• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skema Jawapan Lkm400 Docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Skema Jawapan Lkm400 Docx"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN

BAHAGIAN BAHASA MALAYSIA

PEDOMAN JAWAPAN PEMBETULAN AYAT

BUKU KERJA LKM 400

SIDANG AKADEMIK 2011/2012

( Pan

duan jawapan ini sekadar pedoman am sahaja untuk para guru kerana masih

terdapat banyak ruang yang boleh dirapikan lagi - KP LKM 400 )

EDARAN UNTUK GURU SAHAJA.

Latihan 1

1. Perkara/Hal yang membimbangkan rakyat Malaysia kini ialah isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Remaja kini/zaman ini semakin berani dan tidak menghiraukan soal agama sama ada perbuatan tersebut baik atau tidak baik.

2. Bahasa Melayu ialah/merupakan bahasa yang mudah difahami. Pekerja asing terutama pekerja dari Bangladesh amat mudah berbahasa Melayu apabila mereka sudah lama tinggal/menetap di Malaysia. Hal inilah antara faktor yang menyebabkan mereka menguasai bahasa Melayu dengan cepat.

3. Kemudahan asrama memberikan kesan positif yang banyak kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama kerana mereka yang tinggal di asrama dapat mengulang kaji pelajaran di bawah pengawasan / bimbingan guru.

4. Jaguh badminton dari negara China, Lin Dan bersedia mendominasi saingan Siri Super Terbuka Singapura pada minggu ini bagi mengintai peluang untuk memenangi kejuaraan yang belum pernah dimenanginya.

5. Sebagai isteri, dia perlulah lebih banyak memahami kerjaya suaminya sebagai chef yang banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan chef mempunyai masa yang terhad bersama keluarga.

6. Kesedaran mengamalkan pemakanan yang sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan. Kebanyakan individu hanya mula menjaga atau mengubahkan tabiat pemakanan apabila mereka telah mula mengidap penyakit walaupun ramai mengetahui bahawa mencegah ialah ubat / tindakan yang paling baik.

7. Untuk mempertahankan kemerdekaan negara, semua kaum perlulah saling memahami dan menghormati antara satu sama lain untuk mengelakkan berlakunya salah faham. Selain itu,

(2)

perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warganegara Malaysia ialah mereka harus berusaha bersama-sama demi kemajuan negara agar setanding dengan negara-negara maju yang lain.

8. Kita seharusnya menghormati golongan warga emas kerana golongan ini yang terlebih dahulu melalui segala permasalahan / kesulitan daripada kita dan mereka mempunyai pelbagai pengalaman suka dan duka. Kita haruslah mengambil contoh daripada perjalanan hidup mereka pada masa lampau sebagai panduan dalam kehidupan kini.

9. Perkara yang disenaraikan yang berikut ialah hak-hak kepenggunaan dengan mewujudkan pembangunan yang berorientasikan keperluan asas manusia. Ekoran itu, para pengguna hendaklah merujuk senarai tersebut dalam usaha mempraktikkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

10. Bidang hiburan kini telah banyak mengakibatkan gejala berlaku di negara ini seperti masalah sosial remaja, rompakan dan samun dan jenayah-jenayah yang lain lagi. Hal ini demikian kerana media banyak membawa masuk pelbagai unsur hiburan dari luar negara. Para penganjur juga tidak menghiraukan keburukan / kesan yang akan berlaku kerana mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Latihan 2

1. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjadikan kehidupan setempat bertambah aman dan harmoni.

2.

Masalah sosial seperti perlakuan sumbang, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah yang lain dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

3.

Antara punca yang menyebabkan masalah lumba haram semakin berleluasa adalah kerana sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak.

4.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting. Oleh sebab anak-anak berasa tertekan di rumah, mereka akan lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah dan hal ini akan menyebabkan mereka lebih banyak mempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka sendiri.

5.

Menyedari kepentingan sains dan teknologi pada masa ini, pihak kerajaan telah memberikan pelbagai sokongan dan galakan supaya bidang sains diminati dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat, terutama golongan remaja. Pelbagai penyelidikan bagi merangkakan dan menghasilkan teknologi baharu boleh dilakukan melalui kemahiran sains yang dimiliki oleh golongan remaja, khususnya pelajar.

