• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kebolehgunaan Terjemahan Teknikal Dan Aplikasi Konsepnya Untuk Menilai Kualiti Terjemahan Teknikal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kebolehgunaan Terjemahan Teknikal Dan Aplikasi Konsepnya Untuk Menilai Kualiti Terjemahan Teknikal"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

KEBOLEHGUNAAN TERJEMAHAN TEKNIKAL

DAN APLIKASI KONSEPNYA UNTUK MENILAI

KUALITI TERJEMAHAN TEKNIKAL

CHOONG FOONG YAM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2013

(2)

KEBOLEHGUNAAN TERJEMAHAN TEKNIKAL

DAN APLIKASI KONSEPNYA UNTUK MENILAI

KUALITI TERJEMAHAN TEKNIKAL

oleh

CHOONG FOONG YAM

Tesis diserahkan untuk

memenuhi keperluan bagi

Ijazah Sarjana Sastera

(3)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Haslina Haroon, penyelia kajian ini yang telah banyak membimbing dan mengajar saya sehingga berjaya menghasilkan tesis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak PPIK di atas panduan dan bantuan yang diberikan.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ahli keluarga saya, rakan-rakan yang banyak menyokong saya selama ini serta individu lain yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung.

Penghargaan ini dipanjangkan kepada pihak Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Pengajian Siswazah yang bermurah hati menawarkan skim Fellowship bagi Sidang Akademik 2009/2010 serta skim Siswazah Pembantu pada Semester I Sidang Akademik 2010/2011 kepada saya.

(4)

iii

SENARAI KANDUNGAN

Halaman

Penghargaan ii

Senarai Kandungan iii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xii

Senarai Graf xiii

Abstrak xiv Abstract xvi BAB 1 PENGENALAN 1.0 Latar Belakang 1 1.1 Pernyataan Masalah 11 1.2 Objektif Kajian 20 1.3 Persoalan Kajian 21

1.4 Skop dan Batasan Kajian 22

1.5 Metodologi Kajian 23 1.5.1 Prosedur Analisis 23 1.5.2 Prosedur Persampelan 23 1.6 Kerangka Konseptual 27 1.6.1 Konsep Kebolehgunaan 27 1.6.1.1 Jordan (1998) 27

1.6.1.2 Dumas & Redish (1999) 28

(5)

1.6.2 Quality in Use oleh Bevan (1995a, 1995b, 1997) 30 1.6.3 Strategi Penterjemahan oleh Newmark (1988) dan Vinay &

Darbelnet (1995) 31

1.6.3.1 Prosedur terjemahan oleh Newmark (1988) 31 1.6.3.2 Kaedah terjemahan oleh Vinay & Darbelnet (1995) 32

1.7 Kepentingan Kajian 34

1.8 Keterangan Definisi 34

1.9 Organisasi Kajian 40

BAB 2 SOROTAN LITERATUR DAN KERANGKA TEORI

2.0 Pengenalan 41

2.1 Senario Aktiviti Penterjemahan di Malaysia 41

2.1.1 Keperluan Terhadap Terjemahan dalam Bahasa Melayu 54

2.2 Terjemahan 63

2.2.1 Terjemahan Sebagai Proses 65

2.2.1.1 Mesej dan Makna dalam Terjemahan 70

2.2.2 Terjemahan Sebagai Produk 73

2.3 Teks Teknikal 76

2.3.1 Penterjemahan Teks Teknikal 77

2.3.1.1 Definisi Istilah 82

2.3.1.2 Istilah dan Perkataan Biasa 83

2.3.1.3 Istilah dan Konsep 84

2.3.1.4 Definisi Terminologi 86

2.3.1.5 Peristilahan 87

(6)

v

2.3.3 Kepentingan Terjemahan Teks Teknikal 91

2.3.4 Tujuan Terjemahan Teks Teknikal 92

2.4 Strategi Penterjemahan 94

2.4.1 Strategi dan Prosedur Terjemahan 96

2.4.2 Strategi dan Kaedah Terjemahan 100

2.5 Kebolehgunaan dan Penterjemahan Teks Teknikal 104

2.5.1 Kebolehgunaan (Usability) 106

2.5.2 Konsep Kebolehgunaan 107

2.5.2.1 Shackel (1991, 2009) 107

2.5.2.2 Nielsen (1993) 109

2.5.2.3 Bevan, Kirakowski & Maissel (1991) 111

2.5.2.4 Dumas & Redish (1999) 112

2.5.2.5 ISO 9421-119 (dlm. Jordan, 1998) 113

2.5.2.6 Jordan (1998) 114

2.5.2.7 Faulkner (1998) 115

2.5.2.8 Quesenbery (2001, 2004) 116

2.5.2.8 Krug (2006) 118

2.5.2.9 Rubin & Chisnell (2008) 119

2.5.3 Penilaian Kebolehgunaan 126

2.5.3.1 Kaedah atau Teknik Penilaian Kebolehgunaan 128

2.5.3.2 Penilaian Tinjauan 137

2.5.3.2.1 Temu Bual 138

2.5.3.2.2 Soal Selidik 141

(7)

2.5.5 Skop Kebolehgunaan 146

2.5.5.1 Pengguna 146

2.5.5.2 Tugasan 149

2.6 Penilaian Kualiti TerjemahanTeks Teknikal 150

2.6.1 Kualiti Penggunaan (Quality in Use) 154

2.6.2 Manfaat Menggunakan Kualiti Penggunaan 156

2.7 Teori Skopos 156

2.8 Kesimpulan 159

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 162

3.1 Ujian Kebolehgunaan (Soal Selidik) 163

3.1.1 Tahap Pertama (Penyediaan Ujian Kebolehgunaan) 163

3.1.1.1 Data kajian 163

3.1.1.2 Responden kajian 165

3.1.1.2.1 Penentuan saiz sampel responden 166

3.1.1.3 Instrumen kajian 173

3.1.2 Tahap Kedua (Pelaksanaan Ujian Kebolehgunaan) 176

3.1.3 Tahap Ketiga (Analisis Dapatan Ujian) 177

3.2 Kesimpulan 180

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 181

4.1 Soalan Soal Selidik 182

(8)

vii

4.1.1.1 Pencapaian responden bagi mata pelajaran bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu 183

4.1.1.2 Kekerapan responden menggunakan bahan terjemahan 184 4.1.1.3 Keperluan teks terjemahan dalam bahasa Melayu bagi

buku teks Human Resource Management 185

4.1.1.4 Bilangan responden yang merujuk atau tidak merujuk kepada teks teks Human Resource Management dalam

bahasa Melayu 186

4.1.1.5 Bilangan responden yang pernah atau tidak pernah merujuk kepada teks terjemahan Human Resource Management iaitu Pengurusan Sumber Manusia edisi

ke-8 dalam bahasa Melayu 187

4.1.2 Analisis Data 188

4.1.2.1 Kebolehgunaan terjemahan teks teknikal berdasarkan

pendapat responden 188

4.1.2.1.1 Ketepatan terjemahan teks teknikal

(Berkesan) 189

4.1.2.1.2 Kebolehbelajaran terjemahan teks teknikal

(Senang untuk dipelajari) 189

4.1.2.1.3 Kebolehbelajaran terjemahan teks teknikal

(Konsistensi) 189

4.1.2.1.4 Kecekapan responden menggunakan

terjemahan teks teknikal (Cekap) 190 4.1.2.1.5 Kepuasan responden terhadap terjemahan

teks teknikal (Kepuasan) 190

4.1.3 Pendapat Responden Terhadap Atribut Kebolehgunaan

Berdasarkan Strategi Penterjemahan 191

4.1.4 Pendapat Semasa (Secara Keseluruhan) Responden Terhadap

Kebolehgunaan Terjemahan Teks Teknikal 196

4.1.5 Persepsi Responden Terhadap Kepentingan Atribut

Kebolehgunaan bagi Terjemahan Teks Teknikal 198 4.1.6 Perbandingan Pendapat Semasa Responden dan Persepsi

Responden Terhadap Atribut Kebolehgunaan dalam

(9)

