• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GUR (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GUR (1)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GURU PRINSIP AKAUN YANG BERKESAN

Oleh: Zubedah Hanam bte. Mohd. Thani, Rusmina bte. Ismail dan Faizah bte. Ghazali

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap pengajran guru Prinsip Akaun yang berkesan. Ciri-ciri pengajaran yang berkesan dikaji dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran serta hubungan dan sikap guru terhadap pelajar. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun di sekolah sekitar Cheras dan Datuk Keramat. Soal selidik dihantar ke sekolah berkenaan dan data dianalisis menggunakan komputer. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan bagi menghasilkan pengajaran guru yang berkesan.

PENGENALAN

Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan, pengajaran dan

pembelajaran. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik boleh melaksanakan dengan berjaya pendidikan yang bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat

melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Guru ialah seorang “pengurus” kerana melaksanakan beberapa fungsi pengurusan dalam bilik darjah dalam melaksanakan kurikulum . Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi guru dengan pelajar. Hasil perhubungan ini akan menentukan sama ada guru boleh mengajar dan pelajar bersedia belajar. Oleh itu keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada bagaimana seseorang guru itu dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah pembelajaran pelajar.

Menurut Abdullah Hj. Omar(1980) sifat-sifat orang yang menjadi guru terbahagi kepada tiga golongan.

a) Guru yang sebenar-benarnya guru dalam ertikata ia adalah berdedikasi, suka dan

(2)

b) Guru yang bukan guru dalam ertikata ia tidak berminat dengan profesionnya. Ia

menjadi guru secara kebetulan dan menunggu peluang untuk melompat ke pekerjaan lain.

c) Guru yang kehilangan arah disebabkan kekecewaan dan masalah peribadi yang

tidak dapat diatasinya. Kedudukan golongan ini adalah antara (a) dan (b). Ia boleh berubah untuk menjadi golongan (a) atau (b) jika dia mahu.

Proses pemgajaran adalah kompleks. Pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat dan negara

PENYATAAN MASALAH

Seseorang pelajar itu akan berhadapan dengan guru bermula dari peringkat kanak-kanak hinggalah ia dewasa. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji, memujuk dan

memarahi pelajar-pelajarnya. Semua ini dilakukan oleh guru dalam masa berinteraksi dengan murid semasa menjalankan tugas pengajaranya dalam bilik darjah.

Para sarjana pendidikan berpendapat bahawa ciri-ciri personaliti guru seperti mudah dihubungi, riang, bertanggungjawab, jujur, bermoral dan sabar merupakan salah satu

pemboleh ubah yang penting yang mempengaruhi proses pembelajaran-pengajaran. Ini boleh menyenangkan atau memberi masalah kepada guru dalam menjalankan tugasnya.

Adalah diharapkan dengan kajian ini akan menghasilkan penemuan yang memberi jawapan sejauh manakah faktor-faktor yang dinyatakan benar dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.

TINJAUAN LITERATUR

J. Currie(1869) berpendapat kualiti perhubungan antara guru dan murid mempunyai kesan terhadap kesediaan murid mengambil bahagian dalam kelas. Ia berpendapat bahawa jika hubungan yang positif yang wujud antara guru dan murid akan membuat seseorang murid itu berusaha dan bekerjasama dengan guru.

Kepada seseorang murid peranan utama seorang guru ialah mengajar. Selalunya murid memerlukan penerangan yang jelas dari guru., kenyataan yang jelas tentang masalah pembelajaran serta bimbingan ke arah penyelesaian masalah.

(3)

Kajiannya mendedahkan tujuh faktor utama yang mendorong kepada keberkesanan

pengajaran seseorang guru iaitu berketerampilan, suasana pembelajaran yang tenteram, masa yang mencukupi, peralatan yang mencukupi, pengharagaan yang tinggi terhadap

pelajar,pengesanan kemajuan pelajarnya dan penyeliaan pengajaran yang berkesan.

Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach More Faster, pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang boleh meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.

