• Tidak ada hasil yang ditemukan

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( D"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( 1114604-D )

PROFIL SYARIKAT

OLEH

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD

( 1114604-D )

(2)

1. PENDAHULUAN

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) merupakan Syarikat Sendirian Berhad . Ditubuhkan pada 23hb Oktober 2014 dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera.

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) ditubuhkan bagi mengendalikan pakej pelancongan dalam dan luar negara khususnya di rantau Asia dan Asia Tenggara serta Pelancongan di Bumi Anbia’.

Kami Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) akan menjaga dan mengekalkan reputasi sebagai antara sebuah syarikat perkhidmatan pelancongan yang terbaik di Malaysia dan akhirnya diyakini oleh semua.

Pelbagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat telahpun digariskan pada awal penubuhan syarikat bagi memastikan operasi pengendalian pelancongan dapat berjalan dengan lancar serta terus berkembang dan setanding dengan syarikat yang sedia ada dan terkenal. Antara perancangan-perancangan syarikat termasuklah mempelbagaikan pakej-pakej percutian yang menarik bagi destinasi dalam dan luar negara, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi pelancongan dalam dan luar negara, mengendali penginapan hotel dan inap desa, mengendalikan perkhidmatan bas persiaran dan kereta sewa serta penubuhan pejabat-pejabat cawangan dan wakil-wakil promosi.

Hasil daripada pelbagai perancangan oleh syarikat adalah untuk mengembangkan dan meluaskan lagi pasaran syarikat dalam usaha menjadikan Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) sebagai salah satu agensi pelancongan yang terunggul di Malaysia.

Apa yang pasti segala perancangan serta usaha kami untuk menyokong industri ini hanya akan dapat direalisasikan dengan sokongan daripada pihak pelanggan.

(3)

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( 1114604-D )

2. OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Menjadikan Syarikat Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) sebagai agen

menarik pelancong dalam dan luar negara supaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan.

2. Memberi kerjasama dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan Malaysia,

Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia.

3. Mewujudkan rangkaian perhubungan dua hala dengan syarikat-syarikat pelancongan dari

serata dunia.

4. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

5. Mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terulung di dunia.

6. Menjadikan label Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) sebagai medium

kepada para pelancong untuk mendapatkan pelbagai informasi percutian dan perkhidmatan yang terbaik.

3. PENUBUHAN SYARIKAT

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) telah ditubuhkan pada 23hb Oktober

2014 dengan No. Pendaftaran Syarikat 1114604-D dengan kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965.

3.1 Alamat Berdaftar Syarikat

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) telah didaftarkan di alamat sepertimana

berikut:-

No.3A, Tingkat 1, Masgenuine Square Jalan Melati – Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh, Selangor

(4)

3.2 Alamat Tempat Operasi

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) telah bercadang untuk beroperasi di kawasan

Damansara Damai , Selangor.

Talian :

Telefon Bimbit : : 013-3257151

Email : support@melancong.com.my

Pengarah Syarikat Dan Pemegang Saham :

1. Mohd Abd Hadi Bin Mohd Ghazali - Pengarah Urusan

2. Mohd Hasrul Bin Wayne - Pengarah Eksekutif

3.3 Objektif Syarikat

3.3.1 Pakej Pelancongan Dalam Negara

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) mahu menjadi operator pelancongan

pilihan bagi pakej-pakej “inbound” di kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Kami di

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) akan menggabungkan perjalanan yang lebih

lancar dan sistematik bagi urusan penempahan pengangkutan udara, laut dan darat termasuk makanan serta penginapan .

3.3.2 Pakej Pelancongan Luar Negara

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) akan memenuhi kehendak pelanggan

dengan menyediakan pakej lawatan mengikut keperluan pelancong dengan harga yang berpatutan. Pemilihan pakej-pakej pelancongan anjuran Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) tentunya tepat dan meninggalkan kenangan terindah dan sukar dilupakan. Dengan erti kata lain segala kehendak pelanggan akan sedaya upaya kami penuhi.

