• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI YUSUF DI DALAM AL-QURAN [PROTECTION OF INJURY THROUGH THE STORY OF THE PROPHETS OF YUSUF IN THE QURAN]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN MELALUI KISAH NABI YUSUF DI DALAM AL-QURAN [PROTECTION OF INJURY THROUGH THE STORY OF THE PROPHETS OF YUSUF IN THE QURAN]"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

43

PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN

MELALUI KISAH NABI YUSUF DI DALAM AL-QURAN

[PROTECTION OF INJURY THROUGH THE STORY OF THE PROPHETS

OF YUSUF IN THE QURAN]

ROSMALIZAWATI AB RASHID rosma@unisza.edu.my

1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

ABSTRACT

Yusuf 'alaihissalam, a prophet who was endowed with various facets invites a long story mentioned in the Quran, even immortalized as a surah name containing one hundred and eleven verses. It is not a common story to be mentioned by Allah Taala unless there are various doctrines hidden in it. Beginning with his family story, thrown into the woods, confronting the slanderous women around him until he was appointed a ruler, the Quran does not always translate his sad life simply to explain to the people that this story is very important to be exemplary and more so as we go through the last days of this world. In line with the human capital development that is being sought in teaching and learning in Malaysia, the Prophet Joseph exemplified a great personality and became a role model for the people, especially for the youth and male leaders in society, and for the general public. Thus, through a library study, this article explores identity formation through the story of the Prophet Joseph by examining the controversial books of the story and taking into account contemporary issues to be considered in order for the discussion to be a contribution to the treatment of social well-being is being faced by society today.

Keywords: Yusuf 'Alaihissalam, Self, Human Capital, Quranic Story, Maudhui Interpretation

ABSTRAK

Yusuf ‘alaihissalam, seorang nabi yang dikurniakan kelebihan dari segi paras rupa mengundang kisah yang panjang disebut di dalam al-Quran, bahkan diabadikan sebagai nama surah yang mengandungi seratus sebelas ayat. Bukanlah suatu kisah yang biasa sekiranya disebut oleh Allah Taala melainkan terdapat pelbagai iktibar yang terselit di dalamnya. Bermula dari kisah beliau bersama keluarga, dibuang ke dalam hutan, berhadapan dengan fitnah wanita-wanita di sekelilingnya sehingga dilantik menjadi penguasa, al-Quran tidak putus-putus menterjemahkan kehidupan suka-duka beliau semata-mata untuk menjelaskan kepada umat bahawa kisah ini sangat penting untuk dijadikan sebagai teladan apatah lagi ketika mengharungi dunia akhir zaman ini. Bertepatan lah dengan pembangunan modal insan yang cuba diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini, Nabi Yusuf menonjolkan keperibadian yang unggul dan menjadi satu role-model kepada umat terutamanya kepada remaja dan pemimpin-pemimpin lelaki di dalam masyarakat, dan kepada seluruh umat secara

(2)

44

amnya. Oleh yang demikian, melalui kajian perpustakaan, artikel ini mengupas pembentukan jati diri menerusi kisah Nabi Yusuf dengan menelusuri kitab-kitab tafsir yang membahaskan berkenaan kisah tersebut dan mengambil kira isu-isu masyarakat masa kini untuk dikaitkan agar perbincangan menjadi satu sumbangan dalam merawat kebejatan sosial yang sedang dihadapi oleh masyarakat masa kini. Kata kunci: Yusuf ‘Alaihissalam, Jatidiri, Modal Insan, Kisah al-Quran, Tafsir Maudhui.

PENGENALAN

Kisah Nabi Yusuf merupakan kisah yang selalu disebut-sebut bahkan dijadikan bahan perbincangan umat dari dahulu sampai sekarang. Yusuf ‘alaihissalam merupakan anak kepada nabi Yaakub alaihissalam dan cucu kepada nabi Ishaq alaihissalam dan cicit kepada nabi Ibrahim alaihissalam. Beliau adalah anak yang ketujuh daripada dua belas orang anak nabi Yaakub. Beliau merupakan anak yang sangat disayangi oleh bapanya. Allah mengurniakan kepadanya rupa paras yang cantik, serta ilmu pengetahuan tentang tafsir mimpi, diberikan pemerintahan di Mesir dan akhlak serta budi pekerti yang mulia (Et. Al, t.th).

Surah Yusuf dipilih kerana padanya mengandungi teladan yang sangat bermanfaat terutamanya dalam merawat penyakit-penyakit hati dan masalah sosial yang berlaku pada masa kini. Pada surah ini diceritakan tentang perjalanan hidup Nabi Yusuf sejak kecil sehingga beliau diangkat menjadi nabi dan pemerintah.

Apabila sesuatu kisah disebut di dalam al-Quran bermakna ada hikmah dan mesej yang sangat penting untuk dihayati. Ia bukan berkisar tentang apakah nama isteri penguasa Mesir yang menggoda nabi Yusuf, bukan juga menjadikan ia sebagai kiasan perumpamaan pasangan yang bahagia, antara nabi Yusuf dan yang dikenali sebagai Zulaikha. Ini kerana semua ini bukanlah bersandar kepada nas-nas yang disebut di dalam Quran dan hadith. Bahkan bukan juga menjadi kepentingan bagi al-Quran untuk merakamkan perkara tersebut (Ahmad Najib, t.th).

