• Tidak ada hasil yang ditemukan

HARI INOVASI KOMPUTER JMSK 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HARI INOVASI KOMPUTER JMSK 2011"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hari Inovasi Komputer, anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah dilangsungkan pada 09 April 2011 di Dewan Serbaguna Psas,CAD 2 dan GCL2, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan kreativiti yang boleh dihasilkan dengan menggunakan aplikasi komputer. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Hari Inovasi Komputer:

1. Pertandingan Inovasi Power Point 2. Pertandingan Mencipta Logo JMSK 3. Bengkel Adobe Photoshop (Beginner Level) 4. Bengkel Visual Basic.NET

Pertandingan Inovasi Power Point memerlukan peserta menghasilkan satu video pendek berkaitan tema yang telah ditetapkan. Antara tema-tema tersebut adalah Perayaan, Permainan Tradisional, Futuristic Car dan sebagainya. Peserta harus memilih satu tema dan menyiapkan satu cerita pendek mengenainya menggunakan perisian Power Point. Pertandingan ini telah berlangsung selama 2 minggu dan mendapat penyertaan seramai hampir 150 peserta. Hasil kerja para peserta akhir yang terpilih telah dipamerkan di Dewan Serbaguna Psas untuk dinilai oleh juri bagi menentukan pemenang. Program ini telah diselia dengan baik oleh Cik Norshadilla Binti Ahmad Badela dan telah diadili oleh En. Shahrolnizam Bin Mokhtar (KP Komputer, JMSK) dan En. Norhasrizal Bin Ishak (Pegawai IT, Matrade). Bagi pertandingan Mencipta Logo JMSK pula, seramai 7 orang peserta mengambil bahagian. Peserta dikehendaki mencipta logo JMSK menggunakan apa-apa perisian dan diselia oleh Pn Mas Ayu Binti Mohd Ariff. Peserta mencipta logo ini telah diadili oleh Pn Noor Azilla Binti Mohd Nor (KP Sains) dan Pn Mazlina Binti Md Mustaffa.

Penyertaan para pelajar untuk sesi bengkel juga tidak mengecewakan kerana turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Terdapat 2 bengkel telah dijalankan pada hari tersebut iaitu Bengkel Adobe Photoshop dan Bengkel Visual Basic. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan awal atau maklumat ringkas berkaitan kedua-dua perisian tersebut kepada para peserta. Bengkel Adobe Photoshop telah dijalankan oleh Pn Mas Ayu Binti Mohd Ariff manakala Bengkel Visual Basic.NET pula telah dijalankan oleh En Azlan Bin Abdul Aziz.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa penggunaan komputer adalah meluas dan pelbagai. Sambutan yang diterima daripada para pelajar di Psas adalah amat menggalakkan di mana jumlah keseluruhan peserta yang menyertai aktiviti-aktiviti tersebut hampir mencecah 200 orang. Ternyata maklum balas daripada peserta-peserta ini sangat positif. Rata-rata peserta berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Selain mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta, program ini turut mendapat perhatian pihak luar (pensyarah- pensyarah di jabatan induk serta pengunjung-pengunjung yang hadir).

(3)

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Minggu Matematik di mana kesempatan ini digunakan bagi memberi latihan intensif dan latih tubi kepada pelajar kerana berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap Ujian 1 Engineering Mathematics BA101 yang telah dilaksanakan pada minggu ke-8 , daripada 17 kelas Engineering Mathematics 1, peratus kelulusan tertinggi ialah 75% manakala 7 kelas mempunyai peratus kelulusan 51% ke bawah. Dapatan ini menunjukkan suatu keputusan yang tidak memuaskan di mana pelajar tidak dapat menguasai topik-topik yang diajar dengan mendalam. Justeru itu, bagi memantapkan kemahiran pelajar dalam menguasai kursus ini maka suatu bengkel intensif untuk Engineering Mathematics 1 telah dijalankan pada 11-13 April 2011 iaitu semasa minggu Ulangkaji pelajar untuk memberi pengukuhan secara intensif dengan membuat latih-tubi, membuat soalan-soalan peperiksaan lepas, mengajar teknik-teknik menjawab peperiksaan kepada pelajar terutama pelajar lemah bagi persediaan dalam membantu pelajar semasa menghadapi peperiksaan akhir. Bengkel ini mendapat respons yang sangat positif dari pelajar-pelajar.

