• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Apakah yang membimbangkan anda? 3

Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

Apakah pilihan anda? 13

Kelebihan dan kekurangan rawatan pilihan anda 14

Sejauh manakah pengetahuan anda 16

Mengetahui apa yang penting untuk anda 17

Adakah anda memerlukan lebih sokongan? 18

Apakah keputusan anda? 19

Kandungan

Buku ini milik:

(3)

Apakah yang membimbangkan anda?

Perasaan terkejut, marah, risau, takut atau sedih selepas mengetahui anda menghidap kanser payudara adalah reaksi biasa. Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk berfi kir dan menerima penyakit kanser payudara yang anda hidapi sebelum membuat keputusan tentang rawatannya.

Wanita yang menghidap kanser payudara peringkat awal selalunya mempunyai persoalan berikut: Kenapa saya mendapat kanser payudara?

Apa sebenarnya kanser payudara? Adakah saya akan mati?

Berapa lamakah masa yang saya ada untuk hidup? Adakah saya perlu menjalani pembedahan?

Adakah cara lain untuk merawat kanser payudara selain daripada pembedahan? Adakah saya perlu menjalani rawatan kemoterapi?

Bolehkah saya mencuba rawatan tradisional atau rawatan alternatif? Bagaimanakah keluarga saya, termasuk suami saya menerima perkara ini? Adakah anak-anak saya juga akan mendapat kanser payudara?

Buku ini akan cuba menjawab persoalan di atas dan membimbing anda untuk membuat keputusan. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau jururawat anda tentang perasaan dan perkara-perkara yang membimbangkan anda pada ketika ini.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

(4)

Apakah kanser payudara?

Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap dihidap oleh wanita di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Satu dalam dua puluh wanita di Malaysia akan menghidap kanser payudara.

Wanita selalunya dapat mengesan kanser payudara apabila:

mereka membuat pemeriksaan saringan (mamografi ) secara berkala mereka menemui ketulan pada payudara

terdapat lelehan keluar dari puting payudara

* Ujian darah tidak dapat membantu dalam mengesan kanser payudara

Kanser berlaku apabila sel-sel dalam badan kita menjadi tidak normal dan mula membiak di luar kawalan. Sel-sel payudara yang tidak normal ini berkembang di dalam payudara lalu menjadi ketulan. Kanser payudara biasanya tidak menyakitkan. Jika tidak dirawat, ianya boleh merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan seperti kelenjar limfa, paru-paru, hati, tulang dan otak.

Apakah penyebab kanser payudara?

Pelbagai faktor boleh menyebabkan kanser payudara. Faktor genetik, gaya hidup dan persekitaran boleh meningkatkan risiko kanser payudara terhadap wanita. Walaubagaimanapun dalam kebanyakan kes, tiada penyebab tertentu yang boleh ditemui.

Faktor-faktor risiko termasuk:

mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara atau ovari (seperti ibu, kakak atau anak perempuan)

mempunyai sejarah menghidap ketulan payudara (jenis tertentu), kanser payudara atau ovari mempunyai gen kanser payudara (BRCA 1 atau 2)

telah terdedah kepada dos radiasi yang tinggi seperti radioterapi

(5)

Doktor anda akan menyarankan rawatan bagi kanser payudara anda berdasarkan: peringkat kanser anda

tahap kanser anda

samada kanser anda sensitif kepada estrogen (hormone wanita) atau tidak

Peringkat-peringkat kanser payudara

Peringkat kanser payudara ditentukan oleh saiz ketumbuhan dan sejauh mana ia merebak. Kanser payudara boleh disembuhkan sekiranya ia dikesan dan dirawat awal.

Terdapat empat peringkat/tahap kanser payudara:

Peringkat 1 – Saiz ketumbuhan ialah kurang dari 2cm. Kanser masih belum merebak ke kelenjar limfa di bahagian bawah lengan.