(3)

6. Pihak berwajib perlu membantu dan memperbanyak pasukan petugas bagi mengawal pencemaran kawasan ikan air tawar, memperketat undang-undang dan meningkatkan denda kepada pihak yang melakukan pencemaran dengan sewenang-wenangnya.

7.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dikatakan berpunca pada tekanan yang dihadapi oleh para pelajar semasa di sekolah. Sikap guru yang gemar menghukum pelajar atau memberikan kerja sekolah yang banyak tambah membebankan mereka. Pengajaran guru yang membosankan turut menambahkan lagi tekanan dan hal ini mendorong pelajar melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan sekolah.

8.

Sikap nafsi-nafsi atau individualistik ini lebih ketara dalam kalangan masyarakat di bandar jika dibandingkan dengan masyarakat di desa. Sikap keakuan yang diamalkan oleh masyarakat kini berlandaskan / bergantung pada faktor atau kehendak semasa.

9.

Keruntuhan moral dalam kalangan remaja berlaku oleh sebab kecuaian para ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang lebih banyak memfokuskan pencarian harta kekayaan semata-mata daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak. Didikan agama semakin terabai, sebaliknya para ibu bapa lebih berbangga sekiranya anak-anak mereka mahir dalam bidang muzik ataupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

10.

Sikap majikan yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan pekerja merupakan faktor utama berlakunya kemalangan di tempat kerja. Kebanyakan majikan mengingini sesuatu projek itu dapat segera disiapkan tanpa mempedulikan keselamatan peralatan yang digunakan oleh pekerja mereka.

Latihan 3

1. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Faktor emosi, cara didikan keluarga dan suasana persekitaran juga menjadi penentu bermulanya perlakuan ini. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi penyumbang terhadap masalah ini.

2. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa sikap buruk sesetengah rakyat yang tidak sayang akan negara ini terbukti apabila mereka lebih banyak memperkatakan keburukan pemimpin Malaysia daripada membincangkan hal pembangunan dan kemakmuran negara pada masa ini.

3. Penggunaan bahasa Mandarin (Cina) dalam dunia teknologi maklumat kini semakin meluas apabila terdapat semakin ramai orang yang menggunakan bahasa ini untuk melayari internet selain penggunaan bahasa Inggeris.

4. Sejak kebelakangan ini, masalah sosial sering terjadi seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan setiap hari. Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah

(4)

tersebut adalah seperti pengaruh rakan sebaya dan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan / memainkan peranannya.

5. Pihak Berkuasa Tempatan memang bertanggungjawab menyediakan kemudahan awam yang banyak tetapi tanggungjawab menjaga harta awam tersebut terletak kepada semua pihak dan orang ramai perlu diberikan kesedaran akan tanggungjawab ini.

6. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana sistem pendidikan yang banyak menekankan aspek peperiksaan dan hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila pelajar hanya belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

7. Pada zaman ini, adalah sangat sukar kepada seseorang untuk merahsiakan sesuatu maklumat. Perkara yang diklasifikasikan sulit dan rahsia boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali tersebar ke seluruh pelosok dunia, hanya dalam ( dengan ) sekelip mata / dalam ( dengan ) sekelip mata sahaja.

8. Wawasan dan perancangan pembangunan yang tepat dan teratur akan menyebabkan kejayaan pesat dalam ekonomi negara dengan adanya kepemimpinan yang baik dan juga rakyat yang sering memberikan kerjasama.\

9. Orang sering mempersoalkan persoalan sama ada kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Namun, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat penilaian yang menjadi pegangannya. Walau bagaimanapun, jika makan yang menjadi pilihannya, sudah pasti individu tersebut ada pandangan dan perspektifnya sendiri dalam mendefinisikan makna sedap atau tidak pada sesuatu jenis makanan itu.

10. Anak yang aktif dan bijak ialah impian semua ibu bapa. Melihat anak-anak membesar secara sihat merupakan kepuasan yang tidak ternilai. Bagi merealisasikannya, perkara utama dan paling penting dilakukan ialah memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat merupakan antara elemen penting dalam usaha membantu perkembangan otak anak anda.

Latihan 4

1. Selain tanah runtuh yang mengakibatkan kemusnahan sistem saliran semula jadi, masalah lain yang turut kita bimbangi ialah masalah banjir kilat.

2. Oleh sebab pemikiran kita masih lagi dijajah maka kita beranggapan apa-apa sahaja yang datang dari Barat itulah yang terbaik. Pandangan ini bertambah kukuh apabila rempuhan gelombang globalisasi menerjah pemikiran kita, tidak kira generasi tua mahupun generasi muda.

