• Tidak ada hasil yang ditemukan

Potensi Kreatif dalam Kalangan Pelajar Bermasalah Disiplin: Perbandingan dengan Potensi Kreatif Pelajar Tiada Masalah Disiplin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Potensi Kreatif dalam Kalangan Pelajar Bermasalah Disiplin: Perbandingan dengan Potensi Kreatif Pelajar Tiada Masalah Disiplin"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Potensi Kreatif dalam Kalangan Pelajar Bermasalah Disiplin: Perbandingan dengan Potensi Kreatif Pelajar Tiada Masalah Disiplin

Anis Salwa Muhammad Arif* , Saemah Rahman Fakulti Pendidikan,UKM

___________________________________________________________________________ Abstrak

Terdapat kajian lepas mengaitkan pelajar bermasalah tingkah laku dengan potensi kreatif mereka. Adalah dijangkakan bahawa pelajar bermasalah disiplin mungkin disalahtafsirkan di mana hasil dari potensi kreativiti mereka menyebabkan mereka tergolong dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Agak menarik untuk dikaji sejauh mana situasi ini benar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kertas ini membincangkan potensi kreativiti dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin dan membandingkannya dengan potensi kreativiti pelajar yang tiada bermasalah disiplin. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat (umur 16 tahun) di sebuah sekolah menengah yang terdiri daripada 30 orang pelajar bermasalah disiplin dan 30 orang tidak bermasalah disiplin. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana soal selidik Kaufman Domains of Creativity Scale (K-DOCS) yang mempunyai lima konstruk kreativiti iaitu kendiri harian, ilmiah, prestasi, mekanikal/ saintifik dan artistik digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpul data. Data dianalisis menggunakan SPSS 19.0 secara statistik deskriptif dan inferensi. Secara umum dapatan kajian mendapati terdapat sedikit perbezaan skor potensi kreatif di mana skor potensi kreatif pelajar tiada masalah disiplin adalah lebih baik daripada skor potensi kreatif pelajar bermasalah disiplin, bagaimanapun perbezaan tersebut tidak signifikan. Ini menunjukkan pelajar bermasalah disiplin juga berkemungkinan mempunyai potensi kreatif yang baik dan perlu diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar potensi kreatif mereka tidak disia-siakan.

Kata kunci : potensi kreatif, masalah disiplin, tingkah laku

___________________________________________________________________________ PENGENALAN

Dunia kini semakin berkembang maju bersaing untuk meningkatkan kualiti taraf hidup dan tidak ketinggalan kualiti dalam bidang pendidikan. Dalam menuju wawasan 2020, aspek pendidikan merupakan salah satu bidang yang diberi perhatian oleh kerajaan. Ini kerana melalui pendidikan dapat melahirkan generasi yang berkualiti minda kelas pertama seperti yang diharapkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Aspek pendidikan mengalami perkembangan dan kemajuan seperti teknologi yang berkembang pesat. Generasi pelajar yang berkualiti perlu memiliki nilai tambah selain cemerlang dalam pelajaran. Kreativiti merupakan satu nilai tambah yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Melalui pernyataan di bawah terbukti bahawa penghasilan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan inovatif merupakan aspek penting untuk bersaing di peringkat global.

Corresponding author. Tel : 012-6296181 Emailaddress: aniez_arif@yahoo.com

(2)

“Pendidikan di Malaysia, seperti negara lain yang mengalami globalisasi akibat perkembangan pesat teknologi sedunia, menyedari keperluan mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti keberhasilan modal insan yang berpengetahuan dan berdaya saing di peringkat global. Pembestarian Sekolah merupakan satu agenda nasional dan mekanisme bagi merealisasi transformasi ini adalah melalui:

 Pembelajaran sepanjang hayat

 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P)

 Penghasilan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan inovatif  Pembentukan insan yang mmempunyai kemahiran abad ke-21”

(KPM, 2010) Fodor dan Carver (2000) mentakrifkan pelajar berfungsi sebagai kreatif jika produk yang dihasilkan menunjukkan bukti "sesuatu yang baru digabungkan dengan kesesuaian, nilai atau kegunaannya”. Tanner (2000) mengatakan bahawa daya kreatif merupakan kemahiran yang boleh dipelajari dan diaplikasikan bagi penyelesaian masalah yang sukar dan dalam masa yang sama mengenal pasti kecenderungan inovatif yang baru.

Daya kreatif ialah menzahirkan sesuatu yang belum wujud sama ada dalam bentuk produk, proses atau pemikiran. Seseorang itu dikatakan mempunyai daya kreatif jika mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud, memberi nafas baru terhadap sesuatu proses atau kaedah, melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza dan mengubah pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara (Ab. Aziz, 2009).

