• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM PENGAJA (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM PENGAJA (1)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Abdul Jalil Othman Normarini Norzan Ghazali Darusalam

Saedah Siraj

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat hubungkait pelaksanaan Program LINUS dengan cabaran guru LINUS dalam merealisasikan penguasaan kemahiran asas literasi. Pengkaji ingin mengetahui apakah hubungkait LINUS dengan cabaran yang dihadapi oleh guru yang terlibat secara langsung di dalam program ini. Secara ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid LINUS berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis berdasarkan program LINUS yang dilaksanakan. Pengkaji turut ingin mengenal pasti perbezaan pendekatan guru biasa yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Program LINUS dengan guru pemulihan. Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan dengan secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab dua soalan kajian iaitu Sejauhmanakah persepsi murid terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan guru pemulihan dari segi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, suasana pembelajaran dan motivasi guru dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam melaksanakan program LINUS? dan Apakah terdapat hubungkait antara program LINUS dengan peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran? Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran literasi dapat diperbaiki dengan strategi dan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti oleh guru menjadi berkesan dan bermakna kepada murid berdasarkan pelaksanaan program LINUS. Terdapat juga perhubungan yang

signiikan antara peranan guru LINUS biasa dan guru pemulihan

(2)

Pendidikan literasi Bahasa Melayu semakin dipandang sebagai satu mata pelajaran yang amat penting di sekolah, selaras dengan strategi kerajaan dalam NKRA Negara adalah untuk melahirkan generasi yang celik huruf dan maju ke hadapan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dalam memberi pendidikan literasi sejak dari peringkat awal kanak-kanak. Keupayaan manusia dalam menuntut ilmu bakal mengubah corak kehidupan masyarakat (Mahzan Arshad, 2008). Kesinambungan daripada lonjakan paradigma terhadap penguasaan keupayaan membaca dalam Bahasa Melayu dapat membuka jalan dan peluang yang lebih luas kepada anak bangsa dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di peringkat sekolah.

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil insiatif bijak dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memastikan semua murid di Malaysia mendapat pendedahan awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Bermula dari Tahun 2010, bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi.

Program LINUS

(3)

Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17 pada 19 Oktober 2011, terdapat beberapa faktor biasa yang menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran ialah latar belakang sosioekonomi,

status indigenous, lokasi geograi, sikap dan aspirasi. Oleh itu, guru sebagai

penggerak utama program ini harus mempunyai sikap dan aspirasi yang cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan Modul Murid. Di antara prinsip-prinsip modul pengajaran dalam LINUS adalah ansur maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan interaktif dan belajar sambil bermain. Manakala senarai kemahiran literasi yang perlu dikuasai oleh murid ialah membaca dan menulis huruf, membaca suku kata, membina dan menulis suku kata, membaca perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca rangkai kata, membina dan menulis rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis ayat tunggal.

Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya menumpukan kepada kemahiran atau teknik bacaan semata-mata. Murid harus melalui pembelajaran yang lebih kukuh dalam keupayaan membaca (Mahzan Arshad, 2008). Oleh itu, demi merealisasikan matlamat, pelbagai aspek untuk memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus dititikberatkan agar kanak-kanak yang lahir dari produk sistem pendidikan Malaysia merupakan kanak-kanak yang celik bahasa dan seterusnya menguasai ilmu lain secara optimum dan penuh kejayaan. Keupayaan murid dalam proses pembelajaran melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hendaklah dititikberatkan agar kemahiran yang dikuasai oleh murid memberi impak yang besar kepada masa depan murid dalam menguasai ilmu pengetahuan secara keseluruhan. Kepentingan untuk melihat akan keupayaan murid dalam mewujudkan sesebuah kurikulum pendidikan literasi Bahasa Melayu adalah perlu diberi keutamaan (Mahzan Arshad, 2008). Merujuk kepada Rajah 1 masih ramai murid yang kurang berupaya di seluruh negeri di Malaysia yang sangat memerlukan bimbingan daripada guru-guru di sekolah agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid secara individu.

(4)

Negeri Bilangan Peratus

Sarawak 668 17.10%

Perak 496 12.70%

Sabah 480 12.30%

Johor 411 10.50%

Selangor 340 8.70%

Kedah 301 7.70%

Pahang 286 7.30%

Kelantan 251 6.40%

Terengganu 179 4.60%

Pulau Pinang 155 4%

Negeri Sembilan 126 3.20%

Melaka 117 3%

Kuala Lumpur 106 2.70%

Jumlah 3916 100%

Rajah 1. Bilangan murid kurang upaya berdasarkan negeri. Sumber: The Star (19 Oktober 2011)

Aspek Penilaian LINUS

(5)

literasi selepas tahun ketiga tidak akan dibenarkan untuk menaiki kelas di tahun 4.