3. Pemimpin sekolah merupakan individu yang bijak mentafsirkan dan memahami tugasan yang diberi, cemerlang dan komited terhadap kerjaya di samping berupaya

(5)

meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat menterjemahkan dasar pendidikan negara dalam tugasan harian. Hal ini diyakini mampu memberikan didikan terbaik kepada murid. 4. Penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu / satu daripada aspek kemahiran guru pada abad ke-21. Kemampuan pihak guru mengintegrasikan kurikulum dalam proses pembelajaran merupakan satu nilai tambah untuk dilaksanakan dan mampu membuka minda pelajar untuk mereka berfikir di luar kotak seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Walau bagaimanapun, kerajaan juga tidak harus terlepas pandang daripada menjadikan negara kita ini sebagai negara pengeluar barangan makanan, tidak kiralah sama ada ia berasaskan pertanian atau pembuatan dalam skala yang besar dan hal ini sekali gus dapat mencari penyelesaian terhadap kekurangan bekalan makanan di dalam negara dan sikap kebergantungan pada barangan makanan yang diimport.

6. Bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri pada bulan puasa, anda harus mengelakkan minum minuman yang mempunyai kafein dan air berkarbonat kerana minuman ini boleh mengakibatkan anda cepat berasa dahaga dan lebih kerap membuang air.

7. Nilai-nilai murni seolah-olah terhakis dalam diri setiap anggota masyarakat dan hal ini berlaku sebagai akibat penggunaan bahasa yang semakin tercemar / tergugat oleh sebab masuknya pengaruh budaya luar yang negatif.

8. Apabila melihat ketelitian dan cara bekerja seseorang chef, pasti ramai yang tertanya-tanya perkara yang membezakan seseorang chef dengan chef yang lain. Hal ini demikian kerana sudah terlalu banyak program televisyen termasuklah program realiti yang berkaitan dengan kehebatan golongan ini yang digelar sebagai antara chef terbaik dunia.

9. Perut buncit lazimnya berlaku sebagai akibat makan terlalu banyak serta pengumpulan toksin yang berlebihan di dalam tubuh. Toksin terdapat dalam setiap makanan yang anda makan dan produk yang anda gunakan. Bahan beracun yang banyak berkumpul pada setiap hari akan membebani tubuh sehingga menjejaskan keupayaannya bagi memproseskan dan mengumuhkan toksin dengan sempurna.

10. Kini peluang pekerjaan memanglah ada tetapi jumlahnya amat terhad berbanding jumlah permintaan ribuan siswazah yang ada dalam pasaran tenaga kerja. Senario inilah yang dihadapi oleh para siswazah kini sehingga menyebabkan golongan ini terguris hati apabila digelar sebagai penganggur terhormat.

Latihan 5

1.

Sarang burung walit sesuai untuk semua lelaki dan wanita kerana mengandungi zat kolagen yang dapat membantu melancarkan pengaliran darah, meningkatkan kadar metabolisme, mencantikkan kulit, melambatkan proses penuaan serta memperbaik sistem pencernaan.

2. Bersandarkan bakat dan beberapa percubaan menghasilkan biskut badam, Puan Zainab tidak takut akan bersaing dengan 14 peserta lain yang bertanding dalam kategori biskut.

(6)

3. Masalah angin, bau badan dan berat badan yang berlebihan merupakan punca utama pelbagai masalah kesihatan yang sering kita alami. Penggunaan teh herba dikatakan mampu mengurangkan dan mengawal masalah tersebut secara tradisional.

4. Garis panduan pembedahan kecantikan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan orang ramai terpedaya dengan khidmat yang ditawarkan oleh pusat-pusat kecantikan yang tidak bertauliah. Menteri Kesihatan menyatakan bahawa garis panduan itu penting kerana kes-kes yang dilaporkan melibatkan pembedahan kecantikan yang gagal semakin tinggi kini.

5. Tekanan perasaan atau stres sering dialami oleh masyarakat Malaysia ketika ini kerana menghadapi pelbagai masalah. Tekanan atau stres didefinisikan sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh seseorang individu oleh sebab sesuatu bebanan yang menimpanya. Terdapat dua jenis tekanan iaitu eustres yang bersifat positif dan distres yang bersifat negatif.

