• Tidak ada hasil yang ditemukan

Transisi Politik PAS dari Negara Islam k

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Transisi Politik PAS dari Negara Islam k"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

Transisi Politik Dari Negara Islam Kepada Negara Berkebajikan Parti Islam Semalaysia (PAS): Cabaran dan Matlamat1

Mohd Syakir Bin Mohd Rosdi2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang

Tel: 04-6532910 Faks: 04-6532124

E-mail: cat_860926@yahoo.com /syakirrosdi@gmail.com

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis sejarah dan matlamat transisi politik dari negara Islam kepada negara berkebajikan PAS. Transisi politik di sini bermaksud peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Ia bertujuan menjelaskan konsep negara Islam dan negara berkebajikan PAS supaya cabaran dan matlamatnya lebih difahami. Di sini timbul tiga persoalan. Pertama, apakah dia negara Islam dan negara berkebajikan PAS itu? Kedua, kenapa PAS bertindak menukarkan matlamat dari Negara Islam kepada negara Berkebajikan,: adakah kerana hasil dari pengaruh golongan professional, atau kerana ingin medapatkan kuasa ataupun kerana ingin mengukuhkan pakatan antara PAS dengan DAP dan PKR? Ketiga, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS setelah berlaku transisi politik tersebut? Kertas kerja ini cuba menjawab ketiga-tiga persoalan ini dengan memfokuskan kepada dua perkara pokok. Pertama, mengenal pasti konsep Negara Islam dan Negara Berkebajikan PAS. Kedua, menganalisis matlamat dan cabaran terhadap perubahan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Semua data yang didapati adalah hasil dari rujukan perpustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akan dihujahkan bahawa transisi politik PAS tersebut berlaku disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertama, untuk mengukuhkan parti PAS agar dapat diterima oleh golongan Islam dan bukan Islam. Kedua, ia merupakan strategi untuk memenangi pilihanraya ke-13. Ketiga, ada hubung kait dengan sejarah PAS yang sudah lama mencanang slogan Negara Berkebajikan.

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam The 6th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2011) di Universiti Sains Malaysia pada 11-12hb Oktober 2011.

(2)

Kata Kunci: Negara Islam, Negara Berkebajikan dan Transisi Politik

1.0 Pendahuluan

Parti Islam Semalaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Berdasarkan pengamatan, PAS merupakan parti yang menjadi suatu wadah kepada mereka yang ingin memperjuangkan Islam selaras dengan matlamatnya membina sebuah negara Islam. Tumpuan terhadap negara Islam ini telah menjadi perbincangan sejak dahulu lagi oleh pemikir gerakan Islam. Ia boleh dilihat menerusi penglibatan beberapa parti politik berunsurkan Islam di luar negara seperti Ikhwanul Muslimin (1928) di Mesir, Jama’at Islami (1941) di Pakistan, Harakah Ittijah Islami (1969) di Tunisia, Parti Refah Islami (1972) di Turki, Parti Islam Kurdistan (1979) di Kurdistan, Front Islam Kebangsaan Sudan (1945) di Sudan, HAMAS (1988) di Palestin dan Front Penyelamat Islam (1989) di Algeria (Taufiq Yusuf Waie, 2005). Di Malaysia pula tertubuhnya Darul Arqam, Jemaah Tabligh, Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) (Muhammad Syukri Salleh, 1999).

Kertas kerja ini lebih tertumpu kepada sejarah dan cabaran negara Islam PAS untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan perjuangan PAS. Kemudian, dianalisis pendekatan negara Islam PAS dan negara berkebajikan PAS sama ada berbeza ataupun sama. Begitu juga dengan perbezaan antara welfare state dan negara berkebajikan PAS. Akhirnya, penilaian terhadap perbincangan tersebut diteliti pula tujuan sebenar PAS dalam mentransisikan negara Islam kepada negara berkebajikan.

2.0 Sejarah dan Cabaran Negara Islam PAS

(3)

diubah kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulama’ Malaya di Bagan Tuan Kecil di Butterworth Pulau Pinang. Itulah sedikit perihal PAS sebagai gambaran awal sejarah perjuangan Negara Islam PAS (Idris Ahmad, 2011).

Berdasarkan hal tersebut, PAS telah diasaskan oleh para ulama’. Oleh sebab itu, ia dilihat sebagai satu usaha para ulama untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Perbincangan tersebut telah mencetuskan idea untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menjadi tapak penting terhadap politikal dakwah di negara ini. Ada pandangan pula mengatakan bahawa PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya pada tahun 1955 yang telah memenangi satu kerusi di Krian, Perak oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Hussein (Idris Ahmad, 2011).

Secara terperincinya, dikatakan bahawa idea penubuhan PAS merupakan pengaruh dari gerakan Islam Mesir yang dinamakan sebagai Ikhwanul Muslimin. Sehinggakan ada di kalangan para pelajar yang dihantar khusus ke Timur Tengah untuk mendalami ilmu Islam dan ilmu gerakan Islam. Kemudian, kebanyakan mereka yang pulang ke tanah air telah mengembangkan pusat pengajian Islam seperti pondok dan sekolah agama (Riduan Mohamad Nor, 2011).

Cabaran PAS bermula apabila timbulnya kesedaran awal para ulama dan yang berpengetahuan tentang agama. Mereka telah berkumpul dalam satu kelompok untuk membina sebuah pertubuhan yang dinamakan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti Hizbul Muslimin pada 1948. Ia merupakan kesan kegigihan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Ramlah Adam, 2003). Semakin hari semakin ramai yang mula mendekati perjuangan mereka ini sehingga membimbangkan pihak British. Cabaran pertama ialah apabila British dengan pantas telah menguatkuasakan undang-undang Ordinan Darurat pada Jun 1948 yang membawa kepada pemansuhan Hizbul Muslimin dan berlaku penangkapan beramai-ramai termasuk Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Ramlah Adam, 2004).