Penilaian tahap penguasaan murid akan dilaksanakan oleh guru dengan menggunakan soalan ujian saringan 1, 2 dan 3 yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan ujian lisan dan bertulis ini adalah untuk menguji keupayaan asas literasi membaca dan menulis semua murid Tahun 1. Terdapat 12 konstruk kemahiran Murid LINUS biasa akan diajar oleh guru bahasa mereka manakala murid LINUS Tegar akan diajar oleh guru pemulihan. Maka di sini pengkaji dapat melihat perbezaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran murid LINUS yang diajar di dalam kelas biasa dan murid LINUS yang di ajar oleh guru pemulihan di bilik khas pemulihan di setiap sekolah di seluruh negara. Pelaksanaan pengajaran yang dilaksanakan akan menggunakan modul LINUS selepas saringan kedua. Selain itu, ujian saringan bagi melihat pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik dan berulangan sehingga murid benar-benar menguasai setiap kemahiran membaca dan menulis bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lemah.

Strategi dalam Pelaksanaan Program LINUS

Pelaksanaan Program LINUS telah menggunakan beberapa strategi yang telah ditetapkan oleh Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 6 strategi yang telah disenaraikan iaitu:

• Membuat penyaringan murid (Tahun 1, 2 dan 3). • Perkembangan Bahan

• Meningkatkan kemahiran pedagogi untuk guru

• Program Kesedaran tentang LINUS untuk sekolah dan komuniti • Pemantauan, penyeliaan dan penilaian

• Pengukuhan FasiLINUS (Pemilihan fasilitator yang

berpengalaman)

(6)

mengajar murid LINUS ini. Manakala fasiLINUS pula telah diwujudkan untuk membimbing komuniti yang terlibat dalam melaksanakan program LINUS di sekolah. Mereka telah ditugaskan untuk memberi bimbingan kepada guru dan pihak pentadbir di sekolah. Antara peranan fasiLINUS ialah:

• Memberi nasihat kepada guru pemulihan sedia ada • Membimbing dan mengetuai guru-guru

• Memberi tunjuk ajar dan menjadi mentor dalam melaksanakan

program LINUS

• Membina kapasiti guru pemulihan, guru lain dan pentadbir • Membantu sekolah menyediakan pelan tindakan pembetulan

Manakala hasil kajian yang dilakukan oleh Che Zanariah dan Fadzillah Abd Rahman (2011) di dalam jurnal bertajuk Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah telah mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis.

Cabaran Guru

(7)

pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh melalui matlamat Misi Nasional dalam tempoh 2006-2010, iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tertumpu kepada projek membangunkan prasarana sekolah di luar bandar, meningkatkan kadar kehadiran murid di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih di sekolah luar bandar serta mempertingkat sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin dan murid berkeperluan khas.

Pengajaran merupakan profesion yang memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan dalam pengetahuan psikologi kerana kerjaya sebagai guru berhubungkait rapat dengan manusia. Keupayaan yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak menuntut guru-guru mendidik dan memotivasikan diri dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan cuba untuk memahami pelbagai sifat murid yang lemah dan cemerlang. Kepelbagaian minat dan latar belakang murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk mengenal pasti keperluan dan keupayaan murid khasnya dalam menguasai kemahiran membaca.

Oleh kerana itu, adalah sangat penting agar guru dapat mengenal pasti pada peringkat awal dan mengambil langkah terbaik memperbaiki ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid ini. Guru harus peka dalam mengenal pasti murid yang berada dalam kategori pendidikan khas. Ini bermakna murid dalam golongan ini berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan dan pembelajaran seperti disleksia, hiperaktif dan sebagainya yang menghalang mereka untuk menumpukan perhatian atau lebih kritikal lagi mereka memang tidak berupaya mempelajari bacaan. Pelbagai tanggungjawab yang sangat berat harus dipikul oleh guru dalam melaksanakan program LINUS dan ini amat memberi tekanan dan boleh menjejaskan prestasi kerja dan menurunkan motivasi diri jika tidak dapat mengawal emosi dan tekanan.