Pembelajaran yang efektif hanya boleh berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat dan demokratik. Hasil pembelajaran ini akan mengubah tingkah laku murid akibat

penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Perkembangan seseorang murid itu merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ryans(1959) dalam satu kajiannya mendapati bahawa guru yang efektif ialah guru yang mempuyai sifat-sifat seperti adil, tanggungjawab, dinamik, terbuka, tegas, dedikasi, demokratik, pengetahuan yang mendalam dan perhubungan yang baik.

TUJUAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan banyak faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar di sekolah. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi sikap seseorang pelajar iaitu persekitiran, guru dan pelajar itu sendiri. Mengikut Mayfield(1976) Tamir(1876) dan Case (1980) terdapat berbagai strategi pengajaran di bilik darjah yang boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap pembelajaran dan pencapaian mereka.

Mengikut Medley(1982) keberkesanan seseorang guru itu boleh diukur dari perlakuan murid dan bukanya guru. Oleh itu prestasi seseorang guru itu merujuk kepada perlakuannya semasa ia mengajar dalam kelas.

Penemuan Waller(1932) mendapati bahawa guru yang berkesan hendaklah

mengekalkan “jarak sosial” daripada murid-muridnya. Ini boleh dihasilkan dengan mengadakan berbagai aktiviti yang bercorak intelektual.

Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang guru Prinsip Akaun dari aspek personaliti yang boleh menarik minat murid untuk belajar.

(4)

SOALAN KAJIAN

1. Sejauh manakah pelajar berminat pada mata pelajaran Prinsip Akaun?

2. Mengapakah pelajar Prinsip Akaun menghadiri kelas tuisyen?

3. Mengapakah pelajar Prinsip Akaun ponteng kelas?

4. Apakah persepsi pelajar Prinsip Akaun tentang pesonaliti guru-guru Prinsip Akaun yang

berkesan?

5. Apakah bentuk hubungan antara guru dengan pelajar yang mempengaruhi keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran?

6. Apakah persepsi pelajar Prinsip Akaun tentang sifat sahsiah guru Prinsip Akaun yang

berkesan?

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran guru Prinsip Akaun yang berkesan di sekolah menengah

Selain daripada itu kajian ini juga diharap dapat mengenal pasti:

1) Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun dari aspek personaliti yang boleh menarik minat

pelajar untuk belajar.

2) Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan sebelum memulakan pengajaran

3) Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan semasa pengajaran.

4) Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan di akhir pengajaran

5) Bentuk perhubungan antara guru dengan pelajar yang mempengaruhi keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran.

6) Sifat sahsiah guru yang mempengaruhi minat murid untuk belajar.

SIGNIFIKAN KAJIAN

Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pihak yang berkenaan mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Akaun . Kajian ini mengenal pasti ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru Prinsip Akaun supaya pelajar berminat untuk terus belajar.

Kajian ini akan membantu pelajar, guru dan pentadbir sekolah dalam menangani masalah pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Prinsip Akaun.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terhad kepada persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Prinsip Akaun sahaja. Skop kajian terbatas kepada sampel yang mewakili populasi yang kecil

(5)

ISTILAH

Berikut adalah istilah yang digunakan untuh memudahkan membaca dan memahami kajian ini.

1. Persepsi

Didefinisikan persepsi sebagai penanggapan,pencerapan atau sebagai satu cara untuk melahirkan tanggapan dan pengalaman.

2. Prinsip Akaun

Merujuk kepada simpan kira dan merupakan elemen dalam perakaunan yang diajar kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 disekolah menengah

3. Pelajar

Merujuk kepada pelajar-pelajr tingkatan 5 yang merupakan responden dalam soal selidik.

4. Keberkesanan

Merujuk kepada perubahan tingkah laku pelajar atau kemajuan hasil daripada pengajaran guru.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan menilai dan meninjau ciri-ciri yang berkesan terhadap

pembelajaran pelajar yang harus ada pada seseorang guru Prinsip Akaun. Empat aspek rekabentuk kajian terdiri daripada personaliti guru, perlakuan pengajaran guru sebelum , semasa dan selepas, hubungan pelajar dengan guru dan sikap sahsiah guru.