6. Sindrom Williams (SW) merupakan sejenis penyakit yang jarang-jarang diketahui oleh masyarakat Malaysia. Pesakit Sindrom Williams memiliki wajah yang unik. Mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya adalah seperti komplikasi jantung dan saluran usus yang sempit.

7.

Dalam satu kajian pada tahun 2011, Profesor Datuk Dr. Abdul Samad Hadi menyatakan bahawa terdapat pelajar universiti yang lemah kerana sikap mereka yang suka mengambil mudah dan tidak mementingkan pelajaran. Mereka bebas berbelanja dengan duit pinjaman seperti orang yang sudah bekerja.

8.

Sudah menjadi tanggungjawab syarikat automotif yang mengeluarkan kenderaan akan memastikan keadaan kenderaan berada pada tahap yang terbaik sebelum kenderaan tersebut dibenarkan beroperasi/bergerak di jalan raya. Hal ini demikian kerana ia menjadi prasyarat utama sebelum sesebuah kenderaan tersebut dijual kepada para pembelinya.

9.

Sudah sekian lama, sistem pendidikan kita tidak mempedulikan / mengambil berat subjek Sejarah. Perkara yang menjadi tumpuan pihak-pihak tertentu kini ialah penekanan terhadap subjek Sains dan Matematik yang telah banyak melahirkan golongan profesional tetapi mereka tidak mempunyai jati diri yang kukuh.

10.

Buku Asas Fonetik menjelaskan secara mudah fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Buku ini juga dapat memantapkan fahaman pembaca tentang ilmu fonetik secara keseluruhan di samping membantu mereka memahaminya dengan lebih sistematik lagi.

Latihan 6

1.

Apabila membincangkan transformasi pendidikan, kita sebenarnya membincangkan perubahan yang dirancangkan oleh pihak yang berwajib untuk membangunkan sistem pendidikan negara secara sistematik di samping menyediakan golongan pendidik yang berkualiti.

(7)

2.

Amalan penyelidikan merupakan wacana penyelesaian masalah di dalam bilik darjah yang menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang disarankan dalam Plan Induk Pembangunan Pendidikan. Plan ini menyarankan bahawa guru perlu memahami dan memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha melaksanakan tugas melalui pendekatan baharu untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

3.

Suruhanjaya Bahasa Negara akan memantau penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi menentukan kewujudan bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi dan bercitra / berimej Malaysia. Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab menyelia kekuatan bahasa ini sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan swasta mengikut keutamaan bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul / yang tidak diingini.

4.

Ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak akan berasa kesunyian, tersisih dan seolah-olah tidak dipedulikan yang akhirnya akan menyebabkan tekanan perasaan dan berlakunya kemurungan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental ibu bapa yang terlibat.

5.

Kewujudan laman sesawang ini adalah untuk meningkatkan nilai diri yang bermatlamatkan penyatuan global dengan ciri kemurnian budi dan budaya ketimuran. Walaupun dunia terus berkembang maju dengan teknologi moden tetapi kita akan tetap kekal dengan akhlak dan jati diri yang kukuh dalam budaya ketimuran.

6.

Dua lelaki bersenjatakan pistol berjaya melarikan beberapa dulang barangan kemas yang bernilai kira-kira RM150 juta dalam suatu rompakan di kedai emas dalam sebuah pasar raya. Kejadian itu berlaku pada pukul 2.00 petang ketika orang ramai sibuk membeli-belah di situ./...ketika orang ramai dalam kesibukan membeli-belah di situ.

7.

Novel Interlok ialah suatu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia merupakan realiti kehidupan semasa yang cukup baik / baik sekali dalam mengisahkan kehidupan masyarakat Malaysia pada zaman pramerdeka. Novel ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai buku teks sekolah. Oleh sebab itu, ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di negara ini.

8.

Polis sedang memburu remaja berusia 16 tahun yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes bunuh tiga sahabat. Pihak polis telah menemui mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman pada badan sebagai akibat diserang sekumpulan lelaki di Masjid Tanah, kelmarin.

9.

Saya tidak berhak membuat apa-apa tuntutan terhadap kemalangan yang berlaku sewaktu (saya) menyertai seminar ini.

10.

Terciptanya kit ini akan dapat membantu pegawai perubatan mengesan penyakit tifoid dengan lebih pantas.

