• Tidak ada hasil yang ditemukan

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam

Zaman Penuh Fitnah

Salah Satu Informasi Terpenting Buat Ibu Bapa Yang

Beriman!

(2)

2

Salam Dari Penulis,

Terdapat banyak akhbar-akhbar kini menceritakan bagaimana anak-anak sekarang mudah terpengaruh dengan gejala yang kurang sihat di luar sana. Pengaruh barat tak henti-henti mengancam pemikiran anak-anak muda sekarang dan ditambah pula dengan penggunaan Media Sosial yang menjadi wadah komunikasi dan hiburan tanpa batas dan seakan telah menjadi darah daging kita!

Seram kan? Kita pun terjebak sama dengan keadaan sedemikian. Bukan atas kehendak, tetapi memang sudah menjadi budaya orang-orang yang hidup zaman kini. Seorang nenek pun sudah ada telefon bimbit bijak. Dan jangan terkejut kalau beliau ada apps Facebook, Twitter atau selainnya di dalamnya.

Tidak menghairankan lagi untuk kita semua berinteraksi dan terus aktif menggunakan kemudahan yang kita semua perolehi. Tetapi, bukan segalanya baik buat diri sendiri, apatah lagi untuk anak-anak kecil kita kan?

Ada cara dan kaedah yang efektif dalam mendidik anak-anak kita agar mereka terus dapat mengawal gejolak perasaan mereka yang senantiasa ingin tahu keadaan sekeliling mereka. Semuanya adalah trend, rasa risau juga juga kalau anak-anak kita lambat atau kurang mengikuti trend semasa.

(3)

3

BERMULA DENGAN DIRI KITA SENDIRI

Kita harus sedaya upaya beranikan diri untuk berbual dan menerangkan kenapa kita melakukan sesuatu perkara apabila anak-anak kita mempersoalkannya.

Bayangkan dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang, apa akan jadi pada diri anak-anak kita kalau kita tak mampu mengawal kesabaran kita? Banyak sebenarnya perlu kita berterus terang dengan mereka, seperti menceritakan tentang kejadian alam, alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk memberitahu anak-anak kita kerana mereka memerlukan segala ilmu dunia dan akhirat untuk mereka hidup. Tanpa garisan dan panduan atau pemahaman yang kukuh, akan goyang keimanan mereka dan ini akan mendatangkan banyak masalah di dalam keluarga dan juga masyarakat. Dan sudah pasti tidak ada ibubapa yang ingin anak mereka terjebak dalam keadaan sebegitu.

Sebelum kita hendak mendidik, kita haruslah bermula dengan diri sendiri dengan belajar dan melengkapkan diri secukupnya. Walaupun ilmu itu luas, jangan sesekali kita berhenti belajar, kerana setiap tindakan dan pergerakan kita diawasi anak-anak kita.

(4)

4

PENDIDIKAN ANAK ADALAH PELABURAN YANG TERPENTING

Memang terdapat pelaburan di pasaran masa kini. Pelaburan yang mampu bantu menjana kewangan sampingan untuk meningkatkan kewangan famili kita. Memang ia akan betul-betul membantu, akan tetapi, persoalannya, adakah ia pelaburan yang terbaik untuk famili kita?

Menurut Prof Dr Muhaya, pelaburan yang terbaik di dalam dunia ini adalah pelaburan dalam pendidikan anak-anak kita, pendidikan menyeluruh atau holistik untuk generasi kita akan datang. Ia amat perlu sekarang lagi-lagi buat era zaman kita yang terus mencabar!

Dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang kita sebagai umat Islam hadapi hari ini, kita dan generasi kita perlu melengkapkan diri sepenuhnya dengan ilmu yang betul. Masalah kekurangan adab yang sedang berleluasa kini banyak disebabkan kurangnya perhatian dalam menuntut ilmu agama.

Jadi sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus melibatkan diri dan anak-anak dalam menimba ilmu-ilmu yang bermanfaat agar kita terus menerus dapat memperbaiki diri dan dapat juga berkongsi dan memberi manfaat kepada orang dan alam sekeliling kita.

(5)

5

SAHAM AKHIRAT IBUBAPA

Seperti sabda Nabi yang bermaksud, apabila seseorang itu meninggal, dia akan meninggalkan segala-galanya melainkan 3 perkara,

1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang bermanfaat 3. Doa anak-anak yang soleh

Dapat bayangkan tak, betapa pentingnya pendidikan anak-anak kita untuk menjadi anak yang soleh, yang taat dan patuh dengan perintah Allah dan Rasul, yang taat pada perintah ibubapa selagi mana ia tidak melanggar syariat Islam?

