• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN 3 BEBERAPA CONTOH PENYIMPANGAN PEMIKIRAN PENDUKUNG-PENDUKUNG LIBERALISME ATAU NEO MU TAZILAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN 3 BEBERAPA CONTOH PENYIMPANGAN PEMIKIRAN PENDUKUNG-PENDUKUNG LIBERALISME ATAU NEO MU TAZILAH"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN 3

BEBERAPA CONTOH PENYIMPANGAN PEMIKIRAN

PENDUKUNG-PENDUKUNG LIBERALISME ATAU

NEO MU’TAZILAH

Di antara contoh-contoh yang membuktikan pemikiran sesat golongan liberalis atau Neo Mu’tazilah (Malaysia dan Indonesia) adalah:

1. Asaf Ali Ashgar Fyzee, yang dikatakan oleh Charles Kurzman

sebagai Muslim pertama yang mencadangkan nama “Liberal Islam”, berpendapat bahawa wahyu perlu ditafsirkan semula dalam kerangka pelbagai teori yang baru ditemui, seperti dalam disiplin sejarah dan sains. Ini bermaksud, menurutnya, Islam perlu difahami semula, bukan sekadar dalam kerangka ilmu yang sah diterima oleh Islam, malah dalam kerangka semua bidang ilmu yang ada di dunia sekarang, sama ada ilmu tersebut

diterima atau tidak berdasarkan prinsip aqidah, syari’at dan akhlak Islam.1

2. Merujuk kepada ayat yang menyebutkan bahawa agama di sisi

Allah adalah Islam (Surah Ali ‘Imraan; 3 : 19 dan 85). Dengan itu, sesiapa sahaja yang menyembah Tuhan boleh dianggap sebagai Muslim, walaupun ianya bukan seorang Muslim. Berdasarkan konsep Islam yang umum ini, Astora Jabat mendakwa bahawa pengikut ajaran Yahudi dan Kristian kini masih boleh dianggap sebagai Muslim.

3. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di

antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulama 2006 (13 Jun) di Perak

(2)

sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka sebagai jumud, kolot atau berfikiran tertutup. Sebagai contohnya; Astora Jabat dalam tulisannya di dalam majalah Al-Islam (bulan Ogos 2006) telah melabelkan Mufti Dato’ Harussani dan ulama-ulama yang menghadiri muzakarah tersebut sebagai merapu kerana mengeluarkan fatwa haramnya Kongsi-Raya tersebut.

4. Astora Jabat dalam tulisannya di dalam majalah Al-Islam (yang mana beliau menjadi

Ketua Editornya) telah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak wajib bertudung dan menyokong keharusan wanita menjadi imam dalam kes Aminah Wadud dan menganggap para ulama yang menentang keharusan tersebut sebagai jumud kerana terikat dengan adat dalam kitab-kitab fiqh lama. (Al-Islam, Mei 2005).

5. Astora Jabat dalam tulisannya pernah membuat kenyataan yang menolak adanya

azab dan nikmat kubur walaupun berita tentangnya sabit dalam banyak hadis sahih. Begitu juga, beliau menolak pemakaian tudung oleh wanita Islam walaupun terang-terang terdapat hadis sahih yang menjelaskan kewajipan wanita bertudung.

6. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Greg

Barton bahawa antara tujuan Islam Liberal adalah merubah hukum-hakam agama Islam

sehingga dapat disesuaikan dengan

perkembangan zaman. Oleh sebab itu pemahaman al-Qur’an harus disesuaikan

dengan perkembangan zaman sebagaimana dinyatakan oleh Azyumardi Azra, mantan rektor Universitas Islam Negeri Jakarta (dulu bernama IAIN Jakarta) :

“Al-Qur’an menunjukkan bahawa risalah Islam – disebabkan keuniversalannya adalah menunjukkan kesesuaiannya dengan lingkungan budaya apa sekalipun, sebagaimana (pada saat turunnya) itu disesuaikan dengan kepentingan lingkungan Semenanjung Arab. Oleh itu al-Qur’an harus selalu disesuaikan dengan lingkungan budaya

(3)

penganutnya, di mana pun dan pada bila-bila masa sahaja”. (Pengantar dalam buku Dari Neo-Modernisme ke Islam Liberal, Dr. Abu A’la, 2003, halaman xi).

