• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Pendidikan abad ke-21 menuntut guru supaya sentiasa meningkatkan kemahiran secara menyeluruh untuk menghadapi era globalisasi yang semakin maju. Guru memiliki peranan dan tanggungjawab yang sangat penting bagi menjayakan pencapaian pelajar dalam tahap yang cemerlang (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut guru perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan, seperti melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran di dalam bilik darjah, menguasai teknologi pendidikan, membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmonis, serta membentuk hubungan antara guru dan pelajar secara mesra (Syafrimen, 2010). Bagi menjayakan hal tersebut guru mesti memiliki keyakinan diri, kerana dapat meningkatkan keberhasilan pelajar dalam bilik darjah.

Pada zaman yang serba canggih ini, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan pelajar-pelajar menjadi individu yang berguna. Pelbagai cabaran yangperlu diatasi bagi menghasilkan insan yang berguna. Bagi seorang guru Matematik, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dirungkaikan dan diselesaikan. Selain itu, guru Matematik juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik dan tahap perkembangan diri pelajar-pelajar. Penyediaan lembaran kertas kerja merupakan satu keperluan bagi menguji sejauh mana tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar. Menjadi seorang guru Matematik bukan suatu tugasan yang mudah. Guru seharusnya pandai untuk menarik minat pelajar-pelajar terhadap apa yang telah diajar disamping mencari jalan termudah dan terbaik supaya apa yang diajar dapat difahami dengan baik oleh pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar tidak seharusnya berasa tertekan, bosan malah benci terhadap Matematik. Terdapat sesetengah pelajar-pelajar yang sangat tidak menyukai subjek matematik ini. Tugas guru Matematik di sini adalah mencari cara untuk melenturkan sikap benci pelajar-pelajar tersebut dan membuatkan mereka semakin menyukai subjek ini.

Selain daripada itu, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh guru Matematik adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas hari demi hari. Selain itu juga, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah pada abad ke-21 ini lebih menjerumus kepada berpusatkan pelajar. Maka guru bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator kepada pelajar. Oleh yang demikian, guru pastinya akan menjadi antara rujukan utama oleh pelajar-pelajar. Kemahiran menggunakan komputer, teknologi dan ICT juga semestinya perlu ada pada guru-guru abad ke-21. Guru matematik yang baik seharusnya mengaplikasikan penggunaan teknologi dan ICT dalam pengajaran bagi menjadikannya lebih menarik dan berinovasi tinggi. Guru Matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan kemampuan diri dalam ilmu pengetahuan berkenaan teknologi seiring dengan kemajuan dunia. Kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk guru Matematik celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran

(2)

2

itu guru-guru matematik haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Cabaran guru matematik seterusnya adalah dalam penyediaan ABM. Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.

Justeru itu, penggunaan ABM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru matematik agar pelajar-pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna. Justeru, kemahiran dan kecekapan yang dimiliki guru dapat membawa kepada penyampaian pembelajaran secara berkesan dan pada akhirnya dapat memaksimumkan pencapaian pelajar.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Plan)

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK BIL PELAJAR 17

KELAS 2 HARAPAN MASA 12.15 – 12.55

tengah hari

TARIKH 25 MAC 2019 HARI ISNIN

TOPIK 2 : PEMFAKTORAN DAN PECAHAN ALGEBRA KOD STANDARD

KANDUNGAN 2.2: PEMFAKTORAN DALAM UNGKAPAN ALGEBRA

KOD STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.1: Menghubungkaitkan pendaraban ungkapan algebra dengan konsep faktor dan pemfaktoran.

2.2.2: Menyenaraikan faktor bagi hasil darab ungkapan algebra. 2.2.3: Menfaktorkan ungkapan algebra dengan pelbagai kaedah. 2.2.4: Menyelesaikan masalah yang melibatkan pemfaktoran.