Mesej yang ingin disampaikan lebih dari itu, iaitu sebagai role-model kepada umat Islam, menjadi contoh dalam pembentukan personaliti yang hebat, menjadi teladan di dalam setiap detik peristiwa yang disebut di dalam al-Quran. Allah Taala berfirman: “wahai Muhammad, sebutkan kepada umatmu dalam ceritamu tentang kisah nabi Yusuf A.S ketika ia berkata kepada ayahnya Ibn Ishaq, bin Ibrahim A.S.

Sebagaimana dikatakan imam Ahmad dari Ibn Umar, Nabi Muhammad SAW ketika ditanya tentang peribadi nabi Yusuf, ini jawapan beliau:

لا نبا يمركلا نبا يمركلا نبا يمركلا اولوقف يمركلا نم ليق اذإ

.ملاسلا هيلع ميهاربإ نب قاحسإ نب بوقعي نب فسوي يمرك

“Orang yang mulia, putera orang mulia, putera orang yang mulia, putera orang yang mulia; Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim.”

(Surah Yusuf 4: 142)

LATAR BELAKANG SURAH YUSUF

Surah ini termasuk di dalam surah makkiyah, mengandungi seratus sebelas ayat. Menurut al-Suyuti, di dalam satu riwayat dikemukakan bahawa setelah sekian lama ayat-ayat al-Quran diturunkan

(3)

45

kepada nabi dan dibacakan kepada sahabat, mereka berkata:” ya Rasulullah, bagaimana pula jika tuan bercerita kepada kami?” maka Allah menurunkan ayat ini (surah al-Zumar: 23) sebagai penjelasan bahawa Allah telah menurunkan sebaik-baik cerita (al-Sayuti, 1982).

Menurut Ibnu Abi Hatim, para sahabat berkata lagi, “ya Rasulullah, bagaimana pula jika tuan mengingatkan kami?” lalu Allah turunkan ayat ini (surah al-Hadid:16) sebagai peringatan bahawa terdapat banyak ayat yang telah diturunkan oleh Allah agar mereka taat dan patuh kepadaNya.(diriwayatkan oleh al-Hakim dan yang lainnya daripada Saad bin Abi Waqqas) (al-Sayuti, 1982).

Manakala di dalam riwayat yang lain pula para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana jika tuan menceritakan sesuatu kepada kami”. Lalu Allah menurunkan ayat ini (surah Yusuf: 3) sebagai penjelasan bahawa di dalam al-Quran telah terdapat kisah-kisah yang baik untuk dijadikan teladan kepada orang mukmin. (diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Ibn Abbas. Diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada Ibn Mas’ud) (al-Sayuti, 1982).

Sayyid Qutb di dalam tafsirnya, fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa surah Yusuf ini diturunkan sesudah surah Hud, ketika Rasulullah SAW berhadapan dengan tahun dukacita, iaitu ketika kematian dua orang kesayangan baginda, Abu Talib dan Khadijah, dan ketika di antara Baiat Aqabah pertama dan Aqabah kedua. Pada waktu ini baginda SAW dan kaum muslimin keluar berdakwah. Oleh yang demikian, surah ini menjadi satu-satunya surah yang diturunkan pada masa tersebut, sebagai hiburan dan pengajaran kepada baginda SAW (Qutub, 1982).

Sehubungan dengan itu, Allah mengungkapkan keindahan kisah ini di dalam kalamNya:

               



Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya.(surah Yusuf (12): 3).

Sayyid Qutub menyatakan bahawa ketika rasulullah SAW berhadapan dengan ujian ini, Allah menceritakan kepada baginda kisah saudaranya yang juga mulia iaitu Yusuf A.S, pernah ditimpa ujian sejak beliau masih kecil, berhadapan dengan tipu daya saudaranya sendiri, berhadapan dengan fitnah wanita dan tuduhan yang berat sehingga dipenjarakan. Namun, semua itu tidak memutuskan semangatnya untuk terus mengharap perlindungan dari Allah, memohon diberikan kekuatan dan berakhir dengan kebaikan terhadap diri dan agamanya (Qutub, 1982).

RINGKASAN KISAH NABI YUSUF MENURUT AL-QURAN

Kisah ini bermula dengan mimpi Nabi Yusuf yang ditafsirkan oleh ayahandanya bahawa beliau akan menjadi seorang yang ditinggikan darjatnya oleh Allah Taala, lalu beliau dinasihatkan oleh ayahnya agar merahsiakan perkara tersebut kerana dibimbing apabila diketahui oleh saudara-saudaranya akan menyebabkan mereka iri hati dan melakukan sesuatu terhadap nabi Yusuf (Surah Yusuf 12: 4-5)

Seterusnya Allah menceritakan tentang perancangan saudara-saudara Yusuf untuk membunuh Yusuf ataupun membuangnya jauh dari pandangan bapanya. Ini kerana mereka merasakan bapanya tidak adil dalam membahagikan kasih sayang antara mereka. Oleh sebab itu, jika Yusuf dipinggirkan