(4)

UMNO untuk membawa isu-isu umat Islam agar terus diperjuangkan di peringkat parlimen. Sebagai contoh, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan3 telah menyertai UMNO pada tahun 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.

Bahagian ini kemudiaannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulama’ menubuhkan persatuan, seperti dalam tulisannya, “Ulama’ Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”. Beliau menyifatkan para ulama’ dilihat seolah-olah hilang kewibawaannya disebabkan mereka tidak mampu melakukan apa-apa terhadap kes pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain lagi. Justeru, Sheikh Abdullah Fahim yang memimpin satu persidangan ulama’ merangkap Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 telah mengeluarkan fatwa pengharaman judi loteri anjuran UMNO (Riduan Mohamad Nor, 2011).

Konflik yang timbul di kalangan ulama inilah telah menimbulkan pendirian para ulama untuk menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (PAS). Haji Ahmad Badawi telah mengeluarkan satu manifesto bertajuk ‘Manifesto al-Badawi’ dengan tema “Ulama’ ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan parti politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah s.w.t. Mereka juga menolak ideologi sekular yang dibawa oleh penjajah (Mohd Fadli Ghani, 2011).

Itulah titik permulaan ke arah bermulanya perjuangan untuk menegakkan sebuah Negara Islam. Mereka bertekad untuk memerdekakan tanah Melayu dari penjajah. Sebagai contoh PAS sewaktu berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias telah bercakap soal kemerdekaan yang perlu ditegakkan hukum Islam. PAS juga menolak kerakyatan Jus Soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar Negara yang merdeka. Ini menunjukkan bahawa matlamat PAS untuk menegakkan negara Islam telah dikemukakan semenjak permulaan pertubuhannya (Ramlah Adam, 2004).

(5)

Seterusnya, Dr Burhanuddin pula mengambil alih kepimpinan PAS di akhir tahun 1956. Sewaktu itu, PAS mula memperincikan sikap dan pendirian parti agar lebih konsisten dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau meletakkan dua matlamat parti yang utama iaitu memperjuangkan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Seperti kata Burhanudin (1960), “Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi Negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang Maha Suci”. Ini menunjukkan bahawa PAS sudah mula bersungguh-sungguh dalam menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu sebagai sebuah negara Islam (Kamarudin Jaafar, 1980).

Penyertaan PAS dalam pilihanraya umum 1959 telah memberikan motivasi yang positif terhadap penyokongnya apabila berjaya mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan dan Terengganu. Mohd Daud Abdul Samad telah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu dan Ustaz Lofti Omar di Kelantan. Kemenangan di dua negeri tersebut dilihat sebagai langkah pertama untuk merealisasikan matlamat dalam memperjuangkan sebuah negara Islam. Namun begitu, berlaku pengambil alihan kuasa di Terengganu oleh parti Perikatan pada tahun 1961. PAS berjaya bertahan di Kelantan sehinggalah berlaku darurat di Kelantan pada akhir 1977 (Ishak Saat, 2007).

Berbagai tekanan terpaksa diterima oleh PAS seperti berlakunya penahanan terhadap orang utama PAS iaitu Dr Burhanudin Al-Helmi, keganasan pemuda lasak UMNO dan lain-lain lagi. Tekanan tersebut berlaku sehinggalah tahun 1971 (Riduan Mohamad Nor, 2011). Pada tahun tersebut Datuk Mohd Asri Muda telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS. PAS dilihat mula membuat kerjasama politik dengan UMNO bagi tiga tujuan iaitu pertama bagi menjamin kestabilan politik negara, kedua mengekalkan ketuanan Melayu dan ketiga menyerapkan Islam dalam pemerintahan.

(6)

Kerjasama tersebut tidak bertahan lama apabila berlaku krisis kepimpinan PAS yang dikatakan berpunca ekoran ada kepimpinan yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang telah menyebabkan berlakunya penyingkiran PAS dalam BN dan hilangnya Kelantan dari tangan PAS (Riduan Mohamad Nor, 2011).

Setelah melalui satu tempoh masa yang penuh cabaran antara tahun 1978 sehingga 1982 seperti terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan dan tekanan ISA, akhirnya PAS telah bersepakat untuk membina kepimpinan ulama pada Oktober 1982 (Idris Ahmad, 2011). Tuan Haji Yusof Rawa telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS menggantikan Datuk Mohd Asri Muda yang meletak jawatan. Pada era inilah PAS mula dilihat berada pada pada landasan matlamatnya yang dibina oleh golongan ulama sebelum ini iaitu mendaulatkan Islam. Mereka dilihat lebih tegas dalam memperjuangkan negara Islam yang berkemungkinan berpunca dari pengaruh revolusi Islam Timur Tengah.

PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki (gerakan) dan terus melakukan dakwah terhadap non-muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Setelah itu, pada tahun 1985 telah tercetus pula tragedi Memali yang mengorbankan seramai 14 orang ahli PAS. Korban tragedi tersebut dinamakan sebagai syuhada’ dan dikuburkan seperti seorang syuhada’. Di sini jelas bahawa perjuangan yang mereka impikan hanyalah untuk membina sebuah Negara Islam dan apabila terkorban dalam memperjuangkannya maka ia dikira sebagai syuhada’.

