• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Antara Orang Melayu dengan Ora

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perbezaan Antara Orang Melayu dengan Ora"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Perbezaan Antara Orang Melayu dengan

Orang Bukan Melayu Dalam Sastera Melayu

Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Antaraq sebab utama orang Cina begitu mengutamakan wang dan menitik-beratkan sikap berdikari sudah diberi Abdullah Hussain (2003: 186). Sehubungan itu, maka setelah Bosan menunggu tanpa membuat apa-apa, Kim Lock, misalnya, sedar bahawa yang boleh menyelamatkan dan menolongnya di Nanyang hanyalah wang dan bukannya perasaan dan fikiran tentang perkara yang lain seperti yang dipunyai nenek moyangnya. Bacalah apa yang dikatakannya sehubungan itu dalam nota kaki ini. 1

Dalam Interlok (2003: 60) juga diceritakan Cing Huat sudah mengekploitasikan kelemahan Pak Musa untuk kepentingan dirinya. Perbuatan itu hanya diketahui Seman selepas ayahnya, Pak Musa, sudah berpulang. Pendekkan cerita yang panjang: Seman amatlah terkejut setelah ditunjukkan Cing Huat selonggok IOU (I Owe You) yang bernilai ribuan ringgit. Melihatnya buat pertama kali dalam hidupnya, Seman merasa darahnya tersirap. Hanya setelah melihatnya, barulah dia tahu bahawa kehidupan selesa yang dia nikmati semasa ayahnya hidup lagi dahulu itu sebenarnya bertegak di atas wang yang ayahnya pinjam daripada Cing Huat dari masa ke masa. Dia betul-betul sudah kebuntuan kerana dia bukan sahaja buta huruf, tetapi juga ibunya, Mak Limah, mengakui yang dia tidak pernah bertanya kepada arwah suaminya tentang sumber kewangannya, memikirkan arwah ayahnya telah memberi keselesaan hidup yang mereka perlukan. Kedua-dua anak ibu itu masih boleh pesanan Pak Musa: mintalah barang-barang yang mereka perlukan di kedai Cina. Menurut arwah ayahnya, hasil padi yang dituai setiap kali sudah diserahkan kepada Cina Panjang itu. 2

1Dia sudah bosan sekarang dengan menunggu, dia sudah mulai sedar

bahawa di Rantau Selatan ini, bukan semangat nenek moyang yang dapat menolong, melainkan wang ringgit.

2 Abdullah Hussain (2003: 73): Ini bukan sulat hutang," jawab tauke itu.

(2)

Kesudahannya sekarang ialah Seman betul-betul dalam cengkaman kuasa Cing Huat. Sehubungan itu, Abdullah Hussain (2003: 337) mengatakan Cina Panjang itu yang kelihatan sudah menentukan nasib Seman.

Dalam kes ini, kita lihat bagaimana Cing Huat sudah bertukar menjadi Ah Long yang membuat Seman yang sudah tidak dapat melepaskan diri. Tetapi sampai di sini mungkion ada orang akan bertanya: tidakkah orang Melayu sendiri juga patut dipersalahkan kerana telah memberi peluang kepada

(3)

tanah-orang Cina untuk membeli tanah, kedai dan hartanah mereka? Setengah jawapan kepada soalan itu sudah juga diberi Awang Had Salleh dalam novelnya Biru Warna (1966: 130-131) dengan mengatakan salah satu cara orang Cina mengembangkan perniagaannya3.

Di bawah pengaruh kuat harga yang tinggi yang ditawarkan, ramai orang Melayu sudah menjual tanah dan harta mereka, malah ada yang sudah berpindah ke pinggir bandar. Sehubungan itu, Atan Long dalam novelnya Subuh