(4)

46

sudah pasti perhatian bapanya akan beralih kepada mereka. Perancangan ini diteruskan dengan membawa Yusuf keluar bermain di hutan dengan alasan mereka dapat menjaganya dengan baik. Setelah itu, mereka membuang Yusuf di dalam sebuah sumur (telaga) yang lama di dalam hutan seterusnya membawa perkhabaran bahawa adiknya itu telah dibaham serigala (Surah Yusuf 12: 7-18) Namun, Yusuf telah pun diberitahu oleh Allah Taala bahawa beliau akan diselamatkan. Sekumpulan pengembara melalui kawasan tersebut untuk mendapatkan air, namun menemui Yusuf yang berada di dalam perigi tersebut. Kerana keelokan paras rupanya membuatkan mereka membawa pulang Yusuf untuk dijual. Janji Allah untuk memelihara Yusuf terlaksana apabila beliau dibeli oleh seorang pembesar Mesir pada waktu itu, yang disebut di dalam al-Quran sebagai al-Aziz. Ketika dibawa pulang beliau berpesan kepada isterinya agar menjaga Yusuf dengan baik (Surah Yusuf 12: 19-22).

Walau bagaimanapun, Yusuf berhadapan dengan ujian seterusnya apabila beliau disukai oleh isteri pembesar tersebut dan cuba untuk memujuknya melakukan maksiat. Namun, kerana keimanan yang teguh pada Allah dan menghormati al-Aziz sebagai majikannya, Yusuf menolak ajakan tersebut sehingga terjadi perebutan di antara mereka yang menyebabkan baju Yusuf koyak dari belakang. Tatkala al-Aziz meminta penjelasan, isterinya menuduh Yusuf yang mengajak untuk melakukan maksiat namun Yusf menafikan. Sebagai bukti, baju Yusuf yang koyak dari belakang membuktikan bahawa Yusuf tidak bersalah. Walaupun demikian, untuk menyembunyikan aib yang berlaku, al-Aziz mengarahkan agar Yusuf dihantar ke penjara (Surah Yusuf 12: 23-29).

Peristiwa ini tidak terhenti setakat itu, kerana tohmahan dari wanita-wanita lain menyebabkan isteri al-Aziz memanggil mereka untuk melihat sendiri ketampanan Yusuf di dalam satu majlis. Oleh kerana terpegun dengan ketampanan Yusuf membuatkan mereka memotong tangan mereka dengan pisau yang digunakan untuk memotong epal.1 Ibn Kathir merujuk kepada pernyataan imam Abul Qasim al-Suhaili tentang rupa Yusuf, “ Yusuf mempunyai separuh dari keelokan Adam A.S, kerana Allah menciptakan Adam dengan tanganNya dalam bentuk yang paling sempurna dan paling baik, dan tidak ada seorang pun dari keturunannya yang menyamai keelokannya, lalu Yusuf diberi sebahagian dari keelokan Adam A.S (Surah Yusuf 12: 30-32).

Kerana fitnah yang tidak berakhir ini, Yusuf memilih untuk berada di penjara agar dapat memelihara dirinya dari ditimpa fitnah. Ibn Kathir menyebut bahawa beliau dipenjarakan kerana tersebar cerita tentang perbuatan isteri al-Aziz terhadap Yusuf yang mana boleh mengaibkan keluarga tersebut (Ibn Kathir, t.th).

Ujian di penjara semakin menampakkan kebenaran Yusuf apabila beliau berhadapan dengan dua orang lagi tahanan yang lain yang bertanya kepadanya tentang maksud mimpi mereka. Di sinilah bermula dakwah nabi Allah Yusuf ketika beliau terbukti mampu mentafsirkan mimpi dan dalam masa yang sama berjaya memulakan dakwahnya kepada orang-orang sekelilingnya (Surah Yusuf 12: 32-42).

Rentetan daripada peristiwa itu, ketika raja mencari orang yang boleh mentafsirkan mimpinya, menyebabkan nabi Yusuf diperkenalkan dan beliau ternyata mampu memberikan tafsiran terhadap mimpi raja tersebut. Kerana kebaikan, keperibadian unggul yang ditonjolkan oleh nabi Yusuf membuatkan raja menjemputnya untuk menjadi penasihat terutamanya yang berkaitan dengan kewangan. Namun, nabi Allah Yusuf meminta agar namanya dibersihkan dan mendapatkan pengakuan dari mereka yang menuduhnya agar kebenaran dapat ditegakkan (Surah Yusuf 12: 42-55).

Lanjutan dari peristiwa yang berlaku, ketika musim kemarau ini, saudara-saudaranya kembali ke Mesir memohon bantuan. Kesempatan di ambil oleh nabi Yusuf untuk mengambil adik bongsunya,

(5)

47

bunyamin agar beliau dapat menceritakan perkara yang sebenar. Oleh kerana helah ini membuatkan mereka menyedari kesilapan dan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan. Setelah itu, keluarga ini kembali bersatu dan bapanya kembali melihat kerana mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada nabi Yusuf (Surah Yusuf 12: 56-111).

