• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaburan Kerajaan terhadap Pendidikan: Kajian Kes di Malaysia Dari Tahun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelaburan Kerajaan terhadap Pendidikan: Kajian Kes di Malaysia Dari Tahun"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Pelaburan Kerajaan terhadap Pendidikan: Kajian Kes di Malaysia Dari Tahun 1985-2014

Farhana Binti Mohd Amadzun Doris Padmini S. Selvaratnam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Government expenditure is one of the most significant economical factors and have special importance in Malaysia‘s economic growth. This paper attempts to analyse the effectiveness of government expenditure on education in Malaysia for the period of 1985-2014 by examining empirical relationship among the government expenditure on education, economic growth, population growth, infant mortality rate and labor. It is hypothesized that these factors exert a strong impact on education in the Malaysia. Ordinary Least Square (OLS) has been applied to test determinants of government expenditure on education. The result show that government expenditure and economic growth are significant determinants of Malaysia education while population growth and infant mortality rate only significant in affecting primary education. However, labor is not the important determinant in both the level of education.

Keywords: Government Expenditure, Education, Ordinary Least Square (OLS), Malaysia

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan modal manusia yang berpengetahuan, berilmu, beretika dan berakhlak. Kerajaan Malaysia perlu melakukan perubahan dalam sistem pendidikan sedia ada untuk melahirkan insan berbakat yang mampu bersaing dalam ekonomi global. Kemajuan pesat dalam bidang teknologi dan peningkatan persaingan akibat globalisasi telah membawa kepada perubahan besar kepada pasaran buruh dan peningkatan pesat terhadap pendidikan. Sejarah perkembangan sektor pendidikan di negara ini telah menunjukkan transformasi yang ketara baik dari segi kuantiti mahupun kualiti.

Berdasarkan agenda ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11, kerajaan akan menunpukan

kepada penambahbaikan kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecermelangan

institusi. Selain itu, dokumen strategi utama seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Talent Roadmap 2020 telah menjelaskan transformasi ekosistem modal insan. Peningkatan kualiti sistem pendidikan haruslah bermula dari peningkatan kualiti input pendidikan yang merupakan keperluan asas pendidikan sama ada berbentuk fizikal atau bukan fizikal.

Becker (1975) telah memperkenalkan teori modal manusia yang menganggap pendidikan sebagai komponen terbesar dalam menentukan produktiviti. Sebelum menjalankan pelaburan pendidikan, individu akan membandingkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mendapatkan pendidikan tambahan dengan perolehan yang bakal diperolehi. Oleh yang demikian, faedah daripada pendidikan perlu dibandingkan dengan kos untuk memastikan sama ada pelaburan pendidikan menguntungkan ataupun tidak. Tempoh kajian ini juga melibatkan dua krisis kewangan yang besar melanda Malaysia iaitu pada tahun 1997 dan tahun 2008 secara tidak langsung membuktikan bahawa pelaburan kerajaan terhadap pendidikan tetap tidak terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam ekonomi negara.

Pelaburan pendidikan merupakan sesuatu pelaburan jangka panjang yang akan memberikan pulangan kepada sesebuah negara. Pengurusan perbelanjaan yang baik membolehkan sektor pendidikan dijana kerana peruntukan kewangan dalam perbelanjaan pendidikan menelan amaun yang besar. Salah satu cara penambahbaikkan kualiti pendidikan ialah memperuntukkan dana bagi

(2)

pembangunan negara seperti perbelanjaan pendidikan. Kerajaan memperoleh dana bagi membangunkan sumber manusia melalui perbelanjaan yang diperuntukan setiap tahun walaupun negara mengalami kemerosotan ekonomi. Namun demikian, sejauh manakah kecekapan sesuatu perbelanjaan itu memberi pulangan yang setimpal ataupun tidak terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan kerajaan terhadap pendidikan antara pendidikan rendah dan pendidikan tinggi turut menjadi perhatian.

KAJIAN LEPAS

Menurut Rabiatul Adawiyah et.al. (2013), perbelanjaan kerajaan mempunyai hubungan yang positif terhadap pembangunan sumber manusia dan seterusnya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Peruntukan kerajaan yang disalurkan kepada pendidikan dan kesihatan dapat memberi kesan kepada pembangunan sumber manusia dan ia dibuktikan melalui pendapatan per kapita bagi masyarakat di negara terbabit. Tegasnya, perbelanjaan adalah komponen penting yang menyokong pertumbuhan ekonomi melalui sumber manusia dalam memastikan negara dapat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berkualiti sama seperti masyarakat di negara maju. Kajian Gupta S et. al. (2002) mendapati perbelanjaan pendidikan yang dibuat oleh kerajaan membantu dalam pencapaian pendidikan di negara tersebut. Menurutnya, pembuat dasar perlu memperuntukkan lebih banyak belanja ke atas pendidikan dengan lebih cekap untuk membantu golongan miskin serta memajukan ekonomi negara. Tambahan pula, sekiranya pendidikan dianggap barang biasa maka pada pendapatan yang lebih tinggi permintaan terhadap pendidikan akan meningkat.