7. Kumpulan Islam Liberal di Indonesia telah

menerbitkan buku, Fiqah Lintas Agama yang menyatakan: “Berkaitan pernikahan laki-laki

non-Muslim dengan wanita non-Muslimah merupakan urusan ijtihad dan terikat dengan konteks tertentu, di

antaranya konteks dakwah Islam pada saat itu, di mana jumlah umat Islam tidak ramai ketika itu, sehingga pernikahan antara agama merupakan sesuatu yang dilarang. Oleh kerana kedudukannya sebagai hukum yang lahir dari proses ijtihad, maka kemungkinan apabila dicetuskan pendapat baru bahawa wanita Muslimah boleh menikah dengan laki-laki non-Muslim atau pernikahan berlainan agama secara lebih luas adalah dibolehkan oleh apa sahaja agama dan aliran kepercayaannya”. (Mun’im

Sirry (ed), Fiqih Lintas Agama, 2004, halaman 164).

8. Muhidin M. Dahlan, dari Universiti Islam Negeri

Yogyakarta menulis buku memori berjudul, Tuhan

Izinkan Aku Menjadi Pelacur, yang memuat kata-kata

berikut: “Pernikahan yang dikatakan sebagai birokrasi

seks ini, tak lain tak bukan adalah bekas yang berisi tong-tong sampah yang menampung sperma yang

secara anarkis telah membelah-belah manusia dengan tuntutan yang sangat menyakitkan. Istilah pelacur dan anak haram pun muncul dari rejim ini. Perempuan yang melakukan seks di luar bekas ini dilabelkan dengan sangat kejam sebagai perempuan yang sangat hina, penzina, pelacur, dan tiada harga diri. Padahal, apa bezanya pelacur dengan perempuan yang berstatus isteri? Kedudukannya sama. Mereka adalah pemberi nikmat dan pelayan seks laki-laki. Seks akan tetap bernama seks meskipun dilakukan dengan satu atau ramai orang. Tidak, pernikahan adalah konsep luar biasa, dan menurutku amat mengerikan untuk boleh aku percayai.” (Lihat

(4)

buku: Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur: Memori Luka Seorang Muslimah, SriptaManent dan Melibas, Yogyakarta, 2005).

9. Dari Fakulti Syariah IAIN Semarang muncul

gerakan yang mengizinkan perkahwinan homoseksual dengan terbitnya sebuah buku,

Indahnya Kawin Sesama Jenis. Buku ini

adalah kumpulan artikel yang ditulis dalam

Jurnal “Justisia” diterbitkan oleh Fakulti Syariah IAIN Semarang edisi 25, Th XI, 2004. Dalam buku ini ditulis strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkahwinan homoseksual di Indonesia. “Bentuk gerakan yang harus

dibangun adalah (1) mengorganisasi kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang merebut hak-haknya yang telah dirampas oleh negara, (2) memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada diri kaum homoseksual adalah sesuatu yang normal dan fitrah, sehingga masyarakat tidak memencilkannya bahkan sebaliknya, masyarakat ikut terlibat menyokong setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya, (3) melakukan kritik dan reaktualisasi tafsir keagamaan (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kaum homoseksual, (4) menyuarakan perubahan Undang-Undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan harus antara laki-laki dan wanita.”. (Lihat buku Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual, Lembaga Studi Sosial dan Agama, Semarang, 2005)

10. Harian The Jakarta Post, edisi Jumaat (28

Mac 2008) dalam halaman muka depan

menerbitkan berita berjudul, “Islam

Recognizes Homosexuality” (Islam Mengakui

Homoseksualiti). Memetik pendapat

daripada Prof. Dr. Siti Musdah Mulia,

Pengarah di UIN (Universiti Islam Negeri) Jakarta, akhbar berbahasa Inggeris itu menulis bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah fitrah atau semula jadi)

(5)

dan diciptakan oleh Tuhan, kerana itu ia dihalalkan dalam Islam. (Homosexuals and

homosexuality are natural and created by God, thus permissible within Islam).

11. Dengan merujuk ayat al-Qur’an (Surah al-Hujuraat; 49 : 3), Musdah menyatakan,

bahawa salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual. Kerana itu, Musdah Mulia yang juga dikenal sebagai aktivis Islam Liberal dan kebebasan beragama daripada kumpulan ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan

non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” Demikianlah pendapat pensyarah Universiti Islam Negeri Jakarta ini

di dalam seminar yang dianjurkan oleh golongan Arus Pelangi di Jakarta, pada 27 Mac 2008. Menurut Musdah Mulia, intisari ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal daripada Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semula jadi).

12. Di Malaysia perubahan hukum syari’ah khususnya yang

berkaitan dengan persamaan hak antara lelaki dan perempuan disuarakan oleh kelompok Sisters in Islam (SIS). Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005), SIS bersama kumpulan wanita yang lain telah menentang

kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi wanita. Sebelum itu mereka juga menentang Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemik kononnya undang-undang tersebut akan menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka (Riduan Mohd. Nor, Siri Serangan Pemikiran, MHI Publication, 2006, halaman 49).

