• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN DI MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN DI MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN DI MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN.

Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah

Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia

tn_reseman@yahoo.com.my

ABSTRAK

Isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tidak sah di Malaysia merupakan satu jenayah merentas sempadan yang semakin menimbulkan situasi yang membimbangkan. Istilah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran juga sering menjadi kekeliruan kepada masyarakat umumnya. Perbezaan istilah dan pemahaman isu ini perlu di kenalpasti dan penting dalam memberi layanan dan perlindungan undang-undang yang sewajarnya kepada mangsa pemerdagangan atau penyeludupan orang di Malaysia. Selain itu, hak buruh paksa sebagai pekerja sering terlepas pandang oleh pihak berkuasa kerana status mereka sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Menyukarkan lagi keadaan apabila perundangan negara khasnya Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] juga tidak menyatakan dengan jelas tafsiran dalam akta tersebut. Berdasarkan kes-kes yang diputuskan mahkamah Malaysia, didapati mahkamah mentafsir sesuatu keadaan sebagai ‘pemerdagangan orang’ berdasarkan tujuan dan bentuk eksploitasi yang digariskan dalam akta tersebut.

Kertas kerja ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh Undang-undang Antarabangsa dan Undang-undang Malaysia dalam aspek penguatkuasaan, di samping itu dapat memperluaskan pentafsiran maksud pemerdagangan orang dan penyeludupan migran seiring dengan era globalisasi. Pengetahuan dan kesedaran yang kurang mengenai pengeksploitasian yang berlaku ke atas diri mangsa sendiri menyukarkan lagi proses pendakwaan dilakukan ke atas pesalah pemerdagangan orang. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini bukan sahaja mengkaji isu-isu yang timbul akibat kekaburan pentafsiran pemerdagangan orang dalam perundangan Malaysia malah cuba menarik perhatian pihak berkuasa dan masyarakat agar lebih peka terhadap isu ini. Usaha yang menggunakan kaedah penguatkuasaan yang berkesan boleh membantu pihak berkuasa menguatkuasakan ATIPSOM,2007 dengan lebih berkesan.

Kata Kunci:

(2)

PREVENTION ON TRAFFICKING IN PERSONS AND SMUGGLING OF MIGRANT IN MALAYSIA: ENFORCEMENT AND LAWS

Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah

Faculty Of Law

National University Of Malaysia

tn_reseman@yahoo.com.my

ABSTRACT

The issue on trafficking in persons and smuggling of illegal migrants in Malaysia is an increasingly cross-border crime that pose a worrying situation. Trafficking in persons and smuggling of migrants terms often confused the public generally. The differences in its terms and understanding on these issues must be determined and important in providing relevant in treatment and legal protection in Malaysia. In addition, forced labor rights as workers are often overlooked by the authorities because of their status as illegal immigrants (PATI). This complicate matters further when national legislation in particular the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants (ATIPSOM) Act 2007 [Act 670] also does not state clearly the interpretation of the Act. According to court cases decided in Malaysia, it is found that the courts interpret a situation as 'trafficking in persons' based on its purpose and forms of exploitation outlined in the Act.

This paper examines the approach adopted by the International Laws and Malaysia Laws in the aspects of enforcement, in order to expand the purpose of trafficking in persons and smuggling of migrant interpretation, in line with globalization era. The lack of knowledge and awareness about the exploitation that happens on an individual victim alone raise further difficulty to prosecution process on trafficking in persons offenders. Therefore, this paper did not only examine issues arising from vagueness in the interpretation of trafficking in persons in Malaysia Laws but attempt to draw the authorities and public’s attention, to be more sensitive to these issues. Efforts to use effective methods of enforcement could assist the authorities in the implementation of ATIPSOM 2007 more effectively.

