• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengenal Syiah Asal usul dan Bahayanya k

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Mengenal Syiah Asal usul dan Bahayanya k"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAYA SYIAH

ASAL USUL, CIRI-CIRI DAN BAHAYANYA KEPADA UMAT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL

1.0 PENGENALAN

1.1 PERPECAHAN UMAT ISLAM

Umat Islam merupakan antara agama yang paling ramai dianuti oleh manusia di seluruh dunia. Akan tetapi ramainya umat Islam bukan bermaksud tetap bersatu dan sepakat, bahkan ramainya umat Islam juga menjadi sebab perpecahan, perbezaan pendapat, pergaduhan dan sebagainya. Ini telah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW di dalam hadith Baginda yang bermaksud:

"Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan ahlu kitab berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan; tujuh puluh dua golongan masuk neraka dan satu golongan masuk surga, yaitu Al Jama'ah”12

Dalam riwayat lain, terdapat hadith oleh Baginda yang membawa maksud:

“Telah berpecah orang Yahudi kepada 71 atau 72 kumpulan, berpecah orang Nasrani kepada 71 atau 72 kumpulan dan berpecah umatku kepada 73 kumpulan.”3

Daripada maksud hadith tadi, maka tidak salah jika dikatakan bahawa Syiah ialah salah pecahan daripada jumlah 73 umat Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadith-hadith Baginda. Persoalan yang timbul ialah, kenapa mesti umat Islam berpecah? Kenapa tidak boleh bersatu dan menjadi satu agama yang mana penganutnya bersepakat dalam semua perkara dan keadaan?

Jawapan kepada persoalan ini ialah kerana setiap manusia ini dilahirkan dengan kehendak dan kemahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Atas sebab kehendak dan kemahuan yang berbeza inilah menyebabkan munculnya golongan Syiah yang merupakan salah satu pecahan umat Islam. Perpecahan umat Islam boleh dikategorikan kepada banyak jenis dan sebab. Ada pecahan kerana sebab politik, perpecahan dari segi akidah, pecahan dari segi ajaran Syariah, dan sebagainya.

1

Hadith riwayat Abu Daud: no. 3981. Dhaif di sisi Ibn Hazm dan Yusuf al-Qardhawi atas alasan ianya Maqlubah

(hadith boleh diubah maksud dan boleh diselewengkan kefahaman)

2

Muhammad Abu Zahrah. t,th. Tarikh al-Mazhab al-Islamiyyah. Dar al-Kutub

3

(2)

1.2 ASAL USUL SYIAH

Setiap kumpulan manusia atau golongan tertentu di dunia ini pasti muncul dengan sebab-sebab tersendiri. Begitu juga Syiah. Syiah pastinya tidak muncul secara tiba-tiba tanpa agenda dan sebab yang kukuh, bahkan mereka muncul kerana ada sebab tersendiri. Siapakah golongan Syiah ini dan bagaimana mereka boleh muncul?

Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain

itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara4. Syiah sebenarnya ialah

gelaran bagi satu kelompok umat Islam. Mereka ini menggelarkan diri sebagai penyokong Ali bin Abi Talib RA. Mereka meyokong dan berbaiah akan membantu Ali dalam apa jua keadaan sekali pun. Dikatakan golongan Syiah Selepas pembunuhan Saidina Uthman RA, golongan Syiah ini muncul untuk mengangkat Ali sebagai Khalifah.

Pendapat yang kedua bagi kemunculan Syiah pula ialah Syiah ini diasaskan oleh Abdullah bin Saba. Abdullah bin Saba ialah seorang Yahudi yang tinggal di Yaman. Abdullah

bin Saba’ dikatakan telah datang ke Madinah dan berpura-pura memeluk Islam sewaktu zaman pemerintahan Uthman bin Affan dengan niat untuk memecah belahkan umat Islam. Antara tindakan yang beliau lakukan kepada umat Islam ketika itu ialah menghasut umat Islam agar Ali adalah pengganti yang sah kepada Nabi SAW dan menuduh khalifah sebelumnya (Abu Bakar,

Umar dan Uthman) sebagai perampas kuasa Ali.5

Pendapat paling masyhur bagi sejarawan Islam ialah golongan Syiah ini muncul sewaktu

perbalahan antara Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Ali bin Abi Talib. Ali yang memegang

jawatan Khalifah Islam ke-4 digesa untuk meletakkan jawatan oleh Mu’awiyah kerana beberapa

sebab, antaranya ialah gagal menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, gagal mengawal dan mengurangkan pemberontakan yang berlaku, serta lemah dalam mentadbir dan lain-lain lagi

alasan. Akhirnya Ali melepaskan jawatan beliau sebagai khalifah dan Mu’awiyah menjadi

khalifah seterusnya. Tindakan Ali meletakkan jawatan ini menyebabkan sebilangan pengikutnya marah dan keluar dari menyokong Ali. Mereka digelar al-Khawarij (Golongan yang keluar). menjadi satu ajaran agama yang diubah-ubah oleh sesetengah pihak mengikut kehendak peribadi

4

Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib bin 'Ali Al-Awaji.

