• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aspirasi Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Mengikut Prestasi Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Aspirasi Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Mengikut Prestasi Sekolah"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

511

Aspirasi Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Mengikut Prestasi Sekolah

Md Riduan Bin Muhamad, Anuar Ahmad Program Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Bangi, Selangor.

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar secara keseluruhan di sekolah prestasi rendah, sederhana dan tinggi, dan mengenalpasti gaya pembelajaran antara ketiga- tiga buah sekolah dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 di sekolah masing-masing. Kajian ini turut mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP), Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut (SMKTJ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising (SMKS). Instrumen kajian berupa soal selidik terhadap pelajar yang melihat ciri personaliti berdasarkan teori Myers Briggs Type Indicator (MBTI). Kajian ini mendapati pelajar SMSPP mendominasi gaya belajar Extrovert, SMKTJ Intuiton dan SMKS Judging menunjukkan kelainan antara ketiga-tiga buah sekolah terhadap mata pelajaran Sejarah. Kesemua gaya pembelajaran dalam kajian ini mempunyai hubungan yang lemah, akan tetapi masih signifikan paling tinggi adalah (r = 0.17, p < 0.00) dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Kesimpulanya, gaya pengajaran guru hendaklah bersesuaian dengan gaya belajar pelajar dan melibatkan proses penilaian yang dipelbagaikan untuk menilai pencapaian pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Kata kunci: Gaya Pembelajaran, pencapaian dan teori Myers Briggs Type Indicator (MBTI).

PENDAHULUAN

Gaya yang membawa pengertian cara atau stail, gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada seseorang yang memiliki atau cara yang tersendiri (Mayer, 2010). Gaya pembelajaran boleh merujuk pada cara interkasi seseorang dengan maklumat atau infomasi yang diproses maklumat tersebut dengan kognitif untuk menghasilkan sesuatu pengetahuan. Gaya pembelajaran adalah satu konsep yang amat penting dalam proses interaksi tersebut yang penting dan perlu diberi tumpuan terutamanya dalam aspek pendidikan di sekolah kerana aspek tersebut yang akan membentuk seseorang individu (Diseth 2013).

Pelajar merupakan seseorang yang unik dan bebeza antara satu dengan yang lain kerana memiliki gaya pembelajaran yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi aspek pemikiran, kecenderungan personaliti, minat dan pemahaman tersendiri samada untuk menerima dengan tindakbalas yang menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Dengan kata lain, Gaya pembelajaran adalah gaya yang disukai atau dipilih oleh pelajar dalam memproses maklumat yang diterimanaya (Kausar 2016). Pendekatan yang diambil oleh setiap orang pelajar yang menurut tanggapan subjektif terhadap kehendak pengajar dalam konteks pembelajaran. Menurut Tengku Salina (2006) pengajaran atau pendidik merupakan penggerak utama kepada pelajar yang memerlukan lebih pengetahuan yang pelbagai berkenaan psikologi yang merujuk cara pelajar belajar berkaitan dengan minat, kebolehan, sikap dan kepercayaan (Tengku Zawawi, 2009).

(2)

512

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi sesuatu asas yang perlu dititikberat untuk memperkasakan Sejarah sebagai mata pelajaran yang diminati di sekolah melalui pembelajaran yang berkesan. Tambahan lagi, pelajar itu sendiri harus dilatih supaya membuat apa yang mereka sukai (Subadrah & Malar, 2005). Rosniah (2005) telah berpendapat pada peringkat awal pembelajaran di sekolah, guru harus mengenalpasti Gaya pembelajaran pelajar supaya (P&P) lebih mantap dan berkesan khususnya untuk menarik minat pelajar mata pelajaran sejarah. Justeru Gaya pembelajaran telah menyediakan satu makanisme pembelajaran yang dapat memberi maklum balas yang tepat terhadap pencapaian akademik (Azizi Yahaya et al 2005).

Justeru, sesetengah pelajar amat menyukai salah satu cara pembelajaran iaitu melalui aktiviti sehingga mereka sanggup bersusah payah memahami bidang itu kecuali guru itu sendiri menyampaikan dengan cara yang pelajar sukai. Apa yang penting pendidik juga sentiasa mengetahui dalam gaya pembelajaran yang paling sesuai kepada pelajar mereka. Schoeder dan rakan-rakannya (1993) telah menggunakan MBTI iaitu Myers-Briggs Type Indicator atau petunjuk jenis Myers-Briggs kepada pelajar. MBTI adalah alat yang penting dan paling luas penggunaannya khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Sebagai contoh, hasil kajian menunjukkan lebih kurang 60 peratus pelajar yang masuk kolej memiliki orientasi amali berbanding dengan orientasi teori terhadap pembelajaran dan jumlah peratus ini bertambah pada setiap tahun (Silberman 2009).

Menurut Schroeder telah menunjukkan pelajar sekolah menengah lebih suka kepada aktiviti pembelajaran secara aktif iaitu konkrit berbanding dengan aktiviti berfikir yang abstrak iaitu dalam nisbah lima kepada satu. Schroeder telah membuat kesimpulan bahawa cara pengajaran dan pembelajaran secara aktif mewujudkan keserasian yang amat baik kepada pelajar masa kini (Silberman 2009). Untuk menjadikan P&P menjadi lebih menarik, guru harus melibatkan pelajar secara aktif dan meninggalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional secara perlu dihapuskan. Pendekatan tradisional ini sudah tidak relevan dengan kehendak pelajar pada masa kini. Ini akan memberi hasil yang cukup berkesan ke arah untuk mencapai objektif pendidikan sejarah itu sendiri (Ahmad & Sidek 2012). Contohnya guru mengajar mata pelajaran sejarah kurang memberi rangsangan atau keberkesanan kepada pelajar yang menyebabkan keintelektualan pelajar tidak boleh dikembangkan, namun apa yang diharap adalah, pengajaran guru akan mengaktifkan pemikiran objektif, rasional, kritis, analitis dan kreatif (Raya Yunos 1993).

Selain itu, apa yang dihadapi pelajar untuk mencapai satu tahap yang lebih baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan adalah pengabaian terhadap kepentingan kemahiran berfikir pelajar (Siti Hawa 2008). Tumerah (1998) pengabaian tersebut menjadikan pelajar tergantung harapan supaya guru dapat memberikan jawapan yang sesuai untuk murid dalam pengajaran di dalam kelas.

Jika tidak, perkara tersebut akan menjejaskan kewibawaan mata pelajaran Sejarah dalam melahirkan warganegara yang kita mahukan kerana perkembangan intelek menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah (Malek 2011).