4.2 Kesimpulan 203

BAB 5 PERBINCANGAN

5.0 Pengenalan 204

5.1 Rumusan Tentang Kajian dan Metodologi 205

5.2 Perbincangan 212

5.2.1 Data Kajian Set A (Bahagian A1) 212

5.2.1.1 Kebolehgunaan terjemahan teks teknikal berdasarkan

pendapat responden 212

5.2.1.1.1 Kesimpulan 216

5.2.1.2 Kebolehgunaan strategi penterjemahan dalam terjemahan

teks teknikal 218

5.2.1.2.1 Kesimpulan 220

5.2.2 Data Kajian Set B (Bahagian B1 & Bahagian B2) 221 5.2.2.1 Perbandingan pendapat semasa responden dan persepsi

responden terhadap atribut kebolehgunaan dalam

penterjemahan teks teknikal 221

5.3 Rumusan Kajian 227 5.4 Kesimpulan 229 BAB 6 Kesimpulan 6.0 Pengenalan 231 6.1 Rangka Kajian 231 6.2 Dapatan kajian 233

6.2.1 Persoalan Kajian I: Apakah ketepatan terjemahan teks teknikal dari segi penyampaian maklumat berdasarkan penilaian

pembaca sasaran? 233

6.2.2 Persoalan Kajian II: Apakah tahap kebolehbelajaran (senang untuk dipelajari; konsistensi terjemahan) terjemahan teks

(10)

ix

teknikal berdasarkan penilaian pembaca sasaran? 234 6.2.3 Persoalan Kajian III: Apakah tahap kecekapan pembaca sasaran

untuk memahami terjemahan teks teknikal berdasarkan penilaian

pembaca sasaran? 236

6.2.4 Persoalan Kajian IV: Apakah tahap kepuasan hati pembaca

sasaran semasa berhadapan dengan terjemahan teks teknikal? 237 6.2.5 Persoalan Kajian V: Apakah pendapat pembaca sasaran

tentang kebolehgunaan strategi penterjemahan dalam terjemahan

teks teknikal? 238

6.2.6 Persoalan Kajian VI: Sejauh manakah konsep kebolehgunaan boleh digunakan sebagai pendekatan baru untuk menilai kualiti

terjemahan teks teknikal? 241

6.3 Penilaian Kerangka Teori dan Kaedah Kajian 242

6.4 Sumbangan Kajian 246

6.5 Cadangan Kajian 248

6.5.1 Cadangan untuk Memperbaiki Kebolehgunaan

Terjemahan Teknikal 248

6.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 252

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN 3

(11)

SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 2.1 Statistik Buku Terjemahan Mengikut Kategori dari Tahun 1993

sehingga Disember 2010 46

Jadual 2.2 Pecahan Buku Mengikut Bidang yang Telah Diterjemahkan oleh ITNM dari Tahun 1993 sehingga Disember 2010 46 Jadual 2.3 Penerbitan Karya Terjemahan Mengikut Bidang/Subbidang dan

Tahun Terbitan 49

Jadual 2.4 Penerbitan Karya Terjemahan Mengikut Penerbit 55 Jadual 2.5 Perbandingan Antara Kaedah Penilaian Kebolehgunaan yang

Dicadangkan oleh Preece, Rogers, Sharp, Benyon, Holland &

Carey (1994) 131

Jadual 2.6 Pendapat Para Sarjana Terhadap Kualiti Terjemahan 153 Jadual 3.1 Langkah-Langkah dalam Pelaksanaan Ujian Kebolehgunaan 164 Jadual 3.2 Hipotesis untuk Kajian Penemuan Masalah Kebolehgunaan 167 Jadual 3.3 Masalah-Masalah MI-M9 yang Dikenal Pasti oleh Responden- 167

Responden

Jadual 3.4 Formula Kumulatif Binomial, di mana P=0.36 168 Jadual 3.5 Hipotesis untuk Kajian Penemuan Masalah Kebolehgunaan

(dipetik daripada Jadual 3.2) 170

Jadual 3.6 Skala Likert yang Digunakan dalam Borang Soal Selidik 175 Jadual 4.1 Pencapaian Responden dalam Mata Pelajaran untuk Bahasa

Inggeris dan Bahasa Melayu dalam Malaysian University English Test (MUET) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) 183

Jadual 4.2 Pendapat Responden Tentang Atribut Terjemahan Teks Teknikal 188 Jadual 4.3 Hasil Dapatan Responden Terhadap Atribut Kebolehgunaan

Berdasarkan Strategi Penterjemahan 192

Jadual 4.4 Pandangan Semasa Responden Tentang Atribut Kebolehgunaan Terjemahan Teks Teknikal Secara Keseluruhan 196

(12)

xi

Jadual 4.5 Persepsi Responden Tentang Atribut Kebolehgunaan Bagi

(13)

SENARAI RAJAH

Halaman Rajah 2.1 Model Cadangan“translation”oleh Larson (1984) 68 Rajah 2.2 Konsep Kebolehgunaan oleh Shackel (1991) 109 Rajah 2.3 Konsep Kebolehgunaan oleh Nielsen (1993) 110 Rajah 2.4 Ketidaksepaduan Antara Komponen Semasa dalam Proses

Pembentukan Produk 122

Rajah 2.5 Kesepaduan Komponen Semasa Dalam Proses Pembentukan

Produk 122

Rajah 2.6 Hubungan Ideal Antara Istilah Terjemahan Teks Teknikal,

Pembaca Sasaran dan Konsep Kebolehgunaan 161

Rajah 5.1 Saling Hubung Kait Antara Atribut-Atribut Kebolehgunaan

(14)

xiii

SENARAI GRAF

Halaman Graf 4.1 Kekerapan responden menggunakan bahan terjemahan 184 Graf 4.2 Pendapat responden tentang keperluan bahan terjemahan bagi

buku teks Human Resource Management 185

Graf 4.3 Bilangan responden yang berpendapat bahawa mereka akan merujuk kepada teks terjemahan dalam bahasa Melayu bagi buku

teks Human Resource Management 186

Graf 4.4 Bilangan responden pernah merujuk kepada teks terjemahan Human Resource Management iaitu Pengurusan Sumber Manusia

edisi ke-8 dalam bahasa Melayu 187

Graf 4.5 Perbandingan pendapat semasa responden dan persepsi responden terhadap atribut kebolehgunaan (Berkesan) 198 Graf 4.6 Pendapat semasa responden dan persepsi responden terhadap

atribut kebolehgunaan (Kebolehbelajaran) 200

Graf 4.7 Pendapat semasa responden dan persepsi responden terhadap

atribut kebolehgunaan (Cekap) 201

Graf 4.8 Pendapat semasa responden dan persepsi responden terhadap

(15)

KEBOLEHGUNAAN TERJEMAHAN TEKNIKAL DAN APLIKASI KONSEPNYA UNTUK

MENILAI KUALITI TERJEMAHAN TEKNIKAL

ABSTRAK

Kebolehgunaan bermaksud sejauh mana sesuatu produk dapat digunakan oleh pengguna tertentu untuk menyelesaikan tugasan ataupun kerja mereka dengan berkesan (konsep effectiveness) dalam masa yang singkat (konsep efficiency) dan senang (konsep easy to use) untuk konteks yang tertentu. Selain itu, pengguna juga berasa puas hati (konsep satisfaction) semasa menggunakan produk tersebut untuk melaksanakan kerja mereka. Kajian ini bertujuan mengkaji kebolehgunaan terjemahan teknikal dan aplikasi konsepnya untuk menilai kualiti terjemahan teknikal berdasarkan pendapat pembaca sasaran. Bahan kajian dipetik daripada teks sumber bertajuk Human Resource Management oleh Gary Dessler (2000) dan terjemahannya iaitu Pengurusan Sumber Manusia yang diterjemah oleh Nor Azizi Abdullah (2002) dan disunting oleh Mohd Hizam Hanafiah (2002).