Itulah sebenarnya menjadi tujuan utama seorang lelaki dan wanita yang berkahwin. Untuk meneruskan generasi dan pelapis warisan Nabi. Pembawa agama yang satu, dan membawa keamanan kepada sekalian manusia di muka bumi ini.

Tidak ke Allah pernah menyebut bahawa Dia menjadikan kita umat manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? Khalifah yang mentadbir dan membawa ketenangan di mana-mana sahaja? Jadi kenapa pula kita mahu lari dari tanggungjawab yang hanya manusia sahaja mampu memikulnya?

Dan siapa lagi bakal generasi akan datang yang terus membawa keamanan selain dari anak-anak Islam kita? Justeru, ibubapa perlu terus menitikberatkan ilmu dan adab dalam pembangunan generasi kita agar kita merasa tenang sekembalinya kita menghadap Ilahi.

(6)

6

BIJAK MENGURUSKAN MASA

Setuju tak anda kalau saya katakan, ramai ibubapa kini mengeluh tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan hal ehwal anak2 mereka? Mereka selalu serahkan kerja pengurusan anak2 kepada pembantu rumah atau orang tua mereka.

Apa tidak, awal pagi suboh sudah keluar untuk elak trafik jam, dan bila pulang rumah selalu lewat kerana komitmen kerja yang banyak. Bila dah pulang ke rumah pula, mereka rasa letih untuk jenguk anak mereka. Anak tegur atau nak bergurau sikit aje, dah marah2. Lama-lama, apa akan terjadi pada anak-anak yang kurang diberi perhatian semasa mereka kecil? Mereka akan menjauhkan diri dan mereka lebih rapat bersama kawan2. Kalau dapat kawan2 yang baik, alhamdulillah. Kalau tidak?

Jadi, ibubapa harus memainkan peranan penting dalam pengurusan masa dengan bijak. Tidakkah anak itu amanah dari Allah? Tidakkah anak itu bakal pewaris kita yang bakal mentadbir alam selepas peninggalan kita. Bayangkan kalau tidak diberi cukup perhatian pada mereka, mereka membesar dan menjalankan tugasan harian mengikut hawa nafsu yang tak tentu. Itulah sebenarnya yang kita mahu elakkan!

Sebagai saranan, apa yang boleh dilakukan adalah ibubapa haruslah mempunyai jadual harian keluarga agar kita bijak menguruskan waktu kerja dan masa di rumah bersama keluarga. Didikan dan asuhan anak adalah tanggungjawab kita sabagai ibubapa.

(7)

7

Dan cuba adakan aktiviti keluarga setiap hujung minggu untuk mengeratkan lagi hubungan bersama anak yang pesat membesar. Seperti pergi ke taman permainan kanak-kanak atau berehat di tepi pantai. Kita tak tahu bila lagi masa kita bersama anak-anak apabila mereka sudah besar dan sibuk dengan kerja harian mereka.

JAGA PERILAKU DAN PERCAKAPAN KITA

Apa yang kita ungkapkan pada anak-anak kita dengan apa yang kita buat atau cara layanan kita pada orang lain, akan terus diperhatikan oleh anak-anak kita. Kajian menunjukkan, anak-anak akan ikut tingkah laku kita dan bukan perintah kita.

Andai kita bertingkah laku baik pada diri sendiri dan orang sekeliling kita, mereka akan perhatikan dan turut ikut sama perbuatan tersebut. Andai tidak, mereka akan bertindak sedemikian jua.

Ini berbalik pada point no. 1, bermula dengan diri sendiri. Nak anak kita jadi manusia yang soleh dan terus memberi manfaat pada orang lain, diri sendiri mesti lakukan itu dahulu sebelum anak-anak mengikut langkah kita.

Ingat, yang paling utama dalam kehidupan ini ialah pengakhiran kita. Bagaimana kehidupan harian kita bakal menjamin saat sakaratul maut. Itulah puncak kehidupan dan kita semua hendak menghembuskan nafas yang terakhir dalam husnul khatimah.

(8)

8

TANAMKAN SIFAT YAKIN DIRI DALAM DIRI ANAK-ANAK

Dunia semakin tua dan kacau bilau. Ramai manusia sudah bercelaru. Agama mudah dipermainkan-mainkan. Entah siapa yang betul siapa yang salah. Semua pentingkan diri sendiri. Ramai mengejar harta dunia hingga lupakan akhirat mereka. Dan kita tak ingin lihat generasi akan datang lupa diri dek hanyutan dunia.