Peringkat 2 – Saiz ketumbuhan ialah di antara 2 hingga 5cm. Kanser belum lagi merebak tetapi kelenjar limfa mungkin telah terlibat.

Peringkat 3 – Saiz ketumbuhan ialah lebih dari 5cm atau telah merebak ke bahagian kulit atau dada. Peringkat 4 – Kanser payudara telah merebak ke bahagian badan yang lain seperti paru-paru, hati, tulang

dan otak.

Anda mungkin memerlukan penyiasatan lanjut seperti mammogram dan imbasan CT untuk mengetahui peringkat kanser payudara anda.

Anda di peringkat ________________ kanser payudara.

(6)

Apakah yang akan berlaku kepada pesakit kanser?

Informasi lanjut mengenai kanser payudara

1

 

Kebanyakan saiz kanser payudara akan membesar dua kali ganda selepas 3-6 bulan

2

 

Kanser payudara biasanya mangambil masa kira-kira 2 tahun untuk merebak ke bahagian badan yang lain

3

 

Kebanyakan wanita dapat hidup selama 2-3 tahun lagi sekiranya mereka tidak mendapat sebarang rawatan

4

Anda mungkin diberitahu bahawa rawatan alternatif akan melambatkan pertumbuhan kanser payudara anda. Fakta ini mungkin tidak benar kerana kanser payudara biasanya membesar secara perlahan walaupun tanpa rawatan.

(7)

Apakah pilihan-pilihan rawatan bagi kanser payudara peringkat awal?

Kebanyakan doktor akan menyarankan pembedahan kerana ianya adalah kaedah yang paling berkesan untuk merawat kanser payudara peringkat awal.

Kemoterapi, radioterapi atau terapi hormon mungkin diperlukan selepas pembedahan. Rawatan-rawatan ini boleh meningkatkan keberkesanan rawatan pembedahan dan mengelakkan kanser dari kembali semula. Sebilangan wanita memilih rawatan alternatif seperti makanan suplemen, perubatan secara herba atau penyembuhan secara kerohanian. Tiada bukti saintifi k yang menyatakan ianya boleh memperlahankan atau merawat kanser.

Bahagian seterusnya akan menerangkan tentang setiap pilihan rawatan kepada anda.

Informasi lanjut mengenai rawatan

kanser payudara

(8)

Pembedahan

Terdapat dua jenis pembedahan untuk kanser payudara peringkat awal: • Lumpektomi

• Mastektomi

Satu prosedur di ketiak dilakukan semasa kedua-dua pembedahan di atas untuk menilai samada kanser telah merebak ke kelenjar limfa. Doktor anda akan berbincang mengenainya dengan lebih lanjut dengan anda.

Lumpektomi

Sebilangan wanita memilih lumpektomi kerana ianya membantu mengekalkan payudara mereka.

• Lumpektomi melibatkan pembuangan sebahagian payudara sahaja. Pakar bedah biasanya akan membuang ketulan kanser berserta dengan tisu payudara yang berukuran 1cm disekelilingnya.

• Sel-sel kanser mungkin merebak ke nodus limfa di bahagian ketiak. Sekiranya keadaan in berlaku, nodus limfa akan dibuang semasa pembedahan. • Selepas pembedahan, satu tiub saluran akan diletakkan di dalam luka untuk

mengeluarkan cecair atau darah lama yang terkumpul dibawah luka. Saluran ini adalah tiub plastik lembut yang disambungkan ke botol plastik. Ia

akan dikeluarkan apabila tiada lagi cecair atau darah yang keluar.

• Kebanyakan wanita boleh pulang ke rumah dalam satu atau dua hari selepas pembedahan.

• Kadang-kadang satu lagi pembedahan diperlukan jika sel kanser ditemui

berdekatan dengan tisu payudara (margin) yang dikeluarkan semasa lumpektomi. Ini hanya berlaku kepada 5 daripada 100 wanita yang dibedah.