Kajian ini memanfaatkan beberapa pendekatan dan teori yang telah dikenal pasti secara eklektik. Pandangan Jordan (1998), Dumas & Redish (1999) dan Quesenbery (2001, 2004) tentang kebolehgunaan diambil kira untuk meninjau kebolehgunaan terjemahan teknikal. Definisi Newmark (1988) tentang prosedur dan definisi Vinay & Darbelnet (1995) tentang kaedah digunakan untuk mengenalpasti strategi penterjemahan. Selain itu, pandangan Bevan (1995a, 1995b, 1997) tentang quality in use digunakan untuk meneliti kualiti terjemahan teknikal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini juga meneliti kebolehgunaan strategi terjemahan teknikal dan kualiti terjemahan teknikal berdasarkan pendapat pembaca sasaran.

(16)

xv

Dapatan menunjukkan bahawa pembaca sasaran mempunyai pandangan yang positif terhadap terjemahan teknikal yang sedia ada berdasarkan atribut-atribut yang telah dicadangkan. Kajian ini turut menunjukkan bahawa konsep kebolehgunaan dapat menyumbang satu pendekatan baru untuk menilai kualiti terjemahan teknikal.

(17)

THE USABILITY OF TECHNICAL TRANSLATION AND THE APPLICATION OF ITS CONCEPT IN

ASSESSING THE QUALITY OF TECHNICAL TRANSLATION

ABSTRACT

Usability refers to the extent to which a product can be used by specified users to complete a task or work effectively, efficiently and with ease in a particular context. In addition to that, users must feel satisfied when they use the product to perform their work. This study examines the usability of technical translation and the application of the concept of usability in assessing the quality of technical translation based on the views of the target readers. Materials for the study are extracted from a source text entitled Human Resource Management by Gary Dessler (2000) and its translation, Pengurusan Sumber Manusia translated by Nor Azizi Abdullah (2002) and edited by Mohd Hizam Hanafiah (2002).

This study draws eclectically from a number of approaches and theories. The views of Jordan (1998), Dumas & Redish (1999) and Quesenbery (2001, 2004) regarding usability are adopted in examiningthe usability of technical translation. Newmark’s (1998) definition of procedures and Vinay & Darbelnet’s (1995) definition of methods are used to identify translation strategies. Additionally, Bevan’s(1995a, 1995b, 1997) views regarding quality are used in assessing the quality of technical translation. This study is a quantitative study which relies on the use of questionnaires. It also examines the usability of translation strategies and the quality of technical translation based on the views of the target readers.

The findings indicate that the target readers view the technical translation positively, based on the attributes of usability proposed. The findings also point to the fact that

(18)

xvii

the concept of usability can contribute to a new approach in assessing the quality of technical translation.

(19)

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar Belakang

Menurut Newmark (1988) dan Williams & Chesterman (2002), terjemahan teks teknikal merangkumi penterjemahan pelbagai jenis teks khusus yang terdiri daripada teks bidang sains dan teknologi sehinggalah bidang-bidang lain seperti perubatan, ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya. Williams & Chesterman (2002) menambah bahawa teks teknikal mengandungi istilah-istilah khusus yang mendukung konsep tertentu dalam domain yang tertentu. Oleh itu, penterjemah teks teknikal memerlukan pengetahuan yang luas selain menguasai tataistilah yang relevan dan bersesuaian dengan medan makna bagi teks yang diterjemahkan. Jika dilihat dari konteks sektor perniagaan pula, terjemahan teks teknikal boleh dikategorikan sebagai dokumentasi pelbagai bahasa di mana sesuatu dokumen bahasa sumber boleh diperoleh dalam beberapa bahasa lain selain bahasa sumber.

Menurut Kingscott (2002), penterjemahan teks teknikal agak meluas dalam dunia terjemahan. Lebih 90% daripada bahan terjemahan untuk dunia profesional merangkumi penterjemahan teks teknikal. Selain itu, bidang ini mempunyai pasaran yang meluas di seluruh dunia. Namun demikian, pernyataan yang diberikan oleh Kingscott kelihatan tidak sejajar dengan aktiviti penterjemahan di Malaysia. Secara umumnya, aktiviti penterjemahan di Malaysia masih kurang memberangsangkan. Situasi ini dapat dilihat daripada pernyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) iaitu Y.B. Dato’ Dr. Wan Hashim (2008) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk “Usaha Membina Kepustakaan

(20)

2

Melayu: Perspektif ITNM”. Beliau menyatakan bahawa “kekurangan buku rujukan dalam bahasa Melayu terutamanya di IPT telah lama diakui pelbagai pihak dan sekaligus bermakna usaha menterjemah buku ke dalam bahasa Melayu perlu dilipatgandakan.”Umumnya, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) kini juga dikenali dengan nama barunya iaitu Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM).

Menurut bekasKetua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz (2009) pula, judul terbit untuk buku-buku terjemahan di Malaysia adalah kecil. Pernyataan yang dibuat oleh Y.B. Dato’ Dr. Wan Hashim (2008) dan Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz (2009) jelas menunjukkan bahawa aktiviti penerbitan ilmu dan teks teknikal di negara Malaysia masih kurang aktif. Bilangan sumber bacaan dalam bahasa Melayu untuk ahli-ahli pakar dan institusi pengajian tinggi masih kecil. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penterjemahan.

Pada asasnya, Munday (2001) berpendapat bahawa istilah translation tidak mempunyai makna yang tetap. Tambah beliau, istilah translation boleh merujuk bidang subjek yang umum, iaitu hasil produk (teks yang telah diterjemahkan) atau suatu proses (tindakan menghasilkan sesuatu terjemahan, iaitu menterjemah). Menurut Nida & Taber (1974), istilah “penterjemahan” melibatkan penggunaan semula suatu bahan dalam bahasa sumber ke dalam bahasa penerima. Beliau menegaskan bahawa proses ini bertujuan mencari satu persamaan ungkapan mengikut ungkapan bahasa sumber dari segi dua perkara, iaitu sama ada dari segi makna dan dari segi gaya atau jalan bahasa yang lazim. Menurut Cabré (1998) pula, istilah “penterjemahan” merujuk proses yang bertujuan melancarkan komunikasi antara penutur yang mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Cabré (1998)

(21)

menambah bahawa penterjemahan bertujuan memudahkan kerja, tugas ataupun aktiviti pembaca sasaran supaya pembaca sasaran berasa selesa semasa melakukan kerja mereka. Norizah, Midiyana, Rozaimah, & Zuridah (2009) juga menjelaskan bahawa istilah “penterjemahan” merupakan proses yang berkisar kepada pemindahan warta atau teks daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan menggunakan persamaan yang terdekat sahaja. Sehubungan itu, proses ini mementingkan aspek-aspek seperti semantik (makna), gaya atau bentuk berbanding sekadar menyampaikan karya atau idea penulis asal ke dalam teks terjemahan dengan sepenuhnya. Menurut Meetham & Hudson (1969 dlm. Avval, 2009), salah satu definisi terawal bagi istilah “penterjemahan” ialah proses atau keputusan mengubah maklumat daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dan proses ini bertujuan mencari padanan yang setara bagi bahasa sasaran.

Berbeza dengan istilah “penterjemahan”, istilah “terjemahan” dalam konteks kajian ini merujuk suatu barangan siap (produk) daripada proses pembuatan (proses penterjemahan). Hal ini sejajar dengan pendapat yang diberikan oleh beberapa orang sarjana dalam bidang penterjemahan. Gutt (1991) berpendapat bahawa terjemahan merupakan suatu produk yang merujuk hasil akhir terjemahan. Di samping itu, Bell (1991) dan Munday (2001) turut menyebut tentang terjemahan sebagai hasil daripada proses penterjemahan, iaitu teks yang diterjemahkan untuk kegunaan pembaca sasaran. Lörscher (2005) turut juga mengutarakan idea beliau tentang terjemahan sebagai suatu produk. Lörscher (2005) menjelaskan bahawa terjemahan merupakan teks bertulis dalam bahasa sasaran, yakni produk yang mewakili hasil akhir dalam proses terjemahan.