5 Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji ialah Ketua Biro Sekretariat Ilmuwan Malaysia (iLMU). Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_06/Syiah-bukan-daripada-Islam#ixzz3Unx8dwsF © Utusan Melayu (M) Bhd

(3)

atau kumpulan tertentu. Syiah mendakwa nama mereka disebut di dalam al Quran walaupun mereka tidak mengakui keagungan al-Quran tersebut. Perkataan Syiah (mufrad) disebut

sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;

Pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya

untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".7

Sesetengah ulama mengatakan bahawa mereka ini adalah salah satu pecahan umat Islam kerana masih menyembah Allah SWT. Akan tetapi majoriti Ulama mengatakan mereka ini sudah terkeluar daripada Islam, kerana banyak ajaran akidah, syariah dan amalan mereka telah terpesong dari ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Alasan menyembah Allah SWT sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan mereka digelar Islam. Bukankah golongan Kristian dan Yahudi juga menyembah Allah? Maka setelah diteliti secara keseluruhan boleh dikatakan Syiah merupakan salah satu ajaran yang terkeluar dari Islam.

(4)

1.3 AJARAN DAN CIRI-CIRI PENGANUT SYIAH

Walaupun golongan syiah asalnya ialah pecahan dari Islam, akan tetapi golongan Syiah mempunyai ajaran akidah dan syariah yang tersendiri berlainan dari ajaran Islam, atau digelar Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Syiah di dunia ini terbahagi kepada 3 yang utama, iaitu Syiah

Mufadholah (memuji berlebihan), Syiah Rafidhah (menolak) dan Syiah Bathiniyah.8 Antara

ajaran Syiah ialah:

1. Tidak difardukan solat, iaitu solat boleh dilakukan secara jamak dalam semua keadaan.

2. Golongan Syiah tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji

3. Menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW

kepada kita.

4. Menghalalkan nikah Mutaah (nikah secara kontrak – mengikut semua ulama feqah ahli

Sunnah wa al-Jamaah: nikah kontrak ini haram kerana tindakannya sama seperti zina). golongan Syiah mereka hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas

mereka. Antara hadis tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda: “ Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong.” Dalam kitab Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.

5. Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran. Menurut Syiah, Al-Quran yang ada di sisi kita

(Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai "mushaf Fatimah" di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita

6. Pemilihan Khalifah diwasiatkan secara nas

7. Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah (Imam di sini merujuk kepada ketua

pemimpin mereka seperti Imam Ayatullah Khomeini)

8. Mengamalkan prinsip Al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat akidah, kepercayaan

dan amalan

9. Mengatakan dunia ini adalah kepunyaan Imam mereka (Muhamad bin Ya’akob Al- kalini meriwayatkan dalam Usul Kaafi dari Abi Abdullah kata beliau, "sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409).)

10.Mengatakan Imam mereka masih menerima wahyu dari Allah

11.Mengatakan Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun iman;

12.Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah

13.Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna

dan menolak Al-Quran yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa

(5)

Al-Quran yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya

penyelewengan melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat Al-Quran9

14.Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin

15.Menolak beberapa Ijmak ulama

16.Menolak Qias

Senarai di atas dan banyak lagi merupakan antara akidah yang diamalkan dan dipegang oleh penganut Syiah. Ajaran yang dibawa dan dipegang mereka ini berlainan dan tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bahkan menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

(6)

2.0 ISU-ISU UTAMA BAGI AJARAN SYIAH

Berdasarkan pegangan akidah oleh penganut Syiah di atas, terdapat beberapa isu utama yang patut diberi penekanan oleh umat Islam ahli Sunnah wa al-Jamaah. Isu-isu ini perlu difahami dan dikenal oleh umat Islam agar tidak mudah diracuni dan dipengaruhi oleh ajaran-ajaran syiah yang sememangnya menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

a. Berlebih-lebihan dalam memuji dan adakalanya memuja Ali bin Abi Talib dan

keluarganya (Fatimah, Hasan, Hussein) dan seluruh Imam-imam Syiah yang lain. Mereka terlalu mengagungkan Imam-imam mereka dan menggunakan gelaran Ayatollah (wakil Allah) sedangkan syiah telah mengubah dan menukar ayat-ayat al-Quran dan mencipta

hadith rekaan (berdusta ke atas Rasulullah SAW).1011

b. Menyambut atau meraikan hari kematian Hasan dan Hussein dengan sambutan

melukakan diri dengan pisau, pedang, parang dan senjata tajam sewaktu Hari Asyura (pada bulan Muharram). Sambutan ini disambut khas di Karbaladan diraikan penganut

