• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Ujian Amali Pengurusan Acara Olahraga

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Ujian Amali Pengurusan Acara Olahraga"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN UJIAN AMALI PENGURUSAN ACARA OLAHRAGA LAPORAN UJIAN AMALI PENGURUSAN ACARA OLAHRAGA 1.0 Pengenalan

1.0 Pengenalan

Kumpulan saya iaitu PISMP Matematik Ambilan Jun 2015 telah ditugaskan untuk Kumpulan saya iaitu PISMP Matematik Ambilan Jun 2015 telah ditugaskan untuk bertugas pada 21 Februari 2017 di SM Sultan Abdul Halim sebagai pegawai bagi ujian bertugas pada 21 Februari 2017 di SM Sultan Abdul Halim sebagai pegawai bagi ujian saringan acara balapan dan padang. Saringan ini dijalankan pada sebelah petang iaitu saringan acara balapan dan padang. Saringan ini dijalankan pada sebelah petang iaitu bermula pada pukul 3.30 petang.

bermula pada pukul 3.30 petang. 2.0 Tugasan

2.0 Tugasan

Saya telah ditugaskan sebagai penjaga masa bagi acara balapan bersama Munirah Saya telah ditugaskan sebagai penjaga masa bagi acara balapan bersama Munirah Solehah binti Zainal Abidin.

Solehah binti Zainal Abidin.

Berdasarkan apa yang telah dipelajari, skop tugas penjaga atau pencatat masa ialah Berdasarkan apa yang telah dipelajari, skop tugas penjaga atau pencatat masa ialah setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa di atas borang rasmi kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa di atas borang rasmi dan setelah menandatanganinya menyerahkan borang tersebut kepada ketua pencatat dan setelah menandatanganinya menyerahkan borang tersebut kepada ketua pencatat masa yang mungkin memeriksa jam itu untuk pengesahan. Masa akan diambil dari masa masa yang mungkin memeriksa jam itu untuk pengesahan. Masa akan diambil dari masa kelihatan kilat atau cahaya tembakan pistol sehingga detik di mana bahagian badan (torso) kelihatan kilat atau cahaya tembakan pistol sehingga detik di mana bahagian badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat.

peserta itu sampai ke garisan penamat.

Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua ketiga mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua  jam yang

 jam yang sama itu. Jika sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainanberlainan, maka , maka jam yangjam yang menunjukkan masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam menunjukkan masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam sahaja digunakan dan menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sahaja digunakan dan menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi.

sebagai masa rasmi. 3.0 Proses Sebelum

3.0 Proses Sebelum beserta Kekuatan, kelemahan dan Cadangan Penambahbaikanbeserta Kekuatan, kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Langkah pertama yang diambil adalah mengadakan satu perjumpaan bersama pihak Langkah pertama yang diambil adalah mengadakan satu perjumpaan bersama pihak sekolah iaitu Penolong Kanan Kokurikulum SM Sultan Abdul Halim bagi mendapatkan sekolah iaitu Penolong Kanan Kokurikulum SM Sultan Abdul Halim bagi mendapatkan maklumat tentang senarai acara dan jumlah pegawai yang diperlukan untuk hari berkenaan maklumat tentang senarai acara dan jumlah pegawai yang diperlukan untuk hari berkenaan (Rujuk Lampiran 1). Kekuatan bagi langkah perjumpaan bersama pihak sekolah ialah pihak (Rujuk Lampiran 1). Kekuatan bagi langkah perjumpaan bersama pihak sekolah ialah pihak sekolah memberi kerjasama yang sangat baik dan perancangan serta pengurusan pihak sekolah memberi kerjasama yang sangat baik dan perancangan serta pengurusan pihak sekolah berkenaan perkara ini juga sangat bagus. Mereka telah menyediakan satu senarai sekolah berkenaan perkara ini juga sangat bagus. Mereka telah menyediakan satu senarai

(2)

