• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA."

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

ABSTRAK

IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA

Mohamad Zahir Zainudin1, Roziah Omar2, Isma Addi Jumbri3

1Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 3Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

E-mel: mzahir@utem.edu.my, roziahomar@mohe.gov.my, isma@utem.edu.my

Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Penekanan ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan Malaysia. Pembentukan dasar sosial menjadi bertambah penting untuk mengurus komuniti yang semakin berkembang dan kompleks. Dalam melaksanakan perancangan pembangunan sosial, persekitaran semula jadi dalam hubungan di antara pelaksana dasar dan kumpulan sasar adalah sama penting dengan kandungan dasar. Impak dasar sosial dalam perubahan hidup kerapkali bergantung kepada aktiviti yang terlibat dalam kalangan individu dan komuniti. Kajian ini ingin melihat bagaimana dasar sosial dilaksanakan di Malaysia dan sejauh mana pelaksanaannya memberi impak kepada komuniti setempat. Responden kajian terdiri daripada penerima bantuan mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Lokasi kajian yang dipilih ialah negeri Melaka kerana berada dalam zon yang lebih maju dari segi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan hasil yang lebih jelas dalam pelaksanaan dasar sosial. Data kajian dikumpulkan melalui perbincangan dengan kumpulan pakar, kumpulan berfokus dan pemerhatian langsung. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi yang ketara selepas responden menyertai skim berkenaan. Mereka boleh berdikari dan mempunyai motivasi tinggi untuk mengubah kehidupan. Penyelesaian dasar sosial bersama dasar ekonomi telah menyumbang kepada perubahan hidup komuniti yang pada awalnya adalah berpendapatan rendah. Malaysia telah berjaya membangunkan komuniti ini melalui pelaksanaan dasar sosial yang terangkum dan disesuaikan dengan keperluan kumpulan sasar.

Referensi

Dokumen terkait

dikarenakan titik didih fluida organik yang rendah. Kelebihan dari siklus ORC adalah mampu bekerja pada temperatur rendah. Pemanfaatan limbah panas ini mampu

Arsyad (2009: 6-7) melengkapi pendapat yang disampaikan oleh beberapa ahli.Media pendidikan memiliki pengertian umum sebagai berikut. 1) Media pendidikan memiliki pengertian

Faktor yang digunakan dalam kuesioner berupa kualitas rentangan evaluasi mulai dari “Sangat Tidak Setuju (score=1)” sampai dengan “Sangat Setuju (score=5)”. Kuisioner ini

Bagaimana hasil belajar siswa kelas VIII-C pada pelajaran Matematika?. Bagaimana kreativitas siswa terhadap pemecahan masalah pada

kepada-Nya serta percaya dengan apa yang telah Allah janjikan, maka tidak diragukan lagi bahwa orang itu akan mendapatkan ketenangan di dalam hatinya dan

Bagaimana pun penelitian mengenai studi perbandingan sintesis senyawa imina turunan vanilin dan 2-hidroksi asetofenon menggunakan stirer dalam pelarut air serta

[r]