• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAMPASAN KUASA TATMADAW & PERANAN ASEAN TANGANI KONFLIK SERANTAU MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RAMPASAN KUASA TATMADAW & PERANAN ASEAN TANGANI KONFLIK SERANTAU MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

RAMPASAN KUASA TATMADAW &

PERANAN ASEAN

TANGANI KONFLIK SERANTAU

(4)

Rampasan Kuasa Tatmadaw & Peranan ASEAN Tangani Konflik Serantau |

2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Pada awal Februari yang lalu, suatu rampasan kuasa telah berlaku terhadap Kerajaan Myanmar di Yangon yang dipimpin oleh Jeneral Min Aung Hlaing. State Counsellor, Aung San Suu Kyi, pemimpin de facto Myanmar serta beberapa orang pemimpin kanan yang lain telah ditahan. Berdasarkan laporan media juga turut mendedahkan 14 ketua-ketua menteri ditahan oleh pihak tentera.

Jeneral Min Aung Hlaing mengumumkan bahawa Myanmar akan diletakkan dalam keadaan darurat (state of emergency) selama setahun serta pilihanraya yang baru yang lebih “bersih” akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang tidak ditentukan. Pihak tentera atau dikenali sebagai Tatmadaw turut menjelaskan tindakan rampasan kuasa ini dilakukan bertitik tolak daripada dakwaaan salah guna kuasa dalam Pilihanraya Umum Myanmar pada penghujung tahun 2020 yang lalu. Pihak Tatmadaw mendakwa terdapat 8.6 juta pengundi daripada 314 kawasan yang tidak dapat dikenal pasti menyebabkan kononnya berlaku pengundian berulang kali. Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Suruhanjaya Pilihanraya Myanmar juga telah menolak dakwaan Tatwadaw mengenai wujudnya penipuan dalam Pilihanraya Umum 2020.

Dalam Pilihanraya Umum Myanmar 2020, parti National League for Democracy (NLD) yang dipimpin Suu Kyi telah memperolehi majoriti besar dengan penguasaan terhadap 396 kerusi daripada jumlah keseluruhan 476 kerusi, manakala parti yang didokong pihak tentera iaitu Union Solidarity and Development Party (USDP) hanya memperoleh 33 kerusi.

Situasi rampasan kuasa ini mengundurkan semula langkah Myanmar ke arah pembentukan sebuah negara demokrasi. Ia juga membelakangi semangat disiplin demokrasi (disciplined democracy) yang pernah digembar-gemburkan oleh Tatmadaw sejak tahun 2003 selain komitmen berulang kali pihak Tatmadaw untuk menyerahkan pentadbiran negara kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Penulisan ini akan meneliti dalam konteks peranan rantau ASEAN dalam berhadapan dengan konflik serantau termasuk perkembangan yang sedang berlaku di Myanmar. Nyata apa yang menjadi teras dalam perbincangan ini adalah norma tiada campur tangan (non-interference) sesama negara anggota ASEAN. Norma ini telah menjadi asas kepada bentuk kerjasama multilateral ASEAN serta banyak memandu tingkah laku serta pendekatan negara-negara anggotanya berhadapan dengan konflik yang berlaku.

Myanmar: Sepintas Lalu

Myanmar atau dalam Bahasa Burma dikenali sebagai “Myanma” (Mranma Pran) merupakan sebuah negara anggota ASEAN. Sebelum tahun 1989, ia dikenali sebagai Burma (the Union of Burma), nama yang diguna pakai sejak tahun 1885. Myanmar memperoleh kemerdekaan pada 4 Januari 1948 daripada penjajahan British dengan U Nu telah diangkat sebagai Perdana Menteri pertamanya. Meskipun negara ini merupakan negara bekas jajahan British, namun Myanmar menolak untuk berada di bawah negara Komanwel disebabkan faktor anti-British yang menebal (Godrej, 2008). Pemerintahan junta bermula pada tahun 1962 apabila Jeneral Ne Win melakukan rampasan kuasa melalui jalan kudeta dan Burma (Myanmar) diletakkan di bawah penguasaan Burma Socialist Programme Party (BSPP). Pemerintahan diktator ini berterusan sehinggalah pada tahun 1988

Rajah 1: Jeneral Min Aung Hlaing (Sumber: Nikkei Asia)

(5)

menyaksikan munculnya gerakan prodemokrasi yang bangkit menentang regim kuku besi Ne Win. Beliau telah meletakkan jawatan akibat protes kumpulan prodemokrasi, namun kemudiannya kembali mempertahankan kuasa dengan memperkenalkan The State Law & Order Restoration Council (SLORC).