Pada 6 Februari 2017 pula, kami sekelas telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi melantik jawatankuasa untuk program ini (Rujuk Lampiran 2&3). Saya telah ditugaskan sebagai AJK pengangkutan bersama beberapa rakan yang lain. Skop tugas saya adalah membuat tempahan bas IPGKDA untuk kami sekelas bergerak ke SM Abdul Halim pada hari saringan olahraga tersebut. Dalam mesyuarat ini juga, kami sekelas sepakat untuk memilih tarikh 21 Februari 2017 sebagai hari untuk kami turun ke sekolah. Sememangnya kekuatan proses mesyuarat seperti ini bagi memastikan penglibatan semua orang dan mendapat persetujuan semua dalam membuat sesuatu keputusan.

Keesokan harinya pula iaitu pada 7 Februari 2017 beberapa orang wakil daripada kelas kami yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan AJK Dokumentasi pergi berjumpa dengan En. Mohd Hafni bin Abdul Halim untuk berbincang tentang skop tugasan masing-masing dan meminta tunjuk ajar tentang langkah yang perlu diambil seterusnya (Rujuk Lampiran 4). Mesyuarat kecil ini juga memutuskan agar kami ke sekolah menggunakan kenderaan sendiri pada 21 Februari nanti. Seterusnya, kami sekelas membuat cabutan undian bagi mengagihkan bidang tugas masing-masing pada hari 21 Februari nanti. Saya telah diundi sebagai penjaga masa bagi acara balapan.

Pada 20 Februari 2017 iaitu sehari sebelum hari kejadian, kami sekelas telah mengadakan mesyuarat ringkas bersama Pn. Choong Sook Khim dan pensyarah penasihat iaitu En. Mohd Hafni bin Abdul Halim untuk memberi taklimat akhir kepada kami berkenaan kejadian pada esok hari (Rujuk Lampiran 5). Beliau telah memperincikan dan mengingatkan kembali tentang semua skop tugas kami. Sememangnya taklimat akhir ini sangat penting bagi memastikan kami semua bersedia dari segala aspek sebelum ke sekolah esoknya. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, kelemahan taklimat ini adalah ia dijalankan agak lambat kerana ia dijalankan hanya sehari sebelum kami keluar ke sekolah. Jadi, cadangan saya ia sepatutnya dijalankan lebih awal lagi supaya semua orang dapat bersedia dengan lebih baik.

Kekuatan lainnya secara keseluruhan untuk langkah-langkah yang diambil bagi fasa sebelum ialah saya dapat belajar tentang prosedur yang betul yang perlu diambil apabila ingin menjalankan sesuatu program terutamanya yang melibatkan pihak luar. Bimbingan daripada pensyarah amat penting dalam proses ini memandangkan kami masih dalam proses belajar dan ini merupakan pengalaman pertama bagi kami sekelas.

(3)

4.0 Proses Semasa beserta Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Kami telah bertolak ke SM Abdul Halim pada pukul 3.00 petang dengan menaiki kenderaan sendiri. Kami tidak menggunakan perkhidmatan bas IPGKDA atas sebab bas hanya disediakan sehingga pukul 5.00 petang sahaja. Selepas jam itu, pemandu bas perlu diberikan bayaran OT.

Setibanya di sekolah, kami bertanya dengan beberapa orang guru berkenaan perjalanan pada hari tersebut dan lokasi bagi setiap acara. Setelah itu, setiap daripada kami bergerak ke tempat acara masing-masing. Saya dan Munirah ditempatkan di bawah khemah penjaga masa bagi acara balapan dan dibekalkan dengan jam randik setiap seorang. Sebelum acara dimulakan, kami semua diminta untuk menyalin butiran acara yang dipertandingkan pada petang itu. Kesemuanya terdapat 17 acara balapan namun acara lari berganti-ganti tidak dijalankan pada hari itu kerana telah dijalankan pada hari sebelumnya. Saya telah ditugaskan untuk menjaga dan merekod masa bagi pelari tempat ketiga bersama seorang lagi guru. Saya dan Munirah tidak menghadapi apa-apa masalah yang serius sepanjang menjalankan tugas ini memandangkan kami mendapat bantuan dan kerjasama yang baik daripada guru-guru lain yang turut berada di situ. Kesemua 17 acara siap dijalankan kira-kira dalam masa tidak sampai satu jam.

