• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN

Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-

(a) dokumen cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga dan sebarang dokumen lain yang perlu disempurnakan sepertimana dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada Bank.

(b) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga telah disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika berkenaan);

(c) setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank; (d) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah

disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;

(e) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;

(f) anda atau mana-mana pihak cagaran tidak melakukan sebarang Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;

(g) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau penjamin atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank.

Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya.

2. CAGARAN

2.A DEPOSIT TETAP/ DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN

(a) Jika deposit tetap/ deposit terma dinyatakan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran sebagai cagaran yang diperlukan, Peminjan (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) melalui cagaran berterusan dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang dalam kredit dalam Deposit Tetap yang dirujuk di dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran (selepas ini dirujuk sebagai "FD") sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran.

(2)

(b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah dan/atau keuntungan ke atasnya (melainkan faedah/keuntungan yang tersebut adalah dibenarkan untuk dikeluarkan oleh terma penempatan) pada tarikh matang mengikut sebarang terma yang dianggap wajar olehnya dan gadaian/ penyerahan hak FD hendaklah termasuk semua faedah dan/atau keuntungan yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik.

(c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi bicara mutlak dan kebebasan pada sebarang masa atau dari semasa ke semasa dan walau tempoh bagi FD atau mana-mana bahagiannye yang telah ditempatkan mungkin telah tamat tempoh, dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak FD (termasuk sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai liabiliti atau bertanggungjawab untuk sebarang kerugian kepada Peminjam atau pihak cagaran termasuk kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalain yang sengaja.

(d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, FD dan sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru tidak boleh dikeluarkan atau diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diwujudkan sebarang hak memihak kepada atau diberikan kepada mana-mana pihak.

(e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau pihak cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau penyerahan hak mutlak terhadap FD dan Peminjam (dan/atau pihak cagaran, jika berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank.

2.B UNIT AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, UNIT AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 DAN UNIT AMANAH SAHAM NASIONAL OLEH AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA KEPADA BANK

(a) Jika ditetapkan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran ini sebagai cagaran yang diperlukan, Peminjam dengan ini secara mutlak menyerah hak, dan/atau mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap pertama Unit Amanah Saham Bumiputera, Unit Amanah Saham Wawasan 2020 dan Unit Amanah Saham Nasional oleh Amanah Saham Nasional Berhad yang dimiliki oleh Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) dan cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank (selepas ini dirujuk sebagai "Unit ASB") sebagai cagaran berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, semua dan/atau sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan semua cagaran lain sehingga tarikh pembayaran.

(b) Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya memerlukan Peminjam melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan sebarang borang atau dokumen, notis, sokongan bagi

(3)

tujuan menyempurnakan penyerahan hak Bank keatas Unit ASB, dan Peminjam hendaklah bertindak/lakukan sebagaimana yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank.

(c) Sebarang Unit ASB yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah, kecuali dipersetujui sebaliknya oleh Bank, berbayar sepenuhnya atau dikreditkan sebagai berbayar sepenuhnya. Pelaburan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan atau bebanan daripada mana-mana pihak.

(d) Setelah Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam hendaklah (kecuali telah melakukannya sebelum ini): -

(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan semua sijil-sijil dan/atau bukti jubin dokumentari lain yang berkaitan kepada Bank atau pemilikan kepada Unit ASB sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya,

(ii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang sijil atau sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.

(e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Unit ASB tidak boleh dikeluarkan atau diserah hak atau dipindahkan tidak juga diwujudkan amanah terhadapnya tidak juga sebarang hak terhadapnya diwujudkan bagi pihak atau diberikan kepada mana-mana pihak.

(f) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau boleh mengurangkan nilai sebarang Unit ASB atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak yang diwujudkan disini.

(g) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Margin Pembiayaan tidak dilampaui sama ada dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank cagaran tambahan yang diluluskan oleh Bank dan dengan itu cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian daripada Unit ASB di sini atau dengan membayar kepada Bank atau penamanya secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank. (h) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan

dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi bicara Bank, selepas notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar diberikan, jika Peminjam gagal membayar atau menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank di bawah Kemudahan ini.