(3)

3 OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Diakhir PdPc, murid akan dapat :

i. Mengetahui konsep-konsep faktor dan pemfaktoran. ii. Mempelajari kaedah pemfaktoran : i) menggunakan FSTB,

ii) menggunakan beza antara dua sebutan kuasa dua sempurna, dan iii) menggunakan faktor sepunya dalam

empat sebutan algebra. iii. Menyelasaikan masalah yang melibatkan pemfaktoran.

STRATEGI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN SET INDUKSI

(5 minit)

Mengenalpasti konsep pemfaktoran :

• Memberikan setiap murid belon dan menerangkan konsep kembangan dan songsang kepada kembangan.

• Guru mengaitkan belon dengan konsep pemfaktoran.

• Murid dapat mengenalpasti dan memahami konsep pemfaktoran.

LANGKAH PERTAMA (10 minit)

Menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan di dalam pemfaktoran dalam ungkapan algebra:

i. Guru memperkenalkan tiga kaedah yang digunakan ii. Guru menunjukkan contoh setiap kaedah yang digunakan. LANGKAH

KEDUA (10 minit)

Mencari penyelesaian setiap soalan yang diberikan:

i. Guru memberikan soalan dan memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

LANGKAH KETIGA (10 minit)

Aktiviti lanjutan menggunakan jigsaw puzzle:

i. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan.

ii. Setiap wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk mengambil bahan aktiviti.

iii. Guru memberi penerangan dan arahan untuk melaksanakan aktiviti. iv. Murid diberikan masa dalam 10 minit untuk melengkapkan aktiviti yang

dijalankan.

v. Dua kumpulan yang berjaya melengkapkan jigsaw puzzle dengan pantas akan diberikan ganjaran/hadiah.

PENUTUP (5 minit)

Membuat rumusan bagi pelajaran hari ini.

i. Guru membuat imbasan setiap kaedah yang digunakan kepada murid. ii. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan kepada murid.

PEMBELAJARAN ALAF 21

 Round Table  Think, Pair –Share  Hot Seat  P. Koperatif  PBL  Peta I-Think  Role Play/Main Peranan  Gallery walk  P. Masteri  Inkuiri Pen.  Three Stray, One Stay  Pembentangan Hasil Sendiri  Deklamasi Sajak/ Nyanyian  Lain-lain: ____________ _________ ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)  Buku teks  Kad manila  Powerpoint  Internet  Eksperimen  Gambar /cerita  Radio / TV  Bola  Field Marker  Lain-lain: ___________ ________ Jigsaw Puzzle Jigsaw Puzzle

(4)

4 KECERDASAN PELBAGAI  Interpersonal  Intrapersonal  Muzikal  Verbal Linguistik  Kinestatik  Logik Matematik  Naturalis  Visual Ruang ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)

 Kreativiti & Inovasi  Nilai Murni  TMK  Kelestarian Global  Keusahawanan  Sains dan Teknologi KEMAHIRAN BERFIKIR  Membanding beza  Mengkategori  Menjana Idea  Menghubungkait  Menginterpretasi  Mencipta Analogi  Membuat Inferens  Membuat Ramalan  Menilai  Mentafsir  Membuat Keputusan  Membuat Rumusan PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN  Lembaran Kerja  Pemerhatian  Kuiz  Projek  Hasil Pembentangan  Tugasan individu  Tugasan kumpulan  Ujian  Lisan  Folio  Perbincangan  Senarai semak  Lain – lain : ____________ _________ ELEMEN 6K  Komunikasi  Kolaboratif  Karektor  Pemikiran Kritikal  Kreativiti dan inovatif  Kebangsaan REFLEKSI

 _____/____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan / pengukuhan.

 ____/____ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan. KERJA SUSULAN UNTUK MURID PEMULIHAN PENGAYAAN 3.0 Sebelum Macroteaching

Persiapan untuk mengajar merupakan perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang guru sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sebelum menjalankan pengajaran macroteaching, guru perlu merancang dan membuat persediaan mengajar yang lengkap untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan terhadap pelajar. Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan pencapaian matlamat. Persediaan mengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan semasa berhadapan dengan pelajar-pelajar di dalam kelas. Guru juga perlu mengambil kira tahap penguasaan pelajar yang akan diajar. Penelitian sukatan pelajaran perlu

(5)

5

dibuat bagi guru matematik dalam menentukan tajuk dan kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru matematik juga perlu mengenal pasti dan menentukan kemahiran- kemahiran pedagogi yang perlu dijadikan fokus untuk mengendalikan sesi pengajaran di dalam bilik darjah.