SAMPEL KAJIAN

Dalam pemilihan sampel, responden terdiri daripada murid-murid di sekolah kawasan Cheras dan Datuk Keramat. Rasionalnya sekolah ini dipilih kerana sekolah ini ialah sebuah sekolah harian dan dapat membekalkan sampel yang sahih kerana terdiri daripada berbagai peringkat kebolehan pelajar. Sebanyak 8 buah sekolah dan 600 responden telah dipilih dari Tingkatan Lima. Hanya 452 responden yang memulangkan soal selidik ini.

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen yang berbentuk soalselidik yang mengandungi dua bahagian iaitu:

1) Bahagian A untuk biodata pelajar.

2) Bahagian B merupakan penilaian pelajar terhadap ciri-ciri keberkesanan pengajaran guru

dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran, perhubungan guru-pelajar dan sahsiah guru. Jawapan untuk soal selidik berdasarkan kepada sekala berikut:

i) Amat Tidak Bersetuju (ATS)

(6)

iii) Setuju (S)

iv) Amat Setuju (AS)

Borang soal selidik ini diedarkan kepada murid-murid di sekolah yang berkenaan melalui guru-guru pelatih yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut.

PENGANALISAAN DATA

Data-data dianalisiskan dengan bantuan komputer. Analisis kekerapan dan peratusan setiap pemboleh ubah diperoleh dibentangkan dalam bentuk jadual.

4.1 . Latar Belakang Sampel

Bahagian A soal selidik dikhususkan kepada biodata pelajar dan minat terhadap mata pelajaran Prinsip Akaun.

Jadual 1 Kekerapan dan Peratus Responden mengikut jantina

Jantina Bilangan responden Peratusan (%)

Lelaki 153 33.8

Perempuan 299 66.2

Jumlah 452 100%

Berdasarkan Jadual 1 di atas bilangan responden lelaki seramai 153 orang atau 34% dan perempuan 299 orang atau 66%.

Jadual 2 Kekerapan dan peratusan responden yang berminat mata pelajaran Prinsip Akaun.

Minat Bilangan responden Peratus(%)

Berminat 393 86.9

Tidak berminat 59 13.1

Jumlah 452 100

Berdasarkan Jadual 2 seramai 393 orang atau 87% berminat belajar mata pelajaran Prinsip Akaun manakala 13% tidak berminat.

(7)

Tuisyen Bilangan responden Peratus(%)

Pergi 220 48.7

Tidak pergi 232 51.3

Jumlah 452 100

Dari Jadual 3 didapati bahawa seramai 220 atau 49% menghadiri kelas tuisyen dan 232 atau 51% tidak pergi kelas tuisyen.

Jadual 4 Kekerapan sebab responden menghadiri kelas tuisyen

Sebab-sebab menghadiri tuisyen Bilangan

responden

Peratus(%)

Pengajaran guru di sekolah tidak jelas 168 76.4

Pengajaran guru di sekolah tidak menarik 26 5.8

Ikut rakan sebaya 26 5.8

Jumlah 452 100

Berdasarkan Jadual 4, lebih 75% responden menyatakan pengajaran guru tidak jelas menjadi penyebab mereka menghadiri kelas tuisyen.

Jadual 5 Kekerapan responden yang ponteng kelas

Ponteng kelas Bilangan responden Peratus(%)

Ya 35 7.7

Tidak 417 92.3

Jumlah 452 100

Berdasarkan Jadual 5, hanya 35 responden atau 8% yang ponteng kelas dan 417 responden atau 92% yang tidak ponteng kelas

Jadual 6 Kekerapan sebab responden ponteng kelas

Sebab Ponteng kelas Bilangan responden Peratus(%)

Guru 26 75

Mata pelajaran 9 25

(8)

Berdasarkan Jadual 6, 75% daripada responden yang ponteng kelas disebabkan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

4.1 Personaliti guru

Dalam Bahagian B soal selidik soalan 1 hingga 14 dikhususkan kepada ciri-ciri personaliti guru yang memberi kesan kepada pengajaran.