BENGKEL INTENSIF ENGINEERING MATHEMATICS BA101

Pada 4 hingga 5 April 2011 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kursus pematapan Sains Kejuruteraan di mana kesempatan ini digunakan bagi memberi latihan intensif dan latih untuk membantu pelajar semasa menghadapi peperiksaan akhir. Objektif utama kursus ini ialah untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah supaya dapat menguasai sekurang-kurang 4 topik dalam subjek sains kejuruteraan dan untuk memantapkan dan memperkukuhkan lagi tahap

penguasaan dan teknik-teknik yang betul dalam menjawab soalan peperiksaan

Sains Kejuruteraan.. Bengkel ini mendapat respons yang sangat baik dari pelajar-pelajar.

KURSUS PEMANTAPAN SAINS KEJURUTERAAN

Jabatan Matematik, Sains & Komputer mengadakan Kursus Pembasmian Virus dan Spyware Komputer pada 9 April 2011. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kewujudan pelbagai jenis virus dan spyware, musuh nombor satu komputer . Seterusnya, kursus ini juga dapat melatih pelajar mengendalikan proses pembasmian virus dan spyware di komputer. Kursus ini mengajar peserta-peserta bagaimana mengembalikan prestasi komputer kepada keadaan sediakala menggunakan teknik berikut:

i. Belajar bagaimana memerangi lima musuh utama komputer virus, spyware, trojan, worm, dan hackers yang merosakan komputer

ii. Belajar bagaimana mempercepatkan perjalanan komputer anda iii. Belajar bagaimana melindungi komputer dari hackers dengan firewall iv. Belajar teknik penyelenggaraan dan penjagaan komputer dengan betul

(4)

Selamat bersara setelah menabur bakti untuk sekian tahun. Jasa mu tetap dikenang. Semua warga JMSK Politeknik Sultan Azlan Shah mendoakan kebahagiaan. Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan. Andainya termakan, terminum halalkan kami. Wassalam

Bintang Barat terbit petang Bintang Timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi

Dari mana hendak ke mana Tinggi ruput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi?

KUNJUNGAN

JMSK

KE UPSI

Pada 13 Mei 2011 (Jumaat) JMSK dan beberapa wakil jabatan lain telah membuat lawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lawatan dibuat ke Fakulti Sains & Matematik untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang . Bidang-bidang ini termasuklah kerjasama akademik, jemputan pensyarah untuk bengkel dan kursus, inisiatif pembangunan profesionalisme staf, pembinaan kepakaran teknologi pendidikan, kerjasama penyelidikan, penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar, perkongsian fasiliti dan aktiviti-aktiviti alumni . Maklum balas yang diterima dari pihak UPSI amat positif sekali dimana Dekan Fakulti Sains & Matematik UPSIberharap agar persetujuan persefahaman (MoU) antara PSAS dan UPSI dapat diwujudkan dalam tempoh terdekat.

Satu jamuan diadakan pada 25/5/11 sempena meraikan En Shahrol Nizam Mokhtar yang telah dinaikan pangkat DH44 sebagai Ketua Program AAD ke JKM dan menyambut kehadiran En Mazly Mohd Nor sebagai Ketua Program Komputer ke JMSK. tahniah dari semua warga JMSK

(5)

Pentaho Data Integration Community Edition (PDI CE) also known as Kettle. Pentaho Data Integration delivers powerful Extraction, Transformation and Loading (ETL) capabilities using an innovative, metadata-driven approach. With an intuitive, graphical, drag and drop design environment, and a proven, scalable, standards-based architecture, Pentaho Data Integration is increasingly the choice for organizations over traditional, proprietary ETL or data integration tools. Though ETL tools are most frequently used in data warehouses environments, PDI can also be used for other purposes:

Migrating data between applications or databases Exporting data from databases to flat files

Loading data massively into databases Data cleansing

Integrating applications

Kettle is designed to help with ETL needs, which include the Extraction, Transformation, Transportation and Loading of data. Spoon is a graphical user interface that allows you to design transformations and jobs that can be run with the Kettle tools. First we need to restore databases

from the other sources to the current machine. This can be done through the use of scripts through the command line or through the GUI of each of the data sources.