Kajian oleh Caine & Caine (1994), pembelajaran akan berlaku apabila apa yang kita ajar akan mendatangkan makna cukup mendalam kepada pelajar seperti penerapan nilai yang diperoleh melalui pembelajaran dan hasilnya mengamalkan dalam kehidupan mereka. Manakala sebuah kajian yang dibuat oleh Jin & Cortazzi (1998) telah mendapati bahawa pelajar mereka telah memberikan pandangan bahawa jika seorang guru memiliki ciri-ciri yang baik dan berkualiti adalah seorang guru boleh meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu pengajaran, menerangkan sesuatu dengan jelas dan berkesan, menggunakan kaedah pengajaran yang tepat dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan (Zariah dan Bhasah 2009).

Selain itu, dalam kajian Cano-Garcia & Hughes (2000) telah menjumpai permasalahan berlaku pada pembelajaran pelajar terutamanya untuk memahami tentang perbezaan individu serta prestasi dalam pencapaian untuk mempertingkatkan diri dalam pendidikan. Sebagai contoh kajian telah dijalankan untuk mencari masalah pembelajaran telah dijumpai dan dibahagi kepada dua pandangan iaitu pertama sudut kecerdasan intelektual seperti keupayaan belajar seseorang dan kedua

(3)

513

adalah berkenaan dengan cara untuk memproses maklumat iaitu gaya pembelajaran pelajar yang tidak berkesan (Rohaila, Norasmah & Faridah 2005).

Menurut Rosniah (2005) ramai pendidik tidak tahu gaya pengajaran mereka tidak sesuai untuk pelajar dan hasil pencapaian yang diperoleh tidak mencapai tahap yang memberangsangkan (Ashby & Lee 1987). Sebab itu pendidik harus sedar dan sentiasa membuat kajian untuk mengetahui gaya pengajaran yang boleh mengaktifkan pemikiran gaya pembelajaran murid mereka (Tuner 1999).

Ini disebabkan pengaruh persekitaran belajar yang telah mengubah budaya pemahaman guru masih lemah dalam mengusai pengajaran dan pembelajaran sejarah. Buktinya adalah pendidik masih berada pada tahap rendah untuk memahami proses pelajar membina pemahaman sejarah (Sternberg 2001, Rahim 1998).

Shaughnessy 1998 menyatakan bahawa pencapaian di kalangan pelajar yang lemah biasanya ada kaitan dengan ingatan auditori yang lemah. Namun jika mereka belajar secara visual dengan melihat dan menghayati gambar seperti lukisan, simbol, komik dan kartun bukan sepenuhnya berpandukan teks bacaan. Oleh itu dalam kajian Ahmad & Sidek (2012) proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah memerlukan bahan sokongan seperti Bahan Bantu Mengajar (BBM) secara berterusan untuk menigkatkan kefahaman semasa belajar.

Pada masa yang sama, pelajar itu sendiri enggan atau tidak cuba menukar gaya pembelajaran yang berkesan kepada pencapaian mereka Trautman (1979) yang dipetik dari Sia Wee Teng 1997 telah menjalankan penyelidikan pencapaian pelajar mengikut pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang disesuaikan dengan gaya individu dan sikap pelajar enggan menggunakan gaya belajar ke arah yang lebih berkesan. Tambahan lagi jika mereka mencuba gaya belajar dengan kaedah yang baru dan hasilnya adalah berkesan, namun apa yang menjadi masalah adalah mereka enggan merubah dan tetap menggunakan cara yang tradisional berbanding gaya pembelajaran baru dan cukup berkesan kepada mereka (Rosniah 2005).

Selain itu, dalam kajian Tyacke 1998 menyatakan pelajar dewasa tidak mudah untuk menerima gaya pembelajaran yang baru. Hal ini kerana mereka mendakwa bahawa anekdot telah menunjukkan mereka enggan berubah dan masih ingin mengamalkan gaya pembelajaran mereka sendiri. Justeru, apa yang difikirkan mereka adalah gaya penyesuaian adalah sesuatu yang terbina yang sukar untuk dipelajari. Claxton dan Murrell (1987) ciri personaliti dan kekuatan untuk memproses maklumat dikatakan satu aset yang penting. Ini kerana personaliti boleh mempengaruhi sikap seseorang untuk merubah ke arah yang lebih baik melalui gaya pembelajaran dan pada masa yang sama juga, tidak mudah untuk seseorang guru dengan hanya bermain peranan untuk mengubah persepsi murid supaya dapat menukar gaya pembelajaran mereka iaitu cara lama ke arah cara yang baru (Rosniah 2005).

Kajian oleh Heikinheimo dan Shute (1986), mendapati salah satu masalah berat yang dihadapi oleh pelajar Asia yang belajar di Kanada adalah memahami kuliah. Syamsiar & Fakharudin (1997) berpendapat para guru tidak boleh membawa pelajar kepada gaya pembelajaran ke arah pemikiran Sejarah. Manakala laporan yang dikeluarkan berkenaan kemerosotan mata pelajaran sejarah oleh (KPM) 2003, 2004 berpunca dari gaya pengajaran masih bersifat tradisional, sehala dan bergantung kepada sumber (Rafaii 2011). Akibatnya kekurangan aktiviti yang dapat mencetuskan proses pemikiran. Pelajar akan menerima apa sahaja tanpa ada proses menganalisis, menilai dan menintepretasi maklumat (Fauzi Mustafa 2014).

Pelajar perlu menjalankan usaha bagi mencapai potensi yang baik untuk mencapai sesuatu objektif yang mereka inginkan. Turner (1999) berpendapat bahawa pelajar itu sendiri perlu membentuk pola atau gaya pembelajaran bagi membolehkan mereka mencapai objektif pembelajaran. Ini diperkukuhkan menerusi kenyataan Gainen dan Locatelli (1995) iaitu pencapaian seseorang pelajar dipengaruhi oleh interaksi menerusi seperti ciri-ciri pelajar, hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan persekitaran pembelajaran. Manakala Jonassan dan Grabowski (1993) menyatakan bahawa ciri pelajar sememangnya akan mempengaruhi cara pemikiran dan proses pembelajaran.

(4)

514

Proses pembelajaran tersebut adalah kecenderungan pelajar dalam cara menerima dan memproses maklumat berpandukan gaya pembelajaran yang ada pada mereka.

