebagai kesediaan hati untuk menerima seseorang bagi saling berkasih sayang. H.M Tuah Iskandar (2002) turut menekankan bahawa perkahwinan yang diwarnai dengan kasih sayang dan cinta akan menghasilkan rumahtangga yang umpama syurga yang sentiasa menghadirkan kesejukan.

Dalam masyarakat Melayu, perkahwinan lazimnya adalah apabila si lelaki telah stabil kehidupannya serta memiliki ekonomi yang kukuh. Perkahwinan adalah salah satu titik untuk menyempurkan kejayaan dalam kehidupan seseorang. Seseorang yang berjaya belum dikira sempurna hidupnya jika perkahwinannya porak peranda. Menerusi perkahwinan, ciri-ciri yang diperlukan oleh nurani dapat dilayan sebaiknya.

Bagi suami isteri, perkahwinan adalah satu ikatan bagi menikmati cinta dalam bentuk yang teristimewa. Ini kerana cinta sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga, kuat dan bermotivasi sepenuhnya. Cinta tidak sepatutnya menjadi penyebab kemurungan, hilang keyakinan diri atau dendam-dendam yang tidak berkesudahan. (H.M Tuah Iskandar, 2002).

Perkahwinan juga adalah sebahagian daripada keperluan hidup. Sehubungan itu, Islam amat menekankan perkahwinan dikalangan umatnya kerana Islam begitu memelihara adab dan fitrah manusia. (Ibrahim Muhammad, 1998).

DEFINISI

Komunikasi Antarapersonal

Merujuk kepada proses komunikasi yanhg bertujuan untuk menerbitkan hubungan yang lebih akrab yakni bukan sekadar kenal sahaja. Lazimnya komunikasi bentuk ini membabitkan sekurang-kurangnya dua orang yang berinteraksi bagi mencapai persefahaman antara kedua-dua pihak.

Menerusi komunikasi antarapersonal juga, orang yang terbabit mempunyai kesedaran untuk menjadi lebih peka terhadap orang lain dengan mengambilkira faktor emosi, dalaman, perasaan dan cara untuk mendekati orang lain secara lebih mendalam. (Fisher & Adams, 1994)

Sehubungan itu, dalam konteks suami isteri dan rumahtangga, komunikasi antarapersonal perlu dipraktikkan. Sebagai teman hidup, suami dan isteri mahu menjaga perasaan satu sama lain dan mahu sentiasa bermesra. Komunikasi antarapersonal membawa pendekatan untuk mendekati dan mengenali pasangan dengan cara pujuk rayu, mengungkap kasih dan saying sebagai tanda untuk menyuburkan rumahtangga.

Keintiman dalam konteks Antarapersonal (Intim)

Menurut Beebe, Beebe dan Redmond (2010) keintiman antarapersonal adalah satu peringkat bagi pasangan yang terbabit dengan sesuatu perhubungan itu mengesah dan menerima satu sama lain sebagai pasangan istimewa. Semakin akrab pasangan itu, semakin kuat harapan dan pergantungan seorang pasangan terhadap pasangannya. Dengan kata lain, apabila sesuatu perhubungan itu mencapai tahap yang lebih rapat, pasangan berkenaan saling mempercayai dan menaruh keyakinan terhadap pasangannya.

Lazimnya tahap keintiman ini tercapai apabila pasangan terbabit menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Pada waktu itu, wujud satu perasaan bagi pasangan itu merasakan diri mereka dimiliki serta berasa lebih yakin denagan pertalian berkenaan. Apabila menyedari akan rasa dekat dengan pasangan, perasaan malu beransur berkurangan. Oleh itu, seseorang yang mencapai tahap ini akan berasa selesa

(9)

dan tidak kekok apabila berada disisi pasangan masing-masing. Malah, perasaan kasih dan sayang yang bertaut akan terus subur daripada semasa ke semasa.

H.M Tuah Iskandar (2002) pula melihat keintiman pasangan suami isteri adalah tergambar melalui tutur kata dan perilaku. Menurutnya, belum pernah beliau menemui pasangan Melayu yang seintim pasangan pasangan suami isteri dari negara barat yang beliau temui.

Dato Dr Fadzilah Kamsah juga ada mengatakan dalam siri ceramahnya yang menegaskan bahawa, pelukan dan belaian suami dapat meredakan rasa marah dan rasa tekanan isteri. Malah Pakar psikologi pernah mengatakan, bahawa pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Ini kerana ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.