tanah itu? Dia anak negeri ini. Siapa yang berani bertanya dari mana dia dapat wang? Tak ada siapa." Penghulu itu menggelengkan kepalanya. "Jual beli yang Pak Musa lakukan dengan tuan tanah itu memang sah menurut undang-undang. Tetapi sesudah tu dia dan Cina Panjang membuat pula perjanjian lain yang mengikat Pak Musa daripada menguasai tanah itu sebagai miliknya yang mutlak. Itulah surat pinjam wang yang Seman tengok tu!"…(ibid: 90) "Dalam perkara ini tak ada jalan, pak lebai. Siapa yang mau menebus tanah tu dengan harga yang begitu mahal? Nah, dengan jalan inilah tanah-tanah kita yang dilindungi oleh undang-undang tu tergadai kepada bangsa asing. Kita tak upaya nak buat apa-apa."…(ibid: 94) "Kami ini latang mau cakap maik-maik," kata Cina Panjang itu. "Kami tidak mau galoh."… "Siapa mau gaduh?" Pekik Seman dan dia datang ke dekat tangga. Cina Panjang mundur beberapa langkah…. "Kami titak mau galoh," Wang lagi Cina Panjang. "Lu tolong cakap sama Seman maik-maik."…(Ibid: 95) "Kami bukan mengusir, kami menyuruh dengan baik," kata Pak Cin…. "Butut Seman, kita titak usir. Kita suluh lu keluar maik-maik," sampuk Cina Panjang itu dengan melambai lambai tangannya…. “Aku tak mau keluar. Lu boleh buat apa lu punya suka," jawab Seman…(ibid 96) "Sewa juga gua tidak mau bayar." Seman berdegil. "Lu boleh buat apa yang lu suka."… "Mari kita keluar Seman, kita tinggalkan tempat ini."… "Ke mana kita mau pergi? Cuba mak fikir, cubamak kasi tahu ke mana?" Seman membelalakkan matanya kepada ibunya. (ibid 11) Sekarang mereka hanya mengambil barang-barang keperluan tanpa membayar dari kedai Cina Panjang. "Hutang tu nanti boleh dibayar," kata ibunya. "Bapamu tak dapat dicari ganti kalau dia hilang

3 Terdapat satu jalan yang bernama Jalan Pekan China dan satu lagi

(4)

(1966: 19) menceritakan bagaimana tanah yang dibuka orang Melayu pada masa dahulu sudah dijual orang Melayu masa terkemudian. Sehubungan itu, Atan Long telah memperingatkan orang tentang akibat yang padah, kerana akan sampai satu hari nanti, sudah tidak ada hutan yang boleh dibuka lagi. Kalau demikian, tempat yang mereka boleh pergi tidaklah lain daripada laut4.

Kisah penjualan hartanah orang Melayu telah juga diceritakan dalam Interlok (Abdullah Hussain 2003: 183). Setelah mendapat angin bahawa ada sebuah kedai orang Melayu ingin dijual, Kim Lock yang ingin membelinya sudah minta Kim Sui menjadi orang tengahnya untuk mengurus hal itu selanjutnya. Antara sebabnya ialah Kim Sui bukan sahaja fasih berbahasa Melayu, tetapi juga sudah kenal baik orang Melayu di situ. Hasilnya, pembelian itu berjalan dengan lancar. Selepas dipujuk Kim Sui dengan kata-kata yang manis, selain dibuat sedikit tawar-menawar, orang Melayu yang tidak cerewet itu pun melepaskan kedainya.5

dengan memberi contoh orang Melayu yang memiliki saham dalam syarikat bas. Pada mulanya, saham itu bernilai 10 ringgit seunit. Sekarang, semua saham sudah berpindah tangan kepada orang Cina dan nilanya adalah 30 riggnit se unit. Ini bermakna nilai saham itu sudah meningkat sebanyak 200%. Pada tahun depan, saham itu dijangka akan naik kepada 50 ringgit seunit

4 "Tapi sekarang, choba kau tengok berapa banyak kebun yang baik2

yang sudah tidak ada lagi dalam tangan orang Melayu! Ini-lah kita orang2 Melayu, ketika hutan, bersusah payah kita membuka-nya, di-jadikan negeri. Bila 'dah jadi negeri, 'dah berhasil, jualkan pada bangsa asing. Sekarang 'nak pindah pulak jauh lagi ka-dalam hutan buka kebun baru, bila 'dah berhasil nanti, jualkan lagi ! Lama2 ka-mana kita 'nak pergi lagi? Nak masok hutan, hutan 'dah habis ditebang! Ada tidak-nya lari ka-laut saja!"

