• Tidak ada hasil yang ditemukan

Universiti Sains Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Universiti Sains Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

(4)

Beli di www.karyausm.my www.penerbit.usm.my penerbit@usm.my PenerbitUSM PenerbitUSM penerbit_usm

© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2019

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan 50 Tahun USM Menuju Kecemerlangan 1969–2019 / Universiti Sains Malaysia. ISBN 978-967-461-449-2

1. Universiti Sains Malaysia.

2. Education, Higher–Malaysia–Pulau Pinang.

3. Universities and colleges–Malaysia–Pulau Pinang. 4. Government publications–Malaysia.

I. Judul.

378.595113 LG396.5.A83L732

Muka taip teks: Gentium Book Basic Editor Naskhah: Rosziana Radli

Pereka Bentuk Kulit Buku: Mohammad Ridhwan Jaapar Pereka Letak: Sabrina Ahmad

Pembaca Pruf: Aida Izana Yaakub Pengatur Huruf: Sabrina Ahmad

Diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia. Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

(5)

Kandungan

PRAKATA xi PENGHARGAAN xvii SINGKATAN xxi

Bab 1 DUA PULUH LIMA TAHUN PERTAMA UNIVERSITI

SAINS MALAYSIA: 1969–1994 1

Penubuhan Universiti Sains Malaysia 2 UPP (dan USM) di Bukit Gelugor dan Kampus Minden 4 Program Akademik 25 Tahun Pertama 11 Tan Sri Hamzah Sendut 15 Pusat Pengajian Awal 19 Pusat Penyelidikan Dasar 26 Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir 27

(6)

Program Perubatan 30 Dato’ Musa Mohamad 31

Bab 2 FASA PENGEMBANGAN DAN PENGUKUHAN:

1995–2019 37

Profesor Dato’ Dr. Ishak Tambi Kechik 40 Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak 42 Profesor Dato’ Dr. Omar Osman 45 Profesor Datuk Dr. Asma Ismail 48 Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan 51 Pencapaian USM 2001–2019 52 Kampus Kesihatan 57 Kampus Kejuruteraan 60 Institut Perubatan dan Pergigian Termaju 62 Sains@USM 64 Pusat Pengajian, Pusat Kecemerlangan

dan Pusat Perkhidmatan 65

(7)

Institut Penyelidikan Perubatan Molekul 67 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai

dan Saliran Bandar 69 Pusat Penyelidikan Arkeologi Global 70 Perpustakaan Universiti Sains Malaysia 71 Pusat Sejahtera 72 Penerbit USM 73

Bab 3 WARGA UNIVERSITI 77

Canselor 78 Pro-Canselor 80 Majlis Universiti, Lembaga Pengarah Universiti

dan Lembaga Gabenor Universiti 82 Timbalan Naib Canselor 85 Pengarah Kampus Cawangan 86

Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengarah Keselamatan, Penasihat Undang-Undang,

Ombudsman dan Ketua Audit 87 Persatuan Kakitangan dan Persatuan Alumni 88 Ikon Kampus Kesihatan 90 Ikon Kampus Bertam 93 Ikon Kampus Kejuruteraan 93 Ikon Kampus Minden 98 Ikon Pelajar 112

(8)

Bab 4 SARJANA TERSOHOR 119

Profesor Emeritus Dato’ K.J. Ratnam 120 Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad 121 Profesor Emeritus Dato’ Tan Wang Seng 122 Profesor Emeritus Abdullah Hassan 123 Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Augustine

Ong Soon Hock 124 Profesor Emerita Datin Paduka Dato’

Siti Zuraina Abdul Majid 125 Profesor Emeritus Dato’ Paduka Mustaffa Embong 126 Profesor Emeritus Dato’ Amir Awang 127 Profesor Emeritus Dato’ Visweswaran Navaratnam 128 Profesor Emeritus Mohamed Sulaiman 129 Profesor Emeritus Dato’ Mohamed

Ghouse Nasuruddin 130 Profesor Emeritus Dato’ C.P. Ramachandran 131 Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh 132

(9)

Profesor Emeritus Dato’ Lim Koon Ong 134 Profesor Emeritus Fun Hoong Kun 135 Profesor Emeritus Dato’ Mohd. Roslani

