• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN PEMANTAUAN PEMBELA JARAN DAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEBERKESANAN PEMANTAUAN PEMBELA JARAN DAN"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Keberkesanan Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran

Terhadap Pensyarah Di Kolej Komuniti Hulu Langat,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nurul Syahrina Binti Mohd Shahar Kolej Komuniti Hulu Langat

syahrina@kkhl.edu.my

Fadhlina Binti Ahmad Kolej Komuniti Hulu Langat

fadhlina@kkhl.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini akan meninjau keberkesanan pemantauan pembelajaran dan pengajaran terhadap pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat. Berdasarkan Laporan Pencerapan Pensyarah yang diambil daripada 1 semester iaitu sesi Mac 2015 didapati peratusan dapatan bagi skor Cemerlang (91% - 100%) hanya 33% dan skor Sangat Baik (81% - 90%) hanya 67%. Keputusan laporan ini menunjukan skor Sangat Baik adalah skor dominan daripada skor Cemerlang. Oleh demikian kajian dijalankan bagi mengetahui domain yang manakah lebih menyumbang kepada peratusan skor Cemerlang dari aspek empat domain yang telah dinilai iaitu perancangan pembelajaran dan pengajaran, instruksional, kompetensi dan profesionalisme pensyarah, dan pengurusan kelas (teori/amali). Sampel kajian ini adalah 30 orang pensyarah yang mengajar di 4 unit berbeza iaitu Unit Aplikasi Perisian Komputer, Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Unit Pengoperasian Perniagaan dan Unit Pengajian Am. Data yang telah diperolehi melalui instrumen dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 16.0. Taburan skor min telah digunakan bagi menentukan tahap keberkesanan pemantauan pembelajaran dan pengajaran. Manakala perbezaan keberkesanan pengajaran pensyarah dilihat berdasarkan perbandingan dapatan analisa skor min mengikut domain yang dinilai. Keputusan analisa skor min menunjukkan semua aspek yang dinilai berada dalam tahap yang tinggi. Skor min tertinggi 4.67 melibatkan item penyampaian isi pelajaran dan nilai-nilai profesionalime. Manakala skor min 4.23 yang merupakan item set induksi merupakan yang terendah. Keberkesanan pemantauan pembelajaran dan pengajaran akan menjadi cemerlang jika setiap kriteria dipenuhi dan diadaptasi oleh semua pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran. Dengan demikian akan terhasillah pelajar yang berkualiti dan cemerlang.

(2)

PENGENALAN

Pendidikan hari ini telah banyak mengalami perubahan kerana ia merupakan landasan pembentukan dan pencapaian negara dalam segala aspek pembangunan. Pelbagai usaha dilakukan untuk membuka mata masyarakat tentang betapa murni dan mulianya seorang pendidik. Tidak berkecuali kursus-kursus pendidikan turut menerima perubahan bagi mempertingkatkan lagi mutu-mutu pendidik yang bakal dilahirkan.

Tugas pendidik jika dilihat dalam skop sederhana adalah mengarahkan dan membimbing para pelajar agar semakin meningkat pengetahuannya, semakin mahir ketrampilannya dan semakin terbina dan berkembang potensinya Abuddin Nata (2001). Dalam proses pembelajaran pendidik harus mampu mendorong anak didik melalui proses pengajaran yang dilakukan sehingga mampu memotivasi diri dalam melaksanakan tugas yang diterima.

Tugas secara umum yakni melaksanakan pengajaran di bilik kuliah sememangnya menjadi tanggungjawab pensyarah kursus berkenaan. Pensyarah juga perlu meningkatkan keupayaan dan amalan pengajaran mereka untuk terus meningkatkan pencapaian pelajar. Namun begitu ia menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pengurusan tertinggi institusi jika melibatkan proses berkesan agar pencapaian pensyarah dan pelajar meningkat terus meningkat.

(3)

adakah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan, domain-domain yang dikaji mempunyai pencapaian yang tinggi ataupun terdapat domain yang kurang menonjol serta perlu diberi perhatian dan penambahbaikan selaras dengan kesediaan yang ada di kolej komuniti. Menurut Dr. Abdul Zubir & Fakhri (2011), memantau dan memberi maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi tindakan yang berkaitan kurikulum ataupun akademik. Aktiviti utama mungkin melibatkan pemantauan di sekitar institusi dan memberikan maklum balas dan pujian kepada pengajar tentang aktiviti di bilik kuliah selepas proses pemantauan berlangsung selain itu menggalakkan program-program pembangunan profesional pengajar. Pendapat ini menyokong kuat pemantauan proses pengajaran dilaksanakan dan memberi gambaran aspek yang patut diberi penekanan sekaligus dapat memberi maklumbalas kepada pihak pengurusan tertinggi tentang permasalahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menguatkan lagi pandangan pengkaji untuk melaksanakan kajian tentang keberkesanan pemantauan proses pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat.