Syiah di tempat lain).12

c. Menyatakan bahawa tempat suci bagi ibadat mereka ialah di Karbala, Iraq (Masjid Imam

Husain) dan Masjid Kufah, bukannya di Tanah Haram (Makkah dan Madinah) atau

Masjidil Aqsa di Palestine sebagaimana dipegang oleh umat Islam lain.13

d. Melakukan ibadat solat dengan meletakkan batu dari Karbala. Penganut Syiah akan diajar

bahawa batu tersebut berasal dari tanah suci Karbala dan mesti sujud di atasnya.

e. Mengajarkan bahawa Ali sepatutnya menjadi Nabi dan bukannya Muhammad. Jibril

tersilap hantar wahyu dan dapat kepada Muhammad.

f. Menfitnah Aisyah melakukan zina. Di depan ahli Sunnah mereka berpura-pura memuji

Ummul Mukminin tetapi sebenarnya mereka mengutuk Aisyah.

g. Mengajarkan agar umat Islam meremehkan perlaksanaan solat dengan mengatakan

bahawa ajaran Syiah membenarkan solat fardhu dijamakkan (termasuk juga solat Jumaat). Ajaran ini bertentangan dengan Islam kerana solat mengikut ajaran Islam sebenar ialah tiang agama dan wajib, serta tidak boleh diambil mudah melainkan dengan syarat-syarat tertentu sahaja.

h. Mempercayai bahawa menziarahi kubur Hussein adalah sama seperti mengerjakan haji.

Mereka percaya siapa menziarahi kubur Hussein bersamaan hari Arafah akan dicatat

Allah pahala sejuta haji dan demikian juga pahala yang diberi kepada ibadah umrah.14

(7)

3.0 KESAN BAHAYA MENGIKUT AJARAN SYIAH

Umat islam seharusnya mengetahui bahawa ajaran syiah sangatlah bahaya dan boleh membawa kepada penyelewengan akidah. Walaupun kita melihat pengikut syiah menyembah Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad, sebenarnya banyak lagi ajaran lain yang mereka pegang dilabelkan oleh ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah sebagai sesat dan terkeluar dari Islam. Antara kesan buruk dan bahaya mengikut ajaran Syiah ialah:

i. Mensyirikkan Allah

Ajaran Syiah mengajar pengikutnya untuk mengagungkan Imam-imam mereka, bahkan ada sesetengahnya menyembah pula Imam-imam mereka seperti mereka menyembah Allah. Dosa syirik telah disebut oleh Allah SWT sebagai dosa yang tidak diampunkan jika pelakunya masih tidak bertaubat kepada Allah SWT dengan sepenuh taubat (taubat

nasuha). Allah telah berfirman di dalam al-Quran: 15

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.” (Surah

an-Nisa: 116)16

Firman Allah yang lain dari surah al-Maidah yang bermaksud,

“Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu” (Surah

al-Maidah:73)17

ii. Berdusta ke atas Rasulullah SAW

Sesungguhnya wajib bagi kita umat Islam menyayangi dan mempertahankan Rasulullah SAW dari sebarang tuduhan dan fitnah ke atas Baginda. Berdusta dan mereka-reka hadith dengan nama Baginda juga merupakan satu perbuatan yang salah dan tidak boleh diterima, bahkan tidak sepatutnya diredhai oleh umat Islam. Bahkan Rasulullah SAW menyebut di dalam hadith Baginda mengenai hal ini, maksudnya:

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” TARAF MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad,

(8)

iii. Menfitnah dan Mengutuk Sahabat Rasulullah dan Isteri Baginda (Aisyah)

Pengikut Syiah dikatakan sebagai "Mereka itu adalah suatu kaum yang

merancang untuk menghapuskan Nabi namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela para Sahabatnya agar kemudian dikatakan bahawa dia (Nabi Muhammad) adalah seorang yang jahat, kerana kalau memang dia orang soleh, nescaya para Sahabatnya juga adalah orang-orang soleh."19 Pengikut syiah merupakan mereka yang sangat

mencela dan menfitnah sahabat-sahabat Baginda. Dikatakan sifat ‘kecintaan’ mereka

kepada Rasulullah dan sahabat, serta menfitnah Ummul Mukminin Aisyah RA sebagai seorang penzina.

Mereka jua menfitnah dan mengatakan Abu Bakar tidak memberikan harta pusaka kepada waris Nabi iaitu Fatimah dengan hadith yang direka-reka, sedangkan keluarga Nabi tidak menerima pusaka.