(8)

memastikan murid di aliran perdana turut diberi perhatian dan tidak terabai kerana mereka juga memerlukan bimbingan oleh guru yang sesuai, kreatif, berpengalaman dan mempunyai kegigihan yang tinggi. Di samping itu, guru juga terpaksa menerima bebanan tugas sampingan di sekolah. Jika dilihat guru LINUS di dalam kelas biasa agak sukar kerana mereka harus menyediakan dua rancangan pengajaran dan memastikan murid LINUS diajar mengikut tahap penguasaan masing-masing. Ini kerana murid di dalam kelas LINUS biasa mempunyai tahap keupayaan membaca dan menulis yang berbeza-beza berbanding di kelas pemulihan di mana muridnya dalam kalangan murid yang agak lemah dan pengajaran yang dirancang agak mudah untuk dilaksanakan. Di samping itu juga, bilangan murid di kelas pemulihan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan murid dikelas LINUS biasa; ini memudahkan guru memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Suasana di kelas pemulihan juga dilihat lebih kondusif dan selesa bagi murid untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran bahasa. Kemudahan bahan bantuan mengajar yang mudah diperoleh serta banyak disediakan di bilik pemulihan juga turut membantu guru pemulihan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cemerlang. Oleh hal yang demikian dapat dinyatakan di sini bahawa sememangnya terdapat perbezaan yang ketara dari pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan guru pemulihan. Cabaran yang lebih berat dan tekanan yang lebih hebat dirasakan oleh guru LINUS biasa berbanding guru pemulihan kerana terpaksa menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih pelbagai, terkawal dan menepati tahap keupayaan setiap murid yang berbeza potensinya. Namun

tidak dinaikan guru pemulihan harus mengajar murid yang jauh lebih lemah

berbanding dengan guru LINUS biasa. Justeru itu, murid di kelas pemulihan memerlukan lebih perhatian dan bimbingan untuk memastikan mereka dapat menguasai kemhiran literasi seiring dengan murid yang lain.

(9)

berkualiti. Penerapan nilai-nilai profesionalisme yang tinggi adalah penting untuk melahirkan guru yang terbaik.

Pengkaji telah melihat beberapa masalah yang telah timbul dalam kalangan guru yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran program LINUS; di antaranya ialah:

• Tekanan yang dihadapi oleh guru LINUS dalam memastikan murid

dapat menguasai tahap penguasaan literasi yang ditetapkan di dalam program LINUS.

• Perbezaan latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geograi serta sikap dan aspirasi murid memberi cabaran kepada guru

untuk mengenal pasti pendekatan yang terbaik kerana murid LINUS sering kurang minat, fokus dan keyakinan diri dalam mempelajari kemahiran asas literasi dalam Bahasa Melayu seterusnya mengakibatkan kelemahan dan ketidakupayaan membaca.

• Perbezaan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru yang mengajar

murid LINUS biasa dan guru pemulihan yang mengajar murid LINUS Tegar dari segi bilangan murid, suasana kelas, masa dan kemudahan sedia ada dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Faktor tekanan yang dihadapi oleh guru sudah menjadi satu permasalahan psikologi yang harus dapat dikawal oleh guru dalam memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan dapat mengawal emosi mereka. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Najeemah Mohd Yusof (2011) di dalam jurnal EDUCARE untuk pengajian pendidikan terdapat

perhubungan yang signiikan antara tekanan yang dihadapi oleh guru dengan

(10)

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baik amat penting dalam memastikan kejayaan penguasaan kemahiran literasi murid dalam pelajaran bahasa. Ia juga turut memberi kesan kepada murid dalam meningkatkan keupayaan membaca dan menulis jika guru dapat menggunakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang baik. Untuk menyokong dan memperkukuhkan lagi kertas kerja ini, kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian (2011) yang bertajuk Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar, juga menunjukkan bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar terus belajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa latihan bacaan tambahan dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid dengan M = 3.70, SP = 0.53 dan kaedah latih tubi yang dijalankan dengan kerap dalam bacaan dapat membantu sebutan serta kelancaran murid dalam bacaan M = 3.70, SP = 0.66. Murid-murid ini percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik M =3.60, SP = 0.54. Selain itu, faktor dorongan daripada guru, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat menjadikan suasana aktiviti membaca lebih berkesan dan bermakna kepada murid M = 3.54, SP = 0.72 (rujuk Jadual 1).

Jadual 1

Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Kemahiran Membaca

Bil Pernyataan Min Sisihan piawai

1 Latihan bacaan tambahan 3.70 0.53

2 Kaedah latih tubi 3.70 0.66

3 Aktiviti pengajaran yang menarik 3.60 0.54 4 Dorongan guru dan situasi yang menarik 3.54 0.72 5 Penggunaan bahan bantu mengajar 3.54 0.72

Walau bagaimanapun, responden berpendapat bahawa permasalahan dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu dapat diperbaiki dengan bantuan guru yang kreatif dan inovatif serta berusaha membina persekitaran yang kondusif dan memberikan motivasi agar murid terus belajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas M = 3.50, SP

(11)

latihan yang dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid M = 3.50, SP = 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan dengan M = 3.41,

SP = 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid agar terus belajar M = 3.24, SP = 0.90. (Rujuk Jadual 2).