Keywords:

(3)

Pengenalan

Isu pemerdagangan orang telah mendapat perhatian global sebagai jenayah rentas sempadan yang serius sama seperti jenayah penyeludupan senjata dan dadah. Dianggarkan bahawa keuntungan daripada jenayah pemerdagangan orang adalah berjumlah USD38 bilion setahun1. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada jenayah pemerdagangan orang. Di antaranya ialah kemiskinan, buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau, ketidakstabilan politik dan terpinggir (displacement). Aspek migrasi juga berkait rapat dengan jenayah pemerdagangan orang. Sehubungan itu, aspek ini perlu diberikan perhatian kerana jumlah migrasi kian meningkat dan dianggarkan jumlah migrasi di peringkat global berjumlah 240 juta orang2. Migrasi menjurus kepada isu pemerdagangan buruh kerana dieksploitasi oleh individu dan sindiket tidak bertanggungjawab. Berdasarkan kepada latar belakang ini, kerajaan Malaysia menyedari kepentingan untuk mewujudkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (selepas ini di tulis sebagai ATIPSOM)3 dan Pelan Tindakan Kebangsaan sebagai instrumen bagi menangani jenayah ini

terutamanya yang menyentuh mengenai bidang pencegahan, pemulihan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang termasuk pendakwaan.

Pada tahun 2008, Malaysia juga menubuhkan Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran(MAPO) bagi membantu Majlis Antipemerdagangan Orang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 6 (1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.4 Sumber rujukan utama dalam mewujudkan ATIPSOM adalah berdasarkan kepada instrumen-instrumen antarabangsa iaitu Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children (TIP Protocol) dan Protocol Against the Smuggling of Migrants by Land, Sea and Air5. Kedua-dua protocol ini adalah instrumen yang menyokong United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC). Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini dan menyertai TIP Protocol. Selain daripada Akta ini, lain-lain perundangan domestik yang menyokongnya ialah Akta Imigresen 1959/636 , Akta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia 20047, Akta Kastam 19678, Akta Keterangan 19509, Akta Mahkamah Kehakiman 196410, Akta Kanak-Kanak 200111, Kanun Keseksaan12, Di samping itu, inisiatif Malaysia untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang juga adalah selaras dengan ASEAN Declaration against Trafficking in Persons Particularly Women and Children, United Nations Declaration on Human Rights [UDHR] 1949, Convention of the Elimination of All Forms Discrimination against Women [CEDAW] 1979 dan Convention on the Rights of the Child [CRC] 198913.

1 Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) ,Jabatan Negara Amerika Syarikat (2015) 2 Laporan Anti Pemerdagangan Manusia 2015,U.S Department of State.

3 Akta 670 4 Akta 670

5 Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional (UNTOC) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) Pada 27 Mei 2004 UNTOC telah mengeluarkan Protokol Penyeludupan (the Smuggling Protocol) menentang penyeludupan migran melalui darat, laut dan udara.

6 Akta 155 7 Akta 633 8 Akta 235 9 Akta 56 10 Akta 91 11 Akta 611 12 Akta 574

(4)

Malaysia merupakan salah satu negara transit bagi kegiatan jenayah permerdagangan orang, menerima masuk mangsa dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Pakistan, dan China secara langsung atau tidak langsung melalui agensi sindiket. Penerimaan Malaysia sebagai ahli United Nation (UN), menerima dan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa seperti UDHR, United Nation Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC) serta menyertaiProtocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children (TIP Protocol) dan Protocol Against the Smuggling of Migrants by Land, Sea and Air, meletakkan tanggungjawab ke atas Malaysia sebagai ahli untuk mematuhi perjanjian yang dimasuki dengan menyediakan perlindungan terhadap mangsa-mangsa pemerdagangan dan penyeludupan. Kedudukan Malaysia kini berada pada senarai pemerhatian tingkat kedua (tier 2 watch list) dalam 2015 United State Department of State’s Trafficking in Person Report.14

Tingkat kedua meletakkan Malaysia sebagai negara yang kerajaan tidak sepenuhnya mematuhi piawaian minimum Trafficking Victims Protection Act(TVPA),15 tetapi sedang giat melakukan usaha-usaha ke arah mematuhan piawaian tersebut. Kesedaran tentang kedudukan kerajaan Malaysia dalam membendung masalah penyeludupan orang, telah membuat Malaysia untuk lebih proaktif dalam usaha membanteras jenayah kemanusiaan. Kerajaan Malaysia melalui Pelan Tindakan Kebangsaan mengatur strategi kolektif yang melibatkan penyertaan kerajaan, masyarakat sivil, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), dan masyarakat umum dalam usaha menangani masalah ini.16