(6)

13. Kassim Ahmad (bapa Islam Liberal di Malaysia) dalam bukunya, Hadis; Jawapan

Kepada Pengkritik, telah menegaskan; “Untuk mengetahui di mana umat Islam telah tersilap bila mereka mendapati diri mereka terjebak dalam kemerosotan berpanjangan, kita harus

mengesan langkah-langkah kita kembali ke dalam sejarah. Sebelum kaum teologi Assy’ariyyah menang mengatasi kaum rasional Muktazilah dalam abad-abad kesepuluh, kesebelas dan kedua belas, aliran saintifik dan rasional kuat dalam sains Islam, yang sememangnya telah menyebabkan terbina sains dan tamadun saintifik Islam yang agung. Di antara masalah-masalah yang hangat diperdebatkan di kalangan mereka ialah kebebasan dan tanggungjawab manusia di atas perbuatannya dan keadilan dan keesaan Ilahi. Dalam perbahasan ini, kaum Muktazilah mewakili aliran fikiran saintifik dan rasional. Malangnya, keadaan di Timur pada masa itu tidak memihak kepada mereka, berbeza dengan keadaan di Barat. Kaum Muktazilah tewas. Peristiwa bersejarah ini memberi laluan kepada kaum Assy’ariyyah berkuasa di seluruh Timur.”. (Halaman 80).

14. Melalui ayat, “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk)

anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”. (Surah An-Nisaa’; 4 : 11). Namun, kaedah pembahagian tersebut

menurut mereka hanya merujuk kepada fenomena masyarakat pada zaman Nabi Muhammad SAW. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, menurut mereka hanya orang lelaki yang bekerja untuk menyara keluarga. Oleh demikian, kaum lelaki perlu diberi bahagian yang lebih. Adapun pada zaman kini, kaum wanita juga turut sama bekerja sebagaimana lelaki. Kerana itu, pembahagian harta pusaka sama rata antara lelaki dan wanita adalah perlu pada zaman kini. Kedah pembahagian 2:1 tidak lagi adil jika diamalkan pada zaman kini. (Lihat; Kassim Ahmad, Hadis; Jawapan Kepada

(7)

15. Kassim Ahmad dalam tulisannya telah meragui ayat terakhir daripada Surah at-Taubah di mana beliau mendakwa; “Tiap-tiap surah di dalam Quran dibuka dengan

kenyataan “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”, dikenali sebagai Basmalah, kecuali Surah 9 (yakni at-Taubah). Ketiadaan Basmalah dari Surah 9 menimbulkan kehairanan kepada ahli-ahli tafsir selama 14 abad. Banyak teori telah dikemukakan untuk menghuraikan fenomena ini. Sekarang kita tahu bahawa ketiadaan Basmalah memainkan peranan penting sebagai suatu ciri dalam mukjizat matematik Qur’an dan juga satu tanda daripada Allah bahawa Surah 9 (at-Taubah) telah dicemar dan perlu dibersihkan”. (Lihat bukunya; Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik, Kassim Ahmad, halaman 61).

16. Oleh kerana terpengaruh dengan fahaman pluralisme

inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (Sisters In Islam) telah turut menyokong

penubuhan Inter Faith Council (IFC) atau

Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau

Majlis Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

17. Antara sikap golongan Islam Liberal adalah suka

mempertikai Syari’at Allah dan hukum-hakam Fiqh Islam dengan menggunakan logik akal atau

rasional semata-mata. Sebagai contohnya,

kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, “Tujuan menutup aurat ialah kerana

di zaman Nabi, Arab Jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita dari kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”. (5 September 1997, Perhimpunan Agung UMNO,

(8)

18. Golongan liberal menganggap Syari’at Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam syari’at yang qat’i. Antara hukum-hakam syari’at yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula adalah:

• Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita. • Keharusan poligami bagi lelaki.

• Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita. • Hukuman bunuh ke atas orang murtad.

• Hukum jenayah hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyyah.

• Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat. • Hak mutlak suami untuk menceraikan isteri.

• Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam.

• Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat dan sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama. Zainah

Anwar, Pengarah Eksekutif SIS pernah menegaskan; “Islam bukanlah milik individu

atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulamak…Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Qur’an bukanlah milik para ulama semata-mata”. (Utusan Malaysia, 26 September, 2000).

19. Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh

(9)

beliau, "Ending of Patriarchy" yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003. Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulama lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT. Beliau juga berkata, “Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada

suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami,” dan para ulama menurutnya

mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat sesuka hati.