 Antara kekuatan bagi ujian amali kepegawaian ini ialah saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya pelajari di dalam kelas mengenai pengurusan acara olahraga. Dengan adanya amali, saya mendapat gambaran yang sebenar dan jelas tentang setiap skop tugasan semasa pengurusan olahraga. Ilmu yang diperoleh dan dipraktikkan inilah yang lebih bermakna dan lebih mudah diingati dan difahami.

Selain itu, ujian amali ini memberi peluang kepada kami untuk berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah. Kami telah diberi kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana pengurusan acara olahraga di sekolah. Contohnya cara untuk mengumpulkan peserta, pembahagian tugas antara guru dan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. Kami juga perlu bijak dalam berkomunikasi bersama guru-guru lain ketika bergaul bersama mereka kerana mereka ini mempunyai pengalaman yang sangat banyak untuk dikongsikan.

(4)

Semua acara telah berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Acara rejam lembing adalah acara yang paling akhir selesai pada petang itu. Setelah semua acara selesai, data bagi setiap acara dikumpul dan dianalisa oleh beberapa orang guru. Pada pandangan saya, sekolah ini mempunyai perancangan pengurusan yang sangat teratur. Setiap pelajar yang menyertai acara balapan dibekalkan dengan nombor pengenalan masing-masing dan setiap borang disediakan dan diurus dengan baik. Dengan adanya nombor pengenalan bagi setiap peserta acara balapan, proses untuk mencatat pemenang adalah lebih mudah.

 Antara kelemahannya pula adalah khemah bagi pelajar yang sakit tidak disediakan. Hal ini membuatkan pelajar yang mengalami kecederaan terpaksa mendapatkan rawatan dan rehat di khemah urusetia. Walau bagaimanapun, pada hari tersebut hanya terdapat seorang pelajar perempuan yang mengalami kekejangan otot.

Kelemahan seterusnya pula saya lihat ada beberapa orang guru yang tidak merekod masa mengikut cara yang betul. Mereka mengambil kira seluruh anggota badan melepasi garisan penamat barulah masa ditamatkan. Sebenarnya masa tamat yang tepat adalah apabila bahagian torso peserta melepasi garisan penamat. Sikap guru yang asyik bersembang sehingga terleka acara telah dimulakan juga ada berlaku namun perkara ini bukanlah disengajakan.

Saya juga menghadapi sedikit masalah untuk mengecam pelari di tempat ketiga terutamanya bagi acara lari pecut 100 meter dan 200 meter. Hal ini demikian kerana, perbezaan jarak antara pelari-pelari adalah sangat sedikit dan kurang ketara terutamanya bagi acara lelaki. Maka, ia memerlukan penelitian dan fokus yang tinggi.

Pada akhir sesi pada petang itu, terdapat sedikit salah faham dan masalah teknikal yang berlaku iaitu keputusan bagi acara rejam lembing tidak sampai ke meja pengurusan data. Perkara ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami sekelas kerana kami tidak diberikan tugas untuk menyimpan borang-borang tersebut. Namun, masalah ini dapat diatasi kerana ada seorang rakan sekelas saya telah mengambil gambar borang keputusan tersebut semasa mengendalikan acara tersebut.

Cadangan penambahbaikan yang saya ingin utarakan ialah penjaga masa boleh duduk di atas kerusi bertangga yang disediakan sebaris dengan garis penamat bagi memudahkan proses untuk mencatat masa bagi setiap peserta.

(5)

Selain itu, bilangan penjaga masa perlulah ditambah, sekurang-kurangnya 2 orang untuk setiap pelari agar ketepatan masa yang dicatat itu lebih jitu. Khemah untuk pelajar yang sakit mendapatkan rawatan juga perlu disediakan oleh pihak sekolah.