Kesukaran dalam membezakan di antara pesalah migran dan mangsa pemerdagangan orang yang sering bertindan dan berkait antara satu sama lain menyukarkan usaha kerajaan Malaysia dalam memberi perlindungan kepada mangsa. Kalau dahulunya tangkapan migran lebih mudah dilakukan apabila mereka cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui sempadan negara, namun kini penyeludupan orang dan kemasukan migran lebih sukar dijejaki kerana mereka diseludup melalui cara pemalsuan dokumen yang dilakukan dengan teliti oleh sindiket penipuan. Dengan itu, unsur penting untuk membezakan di antara pesalah migran dan mangsa permerdagangan adalah samada wujudnya perlakuan eksploitasi ke atas migran. Apabila seseorang itu diekploitasi bagi tujuan tertentu seperti pelacuran dan buruh paksa tanpa memberi sebarang upah, mereka tergolong dalam kategori orang yang diperdagangkan dan perlu diberi perlindungan, walaupun pada awal penglibatan mereka adalah sebagaiPendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Perbezaan ini juga memberi kesan kepada jenis perlindungan yang boleh diberi kepada mangsa. Pesalah migran yang memasuki Malaysia secara tidak sah akan ditempatkan di depot tahanan imigresan seperti di depot tahanan imegresan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) yang berfungsi sebagai tempat tahanan bagi pesalah imigran sebelum mereka dihantar pulang ke negara masing-masing. Manakala, mangsa bagi jenayah pemerdagangan orang ditempatkan di pusat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan seperti di Lembah Klang, Melaka, Johor dan Sabah. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap migran dan mangsa pemerdagangan orang juga berasingan, di mana migran diletakkan di bawah pengawalan Jabatan Imigresan Malaysia, manakala mangsa pemerdagangan orang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan

14United State Department of State’s Trafficking in Person Report 2015,

15Trafficking Victims Protection Act of 2000, Div.A of Pub.L. No. 106-386, § 108, as amended. Trafficking in Persons Report 2011, http://www.state.gov/g/tip/rls/tiprpt/2011/164222.htm [11 November 2011].

(5)

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM). Kuasa berasingan di antara Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri ini juga menimbulkan kesukaran untuk mengenal pasti dan membezakan diantara status mereka sama ada sebagai pesalah migran dan mangsa pemerdagangan orang.

Tafsiran ‘Pemerdagangan Orang’ dan ‘Penyeludupan Migran”dalam perundangan Malaysia.

Malaysia telah menerimapakai peruntukan tersebut dalam Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Walaupun tidak menerimapakai sepenuhnya United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, supplementing the United Nations Convention against Transnational Organized Crime (Protocol)tersebut, ia masih menjadi rujukan utama kepada dasar ATIPSOM. Akta ini dipinda pada 2010 dengan memasukkan peruntukan berkenaan dengan penyeludupan migran dan seiring dengan itu telah menaikkan status Malaysia kepada tahap 2 senarai pemerhatian oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Seksyen 2 ATIPSOM memberikan pentakrifan ‘pemerdagangan orang’ sebagai segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini. Pentakrifan yang diberikan oleh akta tersebut agak kabur berkenaan dengan ‘bagi maksud akta tersebut’, berlainan dengan niat Protokol iaitu ‘bagi tujuan eksploitasi’.Sekiranya bagi maksud akta tersebut, adakah ia merangkumi maksud perlakuan jenayah penyeludupan migran, di mana unsur eksploitasi ini penting dalam menyediakan suatu sempadan(range) antara mangsa pemerdagangan dengan mangsa penyeludupan.

.

Jadual 1: Perbezaan Antara Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran

Pemerdagangan Manusia Penyeludupan Migran

Instrumen/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.

Instrument/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol Against The Smuggling Of Migrants By Land, Air And Sea di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.

Elemen utama bagi membuktikan sebarang kesalahan berhubung dengan pemerdagangan orang adalah unsur eksploitasi dan ia boleh berlaku di dalam sesebuah Negara tanpa melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya boleh juga berlaku di peringkat domestik.

Elemen penting di dalam penyeludupan migran adalah ianya mesti melibatkan unsur rentas sempadan

Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi berterusan dan berulang.

Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.