Informasi lanjut mengenai rawatan

kanser payudara

(9)

Informasi lanjut mengenai rawatan

kanser payudara

Mastektomi

• Mastektomi adalah pembedahan di mana keseluruhan payudara dibuang termasuk puting payudara dan ia akan meninggalkan dada yang rata bersama parut di bahagian dada.

• Kebanyakan wanita dijangka akan berada 2 hingga 3 malam di hospital. Seperti lumpektomi, satu saluran yang diperbuat daripada tiub plastik lembut yang disambungkan ke botol plastik akan digunakan untuk mengeluarkan cecair atau darah yang terkumpul di bawah luka.

• Sebilangan wanita mungkin ingin mempertimbangkan pembedahan untuk membentuk semula payudara selepas mastektomi. Anda boleh

membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut bersama pakar bedah anda.

Komplikasi pembedahan

• Komplikasi seperti dibawah boleh berlaku selepas menjalani mastektomi :

Seroma: Bendalir boleh berkumpul di bahagian luka beberapa minggu selepas pembedahan. Ia boleh dikeluarkan dengan menggunakan jarum dan picagari.

Pendarahan: Kadangkala darah boleh berkumpul dalam luka menyebabkan ia bengkak

Jangkitan kuman pada luka: Jangkitan kuman boleh berlaku pada bahagian luka selepas pembedahan. Ia boleh dirawat menggunakan antibiotik.

Limfodema: Ini adalah masalah jangka panjang di mana lengan anda mungkin membengkak

dan sakit selepas pembedahan. Komplikasi ini berlaku kerana cecair limfa berkumpul di lengan selepas pembuangan kelenjar yang telah di hidapi kanser payudara.

(10)

Kemoterapi

• Kemoterapi adalah satu rawatan menggunakan ubat untuk membunuh sel-sel kanser pada payudara dan juga yang telah merebak ke organ yang lain. • Biasanya ia diberikan selepas pembedahan dan sebelum radioterapi.

• Selepas pembedahan, doktor yang mempunyai kepakaran dalam kemoterapi dan radioterapi (dikenali sebagai pakar onkologi) akan menasihatkan anda samada anda memerlukan kemoterapi.

• Kemoterapi diberikan kepada pesakit setiap tiga minggu sekali, selama 4-6 bulan. Ia diberikan melalui suntikan ke dalam saluran darah.

• Kesan sampingan kemoterapi yang biasa berlaku termasuk: ulser mulut, loya dan muntah, keguguran rambut, keletihan and perubahan kitaran haid.

• Kesan kemoterapi terhadap setiap individu adalah berbeza. Kebanyakkan daripada mereka perlu mengambil cuti rehat semasa kemoterapi.

• Gejala-gejala sampingan kemoterapi hanyalah sementara dan boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat.

• Jangkitan dan anemia (kekurangan darah) sering berlaku selepas kemoterapi. Ujian darah akan dilakukan sebelum setiap rawatan untuk memastikan anda boleh menjalani rawatan kemoterapi yang seterusnya. • Kemoterapi boleh menyebabkan sesetengah wanita mendapat menopaus lebih awal dan mengalami ketidaksuburan. Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan badan anda akan kembali pulih sepenuhnya selepas itu.

Anda di nasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau jururawat sekiranya ada perkara yang membimbangkan mengenai kemoterapi.

Informasi lanjut mengenai rawatan

kanser payudara

(11)

Radioterapi

• Radioterapi adalah penggunaan radiasi dalam dos yang kecil untuk membunuh sel-sel kanser sekitar payudara.

• Radioterapi biasanya bermula 6 minggu selepas pembedahan apabila luka telah sembuh.

• Jika anda dinasihatkan untuk menjalani kemoterapi dan radioterapi, rawatan kemoterapi akan diberikan terlebih dahulu.