Then write a simple ETL in pentaho Kettle Spoon for extracting data from one data source to another data source. From the file menu select New and transformation, before working save this transformation in your hard drive. The tutorial cover data integration between MySQL and MSSQL

DATABASE INTEGRATION WITH PDI (PENTAHO DATA INTEGRATION)

Abbreviated DW, data warehouse a collection of data designed to support management decision making. Data warehouses contain a wide variety of data that present a coherent picture of business conditions at a single point in time. Data Warehouse Intelligence is a general term to describe a system used in an organization to collect data, most of which are transactional data, such as purchase records and etc., from one or more data sources, such as the database of a transactional system, into a central data location, the Data Warehouse, and later report those data, generally in an aggregated way, to business users in the organization. In this tutorial we will combine 3 databases into a single

(6)

At the left hand side you can view different tools available that participate in the ETL scripting, Drill down the INPUT FOLDER and drag and drop the TABLE INPUT in the main editor. Double click TABLE INPUT step to set the parameters. here you can name the step, in the SQL editor write the query to extract data here i have written the query to extract all records of the employee table of the source database residing in the MYSQL server, this is the source database query. To connect source database click New Button to set connection. Find MYSQL database and select native (JDBC) in the host name given the IP address for the server if the machine is on other network else set as localhost, User ID and password of the MYSQL database followed by database name, now click test to see the connection status weather it has been successfully connected and click OK. here the source database extraction is almost complete

Once the data is extracted from the source its time to load it to destination at SQL SERVER DATABASE , to do this go to design mode and from the OUTPUT FOLDER select TABLE OUTPUT as seen by the image below and drag it to main editor, now hold shift button and from TABLE INPUT to TABLE OUTPUT you will see a green color arrow called hop, the hop define the sequence of steps to run after each other, delete ,edit,flip direction and disable the hop by right click from the mouse.

Double click the TABLE OUTPUT, name the step, and click new Button to set connection for destination database. Name the connection, select SQL SERVER and native (JDBC), in the host name give IP address of the computer of set as localhost, name the database and USER ID and password, press test button to see connection status, press OK. Click browse button to select the destination table of the destination database this selected table will hold the extracted data as extracted by the

TABLE INPUT from MYSQL database Server.

Now we should have successfully wrote a ETL script that extract data from the MYSQL and load and transform it to SQL SERVE database. It’s time to run the ETL Script, the script can be run by pressing f9 from the keyboard or from the Transformation option from the menu bar click Run or press the green arrow icon from the top tool bar. Figure belows shows that the transformation is complete.

If you have any trouble following the tutorials write back to us (mohd_azlan@psas.edu.my/ mazlina_ mustafa@psas.edu.my) for the tutorials in video formats

(7)

Source:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/ Rejab.html

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada

tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. * Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

(8)

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada

bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu

kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan

Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah

pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,

engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

(9)

Oleh MOHAMAD NOH BIN AHMAD aiesno@yahoo.com

Penulis ialah Pensyarah di Politeknik Johor Bahru

Keunggulan dan kecemerlangan lahir dari pembentukan minda yang cemerlang. Penghasilan minda yang cemerlang pula adalah berkait-rapat dengan proses kognitif seperti penganalisaan, penafsiran, penterjemahan dan pemikiran. Salah satu kriteria kualiti kecemerlangan pembangunan pelajar perlulah menyentuh aspek-aspek pembentukan minda yang produktif. Dalam membentuk minda yang produktif, proses rangsangan perlu diwujudkan bagi membantu minda menghasilkan idea-idea yang realistik, kreatif dan inovatif. Dekad ini, pengaruh ICT memainkan peranan yang penting dalam mengubah landskap persekitaran kehidupan manusia. ICT telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Inovasi penggunaan ICT pula saban hari semakin berkembang dan tahap penggunaan ICT juga telah terbukti diasimilasikan dalam pelbagai bidang samaada secara nyata atau tidak nyata, ritual mahupun spiritual.

