• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dalam Kehendak-kehendak ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Dalam Kehendak-kehendak ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 101 BAB 1 TAKRIF DAN TAFSIRAN

BAHAGIAN A – TAKRIF 1.01 Takrif

Dalam Kehendak-kehendak ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

penerimaan masuk ertinya penerimaan masuk sekuriti ke dalam Pasaran LEAP Bursa dan “diterima masuk” akan ditafsirkan dengan sewajarnya.

penasihat berhubung dengan sesuatu perbadanan tersenarai, ertinya – (a) seorang Penasihat;

(b) seorang penasihat kewangan, peguam, akauntan, penilai, atau mana-mana orang lain yang diambil berkhidmat oleh sesuatu perbadanan tersenarai untuk memberikan nasihat atau perkhidmatan profesional berhubung dengan sesuatu perkara yang dikawal oleh Kehendak-kehendak ini; atau

(c) mana-mana orang lain yang, bertindak atas sifat seorang penasihat, mengemukakan, menyerahkan atau menzahirkan sesuatu permohonan, pekeliling atau apa-apa dokumen lain kepada Bursa bagi pihak sesuatu pemohon atau perbadanan tersenarai.

Penasihat ertinya sama ada seorang Penasihat Yang Diluluskan atau Penasihat Berterusan, atau kedua-duanya, yang didaftarkan dalam Daftar Penasihat.

Tempoh Nasihat ertinya tempoh yang disebut dalam Kaedah 3.12.

pindaan berhubung dengan sesuatu dokumen atau maklumat, termasuk apa-apa tambahan, potongan, ubah suaian atau ubahan mana- mana bahagian dokumen atau maklumat tersebut dan

“dipinda” akan ditafsirkan dengan sewajarnya.

pemohon ertinya sesuatu perbadanan yang memohon penerimaan masuk sekuritinya.

Penasihat Yang Diluluskan ertinya seseorang Penasihat yang dibenarkan oleh Bursa untuk menjalankan aktiviti penyenaraian permulaan dan juga aktiviti selepas penyenaraian.

sekutu berhubung dengan mana-mana orang (disebut sebagai “Pihak Tersebut”), ertinya seseorang yang tergolong di bawah mana- mana satu kategori berikut:

(a) seorang anggota keluarga Pihak Tersebut;

(b) seorang pemegang amanah sesuatu amanah (selain seorang pemegang amanah bagi sesuatu skim syer untuk pekerja atau skim pencen) yang di bawahnya

(2)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 102 Pihak Tersebut atau seorang anggota keluarga Pihak Tersebut ialah benefisiari tunggal;

(c) seorang atau jika ia merupakan suatu pertubuhan perbadanan, pengarahnya, yang sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan Pihak Tersebut;

(d) seorang atau jika ia merupakan suatu pertubuhan perbadanan, pengarahnya, yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuannya Pihak Tersebut sudah

biasa atau

berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak;

(e) suatu pertubuhan perbadanan yang pengarah, pemegang syer atau anggota keluarga Pihak Tersebut berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada 20% daripada undi yang terikat dengan syer mengundi pada pertubuhan perbadanan itu; atau

(f) suatu syarikat pemegang atau subsidiari Pihak Tersebut, atau suatu subsidiari syarikat pemegang Pihak Tersebut.

juruaudit ertinya seseorang juruaudit yang didaftarkan sebagai juruaudit berdaftar atau diiktiraf sebagai juruaudit yang diiktiraf di bawah seksyen 31O Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

Lembaga Pemantauan Audit ertinya lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

Bank Negara Malaysia ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawak Akta Bank Negara Malaysia 2009.

tarikh tutup buku ertinya masa dan tarikh tertentu yang ditetapkan oleh sesuatu perbadanan tersenarai bagi tujuan menentukan hak untuk menerima dividen, kepentingan, sekuriti baru atau pengagihan lain atau hak pemegang sekuritinya.

pertukaran ahli lembaga pengarah sesuatu perbadanan tersenarai

ertinya sesuatu pertukaran dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pemerolehan dalam -

(a) sekurang-kurangnya separuh daripada keahlian lembaga pengarah perbadanan tersenarai itu; atau (a) sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian

lembaga pengarah perbadanan tersenarai itu, termasuk ketua eksekutif.

ketua eksekutif berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya pegawai eksekutif utama perbadanan pada masa ini, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, dan sama ada atau tidak dia merupakan seorang pengarah.