Di samping itu, cadangan penambahbaikan seterusnya adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru di sekolah tentang aspek kepegawaian yang betul kerana masih ramai lagi antara mereka yang kurang mahir akan hal ini. Banyak yang membuat keputusan mengikut kebiasaan sahaja, bukannya berasaskan peraturan yang telah ditetapkan.

5.0 Proses Selepas beserta Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Selepas sahaja selesai ujian amali kepegawaian ini, kami sekelas telah mengadakan sesi post mortem pada 28 Februari 2017. Post mortem ini dibuat bagi membincangkan kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan berdasarkan pengalaman kami sebelum ini. Post mortem merupakan langkah yang sangat penting untuk dijalankan selepas tamatnya sesuatu program.

 Antara kekuatan yang dibincangkan ialah semua ahli kelas telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang hari tersebut dan menunjukkan komitmen yang amat tinggi. Setiap orang juga dilihat telah bersedia dan mengetahui skop tugas masing-masing dan tahu apa yang patut dibuat ketika sampai di sekolah pada petang itu. Tiada kecederaan yang dilaporkan terjadi kepada kami sekelas kerana seperti yang kita semua tahu, pegawai kejohanan olahraga juga berisiko untuk mengalami kecederaan di padang kerana terdedah dengan lembing, peluru untuk lontar peluru dan cakera.

Kekuatan menjalankan  post mortem  ialah kami dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti ini serta mencadangkan cadangan penambahbaikan agar ia dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya,  post mortem ini dijalankan agak lambat, maka ada beberapa perkara yang mungkin tercicir. Cadangan penambahbaikannya pula, saya cadangkan supaya ia dijalankan lebih awal, mungkin sehari selepas amali ini dijalankan.

(6)
(7)
(8)

7.0 Penutup

Sememangnya pengalaman mengikuti ujian amali kepegawaian olahraga ini amat berharga dan sangat bermanfaat kepada saya. Hal ini demikian kerana, ini adalah pengalaman pertama saya turun ke sekolah berkhidmat sebagai pegawai olahraga. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan sekelas dan pihak sekolah yang memberi kerjasama yang sangat baik bagi saya menjayakan aktiviti ini.

 Amali seperti ini patut dijalankan lagi pada masa akan datang bagi memberi pendedahan dan peluang kepada kami sebagai guru pelatih untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dalam bidang olahraga sebelum ke sekolah nanti. Hal ini kerana, setiap guru nantinya pasti tidak akan terlepas untuk bertugas sebagai pegawai bagi acara olahraga. Maka, ilmu tentang bidang ini amat penting sekali.

Referensi

Dokumen terkait

Apakah Anda pernah didiagnosa menderita penyakit otot-rangka (seperti : nyeri pinggang, nyeri otot punggung, rematik, dll) selama 1 bulan terakhir oleh seorang

Berdasarkan hasil pengolahan data enelitian pengaruh budaya sekolah, kompensasi dan motivasi internal terhadap kinerja guru honorer SMA di Kecamatan Madapangga Kabupaten Bima,

Dengan hasil yang baik ini menunjukkan bahwa produk model pembelajaran pembiasaan berbasis sistem among A3 sebagai nilai-nilai luhur Dewantara(1977) melalui bermain gerak

Variabel independen berikutnya adalah profitabilitas yang diproksikan dengan return on asset (ROA) dalam penelitian ini menunjukkan bahwa variabel independen tersebut tidak

Sebagaimana dapat dilihat pada gambar di atas, Mendeleev mengkosongkan beberapa 

Modifikasi dengan konversi dimaksudkan untuk mengurangi viskositas dari pati mentah hingga dapat dimasak dan digunakan pada konsentrasi yang lebih tinggi, pati akan

Di dalam data flow diagram terdapat Context Diagram sistem informasi pemantauan kondisi ternak hewan sapi pada dinas Kabupaten Blitar yang menggambarkan data

PENERAPAN METOD E KELOMPOK INVESTIGASI D ALAM PEMBELAJARAN MENULIS TEKS EKSPOSISI.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu | perpustakaan.upi.edu DAFTAR