IKITIBAR KISAH NABI YUSUF DALAM PEMBENTUKAN JATIDIRI INSAN Sabar Dan Positif Membuahkan Ganjaran.

Allah Taala sentiasa mengingatkan hambaNya agar sentiasa bertakwa dan seiring dengan ketakwaan itu adalah bersikap sabar, setiap kesukaran dan penderitaan sekiranya dihadapi dengan tabah dan sabar selalunya akan dibalas dengan kejayaan dan kesenangan. Allah menyebut di dalam firmanNya:                         

Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(surah al-Zumar (39):10).

Seorang mukmin yang percaya kepada takdir, tidak sepatutnya merasa kecewa dan berkcil hati apabila ditimpa musibah, orang mukmin mesti menerima dengan penuh kesabaran dan tawakkal. Kesabaran nabi Yusuf terbukti menghasilkan ganjaran kebaikan, ketika beliau mengucapkan kepada ayahandanya, tatkala mereka kembali bersatu, Allah menceritakan:

                                                  

Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah Dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. dan Sesungguhnya ia telah melimpahkan kebaikan kepadaKu ketika ia mengeluarkan daku dari penjara; dan ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(surah Yusuf (12): 100.

(6)

48

Hikmah Ujian Menetapkan Iman

Qaradhawi ketika membahaskan tentang sabar, ia merupakan keperluan manusia seluruhnya, apatah lagi bagi ahli iman – lebih khusus lagi lantaran mereka terdedah kepada kesusahan dan ujian, juga cabaran terhadap harta benda mereka, juga kemuliaan yang ada di sisi mereka. Sebagaimanan hukum alam, musuh –musuh mereka akan sentiasa merencana yang buruk terhadap mereka, menipudaya dan menunggu untuk menghancurkan mereka. Demikianlah Allah menjadikan Iblis musuh kepada nabi Adam dan musuh-musuh seterusnya bagi setiap nabi (Qaradhawi Yusuf, 1997). Demikian berlaku kepada nabi Allah Yaakub, ketika kehilangan Yusuf, anak kesayangan, yang memiliki sifat-sifat yang disenanginya sehingga menimbulkan kecemburuan di hati anak-anaknya yang lain. Namun, apabila mendapat perkhabaran tersebut, beliau tetap bertahan dan bersabar serta mengharapkan redha dari Tuhannya. Firman Allah SWT:

                    



(setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa Yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). jika demikian, Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, Mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaKu. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(surah Yusuf (12): 83).

Sabar Di Kala Kesedihan Sifat Orang Beriman

Yusuf al-Qaradhawi, menjelaskan tentang keadaan nabi Yaakob ketika berhadapan dengan ujian yang kedua, apabila beliau sekali lagi kehilangan anaknya iaitu Bunyamin. Namun kesedihan beliau ini diselangi dengan kerinduan dan menyempitkan dadanya sehingga mengalir airmata menahan kesedihan dan dirakamkan di dalam al-Quran bahawa beliau merintih menyatakan dukacita kerana ujian tersebut (Qaradhawi, 1977). Namun kesedihannya dihalakan kepada pengaduannya kepada Allah Taala tanpa mengeluh mahupun mempersoalkan ujian tersebut. Firman Allah Taala:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, Yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan Yang mendalam (memahami ugamanya).

(surah Shad (38): 45).

Pada ketika ini juga, kesabaran Nabi Yusuf juga teruji, sejak kecil melalui tipudaya saudara-saudaranya , seterusnya dipisahkan dari keluarga, berhadapan dengan fitnah dunia dan tuduhan yang hina, pastinya ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui. Namun, di sebalik ujian tersebut, Allah memberikan kebaikan dan ketinggian darjatnya.

Al-Qaradhawi menceritakan tentang imam al-Syafie ketika ditanya: manakah yang lebih utama bagi orang mukmin, dia dipuji atau diberi jawatan dan kedudukan? Lalu beliau menjawab: bukankah terjadinya pemberian kedudukan itu setelah mereka diuji? Lalu beliau merujuk kepada kisah ini sebagai iktibar (Qaradhawi, 1977).

Berpegang Kepada Syariat Menjamin Keberkatan Hidup

Satu ujian yang getir terpaksa dilalui oleh Nabi Yusuf adalah ketika beliau berhadapan dengan seorang wanita cantik yang merayu untuk bermesra dengannya. Allah Taala menceritakan:

(7)

49                                                                     

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya Dengan suami perempuan itu di muka pintu. tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): tidak ada balasan bagi orang Yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan Dia atau dikenakan azab Yang menyiksanya". Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya Dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang Yang dusta.(surah Yusuf (12): 24-26).