Abdul Majid 136 Profesor Emeritus Dato’ Jamjan Rajikan 137 Profesor Emeritus Dato’ Hassan Said 138 Profesor Emeritus Dato’ Muhammad Idiris Saleh 139 Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak 140 Profesor Emeritus Mashhor Mansor 142 Profesor Emeritus Dato' Chatar Singh a/l

Beriam Singh 143 Profesor Emerita Dato' Wazir Jahan Begum

Abdul Karim 144 Profesor Emeritus Johan Saravanamuttu Abdullah 146 Profesor Emeritus Yuen Kah Hay 147

Bab 5 UNIVERSITI PENYELIDIKAN DAN MASYARAKAT 151

Anugerah Penyelidikan 154 Penubuhan Bahagian Penyelidikan 154 Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat 156 Projek Penyelidikan Berimpak Tinggi kepada Negara

dan Masyarakat 158 Profesor Datuk Dr. Asma Ismail 158 Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin 159 Profesor Dr. Rahmah Noordin 161 Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan 163

(10)

Profesor Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban 164 Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed 165 Pencapaian Tertinggi Penyelidik USM pada 2018 165 Penyelidik dalam Bidang Berbeza yang Melakukan

Penyelidikan Transdisiplin Berimpak kepada

Masyarakat 167 Profesor Madya Dr. A.S. Hardy Shafii 167 Profesor Noraida Endut 168 Dr. Mohd Zulkifli Mustafa 170 Profesor Dato’ Dr. Azhar Mat Easa 171 Profesor Dr. Ismail Baba 173 Profesor Dr. Habibah A Wahab 175

Bab 6 PENGANTARABANGSAAN 177

Perjalanan ke arah Pengantarabangsaan 180 Kelestarian 190 Penyelidikan 195

BIBLIOGRAFI 203 INDEKS 213

(11)

Menulis sebuah buku bagi menggambarkan perkembangan serta pencapaian universiti untuk tempoh 50 tahun pertama kewujudannya bukanlah satu tugas yang mudah. Selain menentukan isi kandungan yang sesuai yang menepati tujuan penulisannya, sumber juga merupakan satu masalah terutamanya berkaitan tiga Naib Canselor pertama, sementara sumber lisan pula semakin mengecil dengan ramai staf awal sudah bersara dan bertebaran di merata tempat termasuk di luar negara. Ramai juga yang sudah meninggal dunia. Tambahan pula, dengan menggunakan sumber yang ada dan mengambil kira kekangan masa pastinya buku ini mempunyai banyak kekurangan walaupun kumpulan penulis sudah berusaha sebaik mungkin.

Sejak penubuhannya pada 1969 Universiti Sains Malaysia (USM) telah membawa banyak perubahan kepada landskap pendidikan tinggi negara. Buku ini ditulis bagi memperingati usia universiti kedua tertua di negara ini, dan juga universiti pertama yang ditubuhkan selepas merdeka, yang mencecah 50 tahun pada 2019 serta melihat kembali pelbagai perubahan yang dibawanya sejak 1969. Idea penulisan dicadangkan oleh mantan Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang kemudiannya

Prakata

(12)

dipertanggungjawab kepada “Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun Universiti Sains Malaysia.” Jawatankuasa ini telah bermesyuarat buat pertama kalinya pada 30 Julai 2018 dan beberapa kali lagi berikutnya. Mesyuarat pertama telah memutuskan format penulisan termasuk rangka bab, mengenal pasti penulis setiap bab dan resource person bagi mendapatkan maklumat tentang Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada: Profesor Dato’ Dr. Abu Talib Ahmad (Pengerusi) Profesor Dr. Nor Hayati Othman (Pengerusi bersama) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal Profesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh Yaapar

Profesor Ir. Dr. Md Azlin Md. Said Profesor Dr. Shakila Abdul Manan

Profesor Madya Dr. Azman Azwan Azmawati Mohamad Abdullah

Dr. Nurul Farhana Low Abdullah Engku Razifah Engku Chik Nooraida Mad Nasser Muhammad Syukri Sa’adon

Siti Fatimah Hashim dan Radia Banu Jan Mohamad (mewakili Ketua Pustakawan)

Selepas persaraannya, tempat Allahyarhamah Engku Razifah dalam jawatankuasa ini telah digantikan oleh Rugayah Ali. Beberapa individu dari Penerbit USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) turut menghadiri mesyuarat atas jemputan.