PENYATAAN MASALAH

(4)

KAJIAN LITERATUR

Institusi pendidikan adalah satu institusi yang amat penting bagi penerusan, kesinambungan dan menjadi penentu utama arah tujuan serta kelangsungan hidup sesebuah masyarakat (Nik Aziz, 1996). Untuk itu penekanan harus diberikan pada usaha mewujudkan pensyarah yang berkualiti dan berdaya maju. Kenyataan Holmes Group, iaitu satu badan yang membuat pembaharuan dalam pendidikan guru mengatakan “We cannot improve the quality of education in our schools without improving the quality of teacher in them....” (Symth, 1987 dalam Rosmilawati, 2006), menunjukkan betapa pentingnya peranan pensyarah dalam meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah institusi pendidikan. Namun demikian masalah yang dikenal pasti adalah bagaimana menghasilkan tenaga pengajar yang efektif dalam erti kata lain berkualiti dan berkesan dari segi penyampaian ilmu kepada pelajar. Dalam memastikan keberkesanan sistem pendidikan yang dilaksanakan, maka tenaga pengajar perlu dinilai proses pengajarannya bagi memastikan kualiti pengajaran yang dilahirkan mempunyai kualiti dan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara.

(5)

ke institusi pengajian tinggi. Kolej Komuniti di Malaysia khasnya di Kolej Komuniti Hulu Langat juga melaksanakan penilaian pengajaran ini melalui proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran pensyarah oleh Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Program dan pegawai pencerap yang dilantik. Pengarah juga menyokong kepentingan pemantauan pengajaran ini kerana melaluinya dapat menentukan kesan pengajaran pensyarah untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan dan juga dapat menentukan pencapaian objektif pelajaran yang telah ditentukan dapat dicapai.

METODOLOGI

Populasi kajian ini ialah semua pensyarah iaitu 43 orang di Kolej komuniti Hulu Langat. Dalam kajian ini, rekabentuk pensampelan ialah secara rawak. Menurut Khalid (2003) pensampelan secara rawak ialah pengambilan sampel dari populasi kajian bila mana setiap individu dalam populasi tersebut mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Pemilihan sampel pula berdasarkan Jadual 3.1.

Sesi Unit Peratus Sampel Bil Responden

Mac 2015

Aplikasi Perisian

Komputer 30 % 9

Teknologi Penyejukan

dan Penyamanan Udara 12 % 10

Pengoperasian

Perniagaan 21 % 4

Pengajian Am 37 % 7

(6)

Skala likert yang digunakan mengandungi lima(5) skala. Ukuran skala yang digunakan ialah seperti dalam Jadual 3.2.

Skor Pemberatan

1 Tidak memuskan 2 Memuaskan

3 Baik

4 Sangat baik 5 Cemerlang Jadual 3.2 : Skala Likert

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 4 domain kajian seperti dalam Jadual 3.3.

Domain Kajian Keterangan

1 Perancangan Pensyarah

2 Instruksional

3 Kompetensi dan Profesionalisme Pensyarah 4 Pengurusan Kelas (Teori/Amali)

Jadual 3.3 : Domain Kajian

Kajian ini tertumpu kepada hanya pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat. Di antara unit yang terlibat ialah unit Aplikasi Perisian Komputer, Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Pengoperasian Perniagaan dan Pengajian Am. Penilaian pensyarah hanya diambil kira untuk sesi Mac 2015 .

(7)

ANALISA DATA DAN HASIL

Analisis Domain 1mempunyai 2 item yang dapat menyokong aspek perancangan pembelajaran dan pengajaran (PdP) (Jadual 4.1). Kesemua item penilaian adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan (Jadual 4.3)

Bil Kriteria Item Pada

Borang

Jumlah Item

1 Fail Rekod Pensyarah S1 1

2 Rancangan Mengajar Semester / Modular S2 1

Jumlah keseluruhan Item Domain 1 2

Jadual 4.1 : Kriteria Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran

Maklum balas daripada responden bagi setiap item telah ditunjukkan di dalam Jadual 4.2 menunjukkan nilai skor yang diperoleh bagi setiap item kepada Domain 1. Item-item pada jadual 4.1, 4.4, 4.6 dan 4.8 dapat diperhatikan skor bagi pencapaian yang dinilai berdasarkan Jadual 4.3.