Allah SWT ingin menunjukkan kepada kita ketinggian peribadi yang ada pada nabi Yusuf, keteguhan jiwanya membuktikan beliau berada di dalam penjagaan Allah. Jelas daripada perkataan beliau yang beliau dapat menguasai dirinya kerana rahmat Allah, menolak ajakan isteri majikannya kerana takutkan Allah dan sikap berpegang pada amanah, tidak sanggup mengkhianati majikannya. Menurut al-Razi, nabi Yusuf itu suci dari kecenderungan kepada nafsu kerana beliau adalah nabi, yang dipelihara dari segala maksiat (Al-Razi,t.th). Fadhal Abbas, ketika mengulas perkara ini menyebut bahawa Allah Taala memberikan kebaikan kepada nabi Yusuf A.S dan pemeliharaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, maka adalah mustahil Allah membiarkan beliau terjatuh di dalam maksiat (Abu Abbas, t.t). Demikian juga disebutkan di dalam buku “Lessons From the Stories of the Quran” bahawa nabi Yusuf memiliki pandangan mata hati yang merasakan keberadaan Allah di mana-mana membuatkan beliau terpelihara dari ajakan tersebut (Ali Musa, t.t).

Namun, ujian ini mahal harganya. Akibat penolakan tersebut beliau rela dipenjarakan demi mempertahankan keluhuran budinya, keteguhan jiwanya dan kemurnian jiwanyanya. Allah menceritakan rintihan nabi Yusuf:

                 



Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya".(surah Yusuf (12):33).

(8)

50

Sikap yang diambil oleh nabi Yusuf membuktikan bahawa beliau tetap mempertahankan kebenaran yang ada pada pihaknya dan sanggup berhadapan dengan risiko yang bakal diambil. Sikap ini merupakan salah satu cirri yang ada dalam membentuk jatidiri. Sebagaimana dinyatakan di dalam buku Jatidiri Penggerak Perubahan, Norman Vincent merujuk kepada sikap yang membawa kepada kejayaan adalah apabila seseorang itu berani berterus terang dan menerima akibat dalam mempertahankan prinsipnya (Barbara Bartocci, 1997).

Bahkan Nabi SAW pernah bersabda: Ada tujuh orang yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. Mereka itu adalah: Pemimpin (imam) yang adil, pemuda yang hidup (tumbuh) untuk beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terpaut dengan masjid, jika keluar darinya pasti kembali ke sana lagi, dan orang yang saling mencintai kerana Allah ketika berhimpun ataupun ketika berpisah, orang yang bersedekah secara diam-diam sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, seorang yang dirayu oleh wanita yang berkedudukan tinggi, cantik jelita tetapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah dan seorang lagi yang sentiasa berzikir kepada Allah (ketika bersendirian) sehingga kedua airmatanya berlinang (Al-Bukhari, t.th).

Allah menegaskan di dalam firmanNya:

                



(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(surah al-Baqarah (2):112).

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini di dalam kitab-nya, Tafsir al-Quran al-Azim: (ayat ini) menjelaskan, “Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat) ia tidak diterima (oleh Allah). (Ibn Kathir, t.t).

Imam Tantawi ketika merujuk kepada ayat ini menyatakan bahawa kerana sifat konsisten yang ada pada nabi Yusuf, akhlak yang mulia, kesabaran yang tinggi dan berpegang kepada amanah membuatkan beliau meminta agar namanya dibersihkan dari segala tuduhan (Tantawi, t.th)

Berani Adalah Kekuatan Tersembunyi

Satu perkara yang jelas ada pada Nabi Yusuf adalah beliau yang diuji sejak kecil, bertahan dan melaluinya dengan sabar, mampu menjadi seorang pemuda yang bermanfaat kepada umat. Beliau yang ditakdirkan oleh Allah menjadi nabi, bukan sekadar ingin menonjolkan sifat kenabian yang ada pada beliau, namun al-Quran juga ingin memaparkan peranan seorang pemuda yang patut dicontohi oleh generasi muda pada hari ini.

Kekuatan jatidiri yang ada pada beliau terbukti apabila beliau meminta agar segala fitnah yang dilemparkan kepadanya dibersihkan sebelum beliau dikeluarkan dari penjara. Walau beliau sebenarnya boleh dikeluarkan dengan permintaan dari pemerintah pada waktu itu, namun untuk

(9)

51

mempertahankan kebenaran dan membuktikan bahawa beliau berada pada pihak yang benar, beliau meminta agar tuduhan yang dilemparkan kepadanya disiasat dan ditentukan kebenarannya.

Oleh yang demikian, pemerintah meminta penyaksian dari mereka yang menuduh termasuklah isteri majikannya dan wanita-wanita bangsawan pada masa itu. Sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran:                                                                                         

Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" bawalah Dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: kembalilah kepada tuanmu kemudian Bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan Yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha mengetahui tipu daya mereka". Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" mereka menjawab: JauhNya Allah dari Segala cacat cela, Kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), Akulah Yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang benar. "(Pengakuanku) Yang demikian supaya ia Mengetahui, Bahawa Aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir (bersama di sini); dan Bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang Yang khianat."Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ardis Whitman mengungkapkan di dalam tulisannya tentang kekuatan yang tersembunyi, beliau menyebut orang yang mampu mempamerkan contoh teladan adalah mereka yang mempunyai kekuatan yang tersembunyi, lalu kekuatan itu dimaksimumkan untuk mencipta diri sendiri. Orang yang berwibawa menurut beliau tidak hanya bermanfaat untuk dirinya bahkan dimanfaatkan untuk orang lain (Barbara, 1997).