(5)

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( 1114604-D )

VISI

MEWUJUDKAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN YANG BERKUALITI DI

MALAYSIA YANG BERTARAF DUNIA

MISI

SEBUAH AGENSI PELANCONGAN YANG MEMBERIKAN PERKHIDMATAN

TERBAIK KEPADA PELANCONG DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA

DENGAN LEBIH EFISEN, EFEKTIF SERTA BERDAYA SAING.

(6)

3.4 Jumlah Kakitangan

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) mempunyail seramai lapan orang pekerja.

4. KEDUDUKAN KEWANGAN

4.1 Jumlah Modal Dibenarkan

Jumlah modal dibenarkan kepada Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D )adalah

sebanyak RM 400,000.00 sebagaimana dalam Borang 24 yang bertarikh 23hb Oktober 2014.

4.2 Jumlah Modal Dibayar

Jumlah modal dibayar Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) adalah sebanyak RM 200,000.00 sebagaimana dalam Borang 24 yang bertarikh 23hb Oktober 2014.

4.3 Kemudahan kewangan

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D )bercadang untuk memohon pinjaman dan

geran dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekiranya lesen diluluskan oleh pihak Kementerian Perlancongan Malaysia.

Ini adalah bagi tujuan membantu melakukan opreasi, aktiviti pemasaran dan juga penambahbaikkan syarikat supaya dapat berfungsi setaraf dengan syarikat pelancongan bumiputera yang sudah terkenal seperti Andalusia Travel, Tiram Travel, TH Travel, Kembara Ilmu Travel And Tours dan lain-lain lagi.

Tambahan pula salah seorang daripada pengarah syarikat berpengalaman dalam mengendali pakej pelancongan ketika bersama dengan Kembara Ilmu Travel And Tours Sdn Bhd dan juga salah seorang lagi berpengalaman dalam bidang pemasaran secara talian untuk tujuan promosi dan mendapatkan prospek yang berterusan bagi menjana pendapatan syarikat.

(7)

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( 1114604-D )

5. PERKHIDMATAN YANG AKAN DITAWARKAN 5.1 Pelancongan Dalam Negeri ( Inbound )

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) menyediakan pakej-pakej yang menarik di dalam negeri meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan harga pakej yang berpatutan untuk pelancong. 5 Zon Pelancongan yang dicadangkan iaitu:

Zon Utara - Perak, Pulau Pinang dan Kedah

Zon Timur - Pahang dan Terengganu

Zon Lembah Klang - Kuala Lumpur dan Selangor Zon Malaysia Timur - Sabah dan Sarawak.

Pakej yang ditawarkan :

Pakej Percutian – Perkhidmatan Pengangkutan, Penginapan, Makan dan minum, aktiviti-aktiviti lawatan, aktiviti-aktiviti-aktiviti-aktiviti adventure dan lain-lain.

5.2 Pelancongan Luar Negeri (Outbound ):

Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ( 1114604-D ) juga menyediakan pakej-pakej yang menarik di luar negara meliputi negara-negara Asia khususnya Asia Tenggara dengan harga yang berpatutan untuk pelancong.

6.3 Pakej Percutian Dalam & Luar Negeri

Ø Pakej Percutian Pulau – Pulau Malayasia termasuk Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Mabul

Ø Pakej Percutian Dalam Malaysia Termasuk Sabah Dan Sarawak Ø Pakej Percutian Tanah Tinggi Malaysia Termasuk Comeron Highlands

Ø Pakej Percutian Muslim Ke Indonesia, Thailand, Vietnam, Cambodia, India, China, Korea Dan Hong Kong

Ø Pakej Percutian Kapal Persiaran Mewah Malaysia ( Star Cruise )

6.4 Pakej Umrah, Ziarah & Haji

(8)

Ø Pakej Umrah / Kaherah Ø Pakej Umrah / Istanbul Ø Pakej Umrah / Amman Ø Pakej Umrah / Syria / Lubnan

Ø Pakej Umrah / Baitulmaqdis / Amman Ø Pakej Umrah / Morocco

6.5 Tempahan & Pengurusan Seminar

Perkhidmatan pengangkutan, penginapan, makan minum, aktiviti-aktiviti kursus dan seminar, dan lain-lain.