(22)

4

Secara umumnya, sesuatu produk direka untuk menyenangkan pengguna agar matlamat mereka, iaitu maklumat yang dikehendaki oleh pengguna untuk membantu mereka menyelesaikan tugasan mereka, dapat dicapai secara berkesan dan dalam masa yang singkat. Oleh sebab itu, terjemahan selaku produk seharusnya merupakan bahan yang senang untuk diakses dan difahami oleh pembaca sasaran iaitu pengguna. Perkara ini penting kerana terjemahan merupakan penghasilan semula atau salinan daripada bahasa teks sumber (Nida, 1964). Tahap kesenangan pembaca sasaran semasa menggunakan sesuatu produk adalah selaras dengan konsep kebolehgunaan atau usability. Menerusi konsep kebolehgunaan, kita dapat menentukan keberkesanan terjemahan sesuatu teks. Penilaian dilakukan terhadap sejauh mana senang dan berkesan teks terjemahan tersebut dalam membantu pembaca sasaran untuk mencapai sesuatu tujuan ataupun membantu mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugas yang tertentu dalam masa yang singkat. Selain itu, penilaian juga dilakukan untuk mengetahui sama ada pengguna berasa puas hati terhadap teks terjemahan.

Jordan (1998), seorang pakar tentang isu kebolehgunaan menyatakan bahawa isu-isu kebolehgunaan sememangnya mendapat perhatian daripada orang ramai, khususnya dalam bidang seperti pengkomputeran dan rekabentuk produk. Tambah beliau lagi, pengguna bagi sesuatu produk, sama ada produk yang digunakan dalam rumah atau tempat bekerja, turut mula memberikan perhatian terhadap kebolehgunaan produk yang digunakan oleh mereka. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bevan, Kirakowski & Maissel (1991), istilah kebolehgunaan dibentuk untuk menggantikan istilah mesra pengguna (user-friendly) kerana istilah mesra pengguna mendukung

(23)

konotasi yang kabur dan subjektif. Istilah mesra pengguna telah wujud seawal tahun 1980-an lagi.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, konsep kebolehgunaan mempunyai perkaitan dengan kesenangan pengguna semasa menggunakan sesuatu produk (Jordan, 1998). Konsep ini bertujuan memperbaiki sesuatu produk agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna serta meringankan atau menyenangkan hidup pengguna. Menurut ISO (International Standards Organization) 9241-11 seperti yang tercatat dalam Jordan (1998:5), kebolehgunaan dirujuk sebagai ‘…the effectiveness, efficiency and satisfaction with which specified users can achieve goals in particular environments.’ Berdasarkan definisi ISO 9241-11, kebolehgunaan bermaksud sejauh mana sesuatu produk dapat membantu pengguna menyelesaikan tugasan ataupun kerja mereka dengan berkesan (konsep effectiveness) dalam masa yang singkat (konsep efficiency) dan senang. Selain itu, pengguna juga perlu berasa puas hati (konsep satisfaction) semasa menggunakan produk tersebut untuk melaksanakan kerja mereka. Namun begitu, Quesenbery (2001) berpendapat bahawa definisi yang dikemukakan dalam ISO 9241-11 masih mempunyai ruang untuk ditambah baik. Beliau telah mengembangkan konsep kebolehgunaan dengan mengambil kira atribut-atribut berikut:

1. Berkesan (Effective) – Kemampuan pengguna untuk menyelesaikan tugas mereka secara tepat dan menyeluruh.

2. Senang untuk dipelajari (Easy to Learn)–Produk mudah untuk dipelajari dan pengguna dapat menyesuaikan diri dengan produk tersebut. Pengguna dapat menjalankan tugas mereka tanpa bantuan luar. Konsistensi merupakan salah satu elemen dalam atribut ini.

(24)

6

3. Cekap (Efficient)–Kelajuan pengguna untuk menyelesaikan tugasan mereka secara tepat dan betul.

4. Menarik (Engaging) – Antara muka atau sistem yang menyenangkan pengguna dan memuaskan hati pengguna.

5. Toleransi terhadap ralat (Error Tolerant) – Bertujuan untuk mengelakkan ralat atau kesilapan yang disebabkan oleh salah faham interaksi pengguna. Aspek ini dapat membantu pengguna supaya bebas daripada sebarang ralat yang berlaku.

Dengan mengambil kira kedua-dua definisi kebolehgunaan yang diberikan oleh ISO 9241-11 (dlm. Jordan, 1998) dan Quesenbery (2001), pengkaji telah membentuk “model kebolehgunaan” sebagai hasil daripada gabungan atribut -atribut yang dicadangkan. Model ini merangkumi empat -atribut yang menjadi kayu ukur untuk menentukan kebolehgunaan terjemahan teks teknikal:

1. Berkesan (Effective) – Terjemahan teks teknikal yang berkesan merujuk terjemahan yang mampu memberikan maklumat yang tepat kepada pembaca sasaran supaya ia dapat membantu pembaca sasaran untuk menyelesaikan tugasan mereka. Dalam konteks kajian ini, istilah “effective” yang dicadangkan oleh Quesenbery (2001) adalah bersamaan dengan istilah “effectiveness” yang dicadangkan oleh ISO 9241-11 (dlm. Jordan, 1998). Walaupun istilah yang berbeza digunakan untuk merujuk konsep ini, kedua-dua istilah ini sebenarnya mendukung maksud yang sama.

2. Senang untuk dipelajari (Easy to Learn) – Terjemahan teks teknikal yang senang untuk dipelajari merujuk terjemahan yang senang untuk dibaca atau digunakan oleh pembaca sasaran tanpa memerlukan usaha yang berlebihan.

(25)

Terjemahan teks teknikal yang digunakan juga adalah konsisten. Istilah “senang untuk dipelajari” bersinonim dengan istilah kebolehbelajaran (learnability) yang bermaksud mampu untuk dipelajari yang dicadangkan oleh Nielsen (1993).

3. Cekap (Efficient) – Pembaca sasaran memperoleh maklumat yang dikehendaki melalui terjemahan teks teknikal dalam masa yang singkat. Dalam konteks kajian ini, maksud istilah “efficient” yang dicadangkan oleh Quesenbery (2001) adalah bersamaan dengan istilah “efficiency” yang dicadangkan oleh ISO 9241-11 (dlm. Jordan, 1998).

4. Kepuasan (Satisfaction) – Pembaca sasaran berasa senang hati, selesa dan gembira semasa membaca terjemahan teks teknikal.

Pemilihan empat atribut ini untuk menerangkan konsep “kebolehgunaan” dilakukan dengan mengambil kira gabungan pendapat yang diutarakan oleh beberapa sarjana yang berikutnya. Menurut Byrne (2006:11), “technical translation is a communicative service provided in response to a very definite demand for technical information which is easily accessible (in terms of comprehensibility, clarity and speed of delivery).” Berdasarkan pendapat Byrne (2006), sesuatu terjemahan teks teknikal seharusnya dihasilkan dalam bentuk yang dapat difahami oleh pembaca sasaran. Selain itu, maklumat yang disampaikan dalam teks terjemahan perlu jelas dan tepat (elemen keberkesanan) supaya pembaca sasaran dapat memperoleh maklumat yang dikehendaki dalam teks terjemahan dalam masa yang singkat (elemen kecekapan). Tambah Byrne (2006), maklumat teks teknikal seharusnya dapat digunakan oleh pembaca dengan senang (elemen senang untuk dipelajari) serta berkesan dalam membantu mereka mencapai tujuan yang dikehendaki oleh mereka

(26)

8

(elemen keberkesanan). Menurut Byrne (2006) lagi, sesuatu terjemahan teks teknikal yang berkesan seharusnya menyediakan maklumat yang tepat dan betul kepada pembaca sasaran (yakni pengguna) untuk membantu mereka menyelesaikan tugasan mereka.