Keteguhan Iman Dan Takwa

Dr Danial menyebut bahawa antara tips menjadi cemerlang adalah apabila seseorang itu mempunyai keteguhan iman dan takwa. Ini kerana seseorang yang teguh imannya, tidak akan goyah dengan ujian di dunia, sentiasa meletakkan kebergantungannya kepada Allah dan berjalan di atas muka bumi dengan penuh keyakinan (Danial Zainal Abidin, 2008). Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT:

(10)

52                                 dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(surah al-Thalaq: 2-3). Kesinambungan dari sifat taqwa ini juga membuatkan nabi Yusuf memaafkan perbuatan orang-orang yang mengkhianatinya serta menfitnahnya tanpa ada rasa dendam. Beliau merasakan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali dan menyerahkan segala urusannya kepada Allah. Sifat hasad yang ada pada saudaranya mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut, namun bagi nabi Yusuf, sifat tersebut adalah berpunca dari bisikan syaitan kepada mereka agar mengkhianatinya. Di dalam kata-katanya yang dinukilkan ketika bertemu semula dengan bapanya, beliau menyebut, “dan ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku.

Di dalam tulisan Ahmad M. Raba disebutkan bahawa sifat hasad yang ada pada saudara Yusuf membuatkan mereka mempunyai motif yang kuat untuk melakukan kejahatan terhadap Yusuf, dan ini menjadi sebab bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu perkara terhadap orang yang tidak pernah berbuat jahat terhadapnya (Ahmad M. Raba, 2001).

Seterusnya, kerana takwa jugalah yang membentuk peribadi nabi Yusuf sebagai seorang yang sentiasa berdoa kepada Tuhannya dalam setiap kejadian yang menimpa dirinya. Ketika ditimpa musibah, beliau mengadu kepada Tuhannya: sama sahaja kepadanya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.

Orang Yang Berilmu Mampu Membentuk Personaliti Yang Hebat

Allah Taala telah menetapkan bahawa Yusuf akan diangkat menjadi nabi, menjadi insan yang ditinggikan martabatnya. Oleh yang demikian, Allah mengurniakannya ilmu dan hikmah sebagai bekal perjalanan, bahkan menundukkan hati sesiapa yang menemuinya untuk berbuat baik kepada beliau. Untuk itu, Allah menetapkan beliau dijual kepada penguasa kerajaan pada waktu itu sebagaimana firmanNya:                                   

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah Dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan

(11)

53

Dia anak". dan Demikianlah caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. dan Allah Maha Kuasa melakukan Segala perkara Yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Surah Yusuf (12):21).

Dapat kita simpulkan di sini, Allah telah membentuk personaliti yang hebat pada nabi Yusuf dengan kehebatan ilmunya dalam mentafsir mimpi bahkan kerana darjatnya sebagai seorang nabi.

Seorang yang mempunyai ilmu, tidak sekadar memanfaatkan ilmu untuk dirinya, namun juga menggunakan ilmu tersebut sebagai jalan untuk berdakwah. Ini dapat dilihat dari tuturcara percakapan nabi Yusuf ketika diminta oleh rakan sepenjara untuk mentafsirkan mimpinya:

         

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang Tuhan Yang bercerai-berai itukah Yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?

Sebelum mentafsirkan mimpi yang ditanya kepadanya, beliau mengajukan pertanyaan untuk menyampaikan dakwah kepada rakannya tentang keesaan Tuhan. Beliau menerangkan kepada rakannya bahawa Tuhan manusia sekalian alam adalah Allah itu lebih baik dari memuja dan menyembah tuhan yang berbagai, lalu dikuatkan lagi pernyataan tersebut dengan hujah akal, sebagaimana Allah menceritakan:

                            

Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.(surah Yusuf (12): 37).

Louay Fatoohi, di dalam bukunya “The Prophet Joseph: in the Quran, the Bible and the History” ketika menjelaskan ayat ini menyatakan:

“Joseph clearly purposefully started off his sermon by mentioning that “no food comes (in due course) as sustenance for you but I will inform you of its kind before it comes to you”. In order to tell the two men that this and all other kinds of knowledge that he had were favours conferred on him by his Lord: “that is of what my Lord has taught me”. He then told them that this knowledgeable Lord is ‘Allah’.” (Fatoohi, 2005).

Sehubungan dengan itu, dapat kita lihat bahawa nabi Yusuf menggunakan ilmunya untuk kebaikan diri dan umatnya, bukan sebagai alat melepaskan diri dari kesusahan namun bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki. Sayyid Qutub melihat peranan Nabi Yusuf di dalam

(12)

54

menyebarkan dakwah walau berada di penjara ini adalah satu contoh yang perlu dipraktikkan oleh semua umat Islam. (Qutub, 1977).