Menurut Mohd Yusof (2012), mereka yang kreatif selalunya menjadi makanan atau mangsa kepada mereka yang tidak kreatif. Individu yang kreatif biasanya adalah orang yang tidak selesa dengan apa yang ada di sekitarnya. Oleh itu, mereka sering ingin mengubah suasana yang ada. Negara maju mempunyai pelbagai wahana yang menjadikan rakyat mereka kreatif dan inovatif. Pelaburan dalam membangun wahana untuk kegiatan kreatif dan inovatif seperti mewujudkan institusi pengajian, institusi penyelidikan, institusi piawaian dan sebagainya merupakan pelaburan besar untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif.

(3)

Abdullah dan Ainon (2002) mengatakan bahawa setiap kanak-kanak sebenarnya memiliki kemampuan kreativiti. Jika diperhatikan kanak-kanak bermain sama ada sendiri atau dalam kumpulan, dapat dilihat daya kreativiti semula jadi mereka. Namun begitu, semasa kanak-kanak membesar, kemampuan kreativiti mereka ditekan melalui latihan dan didikan yang mereka terima dengan tujuan untuk mengembangkan keupayaan lain. Pendidikan yang diterima sejak di bangku sekolah hingga ke universiti serta latihan-latihan profesional yang diikuti berjaya mengembangkan keupayaan lain tetapi dengan kaedah menekan kemampuan kreativiti semula jadi. Lebih serius lagi, dalam kebanyakan situasi mereka tidak diizinkan untuk berfikir secara kreatif contohnya sewaktu ingin cuba menyelesaikan sesuatu masalah.

Goertzel dan Goertzel (1960) melaporkan bahawa 60% daripada 400 individu kreatif yang terkemuka dalam kajian mereka mempunyai masalah yang serius di sekolah. Amabile (1989) juga mendapati bahawa orang yang sangat kreatif mengalami kesukaran ataupun masalah di sekolah. Torrance (1981, 2000) mendapati bahawa tingkah laku kreatif kanak-kanak sering dihukum dan tidak digalakkan oleh ibu bapa dan guru-guru yang melihat tingkah laku kreatif sebagai menyusahkan dan sukar untuk diuruskan. Kitaran ini sering membawa kepada keengganan kanak-kanak untuk menjadi kreatif dan akhirnya menyebabkan semakin lemah dan mundur dan sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah (Seeley, 1984).

Apabila seseorang pelajar itu rasa diabaikan dan tingkah laku kreatif mereka disalah erti dan tidak dihargai maka pelajar tersebut cenderung untuk melakukan perkara bagi mendapatkan perhatian guru-guru dan ibu bapa seperti terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Selain itu, pelajar yang tidak diberi perhatian juga mungkin akan memberi kesan dalam pelajaran seperti akademik semakin merosot dan menghadapi kesukaran di sekolah.

Menurut Zainab et al. (2010), masalah disiplin murid di sekolah sangat berkait rapat dengan isu kenakalan remaja dan pengaruh rakan sebaya. Perkembangan sifat dan peribadi remaja yang cenderung ke arah agresif, perasaan ingin mencuba dan suka mengikut kawan tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu tingkah laku itu sering kali menyumbang kepada berlakunya masalah disiplin. Masalah disiplin murid di sekolah terdiri daripada pelbagai bentuk dan dilihat semakin kompleks.

Kajian lepas oleh Kim dan VanTassel-Baska tentang kreativiti menunjukkan terdapat perkaitan antara kreativiti dengan pelajar bermasalah disiplin. Kajian oleh Kim dan VanTassel-Baska (2010) ke atas 41 orang pelajar sekolah rendah, 89 orang pelajar sekolah

(4)

menengah dan 4 orang guru di Korea mendapati bahawa di kalangan pelajar lemah akademik terdapat hubungan di antara masalah disiplin dan potensi kreatif.

Setakat ini belum ada kajian di Malaysia yang dijalankan berkaitan potensi kreatif pelajar bermasalah disiplin. Sehubungan itu, satu kajian untuk mengenal pasti potensi kreatif pelajar bermasalah disiplin dan tiada masalah disiplin dijalankan bagi membantu pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melihat potensi kreatif pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur.