(8)

1. Oleh sebab kesibukan di luar rumah, ibu bapa telah mengabaikan anak-anak mereka tanpa memberikan masa yang lebih berkualiti untuk bersama dengan anak-anak. (…telah mengabaikan anak-anak mereka dan tidak memberikan masa yang lebih berkualiti untuk bersama dengan anak-anak).

2. Majlis Konsultasi Gaji Minimum Negara akan menetapkan kadar yang munasabah bagi gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini berdasarkan/berdasar pada kos sara hidup semasa untuk mengupayakan / membolehkan golongan yang berpendapatan rendah merasai nikmat sosioekonomi setaraf dengan negara maju yang lain.

3. Aras laut di sepanjang pantai Sabah dan Sarawak dijangka mengalami kenaikan purata antara 0.43 meter dengan 1.06 meter pada tahun 2100 dengan beberapa kawasan sepanjang garis pantai Sarawak akan ditenggelami air laut menjelang tempoh tersebut.

4. TWINTECH menempatkan dirinya sebagai salah satu / satu daripada institusi pendidikan tinggi terkemuka dengan menawarkan program kelas dunia bertaraf profesional untuk membantu mempersiapkan Malaysia menuju kemajuan pembangunan pendidikan nasional pada masa hadapan.

5. Penggunaan wang syiling satu sen dalam pasaran telah dihentikan pada 1 April 2008 apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melaksanakan mekanisme penggenapan yang memperlihatkan semua bayaran digenapkan menjadi lima sen, iaitu penggenapan yang berdekatan / hampir.

6. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan bantuan Polis di-Raja Malaysia (PDRM) sudah membentukkan satu unit khas untuk menangani masalah rasuah dan peraturan perlawanan dalam Liga Super 2011.

7. Hal ini demikian adalah kerana kesilapan seseorang pembeli menyebut perkataan wafel atau wafer yang ingin dibeli oleh mereka boleh menyebabkan kekeliruan kepada penjual. Oleh itu, sebagai pemakan tegar wafel sudah tentu dia tidak akan melakukan kesilapan yang sedemikian. Hal ini berpunca pada sikap sesetengah rakyat Malaysia yang begitu gah mencintai bahasa penjajah sejak kecil, apatah lagi ibu bapa mereka pula jarang-jarang menggunakan bahasa Melayu apabila bertutur di rumah.

8. Program Pensiswazahan Guru (PPG) menyasarkan seramai 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah sarjana muda menjelang 2015. Program ini telah memberikan peluang kedua kepada mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian / pelajaran mereka pada peringkat universiti setelah gagal pada permohonan yang pertama. Golongan ini akhirnya akan memperoleh status guru siswazah setelah mereka berjaya menamatkan pengajian mereka.

9. Perceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam sebagai akibat perbuatan bapa mereka yang kerap melepaskan ketidakpuasan hati / kemarahan kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan

(9)

menendang mereka bagi menghilangkan / melepaskan gangguan / kemarahan terhadap kes penceraian tersebut.

10. Antara tekanan yang dihidapi / dihadapi oleh masyarakat marcapada adalah seperti tekanan kerja, tekanan hidup dan tekanan hubungan dengan orang lain. Tekanan ini akan menimbulkan / menyebabkan / impak / kesan yang serius kepada generas kini yang akan menjadi tonggak negara pada masa depan.

Latihan 8

1. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa media memainkan peranan yang besar dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Sekiranya rancangan-rancangan televisyen yang disiarkan gagal menggunakan bahasa Melayu yang baik, pasti hal ini akan mempengaruhi para penonton, terutama golongan kanak-kanak dan remaja.

2. Hidup ini merupakan / ialah gabungan antara bahagia dengan derita. Ibarat air laut, hidup juga mempunyai pasang surut dan segala rintangan yang datang mungkin sebagai ujian untuk menguji tahap keteguhan iman dan kesabaran seseorang. Justeru, kita hendaklah berusaha meningkatkan keimanan kita agar redha dengan ketentuan Allah.

3. Harapan ibu bapa yang tidak realistik dikhuatiri boleh menyebabkan tekanan terhadap anak-anak. Sewajarnya, ibu bapa perlu mengenal pasti kebolehan, bakat dan kecenderungan anak remaja mereka dan seterusnya memberikan dorongan. Hal ini merupakan salah satu / satu daripada cara memenuhi keperluan emosi anak-anak dan seterusnya membantu mereka meningkatkan harga diri / martabat diri mereka.

4. Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa pihak mereka akan memberikan perhatian yang lebih banyak terhadap kesihatan mental dan hal ini penting untuk menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 15 tahun yang semakin meningkat.

5. Penggunaan telefon bimbit kini menjadi pemangkin berleluasanya masalah sosial dalam kalangan remaja kerana mereka bebas memuat turunapa-apa sahaja yang digemari oleh mereka dan perkara ini amat membimbangkan kita / semua pihak.

6. Ubi kayu bakal muncul dengan reputasinya yang lebih hebat berbanding semua jenis tanaman yang lain. Kali ini, ubi kayu berperanan sebagai bahan asas bioteknologi yang dapat menggantikan bahan plastik yang berasaskan bahan petroleum menjadi bahan bioteknologi boleh terurai.

7. Kekurangan pengetahuan dan pelajaran tentang bahasa Melayu terutama dalam kalangan penduduk di luar bandar boleh mengakibatkan pencemaran bahasa kerap berlaku. Kebanyakan penduduk di luar bandar hanya menerima pendidikan pada peringkat rendah jika dibandingkan penduduk yang tinggal di bandar.

(10)

8. Antara kelemahan ketara yang dikesani adalah seperti kedudukan lampu isyarat terutama di simpang tiga dan simpang empat dan jarak antara lampu isyarat dengan lampu isyarat yang lain terlalu dekat pada laluan yang sama.

9. Permasalahan utama yang dihadapi oleh guru adalah untuk memberikan dorongan kepada pelajar yang bermotivasi rendah. Hal ini demikian kerana apabila tidak ada dorongan dan bimbingan yang cukup daripada guru akan memberikan kesan negatif yang banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengganggu perkembangan sahsiah pelajar dan perkembangan pendidikan di sekolah tersebut.

10. Penjajah akan meninggalkan kesan yang banyak dalam sanubari rakyat. Budaya mereka akan dicontohi tanpa dianalisis kebaikannya terlebih dahulu. Seseorang akan dianggap bebas daripada belenggu penjajah apabila beliu berjaya meninggalkan kesan dan pengaruh penjajah dalam kehidupannya.

Latihan 9

1. Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dalam skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet yang tidak dilesenkan atau diberikan kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Pada kebiasaannya, pelaburan jenis ini menawarkan pulangan pelaburan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

2. Pelbagai / berbagai-bagai kaedah digunakan oleh pihak sekolah untuk aktiviti menandatangani buku rekod kemajuan pelajar. Terdapat sekolah yang mengarahkan pelajar untuk membawa balik buku rekod ke rumah, ibu bapa dijemput hadir ke sekolah atau terdapat sesetengah sekolah yang menghantarkan keputusan pelajar ke rumah. Di samping itu, kemudahan pemantauan secara dalam talian juga disediakan oleh sesetengan sekolah bagi membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan yang paling maksimum terhadap prestasi pelajar / anak-anak mereka.

3. Teknologi komunikasi pada abad ke-21 kini adalah sangat berbeza berbanding teknologi komunikasi pada tahun 1970-an dan 1980-an.

4. Seseorang guru harus mengenali murid-muridnya secara lebih dekat. Hal ini bukanlah bermakna kita tidak boleh memarahi mereka. Minat dan masalah murid-murid harus kita hayati dan tangani dengan sempurna. Tunjukkan kepada murid-murid melalui tindakan dan perawakan bahawa guru ialah rakan pembimbing mereka yang sentiasa mempunyai sifat keterbukaan dalam usaha menangani sebarang masalah pelajar.

5. Negara-negara penjajah mendapat faedah daripada negara yang dijajahi oleh mereka. Sokongan negara-negara kecil merupakan hasil penjajahan kuasa besar kerana mereka begitu mengagumi negara yang pernah menjajahi mereka.

(11)

6. Selain itu, para guru juga harus mengambil bahagian dalam usaha meningkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar dengan mengadakan pertandingan membaca. Pelajar yang membaca buku paling banyak / banyak sekali akan diberikan hadiah.

7. Kita tidak harus leka dengan kemodenan dan kemajuan globalisasi sehingga sanggup membiarkan adap kesantunan bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia ini hanyut begitu sahaja tanpa berusaha untuk mempertahankannya.

8. Mutakhir ini, pihak Jabatan Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa memantau penjualan ubat-ubatan tradisional yang banyak dijual secara pasaran terbuka kerana diragui keberkesanannya dan boleh mendatangkan penyakit sampingan kepada pengguna tegarnya yang tetap membeli ubatan tersebut sebab harganya murah dan senang diperoleh.