Secara realitinya, minda atau akal memainkan peranan penting dalam menghasilkan idea-idea yang realistik, kreatif dan inovatif. Minda bukan sahaja perlu aktif tetapi juga perlu produktif agar lebih banyak pemikiran atau idea-idea baru yang dapat dijana oleh otak. Proses pembentukan pemikiran manusia pula sentiasa dipengaruhi oleh minda. Minda yang lesu akan menyebabkan manusia malas berfikir. Oleh itu, minda memainkan peranan yang penting dalam membentuk pola pemikiran manusia. Namun dengan adanya inovasi ICT telah berjaya mengubah lanskap pemikiran manusia ke arah bersifat global sesuai dengan sifat ICT itu sendiri

yang bersifat tanpa sempadan. Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan minda yang produktif melalui inovasi ICT merupakan satu cabaran kerana ianya melibatkan prasarana ICT dan juga kemahiran ICT seseorang itu.

ICT telah menguasai dunia dan telah berkembang penggunaannyaboleh diperluaskan lagi bukan sahaja didalam kawasan tertentu seperti dalam bilik darjah tetapi juga seluruh dunia kerana ICT membolehkan kolaborasi berlaku dalam skala tanpa sempadan. Para saintis seluruh dunia telah mengatakan bahawa kebanyakkan manusia di dunia ini hanya menggunakan 10% daripada kuasa minda mereka manakala 90% kuasa minda mereka terpendam dan tidak digunakan sama-sekali. Tahukah anda bahawa setiap minda manusia yang di anugerahkan Tuhan ini sangat hebat? Mengapa ini terjadi, jawapannya mudah sahaja,kerana kita tidak tahu hendak menggunakannya. Ingatlah bahawa fikiran ataupun minda merupakan komputer yang tercanggih dan terhebat di dalam dunia ini.

Whatever The Mind Of A Man Can Conceive And Believe, He Can Achieve. - Napoleon Hill

Produktif yang berasal dari istilah produk memberi makna menghasilkan sesuatu dalam kuantiti yang banyak (Kamus Dewan). Umumnya minda yang produktif boleh ditakrifkan sebagai kekerapan menghasilkan idea-idea yang bernas dan berlandaskan ciri-ciri berikut :

1. Tanpa mengira waktu - mampu memanfaatkan waktu secara efisien & efektif

2. Tekun - kesanggupandan semangat yang tinggi, dengan daya tahan yang cukup untuk mewujudkan sesuatu

3. Kegemaran – Tidakmerasacepatpuas / gemar menghasilkan sesuatu.

4. Bersemangat - Tidak mengenal putus asa dan tidak mudah menyerah kalah.

5. Berinisiatif – membuat & berfikir tanpa disuruh dan mengembangkan kemampuan imaginasi.

PENGAJAR PERLU

(10)

Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana kuasa yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Namun dalam dunia yang tanpa sempadan ini elemen positif dan negatif adalah sama.

Dalam era globalisasi masakini, informasi dan maklumat menjadi satu sumber pengetahuan yang sangat penting. Masyarakat sentiasa berlumba-lumba untuk memperolehi informasi berguna bagi santapan minda yang sekaligus menjana perkembangan minda yang lebih produktif. Secara amnya kita faham apa itu minda. Tetapi bagaimana suatu mindaitu boleh dianggap produktif? Sebenarnya di peringkat kanak-kanak lagi kita seharusnya mampu untuk membentuk minda yang lebih produktif terutamanya yang melibatkan perilaku dan tingkahlaku dengan menggunakan sumber yang ada pada dalam diri kita. Sekiranya kita mempunyai minda yang produktif, kita dapat berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa.Hasilnya dapat memberikan kelebihan dan manfaat kepada dirinya sendiri.