Kerajaan junta telah berjanji sejak daripada perlaksanaan Pilihanraya Umum 1990 untuk menyerahkan Myanmar kepada mereka yang diberikan mandat oleh rakyat. Malangnya, ia tidak berlaku meskipun parti NLD mendapat kemenangan yang besar. Malah, lebih parah lagi Aung San Suu Kyi serta beberapa pimpinan pembangkang yang lain dikenakan perintah tahanan rumah dalam tempoh yang lama.

Pada September 2003, Kerajaan junta mengetengahkan prinsip disiplin demokrasi (disciplined democracy) serta rancangan deraf Perlembagaan baharu Myanmar yang akhirnya digazetkan pada tahun 2008. Ia juga mendorong kepada pembebasan Suu Kyi pada tahun 2010. Meskipun begitu, ia tidak menampakkan suatu kesungguhan yang jitu oleh pihak Tatmadaw untuk memperkukuhkan demokrasi di Myanmar.

Parti prodemokrasi, NLD telah memperolehi kira-kira 86 peratus kerusi Parlimen (Assembly of the Union) pada tahun 2015. Calon pilihanraya yang mendapat undi terbanyak selayaknya menduduki kerusi nombor satu Myanmar. Namun, kemenangan itu tidak membolehkan Suu Kyi, pemimpin utama parti NLD untuk menduduki kerusi Presiden disebabkan oleh peruntukan Perlembagaan Perkara 59 (f) yang tidak membenarkan seseorang yang mempunyai kaitan dengan warganegara luar untuk menjadi pemerintah negara. Oleh kerana Suu Kyi mempunyai dua

orang anak berwarganegara British, jawatan State Councellor Myanmar diwujudkan untuk beliau dan secara tidak langsung sebagai pemimpin de facto kepada Kerajaan Myanmar (Thuzar, 2015).

Selain itu, Suu Kyi juga terpaksa menyerahkan 25 peratus kerusi Parlimen Myanmar kepada pihak Tatmadaw seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaannya. Situasi ini menjadikan pengaruh Tatmadaw sentiasa mencengkam pentadbiran Suu Kyi dan ia tidak memberikan makna terhadap pembangunan demokrasi negara tersebut. Selain soal perlembagaan yang jelas menyebelahi pihak Tatmadaw, kelemahan institusi yang ada juga tidak mampu memperkukuhkan pengamalan demokrasi yang sihat di negara itu (Thuzar, 2015).

Perlembagaan 2008: Daripada Junta Kepada Junta

Naypyidaw berdepan secara langsung dengan kuasa tentera yang kukuh berakar dalam institusi-institusi utama di Myanmar. Pihak Tatmadaw telah memperkukuhkan kuasanya melalui Perlembagaan Myanmar yang dibentuk oleh Kerajaan junta pada tahun 2008. Perlembagaan “berdarah” ini telah memberikan kuasa konstitutif kepada pihak Tatmadaw untuk terus mengukuhkan kuasa mereka dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Myanmar.

Beberapa peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut jelas memberikan kuasa yang istimewa kepada pihak Tatmadaw. Berdasarkan Perkara 74 Perlembagaan tersebut, Parlimen Myanmar atau dikenali sebagai „Pyidaungsu Hluttaw’ perlu menyerahkan 25 peratus kerusi kepada pihak Tatmadaw yang akan dilantik oleh ketua tentera. Ia melibatkan 166 kerusi untuk diserahkan Rajah 2: Kemenangan NLD dalam PRU 2015 dan 2020

menggugat Tatmadaw (Sumber: Global Risks Rights)

(6)