Berperancangan Dan Tidak Berputus Asa

Gambaran sikap berperancangan dapat dilihat dari strategi yang digunakan oleh Nabi Yusuf bermula dari saat beliau mempamerkan keperibadian yang mulia, memulakan dakwah kepada rakan sepenjara, dengan cara menggunakan hujah akal agar dapat memberi peluang kepada rakannya untuk berfikir. Lanjutan dari peristiwa itu juga, Nabi Yusuf sempat berpesan kepada rakan yang dibebaskan itu agar menyebarkan tentang perbualan mereka kepada orang ramai terutamanya kepada penguasa agar kelebihan yang ada pada beliau diketahui. Sudah pasti tindakan ini bukan kerana untuk meraih populariti, bukan pula untuk menunjuk-nunjuk akan tetapi bertujuan untuk meneruskan misinya sebagai nabi. Bahkan, beliau juga mengetahui bahawa pada masa akan datang negerinya ini akan berhadapan dengan musim kemarau yang memerlukan kepada sumbangan beliau dalam hal tersebut. Setelah berhasil mentafsirkan mimpi raja tersebut, beliau mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil agar tindakan tersebut memberikan penyelesaian yang terbaik (Al-Hulaysi, 1995). Di dalam firmanNya:                                           

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Di dalam buku Hidup Berperancangan disebutkan bahawa antara watak dan keperibadian yang ada pada seseorang yang berperancangan ialah, mereka berani mempertahankan pendirian dan keyakinan, cinta kepada kebenaran adalah satu hal yang mutlak. Oleh kerana watak dan keperibadian yang tinggi ini menjadi unsur yang penting dalam menentukan untuk mencapai prestasi dan kejayaan dalam segala bidang kehidupan (anon, 2000).

Menerusi kata-kata Nabi Yaakub tentang usaha mencari anaknya, Yusuf juga merupakan sikap yang perlu diambil iktibar di mana beliau menasihati anak-anaknya agar terus mencari nabi Yusuf dan tidak berputus asa. Di dalam firmanNya:

(13)

55                       Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".(surah Yusuf (12): 87).

KESIMPULAN

Dari perbahasan tadi, dapat kita simpulkan bahawa, untuk membentuk jatidiri yang hebat ia memerlukan kepada pemuda yang tahan diuji, mampu melalui ujian-ujian keperitan hidup dengan penuh kesabaran. Dengan adanya ujian, manusia akan menjadi lebih berdaya tahan, meneguhkan keimanan, dan mampu berdiri dengan sendiri untuk membina kejayaan.

Melalui kesabaran yang ditonjolkan oleh Nabi Yusuf, dalam berhadapan permusuhan dan iri hati saudara-saudaranya, tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan. Bahkan beliau berani mengatakan yang benar, walau terpaksa menentang orang yang menjaganya sebagaimana berlaku di antara beliau dan isteri majikannya.

Tidak dinafikan juga, hasutan dan bisikan syaitan menjadi punca kepada ikatan sesuatu persaudaraan akan menjadi retak. Ini dapat dilihat daripada peristiwa sauda-saudara Nabi Yusuf sanggup membuangnya hanya kerana hasad. Hasad dengki adalah kesan daripada dendam. Daripada al-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian". Nabi bersabda lagi; ""Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."2

Rentetan dari kisah Nabi Yusuf ini juga menggambarkan kepada kita hubungan di antara penguasa dan rakyat ketika mana pemerintah pada masa itu menerima nasihat yang datang dari Nabi Yusuf walaupun beliau tidak mengetahui bahawa orang tersebut adalah nabi. Oleh kerana sifat ini juga menyebabkan krisis makanan dapat di atasi dan dilalui dengan sebaiknya. Dari sini, dapat kita simpulkan bahawa untuk menjamin kebaikan pada sesuatu tamadun, ia memerlukan kepada rakyat, iaitu mereka yang ikhlas dalam memberi nasihat kepada pemerintah, menyatakan yang benar tanpa mempunyai apa-apa kepentingan. Generasi seperti ini akan melahirkan umat yang cemerlang dan tamadun yang disegani.

Sayyid Qutub menyebut di dalam tafsirnya bahawa kisah nabi Allah Yusuf ini menggambarkan sebuah contoh yang sempurna bagi manhaj Islam dalam menyampaikan cerita secara teoritis, sebagaimana kesempurnaan manhaj ini dalam menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan hati dan jiwa, kepercayaan, pendidikan dan langkah-langkah kehidupan.

Demikian juga menurut Harun Yahya, hanya mereka yang memiliki hikmah sahaja yang mneyedari bahawa dirinya sedang diuji, dan mereka akan berjaya mengharungi ujian ini juga kerana menggunakan hikmah yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, seorang mukmin tidak boleh menyangka bahawa dia akan masuk syurga hanya dengan mengucapkan, ‘saya percaya.

(14)

56

Begitu juga apabila dibandingkan kisah ini dengan kisah yang disebutkan di dalam Bible, terdapat perbezaan yang jelas di mana Bible hanya merujuk kepada nabi Yusuf sebagai seorang manusia biasa, menggambarkan nabi Yusuf juga mempunyai keinginan terhadap isteri al-Aziz dan pelbagai tafsiran yang berbeza di antara satu versi dengan versi yang lain. Hakikat ini berbeza dengan al-Quran di mana Allah mengangkat nabi Yusuf sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang sangat mulia, berani menyatakan kebenaran bahkan dipelihara dari segala maksiat dan kejahatan.