6.6 Permohonan Visa

Khususnya Visa Turki, China, Taiwan dan Mesir serta mana-mana negara atas permintaan pelanggan.

6.7 Homestay

Mengatur penginapan suasana desa serta aktiviti sepanjang percutian mengikut pilihan pelanggan

7. PEMASARAN

Medium pemasaran Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604-D) adalah melalui kaedah

serampang dua mata iaitu secara offline dan online.

Pemasaran luar talian (offline) seperti melalui media percetakan dan hebahan pasti memberikan impak yang besar kepada kemasukkan pelanggan sekaligus meningkatkan jualan.

Melalui pemasaran online, kami dapat memfokuskan jualan dengan lebih sistematik dengan penggunaan laman web dilengkapi perisian mesra pelanggan.

Pelanggan dengan mudah boleh mendapatkan bantuan dan pertanyaan pantas selain memudahkan pelancong untuk memperolehi maklumat percutian dengan cepat dan terkini.

(9)

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( 1114604-D )

Tambahan lagi, kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara pasti membantu dalam memasarkan perkhidmatan yang di sediakan oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604-D).

Oleh itu, kaedah serampang dua mata ini menjadi tonggak penting dalam pemasaran Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604-D) sekaligus meningkatkan jualan secara nyata dan konsisten.

Kaedah ini juga akan memberi impak terhadap pengaruh syarikat dan mewujudkan reputasi besar kepada ramai yang terlibat termasuk membuka peluang kepada agen-agen pelancongan untuk mempromosikan pakej-pakej percutian yang disediakan oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604-D) baik di dalam dan luar negara.

Hal ini sekaligus menunjukkan syarikat amat bersemangat dalam menyahut seruan kerajaan dan industri pelancongan dalam mempromosikan Malaysia baik dari dalam dan luar negara.

(10)

LATAR BELAKANG SYARIKAT

PENUBUHAN SYARIKAT

NAMA SYARIKAT : Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

NO. PENDAFTARAN : 1114604-D

TARIKH DITUBUHKAN : 23 Oktober 2014

ALAMAT BERDAFTAR : No.3A, Tingkat 1, Masgenuine Square Jalan Melati – Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh, Selangor

STATUS SYARIKAT : 100% Milik Bumiputera

JENIS SYARIKAT : Perkongsian

AHLI LEMBAGA

PENGARAH : Mohd Abd Hadi Bin Mohd Ghazali : Mohd Hasrul Bin Wayne

NO. TELEFON BIMBIT : 013-3257151

NO. EMAIL : hadigo.travel@gmail.com

BANK RUJUKAN : CIMB Bank

(11)

HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ( 1114604-D )

PENGARAH SYARIKAT DAN PEMEGANG SAHAM

3. Mohd Abd Hadi Bin Mohd Ghazali - Pengarah Urusan

4. Mohd Hasrul Bin Wayne - Pengarah Eksekutif

JUMLAH KAKITANGAN

Pengurus Eksekutif - 1 orang

Eksekutif Operasi - 1 orang

Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan - 1 orang

Eksekutif Pemasaran dan Jualan - 4 orang

Kerani Operasi - 1 orang

Jumlah kakitangan = 8 orang

KEDUDUKAN KEWANGAN

Modal yang dibenarkan : RM 400,000.00

Modal berbayar : RM 200,000.00

Pemegang Syer:

Mohd Abd Hadi Bin Mohd Ghazali : RM 110,000.00 55%

Mohd Hasrul Bin Wayne : RM 90,000.00 45%

8. PENUTUP

Adalah menjadi harapan Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604-D) untuk menjadi sebuah agensi yang menyediakan pakej berkualiti dan terbaik kepada setiap pelanggan kami.

Referensi

Dokumen terkait