5 Memang benar, ada sebuah kedai kepunyaan orang Melayu yang mahu

(5)

Kitaran buruk (vicious cycle) seumpma itu yang bermula sejak masa silam itu masih berlanjutan sehingga masa sekarang. Antaranya, dalam Interlok (2003: 138) Abdullah Hussain menceritakan kebanyakan orang Melayu suka bekerja makan gaji di jabatan kerajaan, atau dengan orang lain, termasuk menjadi pemandu kereta orang bukan Melayu. Ini bermakna hanya sebilangan kecil orang Melayu bekerja sendiri, seperti membuka kedai. Sementara itu, kita terus mendapati orang Melayu merasa takut, benci dan bersyak wasangka terhadap orang Cina yang didapati terus maju dengan tidak berhenti-henti membeli tanah orang Melayu. Sehubungan itu, Atan Long (1966: 19) dalam Subuh menyalahkan orang Melayu sendiri kerana memberi peluang kepada orang Cina untuk terus maju dan tidak berhenti-henti membeli tanah mereka. Yang menjual tanah itu adalah generasi muda orang Melayu. Mereka menjual tanah untuk mendapat wang bagi menikmati gaya hidup seperti orang kaya yang dicemburui orang Melayu yang lain.6

Adakah orang Cina yang beli kedai, tanah dan hartanah orang Melayu tidak memainkan peranan meningkatkan hubungan antara dua kaum itu? Bolehkah tindakan mereka itu dipandang dari segi yang positif dalam erti kata turut membuka babak baru dalam sejarah mendirikan jambatan persahabatan dengan membawa orang Cina dan Melayu lebih dekat satu sama yang lain? Kedua-dua soalan itu dibangkitkan di sini kerana sebelum itu tidak banyak kontak, hubungan, komunikasi dan interaksi antara dua kumpulan etnik ini, justru mereka hidup di tempat yang berlainan, selain mereka telah membuat kerja yang berlainan, selain sudah dipisahkan jurang perbezaan bahasa, kebudayaan, ugama dan lain-lain, lebih-lebih lagi semua kumpulan etnik yang berlainan memang telah

diasing-6 "Itu salah siapa? Salah orang2 Melayu sendiri! Yang menjualkan

(6)

asingkan di bawah dasar Pecah & Perintah yang dilaksanakan penjajah Inggeris.

Masyarakat yang ada itu masyarakat majmuk. Dalam masyarakat itu, pertemuan antara orang daripada kumpulan entik yang berlainan itu lazimnya berkisar di sekitar aktiviti berjual beli di pasar (Furnival 1948). Tetapi dalam kes ini, aktiviti berjual beli itu bukan lagi terjadi di pasar dalam erti kata yang biasa, malah orang Cina dan Melayu telah memasuki pasaran hartanah.

Setelah membeli kedai orang Melayu, mulalah Cing Huat berurus niaga di kampung Melayu di Simpang Sempat. Lama-kelamaan, bermacam-macam hubungan yang baru telah muncul dengan sendirinya antara kedua-dua kaum itu. Dari segi itu, maka tindakan berjual-beli kedai dan hartanah yang lain sudahlah berbeza sifat dan kesannya berbanding dengan orang Cina yang datang sekali sekala untuk membeli dan menjual barang-barang di kampung Melayu. Ini disebabkan kita akan nampak pengembangan hubungan sosial, budaya dan ekonomi baru antara orang Melayu dengan orang Cina, misalnya. Ini akan turut membawa kepada kebergantungan kedua-dua kaum itu nanti. Sehubungan itu, kita akan nampak apa yang dimaksudkan itu dalam beberapa buah karya sastera Melayu nanti. Hubungan, komunikasi dan interaksi antara kedua-dua kaum itu dijangka akan menolong mengurangkan perasaan pengasingan antara kaum yang mereka alami di bawah dasar ‘Pecah & Perintah’ di zaman penjajahan British. Berjayanya dasar Pecah & Perintah itu juga telah diperkatakan dalam Interlok, dengan orang Cina bergiat di bidang perniagaan dan perlombongan, sedangkan orang India pula di estet getah, manakala orang Melayu - melalui watak Seman – adalah orang kampung yang hidup bertani. Abdullah Hussain juga telah mengkritik struktur sosial yang berasaskan perkauman itu melalui kisah Pak Musa yang tidak dapat mencari kerja di estet getah yang dikuasai oleh orang India, walhal dia adalah orang Melayu. Selain itu, Cing Huat dan Maniam telah juga digambarkan lebih dekat kepada kumpulan etnik mereka sendiri, maka tidak banyak hubungan dengan orang Melayu.