Rampasan Kuasa Tatmadaw & Peranan ASEAN Tangani Konflik Serantau |

4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

kepada Tatmadaw, manakala baki 498 kerusi lain akan dipilih melalui undi pilihanraya (Seethi, 2021). Daripada keseluruhan 664 kerusi Parlimen Myanmar, 224 daripadanya adalah kerusi Dewan Senat, ‘Amyotha Hluttaw, manakala 440 kerusi lainnya adalah daripada Dewan Rakyat, Pyithu Hluttaw. Tambahan lagi, pengisytiharan darurat oleh Tatmadaw tempoh hari adalah berdasarkan kepada Perkara 417 Perlembagaan yang menjelaskan bahawa seorang Presiden boleh mengisytiharkan darurat, selepas rundingan bersama Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara, jika terdapat sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan kesatuan negara. Manakala, berdasarkan Perkara 419 pula menjelaskan bahawa selepas pengisytiharan darurat, kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman hendaklah diserahkan kepada Ketua Panglima Tentera (Chief-In-Command) (Seethi, 2021).

Perkara ini sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan. Selain soal peruntukan terhadap pengisytiharan darurat yang dianggap tempang, Perlembagaan yang mula diguna pakai sejak tahun 2008 ini sendiri menjelaskan persamaannya terhadap „Garrison State‟ yang diperkenalkan Harold Lasswell pada tahun 1941. Ia melambangkan “specialist on violence” sebagai kumpulan berkepentingan paling berkuasa. Dalam konteks Myanmar, Tatmadaw adalah Garrison State dan perkara ini ditunjukkan melalui kuasa yang terkandung dalam Perlembagaan 2008 selain rampasan kuasa yang berlaku tempoh hari. (Seethi, 2021)

Pendekatan ASEAN Dalam Konflik Serantau

The ASEAN Way

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada tahun 1967 dan dikaitkan dengan Perang Dingin. Ia bermula dengan perjanjian Deklarasi Bangkok yang ditandatangani di antara negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Kemudian ia berkembang dengan penyertaan Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. Secara spesifiknya, Myanmar menyertai ASEAN pada 23 Julai 1997 bersama-sama Laos ketika itu.

Slogan The ASEAN Way sememangnya menjelaskan suatu prinsip asas terhadap bentuk hubungan pelbagai pihak (multilateralism) negara-negara anggota ASEAN. Prinsip-prinsipnya terkandung dalam ASEAN’s Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) yang telah ditandatangani pada tahun 1976. Kandungan utama perjanjian kerjasama tersebut adalah prinsip mutual respect, tiada campur tangan (non-interference) terhadap konflik dalaman, penyelesaian konflik secara aman dan tidak menggunakan jalan kekerasan serta pembentukan kerjasama yang efektif di antara negara anggota (Alpern, 2012).

Prinsip tidak campur tangan (non-interference) ini juga ditekankan dalam Pelan Tindakan Komuniti Keselamatan ASEAN 2012. Ia menjelaskan pendekatan ASEAN dalam menangani isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama berpandukan kepada prinsip tiada campur tangan dan proses penentuan keputusan secara kolektif, menghormati kedaulatan negara-negara anggota selain memastikan sebarang pertikaian diselesaikan melalui jalan aman.

Tambahan lagi, prinsip tiada campur tangan ini juga bertitik tolak daripada pengalaman negara ASEAN yang pernah berhadapan dengan campur tangan asing semasa Perang Dingin dan pada era selepasnya. Oleh itu, amat penting bagi ASEAN mempertahankan prinsip tersebut bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang pada masa akan datang (Cothay, 2016) dan ia menjadi doktrin teras kepada ASEAN sama ada melibatkan intra-ASEAN, apatah lagi melibatkan campur tangan kuasa-kuasa luar seperti China dan India yang sedang meningkat naik.

Maklum Balas Awal Negara-negara ASEAN Terhadap Rampasan Kuasa

Tragedi rampasan kuasa yang berlaku di Myanmar sememangnya mengejutkan meskipun ia telah disebut-sebut sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Myanmar tahun lalu. Lebih memeritkan, ia berlaku

(7)

ketika global masih bertungkus lumus untuk keluar daripada ancaman pandemik COVID-19. Pengerusi ASEAN ketika ini, Brunei Darussalam telah mengeluarkan kenyataan untuk memanggil semua negara anggota ASEAN berdialog bagi mencapai kata sepakat menghadapi perkembangan terbaharu di Myanmar. Presiden Indonesia, Joko Widodo turut mengulas perkembangan di Myanmar dengan mengharapkan agar ia dapat diselesaikan melalui “jalan perundangan” selain mengajak semua pihak “menghormati prinsip yang terkandung dalam Piagam ASEAN (ASEAN Charter)” yang menerapkan nila-nilai asas demokrasi.