Keadaan ini sama dengan situasi yang berlaku di luar negara yang mengkaji pelajar Asia mempunyai masalah dalam pembelajaran. Kajian Hodges (1982) ke atas sekolah-sekolah menengah di Amerika pula mendapati 90 peratus daripada pengajaran di kelas tradisional lebih berorientasikan cara soal jawap menunjukkan pelajar Asia lemah. Disokong oleh Dunn, Dunn dan Price (1979) juga menganggarkan 90 peratus daripada arahan di dalam kelas dibuat dengan menggunakan kaedah kuliah dan soal jawab telah mendapati preatasi pelajar Asia kurang baik apabila arahan diberi. Mungkin kerana mendapati kefahaman mereka tidak mencapai kerana sukar untuk mengolah maklumat (Horwood 1991).

FOKUS KAJIAN

Mempelajari gaya pembelajaran yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Jika melihat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2008 menunjukkan bahawa keadaan prestasi pelajar tidak konsistem dan memperoleh keputusan yang tidak memberangsangkan (Rossafri & Shabariah 2011). Dalam kajian Syamsiar & Fakharudin (1997) pelajar mengalami masalah dalam gaya pembelajaran menyebabkan prestasi mata pelajaran sejarah kurang baik. Tambahan lagi, guru tidak boleh membawa pelajar kepada gaya pembelajaran ke arah pemikiran untuk menerapkan aspek kemahiran pemikiran sejarah sebagai satu wadah yang utama dalam proses pembelajaran di peringkat sekolah. Laporan yang dikeluarkan tentang kemerosotan mata pelajaran sejarah oleh (KPM) 2003, 2004 berpunca dari gaya pengajaran masih bersifat tradisional, sehala dan bergantung kepada sumber (Rafaii 2011). Akibatnya kekurangan aktiviti yang dapat mencetuskan proses pemikiran. Pelajar akan menerima apa sahaja tanpa ada proses menganalisis, menilai dan menintepretasi maklumat (Fauzi Mustafa 2014).

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menentukan jenis gaya pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang diamalkan oleh pelajar 2. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut sekolah 3. Mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara gaya belajar dengan pencapaian pelajar

secara keseluruhan Persoalan Kajian

1. Apakah jenis gaya pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang diamalkan oleh pelajar 2. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar di sekolah berprestasi rendah 3. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar di sekolah berprestasi sederhana 4. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar di sekolah berprestasi tinggi

5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijlankan ke atas 300 orang pelajar sekolah bertempat di daerah Pasir Puteh Kelantan Darul Naim. Sampel kajian diambil secara rawak dalam sesebuah sekolah. Pengkaji mengambil sampel seramai 100 orang bersamaan 33.3 yang mewakili sekolah berprestasi tinggi, 100 orang bersamaan 33.3 peratus sekolah berprestasi sederhana dan 100 orang bersamaan 33.3 peratus pelajar sekolah berprestasi rendah. Hasil analisis data mengenai demografi responden akan dihuraikan dalam bentuk jadul supaya memudahkan pemahaman pembaca.

(5)

515 Jadual 4.1: Profil responden kajian mengikut Sekolah

Profil Responden Maklumat Frekuensi Peratus

Sekolah Sek Men Sains Pasir Puteh (SMSPP) 100 33.3

Sek Men Keb Tok Janggut (SMKTJ) 100 33.3

Sek Men Keb Selising (SMKS) 100 33.3

Jumlah 300 100%

Jadual 4.2 Skor markah pelajar dalam mata pelajaran Sejarah semasa ujian PT3 tahun 2015 Skor PT3 sejarah kekerapan peratus

A 217 72.3

B 32 10.7

C 23 7.7

D 14 4.7

E 14 4.7

Jumlah 300 100%

Berdasarkan jadual 4.2, menunjukkan marker skor pelajar ujian PT3 pada tahun 2015 didapati seramai 217 orang pelajar telah memperoleh skor A mata pelajaran sejarah bersamaan 72.3 peratus, seramai 32 orang pelajar yang memperoleh skor B bersamaan 10.7 peratus, skor C pula seramai 23 orang pelajar bersamaan 7.7 peratus manakala skor D dan E memiliki jumlah yang sama iaitu masing- masing 14 orang bersamaan dengan 4.7 peratus.

Jadual 4.3 Markah pelajar yang memperolehi Skor A mata pelajaran Sejarah PT3 tahun 2015 mengikut sekolah.

Pelajar Skor A kekerapan peratusan %

SMSPP 100 100%

SMKTJ 68 68%

SMKS 49 49%

Jumlah 217 100%

Berdasarkan jadual diatas, pelajar SMSPP memperolah skor A paling tinggi iaitu seramai 100 orang dan peratus 100%, pelajar SMKTJ pula seramai 68 orang bersamaan 68% dan pelajar SMKS pula paling rendah iaitu seramai 49 orang bersamaan 49% yang memperoleh skor A dalam mata pelajaran Sejarah ujian PT3.

TINDAKAN

Sebelum menjalankan kajian, tindakan seperti berikut telah dilakukan oleh pengkaji terlebih dahulu:

1. Mendapat kebenaran daripada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Mendapatkan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

3. Mendapat kebenaran daripada pengetua daripada kedua-dua belah pihak iaitu Sekolah menengah yang terlibat untuk menjalankan atau mengedarkan soal selidik.

4. Menetapkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk menjawab soalan sebelum soal selidik tersebut dipungut semula.

Dalam mengendalikan borang soal selidik bagi memastikan ianya berjalan secara teratur, maka proses-proses seperti berikut harus dilakukan:

1. Membahagikan soal selidik kepada pelajar mengikut prestasi sekolah

(6)

516

2. Semasa di sekolah, pengkaji akan pergi ke lokasi di Pasir Puteh.

3. Memerhatikan pelajar agar dapat menjawab dengan sempurna dengan masa yang diberikan 4. Mengumpul borang soal selidik sebaik sahaja selesai dijawab oleh pelajar

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Pada bahagian ini menjelaskan hasil analisis data secara deskriptif untuk menjawab persoalan kajian yang pertama. Hasil kajian yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan gambar rajah yang disertakan dengan penjelasan. Jadual diatas menunjukkan ciri personaliti yang digunakan oleh pelajar di sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Jumlah skor akan dikelompokkan mengikut empat jenis ciri personaliti. Empat Gaya tersebut adalah berpasangan dan disatukan supaya menjadi satu Gaya pembelajaran yang lengkap. Ciri personaliti tersebut adalah introversi/introvert ekstroversi/exstrovert, intuisi/intuition peka/sensing, berfikir/thinking perasaan/feeling dan tanggapan/perceiving menilai/judging. Nilai skor markah dan sisihan piawai setiap Ciri personaliti tertentu akan ditunjukkan dalam jadual yang ditetapkan.