(7)

memecah-belahkan penduduk setempat itu sudah membolehkan kerajaan penjajah British mengekalkan kuasanya. Selain itu, orang Cina dalam Interlok didapati tidak berminat terhadap pergolakan politik setempat. Sikap dingin, malah acuh tak acuh, seumpama itulah yang dikehendaki kerajaan penjajah Inggeris untuk terus berkuasa.

Ada banyak karya sastera yang lain turut memperkatakannya, selain Interlok (2003: 439-440) yang menyatakan Cing Huat dan orang Cina di kampung kecil itu tidak prihatin terhadap isu yang diperjuangkan orang Melayu. Kepada orang Cina, isu itu masaalah orang Melayu, walaupun akhbar mendakwa Malayan Union yang ditentang orang Melayu itu juga akan memberi manfaat kepada orang bukan Melayu. Ini mungkin disebabkan orang Cina masa itu tidak mahu tinggal selama-lamanya di negara ini. Mereka datang ke sini untuk mencari makan dan wang, lebih-lebih lagi menganggap China telah muncul sebagai negara yang kelima terbesar di dunia dalam peperangan ketika ini.

Selain itu, dalam novel Biru Warna (1974: 39), gubahan Awang Had Salleh, diceritakan orang Cina tidak berminat dalam politik setempat. Selepas mendapat berita daripada Ali, Swee Lan terus memberitahu ayahnya bahawa tunjuk perasaan akan diadakan orang Melayu berikutan raja-raja Melayu telah disingkirkan penjajah British yang mahu mengambil alih kuasa politik negara ini. Tetapi, ayahnya yang mendakwa dirinya telah tinggal selama 45 tahun di Tanah Melayu bukan sahaja tidak menunjukkan minatnya dalam pergolakan politik setempat, tetapi juga menyuruh anaknya memberi perhatian lebih kepada pelajarannya, selain mengingatkan anaknya supaya jangan bercampur dengan Ali. Hujah ayahnya ialah isu itu adalah mengenai raja-raja Melayu, hal ehwal orang Melayu dan tidak ada kena mengena dengan kepentingan orang Cina. Oleh sebab itu, dia tidak mahu melibatkan diri selagi orang Melayu tidak membenciny.7

Sementara itu, dalam novel Kail Panjang Sejengkal (1986: 19 & 20), A. Samad Ismail menceritakan rakyat tempatan memuja dasar pemerintahan orang putih. 8

Antara kesan sampingan daripada dasar Pecah dan

7Swee Lan berkata: Orang-orang Melayu. Ada mau kacau besar. Ali kata pasal,

(8)

Perintah adalah ‘stigma’ orang Melayu yang menjadi ahli pasukan keselamatan menentang komunis, yang kebanyakannya adalah orang Cina. Hal itu juga diceritakan dalam cerpen Dendam Atas Dendam (1971) daripada Erham Shaari. ‘Konflik’ itu yang mengandungi unsur-unsur perkauman dengan secara langsung mencerminkan masyarakat majmuk negara ini masa itu yang berasaskan perbezaan kaum (A. M. Thani 1990: 80-81). Selain itu, dalam dalam Interlok (2003: 309-310) juga diceritakan sedikit sebanyak asal-usul dan perkembangan masyarakat majmuk di British Malaya.9

Banyak perkara yang tidak menyenangkan orang Melayu sudah berlaku bila orang Melayu mendapati diri mereka masih miskin dan ketinggalan dalam serba serbi, sedangkan orang Cina, yang datang hanya dengan sehelai sepinggang ketika baru sampai sudah lebih kaya dan berjaya.

Lebih buruk lagi ialah orang Melayu juga mendapati

mereka bukan sahaja mengalami diskriminasi di tangan kerajaan penjajah British, tetapi juga mendapati sukar untuk bersaing dengan orang Cina yang telah menetap, dan bukan lagi sebagai hua ci'ao yang akan pulang ke tanah air asal mereka dengan megah untuk meraikan kejayaan mereka menjadi kaya, lebih-lebih lagi untuk mati di tanah kelahiran itu, China, seperti masa dahulu.

8 A. Samad Ismail (1986: 19) Tak ada sekolah orang putih, encik.

Sekarang banyak susah. Mesti ada pas sekolah. Tak ada sekolah orang putih, banyak susah."… Chew sengih lagi. Dan dia menunjuk kepada adiknya yang pendiam itu di sampingnya…. "Dia sekolah Cina sahaja, sudah tiga tahun tak ada kerja. Mahu kerja jaga minyak pun, tak boleh. Dia tak boleh cakap Melayu. Sikit-sikit boleh. Dia tahu Cina saja." Dan Chew ketawa seolah-olah ketawa mengejek adiknya. …(Ibid: 20) "Saya ada untung sikit. Sekolah Cina tak habis. Tapi saya dulu kerja lombong. Ada campur orang Melayu. Itu fasal saya boleh cakap Melayu sikit, cakap orang putih sikit," kata Chew, meluahkan biji limau dengan lidahnya, lalu menyambutnya dengan tangannya dan menjentikkannya keluar pintu.

9Kuli-kuli di kebun itu sudah semakin banyak. Anak-anak kecil lelaki dan

(9)

Tetapi, keturunan hua ciao yang baru sudah tidak mahu pulang ke China lagi setelah menikmati kehidupan yang lebih selesa, aman dan selamat di Tanah Melayu berbanding yang mungkin mereka didapati di China. Yang lebih buruk lagi ialah ramai orang Melayu mendapati diri mereka sudah dieksploitasi peniaga Cina yang licik dan yang lain telah berhutang sehinggakan terpaksa menjual tanah mereka. Antara contohnya ialah Cing Huat yang sudah bertukar menjadi Ah-Long dan 'menelan' semua tanah dan hartanah Pak Musa dalam novel Interlok (Abdullah Hussain (2003: 89-90). Segala-galanya itu berlaku setelah Pak Musa yang meminjam 50 ringgit daripada Cing Huat untuk membeli sekeping tanah itu telah diminta Cing Huat untuk menandatangani IOU sebanyak 3,000 ringgit. Cing Huat juga menyimpan geran tanah itu. Setelah Pak Musa meninggal dunia, anaknya Seman dikehendaki membayar 3,000 ringgit kepada Cing Huat untuk menebus tanah yang dibeli ayahnya.10

Banyak soalan boleh ditimbulkan di sini. Antaranya, adakah rasa takut orang Melayu kepada orang Cina dalam karya sastera itu betul-betul berdasarkan fakta atau semata-mata dipengaruhi suasana politik semasa dengan dikipas bahang apinya daripada propaganda di akhbar dan majalah Melayu, seperti kisah dalam cerpen Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946) oleh Harun Aminurrashid, dan Anak Dibuat Denak (1938), Dolly - dari Shanghai Bidadari (1940) dan juga

Istana Berembun (1938), semuanya gubahan Ishak Haji Muhammad?

Sudah dinyatakan dalam makalah “Peranan Akhbar & Majalah Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum”, orang Melayu sentiasa peka mengenai kedudukan mereka di negara ini, terutamanya dalam isu pengagihan kekayaan yang tidak seimbang antara mereka dengan orang bukan Melayu,

10 Pak Musa sudah membeli tanah-tanah itu atas namanya, bukan? Dia

(10)

lebih-lebih lagi selepas 60 tahun negara ini merdeka. Ini membawa kita kepada persoalan mengapa Melayu menjadi mundur dan miskin.

Salah satu jawapan kepada soalan itu sudah diberi Zairil Khir Johari (2015: 59) yang mengatakan sehingga kedatangan orang Cina, orang Melayu bukan sahaja petani, tetapi juga peniaga kecil, tukang, pekerja mahir dan pentadbir. Setelah orang Cina sampai, tempat kerja ramai orang Melayu sudah diganti orang Cina yang didapati bukan sahaja boleh membuat kerja yang dibuat orang Melayu, tetapi juga boleh membuatnya dengan lebih baik dan lebih murah. Perkembangan itu semakin lama semakin melemahkan kedudukan orang Melayu yang mendapati diri mereka tidak boleh buat apa-apa, selain berundur.

Dengan cara inilah pekerja Cina yang rajin dan cekal itu semakin lama semakin kuat mengukuhkan kedudukan mereka di bandar-bandar, selain dapat ‘menguasai’ ekonomi orang Melayu di kampung Melayu. Di sinilah terletaknya beberapa sebab lahirnya perasaan takut, tidak percaya dan syak wasangka yang berlapis-lapis daripada orang Melayu kepada orang Cina yang dipandang sudah menjadi ancaman kepada mereka. Yang lebih buruk lagi ialah peningkatan bilangan orang Cina dengan aktiviti perniagaan mereka terus berkembang. Dalam proses itu kedai-kedai kecil orang Melayu telah memberi laluan kepada deretan kedai orang Cina.