Meulememeester dan Rochat (1995) mendapati pendidikan tinggi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pertumbuhan ekonomi di Perancis (1899-1986), Jepun (1885-1975), Sweden (1910-1986) dan United Kingdom (1919-1987) berbanding di Australia (1906-(1910-1986) dan Itali (1885-1996). Hasil kajian mendapati pendidikan tinggi adalah syarat perlu untuk ekonomi berkembang dan perlu dibantu oleh faktor-faktor lain seperti kemajuan teknologi. Berdasarkan kajian yang dijalan oleh Baldacci et. al. (2003) dibuat terhadap 94 negara membangun menyimpulkan perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan tidak membangun sumber manusia. Malah, literasi dewasa dan ketidakadilan jantina menjadi semakin teruk.

Kajian Chris Spohr (1999) cuba mengemukakan kajian langsung mengenai hubungan antara pendidikan dan penyertaan dalam pasaran buruh di Taiwan. Beliau mendapati bahawa pencapaian pendidikan di Taiwan banyak mengubah upah purata penduduk dan sekaligus mengubah corak penawaran buruh negara tersebut. Hasil kajian mendapati sumbangan pendidikan telah

membantu kepada perkembangan Taiwan. Kajian olehBenhabib dan Speigal (1994) melihat peranan

yang dimainkan oleh modal manusia mendapati bahawa pendidikan mempengaruhi kadar kemajuan teknologi. Kemajuan sesebuah negara sering dikaitkan dengan keupayaan negara tersebut untuk menguasai sektor perindustrian yang banyak bergantung kepada penggunaan teknologi baru. Teknologi baru memerlukan manusia yang mahir untuk mengendali segala peralatan moden yang dicipta.

Kajian Ronald C et. al. (2012) mendapati perbelanjaan kesihatan mempunyai hubungan positif dengan tahap kesihatan tetapi perbelanjaan pendidikan tidak mempengaruhi kemasukan pelajar di peringkat sekolah menengah dan rendah. Namun, peningkatan tahap kesihatan dapat meningkatkan tahap pendidikan. McEwan (1999) menyatakan bahawa pendapatan per kapita yang meningkat dapat mengurangkan bebanan ibubapa untuk menanggung kos langsung dan tidak langsung dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan Model Ordinary Least Square (OLS) di mana model ini menghasilkan satu

garisan penganggaran iaitu garis lurus yang paling hampir dengan keadaan sebenar. Model ini mempunyai sifat optimum dan ia akan menghasilkan penganggaran terbaik di mana ia memenuhi syarat ketidakpincangan, bersifat linear dan paling cekap. Ujian ini juga dibahagikan kepada dua model :

(3)

Model 1 : Pendidikan Rendah

EDUPRI = α + β1 GEXP + β2 GDP + β3 POPU + β4 INFM + β5 L + ɛ (1)

Model 2 : Pendidikan Tertiari

EDUTER = α + β1 GEXP + β2 GDP + β3 POPU + β4 INFM + β5 L + ɛ (2)

Berdasarkan kepada model di atas, pendidikan dipecahkan kepada dua mengikut tahap pendidikan iaitu enrolmen pendidikan rendah (EDUPRI) dan enrolmen pendidikan tertiari (EDUTER). GEXP merujuk kepada perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan, GDP merupakan pertumbuhan di dalam ekonomi negara mengikut sektor yang diukur melalui KDNK benar, POPU merujuk kepada pertumbuhan populasi, INFM adalah kadar kematian bayi dan L adalah tenaga kerja. Ujian punca unit penting apabila data siri masa digunakan dalam analisis ekonomi bertujuan mengelakkan masalah kolerasi palsu yang akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat. Bagi kajian

ini, ujian Augmented Dickey-Fuller (ADF) juga digunakan untuk menentukan kepegunan data. Ujian

ini penting untuk menentukan peringkat aras atau tingkat pembezaan.

DAPATAN KAJIAN

Pembolehubah kajian yang digunapakai oleh statistik deskriptif (rujuk JADUAL 1). Secara puratanya enrolmen bagi pendidikan rendah ialah 2,797,689 orang manakala enrolmen bagi pendidikan tinggi sebanyak 509,391 orang. Sementara perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan mempunyai nilai purata RM 4,757.233 dan pertumbuhan ekonomi RM 1,6401.13. Bilangan pertumbuhan populasi sebanyak 23,150 orang dan tenaga kerja 9,186 orang. Peratus kadar kematian bayi adalah 9.4%.