3.1 Pelaksanaan Pengajaran

Sebagai seorang guru, pastinya sudah mengetahui akan jumlah pelajar, kerenah, kelakuan dan pengetahuan anak didik masing-masing. Justeru, persediaan yang mencukupi sebelum masuk ke kelas akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pelaksanaan pengajaran dimulakan dengan guru membuat pemilihan tajuk dalam mata pelajaran matematik yang akan diajar semasa macroteaching. Pemilihan tajuk tersebut dibuat berdasarkan tajuk yang dianggap menarik dan mudah untuk disampaikan serta kesesuaian alat bantu mengajar (ABM) yang akan digunakan. Selepas memilih tajuk pengajaran, guru perlu mempelajari dan menguasai isi kandungan kokurikulum berkaitan tajuk yang dipilih bagi memastikan penyampaian sesuatu konsep dan penggunaan istilah serta simbol matematik yang betul dan tepat dapat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kemudian, objektif pengajaran perlu disenaraikan oleh guru bagi melancarkan dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Melalui objektif pengajaran, guru dapat menentukan kaedah pengajaran dan langkah-langkah yang bersesuaian dengan ABM yang akan digunakan. Proses pengajaran yang dirancang oleh guru hendaklah mempunyai penerapan elemen-elemen standard asas pembelajaran abad ke-21, iaitu proses pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar mestilah mempunyai elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta penerapan nilai-nilai murni dan etika. Tidak dinafikan guru perlu kreatif. Bahan yang digunakan dapat membentuk kecerdasan minda pelajar. Tanpa adanya persediaan yang baik sebelum ke kelas, sesi pengajaran akan menjadi menarik dan tidak membosankan serta dapat membantu pelajar untuk lebih memahami tajuk yang akan diajar.

Guru juga perlu mengetahui kebolehan sedia ada dan tahap penguasaan setiap pelajar bagi memudahkan guru untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan dan penguasaan pelajar. Apabila guru mengetahui tahap kebolehan dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar maka guru boleh menyediakan ABM yang bersesuaian dengan pelajar. Penggunaan ABM perlu dikaji dan diteliti bagi memastikan ianya bersesuaian dengan tajuk pengajaran yang akan disampaikan agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran lebih

(6)

6

sistematik dan berkesan kepada pelajar. Pembelajaran dengan menggunakan ABM juga dapat memastikan pelajar mengikuti dan memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang bakal diajarkan.

3.2 Perancangan Penyampaian

Kejayaan sesuatu pengajaran di dalam kelas bergantung kepada kebijaksanaan seorang guru dalam membuat perancangan dan persediaan yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru hendaklah menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan isi kandungan, tahap kebolehan pelajar dan nilai yang ditentukan. Strategi pengajaran merujuk kepada cara guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik di dalam bilik darjah. Guru perlu merancang dan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada pelajar semasa sesi pembelajaran. Guru perlu mengetahui kaedah yang akan digunakan sama ada secara induktif atau secara deduktif mengikut kesesuaian situasi dan tahap penguasaan setiap pelajar.

Guru menggunakan strategi berpusatkan kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar boleh menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti berkumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, dan simulasi. Dalam aktiviti berpuatkan pelajar, guru berperanan sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar. Guru perlu memastikan komunikasi dan interaksi yang berlaku antara guru dan pelajar adalah komunikasi secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing pelajar supaya mereka boleh berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Guru juga perlu mengulang semula topik lepas apabila melihat pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar. Guru juga perlu memastikan cara penyampaian setiap topik itu berbeza dengan latar belakang setiap pelajarnya. Hal ini kerana bagi memastikan setiap pelajar dapat menguasai topik pembelajaran yang akan diajar.