(i) Bank merizabkan hak untuk memusnahkan secara serta merta, membubarkan atau menjual Unit ASB tersebut yang disandarkan atau dicagarkan kepada Bank, yang difikirkan patut melalui ejen yang dilantiknya atau mana-mana syarikat dalam Kumpulan CIMB Group Holding Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya Peminjam lalai dalam bayaran balik Kemudahan Peminjam atau apabila berlakunya apa-apa kejadian yang melanggar perjanjian seperti yang dinyatakan di sini atau pelanggaran Peminjam terhadap apa-apa obligasi kepada Bank di bawah Kemudahan ini. Hasil jualan ini akan dikreditkan kearah memulihkan dan/atau

(4)

menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank. Apa-apa kekurangan dalam akaun itu akan diselesaikan oleh Peminjam. Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-

(i) mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Unit ASBatau mana-mana bahagian daripadanya;

(ii) menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Unit ASB atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi bicaranya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank);

(iii) melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak sampingan dengan pemilikan Unit ASBatau mana-mana bahagian daripadanya;

(iv) menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan Unit ASBatau mana-mana bahagian daripadanya;

(v) membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan

(vi) mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk merealisasikan Unit ASBdan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada Bank.

Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada Bank.

(j) Sebarang dividen, faedah, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau sebaliknya, dari permulaan Kemudahan sehingga semua liabiliti dibayar balik sepenuhnya kepada Bank, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan dibayar kepada Bank apabila dituntut melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

(k) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak lain atas sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian daripada Unit ASB atau atas sebarang keingkaran atau peninggalan oleh Bank berkaitan dengan Unit ASB atau kerana Bank melaksanakan atau tidak melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak padanya melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

(5)

2C. CAGARAN BERTERUSAN

Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap pihak cagaran dari semasa ke semasa, meskipun: (a) Peminjam atau mana-mana pihak cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu

jangka masa;

(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya;

(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat pada susunan mana-mana pihak cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank; atau

(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana pihak cagaran, sama ada secara sukarela atau paksa.

2D. LIEN DAN HAK LAIN

(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau pihak cagaran, mempunyai lien am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau pihak cagaran yang kini atau mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau secara amnya.

(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi jumlah prinsipal yang belum dijelaskan dari semasa ke semasa di bawah Kemudahan atau sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut.

2E. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT

Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank.

(6)

3. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN

(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di dalam Surat Tawaran.

(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank.

(c) Kadar faedah (termasuk faedah pada Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah Semasa, daripada tanda aras Kadar Asas Bank, spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank.

(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap Kemudahan dan perubahan pada sebarang kadar faedah yang diperuntukkan di dalam ini berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan/atau kadar faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam.

(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-bila masa selepas tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan hendaklah dicagar dan dibayar sewajarnya.

"Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh Bank.

4. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN

MAHKAMAH

Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan selaras dengan Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah pada Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan daripada undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah hendaklah dengan sama-rata kena kepada faedah yang dimodalkan dan meskipun perhubungan jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua.

(7)

Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak, semua faedah yang didebitkan dan faedah yang telah dimodalkan hendaklah disifatkan sebagai faedah dan bukan had prinsipal.

5. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN

SYARAT-SYARAT

Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang dokumen cagaran lain, Bank berhak untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, setelah memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam fasal 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;-

(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);

(b) cara Kemudahan disediakan;

(c) sebarang terma dan syarat lain Kemudahan; dan/atau (d) sebarang dokumen cagaran berkaitan dengan Kemudahan.

Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syarat-syarat Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang dokumen cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang dokumen cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

5A. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN

Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:-

(a) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau

(b) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank, notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan

(8)

notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau (c) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan

tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau

(d) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau

(e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.

6. PEMBAYARAN BALIK

(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran, segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar apabila dituntut. (b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang

dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank (melainkan ada terdapat kesilapan yang nyata di dalam pemberitahuan Bank tentang jumlah yang terhutang itu) dalam masa tujuh (7) hari kalendar.

(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.

(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran, Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut tidak dibuat.