Setiap persamaan pendidikan iaitu persamaan (1) dan (2) dianggarkan dan keputusan

anggaran (rujuk JADUAL 2). Nilai R2 adalah 0.949 menunjukkan bahawa pembolehubah yang

digunakan dapat menerangkan 9.49% perubahan dalam pendidikan rendah. Hasil kajian mendapati, bagi pendidikan rendah pembolehubah perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan (GEXP), pertumbuhan ekonomi (GDP) dan kadar kematian bayi (INFM) menunjukkan hubungan yang negatif dan signifikan manakala pertumbuhan populasi (POPU) berhubungan secara positif dan signifikan terhadap pendidikan rendah. Dapatan ini menunjukkan semakin tinggi perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi maka pendidikan rendah secara keseluruhannya menurun yang mungkin disebabkan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Begitu juga peningkatan dalam kadar kematian bayi menurunkan pendidikan rendah. Pembolehubah tenaga kerja (L) berhubungan secara negatif dan tidak signifikan.

Keputusan anggaran model pendidikan tinggi mempunyai R2 bernilai 0.914 yang

menunjukkan 9.14% menjelaskan pembolehubah tidak bersandar mampu menerangkan pembolehubah bersandar dan selebihnya iaitu hampir 1% lagi diterangkan oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan. Terdapat hubungan yang signifikan dan positif bagi pembolehubah EXP dan GDP. Dapatan ini menunjukkan apabila perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan meningkat sebanyak RM 1 juta maka enrolmen pendidikan tertiari meningkat sebanyak 24.81540 manakala RM 1 peningkatan pertumbuhan ekonomi, enrolmen pendidikann tertiari turut meningkat sebanyak 31.66343. Bagi pembolehubah POPU, INFM dan L menunjukkan hubungan yang negatif dan tidak signifikan atau menggambarkan pembolehubah tersebut tidak mempengaruhi pendidikan tertiari.

Keputusan bagi ujian kepegunan data adalah seperti (rujuk JADUAL 3). Analisis ujian menunjukkan bahawa statistik ujian bagi pembolehubah-pembolehubah tanpa trend dan dengan trend adalah lebih kecil daripada nilai kritikal iaitu data siri masa tersebut pegun pada peringkat paras (level) atau tidak I(0). Ujian kepegunan ini dilanjutkan pada peringkat pembezaan pertama dan hasil keputusan menunjukkan nilai statistik ujian bagi pembolehubah tanpa trend dan dengan trend adalah lebih besar dari nilai kritikal yang membawa maksud siri masa berkenaan adalah pegun. Didapati ujian kepegunan mempunyai darjah integrasi yang sama dengan satu iaitu I(1).

(4)

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara perbelanjaan kerajaan dan pendidikan di Malaysia bagi tempoh 1985 sehingga 2015. Persoalan kajian ini dilakukan sebenarnya untuk melihat keberkesanan perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan di Malaysia. Berdasarkan analisis kolerasi yang dijalankan, jumlah perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan rendah dan tertiari signifikan pada aras keertian 1 peratus dan 5 peratus. Peningkatan RM 1 juta perbelanjaan kerajaan akan mengakibatkan penurunan sebanyak 21.00747 enrolmen pendidikan rendah dan meningkatkan 24.81540 enrolmen pendidikan tertiari.

Kesimpulannya, trend jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan pendidikan yang semakin meningkat boleh dikatakan dapat meningkatkan jumlah enrolmen pelajar bagi setiap tahap pendidikan. Berdasarkan analisis kolerasi dan deskriptif, dapat dibuktikan bahawa wujud hubungan negatif bagi perbelanjaan pendidikan terhadap enrolmen pendidikan rendah tetapi hubungan positif ditunjukkan bagi jumlah enrolmen pendidikan tinggi. Hal ini membuktikan bahawa jumlah perbelanjaan pendidikan adalah lebih berkesan kepada enrolmen pendidikan tinggi berbanding pendidikan rendah disebabkan pembahagian dana yang lebih besar kepada pendidikan tinggi serta corak penggunaannya.

Kajian ini mendapati pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemampuan kognitif individu yang akhirnya akan meningkatkan prestasi negara ke tahap yang lebih cemerlang, berdaya saing, berdaya tahan, berinovatif.

RUJUKAN

Becker G. S. 1975. Human Capital: A Theoretical and Emperical Analysis with Special Reference to Education. New Jersey: Princeton University Press.

Banhabib, J & Spiegel, M. 1994. The Role of Human Capital in Economic Development: Evidence

from Aggregate Cross-country Data. Journal of Monetary Economics.

Baldacci E., Guin-Siu Maria t. & De Mello L. 2003. More on The Effectiveness of Public Spending on Health Care and Education: A Covariance Structure Model. Journal of International

Development.