Anak-anak ini dilahir suci dan bersih bak kain putih, dan ibubapa lah yang mencorak diri anak-anak mereka. Selain pendidikan rohani, perlu dalam zaman yang penuh cabaran ni untuk menerapkan sifat-sifat keyakinan diri dalam diri mereka agar mereka tidak mudah dibuai dengan hasutan dunia yang selalu melalaikan diri sesiapa sahaja yang hidup dalam era ini.

Cara yang termudah untuk meyakinkan diri dalam anak-anak ialah berikan mereka kelonggaran dalam aktiviti harian mereka. Kebebasan untuk berfikir dan menyoal tentang hal ehwal dunia, dan telah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk cuba sedaya upaya memberikan jawapan yang mudah difahami anak itu.

Corak berfikiran anak-anak kini amat berbeza dengan 30 tahun yang lalu. Anak-anak kita berfikiran lebih kritikal. Jadi tidak hairan lah kalau mereka menanyakan soalan-soalan yang kita sendiri tidak pernah fikirkan. Justeru itu, kita kena selalu mempertingkatkan diri untuk terus menuntut, membaca dan tanya pada yang pakar andai kita tidak mampu beri jawapan pada anak-anak.

(9)

9

KELILINGI DENGAN KEADAAN SEKELILING YG BERCIRI ISLAMIK

Pernah ada frasa yang mengatakan, andai kita berkawan dengan tukang besi, bau badan kita akan berbau besi. Dan jika kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, bau badan kita akan berbau wangi.

Siapa di sekeliling kita memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran kita. Begitu juga pada anak-anak kita. Dengan siapa dia berkawan dan bagaimana pula perwatakan kawan anak-anak kita bakal mencorak keperibadian mereka.

Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk senantiasa mengambil masa untuk tahu siapa kawan-kawan anak kita. Setiap ibubapa inginkan anak-anaknya berkawan dengan kawan yang baik, kawan yang selalu mengajak kepada yang ma’aruf dan mencegah dari melakukan yang mungkar.

Dan sebagai ibubapa, selalulah kita berdoa dan mohon pada Allah agar anak-anak kita senantiasa dipelihara dan dikelilingi dengan keadaan dan orang2 yang baik-baik. Kerana bunga-bunga yang tumbuh mekar adalah bunga yang dijaga dan dipelihara dengan baik. Begitu juga dalam pembangunan dan pembesaran anak.

(10)

10

PENUTUP

Banyak sebenarnya tips yang telah dikongsikan oleh pakar seperti Prof Muhaya dan Ustazah Nor Bahyah yang banyak menitikberatkan soal kekeluargaan. Amat-amat digalakkan agar kita terus berusaha meningkatkan ilmu dan amal kita demi generasi akan datang.

Kalau anda rasa ebook ini membantu sedikit sebanyak mengenai pembangunan anak2 pada zaman yang penuh fitnah ni, kongsilah bersama rakan-rakan anda agar kita semua peroleh manfaat dan dapat perbaiki mana yang kurang lagi.

(11)

11

Petikan nota dari:

http://www.kasihbondamama.com/2013/04/7-tips-power-didik-anak-dr-muhaya.html https://anakmuslim.wordpress.com/pendidikan-anak-dalam-islam/

Referensi

Dokumen terkait

Tlp/Fax Alamat email 2 Contact Person.

 Merupakan kesepakatan negara negara anggota WHO untuk memiliki kemampuan deteksi dini dan respons yang adekuat terhadap setiap ancaman kesehatan masyarakat yang

Hasil penelitian menunjukkan air asam di dalam kolam bekas tambang batubara memiliki kandungan total padatan tersuspensi (TSS) yang tinggi, yaitu mencapai 111534 mg/l,

3HQGLGLNDQ DGDODK XVDKD VDGDU GDQ WHUHQFDQD XQWXN PHZXMXGNDQ VXDVDQD EHOD MDU GDQ SURVHV SHPEHODMDUDQ DJDU SHVHUWD GLGLN VHFDUD DNWLI PHQJHPEDQJNDQ SRWHQVL GLULQ\D XQWXN

Dari hasil docking terlihat bahwa senyawa-senyawa yang terkandung dalam daun angsana dapat membentuk kompleks yang stabil dengan PPARγ selain itu jika dilihat

Secara keseluruhan tingkat partisipasi pengrajin batik dalam mengelola limbah industri batik di Desa Trusmi Kulon Kecamatan Plered Kabupaten Cirebon tergolong

kinerja mengajar guru dapat meningkat secara berkesinambungan. Pada variabel mutu madrasah, secara keseluruhan berada pada kategori tinggi. Namun pada dimensi proses masih

Dalam hal ini, bentuk-bentuk simbol komunikasi berupa arak- arakan yang terdiri dari domas, cucuk lampah, dan keluarga dekat untuk menjemput atau mengiringi penganten yang