Konsep Pujuk Rayu Dalam Islam

Islam menggalakkan suami membahagiakan isteri mereka. Malah rasullullah sendiri sentiasa memanjakan isteri dan membelai isteri sebelum ke masjid. Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.

Nabi juga sering memanggil isteri beliau dengan panggilan yang manja dan disukai isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.

” Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda”

Sehubungan itu, dengan tuntutan agama seorang suami perlu memahami bahawa wanita yakni isteri perlu digauli dengan bijaksana antara ketegasan dan kelembutan. Isteri lazimnya mempunyai jiwa yang sensitive dan suka bermanja. Wanita mudah lemah apabila berdepan dengan orang iaitu suami yang pandai menggunakan bahasa yang indah dan memikat.

Oleh itu, suasana rumahtangga perlu dihidupkan dengan gurau senda dan pujuk rayu antara pasangan suami isteri supaya masing-masing melalui kenikmatan apabila berada di rumah. Andainya suasana ini tidak dihidupkan, suami isteri akan berasa kesepian dan kepenatan jika apa yang dilakukan tidak dihargai.

Lelaki Melayu

Tidak ada definisi formal yang diberikan mengenai lelaki Melayu dan sifat mereka didalam kajian ilmiah mahupun dalam kamus. Bagaimanapun lelaki melayu sering disifatkan sebagai, seorang yang perkasa, kuat berpegang pada adat, dominan dan sentiasa berkuasa keatas isteri dan anak2nya. Ini sering digambarkan dalam drama dan filem tempatan. Malah turut ditulis dalam novel dan hikayat buku-buku lama.

Budaya dan sistem nilai masyarakat Melayu sentiasa menyanjung lelaki sebagai berkuasa, tempat berpaut bagi wanita, kuat dan sentiasa tidak bersalah dalam tindak tanduknya dan telah memberi persepsi seolah2 dunia ini milik lelaki ( Nor Hashimah Jalaluddin dan Norsimah Mat Awal, 2006) Dalam kehidupan realitinya, anak lelaki lebih disanjung berbanding anak perempuan. Biasanya ibu akan menyuruh, adik atau kakak membasuh baju adik atau abang lelaki dan menyediakan makanan untuk mereka. Sejak kecil lagi wanita melayu sudah diasuh menghormati kaum lelaki dan berkhidmat untuk mereka serta mentaati kaum lelaki walau dalam apa situasi pun.

(10)

Ini juga disebabkan sifat `reserve’ masyarakat Melayu yang dididik supaya tidak meluahkan perasaan secara terang terangan, samada wanita mahupun lelaki. Selain itu masyarakat Melayu juga mengamalkan sifat keserhanaan dalam perlakuan dan apa juga yang mereka lakukan, seperti tidak suka menunjuk2 , tidak cakap lepas, tidak menonjol dalam kehidupan seharian sekiranya tiada urusan yang berkenaan. Masyarakat melayu juga amat mementingkan sifat hormat menghormati sebagai cabang dalam adap dan budipekerti golongan itu. Umpamanya menghormati golongan lelaki sebagai ketua keluarga telah ditanam dalam fikiran anak-anak sejak mereka kecil lagi. Justru lelaki Melayu secara tidak langsung sememangnya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan budaya Melayu sejak dulu hingga ke hari ini.

Methodologi.

Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menjalankan temubual secara mendalam terhadap 8 orang informant yang terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin antara 10 hingga 30 tahun. Lingkungan umur antara 35 hingga 60 tahun dan tinggal sekitar Selangor. Tiga orang dari Shah Alam, tiga dari Petaling Jaya, seorang dari Jeram Selangor dan seorang dari Gombak Kuala Lumpur. Pekerjaan mereka terdiri daripada pesara, pemandu, kakitangan syarikat media, kakitangan kerajaan, ahli perniagaan dan kerja sendiri. 3 daripadanya anak sulung, selebihnya anak yang tengah. Kaedah temubual secara bersemuka dilakukan dan dirakam serta di transkrip untuk memudahkan penganalisaan data.

DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian mendapati, daripada lapan orang informan yang ditemubual, empat daripadanya adalah suami yang dominan dalam keluarga. Sementara itu, empat lagi terdiri daripada suami yang mengamalkan toleransi dengan isteri masing-masing.