Di samping itu, guru perlu bijak menggunakan masa pengajaran secara optimum, iaitu selama 40 minit dengan menyediakan aktiviti yang boleh membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar. Guru hendaklah merancang langkah dan aktiviti yang bersesuai dengan masa yang diperuntukkan bagi memastikan sesi pengajaran tidak melebihi masa yang ditetapkan dan mencapai objektif pembelajaran.

(7)

7

Perancangan penyampaian perlu dirancang dengan teliti dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) agar ianya menepati sukatan dan standard pengajaran yang telah ditetapkan serta tidak terpesong daripada apa yang dirancangkan. Melalui perancangan RPH, guru dapat menyampaikan isi pelajaran tanpa keraguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jadi, guru mempunyai garis panduan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pemeringkatan isi sesuatu pengajaran perlu mengikut aras Taxonomy Bloom bermula daripada mudah kepada susah. Guru menggunakan buku teks dan buku rujukan Matematik sebagai sumber rujukan untuk memilih soalan yang mencabar dapat dikemukakan semasa pengajaran bagi mempersiapkan perancangan penyampaian pengajaran. Selain itu, guru juga perlu mempersiapkan diri dengan menguasai topik yang akan diajar sebelum mengajar. Hal ini kerana dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan akan memudahkan guru menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh pelajar. Ia juga dapat menarik minat pelajar untuk menguasai topik tersebut.

3.3 Perancangan Penilaian

Penilaian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru merancang penilaian berdasarkan kriteria-kriteria kejayaan yang ingin dicapai untuk topik yang akan diajar. Guru menyediakan soalan-soalan yang efektif bagi setiap aktiviti dan langkah pengajaran yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menguji tahap kefahaman serta penguasaan pelajar dalam tajuk yang dipelajari. Penilaian yang dirancang membolehkan guru mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran yang disampaikan untuk tujuan pengulangan, pengubahsuaian dan pengukuhan melalui maklum balas daripada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Semasa Macroteaching

Persediaan dan perancangan yang rapi telah dilakukan oleh guru sebelum memulakan pengajaran macroteaching bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi pengajaran macroteaching. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Sebelum memulakan pengajaran, guru memberi salam dan bertanyakan tentang keadaan pelajar dan mengaitkan perkara yang diluar bilik darjah dengan subjek yang akan diajar sebagai pemulaan kata. Permulaan kata bertujuan untuk menenangkan dahulu keadaan kelas sebelum memulakan

(8)

8

sesi pengajaran. Ianya juga bertujuan untuk menarik perhatian pelajar supaya tidak tertekan dengan subjek dan pengajaran yang akan diajar. Perkara ini juga penting supaya dapat enarik minat pelajar dan mengelakkan pelajar tertekan sebelum memulakan sesuatu topik pengajaran.

4.1 Pelaksanaan Pengajaran

Semasa hendak melaksanakan pengajaran macroteaching, guru perlu merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat pelajar kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Guru membuat persediaan bahan-bahan dengan memberi benda maujud seperti belon, alatan mengajar dan papan putih dibersihkan sebelum mengajar. Set induksi digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Tempoh masa yang sesuai bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Tujuan set induksi dilakukan adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir tentang topik yang akan diajar dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik yang akan diajar.

Selepas itu, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang hendaklah berkait dan bersesuaian dengan objektif yang telah disenaraikan dalam RPH. Guru perlu mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan diakhir pengajaran.

Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan bersesuaian dengan kebolehan dan tahap penguasaan serta minat pelajar. Isi pelajaran tersebut perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya suasana pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru perlu menyusun subtopik pengajaran dari mudah kepada kompleks mengikut langkah susunan yang betul. Guru lebih digalakkan menggunakan kaedah deduktif supaya pelajar lebih memahami isi pengajaran. Strategi pengajaran deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana pelajar perlu memperolehi kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Dalam matematik kaedah ini menggunakan rumus, hukum atau teori matematik yangtelah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru iaitu daripada generalisasi kepada khusus. Kaedah ini memerlukan pelajar-pelajar menguasai

(9)

9

pengetahuan yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup bagi mendapatkan rumus, hukum atau teorem yang baru.