Syiah Rafidah mendakwa semua sahabat menjadi kafir kecuali beberapa kerat kerana mereka semua terlibat dalam Peperangan Jamal dan Siffin antara Ali dan Aisyah. Ini adalah tuduhan melulu yang kosong sedangkan ditulis di dalam kitab Bidayah wa Nihayah bahawa sahabat yang terlibat sewaktu peperangan itu hanyalah sedikit. Ditulis oleh Imam Muhammad bin Sirin

“Berlaku fitnah sedangkan jumlah para Sahabat Rasulullah s.a.w semuanya (yang masih hidup) ketika itu 10,000 (sepuluh ribu) orang, tidak ikut serta dalam fitnah itu daripada mereka kecuali 100 (seratus) orang bahkan mungkin tidak sampai 30 (tiga puluh) orang sekalipun”.20

iv. Ajaran Menyeleweng

Ajaran-ajaran syiah seperti solat di atas batu Karbala, tidak payah melakukan haji jika melawat kubur Saidina Hussein di Karbala, membenarkan nikah mutaah (nikah zina), menikam dan mencederakan diri, tidak perlu bersolat, memadai dengan melakukan jamak dan sebagainya adalah ajaran yang tidak diajar oleh Islam, bahkan tidak ada di dalam dua asas umat Islam, iaitu rukun Islam dan rukun Iman. Ajaran menyeleweng ini patut dielakkan dan dijauhkan oleh umat Islam untuk mengikutinya.

19

(Ash-Sharimul Maslul 'ala Syatimirrasul, hal. 580)

20

(9)

RUJUKAN

Abdul Hadi Awang. 2003. Fahaman & Ideologi Umat Islam. Kuala Lumpur: PTS Fikrah.

Muhammad Abu Zahrah. t,th. Tarikh al-Mazhab al-Islamiyyah. Dar al-Kutub

Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji. 2012. Syiah bukan daripada Islam.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_06/Syiah-bukan-daripada-Islam

Fathul Bari Mat Jahaya. T.th. https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/07/13/bagaimana-mengenal-penganut-agama-syiah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Fatwa Tentang Fahaman Syiah. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-fahaman-syiah

http://quran.com/

http://bicarathtl.forumms.net/t122-20-hadith-maqlubah-8-perpecahan-73-puak

http://cintaagung.blogspot.com/2008/09/komentar-hadith-perpecahan-umat-islam.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah

https://saif1924.wordpress.com/2008/01/20/mengenal-syiah/

/http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/06/tajuk-sejarah-kemunculan-mazhab.html

http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap1.php

http://rumaysho.com/aqidah/sujud-aneh-orang-syiah-pada-tanah-dari-karbala-2102

http://www.sentiasapanas.com/2013/08/kesesatan-syiah-kufah-dan-karbala.html#axzz3UuewNnYh

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-392428.html

http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/06/hadis-palsu.html

https://nuraiman.wordpress.com/2008/04/28/tafsir-surah-al-maidah-ayat-73-dosa-syirik-tidak-diampun/

http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/06/hadis-palsu.html

Referensi

Dokumen terkait

Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 86 Tahun 2017, tentang Tata Cara Perencanaan, Pengendalian dan Evaluasi Pembangunan Daerah, Tata Cara Rancangan Peraturan Daerah

”Upaya Peningkatan Hasil Belajar IPA melalui Model Think Pair Share (TPS) Dipadukan dengan Eksperimen pada Siswa Kelas 5 SD Negeri Tolokan Kecamatan Getasan”..

Pada komposit partikel 200 mesh kekuatan lentur komposit menurun karena ketika ukuran partikel tidak memberi pengaruh besar maka aspek rasio partikel marmer yang kecil

Banyaknya  sentra  ekonomi  di  kota  Semarang,  bisnis  kuliner  menjadi  salah  satu  bidang  yang  menjanjikan.  Dengan  adanya  Sekolah  Menengah  Kejuruan 

Hasil penelitian menunjukkan bahwa kualitas hidup lansia yang mengalami sakit osteoartritis di Desa Gumpang dengan indikator instrumen WHOQOL-BREF terdiri dari kualitas dan

Tujuan penelitian ini adalah mengidentifikasi keragaman genetik RTBV dari tiga daerah endemis virus tungro di Indonesia berdasarkan sekuen basa nukleotida dan

Altkomite SC11; Kaynak ve ilgili proseslerle ilgili personelin vas Kaynak ve ilgili proseslerle ilgili personelin vas ıı fland  fland  ıı rma rma ş ş artlar  artlar  ıı , i

Ikan payus ini sebenarnya ikan yang sangat merugikan bagi pemilik tambak ikan bandeng karena ikan payus merupakan ikan parasit dan dapat memakan nener bandeng