(6)

Statistik kes Pemerdagangan orang dan penyeludupan Migran

Statistik yang diperolehi daripada Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran melibatkan laporan-laporan yang diterima dari tahun 2011 iaitu sehingga akhir Oktober 2014.

Jadual 2 : Jumlah Kes dan Tangkapan Pemerdagangan Orang di Malaysia (28 Feb 2011 sehingga 30 Okt 2014)

Tahun Bilangan

Kes

Bilangan Tangkapan

Mangsa dalam Perintah Perlindungan Sementara (IPO)

(orang)

Mangsa dalam Perintah Perlindungan (PO)

(orang)

2011 18 20 87 31

2012 151 217 956 206

2013 132 195 870 471

2014 70 102 300 161

Jumlah 371 534 2213 869

Sumber: Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Berdasarkan Jadual 2 tersebut, jumlah bilangan kes yang dilaporkan adalah sebanyak 371 kes, di mana tahun 2012 mencatatkan bilangan kes terbanyak berikutan penambahan tangkapan yang dilakukan pada tahun tersebut. Dibandingkan antara tahun 2013 dengan tahun 2014, dapat dilihat bahawa terdapatnya pengurangan tangkapan dan kes. Pengurangan ini merupakan kesan daripada peningkatan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di Malaysia. Usaha yang dilakukan ini bagi menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia selepas mendapat laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Jadual 3 : Bilangan Kes Mengikut Negeri (28 Feb 2011 sehingga 31 Mac 2014)

Sumber: Jabatan Peguam Negara Putrajaya

Antara negeri yang mencatat jumlah kes tertinggi adalah Perlis, sebanyak 113 kes, diikuti oleh Selangor 79 kes dan Sabah dengan 50 kes dilaporkan. Persempadanan Perlis dan

Negeri Bilangan

Sabah 50

Sarawak 24

Johor 9

Kelantan 2

Melaka 6

Negeri Sembilan 1

Pahang 1

Perlis 113

Perak 3

Pulau Pinang 10

Selangor 79

Kuala lumpur 32

(7)

Sabah dijadikan sebagai pintu masuk untuk memasuki negara ini secara haram oleh sindiket pemerdagangan orang melalui jalan darat dan laut antara faktor yang mengakibatkan peningkatan jumlah bagi kedua-dua negari tersebut. Kedudukan Selangor dan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar dijadikan tumpuan pengoperasian mangsa-mangsa pemerdagangan, contohnya mereka diagihkan mengikut kawasan bagi pelbagai tujuan eksploitasi terutamanya bagi pelacuran.

Kesimpulan

Pentafsiran ‘eksploitasi’ yang diberikan oleh Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan undang-undang antarabangsa, Convention for the Suppression of the Traffic in Persons and of the Exploitation of the Prostitution of Others hanya merujuk kepada bentuk eksploitasi tanpa menjelaskan pengertian sebenar istilah tersebut. Eksploitasi merupakan elemen terpenting dalam mendakwa sama ada sesuatu keadaan itu tergolong kepada pemerdagangan orang. Oleh itu, kebergantungan terhadap definisi yang terhad ini tidak mampu memberi suatu garis pemisah antara apa yang dimaksudkan sebagai jenayah penyeludupan migran dan juga maksud pemerdagangan manusia.

Walaupun telah terdapat persetujuan di peringkat Antarabangsa terhadap definisi pemerdagangan manusia, kajian semula perlu dilakukan bagi mencadangkan definisi pemerdagangan yang lebih jelas dan dapat membantu meningkatkan pemahaman terhadap sesebuah tempat yang berpotensi berlakunya pemerdagangan orang serta mengenal pasti mangsa dengan lebih jelas, menilai skala masalah dan secara tidak langsung membantu pembangunan dasar-dasar mengenai hak asasi manusia. Konsep-konsep penting dalam mengenal pasti dan menangani pemerdagangan orang seperti paksaan, penipuan, eksploitasi dan sebagainya perlu dijelaskan dengan lebih nyata dalam Akta atau undang-undang bagi menyediakan penggunaan konsep yang lebih konsisten dalam perundangan negara dan Antarabangsa. Kajian menunjukkan, istilah terkini yang digunakan sering bertindih antara satu sama lain dengan meninggalkan kecelaruan mengenai apa yang harus diukur, apakah cara penyelesaian terbaik dan siapa yang harus bertanggungjawab dalam setiap keadaan yang berbeza.