(3)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 103 CMSA ertinya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Akta Syarikat ertinya Akta Syarikat 2016.

Penasihat Berterusan ertinya seseorang Penasihat yang dibenarkan oleh Bursa untuk menjalankan aktiviti selepas penyenaraian sahaja.

pemegang syer mengawal ertinya mana-mana orang yang, atau sekumpulan orang yang secara kolektif, berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, lebih daripada 33% daripada syer mengundi atau hak mengundi dalam sesuatu perbadanan (atau apa-apa peratusan lain sebagaimana yang ditetapkan dalam Kod Pengambilalihan dan Percantuman termasuk mana-mana pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa, sebagai tahap untuk memulakan sesuatu tawaran umum mandatori) atau yang akan dapat mengawal keanggotaan majoriti lembaga pengarah perbadanan tersebut.

sekuriti boleh tukar ertinya sekuriti yang boleh ditukar atau boleh dijalankan di bawah terma-terma penerbitannya, kepada syer.

perniagaan teras ertinya perniagaan yang memberikan sumber utama bagi hasil operasi atau keuntungan selepas cukai kepada sesuatu perbadanan dan yang merangkumi aktiviti utama perbadanan itu dan syarikat subsidiarinya.

perbadanan mempunyai erti yang diberikan dalam seksyen 2(1) CMSA.

pendeposit ertinya sesuatu pemegang akaun sekuriti yang diwujudkan oleh Depositori.

Depositori ertinya Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd.

pengarah mempunyai erti yang diberikan dalam seksyen 2(1) CMSA.

Bursa ertinya Bursa Malaysia Securities Berhad.

Syarikat Pemegangan Bursa ertinya Bursa Malaysia Berhad.

terbitan terkecuali mempunyai erti yang diberikan dalam seksyen 226 CMSA.

pakar termasuklah seorang jurutera, penilai, akauntan dan mana- mana orang lain yang profesion dan reputasinya memberi kewibawaan kepada suatu pernyataan yang dibuat olehnya.

(4)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 104 keluarga berhubung dengan seseorang, ertinya seseorang yang

tergolong dalam mana-mana satu kategori berikut:

(a) suami atau isteri;

(b) ibu bapa;

(c) anak termasuk anak angkat dan anak tiri;

(d) adik, abang atau kakak; atau

(e) suami atau isteri orang yang disebut dalam sub- Kaedah (c) atau (d) di atas.

penasihat atau pakar bebas ertinya seorang penasihat atau pakar yang bebas daripada pengurusan dan lembaga pengarah pemohon atau perbadanan tersenarai yang melantiknya dan bebas daripada apa-apa perniagaan atau hubungan lain yang boleh mengganggu penjalanan pertimbangan bebas oleh penasihat atau pakar tersebut.

aktiviti penyenaraian permulaan ertinya aktiviti yang dinyatakan dalam Bahagian D Bab 4 yang boleh diusahakan oleh seorang Penasihat Yang Diluluskan berhubung dengan penerimaan masuk sesuatu pemohon ke dalam Pasaran LEAP menurut Bab 3.

tersenarai ertinya diterima masuk ke dalam Pasaran LEAP Bursa dan tidak dikeluarkan, dan “penyenaraian” akan ditafsirkan dengan sewajarnya.

perbadanan tersenarai ertinya sesuatu perbadanan yang sekuritinya atau mana-mana kelas sekuritinya telah diterima masuk ke dalam Pasaran LEAP dan tidak dikeluarkan.

syarikat bersekutu utama atau

subsidiari utama ertinya sesuatu syarikat bersekutu atau subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyumbangkan 70% atau lebih daripada keuntungan sebelum cukai atau jumlah aset yang digunakan oleh perbadanan tersenarai itu atas dasar penyatuan.

Untuk tujuan takrif ini, “syarikat bersekutu” mempunyai erti yang diberikan kepada “sekutu” di bawah piawaian perakaunan yang diterbitkan atau diterima pakai oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

pemegang syer utama ertinya seseorang yang mempunyai kepentingan sebanyak 10% atau lebih daripada jumlah bilangan semua syer mengundi dalam sesuatu perbadanan.

Untuk tujuan takrif ini, “kepentingan” hendaklah mempunyai erti “kepentingan dalam syer” yang diberikan dalam seksyen 8 Akta Syarikat.

hari pasaran ertinya mana-mana hari yang padanya pasaran saham Bursa dibuka untuk perdagangan dalam sekuriti.