Menurut Nida & Taber (1974) pula, sesuatu terjemahan yang berkualiti seharusnya mempunyai aspek seperti memudahkan pembaca sasaran untuk memahami teks terjemahan (elemen senang untuk dipelajari). Dumas & Redish (1999) pula menyatakan bahawa “usability means that the people who uses the product can do so quickly and easily to accomplish their own tasks.” Definisi yang diberikan oleh Dumas & Redish (1999) menjelaskan bahawa konsep kebolehgunaan memberi fokus kepada dua elemen yang penting, iaitu produk dan pengguna produk. Selain itu, mereka menerangkan bahawa sesuatu produk hanya dikategorikan sebagai berguna atau mempunyai nilai kebolehgunaan apabila produk tersebut dapat membantu pengguna menyelesaikan tugasan atau kerja mereka secara berkesan dalam masa yang singkat (elemen kecekapan). Pendapat yang diutarakan oleh Dumas & Redish (1999) menunjukkan bahawa kebolehgunaan sesuatu produk tidak hanya bergantung kepada rekaan produk semata-mata, tetapi turut melibatkan pendapat pengguna terhadap produk tersebut.

Menurut kajian Lim (2000), sekiranya pengguna tidak suka menggunakan sesuatu produk, berasa kecewa, tidak yakin serta tidak berpuas hati terhadap sesuatu produk, maka pengguna akan cuba untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk tersebut. Huraian yang diberikan oleh Lim (2000) menjelaskan bahawa pendapat dan perasaan puas hati pembaca sasaran adalah penting dalam menilai kebolehgunaan

(27)

suatu produk. Menerusi pendapat-pendapat yang telah diutarakan oleh para sarjana, kajian terhadap kepuasan hati pembaca sasaran (elemen kepuasan) adalah relevan dalam kajian ini kerana pembaca sasaran merupakan pengguna produk iaitu golongan yang menggunakan terjemahan teks teknikal. Oleh sebab itu, pendapat pembaca sasaran terhadap terjemahan yang sedia ada dapat menjana maklumat tentang kehendak dan jangkaan pembaca sasaran terhadap sesuatu terjemahan.

Dalam konteks kajian ini, atribut “menarik” dan “toleransi terhadap ralat” yang dicadangkan oleh Quesenbery (2001) tidak dipertimbangkan dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana atribut “menarik” dirasakan bersinonim dengan istilah “kepuasan” sepertimana yang dinyatakan dalam definisi ISO 9241-11, di mana kedua-dua atribut “menarik” dan atribut “kepuasan” meliputi elemen kepuasan pengguna, iaitu pengguna berasa puas hati semasa menggunakan sesuatu produk untuk melaksanakan tugas. Selain itu, oleh sebab atribut “toleransi terhadap ralat” lebih menjurus kepada aplikasi sistem antara muka yang melibatkan interaksi antara pengguna dengan sistem pengkomputeran dan tidak menerangkan atau menghubungkannya dengan aktiviti penterjemahan, maka atribut ini juga tidak dipertimbangkan dalam analisis kajian.

Jordan (1998) mengatakan bahawa pengguna akan berasa terganggu dan tidak selesa sekiranya produk yang digunakan mempunyai nilai kebolehgunaan yang rendah. Sebagai contoh, dunia maya ini dipenuhi dengan peralatan canggih yang bertujuan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, sekiranya peralatan ini sukar untuk dikendalikan, maka keadaan ini akan menghalang pengguna daripada menggunakan peralatan tersebut semula. Tambah beliau lagi,

(28)

10

tahap kebolehgunaan yang rendah bagi sesuatu produk turut menggugat keselamatan pengguna. Contohnya sistem stereo dalam kereta. Lazimnya pengguna iaitu pemandu kereta gemar untuk mengendalikan sistem stereo semasa memandu. Sekiranya sistem stereo ini sukar untuk dikendalikan, pengguna terpaksa mengalihkan tangannya daripada stereng kereta ataupun pandangannya daripada jalan raya. Akibatnya, pemandu tidak dapat menumpukan perhatian dan tindakan ini akan membahayakan keselamatan pemandu berkenaan serta pengguna jalan raya yang lain.

Menurut Ainon (2009), buku terjemahan merupakan produk konsumer iaitu produk yang dibeli oleh orang ramai. Terjemahan sebagai produk dapat dikelaskan kepada dua kategori yang utama iaitu terjemahan teks sastera dan terjemahan teks teknikal (Zilahy, 1963; Hasuria, 1998 dan Newmark, 2003). Berbeza daripada terjemahan teks sastera, terjemahan teks teknikal merupakan satu produk untuk kegunaan pengguna yang tertentu, iaitu pembaca sasaran yang mengkhusus dalam bidang yang spesifik. Pembaca sasaran tertentu yang menggunakan terjemahan teks teknikal tidak hanya terdiri daripada satu golongan pengguna sahaja tetapi juga semua golongan yang berasal daripada bangsa, domain atau latar belakang yang berlainan. Golongan yang berasal daripada bangsa dan domain yang berlainan semestinya menggunakan bahasa yang berlainan. Berdasarkan huraian yang dibuat ini, penghasil bagi sesuatu produk harus menyediakan teks terjemahan yang dapat menampung keperluan pelbagai golongan ini yang mungkin tidak mahir dalam bahasa sumber. Oleh sebab itu, kebolehgunaan teks terjemahan adalah penting untuk membantu pengguna melakukan kerja mereka, khususnya untuk mencapai matlamat tertentu.

(29)

Kajian ini cuba untuk meneliti dan menentukan kebolehgunaan terjemahan teks teknikal yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu berdasarkan pandangan pembaca sasaran, khususnya dalam bidang pengurusan sumber manusia. Menurut Jordan (1998), kaedah untuk menilai kebolehgunaan terbahagi kepada dua kategori yang berbeza iaitu kaedah empirikal (kumpulan tumpuan, pemerhatian lapangan, soal selidik, temu bual, uji kaji terkawal) dan kaedah bukan empirikal (analisis tugasan, penilaian oleh pakar, panduan kognitif dan senarai semakan untuk sifat produk). Perbincangan lanjut tentang kaedah untuk menilai kebolehgunaan boleh didapati dalam Bab 2. Di samping itu, kajian ini turut cuba untuk meneliti konsep kebolehgunaan sebagai suatu pendekatan yang baru dalam penilaian kualiti terjemahan berasaskan atribut-atribut keberkesanan terjemahan teks teknikal, kebolehbelajaran (senang untuk dipelajari) terjemahan teks teknikal, kecekapan pembaca sasaran menggunakan terjemahan teks teknikal, dan kepuasan pembaca sasaran terhadap terjemahan teks teknikal.

1.1 Pernyataan Masalah

Menurut Kamus Dewan (2005:833), kualiti didefinisikan sebagai “darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi”. Dalam konteks kajian ini, kualiti boleh dijelaskan sebagai suatu piawai yang berfungsi untuk menentukan baik atau buruk sesuatu benda ataupun produk. Dessler (2000) menjelaskan bahawa kualiti boleh ditakrif sebagai keseluruhan sifat dan ciri sesuatu produk atau perkhidmatan yang mampu memuaskan keperluan tertentu. Tambah Dessler (2000), kualiti digunakan untuk mengukur sejauh mana sesuatu produk atau perkhidmatan dapat memenuhi keperluan pelanggan. Menurut Bevan (1995a) pula, kualiti merupakan suatu sifat pada produk. Sebelum kualiti sesuatu produk dinilai, adalah penting untuk

(30)

12

menentukan atribut-atribut tertentu yang diperlukan untuk menakrif kualiti sesuatu produk disebabkan setiap produk mempunyai fungsi yang berlainan dan berbeza di antara satu sama lain. Misalnya antara muka untuk sistem komputer memerlukan atribut-atribut seperti toleransi terhadap ralat, senang digunakan, kebolehbelajaran, keselamatan, maklumat yang teratur dan sebagainya untuk menentukan kualiti sistem komputer tersebut. Bagi produk e-pembelajaran pula, kualiti produk ini dapat ditentukan menerusi atribut-atribut seperti mesra pengguna, kebolehbelajaran, keselesaan, kebolehbacaan, konsistensi dan sebagainya.