DEFINISI KONSEP Kreativiti

Melalui artikel yang mendefinisikan kreativiti secara eksplisit, serta yang memberikan informasi kontekstual yang lengkap, Plucker, Beghetto dan Dow (2004) mengidentifikasi beberapa pengulangan, unsur-unsur yang dapat digunakan sebagai dasar untuk menghasilkan definisi kreativiti. Definisi yang diusulkan ialah :

“Creativity is the interaction among aptitude, process, and environment by which an individual or group produces a perceptible product that is both novel and useful as defined within a social context”

Menurut Ainon dan Abdullah (1999), seseorang yang memiliki pemikiran kreatif mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Secara tidak langsung ia menghasilkan pelbagai kaedah untuk melaksanakan sesuatu perkara. Apabila seseorang berfikir secara kreatif, mereka cenderung untuk melahirkan pelbagai konsep, persepsi, idea, strategi dan taktik, teori, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik dan menghasilkan reka cipta. Yew (2002) menyimpulkan kreativiti sebagai keupayaan mewujudkan hubung kait yang sebelumnya tidak pernah wujud.

Masalah Disiplin

Menurut Kamus Dewan (2000), disiplin merujuk kepada peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Ia juga merujuk kepada kepatuhan atau ketaatan kepada tatatertib dan peraturan. Mook (2003) berpendapat bahawa dalam konteks bidang pendidikan, disiplin merupakan peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui sistem hukuman atau ganjaran. Abdullah Sani (2005)

(5)

mendefinisikan disiplin sebagai latihan dengan tujuan mengembangkan potensi individu dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia bagi menyesuaikan diri serta berkhidmat untuk masyarakat. Masalah disiplin dalam kajian ini merujuk kepada aspek jenayah, buli, rokok, ponteng, lucah, kurang sopan, vandalisme, kenakalan, tidak penting masa dan kekemasan diri.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini membincangkan potensi kreativiti dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin dan membandingkannya dengan potensi kreativiti pelajar yang tiada bermasalah disiplin.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan ke atas isu potensi kreatif dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Seramai 60 orang pelajar terlibat sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak berlapis di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kaunselor sekolah telah memilih 30 orang pelajar yang bermasalah disiplin yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Seterusnya 30 orang lagi pelajar yang tiada masalah disiplin yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan turut dipilih oleh kaunselor sekolah.

Instrumen Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu 1) Bahagian A : Demografi Pelajar, 2) Bahagian B : Instrumen Potensi Kreatif (K-DOCS) dan 3) Bahagian C : Instrumen Penilaian Kendiri Tingkah Laku Pelajar (PKTP). Soal selidik Bahagian B bagi kajian ini menggunakan instrumen Kaufman Domains of Creativity Scale (K-DOCS) yang dibina oleh James C. Kaufman. Instrumen K-DOCS digunakan untuk mengukur lima konstruk potensi kreatif responden iaitu kendiri harian, ilmiah, prestasi, mekanikal/ saintifik dan artistik (Kaufman, 2012). Instrumen ini mengandungi 50 item yang terdiri daripada pernyataan yang menggambarkan potensi kreatif responden. Responden dikehendaki memberi maklum balas berdasarkan skala lima mata iaitu (1) Sangat kurang kreatif berbanding orang lain, (2) Kurang

(6)

kreatif berbanding orang lain, (3) Lebih kurang sama kreatif dengan orang lain, (4) Lebih kreatif berbanding orang lain dan (5) Sangat lebih kreatif berbanding orang lain. Berikut adalah contoh ringkas item yang digunakan bagi setiap konstruk.

(i) Kendiri harian – merujuk kepada interpersonal dan intrapersonal dari aspek kreativiti Contoh item untuk mengukur pemboleh ubah ini ialah :

“Memilih penyelesaian terbaik kepada masalah yang dihadapi.”

(ii) Ilmiah – merujuk kepada aspek kreatif, perbahasan, dan kegiatan ilmiah Contoh item :

“Mempertikaikan hujah pihak lawan yang saya tidak persetujui dalam perdebatan.” (iii) Prestasi – merujuk kepada aspek muzik dan penulisan, banyak penekanan adalah

pada persembahan secara terbuka. Contoh item :

“Merakam video menyeronokkan untuk dimuat naik ke YouTube.”

(iv) Mekanikal, Saintifik – menekankan kepada keupayaan mekanikal dan minat dalam sains dan matematik.

Contoh item :

“Membantu menjalankan atau mereka bentuk eksperimen saintifik.”

(v) Artistik – merujuk kepada aktiviti seni seperti melukis, mewarna dan membuat buku skrap.