7. REPRESENTASI DAN JAMINAN

Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:

(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini;

(9)

(b) baik Peminjam mahupun mana-mana pihak cagaran tidak mengingkari sebarang perjanjian (sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana Peminjam atau mana-mana pihak cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;

(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau diancam terhadap Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;

(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan Peminjam;

(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan pihak cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau pengurusan perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana pihak cagaran yang akan menjejaskan secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan pihak cagaran untuk melaksanakan obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau dokumen cagaran;

(f) Peminjam dan jika berkenaan dan setiap pihak cagaran adalah pemilik undang-undang dan benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan dokumen cagaran;

(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam atau asetnya;

(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua fakta berkaitan dengan Peminjam dan pihak cagaran yang diketahui atau secara munasabah sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam konteks Kemudahan;

(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh Peminjam dan jika berkenaan, setiap pihak cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;

(j) Peminjam dan setiap pihak cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang sivil dan perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah Kemudahan dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di bawah ini merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau awam dan Peminjam, pihak cagaran mahupun mana-mana harta/Cagaran tidak menikmati sebarang kekebalan atas alasan kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan;

(10)

(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam dan/atau mana-mana pihak cagaran;

(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing) (m) Peminjam dan setiap pihak cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen,

pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang dibayangkan oleh Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika berkenaan dan dokumen cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam atau mana-mana pihak cagaran; dan

(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam: (i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat

Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;

(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran adalah sah, mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan

(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia; dan (o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan').

Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari.

8. KOS, PERBELANJAAN DAN FI

Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:

(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, pencetakan, perbelanjaan tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan Kemudahan atau langkah mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh

(11)

Peminjam selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam selama tujuh (7) hari kalendar, atas dasar tanggung rugi penuh.

(b) Jika berkenaan, dokumen cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada peguamcara tersebut semua fi undang-undang dan kos sampingan berkaitan dengan langkah menyediakan, selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam selama tujuh (7) hari kalendar (termasuk lain-lain duti dan cukai yang sama dan mana-mana denda atasnya dan 'upstamping') dan mendaftarkan apa-apa dokumen cagaran yang diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh Peminjam.

(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi kepada peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi penilaian, caj jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung dengan langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau penguatkuasaannya dan/atau dalam menjalankan mana-mana haknya dan remedi di bawah Surat Tawaran ini, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau dokumen-dokumen cagaran berhubung dengan Kemudahan ini. Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai, melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

(d) Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila masa untuk komisyen, caj, fi, duti setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk kos yang disebut dalam Fasal 8(c) di atas. Jumlah yang didebit tersebut akan dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Had Lebihan dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di dalam ini pada akhir setiap bulan kalendar.

(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang berhubungan dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Kemudahan Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan.

9. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG

Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, Bank tertakluk pada mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa boleh menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya mengikut sebarang cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau memindahkan sebarang jumlah

(12)

wang yang diterima atau digantikan dalam kredit akaun bank Peminjam tidak kira jenisnya dan di mana jua lokasinya untuk menjelaskan jumlah yang kena dibayar kepada Bank kepada akaun gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam kepada Bank.

10. PENDEDAHAN

Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan, Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank:

(a) kepada ejen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank yang lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian yang mungkin merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;

(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;

(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan Peminjam;

(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-terma Perjanjian ini;

(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank ("syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia;

Untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah mahkamah.

Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa

(13)

melalui notis kepada Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603 6204 7788

Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran daripada Peminjam telah diperolehi.

Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan ejennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan, ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

11. FASAL PRIVASI

(a) Peminjam mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com ) dan fasal-fasal di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi mengelakkan keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai terkandung di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini secara rujukan. (b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan

dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan tanggungan (di mana Peminjam seorang individu ) atau maklumat yang berhubungan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan Peminjam (di mana Peminjam sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun / kemudahan Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya mengikut Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini kepada Bank secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk menamatkan perjanjian dan Kemudahan ini, sekiranya persetujuan dari mana mana pihak ketiga tersebut ditarik balik.

(c) Di mana Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses(sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut.

(14)

(d) Bank mungkin pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa sekarang dan/atau di masa hadapan melakukan pemeriksaan rujukan yang perlu termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan kredit/rujukan pemeriksaan dengan agensi pelaporan / agensi rujukan termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, Perkhidmatan Maklumat Kewangan (FIS) dan/atau sebarang agensi-agensi lain dan/atau dari sebarang institusi kewangan bagi membolehkan Bank untuk menentukan status Peminjam sebagaimana yang dikehendaki untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) memeriksa butiran mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio-portfolio Peminjam; mendapatkan semula hutang dan/atau sebarang tujuan berkait dengan atau berhubung dengan Kemudahan ini. Peminjam akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang Peminjam gunakan atau telah gunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Peminjam dan bagaimana Peminjam menguruskan akaun/kemudahan Peminjam dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan.

(e) Selepas Peminjam memberi maklumat Peminjam kepada Bank, Peminjam masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut.