(5)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 105 aset bersih merujuk kepada aset bersih yang boleh dikaitkan dengan

pemegang ekuiti biasa perbadanan tersenarai.

tawaran untuk jualan ertinya sesuatu pelawaan oleh, atau bagi pihak, seseorang pemegang sekuriti sedia ada untuk membeli sekuriti perbadanan yang telah diterbitkan atau diumpukkan.

rakan kongsi berhubung dengan pengarah, pemegang syer utama atau orang yang berhubungan dengan pengarah atau pemegang syer utama itu, ertinya seseorang yang tergolong dalam mana- mana satu kategori berikut:

(a) seseorang yang dengannya pengarah, pemegang syer utama atau orang yang berhubungan dengan pengarah atau pemegang syer utama itu, mengikat atau bercadang untuk mengikat perkongsian.

“Perkongsian” untuk tujuan ini merujuk kepada suatu

“perkongsian” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Perkongsian 1961 atau “perkongsian liabiliti terhad” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b) seseorang yang dengannya pengarah, pemegang syer utama atau orang yang berhubungan dengan pengarah atau pemegang syer utama itu, telah mengikat atau bercadang untuk mengikat usaha sama, sama ada diperbadankan atau tidak.

orang termasuklah sekumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan (termasuk sesuatu amanah).

orang yang berhubungan berhubung dengan seorang pengarah atau pemegang syer utama sesuatu pemohon atau perbadanan tersenarai, ertinya seorang sekutu atau rakan kongsi pengarah atau pemegang syer utama itu.

aktiviti selepas penyenaraian ertinya aktiviti yang dinyatakan dalam Bahagian E Bab 4 yang boleh diusahakan oleh seorang Penasihat Berterusan dalam pemberian nasihat atau panduan kepada perbadanan tersenarai mengenai penerusan obligasi penyenaraiannya.

penganjur termasuk pemegang syer mengawal, orang yang berhubungan dengan pemegang syer mengawal dan pengarah eksekutif yang merupakan pemegang syer substansial sesuatu pemohon atau perbadanan tersenarai.

orang awam ertinya semua orang tetapi tidak termasuk -

(a) pengarah sesuatu pemohon dan subsidiarinya;

(b) pemegang syer substansial sesuatu pemohon; dan (c) sekutu pengarah atau pemegang syer substansial

sesuatu pemohon.

(6)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 106 Rekod Pendeposit-pendeposit ertinya rekod yang diberikan oleh Depositori kepada sesuatu

perbadanan tersenarai di bawah Bab 24.0 Kaedah-kaedah Depositori.

daftar ertinya daftar anggota yang hendaklah disimpan menurut Akta Syarikat.

Daftar Penasihat ertinya daftar yang disenggarakan oleh Bursa untuk Pasaran LEAP yang menyatakan semua orang yang telah diluluskan untuk bertindak sama ada sebagai seorang Penasihat Yang Diluluskan atau seorang Penasihat Berterusan oleh Bursa menurut Bab 4 Kehendak-kehendak ini dan kelulusan tersebut belum dibatalkan atau digantung.

pihak yang berkaitan ertinya pengarah atau pemegang syer utama pemohon atau perbadanan tersenarai atau orang yang berhubungan dengan pengarah atau pemegang syer utama tersebut. Untuk tujuan takrif ini, “pengarah” dan “pemegang syer utama” mempunyai erti yang diberikan dalam Kaedah 7.02.

Kaedah-kaedah Depositori ertinya Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd., termasuk apa-apa pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Kaedah-kaedah Bursa ertinya Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Securities Berhad termasuk apa-apa pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

SC ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

sekuriti mempunyai erti yang diberikan dalam seksyen 2(1) CMSA.

perubahan yang signifikan dalam

haluan perniagaan atau dasar berhubung dengan suatu perbadanan tersenarai ertinya - (a) sesuatu perolehan aset yang sebegitu sehingga mana-

mana satu nisbah peratusan ialah 100% atau lebih, kecuali jika aset yang akan diperoleh adalah dalam sesuatu perniagaan yang serupa dengan perniagaan teras perbadanan tersenarai itu;

(b) sesuatu perolehan aset yang menyebabkan perubahan dalam pemegang syer mengawal perbadanan tersenarai itu;

(c) sesuatu perolehan aset yang menyebabkan perubahan dalam lembaga pengarah perbadanan tersenarai itu; atau

(d) sesuatu aktiviti penstrukturan semula yang melibatkan pemindahan status penyenaraian perbadanan tersenarai itu dan pengenalan aset baru kepada perbadanan yang satu lagi.