Dapatan kajian ini dianalisis mengikut tema.

Tema:

1. Tidak luahkan kasih sayang melalui kata-kata 2. Tidak meluahkan kasih sayang melalui perbuatan 3. Berpegang kuat kepada adat dan agama.

4. Faktor Umur Bukan Ukuran Sikap Budiman 5. Ego dan maruah

6. Peranan Komunikasi Bukan Lisan 7. Kedudukan Ekonomi

8. Menghargai Isteri

Strategi memujuk yang diamalkan: 1. Beri hadiah

2. Ingat harijadi dan hari ulangtahun perkahwinan

3. Keluar berdua-duaan / bawa makan angin keluar negara

Tidak Meluahkan Kasih Sayang Menerusi Kata-kata

Temubual yang dijalankan dengan informan-informan yang terdiri daripada kalangan suami mendapati ada diantaranya tidak meluahkan kasih sayang kepada isteri. Faktor ini dipengaruhi oleh keadaan dimana perlakuan ini tidak biasa dipraktikkan. Malah ungkapan mesra dan pujuk rayu bukan menjadi kebiasaan dalam kehidupan dalam perkahwinan mereka. Oleh kerana tidak biasa menunjukkan kasih sayang dan beranggapan itu bukan perkara utama dalam perkahwinan menyebabkan suami berkenaan tidak nampak kepentingan meluahkan kasih sayang melalui kata-kata.

(11)

Selain itu, hal ini dikuatkan lagi dengan cara didikan keluarga Melayu dari kampung yang tidak melihat bahawa luahan kasih sayang adalah satu kemestian yang perlu ditunjukkan dalam hubungan kekeluargaan. Sistem nilai masyarakat Melayu yang lebih `reserved’ atau tidak perlu menunjukkan menyebabkan luahan kasih sayang tidak dipraktikkan. Sebagaimana kata seorang informan berkenaan ” Tidak mengucapkan kasih sayang bukan penyebab keruntuhan rumahtangga, masing-masing perlu faham kehendak pasangan. Ayah dan ibu saya dulu tak pernah pun meluahkan ras akasih sayang, tak pernah nampak mereka intim, tetapi perkahwianan mereka kekal hingga akhir hayat” Berdasarkan kata-kata ini tidak bermakna tidak meluahkan kasih sayang perkataan menyebabkan suami Melayu tidak sayangkan isteri. Cuma bagi mereka perasaan itu tidak dinukilkan pada kata-kata cukuplah apa yang dirasa melalui makna tersirat.

Tidak Meluahkan Kasih Sayang Menerusi Perbuatan

Kajian mendapati suami yang dominan turut tidak meluahkan kasih sayang dengan perbuatan atau

non verbal communication . Bahkan, seorang informan mengaku bahawa apabila keluar bersama isteri, dia tidak suka berpimpin tangan dengan isterinya. Seorang lagi informan memberitahu dia tidak akan tegur perbuatan isteri jika dia dah bosan dengan sikap isteri.

Suami berkenaan juga tidak suka memberi hadiah atau barang-barang kepada isteri kerana bimbang ia akan menjadi kebiasaan kerana tidak mahu isterinya mengharapkan hadiah atau barang-barang sebagai satu kebiasaan. Ini dikatakan sebagai perkara yang perlu difahami oleh isteri. Informan itu juga menyatakan bahawa sikap tidak memberi hadiah sememangnya dipraktikkan semenjak mereka mula berkahwin, Baginya memberi hadiah adalah satu pembaziran dan jika ianya diamalkan isteri akan sentiasa mengharapkan hadiah sebagai luahan kasih sayang. Baginya perbuatan memeluk, memimpin dan memberi hadiah hanya akan membuatkan isteri terlalu manja dan mengada-ngada serta tidak akan menghormati suami .

Seorang lagi informan memberitahu akan caranya yang tidak mahu memanjakan isteri dengan kemewahan kerana tidak mahu isternya terlalu manja dan tidak berdikari. Bagi kedua-dua informan itu, perkara ini tidak menjadi masalah kerana isteri masing-masing sudah sebati dan biasa dengan prinsip mereka.

Seorang lagi informan berpendapat, bermanja dengan isteri di depan anak-anak dan orang lain seperti memeluk, mencium dan bergurau senda hanya akan membawa aib diri. Baginya jika hendak bermanja tempatnya adalah dikamar tidur dan bukan ditunjukkan didepan orang lain.