Menurut Bevan (1995a) lagi, sesuatu produk hanya ditakrif berkualiti sekiranya produk tersebut dapat mencapai tujuan yang dikehendaki oleh pengguna (user perceived quality). Bevan (1995a, 1995b, 1997) mengemukakan pendapat bahawa konsep kebolehgunaan adalah bersinonim dengan pendekatan quality in use. Beliau menjelaskan bahawa pendekatan ini boleh digunakan untuk mengukur setakat mana sesuatu produk yang digunakan oleh pengguna boleh memenuhi keperluan mereka bagi mencapai matlamat. Contohnya dalam penilaian kualiti terjemahan, sekiranya terjemahan yang sedia ada tidak memenuhi keperluan yang diharapkan oleh penggguna yakni pembaca sasaran, maka kualiti pada terjemahan adalah rendah. Sebaliknya jika terjemahan tersebut memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, maka terjemahan tersebut boleh dikatakan berkualiti.

Menurut Zilahy (1963), terjemahan adalah seperti bentuk penulisan yang lain dan kualitinya sememang dapat dinilai. Berdasarkan penyelidikan pengkaji, dapat dikatakan bahawa kebanyakan kajian yang telah dilakukan dalam bidang penterjemahan teknikal hanya meneliti kualiti sesuatu terjemahan teks teknikal dari

(31)

segi ketepatan dan kesesuaian penterjemahan elemen budaya (Alimie & A’watif, 2009), ketepatan makna yang dapat disampaikan dalam teks terjemahan (Sulaiman, 1993), pengekalan ciri-ciri khas yang terdapat pada teks sumber (Sulaiman, 1993), pengekalan semangat, bentuk bahasa, gaya dan nada (Zainuddin & Goh, 1992) serta keberkesanan proses komunikasi, pemahaman maksud dan persamaan tindak balas (Nida, 1964).

Menurut Alimie & A’watif (2009), kualiti sesebuah terjemahan dapat dinilai dari segi ketepatan dan kesesuaian penterjemahan elemen budaya. Dalam teks teknikal, salah satu elemen budaya yang dapat dilihat adalah melalui penggunaan istilah atau terminologi (Stolze, 2009). Alimie & A’watif (2009) menjelaskan bahawa elemen budaya dalam penterjemahan istilah hanya dapat dilihat dalam sesetengah istilah sahaja, dan istilah yang telah mantap dapat digunakan oleh penterjemah tanpa mengalami sebarang masalah. Namun begitu, menurut Alimie & A’watif (2009), bagi istilah yang baru serta tiada padanan dalam bahasa terjemahan, penterjemah mungkin akan menghadapi masalah seperti pemindahan budaya sumber ke dalam bahasa sasaran. Bagi mengatasi masalah ini, Alimie & A’watif (2009) mencadangkan supaya penterjemah menyelidik sifat benda dalam bahasa sumber, kemudian memberi padanan sifat tersebut dalam bahasa sasaran.

Secara umumnya, ketepatan makna merujuk setakat mana tepatnya makna bahasa sumber itu disampaikan ke dalam bahasa sasaran. Dalam kajian Sulaiman (1993), beliau menyelidik tentang ketepatan istilah bahasa Melayu. Menurut beliau, istilah bahasa Melayu yang tergubal dapat diteliti dengan menggabungkan paras keserasian konsep istilah dengan kedudukan kriteria kesempurnaan keperihalan bentuk istilah.

(32)

14

Paras keserasian konsep istilah yang dimaksudkan oleh Sulaiman (1993) merujuk ciri-ciri yang dapat diperlihatkan pada sesuatu istilah. Contoh yang diberikan oleh Sulaiman (1993) ialah istilah news yang diterjemahkan kepada perkataan “berita”. Istilah “berita” mempunyai ciri-ciri yang juga terdapat pada perkataan news seperti fakta, menarik, segera, memberitahu dan baharu. Kesemua ciri yang terdapat pada padanan perkataan “berita” dianggap serasi dengan konsep perkataan sumber iaitu news, maka istilah sumber newsdikatakan serasi dengan istilah terjemahan “berita”. Bagi menjelaskan kesempurnaan keperihalan bentuk istilah, Sulaiman mengatakan bahawa sesuatu istilah dianggap sempurna atau tepat sekiranya padanan istilah memiliki kriteria gramatis, ringkas dan tunggal. Tambah beliau, sekiranya padanan istilah kekurangan salah satu kriteria yang dinyatakan ini, maka padanan istilah tersebut dianggap tidak sempurna.

Dalam contoh yang berikut, istilah “interviewee” dalam buku Human Resource Management 8th Edition oleh Gary Dessler (2000: 216) diterjemahkan menjadi “temuduga” dalam terjemahan buku berkenaan, iaitu Pengurusan Sumber Manusia Edisi ke-8 (2002: 205). Kedua-dua teks sumber dan teks terjemahan yang dinyatakan di atas merupakan bahan kajian yang utama dalam penyelidikan ini. Menerusi pemerhatian, terjemahan yang diberikan oleh penterjemah merupakan istilah terjemahan yang tidak sempurna dan tidak tepat, sebaliknya padanan yang sempurna dan tepat ialah “yang ditemu duga”.

Teks Sumber :

Interviewees for the same job thus may or may not be asked the same or similar questions.

(33)

Teks Sasaran :

Dengan itu, temuduga untuk pekerjaan yang sama mungkin atau tidak akan ditanya soalan yang sama.

Istilah “interviewee” merujuk individu atau orang yang ditemu duga, iaitu pemohon sesuatu pekerjaan. Istilah “temu duga” pula merujuk perjumpaan rasmi antara majikan dengan pemohon kerja. Padanan “temuduga” yang diberikan bukan sahaja tidak serasi dengan konsep istilah sumber, malah padanan yang diberikan adalah tidak tepat dari segi penyampaian maksud istilah sumber.

Pendapat yang diutarakan oleh Sulaiman (1993) adalah selaras dengan pendapat yang dikemukakan oleh Newmark (1991). Menurut Newmark (1991), sesuatu terjemahan yang baik seharusnya memenuhi tujuannya, misalnya teks informatif seharusnya mampu menyampaikan fakta-fakta tepat yang boleh diterima oleh pembaca sasaran. Menurut Newmark lagi, terjemahan yang baik mesti diterjemahkan dengan setepat mungkin sama ada maklumat tersebut disampaikan secara tersurat atau tersirat. Ketepatan yang dimaksudkan oleh beliau berhubung kait dengan teks sumber dan ia meliputi elemen-elemen seperti maksud dan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis asal, tujuan sebenar yang hendak dibentuk pada teks serta kebenaran objektif yang diadaptasikan untuk pemahaman pembaca sasaran. Dalam konteks ini, teks sumber akan dibandingkan dengan teks terjemahan untuk menilai aspek ketepatan, kejelasan dan kesetiaan. Sekiranya maksud penulis asal atau kebenaran objektif pada teks sumber telah menyeleweng, maka keadaan ini dirujuk sebagai salah terjemah.

(34)

16

Menurut Zainuddin dan Goh (1992), sesuatu terjemahan yang mempunyai nilai yang berkualiti merupakan terjemahan yang sepadan dengan teks sumber. Oleh itu, keadaan seperti salah terjemahan, penggunaan istilah usang ataupun salah, serta penggunaan gaya penulisan yang menyebabkan penamaan sesuatu subjek menjadi lebih sukar tidak akan timbul dalam terjemahan.

Menurut Nida (1964) pula, terjemahan biasanya dinilai dari segi keberkesanan proses komunikasi yang didefinisikan sebagai keupayaan seseorang pembaca sasaran untuk memahami teks sasaran dan maksud teks sumber yang tepat dapat disampaikan dalam teks sasaran. Tambah Nida (1964), terjemahan turut dapat dinilai dari segi persamaan tindak balas. Tindak balas yang dimaksudkan oleh Nida merujuk sama ada pembaca sasaran dapat memahami sesuatu situasi seperti mana pembaca sumber memahami situasi yang melibatkan teks sumber. Sekiranya tindak balas (pemahaman) yang diberikan oleh pembaca sasaran adalah hampir sama dengan tindak balas pembaca sumber, maka teks terjemahan tersebut adalah berkualiti.

Selain pendapat-pendapat tentang penilaian kualiti terjemahan yang dijelaskan oleh sarjana-sarjana di atas ini, Nida & Taber (1974) dalam buku mereka The Theory and Practice of Translation juga mencadangkan tiga faktor lain untuk menilai kualiti sesuatu terjemahan. Faktor-faktor tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Ketepatan mesej dalam teks sumber yang dapat difahami oleh pembaca sasaran.