(13)

Buku ini dibahagikan kepada 6 bab dengan bab 1–3 ditulis oleh Abu Talib Ahmad, bab 4 oleh Shakila Manan, bab 5 oleh Azman Azwan Azmawati dan bab 6 oleh Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Sebagai resource persons, Md Azlin Md. Said dan Nor Hayati Othman telah membekalkan maklumat berguna, masing-masing tentang Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan; sementara Nooraida Mad Nasser telah membekalkan maklumat tentang pemenang Pingat Emas Canselor.

Bab 1 membincangkan tentang 25 tahun pertama USM, bermula dengan penubuhannya pada 1969 hingga 1995 yang meliputi pentadbiran tiga naib canselor iaitu Tan Sri Profesor Hamzah Sendut, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir (kemudian Tun Dr.) dan Dato' (kemudian Tan Sri) Musa Mohamad. Pada peringkat awal ini, USM telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam pendidikan tinggi negara seperti mengguna pakai sistem pusat pengajian dan sistem pendidikan liberal, memulakan pengajian jarak jauh, menubuhkan Pusat Pengajian Sains Gunaan dan memulakan Projek Tekun yang kemudiannya dikenali sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia. Untuk bidang sains kimia, fizik, kajihayat dan matematik pula, USM telah memperkenalkan bidang baharu yang masih belum ada di Malaysia atau masih belum berkembang pada peringkat universiti, sementara bagi bidang perubatan USM perkenalkan beberapa inovasi seperti pembelajaran berasaskan masalahyang kini diiktiraf pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Buku ini mengambil 1 Jun 1969 sebagai tarikh penubuhan universiti apabila secara rasminya Tan Sri Hamzah dilantik sebagai Naib Canselor.

Seterusnya, bab 2 memberi perhatian kepada 25 tahun kedua penubuhan USM yang diterajui oleh lima lagi Naib Canselor iaitu Profesor Dato’ Dr. Ishak Tambi Kechik, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Perbincangan bab ini turut menyentuh pencapaian USM yang dicerminkan oleh kecemerlangan staf pada peringkat antarabangsa, pengenalan Anugerah Sanggar Sanjung yang

(14)

kemudiannya dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia dalam bentuk Anugerah Akademik Negara, penganugerahan universiti penyelidikan serta taraf Accelerated Programme of Excellence (APEX) dan penubuhan Parlimen Mahasiswa yang kemudiannya dicontohi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.

Perbincangan bab 3 menumpukan kepada warga universiti; bermula daripada Canselor, Pro-Canselor, Timbalan Naib Canselor, Majlis Universiti, Lembaga Pengarah dan Lembaga Gabenor, Pengarah Kampus Cawangan, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengarah Keselamatan, Penasihat Undang-undang, Ombudsman dan Ketua Audit Dalam. Buku ini turut mengetengahkan ikon dalam kalangan staf di Kampus Induk, Kampus Bertam, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan serta ikon pelajar. Semua ikon staf dipilih oleh pusat pengajian/ perkhidmatan masing-masing berasaskan kriteria akademik/bukan akademik serta sumbangan mereka kepada masyarakat di dalam dan luar kampus. Untuk ikon pelajar, kriteria pemilihan merujuk kepada penerima Pingat Emas Tuanku Canselor serta wakil negara dan pemenang pingat dalam pertandingan sukan antarabangsa seperti Sukan SEA. Ikon pelajar juga dikenal pasti daripada kalangan mereka yang menguruskan Pesta Hoki Antarabangsa USM-Penang International, Pesta Bola Jaring Antarabangsa USM-Penang dan kempen The White Coffin; selain mereka yang menerajui kegiatan kesukarelawanan, keusahawanan dan budaya.

Bab 4 pula memfokuskan kepada kalangan bekas staf USM yang tersohor. Mereka merupakan penerima anugerah Profesor Emeritus yang merupakan satu pengiktirafan universiti terhadap kesarjanaan dan sumbangan mereka kepada universiti dan masyarakat serta negara. Gelaran ini dianugerahi buat kali pertamanya pada 1993 kepada Dato’ K.J. Ratnam. Sehingga 2019, seramai 25 warga USM telah dikurniakan gelaran ini.