(7)

Pada tahun 2003 pula, Abdul Hadi Awang bersama Haron Din telah mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk Dokumen Negara Islam. Dokumen tersebut menjelaskan secara terperinci prinsip perjuangan PAS dalam menegakkan negara Islam. Pengisytiharan dokumen tersebut telah mencetuskan beberapa konflik antara PAS dan DAP. Sememangnya DAP tidak pernah menyetujui PAS atau mana-mana parti untuk menegakkan sebuah negara Islam. Pada dasarnya, DAP dan PAS merupakan dua parti yang mempunyai wadah perjuangan yang bertentangan namun bagi menumpaskan BN, mereka tidak mempunyai cara lain selain bergabung membentuk sebuah pakatan.

Secara rumusannya, PAS mengalami empat fasa kepimpinan iaitu kepimpinan ulama tradisi (1951-1956), kepimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepimpinan ulama haraki (1982-sekarang) (Mohd Fadli Ghani, 2003). Dari sudut ideologi pula, berlaku tiga fasa dalam PAS iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan ideologi (1982-1995) (Zambry Abd Kadir, 1995).

2.0 Perbezaan antara Negara Islam dan Negara Berkebajikan PAS

Selepas berlaku beberapa peristiwa hasil dari penelitian tersebut, mempamerkan bahawa PAS sebuah parti yang memperjuangkan negara Islam. Namun setelah muktamar PAS ke-57 baru-baru ini telah memperlihatkan PAS dengan tema barunya iaitu membina negara berkebajikan. Oleh kerana PAS berada dalam posisi parti Islam, maka timbul tanda tanya mengenai kenapa PAS beriya-iya untuk menubuhkan negara berkebajikan pula? Apakah sebenarnya matlamat dan tujuan PAS? Oleh itu, untuk melihat tujuan tersebut, perlu diteliti dahulu apakah sebenarnya perbezaan negara Islam dan negara berkebajikan PAS?

(8)

pihak. Begitu juga Abdul Hadi Awang (2008) mendefinisikan negara berkebajikan Islam yang ingin dibawa PAS merupakan sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Definisi negara Islam pula boleh diteliti daripada dokumen negara Islam yang diterbitkan pada tahun 2003 iaitu secara rumusannya, definisi negara Islam ialah sebuah negara kebajikan yang dipimpin oleh kepimpinan bertaqwa yang diasaskan atas prinsip syara’ dengan melaksanakan segala syariat dan hukum Allah demi mendaulatkan Islam sebagai ad-deen yang lengkap sempurna menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Berdasarkan pengkajian terhadap definisi-definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa negara Islam lebih tertumpu dan menekankan dari aspek syariat dan hukum Islam berbanding dengan negara berkebajikan. Negara berkebajikan dilihat lebih terbuka berbanding Negara Islam. Maksud keterbukaan itu dilihat menerusi negara berkebajikan lebih bersifat inklusif berbanding negara Islam dilihat lebih kepada exklusif kepada orang Islam sahaja.

Berdasarkan penelitian terhadap kajian negara berkebajikan PAS, setakat ini belum ada yang mengemukakan ciri-ciri negara berkebajikan melainkan hanya buku yang dikeluarkan oleh Presiden PAS oleh Abdul Hadi Awang (2011) iaitu Konsep Asas Negara Berkebajikan.

Namun, sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, negara Islam dan negara berkebajikan ini sebenarnya mempunyai beberapa ciri yang tidak jauh berbeza. Ia boleh dilihat seperti digambarkan dalam Rajah 1.0.

Rajah 1.0 Ciri ciri Negara Islam dan Negara Berkebajikan PAS Ciri Negara Islam PAS

(Abdul Hadi Awang dan Haron Din, 2003)

Ciri Negara Berkebajikan PAS (Abdul Hadi Awang, 2011) 1- Negara berdaulat

- Kedaulatan sesebuah negara merupakan tonggak utama.

- Kedaulatan negara boleh dicapai melalui kesetiaan kepada kepimpinan Negara selagi mana tidak bercanggah dengan perintah Allah s.w.t.

1- Memastikan imbangan kuasa

pemerintahan dalam Negara berada pada tahap terbaik dengan berlakunya

pemisahan kuasa antara kehakiman, perundangan dan eksekutif.

(9)

- Setiap rakyat seharusnya mentaati agama

‘kebajikan’ itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam. Ia

- Rakyat dituntut memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Negara selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syara'. - Jika pemimpin gagal memikul amanah

kepimpinan, rakyat berhak untuk menarik balik ketaatan mereka.

4- Mengutamakan pembangunan akhlak dan jati diri rakyat di samping

meningkatkan kecemerlangan akademik. oleh rakyat dan institusi Hisbah tetapi juga akan dipersoalkan oleh Allah swt pada hari Kiamat.

5- Pemimpin dan Negara adalah yang melaksanakan kebajikan iaitu beriman,

- Prinsip ini menjadi ciri penting yang membezakan antara sebuah negara Islam tulen dengan negara Islam tiruan.

6- Sifat pemimpin dan Negara ialah melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar dengan bertanggungjawab kepada tuhan dan beramanah sesama manusia.

(10)

berlumba-- Negara Islam sangat mengambil berat Pada masa yang sama kekayaan Negara tidak berputar di kalangan tertentu sahaja. berkebajikan tidaklah mempunyai perbezaan yang amat ketara dengan negara Islam. Ciri-ciri tersebut bolehlah disimpulkan sepertimana berikut;

Untuk membentuk sebuah negara Islam perlu ada:

1. Undang-undang yang ditetapkan harus berlandaskan hukum dan ajaran Islam. Semua kesalahan sama ada dilakukan oleh rakyat ataupun pemerintah harus dihukum sepertimana yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Hadith.