Jadual 7 Ciri-ciri seorang guru yang diminati oleh pelajar

Ciri-ciri guru Tidak setuju Setuju

1 Berpakaian kemas 3.5% (16) 96.5% (436)

2 Cergas 12.6% (57) 87.4% (395)

3 Menepati masa 11.1% (50) 88.9% (402)

4 Ceria 10.9% (49) 89.1% (403)

5 Peramah 8.4% (38) 91.6% (414)

6 Mesra 12.8% (58) 87.2% (394)

7 Berjenaka 21.5% (97) 78.5% (355)

8 Garang 73.0% (330) 27.0% (122)

9 Penyayang 18.8% (85) 81.2% (376)

10 Perihatin 13.1% (59) 86.9% (393)

11 Penyabar 9.3% (42) 90.7% (410)

12 Rajin 9.3% (42) 90.7% (410)

13 Menghormati 9.7% (44) 90.3% (408)

14 Tegas 20.3% (92) 79.7% (360)

Nota: Angka-angka dalam kurungan menunjukkan kekerapan

Daripada Jadual 7 didapati lebih 85% responden menyatakan guru Prinsip Akaun yang berkesan adalah guru yang berpakaian kemas dan menepati masa, ceria peramah dan mesra. Seramai 330 orang responden atau 73% tidak berminat guru Prinsip Akaun yang garang dan 27% bersetuju bahawa guru mestilah garang dalam kelas. Meski pun demikian hanya 80% bersetuju bahawa seseorang guru itu mestilah berpersonaliti tegas.

4.3. Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun sebelum memulakan pengajaran.

Jadual 8 Ciri-ciri guru sebelum memulakan pengajaran

(9)

1 Guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap isi pelajaran

99.6% (450) 0.4%

(2) 2 Guru meluangkan masa untuk berbincang

menyelesaikan sesuatu masalah

96.0% ((434)

4.0% (18) 3 Guru perlu mengetahui tahap kemampuan

pelajar

97.0% (440)

3.0% (12) 4 Guru perlu mengetahui tahap kemahiran pelajar 96.0%

(435)

4.0% (17) 5 Guru mesti mempunyai fikiran dan pandangan

terbuka

95.0% (430)

5.0% (22)

Berdasarkan Jadual 8, lebih dari 95% responden berpendapat seseorang guru Prinsip Akaun mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, mengetahui tahap kemahiran dan kemampuan pelajar serta mempunyai pandangan terbuka dan dapat meluangkan masa menyelesaikan sesuatu masalah sebelum memulakan pengajaran.

4.4 Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun semasa pengajaran

Jadual 9 Ciri-ciri seorang guru semasa pengajaran

Ciri-ciri TidakSetuju Setuju

1 Suara guru mestilah jelas dan boleh didengar oleh pelajar

1.8% (8)

98.2% (444)

2 Guru boleh menghidupkan suasana pengajaran supaya pelajar tidak bosan

5.0% (23)

95.5% (429)

3 Bahasa yang mudah untuk difahami 3.7%

(17)

96.3% (435)

4 Guru hendaklah melibatkan pelajar dengan aktif 9.5% (43)

90.5% (409)

5 Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran 6.0% (27)

94.0% (425)

6 Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar

10.2% (46)

89.8% (406)

7 Guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar yang tidak faham

1.6% (7)

98.4% (445)

8 Guru perlu mempelbagai tugasan atau aktiviti supaya pembelajaran menyeronokkan

14.4% (65)

(10)

9 Guru hendaklah merancang pengajarannya. 2.5% (11)

93.5% (441)

10 Guru hendaklah selalu memberi galakan 4.2%

(19)

95.8% (433)

11 Guru hendaklah memberi ransangan kepada pelajar 5.3% (24)

94.7% (428)

12 Guru mesti menggunakan alat bantu mengajar. 20.5% (93)

79.5% (359)

Daripada Jadual 9, didapati lebih dari 95% responden menyatakan suara guru mestilah jelas serta dapat menghidupkan suasana pengajaran yang tidak membosankan. Sembilan puluh empat peratus daripada responden menghendaki guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di samping itu lebih dari 95% guru perlu memberi bimbingan serta memberi galakan kepada pelajar.

4.5 Ciri-ciri guru Prinsip Akaun di akhir pengajaran

Jadual 10 Ciri-ciri seorang guru di akhir pengajaran

Cir-ciri Tidak setuju Setuju

1 Guru memeriksa dan menanda latihan yang diberikan kepada pelajar

8.0% (36)

92.0% (416) 2 Guru membuat rumusan dan kesimpulan terhadap

apa yang diajar

7.0% (32)

93.0% (420) 3 Pengajaran yang disampaikan dapat menimbulkan

minat pelajar

6.4% (29)

92.6% (423) 4 Guru mesti menjawab soalan pelajar dan memberi

jawapan yang memuaskan.