(15)

Fokus penyelidikan oleh warga USM yang memberi impak kepada masyarakat dibincangkan dalam Bab 5. Penyelidikan yang diketengahkan merangkumi pelbagai sudut seperti dalam bidang perubatan serta penciptaan simen tanpa konkrit yang merevolusikan industri pembinaan di Malaysia dan juga tiub nano karbon. Selain itu, perbincangan turut memberi perhatian kepada penyelidikan transdisiplinari yang memberi impak kepada masyarakat termasuk yang berkaitan teater, wanita, madu kelulut, HIV-AIDS dan penciptaan mi kuning kering yang memberi rasa kenyang yang lama selain mampu menurunkan berat badan. Pemilihan kesemua penyelidikan ini dibuat berasaskan kepada penilaian oleh Pejabat Pengurusan dan Kreativi Penyelidikan (RCMO) yang melihat impak setiap penyelidikan kepada masyarakat di dalam dan di luar negara.

Bab 6 mengakhiri perbincangan buku ini dengan memberi fokus kepada aspek pengantarabangsaan yang mula mendapat perhatian semasa pentadbiran Profesor Dato’ Ishak Tambi Kechik serta Naib Canselor berikutnya sehingga kepada Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang menekankan cogan kata “Bringing USM to the World and the World to USM.” Akhir sekali, sesungguhnya dari banyak sudut, kesemua Naib Canselor yang dibantu oleh pelbagai pihak termasuk Timbalan Naib Canselor telah menyediakan asas yang kukuh buat universiti ini untuk dimanfaatkan oleh pentadbiran berikutnya dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan USM di persada dunia.

Ogos 2019

Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun Universiti Sains Malaysia

(16)
(17)

Pelbagai pihak terlibat dalam menjayakan penulisan buku ini. Sokongan daripada Naib Canselor Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan amat dihargai. Begitu juga dengan galakan daripada mantan Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang menjadi pendorong kepada semua penulis untuk menyempurnakan tugas mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama. Terima kasih juga kepada mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA) Profesor Dato’ Adnan Hussein yang sentiasa memantau kemajuan penulisan. Selain itu terima kasih dihulurkan kepada Profesor Nor Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan dan Profesor Datuk Paduka Ahmad Sukari Abdul Halim, Pengarah Kampus Kesihatan, yang turut menyokong usaha ini. Begitu juga kepada Pengarah RCMO, Profesor Lee Keat Teong.

Ramai dekan, mantan dekan, pengarah, pensyarah dan pentadbir pusat pengajian turut membantu dengan membekalkan maklumat penting tentang pusat pengajian termasuk ikon pusat pengajian masing-masing. Mereka ialah Dr. Musa Ali (Pendaftar), Profesor Rahmah Noordin (Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, INFORMM), Profesor Rosni Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer), Profesor Madya Nurzalina Abdul Karim Khan (mantan pemangku Dekan/

Penghargaan

(18)

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi), Profesor Habibah A Wahab (Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi), Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin (Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, PPAG), Profesor Madya Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya (Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, PTPM), Profesor Azlina Harun @ Kamaruddin (mantan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia), Profesor Azlan Amran (Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan), Profesor Hairul Nizam Ismail (mantan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan), Profesor Noor Hazlina Ahmad (Dekan Pusat Pengajian Pengurusan), Profesor Zainal Alimuddin Zainal Alaudin (mantan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik), Dr. Mumtaz Begum PV Aboo Backer (Dekan Pusat Pengajian Seni), Profesor Madya A.S. Hardy Shafii (mantan Dekan Pusat Pengajian Seni), Profesor Rozman Haji Din (Dekan Institut Pengajian Siswazah), Profesor Norazmi Mohd Nor (Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan), Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis (Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian), Profesor Madya Ahmad Munir Che Muhamed (Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi), Profesor Narimah Samat (Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Profesor Madya Mustafa Fadzil Farid Wajidi (mantan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh), Profesor Tengku Sepora Tengku Mahadi (mantan Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan), Profesor Aldrin Abdullah (mantan Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Profesor Afidah Abdul Rahim (mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia), Profesor Rohana Adnan (Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia), Profesor Azlinda Azman (Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan), Profesor Azlan Abdul Aziz (Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik), Profesor Shaiful Bahari Ismail (Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan), Profesor Hairul Nizam Ismail (mantan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan), Dr. Nurzali Ismail (Dekan Pusat Pengajian Komunikasi), Profesor Taksiah A Majid (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam), Profesor Rohana Adam (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia), Profesor Vicknasingam Balasingam Kasinather (Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan), Dr. Suzyrman Sibly (Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global), Profesor Dato’ Aileen Tan Shau Hwai (Pengarah Pusat xviii Penghargaan