Jadual 4.4 Gaya Pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar Ciri personaliti N Skor

Markah

Sisihan Piawai

Interpretasi

Extrovert 300 13.08 3.93 Seimbang

Introvert 300 11.95 3.95

Nntuition 300 13.90 3.20 Seimbang

Sensing 300 11.08 3.20

Thinking 300 12.17 3.21 Seimbang

Feeling 300 12.83 3.22

Perceiving 300 10.89 3.42 Sedikit

ketidak seimbangan

Judging 300 14.13 3.42

Berdasarkan jadual 4.4 diatas ciri personaliti extrovert memiliki skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti Introvert. Interpretasi nilai pada skor markah pada dua ciri personaliti ini ialah diantara 12 hingga 13. Ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut. Manakala ciri personaliti Intuition juga memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti Sensing. Interpretasi nilai skor markah dua ciri personaliti ini ialah diantara 12 hingga 13. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut.

Selain itu, ciri personaliti perasaan memiliki nilai skor markah yang lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti thinking. Interpretasi nilai skor markah pada dua ciri personaliti ini ialah diantara 12 hingga 13. Ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut.

Ciri personaliti judging memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti perceiving. Dalam interpretasi nilai skor pada dua ciri personaliti ini ialah diantara 14 hingg 15. Ini menunjukkan bahawa terdapat sedikit ketidak seimbangan antara dua ciri personaliti tersebut. Keputusan ini menunjukkan bahawa salah satu antara ciri personaliti lebih dominan dimiliki oleh pelajar berbanding dengan ciri personaliti yang satunya. Ciri personaliti judging memperoleh (14.13 dan sp = 3.42) skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti perceiving (10.90 dan sp 3.42). Dapatan kajian ini boleh dirumuskan bahawa jenis gaya belajar yang banyak dimiliki oleh pelajar SMSPP, SMKTJ dan SMKS ialah pada ciri personaliti judging. Hal ini diperoleh daripada jumlah skor markah tertinggi bagi keseluruhan ciri personaliti.

(7)

517

Jadual 4.5 Ciri Personaliti yang diamalkan oleh pelajar sekolah prestasi rendah No Ciri

Personaliti

N Skor markah Sisihan piawai

Interpretasi

1 Extrovert 100 12.14 3.74 Seimbang

2 Introvert 100 12.88 3.72

3 Intuition 100 14.12 3.14 Sedikit

ketidak seimbangan

4 Sensing 100 10.84 3.08

5 Thinking 100 12.47 3.00

seimbang

6 Feeling 100 12.54 3.02

7 Perceiving 100 10.70 3.30 Sedikit

ketidak seimbangan

8 Judging 100 14.37 3.31

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri personaliti Introvert lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti ekstrovert dan ciri personaliti perasaan memiliki skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti berfikir. Kedua-dua pasangan ciri personaliti ini memiliki persamaan dari segi interpretasi skor markah pada dua ciri personaliti adalah antara 12 hingga 13. Ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut. Manakala ciri personaliti Intuition memiliki skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti Sensing dan ciri personaliti judging memiliki skor markah lebih tinggi berbanding dengan skor markah ciri personaliti perceiving.

Kedua-dua pasang ciri personaliti ini memiliki persamaan dalam interpretasi skor markah pada dua ciri personaliti adalah antara 14 hingga 15. Ini menunjukkan bahawa terdapat sedikit hubungan ketidakseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut.

Keputusan ini menunjukkan bahawa salah satu diantara ciri personaliti lebih dominan dimiliki oleh pelajar berbanding dengan ciri personaliti yang satunya. Ciri personaliti judging (14.37 dan sp = 3.31) memiliki skor markah paling tinggi berbanding dengan ciri personaliti perceiving (10.70 dan sp

= 3.30). Dapatan kajian ini boleh dirumuskan untuk menunjukkan bahawa jenis Gaya belajar paling banyak dimiliki oleh pelajar sekolah prestasi rendah (SMKS) adalah pada ciri personality judging. Hal ini diperoleh daripada jumlah skor markah tertinggi bagi keseluruhan ciri personaliti.

Jadual 4.6 Ciri Personaliti yang diamalkan oleh pelajar sekolah prestasi sederhana No Ciri

Personaliti

N Skor markah

Sisihan Piawai

interpretasi 1 Extrovert 100 12.7700 3.90 seimbang 2 Introvert 100 12.2900 3.90

3 Intuition 100 14.4400 3.00 Sedikit ketidak seimbangan 4 Sensing 100 10.5400 3.00

5 Thinking 100 12.7600 3.00 seimbang 6 Feeling 100 12.2100 2.95

7 Perceiving 100 10.9900 2.98 seimbang 8 Judging 100 13.9900 3.01

Dapatan ini berpandukan dalam jadual di atas menunjukkan ciri personaliti ekstrovert lebih tinggi skor markah berbanding dengan cari personaliti Introvert, ciri personaliti thinking lebih tinggi skor markah berbanding dengan ciri personaliti feeling dan ciri personaliti judging memiliki skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti perceiving. Interpretasi nilai skor markah pada ciri personaliti ekstrovert pasangan Introvert, thinking pasangan feeling dan perceiving pasangan judging antara 12 hingga 13. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti mengikut pasangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut mengikut pasangan masing-masing.

(8)

518

Ciri personaliti intuition memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti sensing. Interpretasi nilai skor markah pada dua ciri personaliti ini ialah diantara 14 hingga 15. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat sedikit hubungan ketidakseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut. Keputusan ini menunjukkan bahawa salah satu diantara ciri personaliti ini lebih dominan dimiliki oleh pelajar berbanding dengan ciri personaliti yang satunya. Ciri personaliti Intuition (14.44 dan sp 3.0) memiliki jumlah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti sensing (10.54 dan sp = 2.99). Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jenis gaya belajar yang paling banyak dimiliki oleh pelajar sekolah prestasi sederhana (SMKTJ) adalah ciri personaliti Intuition. Hal ini diperoleh daripada jumlah skor markah tertinggi bagi keseluruhan ciri personaliti.

Jadual 4.7 Ciri Personaliti yang diamalkan oleh pelajar sekolah prestasi tinggi No Ciri

Personaliti

N Skor markah Sisihan Piawai

interpretasi

1 Extrovert 100 14.34 3.84 Sedikit

ketidak seimbangan

2 Introvert 100 10.69 3.93

3 Intuition 100 13.14 3.35 seimbang

4 Sensing 100 11.86 3.35

5 Thinking 100 11.28 3.46 seimbang

6 Feeling 100 13.75 3.47

7 Perceiving 100 10.98 3.93 Sedikit

ketidak seimbangan

8 Judging 100 14.05 3.90

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ciri personaliti intuition memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti sensing. Interpretasi nilai skor markah pada dua ciri personaliti ini ialah diantara 12 hingga 13. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut. Manakala ciri personaliti feeling memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti thinking. Interpretasi nilai skor markah pada dua ciri personaliti ini ialah antara 12 hingga 13. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan antara dua ciri personaliti tersebut.