Untuk tujuan takrif ini, “nisbah peratusan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah 7.02.

(7)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 107 pelabur sofistikated ertinya mana-mana orang yang tergolong dalam mana-mana

kategori pelabur yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 6 atau Bahagian I Jadual 7 CMSA.

pemegang syer substansial mempunyai erti yang diberikan dalam seksyen 136 Akta Syarikat.

Kod Pengambilalihan dan Percantuman

ertinya Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan Percantuman 2016 dan Kaedah-kaedah mengenai Pengambilalihan, Percantuman dan Pengambilan Paksa 2016, termasuk apa-apa pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Kehendak-kehendak ini ertinya Kehendak-kehendak Penyenaraian Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad termasuk apa-apa pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN B – TAFSIRAN 1.02 Tafsiran

(1) Melainkan jika ditakrifkan sebaliknya dalam Kehendak-kehendak ini atau melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat, apabila digunakan dalam Kehendak-kehendak ini, mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Syarikat.

(2) Selain daripada perkara di atas, istilah dan ungkapan lain tertentu juga telah ditakrifkan dalam Bab-bab masing-masing. Takrif tersebut hanya terpakai berkenaan dengan Bab-bab masing- masing yang dalamnya takrif itu terkandung.

1.03 Kuasa sampingan dll. Bursa

Jika mana-mana peruntukan Kehendak-kehendak ini memberikan kuasa, membenarkan atau membolehkan Bursa melakukan atau menguatkuasakan perlakuan apa-apa perbuatan atau perkara, Bursa mempunyai semua kuasa atau hak yang perlu untuk atau semunasabahnya bersampingan dengan perlakuan atau penguatkuasaan perbuatan atau perkara itu oleh Bursa.

1.04 Jantina

Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, perkataan yang menunjukkan jantina termasuk semua jantina.

1.05 Mufrad dan jamak

Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, perkataan yang menunjukkan nombor mufrad termasuk nombor jamak dan begitu juga sebaliknya.

1.06 Tajuk

Tajuk dan tajuk kecil dalam Kehendak-kehendak ini dimasukkan untuk kemudahan rujukan sahaja.

1.07 Lampiran

Lampiran hendaklah dianggap, dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian yang penting Kehendak- kehendak ini.

(8)

Sebagaimana pada 1 September 2018 Halaman 108 1.08 Rujukan

(1) Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, rujukan kepada Kaedah, Bahagian dan Bab hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Kaedah, Bahagian dan Bab Kehendak-kehendak ini.

(2) Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, rujukan kepada Lampiran hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Lampiran Kehendak-kehendak ini.

(3) Rujukan kepada peruntukan statut dan perundangan kecil termasuklah peruntukan tersebut sebagaimana yang dipinda atau digubal semula dari semasa ke semasa.

(4) Rujukan kepada statut dan perundangan kecil termasuklah mana-mana penggabungan, penggantian atau semakannya.

[Akhir Bab]

Referensi

Dokumen terkait

“tarikh ditetapkan” berhubungan dengan mana-mana sekuriti ditetapkan, ertinya tarikh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan oleh suatu bursa saham di bawah

(6) Penerbit mesti mengumumkan harga laksana, nisbah pengubahan, atau harga panggilan yang diselaraskan (dalam hal persijilan bull/bear boleh panggil), dan terma penting lain waran

(g) tidak terlibat dalam apa-apa transaksi dengan Perbadanan tersebut dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Bursa, atau kini bukan seorang rakan kongsi, pengarah atau

(o) transaksi antara subsidiari penerbit tersenarai (“subsidiari bertransaksi”) dan orang lain yang tidak ada hubungan lain yang berminat kecuali untuk pihak yang berkaitan

(g) tidak terlibat dalam apa-apa transaksi dengan Perbadanan tersebut dalam hal kedaan yang ditentukan oleh Bursa, atau kini bukan seorang rakan kongsi, pengarah atau

(2) Pemohon, penerbit tersenarai, syarikat pengurusan, pengurus pemegang amanah atau penasihat, atau pengarah pemohon atau penerbit tersenarai mesti menanggung rugi sepenuhnya

(3) Sekiranya penerbit tersenarai menyedari atau mempnyai apa-apa alasan untuk mempercayai bahawa ia tidak dapat menerbitkan laporan suku tahun atau laporan tahunannya, mengikut

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar