• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

MPU2213/MPU3213 Bahasa Kebangsaan A ialah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ialah kursus wajib Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ke atas semua pelajar Diploma dan Sarjana Muda, di semua institusi pengajian tinggi. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana kursus ini dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu, anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.

Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

(2)

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam

Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam

perbincangan awal 3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Membezakan bahan bertulis yang beraneka jenis dan gaya, dan seterusnya mengungkapkan fikiran secara lisan dan tulisan dengan bahasa yang betul;

2. Merumuskan butiran dan memperluas sesuatu idea dengan cara yang tersusun, padat, dan meyakinkan, secara lisan dan tulisan;

3. Meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi, sistem ejaan, dan kosa kata bahasa Melayu;

4. Menggunakan bahasa yang berkesan dari segi sebutan dan laras, intonasi, ejaan, tatabahasa, kosa kata, dan ungkapan;

5. Berkomunikasi di khayalak ramai secara berkesan dengan menggunakan unsur-unsur dinamika bahasa; dan

6. Berkomunikasi dengan penuh sopan, di samping menyuburkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

(3)

SINOPSIS KURSUS

Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A ini disediakan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa, setaraf dengan peringkat intelek mereka supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan. Ia penting untuk menghayati dan melahirkan fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan kreatif melalui lisan dan penulisan. Ia juga mampu memupuk daya perkembangan berbahasa pelajar bagi kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya.

Untuk membolehkan anda mencapai enam objektif kursus di atas, kursus ini dibahagikan kepada 10 topik berikut:

Topik 1 akan meninjau perkembangan bahasa Melayu dari zaman silam hingga masa kini. Kita akan meninjau apakah halangan-halangan yang harus kita lalui sekiranya aspirasi dan wawasan bahasa ingin direalisasikan. Kejayaan sesuatu bahasa sebenarnya bergantung pada penutur-penutur bahasa tersebut. Sekiranya bahasa Melayu perlu didaulatkan setanding dengan bahasa-bahasa dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Cina atau bahasa Rusia, maka seluruh kepulauan Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan perlu sama-sama membantu memperkasakan bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa.

Topik 2 melihat fungsi dan peranan bahasa Melayu dalam mendaulatkan bahasa.

Dasar Bahasa Kebangasaan serta Akta Bahasa bertujuan mewujudkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan bahasa-bahasa asing yang telah melampaui batasan geografi, agama dan bangsa.

Topik 3 memberikan penekanan kepada sistem bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan di Indonesia adalah berteraskan bahasa Melayu dialek Johor-Riau. Dialek ini telah dipilih kerana mempunyai ciri- ciri bahasa yang standard dan diperakui oleh penutur-penutur dialek lain sebagai lebih bersistem, mudah dipelajari dan lebih mudah disebut. Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini telah berkembang berasingan antara Indonesia dengan Malaysia.

Topik ini akan memberikan penekanan kepada penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. Setiap bahasa manusia di dunia mempunyai tatabahasa yang tersendiri.

Pengetahuan tentang tatabahasa sesuatu bahasa itu akan membolehkan seseorang berkomunikasi dengan ahli-ahli masyarakat bahasa berkenaan dengan berkesan.

Topik 4 memberikan penekanan kepada penggunaan imbuhan-imbuhan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

(4)

Topik 5 akan memberi penekanan tentang analisis dan huraian tentang ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Analisis bahagian-bahagian ayat akan membolehkan kita mengenali binaan ayat, pola ayat dasar, frasa dan klausa. Kemampuan menggunakan ayat-ayat dengan berpandukan tatabahasa akan membolehkan anda memahami dan menghargai pelbagai bentuk penulisan dalam bahasa Melayu.

Topik 6 memberikan penekanan kepada jenis-jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu. Perhatian juga akan diberikan kepada „Bentuk ayat tunggal ‰ dan

„susunan dalam ayat‰. „Bentuk ayat tunggal‰ dan „Susunan dalam ayat‰ akan menghuraikan bagaimana kita menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu pada tempatnya yang betul dalam ayat-ayat tunggal.

Topik ini akan memberikan penekanan kepada konteks dinamik dan apresiasi bahasa. Sifat dinamik ini merupakan satu ciri yang mendasari semua bahasa di dunia ini. Namun bagi bahasa Melayu, hal ini dipermudah dan dijayakan dengan lebih cepat oleh sebab perancangan yang teratur dan berkesan. Unsur dinamis bahasa ini dapat dicapai melalui dua cara, iaitu proses pengekodan, yang bertujuan menentukan peraturan-peraturan bahasa dengan disertai proses penyeragaman, dan proses pembinaan, yang meliputi pemupukan istilah-istilah khusus dan gaya bahasa yang lengkap, dengan tujuan untuk mencapai taraf keintelektualan.

Topik 7 menumpukan kepada ragam bahasa dan bentuk-bentuk laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap laras yang dikemukakan ini akan dilampirkan dengan contoh-contoh sebagai panduan kepada pelajar.

Topik 8 membincangkan gaya dalam bahasa Melayu. Penggunaan gaya dalam bahasa Melayu ini haruslah digunakan tepat pada masa dan tempat, jika tidak bahasa yang anda gunakan mungkin menyebabkan orang tersinggung.

Pengetahuan tentang gaya bahasa Melayu juga amat berguna apabila anda mengarang, tidak kira untuk urusan penulisan karya kreatif atau untuk kehidupan harian.

Topik 9 bertumpu kepada bahasa Melayu dalam aplikasi penulisan. Kemahiran menulis bahasa Melayu merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada setiap individu Malaysia. Hal ini berlaku kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menguasai kemahiran ini.

Topik 10 menumpukan perhatian kepada komunikasi lisan. Kebolehan berkomunikasi secara lisan adalah amat penting untuk meyakinkan khalayak terutama dalam bentuk perbahasan dan ceramah. Seseorang yang dapat

(5)

menyusun hujah-hujah yang bernas disertai dengan penggunaan ungkapan- ungkapan yang mencuit hati membolehkan penonton tidak dapat melupakannya.

Para pelajar akan berlatih untuk menguasai bentuk-bentuk komunikasi lisan agar membiasakan diri untuk menyatakan sesuatu dengan kesan yang dirancangkan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.

Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini dapat membantu anda mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan- soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan- soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.

Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

(6)

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian- bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (Pent), (1999). Perancangan bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, (1995). Sebutan baku dan ejaan rumi. Semenyih: Synergymate Sdn Bhd.

Ismail bin Dahaman, (2000). Pedoman ejaan dan sebutan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein, (1981). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim (Pengkaji dan Penyusun), ( 1968). Pertentangan ă Antologi cherpen Melayu sa-lepas Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(7)

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Referensi

Dokumen terkait

Refleksi merupakan kegiatan analisis sintesis, interprestasi, dan penjelasan terhadap semua informasi yang diperoleh dari hasil observasi selama pelaksanaan tindakan

Apabila perbuatan atau amal tersebut berupa maslahah yang nyata (haqiqatan) bukan sekedar dugaan (wahmiyah) sekiranya dapat mewujudkan kemaslahatan dan

Dengan demikian dampak turunan terhadap persepsi masyarakat tidak banyak berpengaruh dengan kata lain persepsi masyarakat terhadap kegiatan yang sedang dilaksanakan di

Bahwa terjadi pengurangan suara bagi Pemohon (Calon Anggota DPRD Provinsi Sumatera) di Kabupaten Humbang Hasundutan sebesar 2.135 suara adalah tidak benar, merupakan fakta

) sama dengan tegangan sumber (Vcc). Tetapi pada kenyataannya Vcc pada saat ini kurang dari Vcc karena terdapat arus bocor dari kolektor ke emiter. Dengan menganalogikan transistor

Berdasarkan pentingnya pengaruh salinitas terhadap mikroalga dalam pertumbuhan, kepadatan, dan senyawa bioaktif (protein, lemak, karbohidrat, dan pigmen)

Untuk itu dibuat perhitungan yang sesuai sehingga dalam sistem pengoperasian penyegaran udara untuk ruang kelas dapat di rancang sesederhana mungkin dengan

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total