Ciri personaliti ekstrovert memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti introvert, manakala ciri personaliti judging memiliki nilai skor markah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti perceiving. Interpretasi nilai skor markah kedua-dua pasangan ciri personaliti ini mempunyai persamaan untuk menentukan seimbang atau tidak antara dua ciri personaliti. Ciri personaliti ekstrovert pasangan introvert, manakala judging pasanganya perceiving berada pada tahap interpretasi 14 hingga 15. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat sedikit hubungan ketidak seimbangan antara dua ciri personaliti tersebut. Keputusan ini menunjukkan bahawa salah satu antara ciri personaliti lebih dominan dimiliki oleh pelajar berbanding dengan ciri personaliti yang satunya. Ciri personaliti extrovert dengan nilai skor markah (14.34 dan sp = 3.84) memiliki jumlah lebih tinggi berbanding dengan ciri personaliti introvert dengan skor markah (10.69 dan sp = 3.93).

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jenis belajar yang paling banyak dimiliki oleh pelajar sekolah prestasi tinggi (SMSPP) dalam mata pelajaran Sejarah adalah ekstrovert. Ini diperolehi daripada jumlah skor markah bagi keseluruhan ciri personaliti.

Jadual: 4.8 Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara pembelajaran pelajar dengan pencapaian mata pelajaran sejarah.

Ciri Personaliti n r Sig* Interpretasi

Extrovert 300 -0.144* .012 Sangat lemah

Introvert 300 0.139* .016 Sangat lemah

Ituition 300 0.170** .003 Sangat lemah

(9)

519

Sensing 300 -0.168** .004 Sangat lemah

Thinking 300 0.142* .014 Sangat lemah

Feeling 300 -0.142* .014 Sangat lemah

Perceiving 300 -0.045 .434 Sangat lemah

Judging 300 0.041 .477 Sangat lemah

Daripada jadual di atas, kita dapat menilai pekali Pearson, ciri personaliti ekstrovert adalah r = -0.14 dan nilai signifikan = 0.01, ciri personaliti introvert r = 0.13 dan nilai signifikan = 0.01, ciri personaliti Intuition r = 0.17 dan signifikan = 0.00, ciri personaliti Sensing f = -0.16 dan nilai signifikan = 0.00, ciri personaliti thinking r = 0.14 dan signifikan 0.01 dan ciri personaliti Feeling r = - 0.14 dan signifikan 0.01. Oleh kerana nilai signifikan ciri personaliti ekstrover, introvert, intuition, sensing, thinking, dan feeling memiliki nilai signifikan yang lebih kecil dari aras signifikan 0.05, maka kita boleh merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti tersebut dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah.

Manakala dua ciri personaliti iaitu Percieving r = -0.04 dan signifikan = 0.43 dan ciri personaliti Judging r = 0.04 dan signifikan = 0.47. Oleh kerana dua ciri personaliti ini memiliki nilai signifikan lebih besar dari aras signifikan 0.05, maka kita boleh rumuskan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran perceiving, judging terhadap pencapaian PT3 mata pelajaran Sejarah. Selain itu, hubungan kekuatan antara Gaya belajar dengan pencapaian menunjukkan hubungan yang sangat lemah kerana berada pada paras interpretasi 0.00 hingga 0.01.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Secara keseluruhan, kajian ini telah meneliti ciri personaliti yang dirujuk dari MBTI yang mengandungi lapan dimensi introvert, ekstrovert, intuition, sensing, feeling, thinking, perceiving dan judging yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran sejarah. Kajian ini juga melihat ciri personaliti mengikut prestasi sekolah iaitu SMSPP prestasi tinggi, SMKTJ sekolah prestasi sederhana dan SMKS prestasi rendah. Daripada dapatan kajian yang dijalankan, didapati bahawa pelajar SMSPP, SMKTJ dan SMKS telan dipengaruhi oleh ciri personaliti Extrovert, Intuition, Feeling, dan judging (ENFJ). Ciri personaliti kajian yang dilakukan oleh Hogan (2009) berbeza dengan kajian ini iaitu menunjukkan ciri personaliti yang paling dominan dimiliki oleh pelajar pada ciri personaliti extrovert, sensing, thinking dan judging (ESTJ), manakala kajian yang dilakukan oleh Mi ran & Su Jeong (2014) yang memperoleh dapatan kajian berkenaan ciri personaliti Extrovert, Sensing, Feeling dan Judging (ESFJ).

Selain itu, nilai ciri personaliti judging memperoleh skor yang paling tinggi dalam ksemua ciri personaliti MBTI. Ini menunjukkan bahawa semua pelajar di sekolah prestasi tinggi SMSPP, sederhana SMKTJ dan rendah SMKS menunjukkan minat terhadap gaya belajar judging. Dalam kajian (Rully Putri 2015) juga memperoleh hasil yang sama iaitu ciri personaliti judging yang paling tinggi terhadap mata pelajaran sejarah. Ini bermakna ciri personaliti judging memiliki keistimewaan tertentu sehingga boleh menarik minat pelajar untuk menggunakan dan memperoleh pencapaian akademik dengan cukup baik. Kebanyakan kajian lepas yang menggunakan teori MBTI telah mendapat hasil yang sama iaitu ciri personaliti judging yang memperoleh markah yang paling dominan diantara kesemua ciri personaliti pelajar. Hal ini kerana gaya belajar judging membolehkan seseorang menyelesaikan sesuatu tugas dengan cepat berpandukan masa yang telah ditetapkan.

Mereka melakukan sesuatu tugas dengan lebih teratur dan cepat jika dibandingkan dengan ciri personaliti perceiving yang lebih suka melengahkan masa apabila sesuatu kerja diberikan (Prastiti 2009).

Selain dari hasil kajian secara keseluruhan, kajian ini menghuraikan dapatan berdasarkan sekolah menunjukkan pelajar sekolah berprestasi rendah telah mendominasi ciri personaliti judging dan paling rendah adalah ciri personaliti perceiving. Secara keseluruhan, dapatan dari data SMKS prestasi tidak memuaskan iaitu 49 orang yang memperoleh cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.