Ia juga mendapat maklum balas daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa agar ASEAN mengadakan “mesyuarat tergempar” bagi membincangkan perkara tersebut serta menganggap apa yang berlaku di Myanmar sebagai “langkah mengundur ke belakang”. Tambahan lagi, isu rampasan kuasa di Myanmar ini dijangka akan menjadi tumpuan utama dalam Sidang Kemuncaknya yang dijadualkan berlangsung pada April tahun ini.

Secara umumnya, negara anggota ASEAN telah bersetuju terhadap Piagam ASEAN yang mula diperkenalkan pada tahun 2008. Bahagian pendahuluan Piagam tersebut menjelaskan komitmen yang jitu negara anggota terhadap prinsip-prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan pentadbiran yang baik dan bersih. Ia turut dikuatkan lagi dalam Perkara 1 dan 2 Piagam yang sama dengan menjelaskan ketiga-tiga tunjang di atas sebagai teras dalam prinsip keanggotaan dalam ASEAN. Walau bagaimanapun, di peringkat rantau dan antarabangsa, bagaimana teras-teras tersebut beroperasi dalam setiap negara anggota ASEAN masih menjadi persoalan. (Marthur, 2021). Kebanyakan pendekatan yang diambil ASEAN terhadap konflik yang berlaku di rantau ini berasaskan kepada dialog dan meja rundingan sebagai langkah asas menyelesaikan kemelut yang berlaku. Ini dapat dilihat daripada beberapa kenyataan awal pemimpin utama ASEAN yang mahu isu rampasan kuasa di Myanmar tersebut dirundingkan secara kolektif dan tidak campur tangan secara terus. Maka, berdasarkan perbahasan tersebut, pendekatan ASEAN terhadap perkembangan di Myanmar ketika ini sudah dapat diduga. Kesemua ini bertitik tolak daripada prinsip tiada campur tangan yang menjadi norma kepada pertubuhan serantau ASEAN.

Dilema ASEAN Menangani Konflik

Perbahasan terhadap prinsip tidak campur tangan oleh ASEAN ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tertentu. Daripada perspektif yang positif, pendekatan ini dapat mengurangkan ketegangan yang berlaku daripada terus merebak. Bentuk kesepakatan ini telah memberikan nilai tambah terhadap kekuatan yang jitu bagi mengukuhkan kerjasama di peringkat rantau (Cothay, 2016 & Rosyidin, 2017).

Namun, daripada sisi yang lain, pendekatan tersebut dilihat “perlahan” dan kurang efektif kerana mengambil masa untuk meredakan konflik semasa yang sedang memuncak (Cothay, 2016). Ia telah menyebabkan konflik terus berlanjutan sehingga menyebabkan lebih ramai yang telah menjadi mangsa. Malah, sikap yang sama juga telah menyebabkan negara-negara anggota ASEAN seolah-olah dilihat tidak mengambil berat terhadap konflik yang sedang berlaku meskipun ia telah menjadi isu yang mendapat perhatian di peringkat global (Rosyidin, 2017).

Perkara ini berlaku ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung pada April 2015 di Kuala Lumpur. Ketika dunia sedang digemparkan dengan siri-siri berterusan serangan penghapusan etnik Rohingya di Wilayah Rakhine, isu tersebut bagaimanapun tidak berbangkit ketika sidang kemuncak yang berlangsung dalam tempoh tersebut. Walaupun beberapa pemimpin negara ASEAN mengeluarkan kecaman terhadap serangan tersebut, namun norma tiada campur tangan dalam kalangan negara anggota ASEAN memperjelaskan sisi-sisi kelemahannya yang tersendiri apabila isu-isu utama seperti itu tidak diketengahkan dalam sebuah acara utama dalam kalangan ASEAN. Ia adalah suatu dilema di antara menghormati kedaulatan negara anggota serta komitmen sebagai sebuah kerjasama pelbagai pihak (multilateralism) dan konteks rantau.

