• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH MENGATASI PEPERANGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LANGKAH MENGATASI PEPERANGAN"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Laman Bahasa Melayu SPM

Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Diharapkan Laman Ini Akan Dapat Membantu Pelajar untuk Menguasai Kemahiran Bahasa Melayu Untuk Menjawab Kertas Peperiksaan Atau Ujian. Selamat Belajar. "Saya Bantu Anda, Anda Cemerlang." SELAMAT DATANG

Ahad, 21 April 2013

KARANGAN UMUM BERFOKUS DUNIA (KERJA RUMAH

SEBAGAI PILIHAN KEEMPAT)

Masalah ancaman pengganas di peringkat antarabangsa telah membimbangkan

dunia. Hal ini berlaku kerana ancaman tersebut telah menggugat keamanan dan

boleh meruntuh ekonomi negara dan dunia.

Berikan pendapat anda untuk mengatasi masalah berkenaan.

Berdasarkan soalan di atas, saya yakin kebanyakan pelajar cuba mengelak untuk

mengambil tajuk ini sebagai tajuk karangan mereka. Hal ini kerana selain

karangan di atas berfokus antarabangsa, pelajar juga perlu banyak maklumat

untuk menulis karangan berkenaan. Sebagai langkah untuk membantu pelajar

untuk menghasilkan karangan tersebut, tulisan saya pada kali ini cuba untuk

menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan karangan berkenaan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang

Dunia Kedua telah membawa pelbagai implikasi kepada dunia sejagat. Negara

kita sendiri telah melalui saat perit dan derita apabila terlibat secara langsung

dalam permasalahan ini, contohnya akibat gerakan komunis sebelum merdeka

dan terkini akibat serangan pengganas tentera Kerajaan Sulu yang telah

menyerang tentera dan polis di Semporna, Sabah. Akibat sikap mementingkan

diri Kerajaan Sulu

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing telah

menyebabkan rakyatnya yang terlibat dalam serangan terbunuh, begitu juga

berlakunya kematian terhadap anggota keselamatan Malaysia. Oleh itu, pemimpin

sekarang

harus

mengambil

iktibar

bahawa

peperangan

tidak

dapat

menyelesaikan sesuatu konflik dalam masa yang singkat dan mereka perlu

mengambil pendekatan dengan berunding demi kesejahteraan rakyatnya. Jangan

(2)

nanti

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Terdapat pelbagai

cara untuk mengatasi masalah berkenaan.

Antara langkah untuk mengelak peperangan dan pertumpahan darah adalah dengan mengambil pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara . Sekiranya langkah ini tidak diambil, kehilangan nyawa tidak berdosa akan berlaku dalam kalangan masyarakat, apatah lagi nyawa anggota keselamatan yang menjadi benteng utama mempertahankan tanah air tercinta. Hal ini demikian kerana melalui perundingan, pemimpin kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit. Saidina Ali Abi Talib pernah berpesan bahawa pasak kekuatan sesebuah negara hendaklah didirikan atas keadilan para pemerintah. Oleh itu, rakyat tidak akan mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Anak-anak tidak akan hilang tempat bergantung dan masa depan mereka akan lebih terjamin. Cukuplah kita melihat penderitaan dan kesengsaraan hidup yang dialami oleh anak-anak dari bumi Palestin, Iraq dan Afgahnistan serta beberapa buah negara di Afrika sebagai akibat kehilangan insan yang disayangi. Jelaslah bahawa perundingan akan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

Seterusnya, mari kita selongkar kaedah untuk merungkai permasalahan ini menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan dunia ini telah diwujudkan pada tahun 1945 setelah Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Antara objektif penubuhannya adalah untuk memastikan kestabilan politik, ekonomi, dan hak asasi manusia terpelihara. Namun, sehingga kini badan dunia ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia seratus peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara besar terutama negara yang memiliki kuasa veto ( kuasa pembatal) yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, dan Britain. Oleh sebab itu, kuasa-kuasa besar ini seringkali menggunakan kuasa veto untuk membatalkkan sebarang tindakan kepada negara yang mempunyai hubungan dengan mereka. Contohnya, Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa berkenaan membantu tindakan Israel menyerang negara Palestin. Begitu juga, Amerika mempelopori gerakan Pakatan Tentera bersekutu menyerang Iraq. Justeru, reformasi perlu dilakukan kepada petubuhan dunia ini agar dapat menangani permasalahan negara dunia terutama negara-negara kecil seperti Palestin. Akan disambung lagi.

Dicatat oleh MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN di 5:04 PG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Bismilah

LOGO SMKASAS

(3)

Pengikut

Hubungi Saya Pop up my Cbox

NAMA-NAMA ALLAH

MOHDRAMSUL CHATROLL

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN....

TUNAIKAN SOLAT

Dapatkan Widget Jadwal Sholat!

RUJUK KALENDER

(4)

Designed by design-school-directory.com .

PENGUNJUNG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Free Hit Counters

PENGESANAN PELAYAR KE BLOG INI

Arkib Blog  ▼ 2013 (45) o ► Ogos (8) o ► Julai (2) o ► Jun (4) o ► Mei (8) o ▼ April (8)

 PEMAHAMAN KOMSAS ANTOLOGI TINGKATAN 4 DAN 5 ( FORM...

 CARA-CARA MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN U...

 HEADCOUNT MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR TIN...

 ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 5- PERSEDIAAN PPT...

 ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 4- PERSEDIAAN PPT...

 KARANGAN UMUM BERFOKUS DUNIA (KERJA RUMAH SEBAGAI ...

 CONTOH MEMBINA KARANGAN BERPANDU BERTAJUK VANDALIS...

 SOALAN KOMSAS ANTOLOGI KERJA RUMAH PELAJAR TING. 4...

o ► Mac (7) o ► Februari (3) o ► Januari (5)  ► 2012 (30) o ► Disember (8) o ► November (9) o ► Oktober (4) o ► April (6) o ► Mac (3) Mengenai Saya

(5)

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN

Hobi : Membaca, Bertukar-tukar pendapat soal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pekerjaan : Guru Bahasa Melayu. Pengalaman Mengajar : 22 tahun. Ketua Panitia Bahasa Melayu SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Penasihat Pasukan Bahas Ala Parlimen dan Penasihat Pasukan Bola Baling SMKASAS. Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Ting. 4 dan 5. Penyelaras Sukan dan Permainan SMKASAS. Pernah menjadi Setiausaha Sukan dan Setiausaha PIBG SMKASAS. Sekiranya anda ingin melihat blog lain iaitu blog berkaitan PMR dan SPM sila klik pada MOHD RAMSUL ABD. RAHIMAN. Anda boleh melihat blog saya berkenaan.

Lihat profil lengkap saya

MAHER ZAIN ( NUMBER ONE FOR ME )

http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/04/karangan-umum-berfokus-dunia-kerja.html

Referensi

Dokumen terkait

Alternatif upaya yang dapat dilakukan dalam menyelesaikan masalah kependudukan di kota besar khususnya DKI Jakarta yakni dengan memindahkan sebagian penduduk ke

Kanker serviks merupakan kanker kedua di dunia yang paling banyak diderita wanita setelah kanker payudara terutama di Negara Berkembang seperti Indonesia. Masalah

• Dengan semakin meningkatnya standar hidup masyarakat terutama di negara-negara maju di dunia barat, masalah Public Health yang klasik dan kuno, seperti penyakit wabah

Jika pihak kedutaan Negara yang akan diziarahi tidak meluluskan atau melambatkan permohonan visa maka pihak tuan/puan tidak boleh menyalahkan pihak syarikat kerana

Diare masih menjadi masalah kesehatan hingga saat ini terutama di negara- negara berkembang angka terjadinya penyakit diare pada anak di dunia setiap tahun nya mencapai 1

Kemudian, langkah pemecahan masalah secara garis besar dikemukaan oleh Soedjadi (Muncarno, 2001 : 13), bahwa untuk menyelesaikan soal matematika umumnya dan

Situasi TB di dunia makin memburuk, jumlah kasus TB meningkat dan banyak yang tidak berhasil disembuhkan, terutama pada negara yang dikelompokkan dalam 22 negara dengan masalah

KONSEP LELARAN SAPUAN SEPARUH DAN SUKU Oleh kerana sistem linear untuk menyelesaikan masalah dalam persamaan 1 akan menghasilkan matriks yang besar dan jarang kebanyakan nilai adalah