Contoh item :

(7)

KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini ditentukan menggunakan nilai Cronbach’s Alpha iaitu nilai kebolehpercayaan yang menggambarkan indeks ketekalan setiap item (Jadual 1). Jadual 1 menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha bagi setiap konstruk dan keseluruhan instrumen. Secara keseluruhan, nilai kebolehpercayaan yang diperolehi untuk item soal selidik ini adalah antara 0.72 hingga 0.78 bahawa item yang terdapat dalam instrumen ini boleh dikatakan tekal dan konsisten.

Jadual 1 : Nilai Cronbach’s Alpha Instrumen K-DOCS

Konstruk Potensi Kreatif Bil Item Nilai Cronbach’s Alpha

Kendiri Harian Ilmiah Prestasi Mekanikal, Saintifik Artistik Keseluruhan 6 11 9 7 9 42 0.78 0.74 0.76 0.72 0.76 0.79 DAPATAN KAJIAN

Jadual 2 : Analisis Min konstruk potensi kreatif pelajar bermasalah disiplin dan tiada masalah disiplin

Konstruk Potensi

Kreatif Pelajar Masalah Disiplin(N=30) Pelajar Tiada Masalah Disiplin(N=30)

Min SP Min SP Kendiri Harian 3.09 0.72 3.32 0.56 Ilmiah 2.39 0.68 2.53 0.61 Prestasi 2.46 0.78 2.25 0.65 Mekanikal/ Saintifik 2.12 0.82 2.44 0.88 Artistik 2.65 0.79 2.90 0.76

Jadual 2 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi kelima-lima konstruk potensi kreatif berdasarkan dua kumpulan iaitu pelajar bermasalah disiplin dan pelajar tiada masalah disiplin. Jadual tersebut menunjukkan bahawa skor min tertinggi ialah konstruk kendiri harian (min = 3.32, s.p = 0.56) bagi kumpulan pelajar tiada masalah disiplin manakala skor min terendah ialah konstruk mekanikal/ prestasi (min = 2.12, s.p = 0.82) bagi kumpulan bermasalah disiplin.

(8)

Rajah 1 : Perbandingan min konstruk potensi kreatif antara pelajar masalah disiplin dan pelajar tiada masalah disiplin

Rajah 1 pula menunjukkan analisis perbandingan skor min konstruk potensi kreatif antara pelajar bermasalah disiplin dan pelajar tiada masalah disiplin. Berdasarkan rajah perbandingan di atas, keputusan kajian menunjukkan bahawa skor min pelajar tiada masalah disiplin mengatasi skor min pelajar bermasalah disiplin bagi empat daripada lima konstruk iaitu kendiri harian, ilmiah, mekanikal/ saintifik dan artistik. Keputusan analisis MANOVA yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam konstruk potensi kreatif tersebut antara pelajar bermasalah disiplin dan pelajar tiada masalah disiplin F(5,54) = 1.82, p>0.05.

PERBINCANGAN & KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sedikit perbezaan skor potensi kreatif di mana skor potensi kreatif pelajar tiada masalah disiplin adalah lebih baik daripada skor potensi kreatif pelajar bermasalah disiplin, bagaimanapun perbezaan tersebut tidak signifikan. Pelajar tiada masalah disiplin lebih menonjol potensi kreatif dalam keempat-empat konstruk iaitu kendiri harian, ilmiah, mekanikal/ sains dan artistik berbanding pelajar bermasalah disiplin. Namun begitu perbezaannya tidak banyak jika dibandingkan dengan pelajar bermasalah disiplin. Pelajar bermasalah disiplin pula skor min tinggi bagi konstruk prestasi yang melibatkan aspek muzik, penulisan dan persembahan secara terbuka berbanding

(9)

pelajar tiada masalah disiplin. Ternyata pelajar yang bermasalah disiplin lebih berbakat dalam bidang muzik dan persembahan.

Seterusnya kajian menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang serta sederhana dalam akademik, tiada masalah disiplin dan berada di kelas sains mempamerkan potensi kreatif sedikit tinggi berbanding pelajar bermasalah disiplin yang berada di kelas perakaunan, kemanusiaan, sastera dan ekonomi rumah tangga.

Disebabkan perbezaan yang sedikit, ini menunjukkan bahawa pelajar bermasalah disiplin jika diberi galakan dan bimbingan boleh diasuh dan diasah potensi kreatif mereka setanding dengan pelajar tiada masalah disiplin. Pelajar sekolah yang terlibat dengan masalah disiplin juga berkemungkinan tercicir dalam pelajaran, potensi kreatif semula jadi wujud tetapi tidak dikembangkan dengan baik. Guru-Guru perlu memberi lebih perhatian kepada semua pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah disiplin kerana mereka juga mempunyai potensi kreatif tidak jauh beza dari pelajar yang tiada masalah disiplin.