2. Kesenangan pembaca sasaran untuk memahami teks terjemahan. 3. Penglibatan pengalaman lampau oleh pembaca sasaran.

(35)

Walau bagaimanapun, Nida & Taber (1974) tidak menghuraikan lebih lanjut tentang faktor-faktor tersebut dan mereka juga tidak menjelaskan tentang jenis teks yang boleh dinilai dengan menggunakan faktor-faktor ini.

Sebagai rumusan, pendapat yang diberikan oleh sarjana-sarjana berkenaan menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang dijalankan berkaitan dengan terjemahan teks teknikal hanya meneliti kualiti terjemahan teks teknikal dari segi penterjemahan elemen budaya (Alimie & A’watif, 2009), ketepatan makna atau semantik (Sulaiman, 1993), pengekalan semangat, bentuk bahasa, gaya dan nada (Zainuddin & Goh, 1992) serta keberkesanan proses komunikasi, pemahaman maksud dan persamaan tindak balas (Nida, 1964) yang bertumpu kepada penterjemah dan perbandingan teks sumber dan teks sasaran. Kualiti sesuatu terjemahan teks teknikal jarang sekali dinilai dari segi kebolehgunaannya yang berdasar kepada pembaca sasaran, iaitu pengguna teks terjemahan. Kajian ke atas pengguna teks terjemahan dianggap penting kerana sekiranya keperluan dan kehendak pembaca sasaran terhadap teks terjemahan tidak dapat dipenuhi, iaitu wujudnya jurang antara perkara yang difikirkan oleh pembaca sasaran tentang teks terjemahan berbanding teks terjemahan yang diperoleh, maka teks terjemahan tersebut dinilai sebagai kurang berkualiti atau tidak berkualiti. Pendapat ini selaras dengan ulasan yang pernah dikemukakan oleh Wan Hashim (2008). Menurut beliau, kualiti terjemahan hanya dapat dicapai sekiranya kehendak dan cita rasa pembaca sasaran dipenuhi di samping mutu dan gaya bahasa terjemahan yang betul dan tidak terjejas dapat dikekalkan. Di samping itu, Roosfa (2006) turut juga berpendapat bahawa mutu terjemahan yang rendah akan mengakibatkan sambutan pembaca yang rendah terhadap buku terjemahan. Berdasarkan perbincangan yang dilakukan, kualiti

(36)

18

terjemahan didefinisikan sebagai keperluan dan kehendak pembaca sasaran terhadap terjemahan teks teknikal dapat dipenuhi dan ditunaikan selepas pembaca sasaran menggunakan terjemahan di mana jurang pendapat (iaitu pandangan pembaca sasaran selepas menggunakan produk dan persepsi mereka) untuk atribut-atribut kebolehgunaan terjemahan teks teknikal tidak wujud.

Kualiti terjemahan sememangnya dipengaruhi oleh jenis dan fungsi teks. Menurut Zilahy (1963), terjemahan terbahagi kepada dua kategori yang berlainan iaitu terjemahan teks teknikal dan saintifik, serta terjemahan teks sastera. Tambah beliau, oleh sebab kedua-dua teks ini adalah berbeza dari segi batasan bahasa dan isi kandungannya, maka kriteria yang digunakan untuk menilai kedua-dua teks ini seharusnya berbeza. Misalnya atribut kualiti terjemahan teks sastera adalah berbeza daripada terjemahan teks teknikal berdasarkan keperluan dan kehendak pembaca sasaran. Walaupun terdapat sesetengah atribut kualiti pada terjemahan teks sastera dan terjemahan teks teknikal adalah saling bertindih antara satu sama lain tetapi yang selebihnya adalah berlainan.

Sebagaimana yang dibincangkan dalam awal bahagian kajian ini, para sarjana sememangnya menitikberatkan kepentingan untuk mengambil kira faktor pengguna, yakni pembaca sasaran dalam menilai kualiti sesuatu terjemahan. Menurut Faulkner (1998), pengguna terdiri daripada individu yang berbeza, dan setiap individu ini mempunyai tabii dan kemahuan yang berbeza. Rentetan keadaan ini, maka adalah penting untuk melibatkan pembaca sasaran iaitu pengguna dalam menilai kualiti terjemahan teks teknikal atau terjemahan teks bidang yang lain.

(37)

Menurut Quesenbery (2004) pula, kebolehgunaan adalah penting dalam komunikasi yang bersifat teknikal. Komunikasi teknikal yang dirujuk oleh Quesenbery (2004) menerangkan perbuatan yang melibatkan penggunaan istilah khusus dalam proses penyampaian maklumat kepada penerima iaitu penonton ataupun pembaca yang tertentu, sama ada dalam media bercetak, elektronik, ucapan, dan sebagainya. Quesenbery (2004) menjelaskan bahawa atribut kebolehgunaan dalam komunikasi yang bersifat teknikal dapat membantu penerima dalam menggunakan maklumat tertentu bagi menjayakan tugas mereka atau membuat sesuatu keputusan. Tambah Quesenbery (2004), untuk menghasilkan dokumen teknikal yang berkualiti tinggi, penghasil bagi sesuatu teks perlu mengetahui masalah yang dihadapi oleh pengguna, seperti kekeliruan pengguna terhadap teks, produk atau perkhidmatan yang dibekalkan. Rumusannya, pendapat Quesenbery (2004) menunjukkan bahawa elemen kebolehgunaan adalah penting dalam kajian penterjemahan teks teknikal bagi mengekalkan atau memantapkan kualiti terjemahan. Kajian ini berlandaskan pendapat yang diutarakan oleh Jordan (1998), Dumas & Redish (1999) dan Quesenbery (2001, 2004) tentang konsep kebolehgunaan serta pendapat yang dikemukakan oleh Bevan (1995a, 1995b, 1997) berkaitan pendekatan quality in use. Di samping itu, kajian ini turut bertujuan menilai kualiti terjemahan teks teknikal melalui perbandingan pendapat semasa dan persepsi pembaca sasaran berdasarkan atribut-atribut yang telah ditentukan dalam subtopik 1.1, iaitu berkesan, senang untuk dipelajari, cekap dan kepuasan.

Umumnya, terjemahan teks teknikal bertujuan menyenangkan pembaca sasaran yang mungkin kurang atau tidak memahami bahasa teks sumber. Selain itu, terjemahan teks teknikal turut berfungsi untuk menyampaikan maklumat teks sumber kepada

(38)

20

pembaca sasaran untuk membantu mereka dalam proses komunikasi serta penerimaan ilmu pengetahuan. Sekiranya terjemahan teks teknikal yang sedia ada dianggap tidak mencapai tahap keperluan dan kehendak yang diingini oleh pembaca sasaran, keadaan ini mungkin akan mengurangkan dan menjejaskan tahap kepercayaan dan keyakinan pembaca sasaran terhadap terjemahan. Selain itu, terjemahan turut dinilai sebagai tidak atau kurang berkualiti apabila tahap keperluan dan kehendak pembaca sasaran tidak dapat ditunaikan. Hal ini demikian kerana terjemahan hanya dikelaskan sebagai berkualiti apabila keperluan dan kehendak pembaca sasaran dapat ditunaikan.

1.2 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mengukur tahap kebolehgunaan terjemahan teks teknikal berdasarkan empat atribut berikut mengikut pendapat pembaca sasaran:

a) Berkesan (Effective) – Terjemahan teks teknikal yang berkesan merujuk terjemahan yang mampu memberikan maklumat yang tepat supaya ia dapat membantu pembaca sasaran untuk menyelesaikan tugasan mereka. b) Senang untuk dipelajari (Easy to Learn)–Terjemahan teks teknikal yang

senang untuk dipelajari merujuk terjemahan yang senang untuk dibaca atau digunakan oleh pembaca sasaran tanpa memerlukan usaha yang berlebihan; serta terjemahan teks teknikal yang digunakan adalah konsisten. Istilah senang untuk dipelajari ini adalah bersinonim dengan istilah kebolehbelajaran.

c) Cekap (Efficient) – Pembaca sasaran memperoleh maklumat yang dikehendaki menerusi terjemahan teks teknikal dalam masa yang singkat,

(39)

di mana terjemahan berupaya membolehkan pembaca sasaran menjalankan tugas mereka secara efisien.

d) Kepuasan (Satisfaction)–Pembaca sasaran berasa senang hati, selesa dan gembira semasa membaca terjemahan teks teknikal.