• Kesan sampingan radioterapi termasuk:

kulit mungkin menjadi merah, gatal, sakit atau keras keletihan

keguguran bulu roma di kawasan yang dirawat tetapi bukan rambut dari kepala anda parut pada paru-paru

kebas, lemah dan sakit pada bahu, lengan dan tangan limfodema

payudara mungkin akan mengecut dari masa ke semasa

Informasi lanjut mengenai rawatan

kanser payudara

(12)

Terapi Hormon

• Terdapat jenis sel-sel kanser payudara yang sensitif kepada hormon. Hormon semulajadi wanita boleh

merangsang pertumbuhan sel kanser. Oleh itu, terapi hormon diperlukan untuk mengelakkan perangsangan sel-sel kanser.

• Selepas pembedahan, sel kanser akan diuji bagi mengesan samada sel sensitif terhadap hormon estrogen wanita. Ini adalah untuk mengetahui samada anda memerlukan terapi hormon ataupun tidak.

• Kadang-kadang terapi hormon menggantikan pembedahan untuk wanita yang terlalu sakit bagi menjalani pembedahan.

• Kesan sampingannya termasuk: berasa panas, berpeluh pada waktu malam, perubahan mood, pertambahan berat badan dan sakit sendi.

Rawatan Alternatif

Sesetengah wanita lebih suka mencuba rawatan alternatif seperti suplemen tambahan, perubatan secara herba atau penyembuhan secara kerohanian. Tetapi setakat ini, tiada bukti saintifi k yang menyatakan keberkesanan rawatan alternatif ke atas kanser payudara.

Perubatan moden adalah berdasarkan bukti saintifi k manakala rawatan alternatif biasanya hanya berdasarkan pengalaman individu yang mengamalkannya.

Anda mungkin ingin bertanyakan soalan berikut sebelum mempertimbangkan rawatan alternatif: • ‘Adakah pengamal rawatan alternatif berkelayakan untuk merawat kanser payudara?’

• ‘Adakah terdapat maklumat saintifi k berasaskan manusia (bukan haiwan) yang dapat menyokong keberkesanan rawatan tersebut?’

• ‘Sekiranya ada dakwaan bahawa ada individu yang telah sembuh, tanya pengamal rawatan samada ianya kanser payudara atau hanya ketulan payudara yang tidak berbahaya?’

• ‘Apakah kebarangkalian rawatan alternatif dapat menyembuh kanser payudara berbanding dengan pembedahan?’

Informasi lanjut mengenai rawatan

kanser payudara

(13)

Apakah pilihan anda?

Wanita yang menghidap kanser payudara peringkat awal mungkin memilih: • Pembedahan

• Rawatan alternatif • Tiada rawatan

Jika anda memilih kaedah pembedahan, doktor akan menyarankan: • Lumpektomi atau

• Mastektomi

Doktor anda mungkin menasihatkan anda menjalani kemoterapi atau radioterapi selepas pembedahan. Jika anda belum bersedia untuk membuat keputusan pada ketika ini, anda boleh menentukannya selepas pembedahan.

(14)

Kelebihan dan kekurangan

Lumpektomi

Mastektomi

Rawatan

alternatif

Tiada

rawatan

Berapa lamakah

saya akan hidup? (Kanser boleh dianggap sudah sembuh jika ia tidak kembali dalam masa 5 tahun) Adakah kanser akan datang kembali? Adakah saya memerlukan satu lagi pembedahan? Adakah saya akan mendapat limfodema? Sama seperti lumpektomi Dalam masa 8 tahun, daripada 100 wanita, 8 mungkin akan mendapat kanser berulang di dinding dada dan