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru hendaklah menentukan strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijak akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan pengajaran yang lebih bermakna serta menyeronokkan pelajar.

4.2 Set Induksi

Set induksi dilaksanakan bagi memulakan sesuatu pengajaran untuk meyampaikan idea kepada pelajar berkaitan pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Ianya juga bertujuan untuk menarik minat pelajar dan mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pengajaran yang akan disampaikan. Penggunaan bahan seperti video, gambar dan benda maujud dapat membantu guru untuk meransang pengetahuan sedia ada pelajar. Penggunaan contoh yang relevan dalam set induksi, teknik penyoalan, penglibatan pelajar dan pengukuhan kemahiran insaniah memberikan makna kepada sesuatu konsep yang hendak diajar.

Bagi set induksi tajuk Pemfaktoran dalam Ungkapan Algebra, guru menggunakan benda maujud seperti belon untuk mengaitkan pelajaran yang lepas iaitu perkembangan. Penggunaan belon tersebut untuk mengkaitkan dan menghubungkan antara konsep yang hendak diajar pada hari itu boleh dikaitkan dengan suatu set yang dekat dengan pengalaman harian pelajar. Pelajar dikehendaki menggunakan belon yang ditiup dan mengaitkan dengan topik lepas iaitu perkembangan dan apabila belon yang berisi angina dibuangkan anginnya maka berlaku proses pengecutan yang berkait dengan topik Pemfaktoran yang akan diajar yang mana berlawanan dengan Perkembangan. Penggunaan belon ini adalah supaya pelajar dapat mengimbas kembali topik Perkembangan yang diajar sebelum topik Pemfaktoran. Penggunaan belon tersebut membantu meransang pengetahuan yang sedia ada pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan oleh guru. Apabila pelajar dapat mengetahui tajuk yang akan dipelajari, guru membuat ulangkaji berkaitan Perkembangan dalam topik Pemfaktoran yang telah dipelajari oleh pelajar pada subtopik sebelum ini.

4.3 Langkah-langkah

Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun secara berperingkat-peringkat. Guru memberi penerangan apakah yang dimaksudkan dengan

(10)

10

Pemfaktoran kepada pelajar dengan menjelaskan kaedah-kaedah yang terdapat dalam Pemfaktoran dan konsep-konsep yang digunakan dalam kaedah-kaedah tersebut. Terdapat empat kaedah dalam Pemfaktoran. Antaranya ialah menggunakan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB), menggunakan beza antara dua sebutan kuasa dua sempurna, menggunakan faktor sepunya dalam empat sebutan Algebra dan pendaraban silang. Seterusnya, guru memperkenalkan kaedah-kaedah tersebut dengan memberikan contoh agar pelajar dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas. Guru menyediakan soalan bagi setiap kaedah yang dipelajari dan memilih pelajar secara rawak untuk menjawab soalan tersebut bagi menilai tahap kefahaman pelajar. Guru juga menggunakan teknik peneguhan dan memberi ganjaran seperti hadiah kepada pelajar yang mencuba menjawab soalan yang dikemukakan untuk menghargai pelajar yang berjaya menjawab soalan serta usaha yang ditunjukkan oleh pelajar.

Apabila pelajar dapat mengenalpasti kaedah-kaedah dalam Pemfaktoran, guru meningkatkan tahap pemeringkatan isi dengan menjelaskan secara terperinci setiap kaedah yang digunakan. Langkah yang kedua, guru menyediakan beberapa contoh penyelesaian bagi setiap kaedah untuk membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan. Di akhir langkah kedua, guru memberikan beberapa soalan di hadapan untuk dijawab oleh pelajar yang dipilih secara rawak untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Guru memberi pujian kepada pelajar yang menjawab soalan bagi memotivasikan diri dan menarik minat pelajar.

Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan pelajar mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap aktiviti Jigsaw Puzzle yang dijalankan pada langkah ketiga. Penggunaan alat bantu mengajar, iaitu Jigsaw Puzzle dalam pengajaran Pemfaktoran dapat menarik minat pelajar dan membantu mereka memahami dengan jelas. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama dan berdaya saing dalam kalangan pelajar. Guru juga menggunakan teknik ganjaran dan pujian kepada pelajar yang berjaya melengkapkan Jigsaw puzzle dengan pantas dengan menyediakan hadiah kepada pemenang manakala bagi kumpulan yang tidak berjaya, guru memberi kata-kata semangat untuk memotivasikan diri pelajar untuk mencuba lagi.

4.4 Penilaian

Penutup merupakan bahagian terakhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana guru meminta pelajar menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting

(11)

11

berkaitan pengajaran yang telah disampaikan. Tujuan guru meminta pelajar membuat rumusan untuk menilai dan mengenalpasti kefahaman pelajar dan keberkesanan pengajaran. Selepas itu, guru memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar tentang topik yang telah dipelajari. Guru juga perlu memberikan rasa kepuasan belajar dan menggerakkan pelajar supaya bersedia untuk pelajaran akan datang. Selain itu juga, guru memberitahu objektif-objektif pembelajaran kepada pelajar supaya pelajar dapat menguasai topik yang telah diajar oleh guru.

4.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Penggunaan alat bantu mengajar dalam topik Pemfaktoran adalah penggunaan belon, manila kad yang ditulis dengan kaedah-kaedah dalam Pemfaktoran dan Jigsaw Puzzle. Jigsaw

Puzzle merupakan permainan jigsaw puzzle yang memadankan soalan dengan jawapan yang

betul. Aktiviti permainan Jigsaw Puzzle digunakan sebagai pemantapan dan penggayaan dalam pembelajaran. Aktiviti ini juga menyeronokkan dan melibatkan kolaborasi semua pelajar dalam kumpulan. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk perkembangan dan penilaian kepada pelajar.

Aktiviti permainan Jigsaw Puzzle mempunyai soalan dan jawapan yang telah disediakan. Pelajar perlu memadankan soalan dengan jawapan yang betul untuk melengkapkan Jigsaw

Puzzle. Permainan ini mempunyai sepuluh (10) keping soalan dan jawapan yang mana pelajar

dikehendaki untuk mencantumkan kesemua kepingan mengikut soalan dan jawapan yang betul bagi melengkapkan Jigsaw Puzzle. Penggunaan permainan ini bertujuan untuk memperbaiki suasana pengajaran dan pembelajaran kepada lebih kreatif dan inovatif bagi menarik minat pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

(12)

12

5.0 Selepas Macroteaching

Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan pelajar serta keazaman guru dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran. Tujuan refleksi dilakukan untuk membuat penambahbaikan amalan pengajaran guru.

5.1 Bagaimana Alat Bantu Mengajar (ABM) Membantu Pengajaran?

Alat bantu mengajar (ABM) sangat membantu pengajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ABM amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh pelajar dengan bantuan ABM. Penggunaan ABM dapat mempertingkatkan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Oleh itu, penggunaan benda maujud seperti belon dan permainan Jigsaw Puzzle menjadi peransang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(13)

13

ABM dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. ABM digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan membolehkan pengajaran yang disampaikan oleh guru akan mencetuskan minat pelajar dan meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan melibatkan kolaboratif semua pelajar dalam kumpulan. Selain itu, melalui Jigsaw Puzzle pelajar yang berjaya melengkapkan permainan dengan pantas akan diberikan ganjaran atau hadiah, iaitu gula-gula sebagai penghargaan dan meningkatkan motivasi diri pelajar dalam menjawab soalan. Pemberian hadiah akan menarik minat pelajar untuk menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

5.2 Pengalaman Mengajar dalam Macroteaching

Pengajaran macroteaching memberi pengalaman pertama kepada guru untuk merasai sendiri proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengajaran macroteaching telah memberi pendedahan kepada guru untuk membuat perancangan dan persediaan yang lengkap sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mencetuskan idea mengenai topik yang hendak disampaikan. Melalui pengajaran macroteaching, guru dapat belajar menggunakan masa secara optimum dengan merancang kandungan pengajaran.