2. Islam adalah agama rasmi, sedangkan agama lain yang ada pada negara tersebut bebas untuk melaksanakan anutan mereka.

(11)

4. Pemimpin negara harus dilantik dari kalangan orang Islam.

5. Pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar.

Begitu juga, untuk membentuk sebuah negara Berkebajikan perlu ada padanya:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam 2) Kerajaan adalah "guardian" atau penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric) 4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan 6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Ini menunjukkan bahawa setiap ciri negara berkebajikan itu merupakan salah satu daripada ciri-ciri negara Islam. Ia boleh dirujuk berdasarkan ciri ketujuh negara Islam itu yang menyebut negara berkebajikan merupakan salah satu cirinya. Namun begitu, negara berkebajikan ini tidak dapat direalisasi melainkan perlu ada padanya kepimpinan, sistem dan rakyat yang bersedia melaksanakannya. Hal ini juga menunjukkan bahawa, negara berkebajikan ini walaupun dilaksana, belum tentu dapat memenuhi kreteria negara Islam PAS melainkan semuanya itu dilaksana berdasarkan kepada sistem Islam. Secara kesimpulannya, negara berkebajikan dan negara Islam PAS merupakan dua sistem yang tidak dapat dipisahkan dan saling menyokong antara satu sama lain.

4.0 Beza antara ‘welfare state’ dan Negara Berkebajikan

(12)

Secara khususnya, perbezaan yang agak ketara dapat dilihat berdasarkan aplikasi negara kebajikan lazim yang meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. Tetapi Negara berkebajikan yang diamalkan PAS memahami akan konsep hamba Allah dengan melakukan ibadah dan khalifah Allah dengan mentadbir urusan dunia menggunakan panduan Islam (Abdul Hadi Awang, 2011).

Seterusnya perbezaan itu dapat dilihat menerusi makna istilah tersebut. Negara berkebajikan bermaksud kerajaan dan rakyat bersama-sama berusaha melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan menguntungkan semua pihak. Berbeza dengan negara kebajikan hanya kerajaan yang melakukan program kebajikan. Ini akan melahirkan rakyat yang sentiasa bergantung kepada ihsan kerajaan dan orang lain yang ada kalanya membebankan kerajaan dan merugikan semua pihak. Ia juga berbeza apabila terdapat penambahan “ber” di hadapan yang bermakna ada perbuatan dan memiliki sifat pada diri (Abdul Hadi Awang, 2011).

Kemudian, penelitian negara kebajikan seperti menurut Encyclopedia Britanica, welfare state ialah “concept of goverment in which the state plays a key role in the protection and promotion of the economic and social well-being of its citizens. It is based on the principles of equality of opportunity, equitable distribution of wealth and public responsibility for those unable to avail themselves of the minimal provisions for a good life”. Ia membawa maksud, kerajaan seharusnya memainkan peranan utama dalam memastikan perlindungan dan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan sosial rakyatnya terjamin. Ianya berdasarkan prinsip kesamaan peluang, pembahagian kekayaan secara saksama dan tanggungjawab masyarakat supaya masyarakat yang terpinggir dari arus kemodenan akan terus terbela.

A. Briggs (1961) telah mengenal pasti tiga elemen utama negara kebajikan yang diamalkan di Britain. Pertama, jaminan standard minima termasuklah gaji minima. Kedua, perlindungan sosial sekiranya berlaku musibah. Ketiga, jaminan perkhidmatan pihak berkuasa pada tahap terbaik.

(13)

Kesejahteraan (well-being) rakyat pula diukur dari segi tahap di mana mereka menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia. Ia boleh diklasifikasikan seperti kawalan dan perkhidmatan kewangan seperti insurans untuk penyakit, pengangguran dan hilang upaya. Begitu juga jaminan berkaitan dengan budaya dan pendidikan.

Menurut A. Lindbeck (2006) pula, takrifan negara kebajikan boleh dibahagikan kepada dua definisi. Pertama ialah negara kebajikan meliputi dua jenis pengiraan perbelanjaan kerajaan iaitu manfaat tunai untuk isi rumah dan subsidi atau peruntukan langsung perkhidmatan kerajaan seperti penjagaan kanak-kanak pra-sekolah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan penjagaan orang tua.

Kedua, negara kebajikan boleh termasuk juga kawalan harga, dasar-dasar perumahan, peraturan persekitaran kerja, undang-undang jaminan kerja dan dasar alam sekitar. Berdasarkan penelitian terhadap beberapa definisi tersebut, matlamat utama negara kebajikan ialah kesejahteraan (well-being). Begitu juga, dapat disimpulkan bahawa setiap negara kebajikan itu perlu ada modelnya tersendiri untuk disesuaikan dengan situasi semasa, agar masyarakat dapat merasai dasar negara kebajikan tersebut. Dasar perlindungan sosial juga menjadi asas utama negara kebajikan supaya rakyat dapat dipastikan sentiasa berada di bawah kebajikan kerajaan (P. Spicker, 2008).

