::: Islam adalah Agama yg Mendahului dalam
Menjaga & Membela Hak Asasi Manusia & Hak
Asasi Makhluk2 yg lain :::
-Ibnu Zakaria al-Bary
-Jika pada zaman ini telah wujudnya oraganisasi-organisasi hak asasi manusia(seperti Unicef di bawah PBB) mahupun hak asasi haiwan tetapi Islam telah mendahuluinya lebih lama lagi.
- HAK ASASI MANUSIA & HAK ASASI MAKHLUK DI DALAM AL-QURAN & SUNNAH.
Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran & Sunnah yang memerintahkan untuk memelihara nyawa, darah, maruah & harta benda sama ada sesama Islam mahupun dengan yang bukan Islam begitu juga makhluk-makhluk Allah yang lain. Malah Al-Quran & Sunnah juga memberikan ancaman terhadap manusia yg melanggarnya.
-Antaranya ayat Al-Quran bermaksud "Tolong-menolonglah dalam kebaikan dan taqwa, jangan tolong-menolong dalam dosa & permusuhan"
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak(pula) mengusir kamu dari negerimu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."(Surah al-Mumtahanah 60:8)
"Dan (ingatlah) Kami(Allah) akan mengadakan neraca timbangan yang adil
untuk(menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika(amalnya) itu seberat biji sawi(sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai
penghitung."(Surah al-Anbiya' 21: 47)
"Sesiapa yang membunuh seorang kafir mu'ahad tanpa kebenaran, dia tidak akan mencium bau syurga sedangkan baunya boleh tercium dari jarak empat puluh tahun perjalanan."(HR. Bukhari)
"Tiada sesiapa pun yang berbuat baik sama ada orang Islam atau kafir kecuali Allah akan menganjarinya. Kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, apa ganjaran buat kafir?' Baginda menjawab, 'Harta, anak, kesihatan dan seumpamanya.' Kami bertanya lagi, 'Apa ganjaran mereka di akhirat?' Baginda menjawab, 'Azab yang tidak sama dengan azab yang lain.' Lalu Baginda membaca ayat, 'Masuklah pengikut Firaun ke dalam seberat-berat azab.'"(HR. Al-Hakim, Dhaif)
Di dalam hadis Sahih yg diriwayatkan Al-Bukhari & Muslim menyatakan bagaimana seorang wanita dihumban ke dalam neraka hanya kerana mengurung seekor kucing tanpa
memberinya makan & minum.
Begitu juga dalam hadis riwayat Bukhari yg lain yg menceritakan tentang seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana keikhlasannya dalam memberikan minuman kpd anjing yg dalam kehausan.
"Sesungguhnya setiap makhluk akan saling membalas antara sesama mereka(qisas), hinggakan kambing bertanduk akan diserah kepada kambing tanpa tanduk untuk dibalas tandukkannya"(HR. Ahmad)