Chris Shopr. 1999. Education and Work Force Participation in the Earliest Little Dragon. Harvard Asia Quarterly Publication.

Gupta S., Verhoevem M. & Tiondson E. 2002. The Effectiveness of Government Spending on Education and Heealth Care in Developing and Transition Countries. European Journal of

Political Economy.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2015. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Malaysia

McEwan P.J. 1999. Private Costs and The Rate of Return to Primary Education. Applied Economic Letters.

Meulememeester, J.D. dan Rochat, D. 1995. A Casuality Analysis of the Link between Higher

Education and Economic Development. Economic of Education Review.

Rabiatul Adawiyah, Rahmah Ismail & Tamat Sarmidi. 2013. Peranan Perbelanjaan Kerajaan

Terhadap Pembangunan Manusia dan Pertumbuhan Ekonomi. Prosiding PERKEM.

Roland Craigwell, Danielle Bynoe & Shane Lowe. 2012. The Effectiveness of Government Expenditure on Education and Health care in The Caribbean. International Journal of

(5)

Jadual 1: Analisis Diskriptif

Pembolehubah Nilai Purata Sisihan Piawai

EDUPRI 2797689 289115.1 EDUTER 509391.4 353489.4 GEXP 4757.233 3711.032 GDP 16401.13 9775.934 POPU 23150.00 4584.438 INFM 9.426667 3.257557 L 9185.560 2228.663

Jadual 2: Ujian Ordinary Least Square

Pembolehubah EDUPRI Koefisien Ujian t Sig

C 1732315 2.764195 0.0108* GEXP -21.00747 -3.386091 0.0024* GDP -40.91540 -4.096569 0.0004* POPU 116.7164 3.875386 0.0007* INFM -66383.51 -4.621264 0.0001* L -26.11040 -1.126278 0.2712 Pembolehubah EDUTER

Koefisien Ujian t Sig

C 824086.6 0.822407 0.4189 GEXP 24.81540 2.501601 0.0196** GDP 31.66343 1.982729 0.0590*** POPU -8.461864 -0.175720 0.8620 INFM -34420.07 -1.498596 0.1470 L -46.99825 -1.267902 0.2170 EDUPRI EDUTER R2 0.949788 0.914128 Adjusted R2 0.939328 0.896239 F-statistic 90.79530 51.09744 Durbin-Watson stat 1.617550 1.529456

* Signifikan pada aras keertiasn 1% ** Signifikan pada aras keertian 5% *** Signifikan pada aras keertian 10%

Jadual 3: Ujian Kepegunan Berdasarkan Pendekatan Augmented Dickey Fuller

Pembolehubah Paras (Level) Pembezaan Pertama Susunan

Integrasi I (d)

Tanpa Tren Tren Tanpa Trend Trend

EDUPRI 0.2336 0.9981 0.0344 0.0068 I(1) EDUTER 0.5920 0.8023 0.2921 0.8176 I(1) GEXP 0.1557 0.0501 0.0053 0.0234 I(1) GDP 0.9999 0.8347 0.0000 0.0000 I(1) POPU 0.9822 0.5259 0.0011 0.0070 I(1) INFM 0.1462 0.9995 0.0047 0.0006 I(1) L 0.9900 0.9405 0.0097 0.0000 I(1)

Referensi

Dokumen terkait

Sistem yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk mcnycdiakan pakej pembelajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa lnggcris dan aha Cina yang khusus

Saat ini tersedia berbagai media yang dapat digunakan dalam mempelajari TOEFL tetapi penjelasan atau bahasa pengantarnya masih menggunakan bahasa Inggris sehingga menjadi lebih

penduga bagi fungsi sebaran kejadian pertama dan kejadian kedua akan mendekati fungsi sebaran yang sebenarnya jika semakin besar panjang interval

Tukku- ja vähittäiskauppaa (pl. alkutuotantoon sidoksissa olevat yritykset) harjoittavat maaseudun pienyritysten lukumäärät, henkilöstömäärät ja liikevaihto (vuoden 1997

Kedua, untuk memasukkan Islam ke dalam institusi kerajaan memerlukan waktu yang cukup lama, yang dibuktikan dengan perbandingan angka tahun pada makam-makam keramat

Pemberian permainan pada anak sangat penting karena dapat bermain sambil belajar, dan belajar sambil bermain dengan menggunakan media yang kogkrit atau

Berdasarkan uraian tersebut di atas, penulis tertarik untuk mengangkat serta menganalisis lebih lanjut permasalahan terkait penjatuhan pidana tambahan pencabutan hak

Hasil penelitian didapatkan dari wawancara yang dilakukan oleh peneliti kepada objek peneliti dan juga hasil observasi dilapangan berupa dokumentasi pada saat