Berdasarkan sejarah, negara kebajikan dibina untuk mengurangkan sikap melampaui batas sistem kapitalisme yang begitu ketara sekali dan sekaligus mengurangkan minat terhadap sosialisme. Konsep negara kebajikan ini telah menarik perhatian semua pihak termasuk penduduk, pekerja dan juga pihak kapitalis. Tarikan tersebut melihat kepada falsafah negara kebajikan iaitu,

(14)

Berdasarkan penelitian terhadap falsafah tersebut menunjukkan bahawa, terdapat beberapa perbezaan dan percanggahan antara negara kapitalis dan negara kebajikan. Pertama, negara kapitalis hanya mengutamakan keuntungan dalam pasaran tanpa mengira kebajikan secara menyeluruh. Imbuhan yang diberi hanyalah sekadar satu galakan kepada pekerja untuk terus kuat dalam bekerja dalam menghasilkan pengeluaran yang maksimum. Berbeza dengan negara kebajikan yang mempercayai bahawa kebajikan individu merupakan matlamat penting dalam menghadapi tekanan pasaran.

Oleh itu, menjadi satu keperluan untuk memastikan setiap ahli masyarakat diberi perlindungan daripada menghadapi risiko sosial. Ia termasuklah kemalangan industri, ketidakuapayaan, pengangguran dan menyediakan perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perumahan, perubatan dan pengangkutan awam. Ia juga merupakan perkara penting individu untuk berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat.

Falsafah tersebut telah menggariskan guna tenaga penuh untuk pengagihan pendapatan dan kekayaan secara adil sebagai salah satu matlamat penting polisi negara. Oleh itu, setiap negara yang mengamalkan sistem negara kebajikan harus berperanan aktif dalam ekonomi. Hal ini sahaja yang dipersetujui oleh sistem kapitalis malah juga Keynes mengenai isu negara kebajikan (M.C Marcuzzo, 2008). Setelah menyedari keterbatasan sistem pasaran, Negara kebajikan berusaha mengadunkan mekanisme harga dengan beberapa alat yang lain, terutamanya perbelanjaan kebajikan negara, bagi memastikan wujudnya kesaksamaan (R Titmuss, 1968).

Pada mulanya, tema negara kebajikan adalah untuk semua tidak kira kaya atau miskin telah menimbulkan kegembiraan yang luar biasa, kerana merasakan pengagihan akan dapat dilakukan dengan sempurna. Hakikatnya tidak begitu, strategi ini tidak dapat menangani masalah tersebut. Oleh sebab pertambahan perbelanjaan awam tidak diiringi pengurangan yang seimbang dalam permintaan terhadap sumber yang lain, maka defisit belanjawan akan meningkat walaupun wujudnya bebas cukai yang tinggi (M. Umer Chapra, 2005).

(15)

dalam tabungan sektor persendirian. Sebaliknya tedapat perluasan kewangan yang berlebihan dalam sebuah sistem perbankan simpanan “reverse banking system”. Mereka bersedia memberikan sebanyak mana pinjaman sekalipun kepada sektor awam dan persendirian berdasarkan cagaran serta risiko pemerintah (lower sovereign risks) yang lebih rendah, tanpa terlalu menghiraukan tentang penggunaan akhir kredit. Ekoran itu permintaan terhadap pelbagai sumber akan meningkat dengan banyaknya. Sekaligus membawa kepada ketidakseimbangan dalaman serta luaran. Inilah yang disebut sebagai teori “needs”4(D. McClleand, 1975)5.

Pelbagai masalah kemiskinan dan kepapaan terus wujud, malah menjadi semakin parah. Keperluan masih tidak dipenuhi dan ketidaksamaan pula terus meningkat. Maka, berdasarkan penelitian terhadap perbincangan tersebut, ciri-ciri negara kebajikan bolehlah dibahagikan kepada enam ciri iaitu undang-undang, pemiliknegaraan beberapa industri utama tertentu, gerakan buruh yang kuat, polisi fiskal, kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan guna tenaga buruh (M. Umer Chapra, 2005).

Negara berkebajikan PAS seperti tercatat dalam karya Konsep Asas Negara Berkebajikan pula mempunyai beberapa perkara asas yang perlu diteliti. Ia penting untuk melihat sama ada negara kebajikan sama atau berbeza dengan negara berkebajikan PAS. Pertama, berkenaan ciri-ciri asas negara berkebajikan seperti dalam rajah 1.0 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan berkenaan tasawur pelaksanaannya. Pelaksanaan negara berkebajikan menurut Abdul Hadi Awang (2011) dari aspek fizikalnya mungkin ada kesamaan atau selari, tetapi tamadun Barat ini meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. Selaras dengan pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003), beliau amat menekankan konsep tasawur dan acuan pembentukan pembangunan itu sendiri sama ada berasal dari Barat ataupun tidak. Sekiranya berasal dari Barat, ianya tidak boleh untuk dijadikan asas pembinaan acuan pembangunan berteraskan Islam.

4 Berdasarkan Wikipedia: The “Needs” ialah keperluan atau kehendak bagi organisma yang hidup sihat. Keperluan

yang dibezakan daripada mahu kerana kekurangan atau mahu untuk aksesori. Sekiranya tidak ada kemahuan maka makhluk itu dianggap tidak berfungsi atau mati. Keperluan boleh objektif dan fizikal, seperti makanan

atau mereka boleh subjektif dan psikologi, seperti keperluan untuk harga diri. Di peringkat sosial, keperluan yang melebihi had boleh menyebabkan timbulnya kontroversi. Memahami keperluan dan kehendak adalah satu isu dalam bidang politik, sains sosial, dan falsafah.

(16)

Justeru, antara ciri yang ditekankan dalam negara berkebajikan ini ialah segala pengaplikasiannya seharusnya mengikuti panduan al-quran dan hadith yakni berdasarkan syariat Islam. Secara ringkasnya, terdapat empat ciri utama yang perlu ada sperti terdapat dalam karya Konsep Asas Negara Berkebajikan. Pertama, berkenaan negara yang bertaqwa yang melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Iaitu negara yang baik dan mendapat pengampunan dari Allah s.w.t.