3.1% (14)

96.9% (438)

Berdasarkan Jadual 10, lebih dari 90% daripada responden berpendapat bahawa guru mesti memeriksa latihan pelajar , merumuskan apa yang diajar dan menjawab soalan pelajar dengan memuaskan supaya pengajaran dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar.

4.6 Hubungan guru dengan pelajar

Jadual 11 Ciri-ciri hubungan guru dengan pelajar

(11)

1 Guru memberikan keyakinan dan harapan kepada pelajar untuk terus berjaya

4.7% (21)

95.3% (431) 2 Guru memberikan dorongan dan galakan kepada

pelajar supaya berusaha dengan gigih

4.7% (21)

95.3% (431) 3 Guru menggalakkan persaingan yang positif di

kalangan pelajar

8.6% (39)

91.4% (413) 4 Guru menghargai pendapat dan pandangan pelajar 4.5%

(20)

95.5% (432) 5 Guru tidak mengancam untuk mendenda pelajar 19%

(86)

81% (366)

Dalam hubungan guru dengan pelajar adalah didapati 96% atau 432 responden mendapati guru seharusnya menghargai pendapat dan pandangan pelajar, sementara 81% meminati guru tidak mengancam untuk mendakwa pelajar.

4.7 Sikap guru (sifat sahsiah)

Jadual 12 Ciri-ciri sikap dan sahsiah guru

Ciri-ciri Tidak setuju Setuju

1 Guru perlu bersikap adil dan timbang rasa 1.3% (6)

98.7% (446) 2 Guru tidak seharusnya berleter atau marah-marah 11.3%

(51)

88.7% (401) 3 Guru tidak seharusnya mencari kesalahan pelajar 34.1%

(154)

65.9% (298) 4 Guru tidak seharusnya menyindir atau

memperkecilkan pelajar

6% (27)

94% (425) 5 Guru memberi pujian untuk jawapan yang betul 10.4%

(47)

89.6% (405) 6 Guru tidak membezakan pelajar dalam kelas 5.7%

(26)

94.3% (426) 7 Guru mestilah bersikap adil terhadap setiap orang

pelajar

1.8% (8)

98.2% (444) 8 Guru mestilah bertimbang rasa dengan menunjukkan

simpati di atas kelemahan pelajar

8.6% (39)

(12)

Daripada Jadual 12, didapati lebih 95% responden bersetuju bahawa sesorang guru itu perlu bersikap adil terhadap setiap pelajar dan lebih 90% berpendapat guru mestilah tidak membezakan pelajar dalam kelas dan guru tidak seharus menyindir atau memperkecilkan pelajar.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Dari aspek personaliti, dapatan yang telah dianalisis menunjukkan responden menghendaki ciri-ciri personaliti guru yang berpakaian kemas, peramah,penyabar, rajin, perihatin , menghormati murid dan yang paling tidak diminati oleh pelajar adalah guru yang garang.

Dari aspek perlakuan pengajaran guru yang berkesan sebelum memulakan pengajaran ialah di mana hampir semua responden mahukan guru yang mempunyai pengetahuan mendalam terhadap isi pelajaran supaya guru dapat memberi penerangan dengan jelas dan mudah difahami murid. Bagi masalah kaedah pengajaran yang sesuai guru mestilah tahu akan tahap kemampuan dan kemahiran pelajar-pelajarnya. Ramai responden yang setuju bahawa guru perlu meluangkan masa dan berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah dari latihan yang diberi oleh guru sebagai latihan di rumah. Guru mestilah memastikan bahawa murid-muridnya telah mencuba latihan itu di rumah dan sama-sama menyelesaikan masalah itu daripada bergantung sepenuhnya kepada jawapan guru

Semasa pengajaran seorang guru Prinsip Akaun yang berkesan seharusnya mempunyai suara yang jelas yang boleh didengar oleh setiap pelajar dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Guru juga perlu merancang pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Guru yang mengajar dengan kaedah pengajaran yang menarik dengan menggunakan alat bantuan mengajar akan membuat pelajar seronok untuk belajar.