Berpegang Kuat Kepada Agama dan Budaya

Terdapat pertindihan antara nilai agama dan budaya keatas beberapa informan yang taat ajaran agama tetapi tidak menunjukkan sikap mesra dan memujuk isteri. Walaupun Islam menggalakkan suami memujuk, membelai dan bergurau senda dengan isteri, ada informan yang berpegang teguh pada agama iaitu rajin solat, dan mengerjakan ibadah yang lain , beranggapan tidak perlu menunjukkan sifat tersebut kepada isteri.Ini mungkin disebabkan pengaruh budaya melayu yang harus mempamerkan ketegasan dan keperkasaan serta dominasi terhadap isteri dan anak-anak.

Mereka lebih memikirkan apa orang lain kata daripada menjaga hati isteri. Mereka juga berpegang pada sifat malu yang menjadi asas amalan masyarakat dalam pergaulan. Bagi mereka juga sifat itu seakan mencabar maruah kelelakian mereka apabila memujuk dan meluahkan perasaan terhadap psangan yang dilihat seolah-olah merendahkan dirinya pula.

Faktor Umur Bukan Ukuran Lelaki Budiman.

Daripada dapatan kajian ini, faktor umur bukan ukuran pada sikap lelaki budiman dan sentiasa mengambil berat terhadap isteri. Ada antaranya yang berusia 40 tahun tetapi bersikap tegas dan tidak boleh berlebih kurang dengan isteri. Ada juga informan yang hampir mencecah usia 60 tahun tetapi tetap mengamalkan kemesraan dengan isteri dan menghargai isteri pada tarikh penting dalam hidup mereka. Apa yang pengkaji dapat melalui sikap informan ialah mereka yang dibesarkan daripada keluarga yang didominasi oleh ayah akan mengikut jejak ayah mereka menjadi tegas dan kurang menghargai wanita. Sebaliknya responden yang mempunyai ramai adik beradik perempuan dan

(12)

mempunyai ayah yang berfikiran terbuka menjadikan mereka menghormati hak wanita dan sering mengambil berat tentang isteri mereka.

Ego dan Maruah

Seorang daripada informan menyatakan bahawa meluahkan kasih sayang bukan dengan cara memeluk dan mencium isteri depan orang ramai. Sebagai orang Melayu, maruah perlu dijaga apabila di khayalak ramai. Ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang perlu menjaga tatatertib dan sentiasa malu melakukan perbuatan yang tidak manis.

Seorang lagi informan yang beristeri dua pula memberitahu sebagai lelaki dan suami, dia perlu tegas dengan isteri-isterinya dan tidak mengamalkan konsep ‘bagi muka’ kepada mereka lantaran itu, isteri-isteri perlu patuh dan mengikut cakap suami.

Begitu juga informan yang berkahwin tiga kali, memberitahu, dia tidak akan memujuk atau mengambil hati isteri yang degil dan tidak mahu beralah dengan dia. Baginya wanita yang perlu memujuk lelaki bukan lelaki yang memujuk wanita

Seperkara lagi yang dimaklumkan oleh para suami adalah tentang sikap kasar dan garang sekali sekala apabila berinteraksi dengan isteri. Namun, bagi mereka sifat sedemikian tidak bermakna mereka tidak sayangkan isteri ianya lebih kepada dominasi dan authoritative (authoritarian)

Peranan Komunikasi Bukan Lisan

Bagi masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai budaya, komunikasi bukan lisan memainkan peranan penting apabila berinteraksi. Perkara ini disebabkan oleh lumrah masyarakat Melayu tidak mengungkapkan kata-kata secara terang-terangan lebih-lebih lagi yang berkisar tentang perasaan dan isi hati.

Seorang informan menyatakan cara dia menunjukkan kasih sayang pada isteri adalah dengan membawa isteri keluar berjalan berduaan seperti makan di luar atau membeli belah bersama-sama. Seorang lagi informan mendapati komunikasi bukan lisan membantunya memahami perasaan dan keadaan isteri. Misalnya apabila melihat isternya bermasam muka, lantas dia akan terus bertanya sekiranya ada masalah meskipun dia tidak biasa mengungkapkan perhatiannya dengan kata-kata puitis.