9. Salah satu sebab kadar pencemaran semakin meningkat adalah kerana pembinaan kilang-kilang perindustrian tersebut yang banyak menggunakan peralatan canggih seperti mesin untuk memproses sesuatu produk.

10. Mereka perlu mengenal pasti segala halangan yang mungkin dihadapi oleh mereka supaya pencapaian yang diperoleh itu adalah lebih baik.

Latihan 10

1.Pemakalah berpendapat bahawa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap ujian ini dan ujian ini diperluas dengan memasukkan komponen dan instrumen kemahiran bertutur dan menulis. (…dan menulis kerana kedua-dua kemahiran ini…) Kedua-dua kemahiran ini merupakan kemahiran asas dalam pembelajaran apa-apa juga bahasa di dunia.

2. Hal ini demikian kerana semakin canggih teknologi maka semakin sibuk masyarakat mengejar kehidupan yang maju sehingga mereka terpaksa bekerja keras untuk mencari kemewahan hidup.

3.Pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 dan telah memansuhkan dasar yang terdahulu dengan memberikan suntikan baharu kepada guru-guru dalam usaha mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa / kaum melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. 4.Gejala negatif ini dapat kita lihat apabila berlaku pengikisan bahasa Melayu dalam penciptaan lirik lagu selain penggunaan bahasa Inggeris dalam judul filem Melayu.

5. Laporan yang disediakan oleh agensi perunding antarabangsa itu mengemukakan penilaian kesan alam sekitar projek pembangunan tersebut tetapi laporan ini masih tertakluk pada pengesahan pihak kementerian.

(12)

6.Punca lunturnya nilai kasih sayang serta hati budi masyarakat Malaysia perlu difahami / dikenal pasti dan cadangan penyelesaian masalah ini perlu dilaksanakan supaya dapat dielakkan masalah yang menjadi sebab keruntuhan institusi kekeluargaan.

7.Satu lagi bidang tugas atau fungsi pegawai perhubungan awam ialah memberikan publisiti tentang tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan serta sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan / diberikan oleh pihak syarikat kepada masyarakat.

8.Rekabentuk dan ciri keselamatan merupakan perkara yang penting yang perlu diambil kira dalam usaha menghasilkan sesebuah kenderaan. Selain faktor kesilapan / kelalaian manusia yang sering dijadikan alasan jika sekiranya berlaku kemalangan, aspek fizikal kenderaan juga penting dititikberatkan / diambil perhatian tanpa sebarang kompromi.

9.Berita pada siang tadi melaporkan Jepun dilanda oleh gempa bumi yang kuat bermagnitud 8.9 skala richter yang berlaku di pantai timur Honshu, Jepun. Keadaan ini seterusnya telah mencetuskan berlakunya tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) sehingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pantai berkenaan.

10. Dasar pentadbiran kerajaan yang sederhana boleh memastikan negara ini dalam keadaan aman dan maju. Oleh sebab itu, kita mesti menolak unsur-unsur yang melampaui hak / peradaban sama ada dari segi kaum mahupun agama dan semua pemimpin dan rakyat hendaklah berpegang teguh pada Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Norul Haida (2012) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam

aureus di udara ruangan rumah.Penelitian ini menggunakan sampel udara yang dilakukan pada tiga ruangan dapur, ruang tengah, dan ruang tamu dengan variasi

Berdasarkan buku pedoman pengendalian infeksi oleh kemenkes (2011) pada dasarnya data surveilans tersebut digunakan untuk mengukur laju angka dasar ( baseline rate

Hasil analisis kinerja termal unit bangunan memperlihatkan bahwa konstruksi selubung bangunan (yakni perimeter bangunan yang terpapar radiasi matahari atau

program (mengembangkan program pendidikan nilai). Dari pendapat Kirschenbaum ini maka para guru/dosen Pendidikan Agama termasuk para guru/dosen yang lain harus berusaha

Keberadaan karikatur maupun gambar kartun dalam media massa cetak, khususnya pada majalah tidak hanya melengkapi artikel tulisan-tulisan dimajalah saja, tetapi juga

Setelah persalinan terjadi involusi pada hampir seluruh organ tubuh wanita. Involusi ini sangat jelas terlihat pada alat-alat kandungan. Sebagai akibat kehamilan di