Kedua, ciri-ciri pemerintah yang seharusnya dilantik dalam negara berkebajikan ialah seorang yang beriman, mengerjakan amal soleh, berakhlak dan mempunyai kekuatan serta keupayaan mentadbir dan mengurus. Mereka juga ialah seorang yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Seorang pemimpin harus memahami bahawa kuasa adalah amanah dari Allah s.w.t yang harus ditunaikan dengan ikhlas.

Ketiga, sistem pemerintahan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Ia seharusnya berjalan dengan penuh keadilan tanpa mengira kaum dan agama. Dari aspek perundangan seharusnya berlaku pemisahan antara pemerintah dan kehakiman supaya sistem tersebut dapat dijalankan dengan adil. Keempat, rakyat yang berada di bawah pemerintahan negara berkebajikan ini seharusnya diberikan kebajikan dengan seadilnya. Kekayaan negara tidak sepatutnya beredar pada satu kelompok sahaja.

(17)

Ketiga, tawaran pelaksanaan negara berkebajikan PAS dapat dilihat menerusi manifesto pilihan raya ke-12 yang lalu bertemakan “Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan Menuju Negara Berkebajikan”. Tawaran itu meliputi 12 teras utama seperti dalam Rajah 2.0.

Rajah 2.0 Manifesto PAS Pilihan raya ke-12 dan Ciri- ciri Negara Berkebajikan PAS Manifesto PAS Pilihan raya ke-12 negara yang kaya dengan hasil mahsul seperti minyak, kayu-kayan serta hasil

‘kebajikan’ itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam. Ia dan jati diri rakyat di samping

(18)

- Merakamkan pelbagai keceleruan di

5- Jaminan perkhidmatan kesihatan rakyat

5- Pemimpin dan Negara adalah yang melaksanakan kebajikan iaitu beriman, mengerjakan amal soleh, berakhlak dan mempunyai kekuatan serta keupayaan mentadbir atau mengurus.

6- Kebajikan pekerja sektor awam dan swasta

- Memandangkan pembelaan rakyat semakin terabai sementara kos saraan hidup semakin meningkat.

7- Sifat pemimpin dan Negara ialah melaksanakan amar makruf dan nahi

- Memandangkan kos saraan hidup terus meningkat dan meletakkan rakyat Pada masa yang sama kekayaan Negara tidak berputar di kalangan tertentu sahaja.

(19)

adil, bersih dan demokratik

- Menyedari kedudukan amalan media yang masih jauh dari menghayati dasar penyiaran yang membela nilai-nilai kebenaran, beretika dan bertaraf dunia, maka wajar reformasi ke arah

penambahbaikan dilakukan denghan segala komitmen dan tanggungjawab.

keharmonian rakyat dan asas kekuatan Negara.

Berdasarkan kepada manifesto tersebut, perbezaan tidaklah begitu ketara dari segi pelaksanaan antara dua sistem tersebut, namun yang membezakannya adalah berdasarkan roh pelaksanaan negara berkebajikan yang disebut sebelum ini. Maka, secara kesimpulannya perbezaan antara dua sistem tersebut adalah berasaskan kepada tasawur, roh dan acuan sistem itu sendiri.

5.0 Matlamat Transisi Negara Islam kepada Negara Berkebajikan PAS

PAS terkenal dengan matlamatnya dalam menegakkan negara Islam. Sehinggakan, PAS pernah mengeluarkan satu ‘Dokumen Negara Islam’ kepada masyarakat amnya dan khusus buat penyokongnya. Persoalannya, adakah PAS telah mencapai matlamatnya menegakkan negara Islam? Persoalan ini timbul kerana PAS bukannya baru dalam perjuangannya menegakan Negara Islam. Ia bermula sewaktu awal penubuhannya secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Ia berlanjutan sehinggalah sekarang dan kemuncaknya sewaktu berlaku pengaruh revolusi Iran di Malaysia pada era 80-an lagi (Riduan Mohamad Nor, 2011).

(20)

Pemerintahan Islam akan menggalakkan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sehingga boleh membawa kepada kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinamakan juga negara makmur dan mendapat keredhaan Allah swt.

Abdul Hadi Awang (2003) juga pernah berkata sewaktu melancarkan Dokumen Negara Islam bahawa Dokumen Negara Islam yang diterbitkan ini akan menjawab segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam, malah ia juga menjawab tuduhan yang dikatakan bahawa seluruh ahli PAS tidak pernah berniat sedikitpun untuk menubuhkan Negara Islam di Malaysia. Sesungguhnya kewajiban menegakan Negara Islam adalah sama wajib dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kepada kaedah fiqh yang makruf. Hal ini menjadi bukti kesungguhan mereka dalam membina negara Islam.

Hasil penelitian terhadap kajian mengenai pemerintahan PAS di Kelantan. Ada pihak yang cuba mempertahankan cara pentadbiran kerajaan Kelantan dan ada yang cuba mempertikaikan kaedah yang diguna pakai kerana masih bercampur dengan sistem kapitalisme dan sebagainya. Oleh yang demikian, bagaimana PAS perlu menghadapi dua dilema besar iaitu antara kritikan dan pengaruh politik semasa serta dalam masa yang sama memastikan matlamat pelaksanaan Islamisasi dalam struktur dan sistem pentadbiran tercapai?