INOVASI ICT

Inovasi ICT perlu dipertimbangkan sebagai alat untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajarannya. Pelajar sekarang dilahirkan bersama-sama teknologi dan sentiasa terdedah dengan inovasi teknologi itu sendiri. Dari masa ke semasa proses pembelajaran pelajar akan terikat dengan media teknologi. Oleh itu, adalah tidak wajar sekiranya inovasi ICT tidak dimasukkan dalam kaedah pembelajaran kerana ICT memainkan peranan yang penting yang merangkumi segala aspek dalam kehidupan kita.

Pola pemikiran dikenalpasti sebagai intipati utama dalam merealisasikan penggunaan inovasi ICT kerana dalam pola pemikiran mestilah lebih cenderung kepada isu-isu terkini dan sensasi, penyelesaian masalah dan juga pendapat. Selain itu, penggunaan inovasi juga

akan melibatkan komunikasi pelbagai hala iaitu antara pengajar dengan pelajar, pelajar dengan pelajar atau pun pengajar dengan pengajar yang lain atau dengan sesiapan sahaja. Konsep ini dinamakan sebagai jaringan yang mana hubungan komunikasi adalah bersifat tidak terbatas.

Walaupun inovasi ICT ini boleh dianggap sesuatu yang baru namun kajian telah menunjukkan bahawa latihan mental terutamanya mempelajari perkara yang baru atau melibatkan diri dalam aktiviti yang merangsang intelektual mampu meningkatkan keberkesanan proses kognitif.Ia juga memanjangkan kemampuan dan fungsi mental seseorang. Para saintis juga berpendapat, melakukan aktiviti yang paling mudah seperti melayari internet juga boleh menjadi kaedah yang berkesan untuk melatih dan menguatkan minda. Sebuah kajian telah membuktikan, seseorang yang biasa mencari maklumat secara dalam talian telah mengaktifkan bahagian saraf dan impuls penting di bahagian membuat keputusan dalam otak.

Di antara inovasi ICT yang boleh diasimilasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang pembentukan minda yang produktif dan signifikannya dalam menghasilkan pelajar berminda produktif ialah

1. Blog

7. Rangkaian sosial (Facebook, Twitter, Taggedmail)

(11)

Kelebihan menggunakan inovasi ICT ini ialah kekerapan proses komunikasi akan meningkat kerana proses tersebut dapat dilakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu bersemuka. Proses komunikasi juga mampu dilakukan dengan lebih baik dan tersusun kerana mempunyai ruang masa berfikir sebelum komunikasi itu dimulakan. Proses kolaborasi akan sentiasa aktif akibat daripada proses perbincangan ataupun perkongsian maklumat dan bahan. Proses-proses ini akan mengakibatkan transformasi idea dan maklumat yang mana akhirnya sampai ke satu peringkat pemikiran tahap tinggi. Pelajar tidak lagi berasa malu atau pun takut malahan mampu untuk menggabungkan fakta dan idea, melakukan sintesis, generalisasi, hipotesis hinggalah ke kesimpulan.

KESIMPULAN

Dalam kertas kerja ini, kita lihat ICT telah merubah cara dan pendekatan dalam membentuk minda yang produktif. Inovasi ICT memberikan kita akses keseluruh komuniti yang melangkaui segala sempadan dan bersifat global. Elemen-elemen yang telah dicadangkan boleh diaplikasi dalam membentuk minda pelajar ke arah minda yang produktif. Keproduktifan minda pelajar pula boleh dikenalpasti dengan melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam menggunakan aplikasi-aplikasi ICT tersebut dan berapa kerap ianya digunakan. Sebagai agen perubahan, pelajar mestilah menngunakan inovasi ICT ini dalam mengasah atau membentuk minda yang produktif.

Pelajar-pelajar akan sentiasa mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopediamultimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melaluipengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan mengujihipotesis dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, penggunaan inovasi ICT merupakan serampang dua mata dalamperkongsian maklumat dan komunikasi.