92 tidak Tidak Melainkan anda memilih pembentukan semula payudara Sama seperti lumpektomi Tiada informasi Sila tanya pengamal Tiada informasi Sila tanya pengamal Tidak Tidak Kebanyakan wanita akan meninggal dunia dalam masa 5 tahun Kebanyakan wanita akan meninggal dunia dalam masa 5 tahun Tidak Tidak Dalam masa 5 tahun,

daripada 100 wanita pengidap kanser

payudara yang menjalani lumpektomi dan radioterapi, 80 akan

hidup dan 20 mungkin meninggal dunia Dalam masa 8 tahun, daripada 100 wanita, 10 mungkin akan mendapat

kanser berulang dan 90 tidak (dengan radioterapi); 39 mungkin akan mendapat

kanser berulang dan 61 tidak (tanpa radioterapi)

Mungkin

Sekiranya masih terdapat sel-sel kanser yang

tertinggal. Ini berlaku pada 20 daripada 100 pesakit kanser payudara Daripada 100 wanita yang

menjalani biopsi ‘sentinel node’, 5 mungkin akan

mendapat limfodema dan 95 tidak*; Daripada 100 wanita yang

menjalani pembedahan kelenjar nodus limfa di ketiak,

(15)

Lumpektomi

Mastektomi

Rawatan

alternatif

Tiada

rawatan

rawatan pilihan anda

Adakah saya akan kehilangan payudara saya? Adakah kemoterapi diperlukan? Adakah radioterapi diperlukan? Berapakah kos yang diperlukan? Tidak Tetapi jika margin tumor didapati terlibat

atau terdapat kanser berulang pada masa

hadapan, anda disarankan menjalani mastektomi Ya (bergantung kepada saranan pakar onkologi) Ya

(Untuk diisi oleh doktor/ jururawat anda) Ya Tetapi anda mungkin boleh mempertimbangkan pembedahan pembinaan semula payudara Ya (bergantung kepada saranan pakar onkologi) Tidak (kecuali nodus limfa pada bahagian ketiak terlibat atau tumor bersaiz besar atau

melibatkan margin)

(Untuk diisi oleh doktor/ jururawat

anda)

Tidak Tetapi jika rawatan

tidak berkesan, payudara akan berubah bentuk

Tidak

Tidak

(Untuk diisi oleh pengamal)

Tidak Tetapi jika kanser

membesar, payudara akan berubah bentuk Tidak Tidak Tiada kos Tetapi anda mungkin memerlukan rawatan apabila apabila kanser

(16)

Untuk mengetahui tahap pemahaman anda mengenai informasi yang telah diberi, sila jawab soalan-soalan berikut. Kemudian, doktor atau jururawat anda akan memeriksa jawapan bersama anda. Anda juga boleh mendapatkan jawapan di halaman 18.

Sejauh manakah pengetahuan anda?

Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

A. Apakah rawatan yang mempunyai peluang terbaik untuk mengubati kanser payudara

dalam tempoh 5 tahun?

Tiada rawatan Lumpektomi Mastektomi

Rawatan Alternatif

B. Apakah rawatan yang mempunyai peluang terbaik untuk mencegah kanser payudara

dari berulang dalam masa 8 tahun?

Tiada rawatan

Lumpektomi dengan radioterapi Mastektomi

Rawatan Alternatif

C. Apakah rawatan yang memerlukan kemoterapi?

Tiada rawatan

Lumpektomi Mastektomi

Rawatan Alternatif

D. Apakah rawatan yang memerlukan radioterapi?

Tiada rawatan

Lumpektomi Mastektomi

Rawatan Alternatif

E. Apakah rawatan yang mempunyai bukti saintifi k untuk rawatan kanser payudara?

Tiada rawatan

(17)

Anda mungkin menerima nasihat mengenai kanser payudara daripada individu dan sumber yang berbeza. Adalah penting untuk anda meluangkan masa dan berfi kir tentang apa yang penting bagi anda sebelum membuat keputusan.