Jadual 2

Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Kemahiran Menulis

Bil Pernyataan Min (M) Sisihan piawai (SP)

1 Pelbagai aktiviti menulis diadakan 3.50 0.68

2 Guru menyediakan latihan 3.50 0.82

3 Guru menyebut perkataan 3.41 0.89

4 Guru menggunakan bahan bantu mengajar

3.24 0.90

Secara keseluruhan, sebahagian besar responden yang bermasalah kemahiran asas menulis berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas, iaitu baca, tulis dan kira. Kelemahan tersebut menyebabkan murid tidak berminat untuk terus belajar serta memperbaiki kelemahan kemahiran walaupun mereka mempunyai potensi untuk berjaya setanding dengan rakan-rakan mereka yang dianggap pintar cerdas dan berkebolehan. Walau bagaimanapun, faktor guru yang kreatif dan iklim bilik darjah yang kondusif dapat melahirkan suasana pembelajaran yang merangsangkan minat murid. Selain itu, latihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid menjadikan murid sentiasa bermotivasi, bercita-cita dan menyemai keinginan untuk terus belajar sepanjang hayat.

Cadangan

(12)

dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan motivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Merujuk kepada Muhamad Hasan (2000), penggunaan media adalah alternatif yang baik untuk memberi kemudahan kepada guru dan murid untuk berkomunikasi. Perhubungan dua hala dapat menarik minat murid untuk bertindak balas seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Pihak pengurusan sekolah seharusnya berusaha secara lebih seimbang untuk mencapai matlamat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Persepsi guru tentang imej murid lemah yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang lebih pantas dalam penguasaan pembelajaran. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran membaca dan menulis dan melaksanakan kedua-dua kemahiran dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini.

Cara Mengatasi

• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan berkualiti oleh

(13)

• Semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan literasi bacaan Bahasa

Melayu murid Tahun 1 harus menyedari perbezaan status ekonomi sosial SES, gender, kepelbagaian kaum, bahasa ibunda dan juga pendapatan memerlukan pendedahan kemahiran literasi bacaan yang berbeza bagi setiap murid.

• Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KPM, 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan, oleh itu guru yang diamanahkan untuk mendidik harus menyedari kelebihan dan kekurangan murid dari segi latar belakang sosial dan kekuatan yang ada dalam diri murid untuk memastikan program LINUS berjaya.

• Penyediaan kemudahan bahan bantu mengajar yang menarik dan

pelbagai dari pelbagai sumber.

Kesimpulan

(14)

Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar. Komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

(15)

Rujukan

Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, & Chew Fong Peng. (2009). Reading comprehension of multiethnic literature in a multiethnic classroom: A case study of Malaysia. Universitas Muhammadiyah Purwokerto, 1(2), hlm. 119-128.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1.

Che Zanariah Che Hassan, & Fadzillah Abd Rahman. (2011, Mei). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 67.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Najeemah Mohd Yusof. (2011). Prinsip kepimpinan di sekolah dan tahap tekanan guru sekolah rendah di Malaysia. EDUCARE: International Journal for Educational Studies, 4(1).

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma.

Referensi

Dokumen terkait

Selain air, yang menyebabkan erosi pada tanah juga adalah penanaman, seperti penanaman pada lahan bertopografi miring, ditambah dengan curah hujan tinggi dan kondisi tajuk tanaman

i) Dokumentasi sejarah pembangunan sistem ketinggian di Negeri Sabah merangkumi aktiviti cerapan pasang surut air laut sejak tahun 1910, penubuhan jaringan penyegitigaan

Standar Nasional Pendidikan adalah kriteria minimal tentang sistem pendidikan di seluruh wilayah hukum Negara Kesatuan Republik Indonesia (PP Nomor 19 tahun

Dari analisis data penelitian menunjukkan adanya poin tertinggi yang diperoleh dari hasil menulis secara berantai (Estafet Writing) dengan kategori sangat baik,

“Kalau masalah sertifikasi halal itu di Bira sepertinya terkendala sama biaya, nah orang kan sangat sensitif sekali sama biaya yah jadi ketika para

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD

Atas dasar itulah mengapa penulis tertarik untuk meneliti lebih lanjut mengenai permasalahan dalam rangka menyelesaikan tugas akhir perkuliahan penulis tertarik

Artikel ini berargumen bahwa meskipun banyak pengamat meramalkan kemerosotan partai dakwah tersebut dalam Pemilu Legislatif 2014, ternyata citra negatif itu relatif tidak