Sementara itu, bagi seorang lagi informan, duduk rapat dengan isteri di kala menonton televisyen berduaan adalah cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada isterinya. Duduk rapat adalah sebagai tanda ingin bermanja dan bermesra dengan isteri.

Kedudukan Ekonomi

Salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada sikap lelaki Melayu yang tidak mengamalkan strategi memujuk isteri adalah disebabkan oleh kedudukan ekonomi si suami.

Seorang informan menyatakan bahawa dia sayangkan kesemua anak-anak dan isterinya. Namun keadaan hidup yang sentiasa kesempitan kewangan menyebabkan dia tiada masa untuk bermanja dengan isteri serta sukar untuk meluahkan kasih sayang. Bahkan baginya memujuk rayu hanyalah membuang masa semata-mata. Selain itu, dikala kesempitan wang, dia tidak menghiraukan hari ulangtahun kelahiran anak-anak dan isteri kerana baginya mencari wang untuk keperluan harian lebih penting dari dilanda perasaan cinta.

Seorang informan juga berkata, kalau ada duit dia akan belikan isterinya barang kemas yang mahal jika tidak mampu dia hanya sekadar membeli mengikut kemampuanya saja.

(13)

Hargai Isteri

Seperkara yang didapati daripada golongan suami yang mengamalkan dasar toleransi dengan isteri adalah mereka amat menghargai isteri. Sehubungan itu, mereka berpendapat menunjukkan kasih sayang serta pujuk memujuk isteri adalah perkara yang mustahak dalam rumahtangga.

Seorang informan menyatakan kasih sayang perlu ditunjuk sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang telah melahirkan dan membesarkan anak-anaknya. Di samping itu, dia sedar bahawa isterinya perlu ditunjukkan kasih sayang daripada semasa ke semasa untuk membaja cinta dan kasih anatar mereka sehingga akhir hayat.

Sementara seorang lagi informan berpendapat, anak-anak dan isteri adalah harta yang paling berharga buat dirinya. Oleh itu, sekali sekala perlu ditunjukkan kasih saying dan mempunyai strategi memujuk supaya isteri berasa gembira.

Seorang lagi informan pula menghargai isterinya dengan meluangkan lebih masa bersama ( masa yang berkualiti) dan sekerap yang mungkin demi mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Bagi mereka jika selalu berjauhan dan tidak tahu perkembangan isteri dan anak-anak membuatkan pasangan suami isteri mudah rasa jemu.

Strategi Memujuk

Bagi informan-informan yang terdiri daripada suami yang mengamalkan toleransi dengan isteri berpendapat bahawa memujuk adalah inti kepada hubungan suami isteri yang sihat.

Masing-masing mempunyai strategi memujuk yang tersendiri. Misalnya mengingati ulangtahun kelahiran isteri, ulangtahun perkahwinan serta membeli hadiah pada hari-hari berkenaan.

Selain itu, ada yang sekali sekala membawa isteri dan anak-anak keluar bersiar-siar didalam dan diluar negara, bercuti sambil menginap di hotel sebagai cara untuk beristirehat bersama-sama.

Analisis kajian

Analis berdasarkan dapatan kajian ini mendapati latar belakang lelaki yang agak dominum misalnya ramai adik beradik lelaki, cara mereka dibesarkan dan sifat yang diamalkan oleh keluarga umpamanya mak ayah yang dominan , secara tidak langsung memperngaruhi sikap lelaki melayu dalam perkahwinan mereka. Lelaki jenis ini beranggapan, tugas isteri adalah menjaga anak2, makan minum serta menguruskan hal ehwal rumahatangga walaupun isteri bekerjaya dan sama menyumbang pada ekonomi keluarga.

Jelas sekali bahawa cara didikan dan proses mereka dibesarkan memainkan peranan dalam membentuk sikap dan sifat lelaki samada mereka pandai memujuk dan sebaliknya. Seperti yang dijelaskan terdahulu, lelaki yang mengamalkan dasar dominan dan bersifat kurang terbuka dalam meluahkan perasaan, berpendapat strategi memujuk bukanlah satu keperluan mengeratkan kasih sayang dalam hubungan suami isteri. Bagi mereka jika isteri menghormati suami, sudah pasti suami memahami apa kehendak isteri. Memujuk rayu seorang wanita hanya akan menjatuhkan martabat lelaki dimata wanita.