(12)

PENDAHULUAN

Perlombongan data adalah satu kaedah yang dapat mengenalpasti sebarang pola ataupun maklumat yang kritikal terdapat di dalam data untuk membantu penyelidik membuat sebarang keputusan yang mempunyai asas atau sandaran. Kehadiran teknik ini pada awal 90-an telah memberi alternatif baru dalam bidang teknologi maklumat khususnya dalam aspek analisis data (Ro King, 2006). Maklumat yang banyak, terutamanya yang tersimpan di dalam pengkalan data akan menjadi sia-sia sekiranya tidak di manfaatkan dengan sepenuhnya dan hal ini telah dinyatakan oleh John (2010), tentang fenomena kaya data, miskin maklumat. Pernyataan ini merujuk kepada keadaan dimana terdapat perolehan data yang amat banyak dan memerlukan suatu alat analisa data yang baik untuk menafsirkannya.

Secara umumnya, proses perlombongan data mengandungi beberapa langkah seperti di bawah Fayyad, etc al (1996):

1. Pemahaman tentang domain permasalahan yang di hadapi, penyelidikan terdahulu dan juga sasaran kajian

2. Pengumpulan set-set data untuk ujikaji 3. Pembersihan data untuk menghapuskan data hingar, data yang tidak relevan ataupun data yang mempunyai ralat

4. Pengurangan atribut untuk mengurangkan pembolehubah yang akan digunakan.

5. Memilih skop pelaksanaan perlombongan data sama ada proses klasifikasi, pengklusteran atau peramalan,

6. Memilih algoritma yang bersesuaian dengan corak data yang hendak dikaji

7. Perlombongan data, suatu proses yang menggunakan kaedah pintar bagi mengekstrak corak data

8. Persembahan dalam bentuk yang dapat difahami oleh umum

Kajian perlombongan data di dalam dunia pendidikan meliputi pelbagai aspek seperti penggunaan perisian pendidikan, pembelajaran berpandukan komputer, peramalan akademik pelajar dan juga isu-isu berkaitan minat seseorang pelajar di dalam jurusan yang diikuti. Menurut Yacef, (2009) permodelan pelajar merupakan satu domain yang senantiasa aktif di kaji Di dalam penulisan ini satu kajian ringkas di lakukan ke atas data akademik pelajar yang mengikuti kursus Matematik Kejuruteraan I menggunakan perisian RapidMiner

METODOLOGI

I PEMILIHAN PERISIAN PERLOMBONGAN DATA

Langkah pertama ialah melakukan perbandingan terperinci alat data mining untuk memilih platform yang sesuai untuk melakukan kajian . Terdapat lebih kurang 20 alat atau perisian perlombongan data yang berada di pasaran. Darpida senarai ini, 5 daripadanya mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan pengguna yang tidak begitu teknikal dan mempunyai sokongan yang baik untuk analisis visual. Untuk tujuan penyelidikan yang kecil diperlukan hanya sistem yang boleh beroperasi pada pelbagai platform dan mempunyai lesen

EKSPLORASI PERLOMBONGAN

DATA AKADEMIK PELAJAR

MENGGUNAKAN RAPID

MINER

(13)

‘open source’. Ini mengurangkan senarai kepada tiga perisian: Weka, Orange dan RapidMiner. RapidMiner dipilih kerana ia mudah untuk ditambah fungsinya terutama bagi para pengaturcara Java dan kerana ia tetap stabil walaupun jumlah data yang ada sangat besar. RapidMiner, sebelumnya dikenali sebagai YALE (Yet Another Learning Environment), merupakan perisian pembelajaran mesin, perlombongan data dan teks, analisis ramalan, dan analisis perniagaan. Ia digunakan untuk kajian, pendidikan, latihan, prototyping, pembangunan aplikasi, dan aplikasi industri. Perisian ini diedarkan di bawah lesen open source AGPL boleh dimuat turun SourceForge sejak tahun 2004. Projek RapidMiner bermula pada tahun 2001 oleh Ralf Klinkenberg, Ingo Mierswa, dan Simon Fischer di Artificial Intelligence Unit dari University of Dortmund.