Pelajar SMKS memiliki jenis personaliti introvert, intuition, feeling dan judging (INFJ). Ini

(10)

520

berdasarkan kritiria 16 jenis gaya belajar Myers Briggs Type Indicators (MBTI) yang dikembangkan pula oleh R. Craig Hogan & David W memilih empat gaya belajar yang paling tinggi nilai skor berpasangan dalam kajian ini. INFJ yang bermaksud pelindung. Jika melihat ciri personaliti yang paling tinggi pula menunjukkan bahawa ciri personaliti judging/menilai yang paling mendominasi gaya belajar SMKS. Ini bermaksud mereka sentiasa fokus pada sesuatu tugas dan berupaya membuat tafsiran secara objektif dan kritis. Mereka bijak dalam menentukan rancangan dan urusan dalam kehidupan. Namun, sifat mereka jenis judging membuat rancangan lengkap sebelum sesuatu tindakan, elakkan tekanan perasaan hingga ke garisan terakhir dan menjalankan tugas, meletakkan sasaran dan menilai masa sebagai aturan hidup (Hasuzila 2006). Ini tidak bermakna pelajar SMKS langsung tidak mengamalkan gaya pembelajaran yang lain kerana pengkaji hanya melaporkan gaya pembelajaran yang manakah yang paling dominan di sekolah tersebut. Pencapaian pelajar SMKS yang cemerlang mata pelajaran Sejarah amat rendah berbanding dengan SMSPP yang 100 peratus cemerlang mata pelajaran Sejarah.

Manakala, ciri personaliti extrovert, intuition, thinking, dan judging (ENTJ) yang membawa maksud kepada eksekutif. Ini bermakna sifat pelajar sekolah berprestasi sederhana SMKTJ berdasarkan pasangan yang dikemukakan oleh MBTI menjadi pilihan oleh pelajar di sekolah prestasi sederhana lebih cenderung untuk menjadi personaliti eksekutif. Manakala ciri personaliti paling tinggi yang mendominasi gaya pembelajaran sekolah prestasi sederhana SMKTJ adalah jenis intuition/intusi yang berbeza dengan ciri personaliti pelajar sekolah prestasi tinggi yang ramai menggunakan ciri personaliti extrovert. Biasanya pelajar yang cenderung menggunakan gaya belajar jenis intuition/intuisi suka pada maklumat yang kabur, tekaan dan suka berkhayal. Bayak menggunakan daya imaginasi sering memikirkan masa hadapan dan ingatan yang mengutamakan kepada melihat corak, mencari hubungan dan makna serta baik dalam pemahaman teori (Hasuzila 2006). Hal ini yang menyebabkan pembelajaran tidak berkesan adalah tidak berkeupayaan mengurus masa dengan betul.

Kebanyakan pelajar yang tidak berprestasi ini belajar secara tidak konsistem dan tidak ada inisiatif untuk berusaha sendiri seperti mencari bahan rujukan, tidak gemar menggunakan kemudahan seperti internet ke arah pembelajaran merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran mereka.

Selain itu, perkara yang menyebabkan pelajar tidak memperoleh akademik yang baik dalam mata pelajaran Sejarah adalah sebahagian besar pelajar tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar antaranya adalah berbual, tidur, ponteng dan masuk lewat ke dalam kelas. Pelajar tidak faham soalan yang ditanya dan mengharap kepada guru untuk memberikan jawapan. Hal ini menyebabkan berlaku salah disiplin pelajar yang menjadi masalah dan faktor yang penting dalam mempengaruhi keberkesanan pentadbiran, pencapaian akademik pelajar dan prestasi sekolah. Sebagai contoh masalah disiplin sering berlaku yang menyebabkan P&P terganggu kerana masa terpaksa menghabiskan kepada sesuatu yang tidak membawa kualiti kepada pelajar dan sekolah. Rujuk pada prinsip Pareto dalam C. S. Ong (2005) dalam Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan menyatakan masa guru untuk mengajar dan melakukan perkara yang penting kepada sekolah dan pelajar adalah sebanyak 20 peratus dan 80 peratus lagi terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah disiplin.

Kajian Ishak (2008), Meor (2003) menyatakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak berkesan disebabkan pelajar tidak meminati kerana gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka yang menyebabkan para pelajar tidak memahami dan gagal untuk menggunakan gaya pembelajaran dengan berkesan memandangkan guru hanya tumpu pada menyiapkan buku kertas kerja sahaja.

Para pendidik kini terperangkap dalam satu perbincangan berkenaan kualiti pembelajaran pelajar yang menjurus kepada prestasi sekolah, keberkesanan dan kecekapan sistem pendidikan secara keseluruhan atau sebaliknya. Deming (1994) berpandangan pihak yang bertanggungjawab melakukan usaha yang terbaik dengan mencadangkan automasi proses pengeluaran, kemudahan computer, sistem merit, menggredkan prestasi, tingkatkan pemeriksaan atau pantau. Menurut C. S. Ong (2005) masalah sistem pendidikan adalah melibatkan pengurusan yang gagal mensasarkan apa yang disarankan untuk mecapai kualiti dalam pendidikan. Hal ini berlaku kerana terdapat kekeliruan yang berlaku seperti menulis slogan kata, kata-kata harapan yang tinggi, menaikkan gaji guru yang cemerlang, menyususn

(11)

521

kedudukan pelajar, sekolah berdasarkan prestasi untuk mecapai kualiti. Ini semua mengurus berpandukan satu tanda salah tafsir untuk melahirkan pelajar dan sekolah yang berkualiti.

Punca lain adalah pendidik kesuntukan masa masalah tingkah laku pelajar dan terlalu banyak tugasan. Conner & Clark (1990) dan keburukan terhadap tugasan dan kurang sokongan yang diperlukan. Akibatnya para pendidik menjadi tidak bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengajar dan mendatangkan masalah bukan hanya kepada diri sendiri malahan kepada pelajar (Cedoline, 1982, Maslach & Leiter, 1997) dalam (Hasyim Salleh 2005). Keletihan emosi yang menggangu menyebabkan sakit kepala dan gangguan tidur di kalangan pekerja perkhidmatan seperti pendidik dan kesan fizikal yang lain mungkin dikenalpasti seperti kelemahan kronik, isomania, pening, mabuk yang mengakibatkan di sekolah melahirkan produk yang tidak berkualiti.