Sebaliknya jika lelaki dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan minda yang terbuka dan saksama dari segi agihan tugas mereka akan lebih bertimbang rasa , bertolak ansur dan memahami dan menghormati isteri. Dalam hal ini ,lelaki melayu ada kesedaran bila mereka berfikiran terbuka. Kesedaran dan fikiran terbuka juga bukan terletak pada pencapaian akademik dan pekerjaan mereka, tetapi lebih kepada sifat dalaman yang dibentuk keluarga untuk menghargai wanita. Bagi lelaki yang berfikiran terbuka dan mengamalkan toleransi luahan kata-kata mesra dan pujuk memujuk satu

(14)

kemestian bagi mengeratkan hubungan dalam rumahtangga. Mereka sangat memahami kehendak isteri dan merasakan cinta dapat dihangatkan melalui luahan kasih sayang.

Kajian ini juga mendapati lelaki di didik oleh keluarga yang didominasi oleh ayah dan ramai adik beradik lelaki akan membesar dalam suasana kelakian yang dianggap satu maruah dan mereka mesti mempertahankanya. Emosi dan sesuatu yang lebih menjurus kearah sifat merendahkan martabat mereka akan di tolak secara total. Dalam perkahwinan mereka berkuasa menentukan banyak perkara. Sebaliknya jika lelaki itu dibesarkan oleh keluarga yang lebih terbuka terhadap perhubungan suami isteri dan ibubapa juga mempraktikkan kemesraan secara lisan dan bukan lisan menyebabkan mereka juga akan mengamalkan perkara yang sama kepada keluarga atau pasangan masing-masing. Disini jelas konsep `kepimpinan melalui tauladan’ menjadi warisan terhadap sifat lelaki dalam konteks pujuk rayu dan luahan kasih sayang.

Cadangan

Kajian ini menggunakan persampelan yang kecil yang mungkin tidak mewakili keseluruhan lelaki Melayu. Oleh yang demikian dimasa akan datang, kajian ini akan dikembangkan lagi dengan memilih persampelan yang lebih besar dan akan mewakili lelaki pelbagai peringkat umur dan tempuh perkahwinan. Antara cadangan yang dapat di simpulkan ialah seperti berikut:

1. Perlu mendapat lebih ramai informan untuk kajian ini dimasa depan kerana ramai lelaki melayu sukar untuk memberi kerjasama kerana berpendapat hal rumah tangga milik hak peribadi dan orang luar tidak perlu ambil tahu kerana itu rahsia keluarga.

2. Setakat ini tidak banyak kajian mengenai hubungan suami isteri di Malaysia. Mungkin ini disebabkan oleh budaya Melayu yang merasakan masalah keluarga tidak perlu di luahkan atau di canang kepada ramai orang.

3. Seminar ilmiah berkaitan perhubungan suami isteri dan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Melayu perlu di perbanyakkan bagi meyedarkan kaum lelaki tentang kepentingan memantapkan kasih sayang dalam perkahwinan.

4. Melalui kajian ini disyorkan lelaki perlu lebih peka terhadap perasaan halus isteri yang telah bekorban untuk mereka. Pemberian hadiah dan pelukan mesra adalah satu cara menghargai isteri, selain membawa isteri ketempat yang boleh mengenbalikan nostaljia cinta mereka. 5. Kasih sayang yang dibaja sehingga keakhir hayat dapat memanjangkan hayat seseorang

kerana apabila seseorang rasa bahagia mereka akan terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Seperti kata ungkapan ini ` Cinta memanjangkan usia seseorang”

.

RUMUSAN

Kasih sayang sesuatu yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia. Sebagai keperluan psikologi manusia kasih sayang ibarat makanan jiwa yang menyuburkan perasaan seseorang dan terus bersemangat untuk hidup. Bagi pasangan suami dan isteri luahan kasih sayang dan pujuk rayu adalah perisa tambahan dalam kehidupan berumahtangga. Kebiasaannya tempuh perkahwinan yang sudah menjangkauan lebih 10 tahun akan mengalami penurunan aplikasi kasih saying. Sehubungan itu dengan mengamalkan pujuk rayu dan luahan kasih sayang, perasaan cinta didalam sesebuah rumahtangga dapat di pupuk semula dan diperbaharui agar terus mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam perkahwinan. Suami isteri yang bahagia melahirkan zuriat yang positif dan berakhlak mulia. Justru, Institusi perkahwinan adalah satu wadah membina modal insan yang berkualiti dan seterusnya melahirkan lebih ramai masyarakat penyayang yang dapat membina Negara yang aman dan makmur serta harmoni.