Mengetahui apa yang penting bagi anda

Saya bimbang:

tentang menjalani kemoterapis elepas pembedahan tentang menjalani radioterapi selepas pembedahan tentang kos rawatan yang mahal

suami atau pasangan saya mungkin tidak bersetuju dengan pilihan rawatan saya keluarga saya mungkin tidak bersetuju dengan pilihan rawatan saya

adakah saya mampu sembuh dengan cepat dan kembali melakukan rutin harian saya

Tanpa pembedahan

Saya tidak mahu memilih pembedahan kerana:

Saya tidak mahu kehilangan payudara

Saya tidak mahu mendapat kesan sampingan dari pembedahan Saya lebih suka rawatan yang mempunyai bahan asli/ semulajadi (seperti herba)

Pembedahan

Saya memilih pembedahan kerana: ia menawarkan peluang terbaik untuk sembuh

Saya tidak mahu kanser payudara saya kembali

Ia mempunyai bukti saintifi k yang kukuh

(18)

YA TIDAK

Adakah anda memerlukan lebih sokongan?

Jawapan untuk ‘Sejauh manakah pengetahuan anda’ pada halaman 16:

A. Mastektomi atau Lumpektomi; B. Lumpektomi dengan radioterapi; C. Lumpektomi atau mastektomi;

Sila tanda kotak yang sesuai.

Adakah anda faham tentang kelebihan dan kekurangan bagi

setiap pilihan rawatan untuk membuat keputusan?

Adakah anda jelas tentang perkara yang penting bagi diri anda

untuk membuat keputusan?

Adakah anda mendapat sokongan dan nasihat yang cukup

daripada doktor atau jururawat anda untuk membuat keputusan?

Adakah anda mendapat sokongan yang cukup daripada keluarga

anda untuk membuat keputusan?

Adakah anda memerlukan lebih masa untuk membuat keputusan

(19)

Adakah anda bersedia untuk membuat keputusan mengenai rawatan kanser payudara

anda?

Tidak, saya belum bersedia Ya, saya sudah bersedia

Jika anda bersedia, apakah rawatan pilihan anda?

Tiada rawatan

Lumpektomi Mastektomi

Rawatan alternatif

Jika anda belum bersedia, anda boleh datang semula dan berbincang dengan doktor

atau jururawat anda mengenai keputusan anda.

Gunakan ruangan ini untuk menulis kebimbangan dan soalan yang anda ingin

kemukakan kepada doktor/jururawat anda.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan nilai B/C ratio lebih besar dari satu berarti bahwa keuntungan yang diperoleh petani dalam usaha tani tanaman pangan (padi, jagung, kedelai, dan kacang tanah)

Denah, Lokasi, Situasi, Instalasi Sanitasi, Instalasi Listrik 12 Surat Izin Perpanjangan Operasional Rumah Sakit Kelas B Datang ke Gerai P2T Provinsi DIY dengan

Genotipe-genotipe generasi F4 pada penelitian ini memiliki tingkat keragaman yang luas pada kandungan protein sehingga akan efektif melakukan seleksi untuk

Klausul ini merupakan klausul baru yang menyatakan bahwa manajemen puncak harus menjamin bahwa proses komunikasi yang tepat ditetapkan dalam organisasi dan bahwa

Salah satu aplikasi pemanfaatan HHBK berupa getah pinus dan agathis telah dilakukan di Hutan Pendidikan Gunung Walat (HPGW). Tujuan penelitian ini yaitu: 1). Analisis

Berikut ini merupakan Use Case Digaram dari sistem verifikasi berkas dan pemberian nomor NRBU untuk bagian badan pelaksana lembaga penyedia jasa konstruksi yang

Imam Sodikun – 104.14.024 Pusat Latihan Sepak Bola PSSI | 23 Pelaku pada Kelompok Kegiatan dan kebutuhan ruang Publik Bangunan Asrama Putra/Putri terdiri dari : Tamu yang

Ketiga sediaan gel antiseptik tangan minyak atsiri bunga lavender homogen yang ditandai dengan tidak adanya butiran kasar.. Uji kesukaan kesan