(f) Bank menyimpan hak untuk meminda fasal ini dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank dan akan memberi notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar secara bertulis kepada Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau meletak notis-notis di dewan perbankan atau di ruang utama di dalam cawangan-cawangan Bank.

(g) Untuk tujuan fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.

(h) Peminjam selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan pada mana-mana peristiwa untuk bertanggungjawab keatas mana-mana tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan atau sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau secara mana pun ia terjadi, sama ada di dalam perjanjian, tort, kecuaian, liabiliti keras atau sebarang asas (termasuk secara langsung atau bukan secara langsung, istimewa, bersampingan, berbangkit atau ganti rugi punitiva atau kerugian atas keuntungan atau simpanan), daripada sebarang ketidaktepatan atau kerugian, penghapusan atau pengubahsuaian maklumat atau sebarang alasan-alasan lain apa jua yang berkaitan kepada mana-mana informasi yang dikemukakan oleh Bank kepada laporan kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut, sebagaimana kes itu mungkin akan, atau berhubung dengan mana-mana akses atau guna, atau ketidakupayaan untuk akses atau guna oleh laporan kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut atau sekutu pada informasi yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh sebarang teknikal, perkakasan, atau kegagalan perisian yang sebagainya, gangguan, kesilapan, peninggalan,

(15)

penundaan, virus atau bagaimana jua pun selainnya, melainkan punca yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau secara langsung oleh Bank atau kesilapan yang sengaja.

(i) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada fasal-fasal lain di dalam Perjanjian ini yang berkaitan dengan pendedahan maklumat

12. PENYATA OLEH BANK

Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau ejenBank yang diberi kuasa pada masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah yang perlu dibayar akan tersimpan sebagai kesilapan yang nyata, menjadi bukti konklusif untuk segala tujuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undang-undang). Di samping itu, jika Peminjam gagal melaporkan kepada Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya dalam empat belas (14) hari kalendar dari tarikh penyata dan notis Bank, penyata atau notis tersebut akan menjadi bukti konklusif tentang liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang dinyatakan di dalamnya.

13. PERISTIWA KEINGKARAN

Meskipun obligasi keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua jumlah yang belum dijelaskan apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam, menjadi kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank selepas tujuh (7) hari kalendar dari notis bertulis Bank tersebut akan menjadi dengan serta-merta boleh dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan pengeluaran lanjut atau ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku satu atau lebih daripada satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan):

(a) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran gagal membayar kepada Bank (i) sebarang wang terhadap Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih keluar/wang berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.

(b) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran melanggar atau mengancam untuk memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang diserahkan selaras dengan Kemudahan atau dokumen cagaran dan gagal meremedi kemungkiran tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas notis daripada Bank atau sebarang tempoh lain yang ditetapkan oleh Bank.

(c) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau mana-mana syarikat di mana Peminjam dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada melalui pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau mempunyai obligasi untuk bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat Peminjam) gagal membayar pada tarikh kena dibayar sebarang wang yang perlu dibayar oleh Peminjam di bawah Kemudahan ini.

(16)

(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang harta atau aset Peminjam atau pihak cagaran dan tidak dibayar atau dilepaskan dalam tempoh lima (5) hari kalendar daripada tarikh permulaan distres atau pelaksanaan tersebut.

(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau jenayah) diambil terhadap Peminjam atau mana-mana pihak cagaran.

(f) Jika Peminjam atau mana-mana pihak cagaran dihukum bankrap atau melakukan tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran menjadi tidak waras atau meninggal dunia.

(g) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran memasuki persetujuan, moratorium atau pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk manfaat Peminjam/pemiutangnya.

(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana pihak cagaran yang menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau pihak cagaran untuk melaksanakan obligasi Peminjam atau pihak cagaran yang terkandung di dalam ini atau di bawah sebarang dokumen cagaran.

(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau, jika berkenaan, aset mana-mana pihak cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau undang-undang. (j) Jika Bank berpendapat bahawa cagaran memihak kepadanya selaras dengan dokumen

cagaran terancam.

(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

(l) Jika Peminjam dan/atau mana-mana pihak cagaran gagal untuk mengendalikan akaun Peminjam/mereka di sini dengan Bank dalam cara yang memuaskan.

(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau pihak cagaran adalah tuan punya tunggal atau perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material terhadap pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.

(n) Jika Peminjam atau pihak cagaran (sebagai tuan punya tunggal, perkongsian) berhenti atau mengancam untuk berhenti menjalankan keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan Peminjam/perniagaannya.