Tidak dinafikan, potensi kreatif amat diperlukan dan perlu dikembangkan ketika pelajar masih di bangku sekolah supaya potensi kreatif mereka tidak disia-siakan. Tambahan lagi, potensi kreatif sangat diperlukan apabila pelajar berada di peringkat universiti dan seterusnya di alam pekerjaan pada satu hari nanti.

Rujukan

Ab. Aziz Yusof. 2009. Pembangunan Modal Insan; Teras Pendidikan Negara. Universiti Utara Malaysia. Sintok. Edisi Pertama.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahya. 2005. Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 1999. Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Amabile, T.M. 1989. Growing up creative: Nurturing a lifetime of creativity. Williston, VT: Crown House.

Fodor, E. M., & Carver, R. A. (2000). Achievement and power motives, performance feedback, and creativity. Journal of Research in Personality, 34, 380–396.

Goertzel, M.G. & Goertzel, V.H. 1960. Intellectual and emotional climate in families producing eminence. Gifted Child Quarterly 4: 59–60.

Jonathan A. Plucker Ronald A. Beghetto Gayle T. Dow 2004. Why Isn’t Creativity More Important to Educational Psychologists? Potentials, Pitfalls, and Future Directions in Creativity Research. Educational psychologist, 39(2): 83–96.

(10)

Kaufman, J.C. 2012. Counting the muses: development of the Kaufman Domains of creativity scale (K-DOCS). Psychology of Aesthetics, Creativity, and the Arts 6(4): 298-308. Kim, K.H. & VanTassel-Baska, J. 2010. The relationship between creativity and

behavior problems among underachieving elementary and high school students. Creativity Research Journal 22(2): 185-193.

KPM. 2010. Jiwa dan Minda Bersatu ke arah Pembestarian Sekolah. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mook Soon Sang. 2003. Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian II: Kompetensi Khusus/Fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Yusof Haji Othman. 2012. Gagasan 1 Malaysia : Kreativiti & Inovasi Dalam Pembinaan Peradaban. Akademi Kenegaraan BTN, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Plucker, J.A., Beghetto, R.A. dan Dow, G.T. 2004. Why isn’t creativity more important to educational psychologist? Potentials, pitfalls, and future directions in creativity research. Educational Psychologist 39(2): 83-96.

Seeley, K.R. 1984. Perspectives on adolescent giftedness and delinquency. Journal for the Education of the Gifted 8: 59–72.

Tanner, D. 2000. Competence at work: Models for superior performance. Chichester: John Wiley & Sons, Inc.

Torrance, E.P. 1981. Thinking creatively in action and movement: Administration, scoring, and norms manual. Benseville, IL: Scholastic Testing Services.

Torrance, E.P. 2000. The millennium: A time for looking forward and looking backward. Korean Journal of Creative Thinking and Problem Solving 10: 5–19.

Yew Kam Keong. 2002. Bebaskan Kreativiti Anda. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zainab Ismail, Salasiah Hanin Hamjah & Rosmawati Mohamad Rasit. 2010. Isu Dakwah Masa Kini: Keluarga, Komuniti Marginal dan Pendidikan. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis strategi peningkatan kualitas pendi- dikan Madrasah Aliyah di Kabupaten Sidrap ditinjau dari segi implementasi ku- rikulum tingkat satuan

Hutan adalah daratan yang banyak ditumbuhi pepohonan. Hutan merupakan sumber daya alam yang tidak ternilai. Selain itu, kekayaan hutan dapat dilestarikan

Dalam mengetahui pengaruh Audit Lingkungan, Fungsi Pemeriksaan Audit Lingkungan, Kertas Kerja Pemeriksaan, dan Audit Lingkungan, Fungsi Pemeriksaan Audit Internal,

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap

Untuk meningkatkan kualitas produk yang baik Ardi Laras harus lebih memperhatikan keamanan dan keawetan produk, seperti desain kayu yang rapi dan bahan baku yang digunakan baik

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dipaparkan sebelumnya, maka dapat disampaikan simpulan bahwa kinerja finansial program penanggulangan kemiskinan

yang diperoleh tetapi untuk mendongkrak popularitas semu yang semuanya itu.. mengakibatkan rendahnya mutu bangsa ini dan dampak lanjutnya bangsa

Hasil analisis penetrasi contoh uji papan dan bingkai reng batang aren yang menggunakan bahan pengawet asam borat dengan rendaman dingin (Gambar 8) menunjukkan bahwa