Desakan globalisasi ekonomi negara membuka peluang pekerjaan bukan sahaja kepada warga negara jiran malah menarik lebih banyak penghijrahan daripada negara barat. Ini mengundang lebih banyak kemasukan buruh dari luar negara ke dalam negara sama ada secara sah atau tidak. Ini membuka peluang kepada keadaan memanipulasi mangsa oleh sindiket-sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk mengaut keuntungan. Tanpa ukuran yang lebih jelas mengenai subjek-subjek yang harus dilindungi atau dihukum, mengundang lebih banyak masalah dalam mengawal kebanjiran warga asing di negara ini. Undang-undang buruh harus diberi keutamaan dalam mengatasi masalah eksploitasi buruh bagi memberi lebih ganti rugi yang lebih wajar terhadap mangsa, kerana undang-undang berkenaan hak asasi manusia lebih bersifat melindungi daripada memberi keadilan yang sewajarnya kepada mangsa.

(8)

Manakala tanpa sokongan yang mencukupi, menyebabkan mangsa tidak berani tampil ke hadapan menuntut hak mereka, lebih-lebih lagi jika mereka merasakan meraka telah menyalahi undang-undang. Akhirnya, mereka terus bersembunyi tanpa dikenal pasti dan terdedah kepada eksploitasi secara berterusan.

Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 mentafsir ‘eksploitasi’ sebagai meliputi perlakuan eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang, dan pemindahan organ manusia. Berdasarkan pentafsiran tersebut, eksploitasi buruh juga tergolong dalam pentafsiran yang dimaksudkan oleh penggubal. Namun, secara realiti buruh paksa dan migran haram yang memasuki Malaysia sukar dibezakan oleh pihak kastam dan pihak imigresen.

Oleh itu, mangsa buruh paksa dianggap migran haram yang menceroboh masuk ke dalam negara. Ini dilihat melalui lambakan migran haram atau Pendatang Asing Tanpa Izin yang ditahan di depot-depot pertahanan, di mana kebanyakan mereka dibawa masuk menggunakan dokumen palsu dan dipaksa bekerja dengan upah yang tidak sepadan dengan pekerjaan yang mereka lakukan, malah ada di antara mereka tidak dibayar gaji dan diugut untuk terus bekerja.

Cadangan untuk penguatkusaan dan penambahanbaikkan ATIPSOM

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan cadangan penyelesaian isu penguatkuasaan serta tafsiran ini harus seiring dengan peningkatan aspek-aspek luaran seperti berikut:

a. Memperkukuhkan mekanisme perundangan. Keberkesanan pelaksanaan undang-undang yang telah dikuatkuasakan boleh dicapai dengan membuat kajian semula dan memperbaiki undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan penyiasatan,pendakwaan dan hukuman. Prosedur Operasi sedia ada boleh dikaji semula sekiranya dirasakan perlu untuk mempertingkatkan tahap siasatan, perlindungan dan pendakwaan selaras dengan kehendak semasa.

Cadangan dengan menyenaraikan kesalahan jenayah pemerdagangan orang di dalam Kanun Keseksaan[Akta 574] atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], adalah ianya akan dapat mencegah daripada berlakunya jenayah ini.

(9)

c. Pindaan penalti dan hukuman dalam ATIPSOM perlu dilakukan demi membuktikan betapa seriusnya jenayah pemerdagangan manusia ini. Adalah dicadangkan penalti dinaikkan hingga RM 5 juta serta memasukkan hukuman sebat serta gantung sampai mati terhadap pesalah berkait dengan pemerdagangan manusia. Selain daripada itu juga,kerajaan juga harus melancarkan atau mengadakan satu Pelan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang sebagai panduan melaksanakan usaha membenteras jenayah tersebut. Pelan itu perlu menggariskan strategi kerajaan dalam membenteras jenayah tersebut pada peringkat domestik dan antarabangsa. Program kesedaran awam juga turut perlu diperhebatkan antarnya menarik penyertaan NGO serta agensi swasta dalam usaha membenteras jenayah ini.

d. Mengkaji undang-undang negara lain atau undang-undang antarabangsa berkenaan dengan pendekatan yang digunakan oleh negara tersebut. Kerjasama erat dengan negara-negara Asean dan negara-negara luar seperti Australia,Amerika Syarikat,Belanda,United Kingdom dan pertubuhan antarabangsa penting ke arah membenteras jenayah itu serta membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan kekaburan yang undang-undang yang melindungi mangsa pemerdagangan orang dengan migran haram yang berpindah tanpa dokumen yang sah.