20. Di Malaysia, gerakan feminisme dijuarai oleh SIS dan juga

Astora Jabat. Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005), SIS bersama beberapa kumpulan wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi wanita. Sebelum itu, mereka juga menentang kuat

Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Trengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemik kononnya ia menzalimi wanita yang dirogol. Namun setelah diselidiki, terdedahlah bahawa dakwaan mereka itu sebenarnya berpunca daripada prasangka buruk mereka terhadap Undang-Undang Syariah dan juga kejahilan mereka dalam memahami peruntukan yang ada di dalam Rang Undang-Undang tersebut. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya.

21. Farish A. Noor telah membuat kenyataan bahawa;

“Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik yang bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti sifat kemanusiaan nabi”. (NST, 4 November 2000).

(10)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku dan oleh itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama”. (NST, 1 Disember 2001).

22. Siti Kasim yang merupakan seorang peguam dan

aktivis yang sangat lantang bersuara serta mendukung aliran sesat liberalisme dengan bangga menyatakan bahawa dia ada versi Islamnya sendiri dan menolak versi Islam yang diamalkan di

Malaysia. Beliau juga mendukung pergerakan LGBT di Malaysia dengan menyatakan pendiriannya untuk menyokong dan membela mereka di mahkamah. Beliau juga menyokong hak untuk murtad. Pada Oktober 2017, beliau telah menjamin empat orang pengikut Syiah yang ditahan di Kedah.

23. Dalam Forum G25 yang diadakan pada 2015, Adriana Bt Abu

telah bersuara agar bukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang perlu dihapuskan tetapi juga kepada seluruh Undang-Undang Syariah di Malaysia.

24. Prof. Emeritus Shad Saleem Faruqi dalam sebuah forum yang

dianjurkan oleh G25 pada tahun 2015 telah menggesa supaya semua hakim membebaskan diri mereka daripada pemahaman serta perwatakan Islam sebelum menghakimi mana-mana kes.

(11)

25. Datuk Noor Faridah Ariffin merupakan salah seorang ahli Kumpulan G25 telah menyatakan bahawa, “Khalwat di rumah sendiri adalah hak

dan privasi setiap individu” dan meminta agar

hukum khalwat dimansuhkan.

26. Rosli Dahlan yang merupakan peguam kepada kes buku

Irshad Manji mengatakan sambal berseloroh bahawa, “Allah

telah dibawa ke mahkamah” sambil disambut gelak ketawa

oleh majoriti bukan Islam dalam Forum G25.

RUMUSAN

Melihat kepada cara berfikir dan juga pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh mereka yang membawa pemikiran liberal sebagaimana yang dipaparkan, dapat dibuat kesimpulan bahawa golongan Islam Liberal merupakan neo-Mu’tazilah abad ini dan tersesat jauh dari landasan Islam yang sebenar kerana telah mempertuhankan akal fikiran mereka.

Melalui pendapat dan pandangan mereka yang secara jelas bertentangan dengan aqidah Islam dan boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam seperti mengiktikadkan bahawa agama lain juga benar, al-Qur’an terdapat penyelewengan, menolak al-Hadis atau as-Sunnah secara mutlaknya, menghina Syari’at Islam dan undang-undang Allah dan meragui keperibadian serta sunnah yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.

Referensi

Dokumen terkait

Dari data obervasi yang telah dilakukan kelas B memiliki tingkat keaktifan dan prestasi yang rendah dimungkinkan karena model yang diberikan oleh guru kepada peserta

Karena banyak faktor yang perlu diperhatikan dalam memberikan dosis, perlu di+ek kembali apakah dosis yang diminta di resep sesuai dengan dosis la>im anak  atau de)asa,

Simbiosis dari ketiga aspek tersebut bukan lagi memiliki batas aktifitas yang massif namun sudah merupakan kesempatan untuk sebuah desain dapat menjadi penghubung

Pengukuran variabel dalam penelitian ini menggunakan angket dengan Skala Likert, dengan interpretasi semakin tinggi skor yang diperoleh, maka semakin tinggi mutu pelayanan

Kepala Dinas sebagaimana dimaksud dalam Pasal 5 huruf a mempunyai tugas pokok memimpin, membina, mengawasi, mengkoordinasikan dan pengendalian dalam penyelenggaraan

Gangguan habitat yang tinggi pada pulau-pulau di Kepulauan Seribu menjadikan hilangnya spesies semut tertentu yaitu ditunjukkan dari keberadaan Polyrachis abdominalis dan

Karena peneliti berasumsi dengan ketergantungan negara Indonesia terhadap negara lain, maka cadangan devisa yang sebagai salah satu indikator moneter berperan

Investasi Tanah Kavling Wisata Kebun Kurban @Maros,