(21)

Dari persoalan tersebut, timbul beberapa persoalan lagi. Sebelum ini, PAS telah menggunakan slogan menegakkan negara Islam tetapi tidak sempat berjaya mencapai matlamatnya. Tiba-tiba ditukarkan pula kepada negara berkebajikan. Persoalannya, adakah penukaran tersebut disebabkan pengaruh dari bukan Islam? Atau, adakah ini merupakan salah satu cara mereka berhadapan dengan kaum bukan Islam agar mampu merealisasikan matlamatnya tanpa berlaku perpecahan dalam masyarakat? Adakah ini merupakan kesan dari perubahan kepimpinan yang berlaku iaitu dari golongan ulama kepada golongan profesional? Atau Adakah ia merupakan salah satu strategi untuk memenangi pilihanraya ke 13?

Setelah mengamati sejarah negara Islam dan negara berkebajikan yang diperkenalkan PAS, maka tiga matlamat dapat dikenalpasti dalam perbincangan ini. Pertama, dikatakan bahawa matlamat negara berkebajikan ini ditubuhkan adalah untuk mengukuhkan PAS agar dapat diterima oleh golongan Islam (atas pagar) dan bukan Islam. PAS semenjak bersama dengan Pakatan Rakyat telah berusaha menyatukan pemikiran untuk menghadapi UMNO. Sejarah PAS bersama dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) pada 1986 telah mencatat sejarah penyatuan PAS dengan golongan bukan Islam (Mohd Fadli Ghani, 2011). Seterusnya pada hari ini wujudnya Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari India dan Cina yang ingin sama-sama menyokong PAS. Penyatuan ini berdasarkan kepada kaedah tahaluf siyasi yang digunapakai bagi menghadapi musuh yang sama walaupun matlamat berbeza (Ahmad Fadhli Shaari, 2008).

PAS terpaksa mengatur strategi untuk mengelakkan pertembungan antara PAS dan golongan bukan Islam yang terdiri dari DAP dan Kelab Penyokong PAS. Antara strategi yang dikemukakan ialah berkemungkinan menubuhkan sebuah negara berkebajikan. Oleh sebab negara Malaysia berbilang agama dan bangsa, PAS harus menerima hakikat dan terpaksa mengalih pandangan golongan bukan Islam dari matlamat negara Islam kepada negara berkebajikan PAS. Malah berdasarkan karya Konsep Asas Negara Berkebajikan pun disebut mengenai konsep perpaduan kaum yang berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diharuskan dalam Islam (Abdul Hadi Awang, 2011).

(22)

memastikan kemenangan pada pilihan raya ke-13 sudah pasti memerlukan kepada strategi baru. Strategi tersebut sudah tentu untuk memancing golongan atas pagar dan golongan bukan Islam. negara berkebajikan ini perlu melalui fasa getir untuk memahamkan masyarakat erti perjuangan PAS yang tidak pernah berganjak dengan perjuangannya menegakkan negara Islam bagi penyokongnya dan memastikan golongan bukan Islam serta atas pagar boleh menerima perjuangannya yang cuba dilenturkan sedikit. Buku Jingga telah diperkenalkan PAS untuk memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa negara berkebajikan bukan hanya sekadar retorik semata-mata (Abdul Hadi Awang, 2011).

Ketiga, PAS telah lama mencanangkan negara berkebajikan ini. Ia bukan suatu perkara baru bagi penyokongnya namun penjelasan harus diberikan dengan lebih mendalam. Ia telah dikemukakan oleh Fadzil Noor dan telah dibincangkan sebelum ini. Buktinya Fadzil Noor sewaktu memegang jawatan sebagai Presiden PAS, beliau pernah menyuarakannya pada tahun 2001 melalui memorandum PAS kepada rakyat Malaysia bertajuk Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21. Antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh ahli jawatankuasa PAS termasuk aktivis Non Government Organisation (NGO) yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil Noor dalam Muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu pada Mei 2002 (Liew Chin Tong6, 2011). Abdul Hadi Awang (2011) pernah berkata dalam laman webnya, “Konsep Negara Berkebajikan ini akan saya tulis dan diterbitkan bagi menjelaskan maksud Negara Berkebajikan itu. Ia kesinambungan daripada apa yang kita rancang bersama Almarhum Ustaz Fadzil”. Hal ini menjadi bukti bahawa negara berkebajikan PAS merupakan antara agenda berasaskan pemikiran Fadzil Noor.

Secara umumnya, perkara yang diucapkan oleh Fadzil Noor (2002) dalam muktamar PAS ke-48 tersebut secara umumnya ialah sifat pemerintahan Islam berdasarkan syura, pemilihan dan demokrasi yang berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi. Begitu juga, pentadbiran yang dicita-citakan PAS iaitu mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan”.

(23)

Begitu juga tujuh perkara asas yang dibincangkan oleh Fadzil Noor (2001) dalam ‘Memorandum PAS Kepada Rakyat Malaysia’ tersebut ialah masyarakat madani, hak saksama, kedaulatan undang-undang berasaskan syariah, keadilan, meritokrasi, negara berkebajikan dan pentadbiran dinamik serta inovatif. Berdasarkan penelitian terhadap memorandum dan isi ucapan muktamar tersebut menunjukkan bahawa istilah negara berkebajikan telah pun diutarakan sebelum ini lagi. Apabila diisytiharkan negara berkebajikan oleh Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-57 kemungkinan tidak ada sebarang kejutan buat ahli PAS terutama kepimpinannya.

Ia turut memberi kesan kepada perlembagaan PAS pindaan 2001 fasal 5 bertajuk usaha-usaha bernombor tiga. Ia menyebut “memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan” (Nasharudin Mat Isa et al, 2002). Hal ini menunjukkan bahawa istilah berkebajikan telah pun diguna pakai di dalam perlembagaan PAS dan tidak berubah sehinggalah pindaan terbaru iaitu pindaan 2009 fasal 6 bernombor tiga.