II PERSEDIAAN DATA

Setelah perisian untuk perlombongan data telah dikenalpasti data dikumpulkan bagi tujuan analisis. Data-data yang akan diujikaji terdiri dari gabungan data SPM yang diperolehi dari data permohonan pelajar manakalan data bagi subjek Matematik Kejuruteraan I diperolehi dari pengkalan data peperiksaan. Kedua-dua pengkalan data ini akan digabungkan menjadi satu fail tunggal. Di dalam kes ini data yang terhasil ialah dari sumber SQL Server dan juga MS Access. Sebanyak 70 sampel data digunakan untuk kajian ini untuk menghasilakan sebuah model yang dapat meramal keputusan pelajar bagi subjek subjek Matematik Kejuruteraan I. Sebanyak 18 atribut di dalam setiap medan dipiilih untuk kajian ini. Atribut-atribut ini merupakan atribut yang difikirkan dapat sumbangan yang signifikan terhadap model peramalan prestasi akademik pelajar.

III MELAKSANAKAN PROSES PERLOMBONGAN DATA

Setelah selesai pembersihan data, langkah seterusnya adalah membuat model peramalan prestasi akademik pelajar. Di dalam penulisan ini model yang terbina dihadkan menerusi teknik regrasi. Regresi merupakan suatu alat ukur yang juga dapat digunakan untuk mengukur wujud atau tidak perhubungan antara pembolehubah-pembolehubag. Analisis regresi membolehkan kita mempelajari hubungan yang di dalam persamaan matematik.

Persamaan regresi linear dari Y terhadap X dirumuskan sebagai berikut:

Y = a + b1X1 + b2X2+…+ bnXn.

(14)

IV HASIL DAN ANALISIS.

Berikut merupakan hasil analisis atau model yang diperolehi dari RapidMiner:

- 2.078 * SPMV01Gmath + 5.016 * TakeAddMath + 0.023 * t1

+ 0.902 * t2 - 0.666 * t3 + 0.854 * k1 + 0.074 * k2 + 0.896 * k3 + 1.022 * eq1 + 0.260 * eq2 + 0.352 * lb1 + 0.474 * lb2 + 0.120 * u1 - 0.059 * u2 + 37.505

Nilai-nilai yang mempunyai symbol positif member impak terhadap nilai akhir ataupun markah yang akan diperolehi oleh pelajar menerusi peramalan ini. Dari persamaan di atas dapat dilihat bahawa semakin besar nilai pada gred Matematik dan ujian 2 akan menurunkan markah akhir. Mana-mana pembolehubah yang tidak muncul di dalam model di atas lansung tidak menyumbang ataupun tidak signifikan di dalam menyambung kepada permodelan akademik pelajar.

KESIMPULAN

Model yang diperolehi menunjukkan bahawa hampir semua instrumen pengujian di dalam kursus Matematik Kejuruteraan I memberi sumbangan signifikan. Langkah seterusnya yang dapat dilakukan ialah dengan mengekodkan kembali model ini ke dalam bahasa pengaturcaraan seperti C# ataupun Python untuk menghasilkan

antaramuka yang dapat digunakan oleh pelbagai pihak. RapidMiner adalah sebuah perisian yang bagus di dalam menganalisis data dan juga untuk pembentukan model. Tetapi harus diingat juga bahawa data yang dimasukkan oleh pengguna haruslah bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi

RUJUKAN

Fayyad, Piatetsky-Shapiro, Smyth, Uthurusamy, Advances in Knowledge Discovery and Data Mining, AAAI Press / The MIT Press, Menlo Park, CA, 1996, pp.1-34

John Gallaugher. (2010). Information Systems: A Manager’s Guide To Harnessing Technology. Flat World Knowledge, Inc.

K. Yacef, R. S. Baker (2009). The state of educational data mining in 2009: A review and future visions. Journal of Educational Data Mining (JEDM), 1:3-17.

(15)

Perancangan kewangan

Menyorot kepada laporan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24 Julai 2010, seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh Negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei tahu lalu. Ini bermakna, 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewabeli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi. Hal ini merupakan satu trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.