Selain itu, gaya pembelajaran sekolah berprestasi tinggi iaitu pelajar SMSPP lebih tinggi mendominasi gaya belajar Ekstrovert berbanding dengan Introvert, manakala Intuition pula lebih tinggi berbanding dengan gaya belajar Sensing, Feeling pula lebih tinggi berbading Thinking dan Judging lebih tinggi berbanding dengan Perceiving. Ini bermakna gaya belajar yang paling diminati pelajar SMSPP adalah dari kumpulan Ekstrovert, Intuition, Feeling dan Judjing ENFJ yang memberi maksud pemberi. ENFJ telah mendapat tempat yang dominan berdasarkan kritiria 16 jenis gaya belajar Myers Briggs Type Indicators (MBTI) yang dikembangkan pula oleh R. Craig Hogan & David W. Champagne (1979). Antara kesemua gaya tersebut, gaya belajar Ekstrovert yang paling diminati pelajar, dan paling tidak diminati adalah gaya Introvert. Dapatan kajian ini hampir mirip dengan kajian Mi Ran & Su Jeong (2014) yang menunjukkan gaya belajar (ESFJ) iaitu Ekstrovert, Sensing, Feeling dan Judging untuk mengetahui bahawa gaya belajar mengikut kriteria yang berbeza dari segi aspek sampel dan aspek kajian.

Ini bermakna pelajar sekolah berprestasi tinggi iaitu SMSPP lebih mendorong kepada gaya belajar bersifat cergas, suka melakukan aktiviti sosial dan suka pada kebebasan dengan orang lain.

Pelajar ini juga cepat bertindak dalam melakukan tugasan dan cepat menyelesaikan sesuatu perkara.

Selain itu, mereka juga memiliki sifat peramah dan senang untuk menerima pandangan orang lain dan menunjukkan tahap interaksi yang tinggi, memiliki sifat tanggungjawab, memiliki daya kepimpinan yang tinggi, cuba untuk mengendalikan sesuatu perkara dengan mengambil kira perasaan orang.

Selain itu, mereka juga berupaya mengemukakan cadangan dan mudah untuk membawa perbincangan dalam kumpulan dengan bijak. Pandai bergaul, popular, aktif dan menggunakan masa secara berhemah apabila melakukan sesuatu kerja yang penting (Norhani, et, al 2005).

Dalam kajian Eysenck dan Cookson (1961) di sebuah sekolah di Staffordshire menunjukkan bahawa pelajar berpencapaian tinggi adalah dari kalagan personaliti Ekstrovert. Selain itu, pelajar yang cemerlang biasanya berpesonaliti ceria dan mudah mesra, popular dan gemarkan bergaul dengan rakan sebaya. Personaliti ini lebih mempengaruhi untuk pencapaian akademik. Ciri personaliti extrovert mesra dalam pergaulan, kebolehan untuk menggunakan kecerdasan untuk kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas, mereka juga sering kali cepat mengeluarkan pendapat, mudah, mesra dan kreatif serta terbuka (Che Mah & Marian 2001, Nik Aziz 1999, Terman 1930).

HUBUNGAN CIRI PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN

Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan ciri personaliti yang diamalakan oleh pelajar berdasarkan sekolah masing-masing. Apabila diteliti, gaya pembelajaran yang di amalakan di setiap sekolah tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik pelajar. Ini kerana kemungkinan pelajat tidak mengetahui cara yang berkesan terhadap gaya pembelajaan yang sering diamalkan atau diminati. Bahagian ini membincangkan keputusan soalan kajian berkaitan dengan hubungan gaya belajar dengan pencapaian terhadap mata pelajaran sejarah. Keputusan kajian ini mendapati wujud perbezaan yang signifikan enam daripada lapan ciri personaliti MBTI iaitu extrovert, introvert, intuition, sensing, thinking dan feeling yang menunjukkan ada hubungan yang signifikan dengan pencapian pelajar, manakala ciri personaliti perceiving dan judging tidak terdapat hubungan yang signifikan kerana aras signifikan adalah lebih besar 0.05. Namun kajian ini juga menunjukkan

(12)

522

kekuatan kolerasi pencapian akademik dengan ciri personaliti sangat lemah walaupun masih ada nilai yang signifikan.

Kajian ini selari dengan kajian Razak Ahmad (1999) mendapati wujud hubungan gaya belajar dengan pencapian dalam mata pelajaran sejarah terlalu kecil, namun tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara kesemua lapan ciri personaliti yang diuji dalam mata pelajaran sejarah. Manakala kajian ini hampir bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Briggs (2003), Zubaidah Began (2007), dan Rabiatul Adawiah (2008), Nur Fairuz Hayati (2009) dan Azlina & Bilhorn (2010).

Keseluruhan kajian mereka menujukkan bahwa tiada hubungan dengan pencapian terhadap gaya belajar serta mempunyai nilai yang negatif. Ini bermakna pelajar yang mengamalkan gaya belajar yang tinggi, memperoleh pencapian yang sangat rendah dan yang mengamalkan gaya belajar yang rendah memperoleh pencapian yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran tidak ada hubungan dengan pencapian akademik pelajar.

RUMUSAN

Pemantapan gaya pembelajaran juga bergantung kepada kesesuaian teori kajian untuk menjacir jalan penyelesaian kepada masalah pembelajaran yang berlaku di sekolah. Oleh itu, guru harus menyesuaikan gaya pengajaran mereka berdasarkan ciri personaliti pelajar mereka. Melalui pengesanan ciri personaliti pelajar, maka pendidik mempunyai alasan yang kukuh untuk merubah gaya pengajaran mereka dengan lebih berkesan, atau menukar pengajaran mereka dengan yang lebih masa kini suapaya boleh membimbing gaya pengajaran pelajar mereka ke arah lebih baik.

Rujukan

Azlina Mohd Kosin & Bilhorn Defrin. 2010. Hubungan Gaya Pembelajaran dengan pencapian akademik: Tijauan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir Sain Sukan Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd Majid. 2011. Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah.Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81301, Johor, Malaysia. Journal of Education Psychology and Counseling, Volume 2, Jun 2011, Peges 78-112/ISSN: 735X.

Briggs, A. 2003. Influence of matching student‟s learning style with teacher‟s learning style upon mathematics achievement. Desertasi Phd, Walden University.

Chek Mat, 2008. Siri kursus dan modul utusan, Ujian Psikologi dan Pengurusn, Utusan publication &

Distributors Sdn Bhd, no. 1 & 3, Jalan Perkasa, Cheras 56100 Kuala Lumpur.

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Che Mah Yusof and Mariani Mohd Noor. (2001). Personaliti pelajar pintar cerdas dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding Konferensi Kebangsaan Kajian Pasca Siswazah.

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Eysenck, H. J. (1979). Personality factors in random sample of the population. Psychological Reports, 44, 1023–1027.

Hasuzila binti Hassan. 2006. Pola Personaliti Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Berasaskan Inventori Personaliti MBTI (Myers Briggs Type Indicator). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Johor Darul Takzim.

Hogan, R.L. (2009). Assessment of technology graduate students learning preference styles utilizing the Myers- Briggs type indicator: Journal of Industrial Technology. Volume 25, Nombor 1.