(19)

Kajian Samudera dan Pantai), Rasslene Rass Rasalingam (Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan), Engku Razifah Engku Chik (mantan Ketua Pustakawan), Rugayah Ali (Ketua Pustakawan), Profesor Madya Dato' Dr. Sundramoorthy a/l M. Pathmanathan (Pengarah Jabatan Keselamatan), Profesor Hailiza Kamarulhaili @ Harun (Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik), Dr. Nurullizam Jamiat (Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia), Dr. Fadzila Azni Ahmad (Pusat Kajian Pengurusan dan Pembangunan, ISDEV), Akhiar Salleh (mantan Pengarah Penerbit USM), Dr. Normala Abdul Wahid (Pengarah Pusat Sejahtera), Mohd Yusoff Abdullah (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Ahmad Zaki Talhah Mohd Zairi (Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) dan Muhamad Tarmizi Rahim (Pusat Pengajian Sains Matematik).

Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun Universiti Sains Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Malaysiana dan Arkib Perpustakaan Hamzah Sendut, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian HEPA, Pusat Media dan Perhubungan Awam serta pelbagai individu lain yang turut membantu. Nama-nama mereka adalah seperti berikut: Mohd Izwan Hamdan (Pejabat Perundangan Universiti); Mohd Faisal Abu Bakar (HEPA); Radia Banu Jan Mohamad (Ketua Bahagian Malaysiana dan Arkib); Noor Azlinda Wan Jan dan Fujica Azura Fesal (Bahagian Malaysiana dan Arkib); Muhamad Firdaus Che Seman, Al-Rashid K. Mastan, Muhammad Hanif Rosli, Che Mat Suid, Shahidan Mezelan, Sharil Karim dan Hafiz Anuar Mohd Samsuri (Kaunter Bahagian, Malaysiana dan Arkib); Anis Shazwana Abdul Razak (Bahagian Pengurusan Akademik); Zolkurnian Hassan (Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah); Izam Fairus Kamaruddin, Tan Ewe Hoe, Faisal, Ebrahim Abdul Manan dan Mohd Fairus Md. Isa (Pusat Media dan Perhubungan Awam); Azhari Abdul Aziz (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan); Mohd Redzuan Asmi (INFORMM); Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid (Kampus Bertam); Moganeswary a/p Muthusamy (Pusat Pengajian Sains Fizik); Siti Hawa Hamdun (Pusat Pengajian Teknologi Industri); Mior Zulbahri M. Chek (Pusat Pengajian Ilmu

(20)

Pendidikan); Mohd Saberi Mohd Yusof (Hospital USM, HUSM); Cik Nik Hasmah Redzuan (Kampus Kejuruteraan); Mohd Kamil Ashar (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia); Md Kamal Shari Pinahasa (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral); Iza Rozana Mohd Radzuan dan Che Ani Mohd Desa (Jabatan Keselamatan); Khairul Ithma Mahdi (Pusat Pengajian Sains Kesihatan); Ezal Ezham Azami (Institut Pengajian Siswazah); dan Nurul Hidayah Termiji (Sekretariat Persatuan Alumni USM).

Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun USM. Draf awal telah diedarkan kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk semakan bagi tujuan penambahbaikan. Nooraida Mad Nasser banyak membantu dalam melancarkan urusan penerbitan buku ini serta komen berguna daripada Nor Hayati Othman, Md Azlin Md. Said, Shakila Manan dan Ahmad Shukri Mustapa Kamal kemudiannya telah diserap ke dalam bab-bab yang berkenaan. Jawatankuasa turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penilai yang banyak memberi cadangan berguna untuk memantapkan buku ini. Akhir sekali, terima kasih kepada Penerbit Universiti Sains Malaysia khususnya Puan A'watif Ahmad dan pasukannya yang bekerja keras untuk memastikan buku ini dikeluarkan mengikut jadual.