(10)

Rujukan

Allen, R., Beale, A. and Crasnow, R. 2007. Employment Law and Human Rights. Oxford: Oxford University Press.

Bales and Kevin. 2000. Expendable People: Slavery in the Age of Globalization. Journal of International Affairs 53 (2):461.

Che Guevara. 1964. On Development. Plenary session of the United Nations Conference on Trade and Development in Geneva, Switzerland.

Congressional Quarterly Researcher. 2004. Human Trafficking and Slavery. Volume 14, Number 12. http://www.hrusa.org/workshops/trafficking/CQResearcher.pdf.

Clift, Stephen and Simon Carter (2000). Tourism and Sex. Cengage Learning EMEA. pp.

Dr. Rohani Abdul Rahim et al. 2008. An Interpretation on the Malaysia Anti-Trafficking in Persons Act, 2007 (Act 670) and its Foreseeable Impact on the Indonesian Women Migrant Labor. Yogyakarta: Siti Hariti Edit, Women in Public Sector, Pusat Studi Wanita Universitas Gadjah Mada dan Penerbit Tiara Wacana.

International Labour Organization. 2005. Human Trafficking and Forced Labour Exploitation. Guidance for Legislation and Law Enforcement. Geneva.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013. Penyiasatan Tenaga Buruh, Profil Bukan Warganegara.

Jones. S. 2000. Making Money Off Migrants: The Indonesian Exodus to Malaysia. Hong Kong: Asia 2000 Ltd.

Jones R. Prevention as The New Approach to Human Trafficking. Resourse Net Friday File. http://www.uncjin.org/Documents/Conventions/conventions.html.

Kementerian Dalam Negeri. 2014. Statistik Kes Pemerdagangan Orang Mulai 28.02.2011 Sehingga 30.10.2014. http://www.moha.gov.my.

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM). 2010. Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). 2012. Trafficking in Women and Children. Report. Kuala Lumpur: Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM).

United Nations Office on Drugs and Crime. http://www.unodc.org/unodc/en/human-trafficking/what-is-human-trafficking.html.

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan yang disampaikan oleh Nurgiyantoro (2005: 227) bahwa ada tiga unsur pokok dalam latar yang meliputi latar tempat, waktu, dan sosial. Penyampaian latar

Kesimpulan dari penelitian ini adalah Secara Parsial Ukuran Perusahaan, Profitabilitas, Solvabilitas, Opini Auditor, dan Jumlah Komite Audit tidak mempunyai pengaruh

Seperti pada upacara kematian keluarga Tumanggor daerah saentis pada tanggal 21 Maret 2012 (gambar peta 3), istri dari yang meninggal tidak bisa mangandungi dengan menggunakan

dengan bangunan-bangunan yang megah” (HR. Hindari kesan dan makna yang sombong pada bangunan oleh sebab perasaan yang sombong mengiringinya ketika membuatnya. Niat yang sombong

Upaya ± upaya yang dilakukan oleh Pemerintah Kabupaten Pemalang khususnya Dinas Kesehatan dalam melakukan program pengurangan Angka Harapan Hidup terkait Angka

Ini menjelaskan bahwa prosesi tradisi barongsai antara kedua vihara sama, dan memiliki biksu yang memiliki peran yang sangat penting, juga dosetiap tradisi

Dalam proses E-Procurement di lembaga pemerintahan, semua pengadaan barang dan jasa harus mengacu pada aturan dasar hukum yang berlaku di wilayah setempat, termasuk

Pembeli yang tidak melunasi kewajiban pembayaran lelang sesuai ketentuan (Pembeli Wanprestasi), maka pada hari kerja berikutnya pengesahannya sebagai Pembeli