Item Kriteria Skor

Min Tahap Hiraki

S1 Fail Rekod Pensyarah 4.37 Tinggi 2 S2 Rancangan Mengajar Semester /

Modular 4.43 Tinggi 1

Jadual 4.2 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran

(8)

yang tinggi, bermakna para pensyarah KKHL telah melaksanakan perancangan PdP dengan baik sekali.

(Adaptasi daripada Landell, 1997 dalam Noor Suriani, 2000) Jadual 4.3 : Tahap Kencenderungan

Analisis Domain 2 adalah dari segi instruksional dimana pensyarah mempraktikkan dasar, prinsip dan amalam PdP terkini dalam menyokong pembelajaran pelajar. Pensyarah melaksanakan Instruksional(penyampaian) yang mengambil kira kepelbagaian pelajar(learners’ diversity) dengan penggunaan strategi dan teknologi yang berkesan. Bahagian ini mempunyai 7 item yang dapat menyokong aspek instruksional berdasarkan Jadual 4.4. Kesemua penilaian adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Item Kriteria Item Pada

Borang

Jumlah Item

1 Set Induksi S3 1

2 Penyampaian Isi Pelajaran / Kemahiran Dan

Pengurusan Masa S4 1

3 Penggunaan Sumber Pendidikan (Termasuk

Penggunaan Teknologi / BBM Dan Nota) S5 1 4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student

Centered Learning, SCL) S6 1

5 Penilaian Formatif S7 1

6 Maklumbalas Pensyarah S8 1

7 Rumusan S9 1

Jumlah Keseluruhan Item Domain 2 7

Jadual 4.4 : Kriteria Instruksional

Maklum balas daripada responden bagi setiap item yang telah ditunjukkan di dalam Jadual 4.5 menunjukkan nilai skor min bagi setiap item kepada Domain 2.

Skor Min Tahap Kecenderungan

(9)

Item Kriteria Skor

Min Tahap Hiraki

S3 Set Induksi 4.23 Tinggi 9

S4 Penyampaian Isi Pelajaran / Kemahiran

Dan Pengurusan Masa 4.67 Tinggi 1

S5

Penggunaan Sumber Pendidikan (Termasuk Penggunaan Teknologi / BBM Dan Nota)

4.30 Tinggi 4

S6 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

(Student Centered Learning, SCL) 4.30 Tinggi 5

S7 Penilaian Formatif 4.27 Tinggi 7

S8 Maklumbalas Pensyarah 4.50 Tinggi 2

S9 Rumusan 4.33 Tinggi 3

Jadual 4.5 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Instruksional

Berdasarkan jadual 4.5 diatas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek instruksional berada pada tahap yang tinggi. Item penyampaian isi pelajaran / kemahiran dan pengurusan masa mencapai skor min yang paling tinggi iaitu 4.67. Manakala item maklumbalas pensyarah mempunyai skor min tertinggi yang kedua iaitu 4.50. Item set induksi pensyarah telah mencatatkan skor min yang paling rendah iaitu 4.23.

Analisis Domain 3 adalah dari kompetensi dan profesionalisme pensyarah. Ini berkenaan dengan pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap pensyarah. Bahagian ini mengandungi 2 item yang dapat menyokong aspek kompetensi dan profesionalisme pensyarah. Kesemua item yang dibina adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Bil Kriteria Item Pada

Borang

Jumlah Item

1 Penguasaan Dalam Bidang S10 1

2 Nilai-Nilai Profesionalisme S11 1

Jumlah Keseluruhan Item Domain 3 2 Jadual 4.6 : Kriteria Kompetensi dan Profesional Pensyarah

(10)

Item Kriteria Skor

Min Tahap Hiraki

S10 Penguasaan Dalam Bidang 4.57 Tinggi 2 S11 Nilai-Nilai Profesionalisme 4.67 Tinggi 1 Jadual 4.7 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Kompetensi dan Profesional

Pensyarah

Berdasarkan jadual 4.7 diatas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek kompetensi dan profesional pensyarah berada pada tahap yang tinggi. Item nilai-nilai profesionalisme mencapai skor min yang paling tinggi iaitu 4.67. Manakala item penguasaan dalam bidang telah mencatatkan skor min yang paling rendah iaitu 4.57.

Analisis Domain 4 pula dinilai dari aspek pengurusan kelas (teori / amali). Ini berkenaan dengan pengurusan kelas yang cekap dalam mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan PdP. Bahagian ini mengandungi 1 item yang dapat menyokong aspek pengurusan kelas (teori / amali). Kesemua item yang dibina adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Bil Kriteria

Item Pada Borang

Jumlah Item

1 Pengurusan Kelas S12 1

Jumlah Keseluruhan Item Domain 4 2 Jadual 4.8 : Kriteria Pengurusan Kelas (Teori / Amali)

Maklum balas daripada responden bagi setiap item yang telah ditunjukkan di dalam Jadual 4.9 menunjukkan nilai skor min bagi setiap item kepada aspek Pengurusan Kelas (Teori / Amali) oleh pensyarah KKHL.