Sehubungan itu, Atan Long dalam novelnya Suboh (1966: 19) telah menceritakan seluk beluk tanah hutan yang dibuka orang Melayu dengan bersusah payah masa dahulu itu sudah bertukar hak miliknya kepada orang Cina. Selepas menjual tanah itu kepada kaum lain, orang Melayu telah sekali lagi membuka tanah baru. Di sini, Atan Long telah memperingatkan orang Melayu bahawa tanah hutan akan habis lama-kelamaan! Kalau demikian, ke mana mereka boleh pergi lagi, melainkan ke laut seperti yang sudah dinyatakannya dalam nota kaki ini.11

11Atan Long 1966: 19)"Tapi sekarang, choba kau tengok berapa banyak

(11)

Dilihat daripada sudut itu juga, mungkin adalah betul jika dikatakan ramai orang Cina yang sudah dipersalahkan kerana menyebabkan penderitaan, kesengsaraan dan ketidakupayaan di kalangan orang Melayu itu sebenarnya adalah mangsa persekitaran sosiol semasa. Ini mungkin disebabkan setengah mereka itu adalah sasaran mudah yang sudah kena peluru kemarahan, kebencian, kecurigaan, kritikan dan aduan daripada orang Melayu sejak tahun 1930-an dan 1940-an. Kesemua ini dengan sendirinya telah membuka kemungkinan berlakunya salah faham, selain menyediakan pentas baru kepada peningkatan konflik antara kaum yang pastinya akan menjejaskan keharmonian antara orang Melayu dengan orang Cina.

Berbalik kepada kisah Pak Musa kehilangan tanahnya kepada Cing Huat dalam novel Interlok (Abdullah Hussain 2003) kita dapati Cing Huat memang salah, malahan boleh dikatakan sebagai kejam, zalim dan tidak berhati perut kerana meminta Pak Musa menandatangani IOU sebanyak 3,000 ringgit kerana meminjam 50 ringgit daripadanya untuk membeli sekeping tanah. Selepas Pak Musa meninggal dunia, anaknya dikehendaki bayar 3,000 ringgit kepada Cing Huat untuk mendaptkan balik tanah itu.

Kisah tadi itu berbeza daripada yang terdapat dalam cerpen Menebus Tanah Tergadai (1973) daripada Azdi yang menceritakan orang Melayu yang telah berhutang kepada orang Cina yang seterusnya telah mengambil tanah mereka kerana tidak dapat bayar balik wang yang mereka pinjam dahulu. Walaupun kisah itu berbeza daripada kisah Cing Huat mengambil tanah Pak Musa, kerana anaknya, Seman, tidak dapat membayar balik wang dalam IOU itu, cerita seperti itu telah memperkukuhkan tanggapan umum bahawa orang Cina memang menunggu peluang untuk mengambil tanah orang Melayu. Masalah itu telah memperburukkan lagi kemiskinan orang Melayu dalam Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 1940-an. Dengan itu, perasaan marah dan benci orang Melayu kepada orang Cina sudah naik bahangnya.

(12)

apatah lagi pekerja daripada kaum lain, untuk mengurus perniagaan keluarga mereka.

Dalam kes hubungan antara kaum, pilih kasih dengan keutamaan diberi kepada anak dan saudara mara seumpama itu boleh disalah tafsirkan sebagai prasangka perkauman, jika bukannya diskriminasi kaum. Ini telah diceritakan dalam cerpen

Tewas Dalam Dunianya (1972) oleh Noorjaya yang mengatakan Tauke Lim tidak mempercayaai pekerjanya yang bukan anaknya, lebih-lebih lagi pekerja daripada kaum lain. Oleh sebab itu, dia sengaja melantik anak saudaranya, dan bukannya pegawai Melayu yang memang layak, dan juga yang sudah lama bekerja dengannya, maka didapati sudah menunjukkan kesetiaanya kepada syarikat itu, sebagai pengurus jualan. Akhirnya, Tauke Lim menyesal kerana anak saudaranya tidak dapat membuat kerja yang diberi kepadanya, maka telah mengecewakannya.