(8)

Rampasan Kuasa Tatmadaw & Peranan ASEAN Tangani Konflik Serantau |

6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Negara-negara anggota ASEAN sewajarnya melihat dalam kaca mata kolektif identiti untuk membantu Myanmar keluar daripada konflik sedia ada. Perkara ini penting sebagai suatu orientasi ASEAN tidak hanya bersifat negara (states) tetapi juga lebih merangkumi orientasi serantau di bawah payung ASEAN (Rosyidin, 2017). Prinsip tiada campur tangan ini perlu diurus dengan cermat supaya kerjasama dan keputusan kolektif di peringkat serantau lebih efektif dan ia tidak menjadi alasan untuk ASEAN seolah-olah dilihat menutup mata terhadap sebarang konflik serantau yang melanda.

Pemantau Pilihanraya ASEAN

Walaupun pendekatan tiada campur tangan ASEAN mempunyai pelbagai perbahasan tertentu, namun komitmen ASEAN untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam kalangan negara anggotanya tidak boleh sesekali dipertikaikan. ASEAN telah memperkenalkan pendekatan untuk memantau perlaksanaan pilihanraya sebagai salah satu tapak asas kepada pembentukan sistem politik yang stabil di rantau berkenaan. Perkara ini juga dilihat dapat membendung konflik-konflik politik daripada berlaku (Marthur, 2021).

ASEAN Electoral Management Bodies (EMBs) telah mula diperkenalkan ketika ASEAN berada di bawah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada tahun 2011. Ia telah melibatkan lima negara utama ASEAN iaitu Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina dan Malaysia. EMBs telah menjadi pemangkin terhadap langkah ASEAN bagi mengukuhkan sistem perjalanan pilihanraya negara-negara anggotanya dengan tertegaknya Deklarasi Jakarta terhadap Komuniti Elektoral di Asia Tenggara. Deklarasi ini memberikan tumpuan utama terhadap penambahbaikan pilihanraya khususnya terhadap “partisipasi rakyat dalam sektor politik, ekonomi dan sosial serta penambahbaikan terhadap peraturan parti-parti politik negara anggota”.

Pada tahun 2012, ASEAN menghantar kumpulan pemerhati bagi memantau pilihanraya kecil di Myanmar, manakala pada tahun 2015, Filipina pula telah mengeluarkan laporan mengenai langkah ke arah penubuhan pasukan pemantau pilihanraya ASEAN. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan komitmen negara anggota ASEAN bagi memastikan perjalanan demokrasi berjalan dengan teratur.

Meskipun pelbagai inisiatif telah diketengahkan bagi memperkukuhkan pengamalan demokrasi dalam negara anggotanya, usaha-usaha ini masih tidak bersambut. Marthur (2021) menjelaskan ia adalah sikap daripada tidak agresif (non-aggression) yang menjadi norma dalam pembentukan rantau seperti ASEAN. Tambahan lagi, soal kredibiliti selain pertembungan kepentingan (conflict of interest) menjadikan usaha tersebut dipandang sepi (Alpern, 2012).

Penutup

Berdasarkan perbahasan di atas, jelas sekali prinsip tiada campur tangan (non-interference) telah menjadi norma yang sebati dalam ASEAN. Namun, ia tidak sewajarnya menjadi alasan untuk negara-negara anggota ASEAN berdiam diri daripada menyatakan pendirian terhadap kemelut yang sedang melanda khususnya kepada Myanmar ketika ini. Prinsip tersebut sewajarnya dipandu dengan betul supaya penyelesaian konflik serantau ini lebih efektif, mengekalkan keamanan di wilayah Asia Tenggara serta dalam masa yang sama masih mempertahankan kedaulatan negara-negara anggotanya.