(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana pihak cagaran (sebagai peniaga tunggal/perkongsian) terancam.

(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau dibayangkan secara tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada tarikh representasi atau jaminan tersebut dibuat.

(17)

(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau menyalahi undang-undang.

(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam (atau keupayaan atau kesanggupan mana-mana pihak cagaran) untuk mematuhi semua atau mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma atau Syarat-Syarat Utama ini atau obligasi pihak cagaran di bawah dokumen cagaran.

(s) Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam terdiri daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana pihak cagaran telah meninggal dunia atau menjadi tidak waras.

(t) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis panduan oleh Peminjam.

Bagi tujuan fasal ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan terhadap "Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi Peminjam, tidak kira sama ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada Bank.

14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA

HADAPAN

Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan masa hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa sama ada sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau pihak cagaran hendaklah dijamin oleh cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada Bank. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada Peminjam dan pihak cagaran (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau sebarang mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan menolak atau memindahkan sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu atau lebih daripada satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang keterhutangan Peminjam dan pihak cagaran setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam dan pihak cagaran. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam Akaun.

15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/KEPERLUAN KAWAL SELIA / AKTA

PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013

(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan dengannya.

(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada representasi dan akujanji oleh Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuannya untuk memberi atau membuat atau menyediakan Kemudahan secara berterusan kepada

(18)

Peminjam tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang sedia ada atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan ditetapkan oleh atau dinyatakan dalam arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau dari semasa ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") dan/atau mana-mana orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank ("Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) semua peruntukan yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan semua garis panduan dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua garis panduan BNM tentang atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Bank, dan (ii) sebarang had atau sekatan peminjaman yang boleh dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.

(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika mana-mana Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana-mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.

(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki oleh dan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap sebagai membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya adalah benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang jumlah masih perlu dibayar.

16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)

Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di mana Bank merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek tendang dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu laporan akan dihantar kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.

17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK

Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua atau mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana dokumen cagaran kepada mana-mana pihak lain dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan sebarang hak, manfaat dan obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan /atau sebarang dokumen cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bank dan setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah batal dan tidak sah.

18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang

(19)

kuasa Mahkamah Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses undang-undang terhadap sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam dengan menghantar sesalinan writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-undang lain melaui pos pra-bayar (atau sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-undang) ke alamat Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir Peminjam yang diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos, writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau sebarang proses undang-undang lain tersebut akan dianggap sebagai disampaikan kepada Peminjam dua (2) hari selepas tarikh pengeposan meskipun notis atau tuntutan tersebut mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas apa-apa sebab pun jua.

19. CARIAN KEBANKRAPAN

Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan ke atas Peminjam/mana-mana pihak cagaran sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung dengan carian kebankrapan hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

20. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.

21. NOTIS

(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk sebagai "Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara bertulis.

(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau kaedah lain yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi Bank (termasuk notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu ditandatangani) kepada Peminjam di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel yang terakhir diketahui yang dimaklumkan oleh Peminjam secara bertulis. Peminjam hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada alamat dan/atau butir-butir hubungan Peminjam. Notis akan dianggap telah dihantar kepada Peminjam;-

(i) sekiranya melalui pos, tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun Notis tersebut dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;

(ii) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran; (iii)sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;

(iv)sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak menerima mesej kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada penyedia host penerima pada hari penghantaran.

(v) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.

(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh Peminjam atau jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh Peminjam dan diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan secara bertulis oleh Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh Bank apabila

(20)

sebenarnya diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk menentusahkan identiti Peminjam atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin dikehendaki menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti dokumen (termasuk Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos ditanggung oleh Peminjan. Jika penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap diterima oleh Bank hanya apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang diminta oleh Bank.

(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan dan memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut sebarang cara dan pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.

22. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN

Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Fasal 5 dan meskipun sebarang peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak selepas memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar dan tanpa menjejaskan cagaran yang diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau mana-mana dokumen cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut, mengubah, menukar atau menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan perbankan lain yang akan diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau menukar Kemudahan menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran akan menjamin kemudahan lanjut atau kemudahan yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan nombor akaun baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan akaun-akaun sedia ada Peminjam dengan Bank kepada akaun baru apabila perubahan, penukaran atau penggantian tersebut dilakukan, tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran.

23. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN

Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan hak, kuasa dan remedi yang diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau dokumen cagaran, untuk;-

(a) memberikan kepada Peminjam atau mana-mana pihak cagaran sebarang tempoh masa atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;

(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri daripada menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau hak lain yang dipunyai oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari semasa ke semasa daripada atau terhadap Peminjam mana-mana pihak cagaran;

(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau persetujuan dengan Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;

(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau

(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia ada atau tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau Kemudahan kepada anda dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang kemudahan sedia ada yang telah diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak terhad kepada) penggantian,

(21)

penambahan, kenaikan atau pengurangan pun jua atau sebaliknya menurut terma-terma masing-masing.

24. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS

Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi Peminjam untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana peruntukan Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika berkenaan, sebarang dokumen cagaran terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas, akan membangkitkan kausa tindakan yang berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira sama ada sebarang penepian atau kelonggaran diberikan oleh Bank terhadap sebarang obligasi lain, akan kekal berkuat kuasa dan berkesan meskipun sebarang penghakiman, perintah, tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu terhadap kewajipan lain dan boleh disandarkan dan dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan atau serentak, dengan atau tanpa perlu memulakan sebarang tindakan lain di bawah obligasi tersebut atau di bawah sebarang dokumen cagaran atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak, menjual atau melupuskan sebarang aset atau Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin disediakan sebagai cagaran kepada Bank dari semasa ke semasa.

25. PEMINJAM BERSAMA

Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan ini bersetuju bahawa:

(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat ke atas semua peminjam secara bersama dan berasingan;

(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar (termasuk liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan sebarang jumlah lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar dan dengan serta-merta perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama ada apabila dituntut atau apabila berlakunya peristiwa keingkaran yang melibatkan mana-mana peminjam.

26. KENAIKAN KOS

Peminjam hendaklah selepas memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar membayar dengan segera kepada Bank, sebarang jumlah yang boleh ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kos atau kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang undang-undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa dokumen cagaran yang dimasuki:-

(a) menyebabkan Bank menanggung kos; atau

(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran.

(22)

27. MAKLUMAN

Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang peristiwa keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran dalam tempoh tiga (3) hari kalendar perniagaan apabila kejadiannya diketahui oleh Peminjam.

28. KESAN MENGIKAT

Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima serah hak Peminjam yang dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.

29. TANGGUNG RUGI

Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan tanpa menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan atas sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang atau sebaliknya, (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang ditanggung oleh Bank atas dasar peguamcara-anakguam) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat sebarang keingkaran untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan tersebut dan faedah ke atasnya atau mana-mana bahagian daripadanya atau sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di bawahnya atau di bawah dokumen cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau mana-mana terma penetapan perjanjian dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh pihak cagaran yang terkandung di dalam ini atau di bawah dokumen cagaran, dan kerugian, kerosakan dan perbelanjaan tersebut hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah yang diperakui oleh Bank (perakuan tersebut hendaklah disertai dengan asas dan pengiraan jumlah tersebut dan menjadi konklusif dan mengikat Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan nyata). Kewajipan untuk menanggung-rugi Bank bagi segala kerugian dan kerosakan dan perbelanjaan, apa jua pun, di bawah fasal ini tidak akan terpakai sekiranya ia timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kesilapan yang sengaja.

30. MASA

Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas.

31. AKUJANJI

Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa kepada Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara dan untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan wajar oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana orang dan juga untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang tersebut selaras dengan akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang pembayaran dan/atau melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji tersebut tanpa perlu menjalankan penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau pihak cagaran tidak berhak sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau menuntut agar Bank menahan sebarang pembayaran atau menahan daripada melaksanakan sebarang obligasi yang dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada Peminjam dan/atau pihak

Referensi

Dokumen terkait

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

Berdasarkan latar belakang yang sudah diuraikan, rumusan masalah yang akan dibahas dalam tugas akhir ini adalah bagaimana membuat suatu sistem informasi berbasis web

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar

yang senantiasa memberikan segala rahmat sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Return On Investment, Return On Equity, Total Asset Turn

Pada akhir penelitian ini diharapkan dapat diketahui keberhasilan pngemasan protein RIP MJ-30 dalam bentuk nanopartikel dengan mengunakan polimer alginat yang bermuatan

(Cooling only unit can’t receive heating mode signal. If set HEAT mode by remote controller, press ON/OFF button can’t turn on the air conditioner.).. AUTO COOL DRY FAN HEAT(Only

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Adapun tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk mengetahui apakah hasil belajar kognitif siswa dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif tipe course review