Kenapa perkara ini terjadi? Keinginan untuk hidup mewah menyebabkan kita lupa pada kemampuan sendiri. Keperluan dan kehendak sudah tiada bezanya lagi, asalkan apa yang diidamkan dapat diperolehi. Sebenarnya tidak salah untuk kita berbelanja pada barangan mewah, asalkan ianya terancang dan tidak menjejaskan kewangan kita yang akan menyebabkan masalah lain di kemudian hari.

Wang, seperti yang kita semua maklum, adalah cairan yang mudah mengalir keluar di dalam masa yang singkat, walau secekal mana hasrat kita untuk menyimpan. Impian untuk bercuti, kereta baru atau membayar balik pinjaman, sering kali menjadi sayup dari jangkauan kita. Sebabnya mudah – kita bekerja untuk wang tetapi tidak berusaha mengawalnya apabila berada di dalam genggaman. Tetapi tahukah, kita sebenarnya boleh mengawal aliran wang serta memaksimakan belanjawan keluarga?

PERANCANGAN

Hal ini boleh diatasi jika kita mempunyai perancangan kewangan yang tepat dan sistematik. Ini kerana, melalui perancangan kewangan dapat menguruskan kewangan kita dengan baik. Terdapat 4 langkah yang perlu diambil bagi memastikan perancangan kewangan yang dibuat berjaya mencapai objektifnya iaitu:

1. Menetapkan matlamat kewangan.

2. Jejaki kemana perginya wang yang dibelanjakan. 3. Menilai tabiat berbelanja

4. Menulis rancangan perbelanjaan

Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan

(16)

Langkah 2: Jejaki kemana perginya wang yang dibelanjakan

Seterusnya kita perlu memantau tabiat berbelanja. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang telah dibelanjakan tetapi bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.

Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja

Kita perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan. Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.

Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan

Setelah mengkaji tabiat berbelanja, kita boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu mencapai matlamat kewangan. Mulakan dengan sebuah buku belanjawan atau spreadsheet. Semua ini boleh diperolehi dari internet atau di kedai buku berhampiran. Bank Negara Malaysia juga ada menerbitkan “Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

Perlu diingat, pelan kewangan ialah langkah penting di dalam membentuk kebebasan kewangan. Terasa agak sukar untuk dilaksanakan, namun jika dilaksanakan dengan azam dan disiplin yang kuat, segalanya akan menjadi mudah. Yang pasti, dengan perancangan kewangan yang baik dapat mengelakkan kita dari menambahkan bilangan statistik muflis di Negara ini.

Gambar

Figure belows shows  that the transformation is

Referensi

Dokumen terkait

Obwohl die KIDRON Vermögens- verwaltung GmbH der Auffassung ist, dass die Angaben auf ver lässlichen Quellen beruhen, kann sie für die Qualität, Richtigkeit, Aktualität oder

mendayagunakan zakat secara produktif sebagai pemberian modal usaha yang tujuannya adalah supaya zakat tersebut dapat berkembang. Zakat didayagunakan dalam rangka

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Dalam penelitian ini pembahasan dibatasi hanya untuk graf tak terhubung berlabel titik dengan loop maksimal lima tanpa garis paralel jika n ≤ 5 dengan m ≥ 1, n adalah

Setiap karyawan mempunyai hak yang berhubungan dengan data dan informasi yang disimpan pada komputer induk, sehingga diberikanlah username dan password untuk

Untuk mengatasi masalah tersebut, dalam penelitian ini pembuatan biodiesel akan dilakukan secara dua tahap, yaitu tahap esterifikasi menggunakan katalis asam (H- ZAL)

Tujuan dari penelitian ini adalah menganalisis aliran permukaan DAS Bila menggunakan model SWAT dan melihat kontribusi aliran permukaan pada tiap penggunaan lahan DAS

Teori pembelajaran preskriptif adalah metode pembelajaran lebih mengoptimalkan kepada pencapain tujuan dengan memberikan motivasi kepada siswa untuk lebih giat belajar