Peranan ASEAN terhadap kemelut yang berlaku di Myanmar sememangnya menjadi perhatian. Jelas sekali ASEAN terus memainkan peranannya dengan baik di peringkat rantau serta masih mengekalkan identiti untuk tidak campur tangan secara terus terhadap konflik yang melanda. Walau bagaimanapun, ia menimbulkan persoalan terhadap sejauh mana pendekatan semasa ini efektif setelah Myanmar berhadapan dengan campur tangan junta dalam Kerajaannya. Malah, dalam masa yang sama, rampasan kuasa tersebut menumbangkan sebuah Kerajaan prodemokrasi yang menjadi teras dalam Piagam ASEAN 2008.

(9)

Jika diteliti dengan kaca mata yang lebih meluas, masa depan hubungan intra-ASEAN ini sentiasa menjadi persoalan teras terhadap hubungan rantau ASEAN. Acharya (2011) menjelaskan konflik-konflik yang berlaku dalam rantau Asia Tenggara perlu ditangani dengan cermat bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesatuan dalam ASEAN. Selain itu, kerjasama serta kesatuan negara-negara anggota ASEAN dilihat mampu mencorakkan masa depan kuasa rantau di rantau Asia dan global amnya.

(10)

Rampasan Kuasa Tatmadaw & Peranan ASEAN Tangani Konflik Serantau |

8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Acharya, A. (2011, February 15). ASEAN in 2030. Didapatkan dari East Asia Forum: https://www.eastasiaforum.org/2011/02/15/asean-in-2030/

Alpern, V. J. (2012). Promoting Election Integrity In Southeast Asia: ANFREL and ASEAN. Stockholm, Sweden: International Institute for Democracy and Electoral Assistance.

AP News. (2021, January 29). Myanmar Election Comission Reject's Military Fraud Claims. Didapatkan dari AP News: https://apnews.com/article/aung-san-suu-kyi-elections-myanmar-cc1b225b806c27dda748d3ab51d0e47f

Cothay, E. (2016). The ASEAN Doctrine of Non-Interference in Light of the Fundamental Principle of Non-Intervention. Asian-Pacific Law & Policy Journal, 17(2).

Godrej, D. (2008, April 18). A Short History of Burma. Didapatkan dari New Internatiolist: https://newint.org/features/2008/04/18/history

Marthur, S. (2021, February 3). Myanmar’s Coup D’Etat: What Role for ASEAN? Didapatkan dari The Diplomat: https://thediplomat.com/2021/02/myanmars-coup-detat-what-role-for-asean/

Rosyidin, M. (2017). Why Collective Identity Matters: Constructivism and the Absence of ASEAN‟s Role in the Rohingya Crisis. Asia-Pacific Social Science Review, 17(1), 52-65.

Seethi, K. M. (2021). Military coup in Myanmar: „Garrison State‟ back to dismantle democracy? Global South Colloquy.

Thuzar, M. (2015). Myanmar’s 2015 Elections: New Hope on the Horizon? . Singapore: Yusof Ishak Institute - ISEAS.

(11)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menerapkan teori nilai konsumsi untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku pilihan konsumen mengenai produk ramah

Langkah ini menjelaskan mengenai analisis hasil penyelesaian permasalahan VRPSPD yang sudah dilakukan dengan metode eksak dan metode simulated annealing baik untuk

Masa Prapaskah adalah masa 40 hari sebelum Paskah, yang digunakan Gereja untuk mempersiapkan diri dalam merayakan Kebangkitan Tuhan kita Yesus Kristus pada hari Minggu Paskah..

NO NO SERTIFIKAT NAMA PERUSAHAAN TANGGAL TAHUN TAHAPAN IUP SK NO KABUPATEN / KOTA/PROVINSI... NO NO SERTIFIKAT NAMA PERUSAHAAN TANGGAL TAHUN TAHAPAN IUP SK NO KABUPATEN

Berdasarkan gambaran umum dan riset yang telah dilakukan di SLB Dharma Bhakti Dharma Pertiwi ini juga seperti terlihat pada hal segi fasilitas penunjang belajar akademik

Berdasarkan hasil perhitungan Koefisien Determinasi (KD) secara parsial dengan melihat nilai R Square yaitu 0,646, maka besar pengaruh Beban Kerja memberi

GameCanvas menyediakan sebuah method yang mengembalikan nilai dari current state dengan menggunakan method berikut:.. public