(21)

AAM Asian Academy of Management AIDS sindrom kurang daya tahan penyakit

AIM Amanah Ikhtiar Malaysia

APEX Accelerated Programme for Excellence

APUCEN Asia-Pacific University-Community Engagement Network ASAIHL Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning ASEAN Association of Southeast Asia Nations

AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti

AUN ASEAN University Network

BIOECODS Sistem Saliran Bioekologi

BJIM Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat BPC Bioresource, Paper and Coatings Technology CAGD reka bentuk geometri berbantukan komputer CASP Community AIDS Service Penang

CCB Pusat Biologi Kimia

CGSS Pusat Kajian Kelestarian Global

CPR Pusat Penyelidikan Dasar

CUSAC Commonwealth Universities Study Abroad Consortium

Singkatan

(22)

DBA Doctor of Business Administration

DTSP Dewan Tuanku Syed Putra

DYMM Duli Yang Maha Mulia

FRGS Fundamental Research Grant Scheme

GPELF Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis GSB Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

HEP Hal Ehwal Pembangunan Pelajar

HEPA Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni HKMA Hong Kong Management Association

HUSM Hospital Universiti Sains Malaysia HICoE pusat kecemerlangan pengajian tinggi HIV virus kurang daya tahan manusia

IFLA International Federation of Library Associations IMCC Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa INFORMM Institut Penyelidikan Perubatan Molekul INPEX Invention and New Product Exposition IPS Institut Pengajian Siswazah

IPT institusi pengajian tinggi IPTA institusi pengajian tinggi awam

IPPT Institut Perubatan dan Pergigian Termaju ISDEV Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam

ITEX International Invention, Innovation and Technology Exhibition

JAIST Japan Advanced Institute of Science and Technology JIM Jaringan Industri dan Masyarakat

JPT Jabatan Pengajian Tinggi

KANITA Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender

KCP Kampus Cawangan Perak

KKAUSM Kesatuan Kakitangan Am USM KKM Kementerian Kesihatan Malaysia xxii Singkatan

(23)

KLE Karnataka Lingayat Education Society

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KUFS Kyoto University of Foreign Studies

LGU Lembaga Gabenor Universiti

LPU Lembaga Pengarah Universiti

MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MAMPU Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia

MBA Sarjana Pentadbiran Perniagaan MGTF Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah

MTE Malaysia Technology Expo

MQA Agensi Kelayakan Malaysia

MOOC program kursus dalam talian terbuka masif

MPBB Makmal Pencirian Bahan Bumi

MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MPRC Pejabat Media dan Perhubungan Awam NADI Institut Diabetes Negara

NIDA National Institute on Drug Abuse (Amerika Syarikat)

NGO pertubuhan bukan kerajaan

NUT Nagaoka University of Technology P&I Penyelidikan dan Inovasi

PAM Projek Arkeologi Malaysia

PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

PECIPTA Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa

PKAPUSM Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran USM PiPPA Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam PORIM Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia PPAG Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

(24)

PPAM Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia

PPKT Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi

PPPBP Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan PPIP Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PPPJJ Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh PPIK Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

PTJ pusat tanggungjawab

PTPM Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia R&D Research and Development

RCMO Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan

REDAC Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar RLKA Rancangan Latihan Kakitangan Akademik

RPTKA Rancangan Pengajian Tinggi Kakitangan Akademik RUI Geran Universiti Penyelidikan

SAINS@USM Science and Arts Innovation Space at USM SBLN Skim Belajar Luar Negara

SDGs matlamat pembangunan lestari

SPICES Systematic, Problem-Based and Problem Solving, Integrated, Community-Based, Electives and Spiral

STEM Science, Technology, Engineering and Mathematics

TNC Timbalan Naib Canselor

TUT Toyohashi University of Technology UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UK United Kingdom

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia UiTM Universiti Teknologi MARA

UM Universiti Malaya

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

UPP Universiti Pulau Pinang xxiv Singkatan

(25)

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

URICAS USM-RIKEN International Centre for Ageing Science USAINS USains Holding Sdn. Bhd.

USIM Universiti Sains Islam Malaysia USM Universiti Sains Malaysia

USM-KLE Universiti Sains Malaysia-Karnataka Lingayat Education Society

UUM Universiti Utara Malaysia

WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia

WUSA Penilaian Kelestarian Universiti Antarabangsa

YAM Yang Amat Mulia

(26)

Referensi

Dokumen terkait

Ini karena sebanyak 80 mahasiswa (80%) menjawab dengan benar bahwa resistensi antibiotik adalah apabila kuman menjadi kebal, 60 orang (60%) mengetahui penggunaan