Mi ran, K & Su Jeong, H., (2014). The characteristics of the Myers-Briggs type indicator in nursing students: Advanced Science and Technology Letters Vol.47, pp. 305-309.

Mc Dermott, P. A. (1995). Sex, race, class and other demographics as explainations for children's ability and adjustment: A national appraisal. Journal of School Psychology, 26, 26–30.

Mohd Zuri Ghani, Nik Rusila Nik Yaacob, Aznan Che Ahmad, Rahimi Che Aman dan Zainuddin Mat Isa. 2010. Perbezaan Personaliti Kestabilan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas

(13)

523

Akademik (PCA) Berdasarkan Jantina dan Jenis Sekolah. Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang. Asia Pacific Journal of Educator and Education, Vol, 25, 153-167, 2010.

Nik Azis Nik Pa. (1999). Mitos dan realiti tentang pelajar pintar cerdas. Jurnal Kebajikan, 16(2), 87–

112, Disember 1994.

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd Razak, Hamidah Ab Rahman & Aminah Haji Ahmad Khalid. 2005.

Punca prestasi pembelajaran pelajar fakulti pengurusan dan pembangunan sumber manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal Teknologi, 43 (E) Dis.2005: 29-44, UTM.

Nor Fairuz Hayati Amir. 2009. Hubungan Antara Gaya Belajar terhadap pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dan subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer. Tesis Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Piirto, J. (1999). Talented children and adults: Their development and education (2nd Ed.). New Jersey: Prentice-Hall.

Prastiti, Sawitri Dwi, Pujiningsih, Sri, 2009. Pengaruh Faktor Preferensi Gaya Belajar Mahasiswa Akuantasi. Jurnal Ekonomi Biasis ISSN: 0853-7283. No. 3: 224-2007.

Roshizan binti Abdul Wahab. 2015. Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Tumpuan dan Hiperaktif (AHD). Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.

Rabia „tul Adawiyah Abdul Sarif. 2008. Hubungan Antara Strategi Pembelajaran dengan pencapian pelajar dalam mata pelajaran dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Al Quran dan Sunnah di sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat. Kertas Projek, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rully Putri Nirmala Puji, Abdul Razaq Ahmad, 2015. Gaya belajar dan kemahiran Pemikiran sejarah dalam pembelajaran sejarah di peringkat universitas. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Edusentris, Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran, Vol. 2 No 3, Disember 2015.

Sefean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Habib Md Som. 2005.

Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd. P10 &

P11, Jalan Pesona Keight, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang.

Siti Kausar binti Zakaria. 2016. Kecerdasan Pelabagai Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah Pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM. Tesis Yang Dikemukakan Untuk Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Terman, Lewis M. (1930). Genetic studies of genius: Mental and physical traits of a thousand gifted children (Vol 1). Stanford, CA: Standford University Press.

Zubaidah Begam Mohamad Zakaria.2007. Hubungan Gaya Pembelajaran dengan pencapaian akademik. Tinjauan di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pedidikan tahun Pertama di UTM. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

Cela-Ranilla, J.M, Gisbert, M., De Oliviera, J. M. (2011). Exploring The Relationship Among Learning Patterns, Personality Traits And Academic Performance In Freshmen. Educational Research And Evaluation, 17(3), 175–192.

Carol Lynn Patrick. (2011). Student Evaluations Of Teaching: Effects Of The Big Five Personality Traits, Grades And The Validity Hypothesis (36)2, 239-249.

Chong Hui Ling. (2005). Pola Personaliti Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Di Kampus Skudai. Master Thesis. UTM JB.

Nooraini Binti Othman & Azizi B. Yahaya. (2002). Gaya Hidup Sebagai Ciri Personaliti, Faktor- Faktor Yang Mempengaruhinya Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Master Thesis. UTM JB.

Noraizah Bt. Damiri & Azizi B. Yahaya. (2004). Ciri-Ciri Personaliti Dalam Pemilihan Kerjaya Pelajar, Gaya Pembelajaran Pelajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik.

Master Thesis. UTM JB.

Ying Wang, Huamao Peng, Ronghuai Huang, Yanhua Hou & Jingjing Wang. (2008). Characteristics Of Distance Learners: Research On Relationships Of Learning Motivation, Learning Strategy, Self-Efficay, Attribution And Learning Results. Open Learning: The Journal Of Open And Distance Learning, 23(1), 17–28.

Swanberg, A. B., Martinsen, O. L. (2010). Personality, Approaches to Learning and Achievement.

Educational Psychology, 30(1), 75–8.

(14)

524

Ana-Maria Bliuc, Robert A. Ellis, Peter Goodyear & Daniela Muntele Hendres. (2011). The Role Of Social Identification As University Student In Learning: Relationships Between Students‟

Social Identity, Approaches To Learning And Academic Achievement. Educational Psychology, 31(5), 559–574.

Hoffer, M., Kuhnle, C., Kilian, B., Fries, S. (2012). Cognitive Ability and Personality Variables as Predictors of School Grades and Test Scores In Adolescents. Learning and Instruction Article in Press.

Referensi

Dokumen terkait

1. Komunikator dalam menyampaikan pesan adalah pimpinan dari Program Larasita yang secara langsung terlibat dalam mensosialisasikan program larasita terhadap masyarakat

Pustakaan Nasional adalah lembaga pemerintah non departemen (LPND) yang melaksanakan tugas pemerintah dalam bidang perpustakaan yang berfungsi sebagai perpustakaan

pengumpulan data di lapangan sampai peneliti mendapatkan seluruh data. 13 Dengan penelitian kualitatif deskriptif ini, peneliti berusaha mengungkap manajemen

Pada hasil hipotesis penelitian ini menunjukkan hasil bahwa hubungan personal yang bagian dari salah satu dari dimensi motivasi karyawan memiliki pengaruh terhadap

Berdasarkan hasil penelitian, tidak terdapat hubungan antara umpan balik tugas dengan loyalitas karyawan di Rumah Sakit Harapan Bunda Kota Batam tahun 2015.Menurut Munandar (Bagus,

Vaikka Joosefin tapauksessa kontrasti ei ole niin raju, se on kuitenkin luettavissa esimerkiksi jakeista 6:2-4, joissa Joosef jollain tasolla tunnustaa Jeesuksen erityisen aseman ja

Apa yang dijelaskan di atas sesungguhnya tidak sepenuhnya benar, karena disorientasi belajar siswa sebagian besar berakar pada internal siswa itu sendiri, apalagi bagi

(2) Jenis barang/kargo yang dapat diangkut melalui angkutan udara perintis kargo sebagaimana dimaksud pada ayat (1) sesuai dengan penetapan Menteri yang membidangi