Item Kriteria Skor

Min Tahap Hiraki

S12 Pengurusan Kelas 4.23 Tinggi 1

(11)

Berdasarkan jadual 4.9 diatas, didapati bahawa item yang dinilai bagi aspek Pengurusan Kelas (Teori / Amali) berada pada tahap yang tinggi. Item pengurusan kelas mecatatkan skor min yang tinggi pada 4.23.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil pemantauan proses pengajaran pensyarah bagi aspek perancangan pensyarah terdapat dua item telah dinilai di mana semua item aspek ini memperolehi skor min yang tinggi. Bagi item Rancangan Mengajar Semester (RMS) dan Modular berdasarkan silibus terkini memperolehi skor min tertinggi, diikuti item Fail Rekod Pensyarah (FRP) dikemaskini menunjukkan skor min paling rendah diperolehi tetapi masih berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan komen yang diperolehi dari pemantau terdapat segelintir pensyarah yang tidak mengemaskini FRP semasa proses pemantauan dijalankan. Ini menyebabkan skor item ini berkurangan walaupun masih berada di tahap yang tinggi. Bagi menyediakan suatu perancangan pengajaran yang baik dan berguna, pensyarah harus terlebih dahulu menyedari kepentingan perancangan pengajaran terhadap pengajarannya. Hasil daripada perancangan pengajaran yang baik, sesi pengajaran yang berkesan juga seharusnya dapat dicapai oleh pensyarah tersebut (Mok Soon Sang, 2000).

(12)

trend pengajaran sekarang pembelajaran menggunakan kaedah Outcomes Based Education (OBE) juga amat sedikit diaplikasikan oleh pensyarah-pensyarah KKHL. Pendapat ini di sokong Rosmilawati, (2006) sebelum memulakan sesi P&P, pensyarah membuat persediaan yang rapi terhadap bahan pengajaran yang akan digunakan bagi memastikan bahan pengajaran tersebut berfungsi dengan baik, menarik reka bentuknya, tidak membosankan, sesuai dengan topik pembelajaran yang bakal diajar, membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan menyediakan bahan pengajaran yang pelbagai untuk mengekalkan perhatian pelajar di dalam kelas.

Manakala hasil pemantauan kompentensi dan profesionalisme pensyarah pula menunjukkan skor min yang diperolehi bagi dua(2) item ini adalah tinggi. Item nilai-nilai profesionalisme mempunyai skor min tertinggi dikuti penguasaan dalam bidang mendapat skor min kedua tertinggi. Ini bermakna, kajian ini menunjukkan dari pemantauan yang dijalankan pensyarah KKHL mempunyai kesungguhan dalam menyampaikan isi pelajaran. Turut memiliki keprihatinan terhadap pembelajaran pelajar di samping sikap sabar, mesra, sahsiah yang baik dan kemahiran komunikasi yang tinggi. Sahsiah pensyarah yang baik mampu mengeratkan lagi hubungan antara pensyarah dan pelajar. Fenomena ini dihuraikan oleh Abdul Rahim et al (2000) dalam Rosmilawati (2006) yang menyatakan bukti daripada kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendidik yang bersifat mesra, fleksibel, penyabar, berminat terhadap pelajar dan boleh bergurau dengan pelajar adalah lebih berkesan berbanding pendidik yang kurang mempunyai sifat tersebut.

(13)

menguasai lebih mendalam untuk sesuatu bidang. Berdasarkan hasil dapatan dan perbincangan sebelumnya, beberapa cadangan telah dikenalpasti. Berikut merupakan cadangan yang dikenalpasti boleh dicadangkan kepada pihak yang berkepentingan terlibat dalam kajian ini.

Ketua jabatan dan ketua unit adalah individu yang dilantik sebagai pemantau proses penilaian pengajaran perlu membuat penyelarasan bersama tentang kaedah pemantauan dan pemberian skor markah memandangkan dari pemerhatian pengkaji didapati pencapaian adalah tidak konsisten dan berbeza-beza bagi setiap pensyarah walaupun semua aspek penilaian telah dilaksanakan.