Begitu juga, ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang (2007) dalam Muktamar ke-53 menjelaskan berkenaan Negara Berkebajikan bertajuk ‘Kelantan Menunaikan Tuntutan Negara Berkebajikan’. Contoh tersebut diambil kerana pada ketika itu PAS hanya memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan sahaja. Maka PAS dengan inisiatif untuk menghadapi pilihan raya ke-13 ini, telah mencadangkan semula tema negara berkebajikan kepada umum dengan lebih serius untuk dilaksanakan. Ianya selaras dengan pendirian PAS yang sudah lama mencanangkan negara berkebajikan tersebut sewaktu zaman Fadzil Noor lagi.

6.0 Penutup

(24)
(25)

7.0 Rujukan

A. Briggs (1961). The Welfare State in historical perspective. European Journal of Sociology. Abdul Hadi Awang (2011). Konsep Asas Negara Berkebajikan. Kuala Lumpur: Lajnah

Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat.

D. McClleand (1975). Power: The Inner Experience. Oxford, England: Irvington. D. Mitchell (1991). Income transfers in ten welfare states. Avebury.

H. Wilensky (1975). The welfare state and equality. University of California Press. Idris Haji Ahmad (2011). Ulama Jantung Nadi PAS. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Ishak Saat (2007). Radikalisme Melayu Dari Perak 1945-1970:Kebangkitan Rakyat, Pemikiran, Sumbangan Dan Pengorbanan. Tesis Doktor Falsafah yang diserahkan kepada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Kamarudin Jaafar (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Islam dan Kebangsaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Yayasan Anda.

M C Marcuzzo (2008). Keynes and The Welfare State. Universiti Roma.

Mohd Fadli Ghani (2011). Sejarah Dewan Pemuda PAS. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn.Bhd. dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Nasharudin Mat Isa et al (2002). Perlembagaan Parti Islam Se Malaysia (PAS) (Pindaan 2001). Selangor Darul Ehsan: Pejabat Agung PAS, Markaz Tarbiah PAS Pusat.

P. Spicker (2000). The Welfare State: A General Theory. Sage Publication.

P. Spicker (2008). Social Policy Themes and Approaches. University of Bristol. The Policy Press Publisher.

R. Titmuss, 1968, "Welfare state and welfare society", in Commitment to Welfare, Allen and Unwin.

Ramlah Adam (2003). Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam (2004). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

(26)

Ruut Veenhoven (2000). Wellbeing In The Welfare State: Level Not Higher, Distribution Not More Equitable. Journal of Comparative Policy Analysis, vol 2, pp 91-125.

Taufiq Yusuf Waie, 2005. Mengenali Gerakan Islah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd

Laman Sesawang

Ahmad Fadhli Shaari (2008). Tahaluf Siyasi Dalam Konteks Perjuangan PAS Di Malaysia Pasca

PRU-12 Serta Pandangan Ulama Haraki Mengenainya. Dipetik dari

http://ahmadfadhli.wordpress.com/2008/06/19/tahaluf-siyasi-dalam-konteks-

perjuangan-pas-di-malaysia-pasca-pru-12-serta-pandangan-golongan-ulama-haraki-mengenainya-draf-awal/

http://arkibattakiri.blogspot.com/2008/04/amalan-kebajikan-menjadi-objektif-asas.html

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=323:teringat-pesanan-ustaz-fadzil-sebelum-ke-dewan-bedah&catid=1:berita&Itemid=106 Ditulis oleh Tarmizi Mohd Jam, Intan Abdullah, Salmiyah Harun, Nyza Ayib & M Shafrina Shamsuddin Rabu, 29 Jun 2011 10:04. Teringat pesanan Ustaz Fadzil sebelum ke dewan bedah.

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-

berkebajikan--tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56. Abdul Hadi Awang. Rabu, 27 Februari 2008 03:30. Negara Berkebajikan : Tawaran Pas Kepada Rakyat Malaysia.

http://roketkini.com/2011/06/07/akhirnya-impian-fadzil-noor-tercapai-oleh-liew-chin-tong/7 Jun 2011.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari pengolahan data menggunakan distribusi frekuensi adalah pada indikator standar yang ditetapkan dalam anggaran mendorong saya untuk meningkatkan pencapaian

Setelah semua data yang telah didapatkan sudah dilatih dengan metode Backpropagation, selanjutnya data tersebut dilakukan pengujian.Pengujian dalam penelitian ini

galli infection on the mucosal defense regarding mast cells response of small jejunal of laying hensA. galli were increased with no significantly differ- ence but a

Demokrasi merupakan sustu perencanaan institusional untuk mencapai keputusan politik dimana individu-individu memperolah kekuasaan untuk memutuskan cara perjuangan kompetitif atas

Grafik Perbandingan antara Beton Tanpa Serat dengan Serat Kaleng Dari data rata-rata pengujian beton dengan bahan tambah serat kaleng dapat dilihat bahwa penambahan serat

Ini dapat disimpulkan bahwa pelaksanaan CSR-P pada perusahaan manufaktur dengan karakteristik size jumlah pekerja yang besar dan mempunyai resiko yang tinggi terhadap kesehatan

Transformator 3 phasa dapat dibentuk dengan menggunakan 2 cara yaitu dengan menggunakan 3 buah transformator 1 phasa yang identik dan menghubungkan belitan ketiga

Karena itu, lahirlah apa yang disebut masyarakat terbuka ( open society ) dimana terjadi aliran bebas informasi, yakni manusia, perdagangan, serta berbagai bentuk-bentuk