Ciri pengajaran guru yang berkesan pada akhir pengajaran pula ialah pengajaran yang

disampaikan dapat menimbulkan minat pelajar. Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajarinya akan menunjukkan pencapaian yang tinggi. Di akhir pengajaran guru mestilah membuat rumusan dan kesimpulan terhadap apa yang telah diajar. Disamping itu guru juga dikehendaki menjawab soalan pelajar dan memberi jawapan yang memuaskan.

(13)

Penemuan dari kajian ini tentang sifat sahsiah guru pula mendapati responden memerlukan guru bersifat adil terhadap setiap pelajar dengan tidak membezakan pelajar dan

bertimbangrasa dengan menunujukkan simpati di atas kelemahan pelajarnya. Guru juga tidak seharusnya mencari kesalahan pelajar dan menyindir atau memperkecilkan pelajarnya. Disamping itu juga guru harus memberi pujian kepada pelajar yang beri jawapan yang betul sebagai motivasi untuk pelajar minat belajar. Ramai juga pelajar yang tidak suka guru yang suka berleter atau marah-marah tanpa sebab. Guru yang mempunyai sikap yang positif akan memberi kesan terhadap pelajarnya.

Secara keseluruhannya seseorang guru yang baik adalah yang dapat menguasai isi kandungan pelajaran dengan baik. Apabila seseorang guru mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, beliau akan lebih berkeyakinan semasa pengajaran dan dapat

menyampaikannya dengan baik. Persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran juga merupakan satu faktor yang penting yang dapat mempengaruhi kualiti pengajaran guru.

Aspek pengurusan masa merupakan satu lagi aspek penting yang perlu diberi perhatian. Guru hendaklah sentiasa menepati masa. Guru perlu peruntukkan sedikit masa untuk sesi

perbincangan, tidak kira sama ada untuk membincangkan masalah yang timbul dari kerja rumah yang diberikan atau pun masalah yang ujud semasa sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas.

Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan dapat menarik perhatian jika suara jelas dan tegas, sentiasa cergas dan ceria. Guru juga perlu tegas dengan pelajar tetapi bukannya garang. Cara guru berpakaian juga hendaklah kemas dan sesuai dengan personaliti seorang pendidik.

Seseorang guru tidak seharusnya membezakan pelajar di dalam kelas. Guru mestilah bersikap adil dan bertimbangrasa terhadap setiap pelajar dalam semua perkara. Guru seharusnya jangan suka menyindir atau memperkecilkan kebolehan pelajar, sentiasa mencari kesalahan pelajar dan suka berleter kerana semua ini akan membuatkan pelajar bosan dan membenci guru.

Guru perlu menyediakan pelbagai peluang untuk mengembangkan potensi individu

(14)

Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar. Perhubungan yang baik boleh mewujudkan persefahaman, humur kemesraan dan perkembangan sahsiah yang sihat. Apabila perhubungan ini wujud maka pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar.

Referensi

Dokumen terkait

1. Sering tidak terkontrolnya keluar masuknya barang. Dikarenakan pengendalian internal yang dilakukan longgar. Hal ini menyebabkan saldo persediaan di gudang dan catatan tidak

1. Komunikator dalam menyampaikan pesan adalah pimpinan dari Program Larasita yang secara langsung terlibat dalam mensosialisasikan program larasita terhadap masyarakat

Penyerapan tenaga kerja merupakan jumlah tertentu dari tenaga kerja yang digunakan dalam suatu unit usaha tertentu atau dengan kata lain penyerapan tenaga kerja adalah jumlah

Hasil aktivitas antibakteri ekstrak etanol daun labu siam terhadap pertumbuhan bakteri Porphyromonas gingivalis menunjukkan hasil dengan terbentuknya zona bening disekitar

Conclusion: The results of the study found various risk factors that contribute to the occurrence of green tobacco sickness including the level of education, the duration

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena

Hasil kegiatan observasi yang dilakukan pada tahap I, II, dan III menjukkan bahwa kemampuan guru Akidah Akhlak di MTs Negeri Kota Palopo dalam meyusun RPP