(15)

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd, ( 2002) Komunikasi Intim: Panduan Menjalin Hubungan Persahabatan, kekeluargaan dan kasih Sayang yang memuaskan dan Berkekalan. PTS Publication, Bentong , Malaysia

Abdullah Hassan & Ainon Mohd ( 2007) Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual. PTS, Litera Utama.

Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud dan Abd Aziz Mahyuddin (2010) Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 9-17

Aubrey Fisher and Katherine L. Adams (1994) Interpersonal Communication : Pragmatics of Human Relationships. McGraw-Hill International Editions.

Beebe, Beebe dan Redmond (2010) Interpersonal Communication : Relating to Others. Pearson International Edition.

Dayang Asmah Awang Hamdan (2009), Perubahan Hubungan Gender Dalam Isi Rumah Melayu, Kuching. Akademika 77 (Disember) 2009:185-200

Fatimah Abdullah (1985) Wanita dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan. Akademika No 27, Julai 1985: 77-93

Haslee Sharil Lim Abdullah (2007), Keperluan Suami, Keperluan Isteri: Satu Kajian Rintis. Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1) 247-256.

HM Tuah Iskandar al-Haj (2002), Membina Hati Bahagia, Karya Bistari Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.

Ibrahim Muhammad (1998), Khazanah Mutiara Hikmah. Penerbit Darul Nu’man.

Jeannot Abdul Karim dan Khairul Anuar Rezo (2012) Pembentukan Skala Pengukuran Nilai Melayu : Satu Kajian Perintis. Akademika 82 (1) 2012 : 113-123

Lily Haslina Nasir (2007), Marah-marah Sayang: Membongkar Rahsia Lelaki Kala Bercinta. Alaf 21, Karangkraf, Shah Alam

Nor Hashimah Jalaluddin dan Norsimah Mat Awal (2006) Citra Lelaki Dulu Dan Kini Dalam Prosa Melayu : Analisis Teori Relevans, Jurnal e-Bangi. Jilid 1, Bilangan 1, Julai-Disember 2006.

Raihanah Hj Azahari (2008) Factors Contribute to Marital Problems Among Malay Muslim Women : A Case Study in Malaysia. ShariahJournal, Vol. 16, No. 2 (2008) 245-268

Robin Ann Barry (2010) Romantic Disengagement As A Developmental Process That Contributes To Marital Distress And Decline. University of Iowa, Iowa Research Online

Ruzy Suliza Hashim (2006) Meniti Duri dan Ranjau: Pembikinan Gender dan Seksualiti dalam Konteks Dunia Melayu, Sari 24 (2006) 15-34

Yaacob Harljn, Masyarakat Melayu dan Pengaruh Barat : Perubahan Dan Konflik Nilai I (Tumpuan Dalam Bidang Kekeluargaan) Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Referensi

Dokumen terkait

A jelenség napjainkban is gyakran tetten érhető például idegen szavak átvételénél vagy a gyerekek körében, akik az anyanyelv (számukra) új elemeit gyakran alakítják

Antikolinergik inhalasi bekerja dengan cara memblok efek penglepasan asitelkolin dari saraf kolinergik pada jalan nafas yang dapat menimbulkan bronkodilatasi

Tingginya kandungan nutrisi yang dimiliki Lemna minor diharapkan dapat digunakan sebagai alternatif bahan dalam penggunaan substrat Lemna minor dan lumpur untuk

Menurut Undang-Undang No.33 Tahun 2004, Pendapatan Asli Daerah merupakan sumber penerimaan daerah asli yang digali di daerah tersebut untuk digunakan sebagai modal

Dari pembahasan hasil penelitian yang dilakukan maka dapat ditarik simpu- lan bahwa (1) hubungan kekerabatan raja- raja kerajaan-kerajaan di Kota Kendari ter-

Hasil dari penelitian ini adalah sebuah sistem website yang dapat diakses oleh User Umum untuk melihat produk dan informasi, User Member atau Customer dapat mengakses

Perusahaan diharuskan menyediakan imbalan pensiun mínimum yang diatur dalam Undang- undang No.13 Tahun 2003 tentang Ketenagakerjaan (“UUK”), yang merupakan kewajiban imbalan