(14)

14

Selain itu, guru mempelajari cara penyampaian menggunakan kelantangan suara yang betul dan jelas semasa mengajar untuk membolehkan pelajar mendengar pengajaran yang disampaikan dalam kelas serta memastikan guru dapat mengawal kelas dengan baik. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Kejelasan dalam memberi arahan memainkan peranan dalam kefahaman pelajar membolehkan pelajar mengikut arahan dan panduan semasa mengajar.

Guru mempelajari dan menguasai konsep, simbol dan istilah matematik dalam pelajaran yang disampaikan terlebih dahulu supaya tidak berlaku keraguan semasa mengajar. Guru juga mestilah bijak untuk menarik minat pelajar untuk bergerak secara aktif semasa sesi pengajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. ABM yang dipilih ialah permainan Jigsaw Puzzle ini menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru. Melalui penggunaan permainan Jigsaw Puzzle, guru dapat mengatahui bahawa ABM penting untuk memastikan suasana pengajaran lebih berkesan dan meningkatkan kefahaman pelajar.

5.3 Penambahbaikan yang Dilakukan dalam Kelas Sebenar

Guru menyedari bahawa set induksi yang baik merupakan perkara yang penting dalam menarik minat pelajar untuk mempelajari topik yang diajar. Semasa membuat set induksi, penggunaan belon oleh guru untuk menunjukkan proses Perkembangan dan Pemfaktoran. Hal ini menyebabkan pelajar boleh memahami proses yang berlaku dengan jelas. Selain itu, guru juga dinasihatkan untuk mengenal pasti tahap kebolehan dan penguasaan pelajar sebelum mengajar. Hal ini kerana, kaedah-kaedah di dalam topik pemfaktoran agak rumit dan sukar difahami. Oleh yang demikian, guru dinasihatkan untuk memfokuskan satu-satu kaedah pada waktu yang berbeza untuk memastikan kesemua pelajar dapat menguasai kaedah-kaedah tersebut dengan lebih jelas. Perhatian yang lebih perlu dilakukan oleh guru dalam mengajar satu-satu kaedah. Kaedah-kaedah tersebut tidak boleh diajarkan sekali gus bagi mengelakkan pelajar menjadi kurang minat dan pengajaran mejadi lebih berkesan.

Guru juga perlu memperbaiki kemahiran peneguhan. Kemahiran peneguhan melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah pelajar dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, memuji pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan peneguhan secara lisan. Guru boleh menggalakkan pelajar belajar menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘betul’, dan ‘bagus’. Peneguhan yang berkesan dapat

(15)

15

dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan peneguhan. Guru boleh mempelbagaikan kaedah peneguhan melalui perkataan atau gerak geri yang diulang. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk menguasai topik yang akan diajar.

5.4 Cabaran Utama Semasa Mengajar

Cabaran utama semasa mengajar adalah memastikan pelajar dapat memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Bagi guru matematik, guru perlu menerangkan konsep berkaitan Pemfaktoran dan kaedah-kaedah yang digunakan di dalam topik tersebut dengan jelas supaya pelajar dapat memahami dengan baik sebelum melakukan pemeringkatan isi yang seterusnya. Pemeringkatan isi kandungan pembelajaran hendaklah bermula daripada mudah ke susah atau secara deduktif supaya guru dapat menarik minat pelajar untuk menyelesaikan soalan dengan baik dan berkesan.