Cerita mengenai prasangka dan diskriminasi perkauman seumpama ini boleh juga didapati dalam cerpen Bila Hidup Macam Anjing (1973) oleh Sidek Baba yang menulis tentang sikap sesetengah majikan Cina yang mengamalkan sikap pilih kasih, atau diskriminasi ke atas pekerja mereka daripada kaum lain. Sikap diskriminasi kaum seperti itu bergema juga dalam cerpen Senja Lambat Tiba (1973) daripada oleh Azdi.

Satu lagi kisah yang berkaitan dengan nepolisma orang Cina terdapat dalam cerpen Baru Sekarang Dia Mengerti (1969) daripada Azizi Haji Abdullah yang cuba membangkitkan dan menaikkan tahap kesedaran orang Melayu dalam dunia perniagaan. Azizi menceritakan Adnan, seorang mekanik di bengkel tauke Wong. Pada mula-mulanya, tauke Cina itu minta Adnan mengajar anaknya tentang cara-cara membaiki motor. Setelah anaknya pandai berbuat demikian, Wong suruh Adnan keluar dari bengkelnya. Cerita seperti ini akan meninggalkan kesan yang buruk ke atas hubungan antara kaum.

(13)

itu. Sepuluh hari kemudian, Kim Seng datang ke rumah Taha untuk mencarinya dan terkejut kerana mendapati rumah Taha sudah kosong. Setelah ditanya, dia diberitahu bahawa Taha telah berpindah ke tempat lain dan juga telah membeli sekeping tanah.

Nilai moral seperti cerita ini adalah penipuan tidak sahaja melukakan hati orang yang menjadi mangsanya, tetapi juga boleh merosakkan semangat berbaik sangka dan kerjasama antara orang Melayu dengan orang Cina yang terlibat dalam perniagaan usahasama.

Rujukan

A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.

A Samad Ismail. Kail Panjang Sejengkal. Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1986.

Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971 & 2003

Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.

Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha Penerbitan Menara, 1966

Azdi. Senja Lambat Tiba. Mingguan Malaysia, 11.2.1973. Azdi. Menebus Tanah Tergadai. Utusan Zaman, 29.4.1973.

Azizi Haji Abdullah. Baru Sekarang Dia Mengerti. Mingguan Malaysia, 26.6.1969.

Azizi Haji Abdullah. Sepuluh Ribu Harga Maruah. Utusan Zaman, 22.4.1973.

Erham Shaari. Dendam Atas Dendam. Berita Minggu,

13.6.1971.

Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing Hiburan, Nov 1946.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10 Apr 1938.

Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.

Noorjaya. Tewas Dalam Dunianya. Berita Minggu, 26.11.1972. Sidek Baba. Bila Hidup Macam Anjing. Mingguan Malaysia,

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Dari permasalahan diatas ini maka salah satu upaya yang dapat dilakukan untuk meningkatkan hasil belajar siswa dalam belajar kimia digunakan model pembelajaran kooperatif

Hasil observasi SOP pemeliharaan fasilitas kendaraan dan peralatan operasional yang dimiliki oleh Unit PKP- PK Bandar Udara Hang Nadim-Batam pada dasarnya telah dilaksanakan

Kelompok Acuan, kclompok aCllan seseorang Icrdiri dari sClllua kclompok yang mcmiliki pcngaruh langsung (Ialap muka ) alau lidak langsung lerhadar sikap atau pcri l

Salah satu faktor utama penyusun dasar peradaban atau Masyarakat Madani atau Civil Society, yang juga merupakan bagian dari kapital sosial, adalah faktor

Dari pengujian yang telah dilakukan terlihat bahwa flavonoida yang terdapat dalam ekstrak etanol daun ketepeng cina (Cassia alata L.) mampu untuk menghambat pertumbuhan

harga input dan output, menunjukan bahwa semua faktor produksi dalam penggunaannya belum efisien. Penggunaan faktor produksi benih, tenaga kerja, dan pakan dalam

SUSU  SUMATERA  UTARA  MADINA MARKET III,  MM  JL. DALAN LIDANG  PANYABUNGAN  SUMATERA  UTARA  ANGKASA, TO  PASAR BARU PANYABUNGAN  PANYABUNGAN