Bagi pihak pensyarah sendiri perlulah berjumpa dengan pihak ketua jabatan / ketua program bagi berbincang hasil pemantauan. Dengan itu item yang dirasakan perlu diberi penambahbaikan boleh dibincangkan bagi dilaksanakan pada sesi pengajaran seterusnya. Bagi memudahkan perincian item yang perlu diberi penambahbaikan penyediaan satu laporan pendek oleh pemantau patut dilaksanakan yang mana boleh diserahkan kepada pensyarah yang dinilai untuk tindakan penambaikan.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan yang telah diperjelaskan dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat adalah amat baik sekali dengan setiap aspek yang dikaji memperolehi pencapaian yang tinggi. Jelas menunjukkan semua pensyarah komited dalam menjalankan tugas dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

(14)

bukan kerana mereka akan dinilai dan berlakon semata-mata di hadapan pemantau kerana ingin mendapat markah yang tinggi dalam proses penilaian pengajaran bagi memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komunitik (JPKK) kepada semua pensyarah di kolej komuniti Malaysia. Hal ini bertentangan dikatakan oleh Jagdish (1996) bahawa pensyarah yang dipantau hanya berlakon di hadapan penyelia semata-mata kerana hendak mendapat markah yang baik.

Walaubagaimanapun menurut Rosmilawati (2006) kajian penilaian pengajaran melalui penilaian pelajar-pelajar sendiri yang lebih berkesan kerana mereka lebih arif dengan kelakuan pensyarah ini kerana mereka lebih lama bersama-sama dengan pensyarah jika dibandingkan dengan pemantau yang datang sekali-sekala. Hal ini juga telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Hulu Langat namun tidak termasuk di dalam skop kajian pengkaji. Namun menjadi hasrat pengkaji di masa akan datang untuk melaksanakan kajian dari sudut penilaian pelajar pula bagi memperkukuhkan lagi tahap relevan kajian terhadap proses penilaian pengajaran warga pendidik khususnya pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat.

Diharapkan dengan terhasil kajian keberkesanan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat ini akan menambahkan satu bahan rujukan ilmiah terutamanya berkaitan bidang penilaian pengajaran. Selain itu juga diharapkan kajian ini berguna kepada pihak jabatan, kolej komuniti dan jabatan pendidikan kolej komuniti sendiri untuk melihat keberkesanan proses pemantauan pengajaran pensyarah yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Malaysia masa kini.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din dan Mohamad Haron (2000). Panduan Latihan Mengajar . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 90.

(15)

Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Rendah. Institut Aminuddin Baki.

Abuddin Nata (2001) Paradigma Pendidikan Islam, Jakarta: Grasindo, h. 134.

Aziz Nordin dan Mohamad Yusof Arshad (1997). Penilaian Dalam Latihan

Mengajar. Dlm. Bengkel Penyelarasan Penyelia Latihan Mengajar Penyelia-penyelia Bersekutu UTM/MRSM. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 1-31

Jagdish Raj Sharma (1996). Latihan Mengajar. Dlm. Isahak Haron dan Koh Boh Boon. Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 23-34.

Khalid Johari (2003). Penyelidikan dalam pendidikan: Konsep dan prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall

Mok Soon Sang (2000). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti. 1-54.

Nik Aziz Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bistari. Kertas Kerja

Dibentangkan Di Seminar Maktab Perguruan Bestari, Kuala Lumpur. 100- 101

Noor Suriani Nazrudin (2000). “Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukarela : satu tinjauan di ITTHO. Kajian kes”.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian didapatkan sebagian (54,2%) responden di wilayah kerja Puskesmas Muara Kumpeh berperilaku kurang baik dalam pencegahan filariasis, sebagian (59,4%)

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Corak ragam hias tradisional Minang- kabau yang dipakai pada kain tenun songket sebagai perangkat upacara adat, seperti upacara perkawinan menunjukkan kemampuan perajin

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui Assessment Ratio (AR) yang digunakan sebagai dasar penetapan Nilai Jual Objek Pajak (NJOP) di Kecamatan

Stabilitas sisa hasil usaha BMT Al-ittihat Pekanbaru terbukti setiap tahun meningkat, artinya pendapatan BMT Al-Ittihad Pekanbaru setiap tahun selalu lebih besar

Pada penelitian yang dilakukan oleh Rifin (2014) dengan menggunakan VAR, pengaruh negatif atas pajak ekspor terhadap harga terlihat saat penerapan pajak ekspor nonprogresif ,

Dalam perkembangan selanjutnya membuat komik, Faza Meonk sebagai komikus mengambil ide cerita dari isu-isu yang sedang banyak dibicarakan seperti kesehatan, masalah

Tujuan utama dari penelitian ini adalah menyusun dan menilai resiko yang ada pada pada industri ship recycling di Madura dengan cara mengidentifikasi risiko potensial,