Selain itu, guru perlu memastikan pengajaran mengikut perancangan RPH merupakan salah satu cabaran semasa mengajar. Hal ini demikian, guru perlu bijak merancang penggunaan masa secara optimum bagi memastikan perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan semasa pengajaran. Langkah pengembangan perlu dirancang dengan teliti juga membantu guru memastikan pengajaran yang disampaikan lebih teratur seperti yang dirancang. Guru memperuntukkan masa yang sesuai dengan langkah-langkah pengembangan yang dirancang supaya tidak melebihi masa yang telah ditetapkan dan dapat mencapai objektif-objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

6.0 Kesimpulan

Pengajaran macroteaching dapat membantu guru menjalani latihan mengajar dengan baik dan sistematik. Pengajaran macroteaching menitikberatkan cara-cara guru menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran yang hampir sama dengan apa yang diperlukan dalam situasi yang sebenar. Guru dapat merasai pengalaman mengajar secara simulasi bagi mempelajari teknik pengajaran yang betul. Bagi menentukan latihan mengajar berjalan dengan teratur dan berkesan, suatu tatacara pengurusan yang efisien diperlukan bagi membantu guru menjalani latihan mengajar. Oleh yang demikian, pengajaran macroteaching memberi pendedahan kepada guru tentang profesion perguruan dan memberi bimbingan serta menilai kebolehan guru menjalankan tugas tugas yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan (Noor Azlan & Norhayati, 2009).

(16)

16

Pengajaran macroteaching adalah kelas terbaik yang membantu guru menjalani latihan mengajar dengan baik. Selain itu, pengajaran macroteaching dapat membantu bakal-bakal guru bersedia membuat persediaan yang lengkap sebelum memulakan kelas dan sebelum berhadapan dengan pelajar. Hasil daripada kelas pengajaran macroteaching, guru dapat membuat persediaan rapi serta menulis buku rancangan mengajar dengan baik.

Tambahan lagi, ketika berhadapan dengan pelajar, guru berupaya menarik minat pelajar dengan menggunakan set-set induksi yang kreatif dan pendedahan yang berbeza setiap kali memasuki kelas. Tidak dilupakan dengan penyampaian yang lancar ketika mengajar di depan kelas. Meskipun berhadapan dengan pelajar yang mempunyai seribu macam kerenah. Penguasaan guru terhadap topik-topik yang diajar juga menjadi satu kejayaan kepada guru sewaktu menjalani latihan mengajar. Secara ringkasnya kelas pengajaran macroteaching sememangnya memberi banyak input kepada guru serta dapat membantu guru mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi ketika latihan mengajar.

(17)

17

Rujukan

Amir Hassan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Syarikat Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Effandi, Z., Roslinda, R., Siti Mistima, M., & Norhidayah. A. (2015). Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Matematik. Selangor, Bangi, Publisher: Fakulti Pendidikan UKM, pp.1-18.

Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. (2015). A longitudinal study of induction

on the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the eyes of their students. Teaching and Teacher Education, 51, 225–245.

Noor Azlan, A. Z., & Norhayati, A. R. (2009). Keberkesanan pengajaran mikro dalam latihan mengajar guru pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, UTM Skudai.

Norfadhillah, Z. M. Z., & Najihah, A. W. (2017). Cabaran dalam Pengajaran Matematik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Proceeding of International

Conference of Empowering Islamic Civilization.

Syafrimen. (2010). Pembinaan Modul Eq Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru-Guru Di

Referensi

Dokumen terkait

Masalah yang dihadapi oleh guru perlu diberi perhatian untuk memastikan pengajaran matematik melalui intgerasi KBAT ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Dapatan kajian

Daripada kajian ini beberapa rumusan dihasilkan terhadap ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan yang dilihat dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran, hubungan serta sikap

Secara ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam

Prosedur ini memberi panduan kepada pensyarah dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran PLSP supaya dapat memastikan sekurang-kurangnya 25 % daripada pelajar yang

Kebanyakan guru bersetuju bahawa pemahaman dalam sejarah matematik adalah penting untuk pengajaran matematik, penerapan unsur sejarah dalam pengajaran dapat memperkayakan

Sebelum melihat cabaran yang perlu dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kertas ini akan memberikan

Objektif- Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian online,

Perbincangan 4.1 Cabaran Guru Pelbagai pendekatan dan kaedah telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia KPM yang boleh menjadi panduan kepada guru melaksanakan pengajaran