2. Mengukur kebolehgunaan strategi penterjemahan dalam terjemahan teks teknikal berdasarkan pendapat pembaca sasaran.

3. Menilai konsep kebolehgunaan sebagai suatu pendekatan baru dalam penilaian kualiti terjemahan teks teknikal.

1.3 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian yang dinyatakan, persoalan-persoalan berikut telah dibentuk:

i. Apakah ketepatan terjemahan teks teknikal dari segi penyampaian maklumat berdasarkan penilaian pembaca sasaran?

ii. Apakah tahap kebolehbelajaran (senang untuk dipelajari, konsistensi terjemahan) terjemahan teks teknikal berdasarkan penilaian pembaca sasaran? iii. Apakah tahap kecekapan pembaca sasaran untuk memahami terjemahan teks teknikal yang disebabkan kecekapan teks terjemahan berdasarkan penilaian pembaca sasaran?

iv. Apakah tahap kepuasan hati pembaca sasaran semasa berhadapan dengan terjemahan teks teknikal?

v. Apakah pendapat pembaca sasaran tentang kebolehgunaan strategi penterjemahan dalam terjemahan teks teknikal?

vi. Sejauh manakah konsep kebolehgunaan boleh digunakan sebagai pendekatan baru untuk menilai kualiti terjemahan teks teknikal?

(40)

22 1.4 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini berperanan untuk meneliti kebolehgunaan terjemahan teks teknikal dalam bidang pengurusan sumber manusia. Kajian ini tidak akan meneliti aspek-aspek kognitif, faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehgunaan produk serta kebolehgunaan reka bentuk produk seperti yang dicadangkan oleh pakar-pakar kebolehgunaan seperti Byrne (2006), Kwahk & Sung (2002), Bevan (1999) dan Jordan (1998).

Penilaian kebolehgunaan terjemahan teks teknikal akan dilakukan oleh 10 orang pelajar prasiswazah yang mengambil kursus Kelakuan Organisasi di bawah program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Sains Malaysia. Penilaian ini dilakukan berdasarkan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik (ujian kebolehgunaan). Pelajar prasiswazah iaitu responden yang dipilih mesti memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

i. Menguasai kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dari segi penulisan dan pembacaan.

ii. Dapat memahami bahasa Inggeris atau bahasa Melayu tanpa bantuan alat lain seperti kamus.

iii. Responden tidak pernah merujuk terjemahan pengurusan sumber manusia, iaitu mereka merupakan golongan pengguna yang novis (baru).

Dalam borang tinjauan pula, kajian ini akan menggunakan borang soal selidik jenis tertutup untuk mengumpul maklum balas daripada responden. Borang soal selidik jenis tertutup ini bertujuan mengumpul maklumat tentang pendapat semasa responden terhadap kebolehgunaan terjemahan teks teknikal serta persepsi responden

(41)

terhadap kebolehgunaan terjemahan teks teknikal. Soalan-soalan dalam borang soal selidik adalah bersifat umum dan berkisar tentang pendapat responden terhadap kebolehgunaan terjemahan teks teknikal. Isu-isu yang berkait dengan proses penterjemahan dan teori penterjemahan tidak akan ditanyakan kepada responden atas pertimbangan bahawa responden merupakan golongan yang kurang pengalaman atau tidak berpengalaman dalam bidang penterjemahan.

1.5 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini merangkumi dua bahagian iaitu prosedur analisis dan prosedur persampelan.

1.5.1 Prosedur Analisis

Kaedah penyelidikan untuk mengumpul data menerusi prosedur analisis adalah seperti berikut:

i. Pengumpulan data dengan menggunakan kaedah tinjauan – borang soal selidik jenis tertutup.

ii. Analisis data dengan menggunakan kaedah matematik mudah.

1.5.2 Prosedur Persampelan

Sampel teks sumber dan teks sasaran dalam kajian ini dipetik daripada buku teks Human Resource Management 8thEdition oleh Gary Dessler (2000) yang merupakan bahan rujukan untuk pelajar prasiswazah yang mengambil kursus pengurusan sumber manusia di Universiti Sains Malaysia, dan terjemahannya berjudul Pengurusan Sumber Manusia Edisi ke-8 yang diterjemah oleh Nor Azizi Abdullah (2002) dan disunting oleh Mohd Hizam Hanafiah (2002).

(42)

24

Bagi memastikan responden yang dipilih merupakan golongan yang menguasai kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dari segi penulisan dan pembacaan, seperti yang dicadangkan dalam batasan kajian, responden yang dipilih mesti memenuhi kedua-dua ciri berikut : responden mestilah memperoleh Band 4 dalam Malaysian University English Test (Muet) dan sekurang-kurangnya Gred B4 (kepujian) dalam bahasa Melayu pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Dari segi pengumpulan data pula, kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik jenis tertutup akan digunakan. Borang soal selidik tertutup dipilih untuk kajian ini kerana kaedah tinjauan jenis ini hanya memerlukan responden memilih jawapan atau pendapat mereka berdasarkan opsyen yang telah disediakan. Sebelum tinjauan dilakukan, responden-responden akan diberikan taklimat ringkas tentang konsep kebolehgunaan serta akan diperkenalkan kepada beberapa konsep yang berhubungkait dengan kebolehgunaan.

Bagi menjawab persoalan (i), (ii), (iii) (iv) dan (v), kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik jenis tertutup akan digunakan. Kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik jenis tertutup ini dibahagi kepada dua set iaitu set A (Sila rujuk Lampiran 1) dan set B (sila rujuk Lampiran 2). Kedua-dua set ini memerlukan responden untuk memberikan maklum balas mereka berdasarkan skala jawapan yang diberikan iaitu Skala Likert.

Persoalan (i) Apakah ketepatan terjemahan teks teknikal dari segi penyampaian maklumat berdasarkan penilaian pembaca sasaran?

Persoalan (ii) Apakah tahap kebolehbelajaran (senang untuk dipelajari, konsistensi terjemahan) terjemahan teks teknikal mengikut penilaian pembaca sasaran?

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini sejalan dengan penelitian yang di lakukan oleh Yusriyati nur faridah tahun (2001) dengan judul “Pengaruh Job insecurity dan kompensasi terhadap

Tambahan lagi, definisi dakwah yang dijelaskan oleh Asep dan Abd Djaliel (2002), adalah keupayaan aktiviti mengajak atau menyeru umat manusia agar berada di jalan Allah

Penyetoran pajak terutang atas vila di Paguyuban Supo Songgoriti belum seperti aturan yang berlaku karena dalam peraturan yang berlaku Wajib Pajak harus menyetorkan

Hal ini desebabkan ketiga pulau tersebut terbentuk dari satu bentukan batuan gunungapi dasar laut, terdiri dari lava bantal, yang memiliki tiga tinggian dan ditumbuhi terumbu

Hal senada juga dikemukakan oleh pengguna jasa berdasarkan keterangan dari Hasriadi Abbas (wawancara, 22 Maret 2017): Petugas pelayanan telah melaksanakan prosedur

syara’, justifikasi dan realitasnya. :يهو ،اهظفح ىلع ةيلهلإا عئارشلا تقفتا تيلا سملخا تايرورضلا ظفبح ملاسلإا نىتعا قحتست

Maka pengaruh media massa dalam kebijakan dapat bersifat positif maupun negatif, seperti : Sebagai ruang publik untuk mencari informasi tentang sebuah partai, Sebagai ruang

Faktor penghambat upaya BPPT dalam meningkatkan kualitas pelayanan ijin gangguan dilihat dari: Faktor penghambat dapat dilihat dari jumlah Sumber Daya Manusia di BPPT