Sepanjang perjalanan hidup nabi Yusuf ini, Allah menceritakan dan menggambarkan kepada kita agar diambil iktibar, perjuangan meneruskan hidup hanya akan diterajui oleh mereka yang mempunyai jatidiri yang kuat, bersandarkan kepada keteguhan iman, menelusuri cara hidup yang bersyariat, ikhlas kerana Allah dan sentiasa berada di atas petunjukNya. Demikianlah iktibar yang seiring dengan zaman dan akan sentiasa kekal mukjizatnya hingga ke akhir zaman. Maka benarlah kata-kata Allah sebagai penutup surah ini:

                        

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.(surah Yusuf (12):111). Dengan al-Quran, kita mengharapkan rahmat dari Allah untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Moga kita termasuk di dalam kalangan mereka yang mengambil iktibar, mereka yang bahagia di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Alu Syaikh, Abdullah bin Muhammad. (2006). Lubab al-Tafsir min Ibn Kathir. Edisi terjemahan: M. Abdul Ghafar E.M. Jakarta: Pustaka Imam Syafie.

Fatoohi, Louay. (2005). The Prophet Joseph in the Quran, the Bible and the History. KL: Islamic Book Trust.

Alia, N.Athar,(1993). Propehets: Models for Humanity. USA: KAZI Publications.

Ahmad Sarji Abdul Hamid, Et. Al. (2008). Amalan Pendekatan Islam Hadhari. KL: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Harun yahya (2003). The Moral Values of the Quran. New Delhi: Goodword Books PVT. LTD. Qaradhawi, Yusuf. (1992). Sabar Dalam Islam. Ed. Terjemahan Ramli Awang. Johor Bharu: Bismi

Publishers.

Pusat Penyelidikan Islam. (1989). Ayat-ayat Dialog Nabi-nabi Dalam al-Quran. KL: Jabatan Perdana Menteri.

(15)

57

Hidayatullah mohd Syarif Aziz.(2008). Doa-doa Taubat Para Nabi. KL: Pustaka Ilmi.

Muhajir, Ali Musa Raja. (1976). Lessons from the Stories of the Quran. Lahore: SH Muhammad Ashraf.

Ahmed M. Raba (2001). Major Personalities in the Quran. KL: A.S Noordeen.

Batocci, Barbara. Et. Al. (1997). Jatidiri Penggerak Perubahan. Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

___________, (2000). Hidup Berperancangan. KL: Ciptaan Jiwa Seni Sdn. Bhd.

Husayn, Abd Qadir. (1994). Drama al-Hasad wa al-Gharizah Kisah Yusuf AS. Cetakan Pertama, Kaherah: Arabian Gulf Est.

Abu Abbas, Muhammad Ali (t.t). Yusuf alaihissalam Baina Makr al-Ikhwah wa Kayd al-niswah fi Kitab mafatih al-Ghaib li al-Razi. Arab Saudi: Maktabah al-Sai.

Al-Hulaysi, Nawwaf. (1995).al-Manhaj al-Iqtisodi fi al-Takhtit al-Nabi Yusuf alaihissalam. Kaherah: Dar al-Kutub al-Qaumiyyah.

Rasyid Redha. (1982). Tafsir al-Manar. Cetakan Kedua, Juz: 12, Beirut: Dar al-Ma’rifat. Qutb, Sayyid. (1982). Fi Zilal al-Quran. Kaherah: Dar al-Sayrq.

Al-Wahidi, Abu hasan Ali bin Ahmad. (1991). Asbab al-Nuzul. Arab Saudi: Dar al-Islah. Abbas, Fadhal Hassan.(2000). Qasas al-Quran al-Karim. Jordan: Dar al-Furqan.

Referensi

Dokumen terkait

Kode Barang Asal-usul Cara Nomor Bahan Nomor Register Merk / Type Ukuran /cc Nama Barang /.

Peserta wajib mengenakan pakaian berwarna putih dan rok/celana panjang berwarna hitam/gelap serta tidak diperkenankan mengenakan jeans

Tokoh masyarakat di Wilayah Puskesmas Rawasari berperan dengan memotivasi ibu balita ke posyandu dan tokoh masyarakat di Puskesmas Olak Kemang dengan memberikan arahan

Hal tersebut menyebabkan petugas tidak mengetahui kegiatan penyelidikan epidemiologi yang dilaksanakan instansi lain, sebagai contohnya petugas surveilans Puskesmas

Berdasarkan Tabel 4 diatas, dapat diketahui besarnya pengaruh Motivasi Kerja terhadap Kinerja Karyawan di Perum BULOG Divre Jabar ditunjukan oleh koefisien determinasi

Maksud dari Penyusunan Rencana Kerja Satuan Polisi Pamong Praja Kabupaten Pesisir Selatan ini adalah untuk mengetahui dan mendokumenkan perencanaan dalam kurun waktu satu

merupakan tradisi musyrik, sehingga tidak sedikit dari masyarakat yang perlahan- lahan meninggalkan tradisi ini, namun pada dasarnya tradisi ini merupakan tradisi

Kabupaten Kediri sebagai sentra in- dustri tapioka selama ini mengalami ke- kurangan ubi kayu karena adanya penurunan produktivitas dan luas areal panen. Hal ini